Ciri ciri Kuri Tersirat (1)

1.0 Pengenalan
Negara tercinta kita Malaysia merupakan sebuah negara yang rakyatnya
terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama. Setiap kaum menganuti
agama dan budaya masing-masing dan hidup secara harmoni dengan kaum lain.
Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa betapa pentingnya impliksasi
kepelbagaian sosiobudaya di kalangan rakyat Malaysia.
Menurut Noriati, Boon, Sharifah dan Zuraidah (2011), budaya
mempengaruhi cara individu berfikir, cara individu bertindak, juga mempengaruhi
pandangan, perasaan dan pembawaan. Budaya hidup, adat resam, kelas sosial
dan agama yang dibawa oleh pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum telah
memberi kesan terhadap iklim bilik darjah serta menunjukkan perbezaan dari
segi tingkah laku, pemikiran dan cara berkomunikasi. Sehubungan dengan itu,
implikasi kepelbagaian sosiobudaya adalah perlu dijalankan melalui pendidikan
supaya kanak-kanak yang menjadi masa depan negara akan menghayati dan
menerima kepelbagaian sosiobudaya.
Salah satu aspek dalam implikasi kepelbagaian sosiobudaya adalah
kurikulum tersirat. Menurut Dr. James Ang (2007), kurikulum ini merangkumi
perilaku kelakuan yang perlu dipatuhi, corak hubungan perorangan, kepatuhan
kepada kuasa dan pengaruh, persaingan, sumber motivasi, dan sebagainya
yang dipelajari murid di sekolah. Selain itu, ia juga termasuklah norma-norma
dan nilai murni yang dipupuk kepada murid melalui rutin dan hubungan sosial di

sekolah dan bilik darjah.
Pelbagai usaha perlu diambil oleh pihak sekolah, guru dan murid supaya
kepelbagaian sosiobudaya dapat memberi kesan yang positif kepada
masyarakat dan negara. Salah satu langkah yang dapat diusahakan ialah
implikasikan kepelbagaian sosiobudaya melalui kurikulum tersirat dan ada
perlunya kita memahaminya dengan lebih teliti.

2.0 Implikasi Kepelbagaian Sosio-budaya dalam Aspek Kurikulum Tersirat

Definisni
: Segala rancangan
pendidikan yang
dikendalikan oleh
sesebuah sekolah
ataupun sesebuah
institusi pelajaran
untuk mencapai
matlamat pendidikan.

Skop

1. Menerima
2. Mematuhi
3. Menuruti

KURIKUL
M
TERSIRA
T

Peigguiaai Secara
Posnitnif

1. Guru sebagai contoh
2. Murid mengemukakan pendapat
3. Rakan sebaya sebagai galakan
pencapaian
4. Penglibatan murid dalam
pembentukan sekolah
5. Iklim fzikal dan emosi bilik
darjah.


Koisep
Pembelajaran berlaku di
sekolah tidak terhad
2. Semua perkara yang
dipelajari di sekolah
3. Tidak formal
4. Tidak dirancang

1.
1.

Cnirni-cnirni
1. Aspek kehidupan murid
di sekolah
2. Perbezaan antara apa
yang diajar dengan apa
yang dipelajari.

Kesai

1. Murid belajar

berpura-pura
2. Murid belajar
nilai tertentu tanpa
disedari

Kementerian
berusaha
membentuk
bangsa yang
bersatu dan
saling
menerima
perbezaan
budaya antara
kaum
Menggalakkan
interaksi dalam
kelas sosial


Penerapan
terhadap nilainilai murni juga
boleh
dilaksanakan
melalui
pembentukan
kurikulum

Implikasi
Kepelbagaia
an Budaya
Dalam Aspek
Kurikulum
Tersirat

Pelaksanaan
aktiviti
bahasa
menerap nilai

kebudayaan

3

Mengaplikasika
n penerapan
nilai budaya
masyarakat
dengan
melaksanakan
aktiviti
sampingan
khususnya
aktiviti kokurikulum

Diaplikasikan
melalui
aktiviti
berpersatuan
, kegiatan

panitia dan
aktiviti
kokurikulum

3.0 Ciri-ciri Kurikulum Tersirat atau Tersembunyi
Kurikulum tersirat yang ada kalanya dikenali sebagai ’kurikulum tidak
rasmi’ merangkumi perilaku kelakuan yang perlu dipatuhi, corak hubungan
perorangan, kepatuhan kepada kuasa dan pengaruh, persaingan, sumber
motivasi, dan sebagainya yang dipelajari murid di sekolah. Ia juga merangkumi
norma-norma yang tidak ternyata, nilai-nilai dan kepercayaan yang tertanam dan
disebarkan kepada murid melalui peraturan-peraturan yang membentuk segala
rutin dan hubungan sosial di sekolah dan di dalam bilik darjah (Giroux, 1983).
Terdapat beberapa ciri kurikulum tersirat dalam usaha memebentuk bangsa
yang bersatu dan saling menerima perbezaan antara kaum dalam kalangan
murid sekolah rendah.
3.1 Merangkumi

semua

pengalaman


pembelajaran

yang

diperolehi oleh pelajar di mana mereka belajar.
Sekolah

sebagai

satu

institusi

masyarakat

yang

mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku muridmurid mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat. Selain itu,
sekolah


yang

berorganisasi

memainkan

peranan

dalam

mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap
baik dalam masyarakat sosial. Misalnya perkara-perkara yang
berkaitan dengan moral seperti budi bahasa, sopan santun dan
sifat hormat-menghormati biasanya dipelajari di sekolah.
Contohnya, murid-murid daripada kaum dan jantina yang
berlainan harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama
supaya peluang untuk berinteraksi terbuka luas. Tindakan ini
membolehkan murid-muird memahami dan menghormati antara
satu sama lain. Contohnya, murid lelaki akan menghormati murid

perempuan.
4

3.2 Boleh

menjadi

objektif

pembelajaran

tetapi

hasilan

pembelajarannya adalah bersifat relatif dan agak sukar
diukur secara kuantitatif.
Menurut Douglas Barnes (1982), Kurikulum tersirat bukanlah
sebahagian daripada objektif pengajaran dan pembelajaran adalah
secara tidak langsung. Ia bukan dihasilkan daripada kurikulum

yang formal. Sebagai contohnya, murid-murid diajar tentang caracara hidup bermasyarakat melalui gerak kerja persatuan dan
kumpulan. Nilai kerjasama berjaya diterapkan dalam kalangan
murid dan setiap murid telah mengamalkan nilai ini pada setiap kali
gerak kerja berkumpulan. Walaupun nilai ini bolah menjadi objektif
pembelajaran tetapi ia tidak dapat diukur secara kuantitatif.
Kurikulum ini berbeza dengan kurikulum formal. Kurikulum
formal boleh diukur dan dinilai secara kuantitatif dengan caranya
menyediakan peperiksaan pada hujung semester atau kuiz selepas
tamat sesi pengajara dan pembelajaran pada waktu itu.
3.3 Merangkumi

nilai-nilai

yang

dibentuk

bersama

oleh

pelaksana kurikulum itu sendiri (pelajar –pengajar).
Kurikulum tersirat mempunyai pengaruh dan peranan yang
besar dalam membentuk nilai dan budaya masyarakat. Amalan dan
kebiasaan tradisi ini menjadi pewaris kanak-kanak sehinggalah
membentuk suatu kebiasaan. Ia membawa implikasi kestabilan dan
harmoni kepada masyarakat. Semua nilai-nilai dipelajari oleh
pelajar tetapi secara tidak langsung misalnya daya intelek guru;
tingkahlaku dan akhlak guru atau pengajar.

5

Sebagai contohnya, guru mengutip sampah yang berada di
hadapan kelas dan membuang ke dalam tong sampah sebelum
mula sesi pengajarannya. Tingkah laku guru tersebut akan
memberi kesan kepada muridnya. Pada hari yang akan datang,
murid-murid akan mengutip sampah dan membuang ke dalam tong
sampah sekiranya mereka nampak sampah di atas lantai. Selain
itu, guru yang bertegur sapa dengan guru-guru lain semasa
bertemu atau mambalas senyum kepada murid yang memberi
salam juga memberi kasan kepada murid-murid. Murid akan
memberi salam kepada guru dan senyum dengan rakan-rakan
mereka apabila bertemu.
Kurikulum tersirat dapat melatih murid-murid memahami
sikap dan nilai sebagai peranan seorang pekerja apabila keluar
daripada dunia persekolahan. Dengan ini, timbullah perasaan
hormat dan menghormati di antara murid dengan guru atau
golongan pekerja dengan pihak majikan. Itulah yang diharapkan
keadaan kedudukan kelas sosial yang terdapat dalam sebuah
masyarakat dan juga negara.
3.4 Berbeza-beza bergantung kepada lokasi, persekitaran dan
latar belakang pelaksana kurikulum (pelajar-pengajar).
Kurikulum tersirat dapat dihayati oleh murid-murid peraturan
sekolah yang inginkan kebaikan bersama seperti pembarisan
sebelum memasuki bilik darjah, perhimpunan mingguan, jadual
harian pembersihan bilik darjah, peraturan waktu makan di kantin,
disiplin semasa berada di bilik perpustakaan dan sebagainya.
Misalya semasa murid membeli makanan di kantin. Murid
dikehendaki beratur untuk membeli makanan dan tidak boleh
berlari semasa berada di kantin. Dengan ini, murid-murid akan
6

faham tentang kepentingan beratur semasa ingin membeli barang
sama ada di dalam kawasan sekolah atau di luar kawasan sekolah.
Selain itu juga termasuk peraturan tentang rambut, pakaian,
dan datang lewat. Sekiranya sebuah sekolah tidak memetingkan
kebersihan dan kekemasan tentang pakaian murid-murid maka
murid-murid di sekolah tersebut juga tidak akan peduli perkara ini.
Kesannya ialah murid-murid tersebut akan menjadi pengotor dan
dijauhi oleh rakan-rakanya.Kesemuanya membawa kesan secara
tidak langsung kepada murid. Di bilik darjah pula, murid-murid
disuruh membuat eksperimen, bukan setakat memberi fakta
sahaja.
Struktur institusi juga dikenakan ke atas murid seperti
peraturan dalam bilik darjah, contohnya bila hendak mengangkat
tangan, bila boleh menjawab dan sebagainya. Murid-murid juga
mempelajari bagaimana berinteraksi dengan masyarakat sekeliling.
Sekolah adalah masa peralihan antara zaman kanak-kanak ke
zaman dewasa.
3.5 Tidak tertulis dalam kandungan kurikulum ataupun dalam
penilaian.
Kurikulum tersirat tidak tercatat dalam kandungan kurikulum
berkenaan mahupun dalam penilaian. Murid-murid hanya diberi
penilaian atau peperiksaan berdasarkan kandungan buku teks
yang dipelajari sahaja. Contohnya, nilai bertanggungjawap tidak
ditulis dalam kandungan kurikulum dan juga tidak akan diberi
penilaian atau peperiksaan.

7

Selain itu, kurikulum tesirat akan diajar secara tidak
langsung. Guru akan mengajar kandugan yang ada pada buku teks
di hadapan kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
sahaja. Walau bagaimanapun, gaya guru menyampaikan maklumat
kepada murid, gaya guru bercakap dan cara guru berinteraksi
dengan murid turut memberi kesan kepada murid. Murid-murid
akan belajar gurunya. Gaya-gaya dan cara-cara yang digunakan
oleh seseorang guru tidak ditulis dalam kandungan kurikulum dan
ia tidak akan dinilai walaupun murid-murid belajar gaya gurunya.
3.6 Dikatogerikan mengikut jenis institusi, tahap pembelajaran
dan juga matlamat kurikulum itu sendiri.
Di Institusi Pengajian Tinggi Keguruan, pengkategorian
kurikulum tersirat oleh Bergenhenegouwen (1987) boleh dijadikan
sebagai asas dengan beberapa pengubahsuaian. Tiga kategori
diperkenalkan iaitu budaya belajar untuk belajar, budaya belajar
untuk menjadi pengajar, dan belajar untuk Pembudayaan.
Bagi murid peringkat pengajian tinggi pula, guru pelatih perlu
menguasai cara belajar yang berkesan. Selain menghadiri kuliah,
guru pelatih perlu mengetahui kemahiran belajar yang sesuai untuk
diri mereka sendiri bagi memperolehi pencapaian akademik yang
terbaik. Murid diandaikan mempunyai kebiasaan belajar masingmasing dan adalah berbeza di antara murid di peringkat rendah
dan

tinggi.

Tambahan

pula,

murid

seharusnya

menguasai

kemahiran belajar melalui proses pembudayaan pembelajaran
sendiri yang dipanggil kurikulum tersirat. Misalnya mempelajari,
memahami dan mengadaptasikan cara menulis esei, kajian, tesis,
kertas projek, kertas kerja dan jurnal dengan sebaiknya mengikut

8

standard yang telah ditetapkan oleh institusi pengajian tinggi yang
berkaitan mahupun mengikut standard antarabangsa.
Menurut Carpenter (1985), kumpulan guru pelatih yang tidak
diajar dengan kemahiran belajar didapati tidak mempunyai
keyakinan untuk mengajar kemahiran belajar di sekolah. Bagi
pelatih yang dilatih untuk menjadi pakar dalam sebarang profesion
murid harus membudayakan diri mereka dengan pembelajaran
kendiri yang menekankan proses pembelajaran tanpa diarah,
dipaksa atau disuruh. Ini adalah bersamaan dengan budaya belajar
sepanjang hayat.
Sebenarnya, apa yang pelajar alami, lihat dan dengar
semasa di dewan bersama pensyarah itulah yang menjadi
kurikulum yang lebih berkesan daripada apa yang bersifat teoristik.
Sebagai contohnya, nilai, norma, peraturan, daya intelek dan apa
juga yang dibawa oleh pensyarah sewaktu mengajar telah memberi
kesan secara tidak langsung kepada pelajar.
4.0 Implikasi Kurikulum Tersirat Terhadap Kepelbagaian Sosiobudaya
Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah
Menurut Prof. Madya Dr. Ishak Ramly (2003), kurikulum tersembunyi
adalah perlakuan, perancangan dan tindakan menggubal, membina dan
melaksanakan kurikulum yang tidak dinyatakan secara bertulis tetapi berfungsi
membina hati, akal dan jiwa pelajar supaya menjadi insan yang berguna dan
dapat meneruskan tradisi hidup dan masyarakat. Dalam bilik darjah yang
mempunyai murid yang pelbagai sosiobudaya, kurikulum tersirat amat penting
untuk memupuk perpaduan, interaksi sosial yang baik serta nilai-nilai murni. Oleh
itu, guru haruslah merancang pelbagai aktiviti dalam konteks kurikulum tersirat
supaya objektif pembelajaran dan tujuan untuk perpaduan dapat dicapai.
9

Antaranya saranan aktiviti yang sesuai untuk dilaksanakan dalam konteks
kurikulum tersirat adalah:
4.1 Pertandingan permainan tradisional atau karnival permainan
tradisional
Di sekolah, pertandingan permainan tradisional ataupun
karnival permainan tradisional dapat dilaksanakan sebagai satu tali
penghubung atau gelanggang pertemuan dalam kalangan murid
pelbagai kaum. Kebanyakan permainan tradisional tidak
memerlukan belanja yang besar untuk dimainkan kerana bahan
yang digunakan boleh didapati dengan mudah di kawasan sekitar.
Contohnya, permainan wau, gasing pangkah, dam haji, sepak raga,
layang-layang, kunda kindi, galah panjang, congkak, batu
seremban dan sebagainya.
Melalui pertandingan permainan tradisional, murid-murid
dapat memupuk semangat perpaduan, rasa muhibah dan mesra
antara satu sama lain. Sebagai contoh, permainan tradisional
sepak raga yang dimainkan secara berkumpulan, semangat
kerjasama antara ahli kumpulan dapat dipupukkan. Mereka akan
bersatu tenaga untuk memenangi sesuatu permainan. Semangat
ingin mencapai kejayaan tertanam di dalam jiwa mereka. Menurut
Vygotsky dalam Katz, L.C. (1987), beliau berpendapat bahawa “
Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran”. Sewaktu
bermain, mereka dapat berhubung dengan rakan sebaya dan
secara tidak langsung melatih mereka bergaul. Perbualan spontan
antara mereka akan menambahkan perbendaharaan kata. Selain
itu, setiap sekolah tidak kira sekolah Cina, sekolah Melayu ataupun
sekolah Tamil menghantar peserta untuk melibatkan diri dalam

10

karnival yang diadakan juga dapat mengeratkan hubungan antara
kaum.
Melalui karnival ini juga, murid-murid dapat mengenali
permainan tradisional kaum masing-masing dengan lebih
mendalam tentang cara bermain dan syarat-syarat permainan
tradisional. Murid-murid perlu mengenali budaya kaum lain kerana
permainan tradisional merupakan lambang dan menggambarkan
corak kehidupan masyarakat masing-masing. Tambahan pula,
permainan tradisional juga mempunyai nilai tradisi yang tinggi
kerana di dalamnya terkandung pelbagai nilai budaya masyarakat
yang memilikinya. Malang, kebanyakan murid-murid pada masa
kini sudah tidak mengenali permainan tradisional yang diwarisi oleh
nenek moyang mereka. Oleh itu, murid-murid berpeluang menerap
ilmu pengetahuan dengan adanya pertandingan permainan
tradisional ataupun karnival permainan tradisional. Justeru,
permainan tradisional pasti dapat dimajukan di tanah air kita
daripada membiarkan seni budaya kita terus lenyap dan pupus
begitu sahaja.
Sehubungan dengan itu, permainan tradisional mampu
melahirkan murid-murid yang kreatif dan penuh dengan nilai
kesenian. Hal ini demikian kerana untuk menghasilkan sesuatu alat
permainan, seperti gasing dan wau, kemahiran dan ketelitian
diperlukan. Gasing atau wau yang baik bergantung pada pembuat
dan pemain. Secara tidak langsung, murid-murid perlu berfikir
secara kreatif dan kritis untuk menghasilkan alat permainan yang
unik dan berlainan.
Menurut Saayah (2006), permainan tradisional merupakan
saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan
11

kegembiraan dan keseronokan. Kebanyakan permainan tradisional
melibatkan beberapa orang untuk memainkan supaya lebih
menyeronokkan. Sebagai contoh, permainan “helang dan ayam”
yang memerlukan beberapa orang untuk memainkannya dan
congkak yang melibatkan 2 orang memainkannya. Selalunya,
permainan tradisional bukan sahaja dijadikan sebagai satu alat
hiburan, malah murid dapat mengisi masa lapang dengan aktivitiaktiviti yang berfaedah. Murid-murid dapat menjauhkan diri
daripada melakukan perkara-perkara yang sia-sia seperti merayaurayau, merokok, bergaduh dan sebagainya.
Sewaktu bermain, murid-murid dapat mengurangkan stress
malahan dapat menyihatkan tubuh badan seseorang. Hal ini
demikian kerana pemainnya menggunakan gerakan otot kasar dan
otot halus seperti lengan, kaki, dan mata. Selain itu, permainan
tradisional dapat melatih murid-murid untuk menjadi pemimpin dan
orang yang dipimpin. Mereka akan akur pada ketua dan syarat
pertandingan. Sifat bertolak ansur dan bertanggungjawab dapat
dipupuk.
Melalui permainan tradisional, murid-murid juga dapat
menguasai kemahiran mengira. Contohnya, dalam selambut dan
congkak. Permainan ini memerlukan pemain mengira untuk
meletakkan biji guli dalam congkak. Setiap gerak, walaupun
nampak mudah, iaitu sekadar mengambil dan mengatur kembali biji
guli dari lubang ke lubang. Sebenarnya, permainan ini memerlukan
kepintaran bertindak dan kecekapan akal.

4.2 Lawatan sambil belajar

12

Bagi memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid
pelbagai kaum, pihak sekolah harus menggalakkan murid-murid
membuat program lawatan sambil belajar ke tempat-tempat
bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial,
Tugu Negara, Muzium Negara, rumah-rumah kebajikan, asrama
anak-anak yatim dan miskin, penjara, rumah perlindungan kanakkanak, asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan
sebagainya.
Sebelum melawat ke sesuatu tempat, murid-murid perlu
merancang dan mengurus sesuatu aktiviti dengan lebih efektif.
Mereka perlu berkomunikasi dan bekerjasama untuk merancang
aktiviti lawatan antara satu sama lain. Secara tidak langsung,
lawatan dapat mengeratkan hubungan sesama kelas dan guru.
Mereka akan memahami kepentingan untuk membuat
perancangan tentang sesuatu seperti jadual bas bertolak, jumlah
orang yang menyertai dan aspek pemakanan. Semua pengalaman
ini menyebabkan murid berasa lebih yakin dan mampu mengurus
serta menyelesaikan sesuatu masalah.
Melalui lawatan sambil belajar, murid-murid dapat menimba
ilmu pengetahuan mereka. Jika murid-murid didedahkan tentang
tempat bersejarah di Malaysia seperti lawatan ke A Famosa,
Melaka membolehkan murid mengetahui tentang bangsa Portugis
yang pernah menjajah negeri itu. Selain itu, jika murid berkunjung
ke muzium, mereka dapat melihat bahan-bahan sejarah yang
dipamerkan seperti pinggan mangkuk dan pakaian tradisional pada
zaman dahulu. Apabila murid-murid melawat ke tempat bersejarah
di luar persekitaran sekolah, mereka akan berada dalam suasana
yang tidak formal dan berbeza daripada rutin pembelajaran biasa.
Mereka akan berpeluang melihat pelbagai sumber sejarah yang
13

sebahagian besarnya disebutkan dalam kurikulum dan buku teks.
Perasaan cinta akan negara dan mengenang jasa dapat
disemaikan apabila melihat gambar pejuang dan tokoh-tokoh
negara yang banyak memberi sumbangan kepada mereka hingga
hari ini. Murid-murid akan memahami dan menghayati
pengorbanan serta perjuangan pejuang-pejuang kemerdekaan
negara kita suatu masa dahulu. Mereka sanggup berkorban harta,
nyawa dan tenaga iaitu seperti lilin yang membakar diri untuk
menerangi orang lain, semata-mata untuk memerdekakan negara
kita.
Selain itu, lawatan ke perkampungan orang asli atau ke
perkampungan etnik-etnik di Sabah dan Sarawak dapat
mendedahkan murid dengan cara kehidupan seharian dan
kebudayaan mereka yang berbeza dengan masyarakat di kota.
Contohnya, tradisi orang Iban adalah menyimpan pasu, gong, dan
tempayan yang dipanggil tajau. Ia diwarisi secara turun-temurun,
bernilai, dianggap suci, dan dihormati. Murid-murid dapat bergaul
mesra dengan komuniti lokal, membentuk persefahaman yang baik
dan menjalin hubungan erat dengan mereka. Selepas aktiviti
lawatan, murid-murid dapat memperolehi kefahaman dan
pengalaman mengenai bahasa, budaya dan seterusnya sikap
prasangka terhadap kaum lain dapat dikikis. Dengan adanya
lawatan sambil belajar, dapatlah mencapai objektif khusus dalam
Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional (2006-2010)
yang berusaha mengurangkan segregasi kaum dan kerenggangan
dalam perhubungan inter dan intra kaum dan wilayah serta
meningkatkan integrasi wilayah antara Sabah, Sarawak dengan
Semenanjung dan antara negeri-negeri di Semenanjung (Ooi S. K.,
Noraini & Mohamad Azizal, 2003)

14

Lawatan sambil belajar juga memerlukan pelajar bergerak
cergas aktif tubuh badan. Mereka akan terlibat dengan pelbagai
aktiviti seperti berjalan, berlari, memanjat, mendaki, dan berenang
bergantung pada tempat yang dilawati. Contohnya, lawatan ke
Taman Negara Kinabalu atau Gunung Ledang menyebabkan murid
memanjat dan mendaki. Dengan itu, mereka dapat dilatih supaya
menjadi insan yang lebih gigih dan tidak mudah berputus asa untuk
mencapai sesuatu kejayaan.
4.3 Pesta Kebudayaan dan Kesenian
Menurut Datuk Seri Panglima & Dr. Kamaruzaman (2011),
pada era globalisasi yang penuh dengan cabaran ini, ilmu daripada
buku akademik tidak semestinya boleh menjamin kejayaan tanpa
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Dengan itu,
Pesta Kebudayaan dan Kesenian adalah salah satu aktiviti yang
harus diadakan di sekolah untuk menunjukkan pelbagai aktiviti
kebudayaan di Malaysia. Antara program yang dapat
dilakasanakan dalam pesta ini meliputi persembahan tarian,
persembahan muzik, jualan juadah makanan, persembahan
pakaian dan sebagainya.
Kini pengaruh media massa menyebabkan budaya
tradisional kita kian dilupai. Melalui persembahan tarian dalam
pesta kebudayaan dan kesenian dapat mengekalkan warisan
budaya yang dituruni oleh nenek moyang kita. Setiap kaum di
Malaysia mempunyai tariannya yang tersendiri. Seni tari
mempunyai hubungan yang rapat antara manusia dan alam.
Contohnya, orang Melayu telah menggunakan fenomena semula
jadi seperti ribut petir, gempa bumi, letupan gunung berapi,
kemarau, alunan gelombang di laut, deburan ombak di pantai,
15

lenggang liuk daun kayu dan sebagainya. Ianya dijadikan motif
dalam membentuk gerak dan lenggok tarian. Antara tarian-tarian
Melayu yang popular hingga kini ialah tarian joget, ronggeng, zapin,
tarian piring, tarian lilin dan sebagainya. Persembahan ini akan
membolehkan murid-murid mengenalinya dengan lebih dekat.
Di samping mengekalkan warisan budaya tersendiri, pesta
ini juga dapat menyemaikan sifat toleransi dan bekerjasama dalam
kalangan murid-murid. Dalam persembahan tarian, biasanya
memerlukan ahlinya yang beramai-ramai. Dengan itu, ia dapat
mengeratkan hubungan murid-murid tanpa mengira kaum apabila
semua kaum disatukan di bawah satu bumbung. Semua murid
saling menghormati dan tidak mementingkan diri dalam
menjayakan pesta ini. Hal ini dapat dilihat apabila Ketua Menteri,
Datuk Seri Mohd. Ali Rustam merasmikan Pesta Joget 1Malaysia di
Dataran Dewan Tun Ali, Bukit Katil baru-baru ini dan berkata,
"Pesta ini secara tidak langsung dapat memperlihatkan toleransi
bermasyarakat kerana menonjolkan betapa harmoninya
masyarakat Malaysia dalam merintis keinginan hidup bersatu padu”
(Utusan Melayu, 2011).
Sehubungan dengan itu, aktiviti pesta kebudayaan dan
kesenian juga sebagai agen perpaduan. Kesempatan sebegini
telah memberi peluang kepada murid daripada pelbagai kaum
untuk mendekati secara lebih mendalam tentang adat-istiadat
masing-masing seperti dari segi pakaian. Bagi kaum Melayu,
wanita Melayu memakai pakaian yang longgar dan berlengan
panjang yang dinamakan baju kurung dan dipakai bersama kain
sarung atau baju yang sedikit ketat yang dinamakan baju kebaya.
Manakala, lelaki Melayu memakai baju Melayu yang dipakai
bersama seluar yang longgar berserta dengan kain yang dikenali
16

sebagai samping yang diikat di pinggang. Untuk majlis
perkahwinan dan kenduri, kain songket akan digunakan sebagai
kain samping. Namun, pakaian tersebut bukan sahaja dipakai oleh
kaum itu sendiri, malah turut juga dipakai oleh semua kaum.
Keadaan ini dapat menunjukkan sikap saling hormat-menghormati
antara kaum kerana mereka memakai pakaian yang sopan dan
apabila dilihat secara imbas, kita tidak sedar mereka bukan umat
islam kerana kebanyakannya cuba menggayakan pakaian Melayu.
Justeru, fenomena ini membangkit dan menonjolkan semangat
kekitaan di kalangan kaum di Malaysia yang selaras dengan
konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri kita Dato’
Seri Najib Tun Razak (Bahagian Penerbitan Dasar Negara, 2009).
Pesta ini ialah medan pertemuan yang paling sesuai
untuk memperkukuh hubungan warga sekolah termasuk guru dan
murid. Sekiranya pesta ini diadakan sempena sambutan perayaan,
ia dapat menimbulkan suatu suasana yang meriah. Sebagai
contoh, aktiviti-aktiviti seperti jualan juadah makanan dapat
mengeratkan dan merapatkan hubungan antara kaum tanpa
menghiraukan latar belakang agama, ekonomi dan sosial. Pelbagai
juadah yang disajikan seperti ketupat, bubur lambuk, rendang,
kuih-muih dimana sesetengah juadah tersebut hanya kaum Melayu
sahaja yang memiliki kepakaran untuk menyediakannya. Dengan
itu, kaum lain terutamanya kaum India dan Cina turut membeli dan
ingin merasai masakan kaum Melayu. Semasa aktiviti tersebut
dijalankan, terdapat interaksi yang berlangsung antara satu sama
lain. Berdasarkan Basri & Ahmad (1987), interaksi antara kaum
merupakan satu jalan ke arah mewujudkan perpaduan nasional
dan mencetuskan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu.
Secara tidak langsung, keadaan ini seterusnya dapat mewujudkan
semangat intergriti yang tinggi antara kaum di Malaysia .
17

4.4 Aktiviti Kumpulan Dalam Bilik Darjah
Salah satu saranan aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah
mengadakan aktiviti kumpulan semasa pengajaran dan
pembelajaran. Kumpulan yang dibentuk haruslah terdiri daripada
pelajar yang berbilang kaum, agama, latar belakang dan tahap
pencapaian. Dalam aktiviti kumpulan, guru boleh menggunakan
pelbagai kaedah dan teknik untuk mencapai objektif pembelajaran
dan membentuk interaksi sosial yang baik serta memupuk nilai-nilai
murni di kalangan murid.
Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan ialah
sumbangsaran, perbincangan, permainan dan penyelesaian
masalah. Contohnya, guru boleh mengemukakan satu soalan atau
isu seperti kebaikan dan keburukan penggunaan komputer dalam
pembelajaran dan memberi masa yang cukup untuk setiap
kumpulan berbincang dan memberi pendapat masing-masing serta
bersama-sama mendapat penyelesaian. Selepas itu, setiap
kumpulan hendaklah memberi pendapat dan kesimpulan mengenai
isu tersebut. Sebelum aktiviti kumpulan dijalankan, guru hendaklah
membentuk peraturan seperti tidak boleh menghina dan menilai
pendapat orang lain, ketua kumpulan dibenarkan mengawal sesi,
memberi peluang kepada murid-murid yang memberi pendapat,
tidak dapat jawapan atau pendapat yang salah dan sebagainya.
Melalui aktiviti kumpulan yang berunsur koperatif ini, ia akan
memberi kesan yang baik terhadap murid-murid di sekolah.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Johnson dan Johnson
(1994), pembelajaran koperatif ini bukan sahaja membantu
meningkatkan pencapaian akademik tetapi berkesan memupuk
18

kerjasama, minat pada sekolah, kemahiran berinteraksi dan
berkomunikasi dengan orang lain dan kesan afektif lain yang
positif. Tambahan pula, murid akan lebih memahami pemikiran diri
sendiri serta perpekstif rakan yang lain. Mereka akan mengetahui
kelebihan dan kelemahan diri semasa aktiviti kumpulan dijalankan.
Murid juga dapat belajar kelebihan rakan lain dan sanggup
menghadapi kelemahan diri dan membetulkan kesalahan yang
dibuat.
Sehubungan dengan itu, aktiviti kumpulan dalam konteks
kurikulum tersirat ini dapat mengeratkan hubungan murid yang
pelbagai kaum dan budaya serta memupuk nilai dan kesedaran
seperti menghormati perbezaan individu, menerima dan
menghargai pendapat orang lain. Selain itu, interaksi sosial yang
positif iaitu pergaulan yang tidak mengira jurang sosial dan budaya
juga akan dibentuk. Dengan ini, murid tidak akan mengkritik dan
menyindir rakan kaum dan agama yang lain serta mereka dapat
memberi penghargaan kepada mereka dan bersedia memberi
bantuan kepada mereka yang perlu.
4.5 Aktiviti Kokurikulum
Di samping itu, aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam
konteks kurikulum tersirat ialah aktiviti kokurikulum. Aktiviti
kokurikulum merangkumi badan beruniform seperti Pengakap,
Persatuan Bulan Sabit Merah danTunas Puteri, kelab dan
persatuan akademik seperti Persatuan Matematik, Persatuan Sains
dan Kelab Keselamatan Jalan Raya serta sukan dan permainan
seperti Badminton, Ping Pong dan Bola Tampar. Dalam sistem
Pendidikan Malaysia pada masa kini, aktiviti kokurikulum
merupakan kegiatan yang diwajidkan kepada setiap murid. Sejak
19

kebelakang ini, kerajaan juga melancarkan Program ‘1 Murid 1
Sukan’ supaya setiap murid dapat belajar sekurang-kurangnya 1
jenis sukan dan mengcungkil bakat mereka.
Dalam aktiviti kokurikulum, pelbagai jenis aktiviti telah
dijalankan. Dalam badan beruniform, pelbagaian jenis aktiviti telah
dijalankan termasuklah latihan kawad kaki, kursus pertolongan
cemas, amali ikatan dan simpulan, ikhtiar hidup, kemahiran
pengembaraan, masakan tanpa menggunakan gas dan
sebagainya. Manakala, dalam kelab dan persatuan akademik juga
menjalankan aktiviti seperti kuiz, menghiaskan papan kenyataan,
jualan, permainan kecil, lawatan sambil belajar, khidmat
masyarakat, gotong-royong dan sebagainya semasa perjumpaan.
Dalam sukan dan permainan pula, selain daripada latihan dan
pembelajaran teknik bermain, murid juga dapat melibatkan diri
dalam pengurusan sukan sekolah, rentas desa, karnival permainan
dan sebagainya.
Memurut Mohd Jaflus (2008), aktiviti kokurikulum dianggap
penting sebagai alat untuk memenuhi hasrat unggul dasar
pendidikan kebangsaan, iaitu perpaduan di kalangan pelajarpelajar yang terdiri dari berbilang kaum. Melalui aktiviti kokurikulum,
murid bukan sahaja dapat mempelajari pengetahuan-pengetahuan
yang tidak dapat dalam buku teks seperti ikatan dan simpulan,
pertolongan cemas dan kawad kaki malah murid juga dapat
mendisplinkan diri. Melalui aktiviti kokurikulum, murid dapat
kesedaran bahawa setiap individu mempunyai keupayaan yang
berbeza. Murid harus menghargai usaha-usaha rakan lain serta
sedia memberi bantuan.
Selain itu, individu juga akan bekerjasama dengan rakan lain
untuk menjayakan sesuatu tugas dan menyelesaikan masalah.
20

Dalam aktiviti badan beruniform dan permainan, peraturannya telah
ditetapkan dengan ketat dan sistematik, individu akan
mendisiplinkan diri dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan
dan secara tidak langsung, mereka akan mematuhi peraturan
sekolah, rutin bilik darjah dan sebagainya. Tambahan pula, guru
juga dapat mencungkil bakat di kalangan murid untuk melatih
mereka yang berpotensi untuk menjadi atlet dan pemain pasukan
sekolah. Ini bukan sahaja menambah keyakinan murid malah
konsep kendiri murid juga dapat ditingkatkan. Di kalangan murid,
mungkin terdapat pelajar yang lemah dalam akademik tetapi
berbakat dan sukan atau permainan, oleh itu, guru hendaklah
mencungkil bakat mereka dan memberi penghargaan kepada
mereka supaya murid lain juga menghormati mereka dan sanggup
memberi bantuan dan sokongan kepada mereka. Aktiviti
kokurikulum memang merupakan salah satu aktiviti yang sesuai
untuk kurikulum tersirat.
4.6 Perkhemahan
Perkhemahan juga merupakan salah satu aktiviti yang boleh
dilaksanakan dalam konteks kurikulum tersirat. Perkhemahan
merupakan satu aktiviti yang sesuai untuk murid berdikari serta
pembelajaran. Menurut Chenery (1994), perkhemahan adalah
sesuatu yang unik, pengalaman pendidikan positif yang memberi
sumbangan penting kepada individu dan pertubuhan.
Dalam sesebuah perkhemahan, pengajaran dan
pembelajaran boleh dijalankan melalui pelbagai aktiviti. Antaranya
ialah ceramah motivasi, permainan, malam kebudayaan, slot moral,
pengembaraan, treasure hunt dan sebagainya. Perkhemahan
kebiasaannya diadakan sekurang-kurangnya 2 hari dalam
21

sesebuah kawasan seperti sekolah, tapak perkhemahan atau pusat
kokurikulum yang dilengkapkan dengan kemudahan-kemudahan
yang sesuai.
Sepanjang tempoh perkhemahan, murid akan belajar
pengurusan kehidupan seharian tanpa bantuan dan jagaan ibu
bapa, mereka juga saling bergantung kepada yang lain dan
menyempurnakan semua tugas dan aktiviti bersama ahli kumpulan.
Dalam sesebuah kumpulan terdapat murid yang berbilang kaum,
agama, latar belakang dan budaya, murid akan mempelajari cara
hidup bersama dengan mereka dengan bertoleransi dan sikap
keterbukaan. Mereka juga akan memahami budaya, kepercayaan
dan adat resam murid lain melalui pelbagai aktiviti dan rutin seperti
persembahan tarian tradisional dalam malam kebudayaan, waktu
sembahyang, lakonan adat resam semasa perayaan dan
sebagainya.
Selain memupuk perpaduan di kalangan murid yang
pelbagai kaum dan budaya, perkhemahan juga mengeratkan
hubungan guru dan murid serta kemahiran interaksi sosial murid
juga meningkat. Murid juga akan berdikari serta bertanggungjawab
terhadap diri sendiri dan ahli kumpulan serta sanggup menerima
pandangan orang lain melalui perkhemahan. Mereka juga dapat
mendisiplinkan diri dengan mematuhi peraturan dan jadual waktu
yang ditetapkan serta memupuk sifat kepimpiman di kalangan
murid semasa menjalankan aktiviti kumpulan.
Perkhemahan memang merupakan satu aktiviti yang baik
untuk dilaksanakan melalui pengajaran dan pembelajaran dalam
konteks kurikulum tersirat. Ia bukan sahaja memberi kesan yang
baik terhadap pengetahuan murid malah ia juga memberi faedah
22

mempertingkatkan daya tahan fizikal dan juga mental murid supaya
mereka berkembang secara keseluruhan seperti yang dinyatakan
dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu berkembang secara
menyeluruh dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial.
4.7 Bulan Bahasa
Satu lagi cadangan aktiviti dalam konteks kurikulum tersirat
ialah menganjurkan bulan bahasa dalam pengajaran dan
pembelajaran. Guru boleh menentukan pada bulan tertentu
merupakan bulan bahasa cina, bulan bahasa melayu, bulan
bahasa inggeris dan sebagainya secara bergilir-gilir. Sepanjang
bulan bahasa, guru boleh menjalankan pelbagai aktiviti untuk
memberi impak dan kesedaran yang dalam kepada murid.
Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah bercerita kisah
tradisonal, nyanyian lagu, pembentangan adat resam semasa
perayaan, perkahwinan, kelahiran dan kematian, tayangan video,
deklamasi sajak dan berpantun, rumah terbuka dan sebagainya.
Selain itu, guru juga boleh menetapkan bahasa pertuturan pada
masa tertentu pada bulan bahasa, contohnya, semasa bulan
bahasa Melayu, semua murid dikehendaki berbahasa melayu pada
waktu rehat.
Aktiviti ini bukan sahaja menambah keseronokan dan minat
murid semasa di sekolah malah murid juga dapat memahami
budaya kaum dan agama yang lain. Mereka juga akan memahami
adat resam dan budaya kaum sendiri lebih mendalam dan berasa
bangga serta berminat dalam mengetahui adat resam dan budaya
sendiri. Sehubungan dengan itu, murid juga dapat mempelajari
bahasa kaum lain serta dapat menghormati bahasa dan dialek
23

kaum lain. Dengan ini, kemahiran interaksi sosial mereka juga
meningkat dan hubungan mereka juga dieratkan. Murid juga dapat
menghayati kepercayaan kaum dan agama lain dengan melibatkan
diri dalam aktiviti yang disediakan.
Secara tidak langsung, ia memberi kesedaran kepada murid
bahawa setiap kaum mempunyai budaya yang berbeza dan
individu haruslah bersikap keterbukaan untuk menerima
pandangan dan tingkah laku orang lain. Perpaduan pelbagai kaum
dan agama juga dapat dipupuk dan murid-murid akan
berkomunikasi dengan baik dan mewujudkan suasana bilik darjah
yang harmoni dan kondusif tanpa mengira bangsa, agama, budaya
dan kelas sosial. Di samping itu, murid juga akan
bertanggungjawab dengan melibatkan diri dalam setiap aktiviti,
mematuhi peraturan yang ditetapkan serta menghargai usahausaha murid lain. Bulan bahasa merupakan satu aktiviti kurikulum
tersirat yang memberi peluang kepada murid untuk memahami
budaya kaum lain serta menghayati kepercayaan dan pengajaran
kaum lain.
Aktiviti yang dinyatakan di atas adalah cadangan aktiviti
yang boleh dijalankan dalam konteks kurikulum tersirat, peraturan
sekolah dan struktur organisasi sekolah juga memain peranan yang
penting dalamnya. Oleh itu, guru dan pihak sekolah hendaklah
bekerjasama untuk merancang pelbagai aktiviti dan program
supaya dapat memupuk nilai-nilai murni, mempertingkatkan tingkah
laku dan pemikiran murid serta kesedaran terhadap suasana
kepelbagaian sosiobudaya ini.

24

5.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, pembelajaran daripada kurikulum tersirat adalah
sama pentingnya dengan kurikulum tersurat. Ia memain peranan yang sangat
penting bagi sesebuah negara terutamanya bagi negara yang seperti negara kita
yang terdiri daripada pelbagai kaum. Melalui kurikulum tersirat, ia dapat
membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya
antara kaum.
Di sekolah, tidak ada kumpulan yang harus dipinggirkan berdasarkan
sebarang unsur latar belakangnya, sama ada dari sudut etnik, agama, politik,
adat resam atau sosio-ekonomi. Dalam kalangan murid, mereka perlu
mengetahui budaya dan struktur kaum lain di negara kita. Dengan adanya
pemahaman terhadap sosiobudaya kaumlain, mereka dapat menyemai serta
mengamalkan perasaan hormat, bekerjasama dan toleransi antara satu sama
lain. Mereka perlu sedar bahawa budaya mempunyai implikasi yang kuat
terhadap berjaya atau pembentukan peribadi sosial dan intelek dalam diri sendiri.
Lantaran itu, pelbagai aktiviti harus dilaksanakan supaya dapat memupuk
perpaduan dan seterusnya mewujudkan masyarakat yang harmoni. Mengikut
Mohd. Saleh Lebar (1996), negara kita tidak mungkin dapat menikmati
keharmonian tanpa perpaduan. Bak kata perpatah 'bersatu kita teguh, bercerai
kita roboh'.
Oleh yang demikian, jelas dilihat bahawa kurikulum tersirat memang
begitu penting dalam menghasilkan suasana pembelajaran yang mengambil kira
pelbagai aspek kepelbagaian sosio-budaya dan ini secara tidak langsung
memberikan implikasi kepada murid tanpa mengira kaum. Dengan itu, kurikulum
tersirat perlu menjadi salah satu agenda utama dalam usaha mempertingkatkan
kualiti kurikulum negara.

25

26