Bahan artikel nusantara

Merdeka! Merdeka! Merdeka! Laungan kata keramat yang menjadikan sebuah Negara
kecil yang bebas dari cengkaman anasir-anasir luar yang telah merosakkan Negara kecil itu.
Tanah tumpah darahku yaitu tanah melayu yang dahulunya diambil penuh kekuasaan oleh pihak
inggeris malah portugis juga dari tahun 1511 – tahun 1914. Segala hasil bumi di Malaysia
diambil keuntungan lebih kepada pihak mereka menjadikan rakyat Malaysia seperti mengais
rezeki di tanah sendiri. Selain dari itu terjadinya perang dunia kedua pada tahun 1941- tahun
1945 yaitu tahun yang menjadi titik hitam ketika mana dijajah oleh tentera jepun. Pada ketika ini
kehidupan rakyat Malaysia ibarat dihujung tanduk yang mana pergerakan amat terbatas dan
sangat-sangat tipis untuk hidup dengan kekejaman tentera jepun. Namun melayu bukan sebarang
melayu tetapi melayu yang tunduk dan patuh dengan syariat Ilahi kembali bangkit untuk
menebus tanah air sendiri.
Maka satu rundingan kepada satu rundingan dan juga dari satu perjanjian kepada satu
perjanjian telah dibuat bagi mencapai kata sepakat. Dengan izin dan kehendak Allah s.w.t maka
pada ketika ini pertubuhan Persekutuan Tanah Melayu yaitu sebuah persekutuan 11 negeri di
Tanah Melayu telah dibentuk pada 31 Januari 1948. Persekutuan Tanah Melayu ini telah diketuai
oleh Tunku Abdul Rahman dengan mengandungi sembilan Negeri-negeri Melayu termasuk dua
penempatan british yaitu Pulau Pinang dan Melaka.
Menurut sumber dari Arkib Negara menyatakan tentang Perjanjian Persekutuan Tanah
Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 di King House dan diumumkan oleh kerajaan
British. Perjanjian ini ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu dan Sir Edwart Gent sebagai wakil
kerajaan british. Perjanjian ini adalah sebagai persediaan kearah penubuhan Persekutuan Tanah

Melayu pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini penting kerana ia memansuhkan Malayan Union
dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah persekutuan untuk pertama kali. Sekaligus
kedudukan raja-raja melayu juga telah dikembalikan.
Hasil dari rundingan dan perjanjian tandatangan ini telah membuahkan hasil yaitu
Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan daripada negara-negara Komanwel British
pada 31 Ogos 1957. Merujuk kepada Akta Malaysia 1963, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara
(yang dinamakan semula sebagai sabah) disekutukan dengan negeri-negeri yang sedia ada dalam
Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya ia dinamakan Malaysia. Singapura kemudiannya
dikeluarkan dari Malaysia dan membentuk sebuah republik sendiri pada 9 Ogos 1965.
Rentetan dari peristiwa yang bersejarah ini telah membawa Persekutuan Tanah Melayu
(kini telah dinamakan Malaysia) kepada satu fasa moderan dan inovatif. Namun begitu walaupun
sesudah merdeka Malaysia masih lagi mempunyai pelbagai krisis antaranya pemberontakan
Brunei pada tahun 1962- tahun1966, rusuhan kaum pada tahun 1964, pemisahan singapura pada
tahun 1965, peristiwa 13 mei pada tahun 1969, krisi kewangan asia pada tahun 1987 – tahun
1988, pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013, konfrontasi Indonesia- Malaysia pada tahun
1962- tahun 1966, Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1971- tahun 1990, serangan hendap Lahad

datu pada tahun 1985, peristiwa memali pada tahun 1985, operasi lalang pada tahun 1987, krisis
perlembagaan Malaysia pada tahun 1988 dan Al-Maunah pada tahun 2000.
Namun disini penulis tertarik untuk melihat pada krisis konfrontasi Indonesia –Malaysia

yang terjadi pada tahun 1962-tahun 1966 karena pertembungan dua hala diantara kedua Negara
yang dianggap serumpun ini mempunyai kisah disebaliknya sebelum menemui kemanisan pada
akhirnya. Bagi ringkasan sejarahnya dapat penulis nyatakan bahwa konfrontasi IndonesiaMalaysia adalah pembangkang politik dan tentera Indonesia kepada pembentukan Malaysia atau
Penyatuan Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia Barat) dengan tanah jajahan mahkota/
naungan british di Sabah dan Sarawak pada September 1963. Penentangan ini telah dilakukan
oleh Presiden Sukarno kerana cita-cita tingginya menentang penjajahan di nusantara.
British cuba menggabungkan pentadbirannya di Kalimantan dengan Semenanjung Tanah
Melayu untuk membentuk Malaysia. Rancangan ini dibantah keras oleh Presiden Indonesia yaitu
Presiden Soekarno. Beliau berpendapat bahawa Malaysia adalah sebuah rekaan British dan
penubuhan Malaysia hanya akan membuat pihak British dapat menguatkan lagi tanah
jajahannya. Pemberontakan serta peperangan telah terjadi sehingga ribuan orang terbunuh dan
ditangkap. Sehingga menjelang akhir 1965 Jeneral Soeharto memegang tampuk pemerintahan
Indonesia setelah berlakunya rampasan kuasa. Maka konflik dan krisis yang terjadi di antara
Indonesia dan Malaysia semakin hilang dan reda. Pada 28 Mei 1966, sebuah rundingan damai
dilakukan di Bangkok dan Soeharto telah menghantar Adam Malik sebagai wakil rundingan
bertemu dengan Tunku Abdul Rahman. Maka perjajian damai ditandatangani pada 11 ogos dan
dirasmikan dua hari kemudian. Indonesia secara rasminya mengakhiri konfrontasi terhadap
Malaysia pada tahun 1967 dan hubungan di antara kedua negara semakin akrab.
Menurut sejarah di atas setelah beberapa tahun dapat dilihat perubahan demi perubahan
dilakukan oleh kedua buah negara baik Malaysia maupun Indonesia. Di sinilah titik permulaan

kedua negara yang dipanggil negara serumpun melakukan hubungan dua hala yang baik.
Perhubungan dua hala ini termasuklah ekonomi, pendidikan, pelancongan serta kepelbagaian
budaya.

Di sini penulis melihat terutamanya di Banda Aceh ilmu yang boleh diperolehi bukan
sahaja ilmu di dunia namun begitu juga ilmu bagi bekalan di akhirat. Banyak terdirinya pondokpondok (pesantren), dayah-dayah yang diajar oleh tok guru melalui kitab kuning (kitab lama
yang menggunakan tulisan jawi atau bahasa arab sepenuhnya). Oleh yang demikian, kerajaan
Malaysia telah membuat perjanjian MOU dengan beberapa buah universiti dan pesantren di
Indonesia untuk memudahkan rakyat Malaysia menimba ilmu di Indonesia.
Namun demikian dengan keadaan dunia sekarang yang telah berubah hampir 70% dari
tahun sebelumnya memberi sedikit impak yang negatif terhadap bangsa dan negara. Antaranya
kemunculan culture shock, vandalisme, seks bebas, aktiviti dadah, politik kotor, rasuah dan

sebagainya. Ini telah mencemarkan kehidupan bangsa pada masa hadapan. Seperti sebuah katakata pepatah “ untuk melihat sesebuah negara dan pimpinannya lihatlah anak muda pada masa
kini”. Di sinilah penulis merasakan bahawa mahasiswa adalah penggerak utama dalam
melakukan perubahan kepada masa depan yaitu Agen of Change dalam segala bidang bagi
memajukan negara Malaysia. Limpahan tempat untuk mencari ilmu dan juga peningkatan
teknologi yang canggih akan memudahkan mahasiswa memikirkan perubahan yang lebih baik
kepada negara. Antaranya melakukan beberapa aktiviti kebajikan untuk membawa kembali anakanak yang telah jauh menyimpang dari keadaan sosial sebenar dan juga mengadakan pertemuan
antarabangsa antara beberapa buah negara bagi menjalin kerjasama dari segi ekonomi,

pendidikan dan perubahan sosial.
Penulisan ini dimaksudkan untuk memberikan beberapa cadangan dan ulasan kepada
anak bangsa supaya sejarah pahit tidak berulang kembali dan mengambil berat tentang proses
bagaimana cara kita memaksimumkan peranan kita sebagai mahasiswa agar perubahan kebaikan
dapat dilakukan sedikit demi sedikit.
Untuk itu penulis ingin memberikan sebuah alternatif sederhana yaitu cara atau upaya
untuk mengembalikan semua itu dengan melakukan perubahan kepada diri sendiri terlebih
dahulu dan merasa syukur di atas kurniaan yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. Kesyukuran
yang timbul di dalam diri akan mengakibatkan perubahan bukan saja terhadap diri sendiri malah
memberi manfaat kepada orang lain juga. Mempelajari sejarah-sejarah yang lalu bagaimana
kepimpinan negara menyelesaikan permasaalahan yang timbul maka pemikiran kita sebagai
mahasiswa akan menjadi semakin kreatif dan kritis dengan idea-idea baru.
Sebelum akhirnya dapat penulis ingatkan bahwa yang terpenting adalah peranan kita
sebagai mahasiswa yaitu Agen of Change untuk negara kita yang tercinta yaitu Malaysia. Ianya
sangat luas meliputi perubahan pendidikan, ekonomi, pembangunan, pengabdian masyarakat dan
juga budaya. Untuk Negara mahasiswa sebagai Sosial Control harus bersikap kritis terhadap apa
yang terjadi di pemerintahan, upaya kritis bukan dengan melakukan demontrasi jalanan yang
membawa kerugian dan membahayakan masyarakat tetapi dilakukan dengan hal yang lebih
positif yaitu menulis kepada kepimpinan atasan atau bermusyawarah dengan memberikan ideaidea baru kepada pemimpin atasan atau demontrasi yang tidak memberi masalah dan dibuat
secara damai..

Ilmu yang terpenuhi dapat digunakan untuk membantu kepimpinan negara dalam
meningkatkan kesejahteraan negara. Kitalah pemuda masa kini yang akan menjadi pemimpin
pada masa hadapan. Gunakan sebaik mungkin kemudahan yang telah ada dan jangan disiakan.
Maka kenalilah masalah internal dan eksternal diri kita agar perubahan yang dilakukan bermula
dari diri kita sendiri. Jadi marilah kita sebagai pemangkin perubahan masa hadapan bangsa dan
Negara menjadikan rasa syukur dan merubah masalah internal dan eksternal sebagai dasar
memaksimumkan peranan mahasiswa sebagai Agen of Change dan Sosial Control yang kreatif,
kritis dan inovatif.