BAB 1 pengenalan ilmu ketamadunan






Pengenalan.
Pengajian Ketamadunan.
Definisi dan Ciri-ciri Ketamadunan.
Agama Asas Kepada Pembinaan
Ketamadunan.
• Kelahiran, Perkembangan dan
Kemerosotan Tamadun.
• Kesimpulan.

1.Pengenalan:
• Memberi gambaran serta kepentingan
untuk manusia mencorakkan kehidupan
mereka yg berkebudayaan tinggi.
• Konsep ketamadunan perlu difahami
secara mendalam kerana akan dapat
membuka minda untuk melihat persamaan

dan perbezaan secara positif.
• Pemahaman nilai murni dlm aspek
tamadun akan dapat menyatukan tamadun
manusia di antara satu sama lain.
• Ini juga akan membolehkan tamadun
manusia berinteraksi antara satu tamadun
dgn tamadun yang lain.

• Ciri-ciri sesebuah tamadun seperti faktor
kelahiran dan kelansungannya sgt ptg.
• Memberi suatu sorotan ttg susur galur
perkembangan tamadun yg berjaya
dikekalkan sehingga ke hari ini.
• w/pun hakikatnya ia sudah dilupakan
oleh generasi muda hari ini, yg lebih
terdedah dgn budaya kebaratan yg
bertuankan nilai-nilai hedonistik,
materialistik dan budaya songsang yang
lain.


2.Pengajian Ketamadunan:
• Merujuk kpd disiplin ilmu yg menumpukan
kpd teori, konsep asas, sifat dan ciri-ciri dlm
tamadun.
• Menumpukan kpd aspek pembangunan
manusia serta tingkah laku manusia, yg
mana tindakan tersebut memberi gambaran
tentang cara hidup yg berbudaya tinggi.
• Pengajian tamadun juga menyentuh tentang
aspek kebudayaan seperti kajian tentang
sistem agama & kepercayaan,
kesusasteraan, bahasa, tulisan, sains &
teknologi dsbg.

• Secara ringkasnya, kajian
ketamadunan ialah kajian yg
menggabungkan kajian sejarah silam
manusia, keadaan masy pada masa
sekarang serta perkembangan pada
masa akan datang.

• Kajian ini bukanlah kajian sejarah
semata-mata tetapi ianya melibatkan
pelbagai disiplin ilmu lain dan tidak
dibatasi oleh faktor zaman dan masa.

3.Definisi & Ciri-ciri Tamadun:
Sec. umumnya, tamadun ialah
pencapaian kemajuan dlm aspek rohani
& jasmani sesuatu masyarakat.
Terdpt byk definisi & istilah yg diberikan
oleh para ilmuan terkenal antaranya:
i-William Smith (1948):
civilization: iaitu perkataan latin seperti
civitas @ city yg bermaksud bandar.
~diguna pakai utk merujuk kpd budaya
manusia yg kompleks.

ii-Felipe, Fernandez-Arnesto(2001):
~manusia yg bertamadun adalah berbeza
dgn org gasar dan juga primitif.

iii-Ibn Khaldun (1967):
~Menggunakan istilah ‘umran’ bermaksud
kota.
~Merujuk kpd penempatan yg didiami,
tempat tinggal, subur & berkembang maju.
~Juga mendefinisikan istilah ‘hadharah’
berlawanan dgn perkataan ‘badi’ &
‘badiah’.

iv-M.A.J Beg, (1980):
~Ciri masy bertamadun merujuk kpd ciri-ciri
tambahan yg dimiliki oleh sebuah entiti masy.
Cth: asas agama & negara sgt penting dlm
membantu perkembangan sesebuah
tamadun.
~Kebanyakan tamadun silam meninggalkan
bekas negara kota, tugu @ monumen
peringatan serta sistem tulisan bahasa purba.
v-Beatty & Johnson (1971):
~Tamadun dibangunkan dgn 2 asas utama

iaitu kehidupan kota dan sistem tulisan.

vi-Clyde Kluchohn (1971):
~Kelahiran tamadun disbbkan oleh 3 ciri
penting iaitu penempatan kota, sistem
tulisan & tugu bagi ritual keagamaan.
vii-redfield (1957):
~Kriteria bg sebuah tamadun melihat
kpd cara hidup masy tersebut.

• Dr sudut akademik, perbincangan
tamadun meliputi perbincangan yg luas
meliputi ciri-ciri yg dpt dilihat dlm
kehidupan masyarakat itu sendiri.
• Menurut Samuel P. Huntington’s (1996),
David Sansone (2004) & Peter Baofu
(2006):
• Secara ringkasnya ciri-ciri tamadun dpt
dilihat dari sudut:


i. Kemajuan dlm bidang pertanian.
ii. Pengkhususan pekerjaan.
iii. Perkembangan negara kota dan
kemajuan dlm pelbagai bidang.
iv. Sistem perairan yang sistematik untuk
kegunaan domestik bg keperluan
masyarakat.
v. Sistem agama dan kepercayaan.

4. Agama Asas Kpd Pembinaan
Tamadun:
• Merupakan asas & panduan kpd
pembentukan peradaban manusia, krn ia
bersifat pembimbing kpd manusia.
• Pembinaan tamadun besar dunia pada
masa dahulu jg bersumberkan agama.
Cth: tamadun sumeria, mesir, china, india
dan juga Islam.
• Agama berperanan menyeru penganutnya
utk melaksanakan kebaikan antara

manusia & menjadi manusia terpuji.

• Tamadun Islam dibina atas kekuatan
akidah manusia pada ketika itu.
• Akidah ialah mengakui kekuasaan Allah
SWT dan membenarkan keseluruhan
ajaran Rasulullah SAW dgn penuh
keyakinan yg mutlak.
• Berdasarkan kekuatan akidah ini tlh
membawa masy dahulu menempa
nama dan berjaya menguasai tamadun
dunia.