Menghuraikan asas pengiraan kadar harga;

  UNIT 3

KAEDAH BINA KADAR

  OBJEKTIF:

Objektif Am : Mengetahui keperluan dan kegunaan kadar harga, jadual kadar

harga, asas pengiraan kadar harga; bahan, buruh, loji, pengurusan dan keuntungan, pengiraan kadar harga; kerja konkrit menggunakan mesin penggaul konkrit dan pembancuhan dengan tangan. Pengiraan kadar kerja korekan; menggunakan tangan dan jentera. Pengiraan kadar kerja bata dan kerja tetulang.

  Objektif Khusus Diakhir unit ini pelajar sepatutnya dapat :

   Menerangkan kegunaan dan kepentingan kadar harga

  dalam kerja – kerja taksiran

   Menghuraikan asas pengiraan kadar harga;

   Kos bahan

Kos buruh

   Kos loji dan kelengkapan

  

Kos pengurusan

Kadar keuntungan

   Mengira kadar harga kerja korekan dengan menggunakan

  tangan

  

INPUT 3

KAEDAH BINA KADAR

3.0 PENGENALAN

  Didalam kerja

  • – kerja binaan terdapat beratus – ratus matabenda kerja( item of works ) yang terlibat. Semasa kerja
  • – kerja di tapak kontraktor akan menggunakan berbagai cara dan teknik untuk menyiapkan kerja termasuklah menggunakan bahan binaan, buruh dan kelengkapan dapat berjalan dengan memuaskan. Semua perkara di atas memerlukan perbelanjaan kewangan kontraktor. Bagi kontraktor yang berpengalaman, mereka kurang menghadapi masalah kerana mereka biasanya menyimpan segala maklumat dan data tentang kerja- kerja yang telah disiapkan Walaubagaimana pun harga- harga bagi setiap matabenda akan sentiasa berubah dari semasa kesemasa bergantung kepada keadaan ekonomi, masalah buruh, kenaikan harga, cukai, kehendak undang-undang dan sebagainya. Oleh itu pengetahuan harga bahan binaan, pasaran dan harga buruh serta loji amatlah penting untuk membantu seseorang pemborong dan ahli-ahli iktisas didalam menentukan harga yang paling munasabah untuk setiap mata benda kerja.

  3.1 KEGUNAAN DAN KEPENTINGAN KADAR HARGA DALAM KERJA TAKSIRAN

  Ahli ikhtisas seperti Jurukur Bahan akan menggunakan unit kadar diperingkat mereka

  • – bentuk bangunan untuk mendapatkan harga anggaran sesuatu projek bagi tujuan tujuan yang berikut :

  

  Mengetahui peruntukan kewangan pihak majikan

  

  Mengetahui kesesuaian rekabentuk berdasarkan had peruntukan yang dibenarkan oleh pihak majikan

  

  Sebagai maklumat dan rekod untuk rujukan dan anggaran projek-projek dimasa akan datang.

  3.2 DASAR – DASAR BINA KADAR

  Unit kadar adalah bagi mata benda kerja yang dikira pada unit ukuran tertentu dimana ianya meliputi kesemua harga

  • – harga yang mempengaruhi kos seperti bahan, buruh, peralatan, pengurusan dan perolehan kepada syarikat. Oleh itu dasar
  • – dasar bina kadar adalah :

  

  Kos bahan

  

  Kos buruh

  

  Kos loji dan kelengkapan

  

  Kos pengurusan

  

  Kadar keuntungan Tetapi tidak semua matabenda kerja mengambil kira semua factor diatas. Ia bergantung kepada jenis dan cara kerja yang akan dilaksanakan di tapak bina. Contohnya:

  

  Kerja penggalian dengan tangan Hanya kos buruh, tanggungan syarikat dan keuntungan sahaja yang perlu diambil kira.

  Mengambil kira faktor kos buruh, bahan, tanggunagn syarikat dan keuntungan.

  

  Membancuh konkrit menggunakan jentera Kelima-lima kos diatas perlu diambil kira.

3.2.1 Kos Bahan

  Faktor

  • – faktor yang menentukan kos bahan adalah :

  

  Harga asal bahan Harga yang tidak mengambil kira kadar keuntungan, kos pengangkutan dan lain-lain. Merupakan harga bahan di kilang atau harga dari pembekal atau juga dikenali sebagai harga pasaran.. Harga asal bahan akan berubah

  • –ubah dari masa ke semasa dan juga dari satu tempat ke satu tempat.

  

  Kos pengangkutan ke tapak bina Bayaran yang dikenakan bagi tujuan mengangkut bahan binaan ke tapak bina. Ini termasukaln sebarang tambahan kos untuk membawa bahan binaan ke tapak . Biasanya pembekal menentukan harga yang tertentu mengikut tempat . Semakin jauh tapak bina dari kilang atau gudang, maka semakin tinggi kos pengangkutannya. Kos pengangkutan termasuk juga kon untuk menurunkan barang samada menggunakan tenaga buruh atau menggunakan jentera seperti “ fork lift “ atau menggunakan kren.

  

  Kos Menyimpan Adalah kos untuk menyimpan bahan binaan yang mudah rosak seperti simen, kaca dan jubin atau bahan-bahan yang mudah terbakar seperti kayu disamping untuk tujuan keselamatan.

  

  Pembaziran dan Kerosakan Bagi bahan

  • – bahan yang mudah rosak atau tidak digunakan sepenuhnya hendaklah dikira sebagai pembaziran. Dianggarkan antara sepuluh hinngga lima belas peratus bahan-bahan binaan di tapak bina mengalami pembaziran dan kerosakan. Nilaian pembaziran berbeza bergantung kepada jenis bahan, jenis kerja dan kecekapan kerja. Pembaziran dikira dari peringkat pesanan hingga ke masa proses pembinaan. Secara amnya nilai pembaziran mengikut jenis bahan adalah seperti berikut :

  5%  Simen 2%  Genting 5%  Kayu 10%  Keluli

3.2.2 Kos Buruh

  Kos buruh adalah bayaran kepada seseorang pekerja setelah ia menyempurnakan sesuatu bidang pekerjaan. Bayaran kepada pekerja berbeza mengikut kemahiran seseorang pekerja. Secara amnya terdapat empat jenis buruh yang terdapat dipasaran ;

   Tukang

  Orang yang mahir malaksanakan sesuatu bidang pekerjaan dalam segi pertukangan seperti tukang kayu, tukang besi, penurap bata tukang melepa tukang paip dan sebagainya. Tukang akan dibayar upag mengikut kadar harian atau jam ( sehari adalah 8 jam kerja ).

   Buruh Separuh Mahir

  Pekerja yang bekerja sebagai pembantu kepada tukang. Biasanya pekerja separuh mahir diperlukan apabila terdapat banyak kerja-kerja yang sama perlu dilaksanakan oleh tukang. Kadar upahnya adalah antara RM 25.00 hingga RM 40.00 sehari.

   Buruh Kasar

  Buruh yang kurang mahir melakukan sesuatu pekerjaan. Mereka melakukan kerja mengikut yang diarahkan oleh tukang atau buruh separuh mahir. Di tapak bina buruh kasar diperlukan untuk melakukan kerja

  • – kerja seperti mengangkut bahan binaan, membuang bahan binaan dan membersihkan tapak bina. Bayaran untuk buruh kasar adalah antara RM 15.00 hingga RM 25.00.

   Kepala

  Seseorang yang mengetuai sekumpulan pekerja seperti tukang, pekerja separuh mahuir dan buruh kasar. Bertanggungjawab untuk mengendali dan menyelia kerja

  • – kerja di tapak pembinaan bagi pihak kontraktor. Kepala biasanya orang yang berpengalaman dalam bidang tertentu termasuklah pengurusan bahan
  • – binaan, alatan, loji dan menguruskan buruh. Kepala dibayar mengikut gaji bulanan dan diperuntukkan didalam kos pengurusan syarikat kontraktor berkenaan.

  Angkatap Buruh Kemahiran dan keupayaan buruh tidak sama diantara satu sama lain.

  Oleh itu, kemahiran perlu diukur secara angkatap buruh. Angkat buruh bermaksud purata masa yang diambil oleh seseorang pekerja menyiapkan sesuatu kerja sehingga siap mengikut unit – unit tertentu.

  2

  3 Unit , jam/m dan jam/kg.

  • – unitnya adalah seperti jam/m, jam/m

3.2.3 Kos Loji dan Kelengkapan

  Kontraktor akan menggunakan berbagai loji dan kelengkapan untuk melaksanakan kerja

  • – kerja di tapak bina dengan tujuan menjimatkan masa dan tenaga. Boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

   Loji Tidak Berjentera

  Merupakan alatan asas dalam kerja pertukangan. Biasanya dimiliki sendiri oleh kontraktor. Harga

  • –harga untuk loji tidak berjentera
  • – dimasukkan sebagai kos pengurusan syarikat kontraktor. Contoh contoh loji tidak berjentera adalah seperti peranca, tangga, kereta sorong, peralatan tangan, bakul, baldi dan sebagainya.

   Loji Berjentera

  Untuk menggunakan loji atau peralatan berjentera kontraktor hendaklah memperuntukkan sejumlah wang untuk membeli dan atau menyewa peralatan tersebut. Oleh yang demikian modal untuk membeli dan menyewa alat-alat tersebut patutlah dikira semula untuk dengan menganalisa harga penggunaan alat-alat itu sejam sehari dan juga upah buruh yang mengendalikan peralatan tersebut . Jenis

  • –jenis peralatan berjentera adalah seperti lori, jentolak, jengkorek, penggaul konkrit , penggetar konkrit, alat pemadat dan sebagainya.Peralatan berjentera sama ada disewa atau dibeli sendiri oleh kontraktor bergantung kepada kedudukan kewangan kontraktor atau berdasarkan keperluan sam ada secara berterusan atau sekali sekala.

  Cara – cara menganalisa jentera Analisa jentera yang disewa

  Biasanya kadar sewaan adalah termasuk jentera, pemandu dan minyak. Kadar semasa ialah antara RM 90.00 hingga RM 160.00 sehari.

   Analisa jentera yang dibeli

  Jentera kepunyaan sendiri diperolehi melalui pembelian terus dari syarikat pembekal loji.. Modal yang banyak diperlukan dan kontraktor perlu mengendalikan sendiri jentera berkenaan. Pada asasnya kos

  • – kos yang ditanggung oleh kontraktor adalah :

   Kos susutan bagi satu jentera yang digunakan sehingga jentera tersebut dijual dengan harga terpakai.  Kos kehilangan pelaburan iaitu kewangan yang digunakan untuk membeli jentyera merupakan satu pelaburan. Kontraktor sebenarnya menanggung faedah atas pelaburan

   Kos pengangkutan iaitu pengangkutan ke tapak bina sepanjang tempoh kerja.  Kos kendalian jentera iaitu upah pemandu dan pembantu serta penggunaan bahan api.

3.2.4 Kos Pengurusan Syarikat

  Kos pengurusan syarikat ialah kadar perbelanjaan yang ditanggung oleh syarikat untuk mengurus dan mentadbir kakitangan dan kelengkapan pejabat. Perkara

  • – perkara tersebut termasuklah :

  

  Gaji, elaun dan lain – lain bayaran untuk semua kakitangan syarikat.

  

  Sewa pejabat, gedung setor, bengkel dan lain – lain.

  

  Bayaran elektrik, telefon, pos, insuran, telek,telegraf dan lain – lain.

  

  Kelengkapan pejabat seperti perabut, mesin taip, komputer, mesin fotokopi, kertas, alat tulis dan lain-lain.

  

  Bayaran untuk mengendalikan bengkel dan untuk perkakas

  • – perkakas yang tidak berjentera

  Kos pengurusan dikira secara peratus daripada kos bahan, buruh dan loji iaitu diantara lima hingga sepuluh peratus. Nilaian peratus kos pengurusan dikira dengan membahagikan jumlah hitung panjang wang masuk atau wang pembalikan untuk setahun dengan jumlah kos pengurusan syarikat.

  Contoh :

  Katakan wang masuk atau wang pembalikan syarikat untuk setahun adalah RM 1,000,000.00, Manakala kos pengurusan setahun adalah RM 50,000.00.

  Nilaian peratus kos pengurusan = Kos Pengurusan

  • Wang Masuk = RM 50,000.00
    • x 100 % RM 1,000,000.00 = 5%

3.2.5 Kadar Keuntungan

  Bagi menjamin perniagaan kontraktor dapat berjalan dengan sempurna, maka syarikat memerlukan sedikit peruntukan untuk menampung kos tanggungan pengurusan dan pentadbiran sesuatu kontrak. Kadar keuntungan dikira secara peratus daripada semua kos bahan, buruh dan loji. Keuntungan yang dikira adalah keuntungan kasar ( gross profit ). Keuntungan kasar terdiri daripada:

  

  Keuntungan bersih ( nett cost )

  

  Kos Pengurusan ( overhead ) Kadar peratusan yang diambil adalah berbeza antara satu firma dengan satu firma yang lain bergantung kepada saiz kontrak, jenis kerja, beban kerja sedia ada, risiko kontrak dan jangka masa kontrak. Sekiranya kontraktor mahu keuntungan bersih sebanyak 5%, maka Keuntungan kasar = Keuntungan bersih + Kos Pengurusan

  = 5% + 5% = 10%

  Biasanya kadar peratus keuntungan adalah antara sepuluh peratus hingga lima belas peratus.

3.3 MEMBINA KADAR KERJA PENGGALIAN

  Terdapat dua cara kerja penggalian yang biasa di jalankan di tapak bina bergantung kepada isipadu tanah yang hendak digali serta kerumitan kerja yang dihadapi:

   Kerja penggalian dengan tangan ( Manual)

  Menggunakan peralatan tangan seperti cangkul dan penyodok. Sesuai untuk kerja-kerja kecil dan di tempat yang sempit.

   Kerja Penggalian dengan Jentera

  Menggunakan jentera seperti traktor, jentolak,jengkaut dan jengkorek. Sesuai

  Pertambahan Isipadu tanah

  Apabila tanah digali dan tanah itu hendak dibuang ke tempat yang lain, isipadu tanah tersebut telah bertambah daripada isipadu asalnya. Oleh itu factor pertambahan isipadu hendaklah diambil kira semasa membina kadar kerja penggalian. Peratus pertambahan berbeza-beza mengikut jenis tanah yang digali.Peratus pertambahan isipadu selepas penggalian adalah seperti dalam jadual 4.4.

  Jenis tanah Peratus Pertambahan Isipadu Pasir 10% Tanah liat 20% Tanah Biasa 25% Batu bata 50%

  Jadual 3.0 : Jadual Pertambahan Isipadu tanah

  Pengiraan kos kerja penggalian hendaklah mengambil kira kos perkara

  • –perkara Berikut :

  

  Kos untuk menggali

  

  Kos untuk mengangkut dan membuang tanah yang telah digali

  

  Kos untuk mengembalikan, mengisi dan menghentak

  

  Kos untuk meratakan bahagian dasar korekan, dan

   Kos untuk memampan dan menupang sisi penggalian sekiranya perlu.

3.3.1 Membina Kadar Kerja Penggalian Dengan Tangan

  Bagi tujuan membina kadar kerja penggalian dengan tangan maklumat tentang angkatap buruh untuk kerja penggalian dan kadar upah buruh sehari ( 8 jam ) adalah diperlukan. Contoh angkatap buruh untuk kerja penggalian dengan tangan adalah seperti jadual 3.1 :

  Bil Huraian Kerja Unit Angkatap Buruh

  3

  1 Menggali timbusan tanah biasa M 1.20 jam

  2 Menggali peparit tidak melebihi 1.5

  3

  meter dalam M 1.74 jam

  3 Menggali peparit melebihi 1.5 meter dalam tetapi tidak melebihi 3.00

  3

  meter dalam M 2.61 jam

  4 Mengangkut keluar tanah yang digali dari tapak pembinaan jaraknya tidak

  3

  melebihi 100 meter. M 1.2 jam

  3

  5 Mengisi tanah kedalam lori M 1.00 jam

  Jadual 3.1 : Angkatap Buruh kerja Korekan Bil Huraian Kerja Unit Angkatap Buruh

  6 Menggali ruang bawah tanah tidak

  3

  melebihi 1.50 meter dalam M 1.63 jam

  7 Menggali ruang bawah tanah melebihi 1.5 meter dalam tetapi tidak melebihi

  3

  3.00 meter dalam M 3.27 jam

  3

  8 Penggalian am keatas tanah timbus M 1.31 jam

  3

  9 Penggalian am keatas tanah liat M 5.23 jam

  3

  10 Penggalian am ke atas pasir bergerak M 7.84 jam

  3

  11 Penggalian am ke atas batu batan M 10.45 jam

  12 Menabur dan menghentak lapisan asas

  2

  (hardcore) setebal 100 mm M 1.31 jam

  Jadual 3.1 : Jadual angkatap buruh untuk kerja korekan Peringatan :

  Jadual angkatap buruh ini bukanlah angka yang sebenar. Angka

  • – angka yang diberi merupakan andaian sahaja untuk tujuan contoh pengiraan nanti.

  Contoh 1

  Menggali peparit tidak lebih 1.5 meter dalam, angkut dan buang tanah yang selebihnya pada jarak tidak melebihi 100 meter. Bina kadar kerja tersebut

  1. Kos Buruh

  Masa untuk menggali peparit tidak lebih 1.5 m dalam 1.74 jam ( Rujuk jadual angkatap buruh) Masa untuk mengangkut dan membuang tanah yang 1.00 jam Digali pada jarak tidak lebih 100 meter Pertambahan isipadu tanah adalah 25% ( anggap tanah biasa )

  = 25 x 1.00 jam (masa untuk angkut dan buang) 0.25 jam

  • 100
    • Jumlah masa yang diambil untuk menggali, mengangkut dan 2.99 jam Membuang Katakan upah buruh bekerja sehari adalah = RM 25.00 sehari Upah buruh sejam adalah = RM 25.00
      • 8 jam = RM 3.13

  Jumlah upah buruh adalah = 2.99 jam x RM 3.13 RM 9.36

  2. Keuntungan dan pengurusan ( 10 % )

  = 10 x 9.36 RM 0.94

  • 100
    • Harga untuk satu meter padu kerja penggalian RM 10.30

  =======

  Contoh 2:

  Menggali timbusan (bulk) ke atas tanah biasa, mengangkut dan membuang jauhnya tidak melebihi 100 meter. Berapakan harga untuk menggali satu meter padu. ( tanah yang dikorek adalah tanah biasa ) 1.

   Kos Buruh

  Masa untuk menggali timbusan tanah biasa 1.00 jam Masa untuk angkut dan buang tanah yang di Korek pada jarak tidak lebih 100 meter 2.61 jam Pertambahan isipadu tanah ( 25%)

  = 100

  25 x 2.61 jam 0.65jam 4.26 jam

  Jumlah masa untuk kerja penggalian Jumlah kos buruh = 4.26 jam x RM 3.13 RM 13.33 2. Keuntungan dan Pengurusan ( 10% )

  RM 1.33

  Kos kerja penggalian untuk satu meter padu RM 13.33

  Contoh 3

  Menggali permukaan tanah subur purata kedalaman 250mm,ratakan dan tolak tanah yang digali pada jarak tidak lebih 100 meter dari tapak. Bina kadar untuk kerja pengggalian bagi satu meter persegi.

   Kos Buruh

  Masa menggali tanah permukaan 1.00 jam Membawa keluar tanah yang digali 2.61 jam Pertambahan isipadu tanah ( 25% )

  = 25 x 2.61 0.65 jam

  • 100

  Jumlah masa kerja penggalian 4.26 jam

  Kos buruh = 4.26 jam x RM 25.00 RM 13.31

  • 8 jam 3.

   Keuntuntungan dan pengurusan (10%) = 10 x 13.31 RM 1.33

  • 100

  Kos kerja penggalian untuk satu meter padu RM 14.64

  Kos kerja penggalian untuk satu meter persegi

   = 14 .

  64 RM 3.66 250  1000

  Ooo….Untuk mendapatkan kadar harga per meter persegi mesti bahagikan kedalaman korekan ( dalam mm ) dengan 1000 mm.

3.3.2 Membina Kadar Kerja Penggalian Dengan Jentera

  Terdapat banyak jentera untuk kerja

  • – kerja penggalian bergantung kepada cara
  • – dan tujuan penggalian. Setiap jentera pula mempunyai keupayaan masing masing. Jadual 4.4.2 dibawah menunjukkan daya keluaran jentera bergantung kepada jenis dan keupayaan jentera. Operasi Jenis jentera Keupayaan/saiz Daya keluaran

  3

  ( m ) ( per jam )

  3 Mendapatkan aras Tractor Crawler

  1.00

  30

  • – 40 m

  3 Menggali bilik Face shovel/

  0.60

  40

  • – 50 m

  3

  bawah tanah Dragline/

  0.50

  25

  • – 35 m

  3

  0.50

  20 Backactor

  • – 30 m

  3 Menggali peparit Backactor/

  0.40

  15

  • – 20 m

  Backhoe

  3 Menggali Lubang

  0.40

  10

  • –15 m

  Backactor Jadual 3.2 (a) : Jadual daya pengeluaran berbagai jentera

  Purata Penggunaan Minyak Saiz Mangkuk pengeluaran (Liter/jam)

  3

  3 Sehari ( m ) ( m ) Disel Pelincir

  0.2

  8.41

  3.41

  0.11

  0.3

  13.76

  4.55

  0.20

  0.4

  19.11

  4.55

  0.24

  0.6

  32.76

  6.82

  0.33 Jadual 3.2 (b) : Jadual Purata Pengeluaran dan Penggunaan Minyak.

  Contoh 1: Penggalian bilik bawah tanah, bermula dari paras tanah lebih dari 1.50 m dan tidak lebih dari 3.00 m dalam. Bina kadar kerja penggalian dengan jentera untuk satu meter padu.

1. Kos Jentera ( Backactor )

  Kadar sewa sejam RM 50.00 2.

   Kos Buruh

  Pemandu ( 1 orang ) = 1 orang x RM 4.00 RM 4.00 Penjaga ( Banksmen ) = 1 orang x RM 2.50 RM 2.50

3. Kos Minyak

  Minyak Disel = 4.55 liter x RM 0.70 RM 3.19 Minyak Pelincir = 0.24 liter x RM 3.60 RM 0.86

  • RM 4.05
  • Jumlah kos jentera sejam = kos jentera + kos buruh + Kos minyak

  = RM 50.00 + RM 6.50 + RM 4.05 = RM 60.55 4. Daya Pengeluaran

  Daya pengeluaran jentera adalah 19.11 m

  3

  sejam ( Rujuk jadual yang dilampirkan ) Kos jentera untuk menggali 19.11m

  3

  tanah = RM 60.55 Kos menggali satu meter padu = RM 60.55

  • x 1 RM 3.17

  19.11 5. Keuntungan dan Pengurusan ( 10%)

  = 10 x 3.17 RM 0.32

  • 100

  Kadar Harga untuk satu meter padu RM 3.49

  Contoh 2

  Bahan lebihan penggalian, campak dari tapak purata jarak 50.00m dari tempat penggalian.

  2. Kos Buruh

  Pemandu ( 1 orang ) = 1 orang x RM 4.00 RM 4.00

  • -------------- RM 4.00 3. Kos Minyak
    • RM 2.79
    • Jumlah kos jentera sejam = kos jentera + kos buruh + Kos minyak

  Minyak Disel = 3.41 liter x RM 0.70 RM 2.39 Minyak Pelincir = 0.11liter x RM 3.60 RM 0.40

  = RM 20.00 + RM 4.00 + RM 2.79 = RM 26.79 4.

  Daya Pengeluaran Daya pengeluaran jentera adalah 12.30 m

  3

  sejam ( Rujuk jadual yang dilampirkan ) Kos jentera untuk menggali 12.30m

  3

  tanah = RM 26.79 Kos menggali satu meter padu = RM 26.79

  • x 1 RM 2.18

  12.30 5.

   Keuntungan dan Pengurusan ( 10%)

  = 10 x 2.18 RM 0.22

  • 100
    • -------------

  Sila uji kefahaman anda dengan menjawab soalan

  • – soalan berikut sebelum meneruskan unit yang selanjutnya. Anda boleh menyemak jawapan berdasarkan maklumbalas dihalaman sebelah.

  3

  • – 1 Nyatakan faktor – faktor yang perlu diambil kira untuk membina kadar kerja – kerja binaan.

  3

  • – 2 Dalam menentukan harga bahan – bahan binaan terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira. Nyatakan perkara – perkara tersebut.

  3

  • – 3 Huraikan perkara –perkara berikut :

  a. Pertambahan isipadu tanah

  b. Upah Buruh c. Angkatap Buruh.

  3- 4 Kirakan kos kerja pengorekan untuk satu meter padu bagi asas papak melebihi 1.5 m dalam. Pengorekan dibuat dengan tangan dan dibuang sejauh 50 meter dari tempat pengorekan dengan menggunakan kereta sorong. Jenis tanah ialah tanah biasa. MAKLUMAT

  1. Pengorekan dengan tangan tidak melebihi 1.5 m dalam 2.30 jam/m

  3

  2. Pengorekan dengan tangan melebihi 1.5 m dalam tetapi

  3 AKTIVITI 3

  4. Mengangkut keluar tanah yang telah dikorek menggunakan

  3 Kereta sorong.

  0.43 jam/m

  5. Upah buruh sehari RM 35.00

  6. Keuntungan dan Pengurusan 10%

  7. Peratus pengembangan tanah 25%

  MAKLUMBALAS 3

  3

  • – 1 Faktor – faktor membina kadar adalah :

  a. Kos bahan

  b. Kos Buruh

  c. Kos Loji

  d. Keuntungan e. Kos pengurusan syarikat.

  3

  • – 2 Faktor – factor yang mempengaruhi harga bahan binaan :

  a. Harga asal bahan

  b. Kos pengangkutan

  c. Kos penyimpanan

  d. Pembaziran dan pengecutan

3 Pertambahan isipadu tanah – 3 a.

  Pertambahan isipadu tanah bermaksud tanah yang telah digali telah bertambah isipadunya disebabkan berlakunya pergemburan tanah dimana ruang – ruang diantara tanah telah diisi oleh udara.

  b. Upah Buruh Upah yang dibayar kepada buruh setelah menyempurnakan sesuatu kerja. Kadar upah buruh berbeza

  • – beza mengikut kemahiran dan jenis kerja. Upah buruh di bayar mengikut kadar harian iaitu selama lapan jam sehari.

  c. Angkatap Buruh Angkatap buruh adalah masa yang diperlukan oleh seorang buruh melaksanakan sesuatu pekerjaan sehingga siap. Masa ini dikira secara

  3 Kos Buruh

  • – 4

  Masa untuk mengorek tidak melebihi 1.5 m dalam 2.30 jam Masa untuk mengisi dalam kereta sorong 1.10 jam

  25 Pertambahan isipadu tanah = x 1.10 jam 0.28 jam 100

  Masa untuk mengangkut keluar tanah yang telah dikorek dengan kereta sorong 0.43 jam

  25 Pertambahan isipadu tanah = x 0.43 0.11 jam 100

  3 Jumlah masa untuk 1m kerja korekan 4.22 jam 35 .

  00 Upah buruh sejam = RM

  8 = RM 4.38

  Jumlah upah buruh = 4.22 jam x RM 4.38 RM 18.48 Keuntungan dan pengurusan 10% RM 1.85

  3 Jumlah kos kerja korekan untuk 1m RM 20.33

PENILAIAN KENDIRI

  SOALAN 1

  Berdasarkan maklumat yang diberi kirakan kos kerja pengorekan bagi asas papak yang menggunakan jentera pengorek.

  Saiz asas papak : 1.50m x 1.5m x 300 mm tebal Dalam korekan : 1.60 m Bilangan asas papak :

  12 Jenis tanah : Tanah biasa

  DATA

  Jentera pengorek Sewa jentera RM 150.00/jam Keupayaan mesin 3.00m

  

3

  /jam Pengendali 1 orang Pembantu 1 orang Angkatap Buruh Korekan lebih 1.5m dalam 1.45 jam/m

  3 Angkut keluar tanah 1.50 jam/m

  3 Timbus kembali dan padat 1.10 jam/m

  3 Lain

  • – lain Upah Pemandu RM 70.00/hari Upah pembantu RM 30.00/hari Keuntungan 10% Penggunaan diesel 4.55 liter/jam Minyak Pelincir 0.24 liter/jam

  Harga diesel RM 0.90/liter Harga minyak pelincir RM 5.60/liter

  

MAKLUMBALAS 3

  SOALAN 1

  Kos Jentera

  Kadar sewa sejam RM 150.00

  Kos Buruh

  70 Pemandu ( 1 orang ) = 1 orang x RM RM 8.75

  8

  30 Penbantu ( Banksmen ) = 1 orang x RM RM 3.75

  8 RM 12.50

  Kos Minyak

  Minyak Disel = 4.55 liter x RM 0.90 RM 4.10 Minyak Pelincir = 0.24 liter x RM 5.60 RM 1.34

  • RM 5.44

  Jumlah kos jentera sejam = kos jentera + kos buruh + Kos minyak = RM 150.00 + RM 12.50 + RM 5.44 = RM 167.94

  Daya Pengeluaran

  3 Daya pengeluaran jentera adalah 3 m sejam

  RM 55.98 ----------

  3 Keuntungan dan Pengurusan ( 10%) = 10 x 55.98 RM 5.60

  • 100

  Kadar Harga untuk satu meter padu RM 61.58 Isipadu korekan asas = 12 (1.5 x 1.5 x 1.6)

  3

  = 12 x 3.6 m

  3

  = 43.2 m

  3 Kos korekan asas papak = RM 61.58 x 43.20 m

  = RM 2660.00