Sudah menjadi adat kita masyarakat Melay

Sudah menjadi adat kita masyarakat Melayu yang kaya
dengan budaya.
Salah satu budaya yang sinonim dengan majlis
perkahwinan adalah budaya berpantun.
Kebanyakkan majlis sudah tidak diserikan dengan pantunpantun ini, tapi jika mampu berpantun, serikanlah majlis
dengan Pantun agar bertambah seri majlis perkahwinan
anda nanti.
Di sini admin kongsikan 60 koleksi Pantun Majlis
Perkahwinan yang admin kumpulkan dari pelbagai
sumber:
1. Orang ke laut menjala Udang, Petang hari pasang
pelita,
Yang ditunggu sudah pun datang, Yang dinanti sudah pun
tiba.
2. Tanam serai berumpun-rumpun, Disiram air setiap hari,
Lemah gemalai hayun tersusun, Maklum lah dipanggil raja
sehari.
3. Buah pauh mari di kerat, Alamat petang boleh dimakan
Pada yang jauh dan juga dekat, Selamat datang kami
ucapkan
4. Pijat mati disarang kerengga, Anak Murai saja berlari

Hajat hati sekelian keluarga, Hendak merai raja sehari
5. Tetak buluh panjang sepuluh, Mari jolok sarang
penyengat,
Rafak susun jari sepuluh, Minta doa biar selamat
6. Orang jauh dikenang-kenang, Hanya terkenang pada
yang satu,
Mula berkenalan kemudian bertunang, Akad dilaksana
sama bersatu
7. Anak Cina mengail patin, Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin, Tanda gembira
penuh di hati

8. Puan dibawa ke Gunung Ledang, Dibawa dengan
penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang, Kini masa makan
beradab.
9. Semerbak bunga seroja, Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja, Jemput semua menikmati
hidangan
10. Berdua mencari renda, Dapat satu di Inderagiri

Doa dari ayahanda bonda, Agar Masjid kekal berdiri
11. Tanam pisang tumbuhnya kelapa, Terbit bunga
pucuknya mati,
Budi semua tak kami lupa, Sudah terpaku di dalam hati
12. Tuan puteri tersenyum-senyum, Melihat laksamana
bermain rodat,
Senyum-senyum jangan tak senyum, Sudah sempurna
segala adat
13. Memang pipit memakan padi, Telah lagi diberi beras,
Bukan sedikit tuan-tuan berbudi, Budimu tuan sukar
dibalas
14. Nasi putih nasi lemak, Sajian makanan di waktu pagi
Terima kasih banyak-banyak, Sudi bertandang ke majlis
kami.
15. Kalau tidak kerana bulan, Tidak bintang terbit pagi,
Kalau tidak kerana tuan, Tidak majlis sepermai ini.
16. Hari ini menugal jagung, Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung, Meraikan mempelai dua sejoli.
17. Anak Cina memasang lukah, Lukah dipasang di
Tanjung Selasih

Pasangan pengantin segak melangkah, Mara menuju
mahligai kasih
18. Tiup serunai di atas kota, Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta, Cinta tersemai di dalam
hati
19. Sudah lama langsatnya condong, Barulah kini
batangnya rebah.
Sudah lama niat dikandung, baru sekarang diizinkan
Allah.

20. Orang membelat di tepi pantai, Banyak dapat ikan
tembakul.
Yang kami hajat sudah tercapai, Yang kami doakan sudah
terkabul.
21. Asal dari Bukit Siguntang, Kisah hikayat tidak terperi
Kami mengucap selamat datang, Hadir tuan menambah
seri
22. Bagai ruas dgn buku, Bagai daging dgn kuku
Hidup di air satu perahu, Di darat satu kelambu
23. Menitis peluh merentas ladang, Hati-hati menjejak

kaki,
Sebaik saja sajian dihidang, Sudilah Tuan-Puan
persilakan diri.
24. Beli titi kayu belian, Belian dibeli dari ulu,
Minta sudi lah hadirin sekalian, Jgn segan jgn malu
Sumber: Pantun Hari Perkahwinan dan Persandingan
25. Satin biru habis digunting, Sehelai sepinggang
tiadalah jua
Pengantin baru manis bersanding, Bagai pinang dibelah
dua.
26. Teruna berpeluh memuja bidadari, Lama nian lekat di
mata
Pesona sungguh raja sehari, Umpama berlian diikat
permata.
27. Kembang Cina baru dipetik, Sudah layu di telapak
tangan
Abang teruna rindu cik adik, Madah merayu hendak
bergandingan
28. Tua layu kembali mulus, Turun hujan dirembang
syahdu

Dua menantu sekali gus, Tahun hadapan menimang cucu
29. Dodoi nyonya pandai membisik, Menebang dahan
angin mendayu
Amboi. kuatnya perisai cik adik, Abang tak tahan ingin
bertemu

30. Berpeluh sudah berpenat lelah, Bertahun patah
tumbuh ditebang.
Dirempuh redah bersirat bilah, Berpantun madah berpeluh
cik abang.
31. Gemalai kuntum melentuk di ranting, Tempua bicara
irama syahdu.
Mempelai tersenyum duduk bersanding, Mertua gembira
terima menantu.
32. Kelat mengkudu tiada bertanda, Patah dahan tempat
berteduh.
Berkat restu ayahanda bonda, Mudah-mudahan dipanjang
jodoh.
33. Kuntum relai tumbuh di mana, Gaya tempua menyapa
bayu.

Senyum mempelai penuh bermakna, Rahsia berdua siapa
yang tahu.
34. Buah macang melentur rendah, Dahan meranti
bercabang dua.
Bertuah abang beristeri solehah, Belahan hati penenang
jiwa.
35. Kerana rentung cemara dipalu, Sirih dilayang di dalam
pasu.
Teruna merenung si dara tersipu, Kasih sayang bersulam
rindu.
Sumber: Jom Kita Berpantun
36. Dari mana punai melayang? Dari pagar turun ke padi
Dari mana datangnya sayang? Dari mata turun ke hati
37. Baik-baik menunggang unta, Nanti salah jatuh
terlentang
Baik-baik bermain cinta, Mandi tak basah Makan tak
kenyang
38. Hisap rokok tembakau cina, Keluar asap berbungabunga
Wahai cik adik saya bertanya, Cincin dijari siapa yang
punya

39. Keluar asap berbunga-bunga, Itu petanda nak pendek

usia
Cincin dijari memang ada yang punya, Tapi biarlah dulu
jadi rahsia
40. Pucuk pauh delima batu, Anak sembilang ditapak
tangan
Sungguh pun jauh beribu batu, Hilang dimata di hati
jangan
41. Kudup seroja beria-ia, Hendak keluar tak nak sekerat
Hidup kekal bahagia ceria, Dari dunia sampai akhirat
42. Tanak nasi di lorong hulu, Tanak bubur rumah juragan
Hendak mati di hujung kuku. Hendak berkubur ditapak
tangan
43. Lebah menari selepas kerja, Tarian adat sudah ditetap
Menambah seri hari bahagia, Makan beradap jadi
pelengkap
44. Madu lebah dari Peringgit, Amalkan makan jadi bistari
Sedangkan lidah lagi tergigit, Inikan pula suami isteri
45. Helang menyambar serigala gusar, Melihat kelibat si

halimunan
Sesi bergambar keluarga besar, Jadi kenangan sepanjang
zaman
Sumber: Pantun Walimah
46. Buah pauh si bunga rampai, Kilauan bintang sungguh
mengasyikkan;
Orang jauh sudahlah sampai,Selamat datang kami
ucapkan.
47. Tiup serunai di atas kota, Uda memupuk bunga
Melati;
Mula kenal kemudian bercinta, Cinta tersemai dalam hati.
48. Amat garang datuk bentara, Musuh melanggar habis
dibenam;
Dulu seorang kini berdua, Hidup bersama susah senang.
49. Orang jauh berkirimkan surat, Berkali-kali dibaca jua;
Ikan dilaut asam didarat, Dalam kuali bertemu jua.
50. Di malam hari terang senegeri, Bulan purnama

dihujung julai;
Majlis gahari bertambah seri, Menyambut kedatangan

kedua mempelai.
51. Doa berkat penutupnya amin, Jari lentik memukul
gendang;
Mempelai berangkat di atas pelamin, Sama cantik sama
padan.
52. Rimbun semalu di jambu batu, Bangkit pelanduk terus
berlalu;
Kompang dipalu menyahut restu, Pengantin duduk
tersenyum malu.
53. Semerbak bunga seroja, Dibelai dara pingitan;
Lauk pauk penuh semeja, Jemput mempelai menikmati
hidangan.
54. Feringgi melanggar Inderagiri, Lalu dibedil oleh
laksamana;
Suami ibarat kepala negeri, Hendaklah adil lagi saksama.
55. Keris dan sundang lambang diraja, Itulah tanda raja
yang makbul;
Tanah ladang diletak baja, Makin dibaja semakin subur.
56. Hadirin berpakaian serba indah, Meraikan majlis yang
gilang gemilang;

Bersanding sudah, bersantap pun sudah, Sila pengantin
berangkat pulang.
57. Dengarlah ini ayah berpesan, Anak menantu, ayah
ingatkan;
Berkasih sayang sesama insan, Jangan cepat menjadi
bosan.
Sumber: Koleksi Pantun Pengantin
58. Ikan di laut asam di darat, Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat, Atas pelamin bertemu jua
59. Orang jauh dikenang-kenang, Hanya terkenang pada
yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang, Diatas pelamin sama
bersatu

60. Dari Johor kekuala Kedah, Dagang merantau beratus
batu
Surat sudah, SMS pun sudah, Sudah kawin masih begitu