PARA SAHABAT DAN TIPUDAYA ORANG-ORANG KAFIR

PARA SAHABAT DAN TIPUDAYA ORANG-ORANG KAFIR

Sebagaimana halnya dengan golongan Rasul dan para Nabi maka demikian juga penanggungan para penyokong mereka; dan sahabat terdekat. Para sahabat Rasulullah SallAllahu ‘alaihi Wasallam telah menghadapi berbagai bentuk serangan dan penindasan dari orang-orang kafir, namun keazaman mereka tidak pernah luntur dan padam. Allah berfirman:

ِﻞﻴِﺒَﺳ ﻲِﻓ ْﻢُﻬَﺑﺎَﺻَأ ﺎَﻤِﻟ ْاﻮُﻨَهَو ﺎَﻤَﻓ ٌﺮﻴِﺜَآ َنﻮﱡﻴﱢﺑِر ُﻪَﻌَﻣ َﻞَﺕﺎَﻗ ﱟﻲِﺒﱠﻥ ﻦﱢﻣ ﻦﱢیَﺄَآَو

( 146 ) َﻦیِﺮِﺑﺎﱠﺼﻟا ﱡﺐِﺤُی ُﻪّﻠﻟاَو ْاﻮُﻥﺎَﻜَﺘْﺳا ﺎَﻣَو ْاﻮُﻔُﻌَﺿ ﺎَﻣَو ِﻪّﻠﻟا

Maksudnya: “Dan tidak pula mereka menjadi lemah semangat lantaran apa yang mereka deritai dalam perjuangan fisabilillah, mereka tidak kehilangan harapan dan tidak pula berdiam diri. Dan (bahawa) Allah sayang kepada orang-orang yang sabar.”

(Surah Ali-Imran: Ayat 146)

Dalam peristiwa raji’ beberapa pendakwah Islam telah dibunuh sewaktu mereka dalam perjalanan ke daerah ‘Adal dan Qarah untuk mengembangkan dakwah Islam dan membimbing penduduknya. Di antara yang terbunuh itu ialah Asim Bin Sabit. Ketika beliau hendak dibunuh beliau sempat menggubah sebuah madah yang berbunyi:

Maksudnya: Apa cacatku jika aku manusia tabah dan gagah,

Busar panahku teguh dan kukuh sentiasa, Dan busarku nan kukuh meluncur panah, Maut itu kan hakikat dan hidup itu maya, Segala yang ditakdirkan Tuhan pasti, Mengenai seseorang, bukanlah kepada Allah jua ia akan kembali.

Seorang lagi yang menerima nasib yang sama ialah Khubaib Bin Adi. Ketika ia dibawa keluar daripada kawasan Masjidil Haram untuk dibunuh ia meminta kepada orang kafir itu supaya membenarkannya sembahyang dua rakaat. Selepas itu ia datang semula. Dan dia berkata: “Kalaulah tidak kerana kamu mungkin menyangka aku takut mati nescaya aku akan menambah lagi kadar sembahyangku.” Beliaulah orang yang pertama memulakan amalan sembahyang dua rakaat apabila hendak dibunuh. Kemudian beliau berdoa:

“Ya Allah, Engkau pastikanlah bilangan penzalim ini (untuk Engkau membalas kezaliman mereka).”

Kemudian ia bermadah:

Sekiranya Allah menghendaki berkat, Pada anggotaku yang hancur lumat, Persetan tubuhku dibunuh mati, Untuk Allahlah kematianku pasti.

Selain daripada Khubaib ialah Zaid bin Dathanah. Apabila ia diiring keluar dari kawasan Masjidil Haram untuk dibunuh, berkumpullah beberapa petualang-petualang Quraisy di sekeliling beliau termasuk Abu Sufian bin Harb. Abu Sufian bertanya kepadanya “Demi Allah, wahai Zaid aku ingin bertanya kepadamu adakah engkau suka Muhammad menggantikan tempatmu di sini untuk kami penggal lehernya dan engkau sendiri berada sesama keluarga engkau?” Beliau menjawab: “Demi Allah, saya tidak suka sama sekali Muhammad di sini atau malah di tempat lain, walaupun sekadar ia dicucuk oleh duri padahal aku duduk bersama keluargaku.” Kemudian Abu Sufian pun berkata; “Aku tidak pernah berjumpa orang-orang yang sayang kepada seseorang seperti sayangnya sahabat Muhammad kepada Muhammad.”

Dalam kejadian di Bi’ri Maunah orang-orang kafir mengkhianati 40 orang pendakwah muslim yang pada asalnya telah disepakati untuk dibawa ke Najid untuk menyibarkan dakwah Islam berdasarkan permintaan Abi Bura’ Amir bin Malik. Orang-orang kafir di kalangan qabilah Bani Salim yang diketuai oleh Amir bin Tufail teiah mengepung pendakwah-pendakwah Muslim tersebut yang masih berada di atas tunggangan masing-masing. Apabila mereka menyedari orang-orang kafir itu sedang mengepong mereka dan sebenarnya mereka telah diperdaya, maka mereka pun menghunus pedang masing-masing dan bertempur dalam pertempuran yang tidak seimbang sehingga mereka semuanya mati syahid.

Dalam perang Uhud pula tujuh orang Ansar telah menggadaikan nyawanya, mereka mati syahrd mempertahankan Rasulullah SallAllahu ‘alaihi Wasallam. Imam Ahmad meriwayatkan hadith daripada Anas radiyAllahu’anhu Dalam perang Uhud pula tujuh orang Ansar telah menggadaikan nyawanya, mereka mati syahrd mempertahankan Rasulullah SallAllahu ‘alaihi Wasallam. Imam Ahmad meriwayatkan hadith daripada Anas radiyAllahu’anhu

Maksudnya:

“Tidak patut sahabat-sahabat kamu membiarkan begini.”

Dalam perang Yarmuk; lkramah bin Abi Jahal bersama-sama 400 orang pejuang Islam telah berjuang habis-habisan sehingga ke titisan darah yang terakhir. Ketika pertempuran semakin sengit Ikramah berkata; “Aku telah berjuang dalam pelbagai medan perang bersama Rasulullah dan aku tidak pernah berundur tetapi apakah aku akan berundur hari ini.” Kemudian beliau berteriak dan berkata: “Siapa yang mahu berbai’ah untuk berjuang sampai mati!?” Maka bapa saudara Hans bin Hisyam bersama-sama empat ratus orang pejuang Islam yang berjalan kaki dan berkuda ikut membai’ah beliau. Setelah itu mereka pun menyerang dan bertempur sehingga mereka tumpas. Ramai yang mati dan ramai juga yang luka-luka.