Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Taman Negara Tanjung Piai

3.4.4 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Taman Negara Tanjung Piai

Aktiviti yang menarik yang disediakan di kawasan TNTP mampu untuk menarik pelancong untuk datang. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan dikawasan taman negara ini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan TNTP ini adalah:

a) Perkhemahan

Aktiviti perkhemahan sering dilakukan oleh mereka yang sukakan aktiviti lasak dan cintakan alam sekitar. Pelajar sekolah dan Universiti merupakan antara golongan yang sering membuat aktiviti perkhemahan di kawasan hutan paya bakau ini. Musim cuti sekolah dan cuti umum merupakan hari yang sesuai bagi pelancong ini melakukan aktiviti perkhemahan ini. Pihak pengurusan telah menyediakan pelbagai peralatan dan kemudahan dan ianya boleh digunakan oleh pelancong untuk menjalankan aktiviti perkhemahan ini.

b) Memancing

Ramai kaki pancing yang sering kali memancing di kawasan taman negara ini. Dengan kadar bayaran sebanyak RM5, pemancing boleh memancing dikawasan jeti di dalam TNTP. Jeti yang disediakan oleh pihak pengurusan adalah amat besar dan ianya memudahkan pelancong dan pemancing untuk melakukan aktiviti memancing di TNTP.

c) Beristirehat dan bersiar-siar

Bersiar-siar didalam kawasan hutan paya bakau ini merupakan aktiviti yang wajib dilakukan oleh pelancong sekiranya datang ke kawasan TNTP ini. Pelancong akan bersiar-siar di dalam kawasan TNTP dengan menggunakan 'boardwalk' untuk menikmati keindahan alam semulajadi. Dalam masa yang sama, pelancong juga akan dapat mempelajari spesis-spesis yang terdapat di dalam kawasan hutan paya bakau ini. Hal ini kerana, terdapat banyak papan informasi yang telah disediakan yang boleh dibaca oleh pelancong sambil bersiar-siar di dalam TNTP.

d) Aktiviti melihat burung dan kunang-kunang

Pelbagai spesis burung yang terdapat dikawasan TNTP ini. Ianya menjadikan pelancong datang untuk melihat spesis-spesis burung yang sukar ditemui di tempat Pelbagai spesis burung yang terdapat dikawasan TNTP ini. Ianya menjadikan pelancong datang untuk melihat spesis-spesis burung yang sukar ditemui di tempat

e) Penyelidikan dan pembelajaran

TNTP adalah syurga bagi berbagai spesis flora dan fauna. Disebabkan itu, ramai pengkaji dan penyelidik datang untuk melakukan kajian di kawasan hutan paya bakau ini. Pada tahun 2008, ada satu program penyelididkan telah dijalankan bagi mengenalpasti spesis-spesis flora dan fauna dan mengenalpasti perlindungan yang diperlukan untuk melindungi spesis ini.

f) Jelajah Agro dan Eko pelancongan

Selain melawat TNTP, terdapat juga aktiviti yang ditawarkan oleh agensi pelancongan bersama-sama dengan JPTNJ untuk memberikan khidmat pelancongan yang terbaik kepada pelancong. Sebagai contoh, ada satu pakej pelancongan yang ditawarkan selama 3 hari 2 malam ataua 2 hari 1 malam. Aktiviti melawat TNTP adalah aktiviti utama, manakala terdapat beberapa aktiviti sampingan seperti aktiviti jelajah agro ke ladang kopi, melawat rumah tradisi lama "melayu riau", melawat ke Kukup laut, melawat ke Kukup Durian, melawat ladang ternakan lebah, muzium bugis, melawat ladang nenas serta menginap di Rumah Tradisional Melayu bagi tujuan 'homestay'.

g) Aktiviti penanaman semula pokok bakau

Dalam usaha untuk mengekalkan paya bakau di TNTP ini aktiviti menanam semula pokok bakau giat dijalankan. Pelbagai pihak mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan. Penanaman semula bakau adalah salah satu daripada aktiviti-aktiviti yang paling menarik di taman ini kerana ia memberi pengunjung pengalaman menanam pokok sendiri. Antara agensi dan organisasi yang selalu membuat porgram ini adalah seperti Panasonic Communications Sdn Bhd dan STMicroelectronics Sdn Bhd. Ia turut melibatkan sekolah, jabatan kerajan seperti Jabatan Alam sekitar, Jabatan Perhutanan dan JPTNJ.

h) Aktiviti kempen kebersihan

Aktiviti menjaga kebersihan kawasan TNTP adalah perkara yang penting. Walaupun, pihak pengurusan telah menyediakan kakitangan bagi melakukan aktiviti pembersihan dikawasan hutan paya bakau pada hari isnin, namun ianya tidak cukup untuk memastikan TNTP sentiasa berada dalam keadaan yang bersih. Jadi, TNTP telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kempen kebersihan, dimana kakitangan, orang tempatan dan sukarelawan akan turun ke kawasan paya bakau untuk membersihkan sampah-sampah yang terdapat di celah-celah paya bakau. TNTP juga adalah antara taman negara yang sering kali melakukan aktiviti pembersihan di kawasan paya bakau ini.

Bersiar-siar Pembelajaran

Menanam paya bakau Jalan kaki

Memancing Kempen kebersihan

Fotograf 3-2 : Aktiviti-aktiviti yang dilakukan di TNTP

Dokumen yang terkait

Analisis Komparasi Internet Financial Local Government Reporting Pada Website Resmi Kabupaten dan Kota di Jawa Timur The Comparison Analysis of Internet Financial Local Government Reporting on Official Website of Regency and City in East Java

19 819 7

Anal isi s L e ve l Pe r tanyaan p ad a S oal Ce r ita d alam B u k u T e k s M at e m at ik a Pe n u n jang S MK Pr ogr a m Keahl ian T e k n ologi , Kese h at an , d an Pe r tani an Kelas X T e r b itan E r lan gga B e r d asarkan T ak s on om i S OL O

2 99 16

Docking Studies on Flavonoid Anticancer Agents with DNA Methyl Transferase Receptor

0 55 1

EVALUASI PENGELOLAAN LIMBAH PADAT MELALUI ANALISIS SWOT (Studi Pengelolaan Limbah Padat Di Kabupaten Jember) An Evaluation on Management of Solid Waste, Based on the Results of SWOT analysis ( A Study on the Management of Solid Waste at Jember Regency)

4 28 1

The correlation intelligence quatient (IQ) and studenst achievement in learning english : a correlational study on tenth grade of man 19 jakarta

0 57 61

An analysis of moral values through the rewards and punishments on the script of The chronicles of Narnia : The Lion, the witch, and the wardrobe

1 59 47

Deconstruction analysis on postmodern character summer finn in 500 Days of summer movie

0 32 171

An analysis on the content validity of english summative test items at the even semester of the second grade of Junior High School

4 54 108

Pengaruh kualitas aktiva produktif dan non performing financing terhadap return on asset perbankan syariah (Studi Pada 3 Bank Umum Syariah Tahun 2011 – 2014)

6 101 0

PENGARUH KOSENTRASI SARI KUNYIT PUTIH (Curcuma zediaria) TERHADAP KUALITAS TELUR ASIN DITINJAU DARI AKTIVITAS ANTIOKSIDAN, TOTAL FENOL, KADAR PROTEIN DAN KADAR GARAM The Addition of White Turmeric (Curcuma zedoaria) Concentrated Base on Quality Antioxidan

1 1 8