BILA DITANYAKAN TENTANG DALIL

BILA DITANYAKAN TENTANG DALIL- LEBIH BAIK KITA DIAM
Para sahabat r.a bila ditanyai oleh Rasulullah s.a.w akan menjawab “
hanya Allah dan Rasul yang mengetahui “. Ini bukan bermakna
mereka tidak tahu , Cuma darjah pengetahuan mereka jauh lebih
rendah jika dibandingkan dengan Rasulullah s.a.w , apa lagi Allah
s.w.t. Pada zaman sekarang , pendalilan menjadi perkara utama
untuk menegakkan sesuatu pemahaman atau menguatkan hujjah
dan keyakinan. Zaman orang berfikir, dalil menjadi senjata utama
untuk “menang” dalam sesuatu penghujahan , malah wujud fatwa
dan counter-fatwa untuk memperbaiki sesuatu fatwa. Jadi, titik tolak
penerimaan adalah dalil. Manusia pandai akan memperbaiki dalil dan
hujjahnya untuk sampai demi menyelesaikan sesuatu kerumitan.
Dalam zaman moden yang semakin memperdalami dan
menyebarluaskan pemahaman tasawuf masyarakatnya , khasnya di
Barat , dalil menjadi semacam logic dan dialectic untuk mencapai
keyakinan dan seterusnya keimanan. Malah kadang-kadang “diri
ruhani” atau “diri dalam” atau “diri yang empunya diri” tiba-tiba
muncul untuk melantunkan soalan “apa dalilnya” bagi sesuatu
kenyataan , baik kenyataan itu datang dari kawan, ustaz, guru atau
mahaguru dan mursyidnya. Mereka yang kasyaf tidak “berani” untuk
menjawab soalan itu jika diajukan pun, sebab dia tahu “ diri dalaman

“ itu mengetahui segala-galanya, bagaimana hujjahnya dapat
disangkal? Jadi, dalam keadaan ini , khasnya jika hanya diri yang jasad
ini (berdasarkan otak sahaja) untuk menjawab , lebih baik diam ,
melainkan diri dalaman dapat menyamaikan hujah demi
perbincangan dengan diri dalaman si-penanya.
Amat bahaya orang yang tidak “pandai” bertanya kepada diri
dalamannya menjawab persoalan yang menghendaki “dalil” dari
seseorang yang sedang fana’ atau fana’ baqa’ billah. Jika dia
menjawab “ Jangan kau mencabar aku dengan persoalan dalil ? “
walhal persoalan itu adalah hal agama dan hak Allah, maka orang ini
akan jatuh dalam kemurkaan dan laknat Allah s.w.t beserta para

malaikatnya. Mengapa demikian? Sebab dengan mengatakan “jangan
kau cabar aku tentang dalil” sebenarnya dia mencabar Allah s.w.t ,
sebab SEMUA ILMU ADALAH BERDASARKAN DALIL . Dan dalil itu
datang dan diilhamkan dan disampaikan oleh Allah s.w.t sebagai satu
bentuk kebenaran baik dalam keadaan jelas (seperti wahyu) atau
samar (seperti ilham Rabbani dan ilmu ladunni).
Mungkin dalam berwhattsapp atau ber FB tiba-tiba diri dalam
muncul dan melantunan permohonan/persoalan tentang dalil

agama. Tiba-tiba ada rakannya menjawab “kau jangan mencabar aku
dalam persoalan dalil” , walhal dalil akan membantu seseorang atau
sekumpulan orang untuk memperbaiki keadaan amalan dan
pemahaman agamanya, maka orang ini terkutuk oleh Allah s.w.t dan
malaikatnya, sebab yang dia cabar itu ( walhal dia claim orang itu
mencabarnya tanpa dia mengetahuinya yang mencabarnya “diri
dalam” kawannya itu) adalah Alah s..t sendiri . Oleh itu, lebih baik dia
diam dan tidak menjawab bila diminta dalil. Kalau dia dapat
“berinteraksi” dengan diri dalamnya sendiri pasti dia boleh
mengeluarkan dalil dan hujjah yang selari seperti yang kehendaki
daripada soalan yang ditanyai oleh diri dalaman rakannya itu.
Wallahu a’lam bissawab.
23 Julai 2016