SKEMA JAWAPAN PENULISAN BM

JAWAPAN PENULISAN ( 012 )

Bahagian A

1

Selalulah berjoging pada wakru pagi atau petang untuk meningkatkan
tahap kecergasan fizikal.

2

Mandilah dan cuci badan dengan sabun untuk menghilangkan segala
Kotoran yang melekat pada badan.

3

Amalkan pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat supaya
tubuh kita benar-benar sihat.

4


Kawasan sekeliling rumah patut dibersihkan secara gotong-royong
antara anggota keluarga untuk mengurangkan penularan wabak
penyakit.

5

Bertemulah dengan doctor mengikut jadual berkala untuk mengesan
penyakit pada peringkat awal.

Bahagian B
Program kitar semula adalah antara program yang dititikberatkan oleh pihak
kerajaan.Untuk tujuan tersebut, pihak kerajaan menyediakan tiga tong sampah kitar
semula untuk memudahkan pengguna mengasingkan sampah mengikut kategorikategorinya.Tong berwarna coklat disediakan untuk kaca, tong berwarna jingga
untuk tin aluminium,tin keluli, dan plastik manakala tong berwarna biru untuk kertas.
Antara kebaikan yang diperoleh daripada amalan kitar semula ialah
mewujudkan persekitaran yang bersih kerana orang ramai akan membuang sampah
ke dalam tong yang disediakan. Selain itu,amalan kitar semula dapat mengurangkan
kuantiti sampah. Hal ini disebabkan ada sampah yang dapat dikitar semula
contohnya seperti botol kaca. Di samping itu, program kitar semula dapat mendidik


masyarakat untuk menjaga kebersihan. Mereka sedar akan tanggungjawab untuk
mengitar semula sampah dan bukannya dibuang di merata-rata tempat.
( terima mana-mana jawapan yang sesuai )

BAHAGIAN C
Soalan 1
-menyihatkan badan
-mengharumkan Negara
-menambah kenalan
-punca pendapatan
-mengisi masa lapang
(terima mana-mana jawapan yang sesuai)

Soalan 2
-membesarkan kita
-menjaga kebajikan
-merawat ketika sakit
-mencari nafkah
-memberi pendidikan
(terima mana-mana jawapan yang sesuai)