Nota Perdagangan SPM

BAB 2 : UNSUR PERDAGANGAN
1)

Jelaskan peranan bantuan perniagaan yang diperlukan oleh peniaga untuk
melancarkan perniagaannya.

Perbankan
 Kemudahan penyimpanan - seperti akaun simpanan tetap dan akaun simpanan.
 Kemudahan penerimaan dan pembayaran - seperti draf bank,pindahan kredit dan perintah
sedia ada.
 Kemudahan pembiayaan - seperti pinjaman dan overdraf / bagi mengatasi kekurangan
modal peniaga.
 Kemudahan pembayaran - melalui akaun semasa membolehkan peniaga menggunakan cek
sebagai alat pembayaran.

Insurans
 Melindungi peniaga daripada kerugian – yang berpunca drp pelbagai risiko seperti
kebakaran,kecurian dan pecah amanah.
 Membayar pampasan/gantirugi - jika berlaku risiko yang diinsuranskan seperti dalam
perjanjian/kontrak
 Gantirugi dibayar oleh insurer membolehkan peniagaan dapat dipulihkan seperti sedia kala

- atau kesan kerugian dapat dikurangkan.
 Membolehkan peniaga menumpukan penuh perhatian terhadap perniagaan dengan yakin.

Pengangkutan

 Bermaksud aktiviti penghantaran barang dari satu tempat ke tempat lain.
 Dilakukan melalui jalan laut, jalan darat dan udara – dengan menggunakan pelbagai jenis
alat pengangkutan seperti kapal, kapal terbang, feri, kereta , keretapi dsbnya.
 Pengangkutan membolehkan pengeluaran dijalankan secara besar-besaran.
 Dengan adanya pengangkutan dapat mengurangkan pembaziran.

Komunikasi

 Bermaksud penyampaian maklumat sama ada secara lisan atau bertulis.
 Bentuk lisan seperti penggunaan telefon dan videofon manakala bentuk bertulis meliputi
teleks, telefaks, e-mel dan surat.
 Membolehkan maklumat dapat disampaikan antara penjual dengan pembeli.
 d) Membolehkan promosi barang jualan dapat dilakukan dengan menggunkan radio atau
televisyen.


Pergudangan
 dapat menyediakan tempat penyimpanan barang
 dapat menstabilkan harga barang
 dapat menjamin bekalna barang yang berterusan
 dapat menangguhkan pembayaran duti
 dapat menjadi tempat melakukan kerja- kerja akhir

Promosi

 Satu kaedah memberitahu dan memujuk pengguna untuk membeli sesuatu keluaran atau
perkhidmatan.

 Bertujuan untuk memperluaskan pasaran sesuatu barangan.
 Dapat mempengaruhi pengguna untuk membeli barangan.
 Dapat meningkatkan permintaan sesuatu barangan.
 Dapat mengekalkan permintaan bagi barangan yang telah lama wujud.
 Meningkatkan imej pengeluar dengan cara menyampaikan maklumat berkredibiliti tinggi.
 Menambahkan jualan dan keuntungan syarikat.

2)


Huraikan perkaitan antara pengeluaran, perdagangan dan perniagaan.
[12 markah]

Jawapan
Pengeluaran ialah
 penghasilan barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia.
 Pengeluaran juga bermaksud penciptaan nilai faedah.
 Pengeluaran dilakukan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.
Perdagangan ialah
 pengagihan bahan mentah dan barang siap daripada pengeluar kepada pengguna akhir.
Dalam proses pengagihan barang berlakulah perniagaan dan bantuan perniagaan turut
diperlukan.
Perniagaan
 bermaksud aktiviti jual beli untuk mendapatkan keuntungan.
 Terdiri daripada perniagaan dalam negeri dan perniagaan antarabangsa.
 peniaga memerlukan bantuan seperti perbankan , insurans, pengangkutan, pergudangan,
komunikasi, promosi bagi menjalankan perniagaannya.
kaitannya
 perniagaan dalah sebahagian daripada aktiviti perdagangan manakala perdagangan pula

merupakan sebahagian aktiviti pengeluaran.