PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

  

PEPERIKSAAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

(STPM)

  GEOGRAFI Sukatan Pelajaran dan Kertas Soalan Contoh Sukatan pelajaran ini digunakan mulai sesi 2012/2013 dan tahun-tahun seterusnya sehingga diberitahu.

1 STPM/S942

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

  

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan

ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

  ”

  2

  

PRAKATA

  Sukatan Pelajaran Geografi yang baharu ini digubal untuk menggantikan Sukatan Pelajaran Geografi sedia ada yang telah digunakan semenjak peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun 2007. Sukatan pelajaran yang baharu ini akan mula digunakan pada tahun 2012. Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun tersebut akan menjadi peperiksaan pertama yang menggunakan sukatan pelajaran ini. Penggubalan semula Sukatan Pelajaran Geografi ini mengambil kira perubahan yang hendak dilakukan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia terhadap sistem peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang sedia ada. Melalui sistem peperiksaan yang baharu ini, pengajian di tingkatan enam akan dibahagikan kepada tiga penggal dan calon akan menduduki peperiksaan pada setiap akhir penggal. Tujuan utama Majlis Peperiksaan Malaysia memperkenalkan sistem peperiksaan yang baharu ini adalah untuk memperbaiki orientasi pengajaran dan pembelajaran di tingkatan enam supaya tidak jauh berbeza dengan orientasi pengajaran dan pembelajaran di kolej dan universiti.

  Dalam mengemaskinikan Sukatan Pelajaran Geografi yang baharu ini, tidak banyak berlaku perubahan dalam aspek isi kandungan kerana isi kandungannya telah digubal mengikut keperluan semasa ketika dikemaskinikan pada tahun 2006. Perkara utama yang diberi penumpuan ialah daripada aspek penyusunan semula tajuk-tajuk yang sedia ada kepada tiga bahagian iaitu mengikut sistem penggal. Dalam Sukatan Pelajaran Geografi yang baharu ini, pelajar akan belajar maksimum dua topik sahaja bagi setiap kertas dalam setiap penggal persekolahan.

  Selain itu, Sukatan Pelajaran Geografi ini telah mewajibkan pelajar sekolah menjalankan kajian luar. Aspek ini penting kerana melalui kajian luar, calon bukan sahaja belajar untuk menguasai ilmu tertentu tetapi juga akan dapat menerapkan kemahiran insaniah ke dalam diri mereka. Pengalaman ini akan membantu calon dalam melaksanakan kajian luar pada peringkat yang lebih tinggi pada masa hadapan kerana pelajar yang mengikuti bidang geografi di universiti juga perlu menjalankan kajian luar. Kajian Luar Geografi STPM ini sangat bersesuaian dengan program geografi di universiti yang mewajibkan pelajar mengikuti kajian luar.

  Sukatan pelajaran ini mengandungi tajuk, waktu pengajaran, dan hasil pembelajaran mengikut penggal, di samping bentuk peperiksaan, pemerihalan prestasi, dan soalan contoh. Usaha untuk mengemas kini Sukatan Pelajaran Geografi ini telah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Sukatan Pelajaran Geografi STPM yang dipengerusikan oleh Y. Bhg. Profesor Dr. Katiman bin Rostam dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Jawatankuasa ini dianggotai oleh beberapa orang pensyarah dari universiti tempatan, guru yang mengajar di sekolah serta pegawai dari Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi pihak Majlis Peperiksaan Malaysia, saya merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa ini atas khidmat yang telah diberikan. Oleh yang demikian, adalah menjadi harapan Majlis Peperiksaan Malaysia agar sukatan pelajaran ini menjadi panduan kepada guru dan calon dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Semoga pelaksanaan sukatan pelajaran ini berjaya mencapai matlamatnya.

  Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia

  3

  29

  Sukatan Pelajaran 942 Geografi Halaman

  Penggal 1 3 – 16 Penggal 2 17 – 28 Penggal 3

  1 Objektif 1 – 2 Kandungan

  Matlamat

  • – 40 Kajian Luar

  41

  • – 42 Skim Pentaksiran

  43 – 44 Senarai Rujukan

  45

  • – 46 Kertas Soalan Contoh:

  Kertas 1 47 – 52 Kertas 2 53 – 62 Kertas 3

  63

  • – 68 Kertas 4

  69 – 70 Kertas 5

  71

  • – 76

4 KANDUNGAN

  

SUKATAN PELAJARAN

942 GEOGRAFI

Matlamat

  Sukatan pelajaran ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman pelajar tentang konsep, prinsip, proses, dan kemahiran terkini dalam bidang geografi serta kedinamikan hubungan antara manusia dengan alam sekitar bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, sukatan ini juga menyediakan pelajar dengan ilmu dan kemahiran untuk kerjaya, mencernakan kepekaan terhadap keperluan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar yang berterusan, di samping menanam semangat patriotisme dan nilai-nilai murni.

  Objektif

  Objektif sukatan pelajaran ini terbahagi kepada empat domain: (a) Domain kognitif, iaitu membolehkan pelajar

  (i) meningkatkan pengetahuan tentang konsep, prinsip, dan proses dalam Geografi Alam Sekitar Fizikal dan Geografi Alam Sekitar Manusia secara bersepadu dan pada pelbagai skala;

  (ii) meningkatkan kefahaman tentang saling bergantung antara elemen-elemen dan proses- proses alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia sebagai satu sistem dan bukannya berasaskan pembahagian aspek-aspek secara berasingan;

  (iii) menerangkan peranan manusia sebagai agen perubahan kepada sistem-sistem dalam alam sekitar selain fenomena semula jadi, serta meningkatkan kesedaran yang mendalam tentang kedinamikan hubungan sesama manusia dan manusia dengan alam sekitar;

  (iv) membuat sintesis dan penilaian dengan bantuan kaedah-kaedah kemahiran geografi yang tepat di dalam dan di luar bilik darjah; (v) berfikir secara kritis dan kreatif dalam mempersembahkan sesuatu penghujahan secara tersusun, padat, dan jitu dengan menggunakan laras geografi;

  (vi) memahami kepentingan hubung kait negara Malaysia dengan negara-negara lain di dunia. (b) Domain psikomotor, iaitu membolehkan pelajar

  (i) meningkatkan kemahiran menjalankan kajian luar sehingga dapat menghasilkan laporan kajian luar; (ii) meningkatkan kemahiran mempersembah, mentafsir, dan menganalisis data geografi dalam bentuk jadual, gambar rajah (graf, carta, dan peta), dan foto;

  (iii) mencerap dan mengkaji fenomena geografi yang menjadi isu semasa; (iv) mengorganisasi, mengurus masa, dan mengendalikan aktiviti; (v) meningkatkan kemahiran menggunakan komputer.

  (c) Domain afektif, iaitu membolehkan pelajar (i) menyedari, menghayati, dan melibatkan diri secara langsung dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar secara berterusan;

  (ii) menghargai dan mencintai negara Malaysia serta alam sekitarnya; (iii) meningkatkan kesedaran pembelajaran sepanjang hayat; (iv) meningkatkan kesedaran beretika dan rasa bertanggungjawab.

  (d) Domain sosial, iaitu membolehkan pelajar (i) meningkatkan kemahiran berkomunikasi secara lisan dan tulisan dengan berkesan;

  (ii) meningkatkan kemahiran bekerja berpasukan; (iii) meningkatkan kemahiran kepimpinan dan berkumpulan; (iv) meningkatkan kemahiran silang budaya.

  Penggal 1 Waktu Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan

  Pengajaran

BAHAGIAN A: GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL

1 Sistem bumi

  12

  1.1 Konsep sistem

  1 Calon seharusnya dapat: Menggunakan

  (a) mentakrifkan konsep sistem; gambar rajah dan (b) menerangkan konsep sistem animasi pelbagai dalam konteks persekitaran sistem fizikal.

  Calon seharusnya dapat:

  1.2 Sistem suria

  1 (a) menerangkan sistem suria dalam Menggunakan

  Galaksi Bima Sakti, dan sistem gambar rajah dan bumi sebagai satu planet yang animasi kedudukan memperoleh tenaga dari dan pergerakan matahari. bumi dalam sistem suria

  1.3 Kedudukan bumi

  4 Calon seharusnya dapat: dalam sistem suria (a) menyatakan bumi sebagai satu planet berbentuk sfera; (b) menerangkan putaran bumi di atas paksinya yang condong dan peredarannya mengelilingi matahari;

  (c) menjelaskan kesan putaran dan peredaran bumi; (d) menjelaskan kejadian empat musim dan pengaruhnya terhadap unsur fizikal dan aktiviti manusia.

  1.4 Tenaga

  2 Calon seharusnya dapat:

  1.4.1 Konsep (a) mentakrifkan konsep tenaga; tenaga (b) mengenal pasti punca dan jenis tenaga;

  1.4.2 Punca dan (c) membezakan tenaga eksogenik jenis tenaga dengan tenaga endogenik.

  Waktu Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan Pengajaran

  1.5 Peranan tenaga

  4 Calon seharusnya dapat: suria terhadap (a) menghuraikan peranan bahangan Menggunakan proses fizikal dan suria terhadap tumbuh- gambar rajah hidupan di bumi tumbuhan, manusia, dan haiwan; kitaran yang menunjukkan aliran

  (b) menjelaskan kesan bahangan tenaga suria terhadap proses fizikal (kitaran hidrologi, geomorfologi, dan atmosfera).

2 Sistem Geomorfologi

  48

  2.1 Pengenalan

  2 Calon seharusnya dapat: kepada proses (a) menerangkan proses Menggunakan geomorfologi geomorfologi (luluhawa, gambar rajah bagi hakisan, pergerakan jisim, menerangkan pengangkutan, dan proses pemendapan). geomorfologi

  2.2 Konfigurasi

  2 Calon seharusnya dapat: Menggunakan bentuk bumi maklumat daripada

  (a) menghuraikan struktur dan gambar rajah, peta, kandungan lapisan bumi; dan gambar foto

  (b) mengenal pasti taburan daratan dan lautan;

  2.2.1 Batuan 2 (c) menyatakan jenis batuan (igneus, enapan, dan metamorfosis); (d) menghuraikan proses pembentukan jenis batuan; (e) menjelaskan perkaitan antara jenis batuan dengan konfigurasi bentuk bumi;

  (f) mengenal pasti kepentingan batuan sebagai sumber alam;

  2.2.2 Proses 4 (g) menyatakan konsep dan proses endogenetik endogenik; (h) menjelaskan proses pembentukan bentuk bumi lipatan dan kesannya;

  (i) menjelaskan proses pembentukan bentuk bumi gelinciran dan kesannya;

  Waktu

Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan

Pengajaran

  (j) menjelaskan proses pembentukan bentuk bumi gunung berapi dan kesannya;

  2.2.3 Hanyutan 4 (k) menyatakan Teori Hanyutan benua Benua (Teori Awal, Teori Peluasan Dasar Lautan, dan Teori Tektonik Plat);

  (l) menghuraikan Teori Tektonik Plat;

  (m) menghuraikan taburan dan bukti kejadian hanyutan benua.

  2.3 Pembentukan Calon seharusnya dapat: landskap di kawasan tropika lembap

  2.3.1 Luluhawa 4 (a) menghuraikan jenis serta proses Pengenalan kepada luluhawa fizikal (mekanikal), skala dunia dan kimia, dan biologi; penekanan kepada proses

  (b) menghuraikan faktor yang geomorfologi yang mempengaruhi luluhawa (iklim, dominan di tumbuh-tumbuhan, jenis batuan, kawasan tropika mikroorganisma, aktiviti lembap manusia, dan masa);

  (c) menjelaskan kesan luluhawa terhadap pembentukan landskap dan aktiviti manusia;

  2.3.2 Pergerakan 4 (d) menyatakan jenis pergerakan jisim jisim (aliran cepat dan aliran perlahan);

  (e) menghuraikan proses pergerakan jisim; (f) menjelaskan faktor yang mempengaruhi pergerakan jisim

  (kecerunan, jenis batuan, hujan, litupan tumbuhan, gerakan tektonik, dan tindakan manusia);

  2.3.3 Lembangan 10 (g) menjelaskan kesan pergerakan saliran jisim terhadap alam sekitar fizikal dan aktiviti manusia;

  (h) menyatakan konsep lembangan saliran;

  Waktu

Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan

Pengajaran

  (i) menghuraikan proses hakisan permukaan (hakisan percikan, kepingan, galir, dan galur);

  (j) menghuraikan jenis hakisan sungai (melebar, mendalam, dan mengundur);

  (k) menghuraikan cara hakisan sungai (hidraul, lelasan/geselan, lagaan, dan larutan);

  (l) menghuraikan faktor yang mempengaruhi hakisan sungai (isi padu dan halaju air, kecerunan, bentuk alur, jenis batuan, dan bahan muatan);

  (m) mengenal pasti bentuk dan menjelaskan proses pembentukan bentuk muka bumi hakisan sungai (air terjun, jeram, lubuk, gaung, dan lurah);

  (n) menghuraikan cara pengangkutan sungai (golekan, loncatan, ampaian, larutan, dan apungan);

  (o) menghuraikan faktor yang mempengaruhi pengangkutan sungai (tenaga, cerun, kekasaran alur, halangan, bentuk alur, saiz, dan jenis bahan);

  (p) menghuraikan faktor yang mempengaruhi pemendapan sungai (isi padu air, halaju air, kecerunan, bentuk alur, jenis batuan, bahan muatan, dan halangan);

  (q) mengenal pasti bentuk dan menjelaskan proses pembentukan bentuk muka bumi pemendapan sungai (dataran banjir, delta, tasik ladam, dan tetambak);

  (r) menjelaskan pengaruh bentuk muka bumi hakisan dan pemendapan sungai terhadap aktiviti manusia;

  Waktu

Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan

Pengajaran

  2.3.4 Pinggir 8 (s) menyatakan konsep pinggir pantai pantai dan pantai seimbang; (t) menghuraikan cara hakisan pantai (hidraul, lelasan, geseran, larutan, dan lagaan);

  (u) menghuraikan faktor yang mempengaruhi hakisan pantai (ombak, pantai, arus, bahan mendak, batuan, dan cerun pantai);

  (v) mengenal pasti bentuk dan menjelaskan proses pembentukan muka bumi pinggir pantai (tebing tinggi, batu bonjol, tanjung, dan teluk);

  (w) menghuraikan cara pengangkutan bahan pantai (hanyutan pesisir pantai, golekan, dan seretan);

  (x) menghuraikan faktor yang mempengaruhi proses pengangkutan bahan di pinggir pantai (tenaga, arus, ombak, pasang surut, cerun, halangan, orientasi pantai, saiz bahan, dan jenis bahan);

  (y) menghuraikan faktor yang mempengaruhi proses pemendapan (tenaga, arus dan ombak, kecerunan, angin, pasang surut, tumbuhan, orientasi pantai, jenis dan saiz bahan mendak, dan tindakan manusia);

  (z) menjelaskan pengaruh bentuk muka bumi hakisan dan pemendapan pantai terhadap aktiviti manusia.

  2.4 Kaitan sistem

  2 Calon seharusnya dapat: Kepentingan sistem geomorfologi geomorfologi

  (a) menjelaskan kaitan sistem dengan manusia kepada kehidupan geomorfologi dengan aktiviti manusia manusia (pertanian, petempatan, pelancongan, perlombongan, Tanah tinggi, tanah pengangkutan, dan pamah, pantai, perindustrian). sungai, dan gunung berapi mempengaruhi aktiviti manusia

  Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan

  2.5 Kemahiran amali sistem geomorfologi

  6 Calon seharusnya dapat: (a) mentafsir peta topografi, peta lakar, dan gambar foto; (b) mengira keluasan, lampauan tegak, kecerunan, dan relief bandingan;

  (c) melukis profil rentas dan profil panjang sungai, dan keratan rentas bentuk muka bumi;

  (d) menginterpolasi, memplot, dan mentafsir garisan kontur; (e) mentafsir ciri muka bumi dan saliran; (f) menjelaskan kaitan sistem geomorfologi dengan guna tanah.

BAHAGIAN B: GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA

1 Penduduk

  2 Calon seharusnya dapat:

  1.1.1 Penduduk sebagai sumber

  1.1 Konsep penduduk

  Kualiti penduduk merujuk kepada taraf pendidikan, kemahiran, kesihatan, dan sikap

  1.1.2 Penduduk sebagai agen perubahan

  (b) menjelaskan peranan manusia sebagai agen perubahan melalui aktiviti sosioekonomi

  (i) perubahan sosioekonomi; (ii) perubahan landskap fizikal dan empat sistem fizikal

  (geomorfologi, atmosfera, hidrologi, dan ekologi; (iii) perubahan landskap budaya (petempatan, guna tanah, pengangkutan, dan lain-lain hasil gubahan manusia).

  Kualiti penduduk menentukan tahap pembangunan sesebuah negara Wilayah dunia merujuk kepada Asia, Afrika, Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, dan Oceania

  30

  (a) menyatakan konsep penduduk sebagai sumber manusia yang diukur secara (i) kuantiti (bilangan/saiz); (ii) umur dan jantina; (iii) kualiti.

  Waktu

Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan

Pengajaran

  1.2 Taburan penduduk

  6 Calon seharusnya dapat:

  1.2.1 Taburan (a) mengenal pasti pola taburan Penekanan kepada penduduk dan kepadatan penduduk ketakseimbangan dunia mengikut wilayah dunia dan taburan penduduk mengikut negara Malaysia; negara Malaysia wilayah

  1.2.2 Kemahiran (b) menerangkan faktor yang Penekanan kepada amali mempengaruhi data taburan ketakseimbangan taburan penduduk Malaysia penduduk wilayah dunia dan negara Malaysia;

  (c) mengira kepadatan penduduk mengikut wilayah dunia, Asia Tenggara, dan negeri-negeri di Malaysia;

  (d) melukis, melabel, dan Gambar rajah mempersembahkan data meliputi graf, carta, taburan penduduk dalam dan rajah bentuk jadual, gambar rajah, dan peta tematik;

  (e) mentafsir peta dan Peta tematik ialah menganalisis data taburan peta koroplet/lorek penduduk dari segi sebab dan dan peta titik kesan perbezaan taburan terhadap pembangunan sosioekonomi ruangan.

  1.3 Pertumbuhan

  10 Calon seharusnya dapat: penduduk

  1.3.1 Pertumbuhan (a) membandingkan trend Perbandingan penduduk pertumbuhan penduduk merujuk kepada dunia mengikut wilayah dunia dan persamaan dan negara Malaysia perbezaan

  (i) pertambahan/perubahan; (ii) kadar pertumbuhan tahunan.

  Waktu Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan Pengajaran

  (b) menghitung kadar Membezakan pertumbuhan tahunan konsep penduduk wilayah dunia dan pertambahan/ negara Malaysia dengan perubahan dan formula berikut: pertumbuhan

  r 1/n Log e (P / P ) 10; penduduk n o

  (c) menganggarkan dan r Kadar meramalkan jumlah penduduk pertumbuhan di sesebuah kawasan;

  n Bilangan

  tahun

  P Penduduk n

  tahun semasa

  P Penduduk o

  tahun asas

  1.3.2 Faktor (d) menghuraikan bagaimana pertumbuhan proses pertumbuhan penduduk penduduk berlaku, iaitu

  (i) pertumbuhan semula jadi (kelahiran – kematian);

  (ii) pertumbuhan penduduk (kelahiran – kematian + migrasi bersih).

  (e) menilaikan faktor yang Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan mempengaruhi penduduk, iaitu (sosial, ekonomi, dan dasar kerajaan) (i) kadar kelahiran;

  Menilai faktor (ii) kadar kematian; merujuk kepada (iii) migrasi. kepentingan sesuatu faktor berbanding faktor yang lain

  1.3.3 Kemahiran (f) mengira, melukis, dan Skala dunia, amali mempersembahkan data wilayah, dan perubahan dan pertumbuhan negara penduduk dalam bentuk jadual

  Gambar rajah dan gambar rajah meliputi graf, carta,

  (i) kadar kelahiran; dan rajah (ii) kadar kematian;

  (iii) kadar migrasi bersih; (iv) kadar pertumbuhan penduduk.

  Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan

  (g) mentafsir jadual dan gambar rajah berkenaan; Mentafsir bermaksud menerangkan ciri, pola, dan trend yang ditunjukkan oleh data dalam jadual atau gambar rajah

  1.3.4 Kesan pertumbuhan penduduk

  (h) mengenal pasti kesan positif dan kesan negatif pertumbuhan penduduk terhadap ciri demografi dan status sosioekonomi;

  Contoh negara maju seperti Jepun, Amerika Syarikat, dan Sweden

  (i) membandingkan kesan pertumbuhan penduduk terhadap ciri demografi dan status sosioekonomi antara negara maju dengan negara sedang membangun;

  Contoh negara sedang membangun seperti Malaysia, Brazil, dan India

  (j) menjelaskan proses penuaan penduduk dan kesannya terhadap ciri demografi serta status sosioekonomi sesebuah negara;

  Ciri demografi ialah kadar kelahiran, kadar kematian, umur, jantina, jangka hayat, dan nisbah tanggungan

  1.3.5 Kemahiran amali (k) mentafsir ciri demografi dan sosioekonomi bagi ketiga-tiga bentuk piramid penduduk;

  (l) melukis pelbagai bentuk rajah piramid penduduk; Bentuk piramid penduduk progresif, perantaraan, dan regresif

  1.3.6 Penduduk dan pembangunan (m) menerangkan model peralihan demografi;

  Menerangkan konsep dan peringkat-peringkat peralihan dalam model peralihan demografi

  (n) menganalisis kaitan antara pertumbuhan penduduk dengan tahap pembangunan sosioekonomi antara wilayah dunia atau sesebuah negara.

  Analisis bermaksud menjelaskan hubung kait antara pertumbuhan penduduk dengan tahap pembangunan sosioekonomi mengikut wilayah dunia atau sesebuah negara

  Waktu

Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan

Pengajaran

  1.4 Migrasi

  6 Calon seharusnya dapat: Migrasi melibatkan

  (a) mengenal pasti jenis dan migrasi kekal, menghuraikan pola migrasi sementara, dan dalaman negara Malaysia serta bermusim migrasi antarabangsa semasa dari segi

  Arah aliran migrasi (i) arah aliran (dari mana dalaman ke mana);

  • desa – bandar (ii) isi padu aliran (jumlah-
  • bandar – bandar banyak/sedikit);
  • bandar –
  • desa – desa (iii) komposisi aliran. Komposisi aliran
  • jantina
  • umur
  • taraf pendidikan (b) menilai faktor yang Menilai merujuk mempengaruhi migrasi kepada kepentingan dalaman dan migrasi sesuatu faktor antarabangsa semasa dari segi berbanding dengan faktor yang lain

  (i) ekonomi; (ii) sosial;

  (iii) dasar kerajaan; (iv) politik; (v) bencana alam.

  (c) menjelaskan kesan migrasi Kesan positif dan dalaman dan migrasi negatif terhadap antarabangsa semasa; kawasan/negara asal dan kawasan/ negara destinasi

  1.4.1 Kemahiran (a) mengira, melukis, dan Gambar rajah amali mempersembahkan data termasuklah carta, migrasi dalaman serta migrasi graf, dan rajah antarabangsa dalam bentuk jadual, gambar rajah, dan peta aliran;

  (b) mentafsirkan jadual, gambar rajah, dan peta aliran migrasi.

  Waktu

Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan

Pengajaran

  1.5 Penduduk dan

  6 Calon seharusnya dapat: sumber alam

  1.5.1 Pengenalan (a) menghuraikan konsep dan Alam sekitar fizikal umum jenis sumber alam; ialah asas kepada komponen sumber alam

  (b) mengenal pasti komponen alam sekitar alam sekitar yang meliputi fizikal empat sistem, iaitu

  (i) biosfera (sistem ekologi) Contoh: semua jenis flora dan fauna

  (ii) litosfera (sistem Contoh: mineral geomorfologi) dan tanah

  (iii) hidrosfera (sistem Contoh: air hidrologi) permukaan dan marin

  (iv) atmosfera (sistem Contoh: udara dan atmosfera). angin

  1.5.2 Alam sekitar (c) menghuraikan hubungkait Manusia fizikal sebagai antara manusia dengan sumber memerlukan sumber alam alam dari segi kepentingan sumber alam untuk sumber alam kepada manusia; kehidupan dan kemajuan sosioekonomi

  1.5.3 Daya tampung (d) menghuraikan konsep daya persekitaran tampung sumber alam dalam Penerokaan sumber fizikal konteks keseimbangan bagi memenuhi ekosistem; keperluan kehidupan dan pembangunan berterusan

  (e) menjelaskan bagaimana Keseimbangan keseimbangan ekosistem dapat ekosistem dapat menjamin daya tampung dicapai melalui sumber alam yang berterusan usaha (kelestarian sumber); pembangunan berterusan,

  (f) mencadangkan pelbagai pemeliharaan dan langkah perundangan dan pemuliharaan bukan perundangan bagi sumber alam, mengurangkan masalah penerokaan dan lebihan dan kurangan penggunaan penduduk serta kekurangan sumber alam yang bekalan sumber alam. berhemah, serta pengurusan sumber yang berkesan

  Waktu Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan Pengajaran

  2 Transformasi Desa dan

  30 Pembandaran

  2.1 Transformasi desa

  10 Calon seharusnya dapat: (a) mentakrifkan konsep Transformasi desa transformasi desa; merujuk kepada perubahan

  (b) menghuraikan strategi sosioekonomi desa pembangunan desa yang melalui proses meliputi pemodenan guna

  (i) pembangunan insitu; tanah, kemudahan asas, (ii) Pembangunan Pertanian pengangkutan,

  Bersepadu (IADP); komunikasi, (iii) pembangunan wilayah; kegiatan ekonomi, pendidikan, dan

  (iv) perindustrian desa; kesihatan (c) menjelaskan proses perubahan desa melalui

  (i) saling kebergantungan desa-bandar; (ii) pembandaran desa;

  (iii) perancangan desa (pusat pertumbuhan desa); (iv) pemodenan sosioekonomi desa.

  2.2 Bandar dan

  20 Calon seharusnya dapat: pembandaran

  2.2.1 Pengertian (a) mendefinisikan maksud bandar Klasifikasi bandar bandar dan dan proses pembandaran; berdasarkan saiz di pembandaran

  Malaysia: bandar (b) menghuraikan jenis dan ciri kecil (≤ 30,000), bandar (bandar raya global, bandar sederhana metropolis, bandar primat, dan

  (30,000 – 500,000), bandar raya mega); bandar besar

  • – (500,000

  1,000,000), dan bandar raya metropolitan (≥ 1,000,000)

  Waktu

Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan

Pengajaran

  (c) memerihalkan pola Pola pembandaran pembandaran; merujuk kepada perubahan saiz dan bilangan bandar, pertumbuhan penduduk bandar, dan perubahan sosioekonomi bandar

  (d) menilai faktor yang Faktor sejarah, mempengaruhi proses ekonomi, dasar pembandaran; kerajaan, sosial, kemudahan asas, dan demografi

  2.2.2 Peranan (e) mengenal pasti peranan bandar Peranan bandar bandar dalam dalam pembangunan sesebuah bergantung kepada pembangunan negara, iaitu jenis dan saiz bandar

  (i) pusat pemasaran; (ii) pusat pekerjaan;

  (iii) pusat pemodenan; (iv) kemudahan kesihatan;

  (v) pembentukan golongan menengah; (vi) pembauran inovasi;

  (f) membandingkan peranan bandar besar, bandar sederhana, dan bandar kecil di Malaysia;

  2.2.3 Kesan (g) menghuraikan kesan Skala negara transformasi transformasi desa dan Malaysia desa dan pembandaran terhadap guna pembandaran tanah, penduduk, dan terhadap sosioekonomi dari segi penduduk dan

  (i) kepadatan penduduk; alam sekitar (ii) perubahan pekerjaan;

  (iii) peningkatan taraf hidup; (iv) perumahan;

  (v) kemiskinan bandar; (vi) migrasi desa-bandar;

  (vii) kesesakan lalu lintas;

  Waktu Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan Pengajaran

  (viii) masalah sosial; (ix) perubahan guna tanah;

  (h) menjelaskan kesan Peningkatan suhu transformasi desa dan setempat, hakisan, pembandaran terhadap alam tanah runtuh dan sekitar yang meliputi tanah tandus, banjir dan banjir kilat,

  (i) kemerosotan kualiti ancaman alam sekitar; kepupusan kepelbagaian biologi, kemusnahan habitat, dan rantaian makanan

  (ii) pencemaran alam Pencemaran udara, sekitar; air, tanih, bau, bunyi, sampah sarap, dan pencemaran sisa toksik

  2.2.4 Kemahiran (i) mengira dan Gambar rajah amali mempersembahkan data termasuklah carta, transformasi desa dan graf, dan rajah pembandaran dalam bentuk jadual, gambar rajah, dan peta;

  (j) mentafsir jadual, gambar rajah, Pentafsiran dan peta; mencakupi menentukan

  (k) mentafsir peta topografi dari kedudukan tempat aspek landskap budaya, iaitu berdasarkan grid

  (i) guna tanah pertanian; dan mata angin, mengenal pasti

  (ii) pola petempatan; simbol untuk (iii) pengangkutan; menentukan aras ketinggian, pola,

  (iv) kemudahan sosial; dan jenis (l) menjelaskan sebab dan kesan, Calon digalakkan pola, trend, dan arah alir melayari Internet daripada jadual, gambar rajah, seperti Google dan peta yang dihasilkan. Earth sebagai pendedahan kepada konsep asas Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan penderiaan jauh

  Penggal 2 Waktu Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan

  Pengajaran

BAHAGIAN A: GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL

3 Sistem Atmosfera

  40

  3.1 Struktur dan

  2 Calon seharusnya dapat: kandungan atmosfera (a) menyatakan struktur dan kandungan atmosfera;

  (b) menghuraikan ciri struktur dan kandungan atmosfera.

  3.2 Cuaca dan iklim

  12 Calon seharusnya dapat: (a) menyatakan konsep cuaca dan iklim; (b) menghuraikan unsur cuaca dan Bahangan suria iklim (bahangan suria, juga merujuk bahangan bumi, suhu, kepada bahangan kerpasan, kelembapan, tekanan matahari udara, angin, dan litupan awan);

  (c) menyatakan konsep imbangan Bahangan bumi bahangan; juga merujuk kepada bahangan

  (d) menghuraikan proses terestrial pemindahan haba;

  (e) menghuraikan taburan suhu secara menegak dan mendatar; (f) menyatakan konsep Kelembapan kelembapan udara; bandingan dan kelembapan mutlak

  (g) menghuraikan konsep kestabilan udara; Proses adiabatik/

  (h) menghuraikan proses sejatan, kestabilan udara pemeluwapan, pembentukan kadar tukaran awan, dan kerpasan; adiabatik kadar tukaran

  (i) menghuraikan jenis kerpasan sekitaran (hujan perolakan dan hujan orografik);

  Waktu

Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan

Pengajaran

  (j) menghuraikan tekanan udara Angin wilayah dan dan edaran umum atmosfera; angin tempatan bayu darat dan bayu laut, angin pergunungan, angin lintang, angin monsun, dan badai selari (Angin Sumatera)

  (k) menghuraikan gangguan Siklon tropika dan atmosfera. tornado

  3.3 Kaitan sistem

  6 Calon seharusnya dapat: atmosfera dengan manusia (a) menjelaskan pengaruh cuaca Pengaruh positif dan iklim terhadap aktiviti dan negatif iklim manusia; dan cuaca terhadap aktiviti manusia

  Perbincangan pada skala dunia dan penekanan kepada skala tempatan

  (b) menghuraikan fenomena iklim Kesan terhadap (banjir, kemarau, siklon manusia tropika, tornado, dan El Niño seperti kemusnahan dan La Niña). infrastruktur, kemusnahan bentuk muka bumi, dan ekonomi Siklon tropika terdiri daripada taufan dan hurikan

  3.4 Perubahan iklim

  6 Calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan konsep perubahan iklim; (b) menjelaskan punca dan kesan rumah hijau yang menyebabkan pemanasan global;

  (c) menjelaskan punca dan kesan penipisan dan kebocoran lapisan ozon;

  Waktu Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan Pengajaran

  (d) menjelaskan kesan perubahan iklim terhadap alam sekitar fizikal dan aktiviti manusia.

  3.5 Mikro iklim bandar

  6 Calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan konsep mikro Merujuk kepada iklim bandar; kajian kes seperti pulau haba bandar,

  (b) menjelaskan kesan perubahan pulau sejuk, mikro iklim bandar terhadap pencemaran udara, alam sekitar fizikal dan alam jerebu, dan hujan sekitar manusia. asid

  3.6 Kemahiran amali

  8 Calon seharusnya dapat: sistem atmosfera (a) mengira data, memplot, melukis, dan mentafsir peta garisan senilai, iaitu garisan sesuhu (isoterma), garisan sehujan (isohyet), dan garisan setekanan udara (isobar);

  (b) mengira data, melukis, dan Carta cuaca mentafsir graf dan carta cuaca merujuk kepada serta kaitannya dengan aktiviti rajah tiupan angin, manusia. graf bulatan, graf garis, dan graf bar

4 Sistem Hidrologi

  20

  4.1 Fasa air

  2 Calon seharusnya dapat: (a) menyatakan tiga fasa Gambar rajah perubahan air (cecair, gas, dan perubahan fasa, pepejal); proses, dan tenaga yang terlibat

  (b) menghuraikan tiga fasa proses perubahan air dan tenaga yang terlibat.

  4.2 Kitaran hidrologi

  4 Calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan konsep kitaran Gambar rajah hidrologi; kitaran hidrologi (b) menghuraikan proses mendatar kitaran hidrologi (alir lintang atmosfera, larian air permukaan, dan aliran air bawah tanah);

  Waktu Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan Pengajaran

  (c) menjelaskan proses menegak kitaran hidrologi (sejatan, perpeluhan, sejatpeluhan, pemeluwapan, pemejalwapan, kerpasan, pintasan, aliran batang, dan resapan);

  (d) menghuraikan konsep Keberkesanan keberkesanan kerpasan dan kerpasan merujuk faktor yang mempengaruhinya kepada perbezaan (ciri keamatan, kekerapan, kerpasan dengan jangka masa, musim, dan sejatan liputan kawasan).

  4.3 Edaran air tanih

  2 Calon seharusnya dapat: (a) menyatakan dan menghuraikan proses edaran air tanih (larian air permukaan, resapan, aliran air bawah tanah, simpanan air tanih, keporosan, ketelapan, dan akuifer);

  (b) menghuraikan faktor yang mempengaruhi edaran air tanih.

  4.4 Imbangan air

  4 Calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan konsep imbangan air (lebihan air dan kurangan air);

  (b) menjelaskan variasi imbangan air mengikut ruang dan masa; (c) menghuraikan faktor yang mempengaruhi variasi imbangan air (ketinggian, aspek, hujan, topografi, tumbuhan, dan batuan).

  4.5 Kaitan sistem

  4 Calon seharusnya dapat: hidrologi dengan manusia (a) menjelaskan kepentingan air Gangguan

  (bekalan air domestik, imbangan air pertanian, dan industri); merujuk kepada perubahan simpanan air yang digambarkan oleh lebihan air (banjir) dan kurangan air (kemarau)

  Waktu Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan Pengajaran

  (b) menjelaskan gangguan imbangan air terhadap aktiviti manusia (kejadian kemarau, kejadian banjir monsun/musiman dan banjir kilat);

  (c) menjelaskan penyesuaian Penyesuaian manusia terhadap kurangan air manusia termasuk dan lebihan air (hujan tiruan, langkah sistem pengairan, pengurusan (catuan penghutanan, dan sumber air air, kempen yang lain). penjimatan, dan tarif air) dan langkah kestrukturan (empangan, parit, terusan, dan tangki)

  4.6 Kemahiran amali

  4 Calon seharusnya dapat: sistem hidrologi (a) mengira data, melukis, dan Carta hidrologi mentafsir graf dan carta merujuk kepada hidrologi (kerpasan, sejatan, graf garis, graf bar, sejatpeluhan, dan imbangan dan rajah serakan air).

BAHAGIAN B: GEOGRAFI ALAM SEKITAR MANUSIA

3 Pembangunan Ekonomi

  30 dan Impak Alam Sekitar

  3.1 Sektor-sektor

  20 Calon seharusnya dapat: ekonomi (a) mengenal pasti sektor ekonomi Skala negara yang terbahagi kepada tiga, Malaysia iaitu

  (i) primer; Pertanian, perikanan, perhutanan, dan perlombongan

  (ii) sekunder; Pemprosesan, pembuatan, dan pembinaan

  Waktu Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan Pengajaran

  (iii) tertier. Pelancongan, pengangkutan dan perhubungan, perdagangan dan perniagaan, kewangan, perkhidmatan awam dan swasta, utiliti (elektrik, air, dan gas), teknologi maklumat dan komunikasi, penyelidikan dan pembangunan

  (b) menghuraikan ciri utama setiap Huraian berkaitan sektor ekonomi negara dengan ciri dan Malaysia (taburan, skala, kepentingan boleh orientasi pengeluaran, digabungjalinkan penggunaan modal, buruh, dan mengikut sektor teknologi); ekonomi

  (c) menghuraikan kepentingan Kesan pengganda atau sumbangan setiap sektor merujuk kepada kepada ekonomi negara aktiviti hiliran (Keluaran Dalam Negara dalam sektor Kasar [KDNK], pekerjaan, pertanian, dan kesan pengganda); pembuatan, dan perkhidmatan

  (d) menjelaskan perkembangan Perkembangan semasa sektor ekonomi semasa sektor (primer, sekunder, dan tertier); ekonomi meliputi kemajuan, inovasi, isu, masalah, dan cabaran

  (e) menghuraikan perkembangan Bioteknologi bioteknologi terkini dalam bermaksud bidang pertanian dan penggunaan pembuatan; teknologi dalam perkembangan pertanian dan pembuatan seperti pembiakbakaan tisu, pengubahsuaian genetik, teknologi transgenik, dan teknologi nano

  Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan

  3.1.1 Kemahiran amali (f) mengira, melukis, dan mempersembahkan data ekonomi semasa dalam bentuk jadual, gambar rajah, dan peta;

  Gambar rajah termasuklah carta, graf, dan rajah

  (g) mentafsir jadual, gambar rajah, foto, dan peta.

  Peta meliputi peta topografi

  3.2 Proses pembangunan ekonomi

  4 Calon seharusnya dapat: (a) mentakrifkan maksud pembangunan dan mengenal pasti penunjuk pembangunan (KDNK per kapita, peratus tenaga kerja dalam sektor ekonomi, ciri demografi, kemudahan asas, dan pemilikan barangan);

  (b) membezakan tahap pembangunan semasa antara kawasan dalam negara Malaysia;

  (c) menjelaskan ketakseimbangan pembangunan antara kawasan dalam negara Malaysia.

  Tumpuan kepada isu ketakseimbangan pembangunan antara wilayah dalam negara dan strategi untuk mengatasinya (koridor pembangunan ekonomi utara, timur, selatan, Sabah dan Sarawak)

  3.3 Impak pembangunan ekonomi terhadap alam sekitar

  6 Calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan impak pembangunan ekonomi terhadap alam sekitar, iaitu (i) kemerosotan dan kepupusan sumber; (ii) pencemaran alam sekitar

  (pencemaran udara, air, tanih, bau, bunyi, sampah sarap, dan sisa toksik);

  Waktu Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan Pengajaran

  (iii) kemerosotan kualiti alam Sumber sekitar (peningkatan perhutanan, suhu setempat, hakisan, perikanan, dan tanah runtuh dan tanah perlombongan tandus, banjir dan kemarau, ancaman kepupusan kepelbagaian biologi, kemusnahan habitat, dan rantaian makanan);

  (b) merumuskan langkah mengurangkan impak pembangunan ekonomi terhadap alam sekitar dari aspek perundangan dan bukan perundangan.

4 Globalisasi Ekonomi

  30 dan Kerjasama Serantau

  4.1 Globalisasi ekonomi

  6 Calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan maksud Globalisasi globalisasi ekonomi; ekonomi bermaksud saling bergantung antara negara dari segi bahan mentah, modal, buruh, pasaran, dan teknologi dalam proses pengeluaran dan pemasaran yang dipermudahkan oleh kemajuan teknologi maklumat

  (b) menghuraikan aspek saling Saling bergantung bergantung antara kawasan antara kawasan (pelaburan, teknologi, merujuk kepada pengeluaran, pasaran, dan hubungan antara bekalan buruh); negara/kawasan untuk keperluan ekonomi

  Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan

  ● penguasaan ekonomi

  ●

  kesukaran untuk mengawal aliran modal asing;

  ●

  ancaman kepada pengusaha kecil dan sederhana tempatan;

  ●

  barangan, perkhidmatan, dan budaya tempatan;

  ● ancaman kepada

  negara oleh syarikat multinasional (MNC);

  produk; (ii) kesan negatif

  (c) menjelaskan sebab perlunya kerjasama antara kawasan (kecekapan, ekonomi, daya saing, pengkhususan, dan penyertaan dalam ekonomi dunia);

  ● peningkatan kualiti

  menggalakkan persaingan;

  ● aliran buruh; ●

  pemindahan teknologi

  ●

  peluasan pasaran;

  ● perdagangan bebas; ●

  (i) kesan positif

  (d) menilai kesan globalisasi ekonomi terhadap sesebuah negara, iaitu

  penghakisan kedaulatan negara.

  Waktu Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan Pengajaran

  4.2 Kerjasama serantau

  14 Calon seharusnya dapat:

  4.2.1 Konsep (a) mengenal pasti pakatan kerjasama ekonomi serantau, iaitu (i) Pertubuhan Negara-

  Negara Asia Tenggara (ASEAN);

  (ii) Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA);

  (iii) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC);

  (iv) Kerjasama ekonomi antara negara Asia Timur;

  (v) Kesatuan Eropah (EU); (vi) Perjanjian Kawasan

  Perdagangan Bebas Amerika Utara (NAFTA);

  (b) menghuraikan konsep kerjasama dan persaingan antara kawasan;

  4.2.2 Kepentingan (c) menjelaskan kepentingan Daya saing dan halangan pakatan ekonomi serantau dari serantau merujuk segi kepada keupayaan mengeluarkan

  (i) mengurangkan kesan produk yang negatif globalisasi memenuhi ekonomi dunia; keperluan global

  (ii) pasaran bersama; pada kos yang (iii) meningkatkan daya kompetitif saing serantau;

  (iv) menjaga kepentingan bersama serantau; (v) keperluan guna tenaga buruh;

  (vi) teknologi penyelidikan dan pembangunan; (d) menghuraikan halangan dalam kerjasama ekonomi serantau yang meliputi

  (i) perbezaan ekonomi antara negara anggota; (ii) konflik politik wilayah dalam negara anggota;

  IMT

  Kawasan segitiga pertumbuhan merujuk kepada kerjasama memajukan subwilayah yang berjiran di dalam ASEAN

  IMS

  Fokus kerjasama:

  (iii) Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei Darussalam –Indonesia– Malaysia

  (ii) Segitiga Pertumbuhan Indonesia

  (i) Segitiga Pertumbuhan Indonesia

  (b) mengenal pasti kawasan segitiga pertumbuhan di dalam ASEAN, iaitu

  8 Calon seharusnya dapat: (a) mendefinisikan konsep kawasan segitiga pertumbuhan;

  Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan

  4.3 Segitiga pertumbuhan

  (f) mentafsir jadual, gambar rajah, dan peta berkenaan.

  4.2.3 Kemahiran amali (e) mengira, melukis, dan mempersembahkan data ekonomi dalam bentuk jadual, gambar rajah, dan peta;

  (v) pencemaran rentas sempadan; (vi) keselamatan serantau;

  (iv) persaingan antara kepentingan negara dengan kepentingan serantau;

  (iii) keupayaan melaksanakan projek kerjasama serantau;

  • –GT – perindustrian
  • >–GT – sumber pertanian dan pelancongan BIMP
  • –EAGA – pelbagai aktiviti ekonomi<
  • –Malaysia– Singapura (IMS –GT);
  • –Malaysia– Thailand (IMT –GT);
  • –Filipina (BIMP –EAGA);

  Tajuk Waktu Pengajaran Hasil Pembelajaran Catatan

  (c) menjelaskan peranan segitiga pertumbuhan dalam memajukan wilayah berkenaan (perdagangan, pelaburan, pelancongan, pengaliran buruh, penggunaan sumber, pengangkutan dan perhubungan, dan teknologi).

  4.4 Hubungan Malaysia dengan negara luar

  2 Calon seharusnya dapat: (a) menyatakan dasar luar negara

  Malaysia; Teras dasar luar negara Malaysia

  Aman, Bebas, dan Berkecuali

  (b) menghuraikan peranan negara Malaysia dalam pakatan kerjasama serantau;

  Prinsip memakmurkan jiran menjadi fokus utama kerjasama serantau

  (c) menjelaskan kepentingan kerjasama serantau dalam melindungi alam sekitar.

  Mengatasi masalah pencemaran rentas sempadan

  Penggal 3 Waktu Tajuk Hasil Pembelajaran Catatan

  Pengajaran

BAHAGIAN A: GEOGRAFI ALAM SEKITAR FIZIKAL

  5 Sistem ekologi

  14 Calon seharusnya dapat: