Bahasa di sisi Ibn Khaldun : tinjauan ringkas.
-Bahasa di sisi Ibn Khaldun ; tinjauan ringkasDr. Muhammad Mahjub, seorang pemikir Tunisia pernah menyatakan dalam sebuah wawancara1, bahawa Muqaddimah Ibn Khaldun (w808H - 1406M) merupakan pembacaan hermeneutik kepada Kitab alIbar. Penterjemahan judulnya kepada Prolegomena adalah tepat, kerana isinya yang menampilkan keperibadian Ibn Khaldun yang bukan sekadar seorang pakar sejarah yang agung, bahkan ahli falsafah
yang mampu menyimpulkan perkaitan antara satu pengkhususan dengan pengkhususan yang lain, demikian membina dan mengadun teori-teori yang mendahului zamannya, berdasarkan himpunan pemerhatian dan pengalaman beliau. Ia disifatkan oleh azZirkili dalam A lam-nya sebagai rujukan utama dalam Sosiologi. Kajian-kajian moden berkenaan Ibn Khaldun telah banyak membantu kita memahami
genius beliau menurut perspektif keilmuan yang pelbagai, di antaranya ialah bidang Bahasa. Sementara
terlalu banyak kajian mutakhir telah dilakukan berkenaan Teori dan Falsafah Bahasa Ibn Khaldun, dalam bentuk tesis dan kertas kerja, manakala kertas kecil ini hanyalah bertujuan selaku tinjauan ringkas
kepada idea Bahasa di sisi Ibn Khaldun, bagaimana ia berasal dan bagaimana ia berkembang dan diubah, falsafah makna, serta perkaitannya dengan ilmu-ilmu lain sepertimana yang diisyaratkan beliau
sendiri dalam Muqaddimah, sumber primer kajian ini. Allah alMuwaffiq.
***
Ibn Khaldun menyebutkan tentang bahasa ketika membincangkan ilmu Nahu, kata beliau,
Ketahuilah! Sesungguhnya Bahasa, yang biasa dikenali, ialah ibarat/pernyataan sang penutur akan
perkara yang dimaksudkannya. Pernyataan itu merupakan perbuatan lisan yang muncul daripada alQasd/niat untuk menyampaikan maksud berkata. Tidak boleh tidak, ia menjadi sebuah malakah/kemahiran yang tetap pada anggota badan yang melakukannya, iaitulah lisan. Ia (perbuatan) tersebut (ada)
pada setiap umat, berdasarkan persepakatan mereka.2
Beliau menyambung huraiannya, setelah menceritakan bahagian-bahagian ilmu bahasa (Nahu, Bayan/Retorik, Bahasa, dan, Sastera), di bawah topik khas, Bahasa itu kemahiran berteknik/malakah
sina iyyah.
Ketahuilah! Sesungguhnya Bahasa-bahasa itu, seluruhnya merupakan kemahiran yang mirip kepada
kraf, ia adalah kemahiran yang ada pada lisan untuk mengungkapkan makna-makna. Kemantapan dan
kelemahannya (pengungkapan) tergantung kepada penyempurnaan kemahiran ini atau tidak. Bukanlah
(kemahiran itu) dengan melihat kepada mufradat (satu-satu perkataan) tapi kepada tarakib (gabungan
daripada perkataan-perkataan).3
Kita dapat simpulkan beberapa perkara daripada kenyataan Ibn Khaldun ini. Pertama, bahasa adalah
kemahiran lisani. Kedua, bahasa adalah yang bermakna. Ketiga, berbahasa adalah pilihan/by choice,
kerana dimulai daripada alQasd. Keempat, kemahiran lisani tersebut dinilai berdasarkan sesempurna
mana menyampaikan makna, berdasarkan gabungan perkataan. Kelima, bahasa itu ada berdasarkan persepakatan antara unit sosial untuk menyampaikan dan menerima makna (bahasa sebagai komunikasi).
Asas kepada kemahiran lisani ini, ialah pendengaran, kata beliau, Pendengaran adalah bapa (asas) ke1Boleh
diikuti di sini; https://www.youtube.com/watch?v=XmLoprpAxpo (retrieved ; 20.7.2016)
alMubtada wal Khabar fi Tarikh alArab wal Barbar wa man aasarahum min Dzawis Syanil Akbar, tahqiq : Khalil
Syahadah, cet ; Kedua 1988M, Dar alFikr. 1/753. (versi Maktabah Syamilah - judul : Tarikh Ibn Khaldun)
3Ibid. 1/764.
2Diwan
pada kemahiran lisani.4 Dengan adanya pendengaran, maka kemahiran berbahasa pada seseorang bisa
dijana sehingga sempurna menyampaikan maksud, berdasarkan apa yang disepakati oleh mujtamak.
Beliau menjelaskan bagaimana huruf dan harakat dalam bahasa Arab boleh menyampaikan maksud,
Ia adalah kemahiran pada lisan mereka, yang terkemudian mengambilnya daripada yang terdahulu sepertimana kanak-kanak kita pada zaman kini mengambil bahasa daripada kita.5 Beliau menjelaskan
lagi bagaimana kemahiran ini bisa berkembang, Kemahiran tidak terhasil melainkan dengan pengulangan perbuatan, kerana apabila sesuatu perbuatan dilakukan pada pertama kalinya, ia akan kembali kepada dzat/diri pelaku sebagai sebuah sifat. Kemudian apabila ia berulang, maka ia akan berubah menjadi hal/state. Apa yang dimaksudkan dengan hal ialah sifat yang belum kukuh. Kemudian, bertambahlah
pengulangan sehingga ia menjadi malakah/kemahiran, yakni sifat yang kukuh.
Terdapat kemiripan hebat antara apa yang dikemukakan Noam Chomsky sebagai Language Acquisition
Device (LAD), dengan apa yang dinyatakan Ibn Khaldun, Seorang penutur daripada bangsa Arab, kerana kemahiran berbahasa Arab itu ada pada mereka (bangsa Arab) ; dia mendengar percakapan ahli sezamannya, laras bahasa mereka dalam dialog-dialog mereka, dan cara mereka mengungkapkan maksud
; sepertimana seorang kanak-kanak mendengar penggunaan satu-satu perkataan berdasarkan maksudnya yang tepat, dia akan mengulanginya/talqin, kemudian dia mendengar gabungan perkataan-perkataan tersebut, dan mengulanginya juga. Mereka sentiasa mendengarkan perkara-perkara baru daripada
setiap penutur dan cara penggunaannya juga berulang-ulang, sehinggalah ia menjadi satu kemahiran
dan sifat yang kukuh (pada dirinya), lalu dia menjadi seperti mereka (mahir berbahasa). Demikian, berpindahnya bahasa kepada generasi demi generasi dan dipelajari oleh orang ajam (non-arab) dan juga
kanak-kanak.6 Ibn Khaldun tidak menteorikan bagaimana akal terlibat dalam proses pemerolehan bahasa, semaju Chomsky, The language acquisition device is only one component of the total system of
intellectual structures that can be applied to problem solving and concept formation ; in other words,the
faculte de language is only one of the faculties of the mind.7 namun dengan menyatakan sisi teknis pemerolehan bahasa dan mewakilkan alQasd sebagai tujuan utama untuk berbahasa, merujuk kepada bahasa Arab, beliau telah menggagaskan teori pemerolehan bahasa yang bersifat teknikal, boleh dipelajari
dan
sepakat/
istilahiy.
Teori pemerolehan bahasa Ibn Khaldun ini dikaitkan beliau sebagai punca rosaknya kemahiran berbahasa, kata beliau, Kemahiran ini rosak di sisi qabilah Mudhar ialah kerana mereka bercampurgaul dengan non-arab. Sebab kepada kerosakannya ialah anak-anak muda pada satu-satu generasi mendengarkan cara pernyataan tentang maksud yang berbeza dengan cara bangsa Arab, lalu cara (yang lain itu)
dipraktikkannya, dek banyaknya pergaulan bangsa Arab dengan lainnya. Dia mendengarkan cara bangsa Arab juga (pada masa yang sama). Ia (kemahiran tersebut) bercampuraduk, dia mengambilnya daripada situ dan sini sehinggalah dia mencipta satu kemahiran (berbahasa yang baru) yang kurang sempurna berbanding yang awalnya. Inilah yang dimaksudkan sebagai rosaknya lisan Arab (kemahiran berbahasa Arab). Nativisme yang dianut beliau menguatkan lagi premis kita pada memiripkan teori beliau
dengan Chomsky. Kemampuan manusia untuk mengadun bahasa-bahasa, sehingga berubah menjadi
bahasa rojak (kemahiran berbahasa yang baru), juga diiktiraf Ibn Khaldun. Sementara Chomsky mensyaratkan Nahu TG untuk memiliki descriptive adequacy & explanatory adequacy, selaku bukti kepada wujudnya keupayaan generatif yang tegas/strong generative capacity.8 Bahasa rojak/Pidgin, merupakan fenomena kreatif manusiawi yang didalangi aspek mental generatif. Ataukah ia merupakan cara Al4Ibid,
1/754.
cit.
6Ibid, 1/765.
7Lihat : Teori dan Kaedah Nahu : Sejarah Pertumbuhan Aliran Pemikiran, Asmah Haji Omar, cet : Pertama 2011M, Dewan
Bahasa & Pustaka, ms 167.
8Ibid, ms 168.
5loc
lah mendidik manusia berbahasa, menerusi gabungan ilham dan mental generatif manusia?
Beliau menyatakan asal-usul kepada bahasa Arab, ialah anNaql/pindahan tradisi lisan, bila mengatakan, Ketahuilah! Sesungguhnya anNaql yang mensabitkan bahasa (Arab) ialah anNaql daripada bangsa Arab bahawa mereka pernah menggunakan kata-kata sekian untuk makna-makna sekian. Janganlah
engkau katakan, bahawa merekalah yang mengasaskannya/menciptanya, kerana (dakwaan tersebut)
adalah tidak berasas lagi jauh, dan ia tidak pernah diketahui daripada sesiapapun daripada kalangan
mereka.9 Ia sebenarnya dibayangi oleh perpihakan beliau kepada Asyairah, mazhab akidah yang dianuti beliau10, berkenaan asal-usul bahasa manusia. Asyairah berpendapat bahawa asal-usul bahasa ialah
atTauqif (setiap lafaz dan makna telah ditetapkan oleh Allah semenjak azali - bandingkan dengan teori
Adamic Language), selaku hujah menguatkan pendapat bahawa alQuran merupakan Kalamullah. Sementara lawan mereka, Muktazilah (dikepalai Bahasyamiyyah di Basrah), berpendapat bahawa asalusul bahasa ialah al-Istilah (persepakatan manusia bahawa lafaz sekian untuk makna sekian), selaku hujah menguatkan pendapat bahawa alQuran adalah makhluk.11 Demikian, kita dapat membaca teori Bahasa Ibn Khaldun dengan lebih jelas, bahawa beliau cuba mengadunkan dapatan beliau berkenaan teori
pemerolehan bahasa, dengan akidah yang diimani beliau bahawa bahasa bersifat atTauqif. Chomsky
membina Nahu Transformasi-Generatifnya berdasarkan binaan Cogito Carthesian yang mentalistik, bahawa ia kemahiran berbahasa yang bersifat innate/sejadi, dan nahu merupakan aspek kreatif manusia
yang membezakannya daripada binatang.12 Sementara Ibn Khaldun membina teori bahasanya berdasarkan pegangan akidah bahawa ia atTauqif, bahawa Allah mengajarkan bahasa kepada manusia (surah alBaqarah ayat 31, surah arRahman, ayat 4, bandingkan dengan ; Bible, Genesis 2 : 19-20, vr. NKJV)
Andaian kepada wujudnya perkaitan (akidah-bahasa) ini, dikuatkan lagi dengan permasalahan susulan
yang ditimbulkan Ibn Khaldun, di bawah fasal yang sama, Begitu juga, bahasa-bahasa tidak boleh disabitkan dengan analogi/alQiyas.13 Ia permasalahan ilmu Kalam yang dimasukkan dalam buku-buku
Usul Fiqh, sementara ia tidak memberi kesan minor mahupun major kepada pendalilan Fiqh, ulama
membahaskannya untuk menolak kemungkinan Qalb al-Lughah (menukar makna sekian untuk lafaz sekian berdasarkan alQiyas) yang membawa kepada masalah relativiti makna - nas syarak
. Dengan ini,
Ibn Khaldun menafikan peranan akal untuk mencipta bahasa, tetapi mensabitkan peranan alQasd, dan
kemampuan bahasa untuk dipelajari, maka sejajar dengan akidah Asyairah yang dianuti beliau.
Perbandingan ini juga dikesan sama oleh pemikir Sudan, Abd alMun
im Ajab alFaya, apabila membandingkan persamaan teori Bapa Strukturalisme, Ferdinand de Saussure, bahawa hubungan lafaz-makna
bersifat arbitari, ia adalah hasil persepakatan
berdasarkan pemerhatian de Saussure yang empiris, dengan pegangan Muktazilah.14 Persoalan baik juga ditimbulkan de Saussere, bahawa kiranya hubungan
makna-lafaz bersifat azali lagi sejadi, mengapa berlaku perbezaan antara bahasa-bahasa? Kiranya hipotesis tentang kesemulajadian bahasa itu benar, sudah tentu bahasa seluruh umat manusia itu menjadi
satu.15
Chomsky membezakan pengetahuan peraturan bahasa yang diberi nama kompetens (competence) dengan, penggunaan bahasa yang sebenarnya, iaitu performans (performance). Teori TG sebenarnya mem9Muqaddimah,
1, 759.
telah mengarang sebuah kitab khas dalam ilmu Kalam, berjudul Lubab alMuhassal fi Usuluddin, menurut aliran
Asyairah.
11Untuk perbahasan lebih teperinci, lihat artikel ; Classical Islamic Discourse on the Origins of Language: Cultural Memory and the Defense of Orthodoxy, Mustafa Shah, Numen (2011), jilid 58/314-343, Brill.
12ruj, Teori dan Kaedah Nahu, bab 7.
13Muqaddimah, 1, 759.
14Fi Naqd atTafkik (Tentang Dekonstruksi), Abd alMunim Ajab alFaya, cet ; Pertama 2015M, Dar alAman, Rabat, Morocco, ms 25-26.
15Loc cit.
10Beliau
beri tumpuan kepada kompetens, sedangkan teori-teori empiris memberi tumpuan kepada performans.
16 Fokus kepada performans kepada pembentukan nahu universal, tidak membantu pengguna bahasa untuk membezakan antara ayat yang gramatis dan tidak, kerana aspek-aspek psikologi dan bukannahu yang lain terlibat dalam performans. Kompetens merujuk kepada aspek mental individu sematamata dalam menjana bahasa. Kompetens tidak boleh disamakan dengan langue de Saussure, kerana langue bergantung kepada persepakatan (aspek sosial & budaya).17 Ibn Khaldun melihat bahasa sebagai
alat komunikasi, bahawa ia memiliki dua tahap penyampaian maksud ;
Asl al-Ifadah (Pemaksudan asal) ; yang didalangi nahu.
Tamam al-Ifadah (Pemaksudan sempurna) ; yang didalangi retorik.
Asl al-Ifadah menurut beliau, Dengannya (ilmu Nahu), asal tujuan daripada pemaknaan/dilalah menjadi jelas. Pelaku dapat dibezakan daripada maf
ul/yang menerima perlakuan, Mubtada
/Judul daripada
Khabar/Komen. Tanpanya, pemaksudan asal tidak dapat diketahui.18 Ia minimal, dan mencerminkan
tahap malakah/kemahiran yang asas. Sementara, kemahiran retorik membantu seseorang meneroka
ufuk berbahasa yang lebih luas, hingga mampu mengungkapkan pemaknaan yang tepat dengan mengambil kira situasi semasa antara dua pihak yang berkomunikasi secara sinkronik. Beliau berkata,
Yang tinggal untuk dimaknakan (sesudah tugas Nahu selesai) ialah, perihal dua pihak yang saling berbalas cakap, atau dua pelaku, dan apa yang dikehendaki oleh keadaan sesuatu perbuatan itu. Ia juga
perlu kepada pemaknaan, kerana ia adalah pemaksudan sempurna. Sekiranya pemaksudan ini dicapai
oleh sang penutur, maka dia telah mencapai pemaksudan yang tertinggi. Sekiranya (komunikasi) tidak
mempunyai satu apapun daripadanya (retorik) maka ia bukanlah daripada percakapan Arab. Percakapan mereka itu meluas (maksud dan penggunaanya). Bagi setiap keadaan, ada (gaya) berbahasa yang
khas buatnya, sesudah sempurna pembahasaan dan penjelasan maksudnya (Asl al-Ifadah).19 Kemahiran berteknik yang dinyatakan beliau, merujuk kepada al-Ifadah ini, yang dua-duanya bersifat warisan
dan disepakati (yakni siapa yang menyalahinya maka tidak dikira berbahasa dengan bahasa Arab - lihat
perkaitannya dengan pidgin di sisi beliau). Nahu mengikat cara alQasd mengungkapkan, retorik memberitahu kita berkenaan penekanan/al-Ihtimam yang diberikan penutur dalam kata-katanya, yang didalilkan dzauq/
rasa
yang sahih, yang boleh dididik dan dipelajari, seperti dibuktikan dalam kisah Ali
bin alJahm dengan alMutawakkil. Maka kedua-duanya (Nahu & Retorik) merupakan hasil malakah
sina
iyyah.
Performans susah ditentukan, benar. Kerana kita tidak memiliki pengetahuan kira-kira benarkah al-Ifadah yang dimaksudkan penutur, hanya bersifat sempurna atau asal/minimal? Kedua, bagaimana untuk
mengetahui kira-kira penggunaan tersebut disengajakan atau tidak? Penamaan retorik sebagai dilalah
zaidah/pemaknaan ekstra oleh Ibn Khaldun20, membahagikan tahap-tahap ucapan/kalam berdasarkan
nahu21, mengehadkan tugas malakah sina
iyyah kepada cara mempelajari tradisi berbahasa.
รพ (Allah Maha Mengetahui).
Mohammad Syafiq bin Ismail
Kuliah Syariah, Univ. Islam Madinah, Arab Saudi.
15/10/1437 - 20/7/2016
16Teori
dan Kaedah Nahu, ms 168.
Teori dan Kaedah Nahu, ms 169. Fi Naqd atTafkik, ms 25.
18Muqaddimah, 1/753.
19Ibid, 1/760.
20Ibid, 1/761.
21Ibid, 1/766.
17Lihat,