1.0
PENDAHULUAN
Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Aktiviti senamrobik merupakan senaman sesi
memanaskan badan yang menarik sebelum melaksanakan aktiviti bersukan. Melalui senamrobik, tahap kesediaan untuk melakukan aktivtiti daripada intensiti rendah ke
tahap intensiti tinggi akan lebih terancang di samping membantu meransang otot dan tubuh badan secara teratur. Aktiviti senamrobik merupakan senaman yang terancang
yang boleh dilakukan beramai-ramai untuk meningkatkan kecergasan disamping memperoleh keseronokan dan ketenangan minda. Aktiviti fizikal seperti senamrobik
merupakan salah satu cara senaman yang mampu meningkatkan prestasi paru-paru dan mengurangkan implikasi saluran darah tersumbat disebabkan kolesterol. Melalui
aktiviti senamrobik, murid-murid dan guru-guru dapat meningkatkan kecergasan fizikal seterusnya mampu melakukan aktiviti seharian tanpa merasa letih. Keupayaan fizikal
yang optimum melalui aktiviti senamrobik meningkatkan kecergasan serta kesihatan dan minda yang cerdas terletak kepada tubuh yang sihat. Setiap individu boleh
meningkatkan kecergasan fizikalnya hingga ke tahap maksima. Aktiviti senamrobik merupakan salah satu aktiviti kecergasan fizikal yang seimbang, terdiri dari gabungan
senaman yang boleh meningkatkan daya kadiovaskular atau daya tahan aerobik, kekuatan otot, ketahanan dan kelenturan. Selain daripada itu, aktiviti senamrobik juga
meningkatkan kecergasan pelakuan psikomotor yang melibatkan kelajuan, keseimbangan, koordinasi, kuasa dan ketangkasan
2.0 RASIONAL
Senamrobik adalah satu aktiviti yang amat sesuai dilakukan oleh semua lapisan masyarakat dan peringkat umur. Aktiviti senamrobik amat penting dijadikan amalan
kerana senamrobik: 2.1 Merupakan faktor utama dalam membantu mengurangkan tekanan dan stress
serta meningkatkan kekuatan fungsi otak 2.2 Dapat meningkatkan daya tahan otot jantung dan mencegah daripada penyakit
jantung dan pembuluh darah. 2.3 Dapat meningkatkan keupayaan aerobik dan psikomotor
Senamrobik 1 Murid 1 Sukan ini juga merupakan landasan bagi sekolah melaksanakan aktiviti senamrobik di sekolah sebagai aktiviti amalan sepanjang tahun di
semua sekolah seluruh Negara. Aktiviti senamrobik ini juga boleh dilakukan dalam semua program di sekolah kerana ianya dapat menceriakan program yang dianjurkan
dan berupaya memeriahkan aktiviti sukan di sekolah. Seterusnya aktiviti senaman yang menarik ini akan dapat mengekalkan lajakan berterusan pelaksanaan Dasar 1 Murid 1
Sukan. Aktiviti senamrobik dapat dipraktikkan di dalam kehidupan seharian murid-murid sejak dari kecil sehingga dewasa dan seterusnya menjadikan amalan gaya hidup sihat
dan aktif kepada semua masyarakat. Akhir sekali adalah diharapkan murid-murid dapat melibatkan diri dalam aktiviti sukan secara menyeluruh dan bersepadu bagi menjayakan
dasar 1 Murid 1 Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia.
.3.0 MATLAMAT
Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin
sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan
gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan
diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.
4.0 OBJEKTIF
Senamrobik 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia dijadikan amalan di sekolah-sekolah bagi mencapai objektif berikut:
4.1 meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan;
4.2 melibatkan penyertaan semua murid; 4.3 mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas;
4.4 mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul; 4.5 meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de
corp;
5.0 TARIKH PELAKSANAAN