TATACARA GELEDAH MENURUT UNDANG UNDANG I (1)
1
PENDAHULUAN
Pada masa kini, gejala jenayah kian meningkat diseluruh dunia termasuklah Malaysia.
Hari demi hari berita-berita yang tersebar di media-media sosial tentang gejala jenayah
semakin rancak berlaku di Malaysia. Contohnya, baru-baru ini di Johor Bahru
digemparkan dengan jenayah ‘Suami tetak tangan dan kaki isteri akibat cemburu’, di
Pulau Pinang dilaporkan tentang ‘Polis menahan 2 individu, cari 3 lelaki bantu kes bunuh
Myanmar’, dan lain-lain. Justeru itu, pada masa kini pihak-pihak yang telah diberikan
kuasa oleh undang-undang negara untuk membanteras gejala jenayah berusaha sedaya
upaya dengan apa-apa cara sekalipun bagi membendung daripada gejala jenayah
berkurangan setiap hari.
Pihak-pihak yang diberi kuasa boleh melaksanakan segala kuasa yang diberikan
kepada mereka seperti melakukan siasatan, penggeledahan, tangkapan, dan lan-lain.
Namun, setiap kuasa yang diberikan kepada mereka perlulah dilakukan dengan mengikut
tatacara yang telah ditetapkan oleh undang-undang. Penggeledahan merupakan salah satu
tatacara yang terkandung dalam setiap peruntukkan yang dikuatkuasakan oleh undangundang jenayah di Malaysia, sama ada jenayah sivil mahupun jenayah syariah.
Penggeledahan jika melibatkan jenayah sivil pihak yang boleh melakukan penggeledahan
adalah pihak polis, manakala jenayah syariah dilakukan oleh penguatkuasa agama.
Namun, wujudkah perbezaan pandangan terhadap kuasa penggeledahan yang
diberikan oleh undang-undang kepada pihak polis dan penguatkuasa agama berdasarkan
peruntukkan dalam undang-undang jenayah di Malaysia dan hukum-hukum berdasarkan
dalil-dalil serta pandangan para Ulama berkaitan dengan penggeledahan, sama ada
dibenarkan dalam Islam atau sebaliknya? Oleh itu, kajian ini dilakukan demi untuk
mendapatkan jawapan yang sebenar berkaitan tentang penggeledahan yang dilakukan
oleh pihak polis dan penguatkuasa agama sama ada dibenarkan dalam Islam atau tidak?
Dan jika dibenarkan, adakah ianya mampun menjaga kemaslahatan umat pada masa kini
atau sebaliknya.
2
1.0
GELEDAH MENURUT UNDANG-UNDANG ISLAM
Prinsip syariah mengistilahkan penggeledahan sebagai taftish. Para ulama’ mentafsirkan
sebagai menggeledah dan memeriksa seseorang atau sesuatu tempat untuk mengetahui
kebenaran serta mendapatkan bukti dan keterangan mengenai sesuatu kejadian jenayah
yang dilakukan ataupun mendapatkan bukti yang disembunyikan di dalam sesuatu premis
seterusnya membuat tangkapan terhadap seseorang yang disyaki.
1.1
Jenis-jenis Penggeledahan.
Terdapat dua jenis penggeledahan yang diharuskan oleh prinsip syariah iaitu
penggeledahan diri yang disebut taftish al-ashkhas dan penggeledahan tempat atau
premis yang disebut taftish al-manazil. 1
1.1.1
Penggeledahan Diri (taftish al-ashkhas)
Penggeledahan diri berlaku setelah proses tangkapan dibuat terhadap suspek. Secara
umumnya, peruntukan Akta Prosedur Jenayah Syariah tidak menyebut penggeledahan
dalaman ini secara terperinci. Geledah terhadap diri dijalankan bagi maksud penyiasatan.
Namun, perkara ini tidak boleh digunakan sebagai asas untuk mewajarkan proses carian
diri pada ahli yang berlainan jantina. Ini bermakna bahawa carian badan seorang
perempuan hanya boleh dijalankan oleh Pegawai wanita dan carian diri seseorang lelaki
hanya boleh dilakukan oleh seorang Pegawai lelaki.2
Hal ini bertepatan dengan Seksyen 12, 14, 15, & 17 Enakmen Tatacara Jenayah
Syariah.3 Seksyen 12 memperuntukkan bilamana penggeledahan untuk mencari apa-apa
benda dibuat atau akan dibuat dengan sah di mana-mana tempat
1
berkenaan dengan apa-
Muhammad al-Zuhaili, Al-Ijra’at al-Jinaiyyah al-Syariyyah, Jamiah al-Syariqah, Imarat alArabiyyah al-Mutahaddidah, 2008, hlm 142,143.
2
Shamrahayu A Aziz, Criminal Prosedure In the Syariah Court, Sweet & Maxwell Asia,
Selangor, 2011, hlm 69.
3
Seksyen 12 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
3
apa kesalahan, semua orang yang dijumpai di dalam tempat itu boleh ditahan dengan sah
sehingga penggeledahan itu selesai, dan jika benda yang dicari itu adalah daripada jenis
yang boleh disembunyikan pada tubuh badan seseorang, mereka boleh diperiksa untuk
mencari benda itu oleh atau dihadapan seorang Pegawai Penguatkuasa Agama dan
pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor. Seksyen 14 (2) pula
menyatakan keperluan terhadap pemeriksa yang sama jantina dengan orang yang
diperiksa untuk melihat kesopanan. Subseksyen ini menjadikan ia suatu keadaan
pemeriksaan yang hanya boleh dilakukan oleh seseorang yang sama jantina.4
Apabila seseorang ditangkap oleh Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai Polis
dengan waran yang tidak menetapkan jaminan, atau apabila seseorang ditangkap tanpa
waran tetapi beliau tidak dapat memberikan jaminan, maka penggeledahan diri boleh
dilakukan untuk pemeriksaan dan semua barang-barang orang yang ditangkap akan disita.
Setiap barang akan diletakkan dalam jagaan sehingga dia dilepaskan atau dibebaskan. 5
Seksyen 17 menetapkan orang-orang yang berada dalam jagaan tetapi tidak mempunyai
keupayaan untuk memberi keterangan tentang dirinya boleh diperiksa untuk mendapatkan
nama dan alamat email yang asal beliau.6
Secara umumnya, penggeledahan diri tidak memerlukan waran geledah tertentu.
Kuasa untuk menjalankan penggeledahan diri seolah-olah datang bersama-sama dengan
kuasa untuk membuat tangkapan. Sebaliknya, penggeledahan diri atas dasar syak
wasangka yang munasabah, kebanyakan masa memerlukan waran geledah.7
1.1.2 Penggeledahan Tempat atau Premis (taftish al-manazil).
Prinsip syariah secara umumnya menegah sebarang bentuk penggeledahan. Ini
berdasarkan kepada firman Allah SWT dalam surah al-Nur, ayat 27-28 :
4
Seksyen 14 (2) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
Seksyen 15 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
6
Seksyen 17 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003.
7
Shamrahayu A Aziz, 2011, hlm 70.
5
4
Maksudnya :
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu memasuki rumah yang bukan
rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang
demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat. Maka sekiranya kamu
tidak mendapati sesiapa (yang berhak memberi izin) maka janganlah masuk ke
dalam rumah itu sehingga kamu diberi izin dan jika dikatakan kepada kamu
"baliklah", maka hendaklah kamu berundur balik. Cara yang demikian adalah
lebih suci bagi kamu; dan (ingatlah) Allah Maha mengetahui akan apa Yang kamu
lakukan 8
Penggeledahan dalam tempat atau taftish al-manazil ini merujuk kepada
memeriksa sesuatu tempat atau premis dengan tujuan untuk mendapatkan keterangan dan
bukti mengenai jenayah yang berlaku. Ianya juga mesti dilaksanakan menurut cara yang
sah di sisi prinsip syariah. Ini bermakna sesuatu penggeledahan tempat itu haruslah
mendapat kebenaran bertulis daripada hakim. Seterusnya penggeledahan itu mesti
dilakukan dengan kehadiran suspek, saksi atau penghuni premis berkenaan. Selepas itu,
sebarang keterangan dan bukti yang dikumpul sepanjang penggeledahan itu hendaklah
dibungkus serta disil agar ianya tidak rosak.9
Syariat Islam telah menggariskan garis panduan yang ketat dalam soal
membenarkan intipan dan penggeledahan bagi menjaga maruah dan kehormatan manusia.
Tatacara yang digariskan ini bertepatan dengan akhlak mulia yang dianjurkan oleh Islam
dalam adab menziarah iaitu didahului dengan intipan kemudian memohon izin dan
memberi salam. Surat-surat, fail dan dokumen peribadi seseorang tidak boleh dicerobohi.
Oleh sebab itulah, prinsip syariah mengharuskan penggeledahan dalam siasatan. Ianya
8
Al-Quran, Al-Nur 24:27. Lihat Al-Hidayah, Terjemahan Al-Quran Al-Karim Rasm Uthmani
Dalam Bahasa Melayu, Al-hidayah House of Quran Sdn Bhd., Selangor, 2011, hlm 352.
9
. Ahmad ‘Azam Bin Mohd Shariff, Prosedur Siasatan dan Pendakwaan Jenayah Syariah:
Lakuna dalam Peruntukan Undang-undang Jenayah Syariah Di Malaysia, Tesis Dr. Fal, UKM, 2012, hlm
123.
5
diharuskan atas dasar kemaslahatan untuk mencegah jenayah dan maksiat. Dalam hal ini
ia perlu dilaksanakan untuk mencari keterangan serta untuk menegakkan keadilan dan
kebenaran apabila sesuatu kesalahan jenayah syariah berlaku.10
1.2
Pendapat Ulama Berkaitan Penggeledahan
Ulama berselisih pendapat tentang soal penggeledahan yang dilakukan tanpa izin premis.
Antaranya :
1) Al-Mawardi dan Abu Yala’ tidak membenarkan berlaku penggeledahan
kerana kemungkaran berlaku ditempat yang tertutup dan di luar
bidangkuasa hisbah. Oleh itu memadailah perbuatan itu dilarang dari luar
sahaja.
2) Abu Yusuf dan Ibn al-Qayyim membenarkan dilakukan penggeledahan
tanpa izin kerana mencegah kemungkaran itu adalah wajib. Ulama lain
yang membenarkan penggeledahan tanpa izin juga melihat dari sudut
bahawa kehormatan premis berkenaan sudah tidak wujud disebabkan
berlaku kemungkaran di dalamnya.
3) Manakala Imam Ghazali berpendapat tindakan penggeledahan boleh
diambil
sekiranya kemungkaran yang berlaku itu dapat dikesan
pancaindera dan tertakluk kepada hisbah seperti dapat didengar atau
dilihat.
Alasan kepada perselisihan pendapat ini kerana ada larangan jelas di dalam syarak
tentang memasuki rumah atau bangunan persendirian tanpa izin dan ini merupakan hak
asasi yang dijamin oleh Islam. Kes Saidina Umar dan mereka yang minum arak di rumah
Umayyah bin Khalaf jelas menunjukkan amalan atau larangan ini perlu dipatuhi
sekalipun jelas kedengaran berlakunya maksiat di rumah berkenaan.11
10
Muhammad al-Zuhaili, 2008, hlm 142,145.
Zaini Nasohah et.al, Penguatkuasaan Kes Jenayah Syariah Di Malaysia, Jabatan Syariah, Fakulti
Pengajian Islam UKM, Bangi Selangor, 2010, hlm 90.
11
6
Begitu juga dengan tindakan pengintipan yang jelas dilarang oleh Islam kerana ia
menjejaskan hak peribadi individu sehinggakan Nabi Muhammad SAW membenarkan
dilontar batu yang mengakibatkan buta mata ke atas mereka yang mengintip ke dalam
premis persendirian.12 Walaubagaimanapun, intipan bagi tujuan mendapatkan bukti untuk
menentukan kesalahan tertuduh adalah dibenarkan oleh Mawardi dan Abu Ya’la dengan
syarat intipan itu berlaku atas dasar sangkaan yang hampir mencapai tahap yakin bahawa
individu berkenaan telah melakukan kemungkaran. Justeru, walaupun syariat Islam
mengambil berat persoalan peribadi individu, namun kemaslahatan umum bagi pihak
berkuasa mencari kebenaran mengharuskan dilakukan penggeledahan terhadap pihak
yang disyaki.13
Berhubung dengan waran geledah, para ulama berpendapat hakim atau kadi tidak
mempunyai kuasa mengeluarkan waran atau mencari bukti serta keterangan bagi
mengukuhkan siasatan. Tugas hakim dalam hal ini adalah terhad mengarahkan pihak
yang membuat aduan menyediakan bukti dalam pendakwaan. Menurut Cherif Bassiouni,
pihak yang layak mengeluarkan waran berkenaan ialah Wali al-Mazalim iaitu Menteri
Pengaduan ( Minister of Complaints) di mana pegawai-pegawai dari Kementerian ini
mempunyai kuasa menyiasat jenayah. 14
1.3
Intipan Di Zaman Khalifah Umar al-Khattab
Dr. Yusuf al-Qardhawi menyebut, “Aku ingin agar diberikan perhatian tentang perkara
yang penting mengenai hudud, bahawa Islam tidak terkejar-kejar mencari bukti, tidak
mengintai untuk melaksanakan hukum ke atas pelaku kesalahan, tidak mencipta alat
untuk mencari rahsia pelaku maksiat atau memasang kamera tersembunyi mengambil
gambar ketika mereka melakukan jenayah. Tidak pula menguatkuasakan polis pencari
jenayah atau perisik untuk mengintip mereka yang menyanggahi syarak sehingga
ditanggap yang terbabit. Bahkan kita dapati panduan Islam dalam hal ini tegas setegastegasnya dalam memelihara kehormatan peribadi manusia, pengharaman tajassus
12
Sahih Muslim bi Shar al-Nawawi, 1930, XIV 138.
Zaini Nasohah et.al, 2010, hlm 90.
14
M.Cheriff bassiouni, The Islamic Criminal Justice System, Oceana Publication INC, Lodon,
1981, hlm. 69
13
7
(mengintip) dan mencari keaiban manusia. Tidak boleh dilakukan oleh individu, tidak
juga oleh pihak kerajaan” Sebuah kisah yang popular berkenaan tindakan Sayyidina
Umar r.a iaitu:
Daripada ‘Abd al-Rahman bin Auf bahawa beliau pernah berjaga malam bersama
‘Umar bin al-Khattab. Tatkala mereka sedang mengelilingi kampung, mereka melihat
sebuah lampu yang sedang menyala dari rumah, maka mereka menghampiri rumah
tersebut. Ketika mereka menghampiri, mereka dapati pintu rumah tersebut terbuka tanpa
seorang pun di sana, sedangkan dari dalam rumah terdengar suara yang sangat kuat.
Berkata ‘Umar sambil memegang tangan ‘Abd al-Rahman: “Tahukah kamu rumah siapa
ini?” ‘Abd al-Rahman menjawab: “Tidak.” ‘Umar berkata: “Ini adalah rumah Rubi‘ah
bin Umayyah bin Khalaf, saat ini mereka sedang minum arak, bagaimana pendapat
mu?”, ‘Abdul Rahman berkata: “Aku fikir, kita sekarang ini telah mengejar sesuatu yang
dilarang oleh Allah”. Bukankah Allah telah berfirman: “...dan janganlah kamu mengintip
...” dan kita telah mengintip mereka. Setelah mendengar perkataan beliau, Umar pergi
dan meninggalkan mereka15.
Kisah al-Mughirah bin Syu‘bah. Seorang wanita daripada kalangan Bani Hilal
bernama Ummu Jamil, suaminya bernama al-Hajjaj bin ‘Ubaid, selalu datang bertemu
beliau (al-Mughirah) di Basrah. Perkara itu diketahui oleh Abu Bakrah bin Masruh, Sahl
bin Ma‘bad, Nafi’ bin Harith dan Ziyad bin ‘Ubaid. Mereka lalu mengintipnya hinggalah
apabila wanita itu masuk bertemunya mereka menyerbu mereka berdua. Yang masyhur,
Umar dalam hal ini menilai mereka dari sudut kesaksian dan tidak menyalahkan tindakan
mereka menyerbu, walaupun mereka boleh dihukum qazaf jika tidak memiliki saksi yang
mencukupi16.
Khalifah Umar mengintai satu kumpulan rumah mereka di waktu malam dengan
memasukinya melalui pintu belakang tanpa salam. Kelakuannya itu adalah menyalahi
firmanNya di dalam Surah al-Hujurat (49):12:“Dan janganlah kamu mengintai-intai atau
mencari-cari kesalahan orang lain”. Kemudian, firman-Nya di dalam Surah al-Baqarah
15
Musannaf ‘Abd al-Razzaq diteliti oleh Habib al-Rahman al-‘Azhami; al-Maktabah al-Islami,
10/231, riwayat no: 18943.
16
Rujuk al-Mawardi, al-Ahkam al-Sultaniyyah, Bab 10: Fi Ahkam al-Hisbah, j.2, hal. 8.
8
(2):189:“Dan masukilah rumah-rumah itu melalui pintu-pintunya”. Dan firmanNya di
dalam Surah al-Nur (24):27:“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam
kepada penghuninya”. Lantaran itu tindakannya adalah bertentangan dengan ayat-ayat
tersebut17.
Al-Imam al-Ghazali pernah berkata: “Hendaklah kemungkaran tersebut zahir
(jelas) kepada ahli hisbah (pencegahan) tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang
menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak
harus untuk kita mengintipnya. Allah telah melarang hal ini”18.
Oleh itu, pandangan dan perspektif masyarakat pada hari ini yang selalu
menyuarakan bahawa pihak berkuasa agama tidak mempunyai hak melakukan intipan,
jika berlandaskan kisah yang berlaku pada zaman pemerintahan Khalifah Umar ini
sememangnya benar. Hal ini sedemikian kerana Khalifah Umar berpegang kepada dalil
al-Quran iaitu Surah al-Hujurat (49):12, ‘Dan janganlah kamu mengintai-intai atau
mencari-cari kesalahan orang lain’. Namun, demi menjaga maslahah agama pada masa
kini, intipan adalah diharuskan demi mencegah daripada berlakunya gejala maksiat yang
pada hari ini kian meningkat dan memberi satu implikasi yang negatif terhadap agama
seperti penzinaan, pembuangan bayi, pelacuran, dan lain-lain.
1.4
Penggeledahan Zaman Nabi Yusuf.
Dalil al-Quran dalam surah Yusuf (12: 70-79) telah menyentuh berkatan dengan siasatan
dan pengeledahan:
Maksudnya:
17
18
Al-Suyuti, al-Durr al-Manthur,VI, hlm.93; al-Baihaqi, al-Sunan al-Kubra, VIII, hlm. 334.
Al-Ghazali, Ihya 'Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair/1990.
9
70. Maka ketika ia membekalkan mereka dengan bekalan makan (yang mencukupi
keperluan) mereka, lalu ia meletakkan bijana minuman raja di kenderaan saudaranya
(bunyamin), kemudian menyeru seorang penyeru: “wahai orang-orang kafilah ini,
sesungguhnya kamu adalah pencuri”. 71. Mereka bertanya sambil mengadap ke arah
orang-orang menteri yang menuduh itu: “apa benda kamu yang kehilangan?”. 72.
Orang-orang menteri menjawab: “kami kehilangan cupak raja. dan sesiapa yang
memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta,
dan akulah yang menjamin pemberian itu”. 73. Mereka berkata: “demi Allah!
sesungguhnya kamu sedia mengetahui bahawa kedatangan kami bukanlah untuk
berbuat kerosakan di bumi (mesir ini), dan kami pula bukanlah pencuri”. 74. (Orangorang menteri) bertanya: “maka apa balasan pencuri itu, jika kamu berdusta?” 75.
Mereka menjawab: “balasannya: sesiapa yang didapati benda itu di kenderaannya,
maka dia lah sendiri yang menjadi balasannya. demikianlah kami membalas orangorang yang zalim”. 76. Maka Yusuf pun mulailah memeriksa tempat-tempat barang
mereka sebelum memeriksa tempat barang saudara kandungnya (bunyamin) kemudian
ia mengeluarkan benda yang hilang itu dari tempat simpanan barang saudara
kandungnya. demikianlah kami jayakan rancangan untuk (menyampaikan hajat)
Yusuf. Tidaklah ia akan dapat mengambil saudara kandungnya menurut undangundang raja, kecuali jika dikehendaki oleh Allah. (Dengan ilmu pengetahuan), kami
tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang kami kehendaki, dan tiap-tiap orang yang
berilmu pengetahuan, ada lagi di atasnya yang lebih mengetahui. 77. Mereka berkata:
“kalau dia mencuri, maka (tidaklah pelik), kerana sesungguhnya saudara kandungnya
pernah juga mencuri dahulu. (Mendengar kata-kata yang menyinggung itu) maka
Yusuf pun menyembunyikan perasaannya, dan tidak menyatakannya kepada mereka,
sambil berkata (dalam hati): “kamulah yang lebih buruk keadaannya; dan Allah maha
mengetahui akan apa yang kamu katakan itu”. 78. Merekapun merayu dengan berkata:
“wahai datuk menteri! sesungguhnya ia (bunyamin), mempunyai bapa yang sudah tua,
lagi berpangkat. oleh itu, ambilah salah seorang di antara kami sebagai gantinya;
sesungguhnya kami memandangmu dari orang-orang yang sentiasa berbudi”. 79.
Yusuf berkata: “kami berlindung kepada Allah daripada mengambil sesiapapun
kecuali orang yang kami dapati barang kami dalam simpanannya. sesungguhnya jika
kami mengambil orang lain, nescaya menjadilah kami orang-orang yang zalim”.
Tafsirannya:
Setelah disiapkan bahan makanan untuk saudara-suara Yusuf, makaYusuf memerintahkan
para pengawalnya untuk meletakkan gelas raja (piala raja) yang terbuat dari emas di
tempat penyimpanan yang dibawa saudaranya secara rahsia. Gelas itu digunakan sebagai
alat untuk menimbang gandum di mana gelas tersebut tentu sangat mahal kerana ia dibuat
10
daripada emas murni. Akhirnya, gelas tersebut disembunyikan dalam barang yang dibawa
bersama saudaranya yang bernama Bunyamin. Saudara-saudara Yusuf bersiap-siap untuk
pergi bersama-sama dengan saudaranya yang paling kecil itu. Kemudian pintu kota
ditutup dan tiba-tiba berteriaklah seseorang mengatakan bahawa: “Hai anggota-anggota
kafilah, sesungguhnya kamu adalah pencuri”.
Teriakan tentera tersebut menghentikan langkah semua kafilah. Kini, mereka
semua menjadi tertuduh, dan juga orang-orang hadir dan bersama saudara-saudara Yusuf.
“Barang apa yang hilang dari kamu?” tanya saudara-saudara Yusuf. Para tentera itu
menjawab: “Kami kehilangan gelas (piala) milik raja yang terbuat dari emas. Barang
siapa yang mampu mendatangkannya dan menemukannya, maka kami akan memberikan
balasan (hadiah). Kami akan memberikannya bahan makanan yang dimuat oleh unta”.
Tatkala saudara-saudara Yusuf dituduh oleh tenteranya mencuri piala raja (gelas
yang digunakan sebagai alat untuk menimbang gandum) Saudara-saudaranya berkata:
kami bukanlah orang-orang yang mencuri. Oleh itu, para petugas keamanan Yusuf
berkata, apakah hukumannya atau balasannya, jika barang itu ditemukan di salah satu di
tempat penyimpanan salah seseorang diantara kamu? Saudara Yusuf menjawab,
pembalasannya ialah barangsiapa dijumpai piala raja yang hilang itu di dalam
simpanannya, maka dialah yang menjadi tebusannya.
Salah seorang ketua keamanannya berkata: “Silalah memulakan pemeriksaan”.
Yusuf memerhatikan semua ini dari singgahannya. Ia telah memerintahkan kepada
petugas keamanannya untuk memeriksa. Saudara-saudara Yusuf adalah orang yang
pertama dilakukan pemeriksaan. Kemudian, selesailah pemeriksaan saudara yang
pertama, saudara yang kedua sehingga saudara yang kesepuluh. Dan mereka tidak
menemukan barang yang dimaksudkan itu. Saudara-saudara Yusuf merasa aman bahawa
mereka terlepas daripada tuduhan mencuri. Mereka berasa lega dan mereka berkata
bahawa semua di antara kami telah diperiksa kecuali saudara kami yang kecil iaitu
Bunyamin. Yusuf berkata, kali ini beliau turut campur: “Ia tidak perlu diperiksa kerana ia
kelihatan bukan seperti seorang pencuri”.
11
Saudara-saudara Yusuf berkata: “Kami tidak akan meninggalkan tempat ini
sehingga barang yang dibawa oleh Bunyamin diperiksa. Pemeriksaan ini harus dilakukan
agar hati kami menjadi tenang, begitu juga hati kamu. Sesungguhnya kami adalah anakanak daripada keturunan yang baik dan kami bukanlah pencuri”. Akhirnya, petugas
keamaanan pun memeriksa barang yang dibawa oleh saudaranya, dan akhirnya mereka
mengeluarkan gelas raja (piala raja) daripada karung Bunyamin. Dan sesuai dengan
peraturan yang ditetapkan oleh mereka, maka saudara Yusuf (Bunyamin) menjadi tebusan
baginya. Saudara-saudara Yusuf yang lain merasa tenang dan selamat dari tuduhan, kini
mereka mulai mencela saudara kandung Yusuf. Mereka berkata: “Jika ia mencuri, maka
saudaranya yang dulu pun juga mencuri”. Yusuf mendengarkan tuduhan mereka padanya
dan beliau menampakkan kesedihan yang dalam. Yusuf menyembunyikan kesedihannya
dalam dirinya dan tidak menampakkan perasaannya.
Setelah terbukti bahawa piala raja telah ditemui di dalam karung Bunyamin, ia
harus ditahan dan tinggal di istana raja sesuai dengan hukuman yang berlaku, maka
saudara-saudaranya dengan kata-kata yang halus memohon kepada Yusuf agar
diperkenankan seorang diantara mereka menggantikan Bunyamin menjalani hukuman
dengan alasan bahawa Bunyamin sangat dicintai oleh ayahnya yang sudah lanjut usia.
Akan tetapi Yusuf menolak permohonan mereka itu dengan alasan bahawa keadilan tidak
membolehkannya menahan orang yang tidak bersalah.19
Berdasarkan kes di atas, terdapat siasatan atau penggeledahan telah dilakukan oleh
seorang yang berautoriti, iaitu penggeledahan itu hendaklah dilakukan oleh pihak
berkuasa dan dalam kes ini petugas keamanan atau tentera yang dilantik oleh raja (Yusuf)
pada masa itu merupakan orang yang diberi autoriti dalam melaksanakan tugas tersebut.
Oleh itu, siasatan atau pergeledahan pada masa kini sememangnya boleh dilakukan
dengan syarat atau panduan undang-undang yang telah diperuntukkan pada masa kini
dalam membenarkan orang-orang yang diberi kuasa untuk melakukan tugas tersebut.
19
Hsalim Bahreisy, H.Said Bahreisy. Terjemahan Singkat Tafsir Ibnu Katsier. . 1988. Jilid 4.
Victory Agencie Kuala Lumpur. Hlm 393-397.
12
1.5
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor (2003)
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor (2003) memperuntukkan penggeledahan
pada umumnya terbahagi kepada 2 jenis :
1.5.1
Penggeledahan Terhadap Tubuh Badan.
Penggeledahan ini berlaku apabila sesuatu benda yang dicari lazimnya disembunyikan
pada tubuh badan seseorang. Penggeledahan ini hendaklah dilakukan oleh individu yang
sama jantinanya tanpa mengaibkan pihak yang digeledah.
1.5.2
Penggeledahan Terhadap Premis Dan Tempat.
Penggeledahan ini berlaku dalam beberapa keadaan :
i.
Apabila sesuatu tempat itu digunakan sebagai tempat persembunyian dari
pihak yang hendak menangkap.
ii.
Premis berkenaan digunakan tempat untuk menyembunyikan apa-apa
dokumen atau barang yang diperlukan dalam proses siasatan.
iii. Premis berkenaan dijadikan tempat kurungan yang mana pengurungan itu
merupakan satu kesalahan.20
Penggeledahan ini boleh berlaku dengan waran atau tanpa waran. Seksyen 44
memperuntukan Mahkamah boleh mengeluarkan waran geledah sekiranya perlu waran ini
biasanya diarahkan kepada Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama atau Pegawai
Penguatkuasa Agama (PPA) bagi melaksanakan waran tersebut. Manakala penggeledahan
tanpa waran mungkin berlaku sebagaimana yang diperuntukkan oleh seksyen 63 yang
memberi kuasa kepada PPA yang membuat penyiasatan berkenaan dengan dokumen atau
benda lain untuk melakukan penggeledahan sekiranya beliau percaya bahawa :
20
Seksyen 12, Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor (2003).
13
1. Orang yang kepadanya suatu saman atau perintah di bawah seksyen 42 telah
atau mungkin akan dikeluarkan tidak akan atau mungkin tidak akan
mengemukakan dokumen atau benda lain itu sebagaimana yang diarahkan
dalam saman atau perintah itu atau ;
2. Dokumen atau benda lain itu tidak diketahui berada dalam milikan mana-mana
orang,
Manakala seksyen 63 (4) meminta agar peruntukan mengenai waran geledah
bermula dari seksyen 44-53 hendaklah setakat yang boleh terpakai bagi penggeledahan
yang dibuat di bawah seksyen ini. Oleh itu, peruntukan mengenai 63/61 adalah
peruntukan yang memerlukan tindakan segera atau pantas. Oleh kerana itu, ia melangkaui
peruntukan yang memerlukan waran (Zaini Nasohah et.al 2010: 93).
2.0
PENGGELEDAHAN MENURUT UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA.
2.1
Penggeledahan
Pengeledahan menurut undang-undang sivil ialah suatu kuasa yang diperuntukkan kepada
pihak polis untuk melakukan siasatan keatas sesuatu kes jenayah. Kanun prosedur
jenayah bukan satu-satunya statut yang membenarkan geledah tetapi ada sesebahagian
statut juga yang boleh digunapakai. Prinsip generial specialibus non derogant juga boleh
digunapakai.
2.2
Kuasa penggeledahan
Pegawai polis telah diperuntukkan kuasa untuk menjalankan penggeledahan. Ia boleh
dibahagikan kepada dua iaitu geledah terhadap badan dan geledah terhadap tempat.21
2.2.1
21
Geledah terhadap badan
Mohd Radzuan Haji Ibrahim, 1995, hlm 131.
14
Seperti dinyatakan dalam seksyen 20 Kanun Acara Jenayah iaitu :
Apabila seseorang itu ditangkap :
a) Oleh pegawai polis dengan waran yang tidak mengandungi syarat-syarat untuk
jaminan ataupun dengan waran yang mengandungi syarat-syarat untuk memberi
jaminan, tetapi orang yang ditangkap itu tidak dapat mengadakan jaminan.
b) Tanpa waran atau oleh orang persendirian dengan berwaran dan orang yang
ditangkap itu disisi undang-undang tidak boleh dijamin ataupun dia tidak
berupaya mengadakan jaminan.
Maka pegawai polis yang menjalankan tangkapan itu atau apabila tangkapan itu
dijalankan oleh orang persendirian, pegawai polis yang menerima orang yang ditangkap
yang diserahkan kepadanya, bolehlah memeriksa orang itu dan mengambil segala barang
yang ada pada badannya selain pakaian yang menutup badannya, dan menyimpannya
ditempat yang selamat. Barang-barang yang dipercayai adalah alat ataupun hasil ataupun
keterangan lain sesuatu perbuatan jenayah, bolehlah ditahan sehingga dibuang bicara atau
dilepas daripada tuduhannya.
Namun begitu, perlulah ditekankan bahawa sekiranya geledahan itu dibuat ke atas
seorang perempuan mestilah dilakukan oleh pegawai polis wanita serta dipertimbangkan
kepada aspek kesopanan.22
2.2.2
Geledah Terhadap Tempat
Ia diperoleh dengan pelbagai cara, iaitu dengan saman penggeledahan, 23 waran
penggeledahan, penggeledahan tanpa waran dan penggeledahan secara langsung.
a) Penggeledahan dengan Saman.
Seksyen 51 Kanun Acara Jenayah menggariskan :
22
23
Seksyen 19(ii) Kanun Acara Jenayah.
Seksyen 51 Kanun Acara Jenayah.
15
“Apabila mana-mana mahkamah atau pegawai polis yang menjalankan sesuatu
siasatan polis berpendapat bahawa penyerahan mana-mana dokumen atau harta
adalah perlu dan berpatutan bagi maksud-maksud mana-mana siasatan, pertanyaan,
perbicaraan atau prosiding-prosiding lain di bawah Kanun ini oleh atau di hadapan
Mahkamah atau pegawai itu, maka mahkamah itu bolehlah mengeluarkan suatu
saman atau pegawai polis itu menghantar perintah bertulis kepada orang yang
dipercayai atau berkuasa ke atas harta atau dokumen itu, memerintahkannya hadir
menyerahkan harta atau dokumen itu atau menunjukkannya pada masa dan tempat
yang disebut dalam saman atau perintah itu.”
Sebaik sahaja menerima saman penggeledahan ini, sekiranya orang-orang yang
dikehendaki menyerahkan harta atau dokumennya telah menyerahkan harta atau dokumen
itu secara datang sendiri, dia disifatkan juga sebagai mematuhi rekuisisi tersebut24
b) Penggeledahan dengan Waran
Mengikut seksyen 56 Kanun Acara Jenayah dikeluarkan oleh Majistret, iaitu :
“Jika seorang majistret menerima maklumat dan selepas membuat siasatan yang
difikirkannya perlu, mempunyai sebab-sebab mempercayai bahawa di mana
berhubung dengan kesalahan telah dilakukan atau sebarang bukti, atau perkara
ynag perlu bagi menjalankan sesuatu penyiasatan mana-mana kesalahan, boleh
didapati di sebarang tempat ia boleh dengan waran memberi kuasa orang yang
waran itu dialamatkan memasuki dengan apa-apa bantuan, yang mungkin
dikehendaki, dan menggeledah tempat itu untuk sesuatu keterangan atau perkara
dan jika apa-apa yang digeledah itu didapati, hendaklah dirampas dan dibawa ke
hadapan majistret yang mengeluarkan waran itu, atau majistret yag lain yang akan
bertindak mengikut undang-undang.”
c)
Penggeledahan tanpa Waran
Seksyen 62 Kanun Acara Jenayah menyebutkan :
24
Seksyen 51 (ii) Kanun Acara Jenayah.
16
“Jika maklumat diberi kepada mana-mana pegawai polis yang tidak rendah
daripada Inspektor bahawa ada sebab-sebab yang munasabah bagi mengesyaki
bahawa barang-barang curi disembunyi, atau disimpan di sesuatu tempat dan
mempunyai alasan yang baik untuk mempercayai barang itu akan dipindahkan jika
terdapat kelengahan mendapat waran geledah, mana-mana pegawai dengan kuasa
jawatannya bolehlah menggeledah tempat yang ditentukan untuk mendapatkan
barang-barang yang dikatakan telah dicuri itu.”
Seksyen itu memberi kuasa kepada polis menjalankan penggeledahan tanpa waran
sekiranya pegawai polis yang berpangkat Inspektor dan ke atas mempunyai sebab-sebab
yang munasabah mengesyaki barang-barang curi disembunyikan di sesuatu tempat
tertentu dan jikalau berlaku kelengahan untuk menggeledah akan menyebabkan barang itu
dipindahkan.
Selain mengesyaki barang-barang curi tersembunyi di mana-mana tempat, geledah
tanpa waran juga boleh dibuat apabila polis mengesyaki ada tersimpan wang syiling
palsu, syiling lancung atau alat celupan bertujuan pemalsuan syiling, 25 wang kertas palsu
atau kertas lancungan atau wang bank atau perkakas untuk memalsukan wang26
d) Penggeledahan secara langsung
Penggeledahan secara langsung oleh pegawai polis mengikut peruntukan seksyen 63
Kanun Prosedur Jenayah, iaitu :
(i)
Mana-mana pegawai polis dalam keadaan yang kemudian dari ini disebut di dalam
seksyen ini, diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua polis Negeri memasuki, dan
jika diberi kuasa begitu, bolehlah memasuki mana-man juga tempat untuk mencari
barang-barang curi dan menggeledah lalu merampas dan menyelamatkan apa-apa
barang yang dipercayai telah dicuri, dengan kuasa yang sama seolah olah ia diberi
kuasa berbuat demikian dengan waran geledah, dan barang-barang yang dirampas
25
26
Seksyen 62A, Kanun Prosedur Jenayah
Seksyen 62B, Kanun Prosedur Jenayah
17
itu, jika ada yang serupa dengan harat yang dinyatakan di dalam waran geledah
itu.
(ii)
Dalam setiap kes di mana barang dirampas menurut seksyen ini, orang yang
berada di tempat di mana barang-barang telah dirampas ataupun pada orang
daripada mana ia diambil, jika orang itu adalah lain daripada orang di mana
barang itu berada, hendaklah melainkan jika ia dahulunya telah dituduh kerana
menerimanya dengan mengetahui barang-barang itu telah dicuri, disaman ke
hadapan Majistret untuk menerangkan bagaimanakah ia mendapat barang-barang
itu, dan Majistret itu akan membuat apa-apa perintah mengenai pelupusan barang
itu dan akan menetapkan kos yang berpatutan berdasarkan kes itu.
(iii)
Ketua Polis Negeri bolehlah memberi kuasa sedemikian seperti tersebut diatas itu
dalam perkara yang berikut atau salah satu daripadanya :
(a) Apabila tempat yang hendak diperiksa itu adalah ataupun dalam tempoh
dua belas bulan terdahulu, diduduki atau digunakan oelh orang-orang yang
telah disabit kesalahan kerana menyimpan barang-barang curi, ataupun
melindungi pencuri; atau
(b) Apabila tempat yang hendak diperiksa itu, diduduki atau digunakan oleh
orang yang telah disabit kesalahan yang berkaitan dengan kecoh atau tipu
boleh dihukum dengan penjara.
(c) Dalam memberi kuasa, Ketua Polis Negeri itu tidak perlu menyebutkan
barang yang tertentu tetapi bolehlah ia memberi kuasa jika ada sebab untuk
mempercayai tempat itu pada amnya untuk menerima barang-barang curi.
Semasa
penggeledahan
dijalankan,
Pegawai
Polis
yang
menjalankan
penggeledahan itu hendaklah menyediakan senarai barang yang telah dirampas serta
menyebutkan tempat ia dijumpai dan menandatangani senarai itu.27 Penghuni tempat itu
atau sesiapa yang mewakili pihaknya hendaklah hadir semasa penggeledahan dan apabila
27
Seksyen 64, Kanun Prosedur Jenayah
18
diminta olehnya pegawai polis hendaklah menyerahkan satu salinan senarai geledahan
tersebut dan ditandatangani.28
Apabila pegawai polis menjalankan penggeledahan di suatu tempat, orang yang
tinggal di dalamnya atau yang menjaga tempat itu hendaklah membenarkan pegawai polis
yang menjalankan waran masuk dan mestilah memberi segala kemudahan yang
munasabah bagi menjalankan penggeledahan itu.29 Sekiranya tempat itu tertutup dan tidak
dapat dimasuki, pegawai polis bolehlah mengambil langkah mengikut cara
dalam
seksyen 16(ii) Kanun Prosedur Jenayah untuk menyempurnakan penggeledahan itu30
Cara yang dinyatakan dalam seksyen 16(ii) ialah dengan memecahkan pintu atau
tingkap bagi membolehkan tempat itu dimasuki.
“Jika tidak dapat masuk ke dalam tempat itu mengikut subseksyen yang di atas,
maka adalah sah bagi orang yang bertindak dengan waran dan dalam mana-mana
kes dalam mana-mana waran boleh dikeluarkan tetapi tidak boelh didapatinya
melainkan akan memberikan peluang kepada orang itu melarikan diri, maka
pegawai polis atau penghulu bolehlah masuk ke dalam tempat itu dan
menggeledah tempat itu, dan supaya dapat masuk ke dalamnya bolehlah ia
memecahkan mana-mana pintu luar atau dalam atau tingkap mana-mana sama ada
dipunyai oleh orang yang hendak ditangkap itu atau orang lain, jika selepas
diberitahu kuasa dan tujuannya serta diminta supaya membenarkan ia masuk tetapi
tidak dibenarkannya.”
Sekiranya barang curi itu disyaki disembunyikan pada badan seseorang yang
berada di tempat itu, semua orang yang berada di tempat itu bolehlah ditahan sehingga
penggeledahan selesai dan pemeriksaan badan bolehlah dilakukan di hadapan majistret,
Jaksa Pendamai atau pegawai polis yang tidak rendah pangkatnya daripada Inspektor. 31
Bagaimanapun pemeriksaan terhadap perempuan mestilah diperiksa oleh polis wanita dan
dijaga kesopanannya.32
28
Seksyen 65, Kanun Prosedur Jenayah
Seksyen 59(i), Kanun Prosedur Jenayah
30
Seksyen 59(ii), Kanun Prosedur Jenayah
31
Seksyen 17, Kanun Prosedur Jenayah
32
Seksyen 19(ii), Kanun Prosedur Jenayah
29
19
Dalam penggeledahan dengan waran, pegawai polis yang menjalankan waran
mestilah mengikut syarat-syarat bagi menyempurnakan waran penggeledahan itu. Satu
persoalan timbul, sekiranya dalam penggeledahan itu barang yang disenaraikan dalam
waran tidak didapati, tetapi sebaliknya barang lain yang disyaki ada kaitan dengan satu
perbuatan jenayah yang dijumpai. Adakah pegawai polis boleh merampasnya? Dalam kes
Chic Fashions (West Wales) Ltd. Lwn Jones,33 polis telah diberikan waran menggeledah
sebuah kedai yang dipunyai oleh plaintif untuk mencari barang curi jrnis ‘lan Peters Ltd’.
Apabila penggeledahan dibuat di kedai itu, polis tidak menemui barang jenis ‘lan Peters
Ltd’, sebaliknya menjumpai barang lain yang disyaki barang curi. Barang iru dirampas
oleh polis. Tetapi selepas mendapat penjelesan daripada pengarah urusan plaintif, barang
itu kemudiannya dikembalikan ke kedai plaintif. Palintif telah menuntut ganti rugi atas
kesalahan menceroboh (trespass). Mahkamah memutuskan tindakan polis itu tidak salah
dan dibenarkan. Lord Dening berkata :
“Apabila konstabel memasuki rumah dengan menggunakan waran bongkar bagi
barang-barang curi, dia boleh merampas bukan sahaja barang yang dia dengan
munasabahnya percaya dilindungi oleh waran bongkar, tetapi juga apa-apa barang
lain di mana dia percaya atas alasan yang munasabah barang itu dicuri dan
menjadi bukti yang berkaitan atas tuduhan mencuri atau menerima barang curi
terhadap seseorang yang memiliknya atau sesiapa yang bersubahat dengannya.”34
Dalam kes lain, Ghani lwn Jones 35 Lord Denning telah menggariskan keperluan
yang mesti dipenuhi dalam mengesahkan tindakan polis merampas barang yang berkaitan
jenayah dalam sesuatu penggeledahan, kata beliau :
“Apa juga prinsip yang harus digunakan dalam kes-kes ini, kita perlu
menimbangkan dari satu pihak, kebebesan individu. Keadaannya tersendiri dan
harta bendanya tidak harus diganggu kecuali atas
33
[1968] 2 W.L.R 201
[1968] 2 W.L.R 201. Hlm. 209.
35
[1970] 1 Q.B 693.
34
sebab-sebab yang sangat
20
penting. Bagi pihak lain pula, kita harus menimbangkan kepentingan masyarakat
umum untuk mengesan penjenayah dan mencegah jenayah.”36
2.3
Syarat-Syarat Penggeledahan dengan Waran :
1. Pegawai polis hendaklah mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai
bahawa sesuatu jenayah yang berat telah dilakukan dan orang-orang yang terlibat
perlu ditangkap dan dihadapkan mahkamah
2. Pegawai polis hendaklah mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai
bahawa benda yang berkenaan itu adalah hasil daripada jenayah (seperti benda yang
telah dicuri) atau alat untuk melakukan jenayah (seperti kapak yang digunakan oleh
pembunuh) atau keterangan penting untuk membuktikan jenayah itu.
3. Pegawai polis hendaklah mepunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai
bahawa orang yang memiliki benda itu melakukan sendiri jenayah itu atau ia terlibat
dengannya atau bersubahat dalam perkara itu, atau keengganannya membenarkan
barang itu diambil sama sekali tidak munasabah.
4. Pihak polis tidak boleh menyimpan benda itu atau menghalang benda itu diambil
balik untuk masa lebih lama daripada yang perlu untuk digunakan sebagai keterangan
dalam perbicaraan. Jika salinannya memadai, salinan itu harus dibuat dan keterangan
yang asal dikembalikan. Sebaik sahaja kes itu tamat atau jika diputuskan kes tidak
diteruskan, benda itu hendaklah dikembalikan.
5. Kesahan tindakan polis hendaklah diputuskan mengikut keadaan pada masa itu dan
tidak dari keadaan yang berlaku kemudian.37
2.4
Barang Rampasan Sebagai Keterangan Di Mahkamah
Apa yang menjadi persoalan apabila barang yang rampasan yang dibuat oleh polis itu
dibuat secara tidak sah, adakah barang yang dirampas itu tidak boleh dijadikan sebagai
36
37
Mohd Radzuan Haji Ibrahim, 1995, hlm 140.

keterangan di mahkamah? Dalam hal ini, mengikut keputusan kes yang telah dibicarakan
menunjukkan bahawa mahkamah biasanya tidak akan memberi perhatian pada cara
keterangan itu diperolehi tetapi dilihat adakah keterangan itu berkaitan dengan perkara
yang menjadi persoalan kes. Hal ini bermakna, barang-barang yang dirampas itu masih
lagi boleh digunakan sebagai keterangna yang boleh diterima walaupun car polis
mendapatkannya tidak sah.
Contohnya dalam kes terdahulu di Malaysia iaitu dalam kes Saminathan lwn
Pendakwa Raya38 penggeledahan dilakukan oleh seorang Inspektor Polis, sedangkann
kuasa menggeledah diberikan kepada pegawai polis yang lebih kanan. Telah diputuskan
orang yang dituduh boleh disabitkan atas kesalahan mengadakan rumah perjudian.
Majistret harus memberi perhatian hanya sama ada dokumen yang diperoleh ada kaitan
dengan kes dan bukannya bagaimana dokumen itu diperoleh.
Oleh yang demikian, sungguhpun pihak polis memperolehi keterangan atau
barang itu dalam penggeledahan yang salah, ia masih boleh diterima sebagai keterangan
di mahkamah.39
Setelah penggeledahan selesai dijalankan dan pihak polis telah menahan
seseorang berhubung dengan sesuatu kes yang disiasat, orang itu bolehlah ditahan dalam
tempoh 24 jam untuk siasatan40 sekiranya siasatan tidak dapat diselesaikan dalam masa 24
jam seperti dalam seksyen 28 Kanun Acara Jenayah, dan pegawai polis percaya orang itu
terlibat atau mungkin terlibat, pegawai polis hendaklah menghantar satu salinan catatan
buku harian tentang kes itu dan membawa orang yang kena tuduh itu ke hadapan
majistret41
Majistret bolehlah memberikan perintah melanjutkan tahanan sehingga 15 hari
sekiranya difikirkan patut sama ada dia mempunyai bidang kuasa atau tidak
membicarakan kes tersebut. Majistret juga boleh mengarahkan supaya kes itu dihantar ke
hadapan majistret lain yang berkuasa membicarakannya. Atau jika kes hanya boleh
38
[1937] MLJ 39.
Opcit, 1995, hlm 5.
40
Seksyen 24, Kanun Prosedur Jenayah
41
Seksyen 117 (i), Kanun Prosedur Jenayah
39
22
dibicara di Mahkamah Tinggi, Majistret mengarahkan di bawa kehadapannya atau
majistret lain bagi tujuan diselidik kes untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi. 42 Setelah
membenarkan polis menahan orang yang dituduh dalam tempoh tertentu, majistret
hendaklah merekod sebab-sebab dia berbuat demikian.43
KESIMPULAN
Secara umumnya di Malaysia, jenayah terbahagi kepada dua iaitu Jenayah Sivil dan
Jenayah Syariah. Pihak yang terlibat dalam melaksanakan tatacaranya adalah pihak polis,
manakala jenayah syariah pihak yang melaksanakan tatacaranya adalah pihak
penguatkuasa agama dan kedua-dua pihak ini mempunyai bidang kuasanya yang
tersendiri sepertimana yang termaktub dalam peruntukkan iaitu Kanun Prosedur Jenayah
dan Akta Jenayah Syariah.
Siasatan, tangkapan, dan penggeledahan merupakan antara kuasa yang diberikan
kepada pihak polis dan penguatkuasa agama, namun mereka mempunyai had iaitu takat
yang dibenarkan melakukan sisatan, tangkapan, dan penggeledahan. Secara zahirnya,
pandangan masyarakat kuasa pihak polis adalah lebih daripada kuasa pihak penguatkuasa
agama kerana pihak polis lebih sinonim tentang perkara-perkara yang melibatkan
siasatan, tangkapan, penggeledahan, dan lain-lain berbanding penguatkuasa agama.
Menerusi kajian yang dilakukan terhadap penggeledahan, dapat dilihat beberapa
perbezaan menerusi kaca mata Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Jenayah Syariah
terhadap pandangan para sahabat dan para Ulamak. Jika dilihat dari sudut peruntukkan
42
43
Seksyen 117(ii), Kanun Prosedur Jenayah
Seksyen 117(iii), Kanun Prosedur Jenayah
23
undang-undang terutamanya di Malaysia, penggeledahan adalah dibenarkan, namun perlu
melaksanakan tatacara yang telah ditetapkan oleh undang-undang, manakala dari sudut
pandangan Islam berdasarkan pandangan para sahabat dan Ulama, penggeledahan adalah
tidak dibenarkan dalam Islam.
Namun, pada masa kini terdapat beberapa maslahah dan hujah tersendiri terhadap
kebenaran melaksanakan penggeledahan sama ada penggeledahan diri atau premis. Hal
ini sedemikian kerana merujuk kepada kisah Nabi Yusuf yang menggeledah barangan
saudaranya sendiri demi mendapatkan bukti. Oleh itu, penggeledahan dilaksanakan pada
masa kini semata-mata mendapatkan bukti yang kukuh dan menjaga kemaslahatan umum
demi membanteras jenayah yang kian meningkat pada masa kini.
RUJUKAN
Al-Quran
Ahmad ‘Azam Bin Mohd Shariff. 2012. Prosedur Siasatan dan Pendakwaan Jenayah
Syariah: Lakuna dalam Peruntukan Undang-undang Jenayah Syariah Di
Malaysia. Tesis Dr. Fal, UKM.
Al-Baihaqi. al-Sunan al-Kubra. VIII, hlm. 334.
Al-Ghazali. 1990. Ihya 'Ulum al-Din. 3/28. Beirut: Dar al-Khair.
Al-Hidayah. 2011. Terjemahan Al-Quran Al-Karim Rasm Uthmani Dalam Bahasa
Melayu. Selangor. Al-hidayah House of Quran Sdn Bhd.
Al-Mawardi. al-Ahkam al-Sultaniyyah. Bab 10: Fi Ahkam al-Hisbah, j.2, hal. 8.
Al-Suyuti. al-Durr al-Manthur. VI. hlm.93.
Hsalim Bahreisy, H.Said Bahreisy. 1988. Terjemahan Singkat Tafsir Ibnu Katsier. Jilid 4.
Victory Agencie Kuala Lumpur.
M.Cheriff Bassiouni. 1981. The Islamic Criminal Juctice System. Oceana Publication
INC. Lodon.
24
Mimi Kamariah Majid. 1995. Criminal Prosedure In Malaysia. Kuala Lumpur. Universiti
Malaya Publication.
Mohd Radzuan Haji Ibrahim. 1995. Polis Dalam Sistem Keadilan Jenayah Di Malaysia.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad al-Zuhaili. 2008. Al-Ijra’at al-Jinaiyyah al-Syariyyah, Jamiah al-Syariqah,
Imarat al-Arabiyyah al-Mutahaddidah.
Habib al-Rahman al-‘Azhami. Musannaf ‘Abd al-Razzaq. Terbitan: al-Maktabah al-Islami,
10/231, riwayat no: 18943
Shamrahayu A Aziz. 2011. Criminal Prosedure In the Syariah Court. Selangor. Sweet &
Maxwell Asia.
W. Mohd Bin Wan Hassan. 2001. Birokrasi Dalam Proses Pra Bicara Jenayah Syariah:
Kajian Kes Di Terengganu. Tesis SPI UKM.
Zaini Nasohah, Amir Husin Mohd Nor, Mohd Nasran Mohamad. 2010. Penguatkuasaan
Kes Jenayah Syariah Di Malaysia. Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam
UKM, Bangi Selangor.