jadual persamaan perakaunan kedah

Percubaan SPM 2017 – Negeri Kedah (Jadual Persamaan Perakaunan)
BCL-KKPP 2017

6 (b) Maklumat berikut diperoleh daripada buku perniagaan Indah Jaya Enterprise pada 30 April
2017.

Lengkapan
Kenderaan
Penghutang
Stok
Overdraf bank
Modal
Untung bersih
Pemiutang

RM
15 000
35 000
5 560
16 750
3 140

57 520
4 390
7 260

Urus niaga di bawah berlaku sepanjang bulan Mei 2017.
i.

Pemilik membawa masuk tunai RM5 000 sebagai modal tambahan dan dibankkan.

ii.

10% daripada stok barang niaga dijual dengan harga RM2 080. Cek diterima.

iii.

Menerima bayaran daripada penghutang dengan cek bernilai RM2 235 setelah memberi
diskaun RM325.

iv.


Membeli barang niaga RM2 250 secara kredit.

v.

Lengkapan lama berjumlah RM1 785 dijual pada harga RM1 590 dengan cek.

Anda dikehendaki merekod urus niaga bulan Mei dalam jadual di Lampiran 2.
[10 markah]

HURAIAN KESAN URUS NIAGA:
i.

Pemilik membawa masuk tunai RM5 000 sebagai modal tambahan dan dibankkan.
Kesan urus niaga: Bank bertambah RM5 000, Modal bertambah RM5 000.

ii.

10% daripada stok barang niaga dijual dengan harga RM2 080. Cek diterima.
Kesan urus niaga: Stok berkurang RM1 675 (RM16 750 x 10%), Bank bertambah RM2 080
dan Untung bersih bertambah RM405 (RM2 080 – RM1 675).


iii.

Menerima bayaran daripada penghutang dengan cek bernilai RM2 235 setelah memberi
diskaun RM325.
Kesan urus niaga: Bank bertambah RM2 235, Untung bersih berkurang RM325 dan
Penghutang berkurang RM2 560 (RM2 235 + RM325).

iv.

Membeli barang niaga RM2 250 secara kredit.
Kesan urus niaga: Stok meningkat RM2 250 dan pemiutang meningkat RM2 250.

v.

Lengkapan lama berjumlah RM1 785 dijual pada harga RM1 590 dengan cek.
Kesan urus niaga: Lengkapan berkurang RM1 785, Bank bertambah RM1 590 dan untung
bersih berkurang RM195 (rugi jualan aset).

Percubaan SPM 2017 – Negeri Kedah (Jadual Persamaan Perakaunan)

BCL-KKPP 2017

Jawapan 6(b)
Aset
Lengkapan Kenderaan Penghutang
Baki
(i)
(ii)
(iii)
(iv)
(v)
Jum.

15 000

35 000

5 560

Stok

16 750
(1 675)

(2 560)
2 250
(1 785)
13 215

35 000

3 000

17 325

Liabiliti dan Ekuiti Pemilik
Untung
Bank Pemiutang Modal
Bersih
(3 140)
7 260

57 520
4 390
5 000
5 000
2 080
405
2 235
(325)
2 250
1 590
(195)
7 765
9 510
62 520
4 275