nota kh form 2 simpoan kira

Nota Kemahiran Hidup Tingkatan Dua
Simpan Kira

A. Istilah Simpan Kira

Simpan Kira
Proses merekodkan urusniaga secara sistematik
o Akaun
Suatu catatan / rekod ringkas bagi urusniaga yang telah berlaku
o Sistem Catatan Bergu
Sistem yang merekodkan setiap urusniaga dalam dua akaun dengan amaun yang
sama, satu dimasukkan dalam ruang debit dan satu lagi dalam ruang kredit akaun
kedua
o Urusniaga
Suatu aktiviti yang berlaku semasa proses menjual dan membeli barangan dan
perkhidmatan
o Format Akaun
Keadaan yang menerangkan bagaimana sesuatu akaun disediakan
o Aset
Semua harta bagi perniagaan
o Liabiliti

Semua tanggunan atau hutang perniagaan kepada pihak lain
o Ekuiti Pemilik
Semua harta atau modal yang dilaburkan dalam perniagaan
o Modal
Semua harta yang digunakan ketika memulakan perniagaan
o Ambilan
Pengambilan wang tunai daripada perniagaan
o Hasil
Semua pendapatan yang diperolehi oleh perniagaan
o Belanja
Semua kos yang perlu dibayar oleh perniagaan
o Baki
Lebihan daripada akaun. Baki h/b ialah baki yang dihantar bawah. Ia biasanya
diletakkan di akhir bulan. Baki b/b ialah baki bawa bawah. Ia biasanya diletakkan
diawal bulan.
B. Ciri-ciri Rekod Perniagaan yang Baik
o Merekodkan butir-butir yang penting seperti bila (tarikh), apa urusniaga (butir),
dan berapa amaunnya (jumlah)
o Mempunyai rekod yang sistematik
o Disimpan dengan selamat

C. Tujuan Menyimpan Rekod
o Sebagai bukti berlaku urusniaga
o Untuk kemudahan menyemak semula butiran perniagaan dan urusniaga yang
telah dijalankan
o Untuk mengetahui berapa jumlah aset yang ada dan tanggungan perniagaan
o

Memudahkan peniaga mengesan kelemahan bagi sesuatu tempoh perniagaan
Membantu peniaga membuat keputusan dan pembetulan
D. Jenis-Jenis Akaun
o Akaun Tunai
Akaun yang digunakan untuk merekodkan urusniaga tunai
o Akaun Bank
Akaun yang digunakan untuk merekodkan urusniaga kredit
o Buku Tunai
Buku akaun yang menggabungkan akaun tunai dan akaun bank dalam satu
o Akaun Ambilan
Akaun yang merekodkan ambilan wang tunai dari perniagaan
o Akaun Modal
Akaun yang digunakan untuk merekodkan semua harta yang digunakan ketika

memulakan perniagaan
o Akaun Aset
Akaun yang digunakan untuk merekodkan semua harta perniagaan.
Akaun aset termasuklah
 Akaun premis
 Akaun kenderaan
 Akaun lekapan dan lengkapan
 Akaun Alat pejabat
 Akaun perabot
o Akaun Hasil
Akaun yang merekodkan hasil atau pendapatan perniagaan
o Akaun Penghutang
Akaun yang merekodkan pihak yang berhutang kepada perniagaan
o Akaun Pemiutang
Akaun yang merekodkan pihak yang memberi hutang kepada perniagaan
E. Format Akaun
o Lazimnya akaun disediakan dalam format 'T' atau bentuk 'T'.
o Akaun dibahagikan kepada dua ruang
o Ruang disebelah kiri ruang Debit (Dt) dan ruang sebelah kanan ruang Kredit
(Kt).

o
o

rajah 1: Format Akaun

o

Kedua-dua ruang debit dan kredit mempunyai lajur yang berikut:

i.
ii.
iii.
iv.

Lajur Tarikh - digunakan untuk mencatatkan tarikh urusniaga berlaku
Lajur butir - digunakan untuk mencatatkan urusniaga yang berlaku
Lajur folio - digunakan untuk mencatatkan nombor rujukan bagi buku
catatan pertama agar mudah dikesan
Lajur jumlah - digunakan untuk mencatatkan nilai wang bagi urusniaga
yang dinyatakan


Rajah 2 : Lajur-lajur dalam akaun
B. Sistem Catatan Bergu

Sistem catatan bergu bermaksud sistem yang digunakan untuk merekod urusniaga
dalam dua akaun
o prinsip catatan bergu ialah
i.
Suatu urusniaga dicatatkan dua kali
ii.
Satu catatan didebitkan dan satu catatan dikreditkan
iii.
Tarikh dan jumlah mestilah sama
o

Contoh: Pada 3 Januari, Kedai Perabot Nusantara Enterprise membeli lima buah
almari berkaca bernilai RM1500 secara tunai.
Akaun Utama
Urusniaga dicatatkan di bahagian kredit akaun utama


Rajah 3: Akaun Utama
Akaun Kedua
urusniaga dicatakan berlawanan dengan akaun utama di sebelah debit pula

Rajah 4: Akaun Bergu/Kedua
C. Buku Tunai
o
o

Buku Tunai ialah buku yang menggabungkan Akaun Tunai dan Akaun Bank
dalam satu buku
Format Buku Tunai

Rajah 5: Format buku tunai
D. Mengimbang dan menutup akaun
o
o
o
o
o


Mengimbang dan menutup akaun dilakukan untuk suatu tempoh tertentu seperti
suku tahun,setengah tahun atau diakhir tahun
Akaun-akaun perorangan (A. Penghutang, A. Pemiutang & A. Modal) hendahlah
diimbang dan dicari baki h/b dan baki b/b
Akaun ambilan hendaklah ditutup dengan memindahkan jumlah ke dalam kunci
kira-kira
Akaun-akaun aset hendaklah diimbang dan dicari baki h/b dan baki b/b

Rumusan Akaun Bergu
Akaun Tunai dan Akaun Bank adalah akaun-akaun yang utama

Rajah 6: Akaun Bergu
Rumusan Jenis-Jenis Akaun

Rajah 7: Jenis-jenis Akaun

Rajah 8: Pembahagian jenis-jenis akaun
Peringatan:
o

o
o
o
o

o
o

Akaun perorangan (A. Penghutang, A. Pemiutang & A. Modal) hendaklah
diimbang dan mempunyai baki h/b dan baki b/b
Akaun Ambilan hendaklah ditutup dengan memindahkan jumlah ke Kunci Kirakira
Akaun Aset (A. Tunai, A. Bank, A. Perabot, A. Kenderaan, A. Premis & A.
Lekapan) hendaklan diimbang dan mempunyai baki h/b dan b/b
Akaun Jualan hendahlah ditutup dengan jumlah dipindahkan ke Akaun
Perdagangan
Akaun hasil yang lain (A. Komisen, Akaun Dividen, A. Faedah diterima & A.
Sewa diterima) hendalah ditutup dengan membawa jumlah ke Akaun Untung
Rugi
Akaun Belian hendaklah dipindahkan jumlahnya ke Akaun Perdagangan
Alaun Belanja yang lain (A. Sewa, A. Insuran, A. Iklan, A. Kadar Bayaran & A.

Belanja Am) hendaklah ditutup dengan memindahkan jumlah ke Akaun Untung
Rugi