Krisis Zon Eropah Kebenaran dan Pengajar
Research
for Islamic
Economics
and Finance
Islamic ECenter
conomics
and F inance
Research
Group,
Universiti Kebangsaan
Kebangsaan Malaysia,
Malaysia
Universiti
Bangi 43600, Selangor, Malaysia
Fax:
Fax:+603-89215789
603-89215789
http://www.ekonis-ukm.my
http://www.ukm.my/ekonis
E- mail:
[email protected]
E- mail:
[email protected]
Working Paper in Islamic Economics and Finance No. 1232
Krisis Zon Eropah: Kebenaran dan Pengajaran kepada Sistem Ke wangan Islam
Abdul Ghafar Ismail1
Bayu Taufiq Possumah2
Nurfaradilla Haron3
Research Center for Islamic Economics and Finance
School of Economics
Universiti Kebangsaan Malaysia
Bangi, 43600 Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Fax: +603-8921 5789
e-mail: [email protected]
Makalah dibentangkan di Seminar Serantau Perbankan dan Kewangan Islam, Kolej
Pengajian Islam Johor, Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru, 24 Disember 2012.
Abstract
Sebagai sebuah sistem, ekonomi konvensional sebenarnya sangat rapuh dan tidak
menjanjikan kesejahteraan dan keadilan, kerana berasaskan riba dan bukan ekonomi
benar. Hal ini sebagaimana terlihat pada krisis yang terjadi pada Zon Eropah,
dimana negara-negara Eropah ekonominya hampir luluh disebabkan hutang-piutang
berasas bunga. Perkara ini sepatutnya menjadi bukti kebenaran sistem ekonomi dan
kewangan Islam untuk dipraktikkan oleh negara -negara Muslim sekaligus pengajaran
bagi sistem kewangan Islam yang telah diwujudkan agar tidak terjatuh pada
kesalahan yang sama yang dialami oleh sistem kewangan konvensional.
1
Professor of Ban king and Financial Economics, School of Econo mics, Kesatuanversiti Kebangsaan
Malaysia. He is also A mBan k Group Resident Fello w for Perdana Leadership Foundation and principle
research fellow, Institut Islam Hadhari.
2
PhD Student, Institut Islam Hadhari, Kesatuanversiti Kebangsaan Malaysia
3
PhD Student, Institut Islam Hadhari, Kesatuanversiti Kebangsaan Malaysia.
2
1.
Pengenalan
Sejarah membuktikan bahwa ekonomi konvensional telah gagal memberikan
kesejahteraan kepada umat manusia. Dari masa ke semasa, ekonomi konvensional
hanya melahirkan krisis demi krisis. Dalam sejarah ekonomi ternyata krisis sering
melanda hampir di semua negara yang menerapkan sistem kapitalisme. Krisis demi
krisis terus berulang tiada henti bahkan hingga kini, krisis semakin mengkhawatirkan
(sehingga ekonomi dKesatuana dijangka mengalami kemelesetan besar) dengan
munculnya krisis zon Eropah. 4 Krisis itu terjadi tidak hanya di Eropah tetapi telah
menular juga ke Amerika Latin dan Asia. Asas masalah dari krisis ini ternyata bukan
hanya kerana kelemahan mudahtunai, tetapi terletak pada sistem dan para pelaku
ekonomi dari pemerintah, individu hingga masyarakat perniagaan yang berasaskan
riba. Sehingga yang harus dilakukan adalah perubahan sistem dan prilaku ekonomi.
Masalahnya adalah di negeri-negeri Muslim, masih lagi kedapatan orang yang
percaya sistem Eropah atau kapitalisme itu unggul. Contoh: kehadiran sistem dan
institusi kewangan konvensional di negara tersebut seperti misalnya Standard
Chartered Bank (1881) di Malaysia dan Algemene Netherland Bank (1881) di
Indonesia. Apa yang jelas, krisis yang berlaku di Eropha hampir melumpuhkan sistem
ekonomi mereka, sehingga menimbulkan persoalan masihkah kita mempunyai
keyakinan yang tinggi (haqqul yaqin ) dengan sistem tersebut? Krisis zon Eropah juga
telah mengilhamkan kita satu harapan yang luluh. Namun perlu juga diselidiki
kebenaran (“the truth”) kewangan Islam untuk mencegah kemungkaran sistem
ekonomi berasaskan riba dan pengajaran kepada sistem kewangan Islam yang telah
dipraktikkan pada masa kini.
Oleh itu makalah ini akan menjelaskan sebab-sebab krisis Zon Eropah,
kebenaran sistem kewangan Islam, dan apakah pengajaran yang boleh diambil
daripada Krisis Zon Eropah tersebut kepada sistem kewangan Islam
2.
Krisis Zon Eropah
Krisis zon Eropah yang diawali dengan kejatuhan perekonomian negara-negara
anggota Kesatuan Eropah yang disebabkan oleh meningkatnya beban utang dan
defisit fiskal negara-negara anggota Kesatuan Eropa, terutamanya Greece (Yunani).
Pengurusan bajet (belanjawan) pemerintah sangat buruk, ditambah dengan
pengeluaran pemerintah yang dibayar dengan hutang sangat boros, akibatnya negaranegera tersebut tidak mampu membayar hutang. Ketidakmampuan ini juga ditambah
dengan keserakahan para jurubank dan institusi- institusi pemberi hutang yang terus
saja menawarkan hutang-hutang baru pada negara- negara tersebut. Kesaling terkaitan
antara si pengutang dan pemberi hutang ini semakin meluaskan krisis pada Zon
Eropah. Inilah kerapuhan sistem yang diwarisi daripada sistem riba dan kapitalism.
Jika kita boleh ringkaskan maka diantara sebab-sebab terjadinya krisis zon Eropah
secara ekonomi adalah sebagai berikut:
4
Catatan sejarah menunjukkan terdapat 365 krisis semenjak kemelesetan besar berlaku pada 1930an
3
a)
Imbangan Dagangan yang Tidak Seimbang
Ketidakseimbangan perdagangan yang berlaku di kalangan negara- negara Eropah
telah menyumbang sedikit sebanyak kepada krisis yang telah sedia buruk di kalangan
negara-negara tersebut. Dalam krisis yang terjadi pada 1999 hingga 2007, Jerman
sebagai negara yang terkaya di kalangan negara- negara kesatuan Eropah dilaporkan
mempunyai kedudukan hutang awam dan defisit fiskal berbanding KDNK yang jauh
lebih baik berbanding negara-negara yang turut terkena kesan yang sama dengannya.
Ini bermakna bahawa Jerman mengeksport jumlah yang jauh lebih besar barangan ke
seluruh Kesatuaan Eropah (termasuk Eropah Selatan) berbanding membeli sebagai
import. Justeru Jerman sebenarnya telah memperoleh banyak lebihan tunai ke atas
eksport yang akhirnya dipinjamkan ke selatan Eropah. 5 Ini adalah baik untuk Jerman,
sebagai pengeksport yang dapat menjana ekonomi di zon berkenaan.Walau
bagaimanapun, ini adalah buruk bagi jirannya, yang telah menjalankan sejumlah besar
hutang membeli produk Jerman tanpa meningkatkan wang mereka untuk membayar
barang-barang tersebut.
b)
Peningkatan Hutang Isi Rumah dan kerajaan
Dalam aspek yang lain, tahap hutang yang meningkat dengan mendadak dikatakan
berpunca daripada bajet penyelamat yang disalurkan pada rakyat negara Eropah bagi
meredakan tekanan ke atas rakyatnya. Purata defisit fiskal di kawasan euro pada 2007
hanya 0.6% sebelum ia meningkat kepada 7% semasa krisis. Dalam tempoh yang
sama, purata hutang kerajaan meningkat daripada 66% kepada 84% daripada KDNK
(lihat Rajah 1). Para penulis juga menegaskan bahawa defisit fiskal di kawasan euro
stabil ataupun berkurangan sejak awal tahun 1990-an. 6 Walaubagaimanapun kini,
Greece sebagai sebuah negara yang pernah membuat pinjaman ke atas IMF sebelum
ini sekali lagi telah mengambil risiko besar dengan membuat pinjaman pada „lintah
darat Kesatuan‟ ini bagi menyelesaikan krisis hutang yang dialaminya. Tambah
memburukkan situasi Greece apabila IMF bersetuju memberikan pinjaman pada
Greece hanya setelah negara tersebut bersetuju untuk menaikkan cukai pada
rakyatnya. Hal ini yang menjadikan kuasa beli isi rumah menurun dan melembapkan
ekonomi Greece yang sudah sedia merudum. Peniaga tidak akan melabur sehingga
masa depan Greece dalam euro selamat; para pembekal juga tidak akan memperluas
kredit kepada firma Greece, ini memburukkan lagi kekurangan kecairan yang berlaku
secara drastik. Maka, rentetan daripada hutang tersebut sebenarnya telah membuka
ruang yang lebih besar untuk krisis hutang di Greece menjadi lebih teruk dan jika
gagal menguruskannya, tidak mustahil Greece akan menjadi muflis dan seterusnya
menjejaskan negara Eropah yang lainnya.
5
6
http://www.bbc.co.uk/news/business
http://en.wikipedia.org/wiki/ European_sovereign-debt_crisis
4
Rajah 1: Kedudukan Hutang Berbanding KDNK Negara Eropah
c)
Dasar Fiskal yang Le mah
Negara- negara kesatuan Eropah yang berkongsi mata wang yang sama terpaksa turut
sama menerima kesan buruk apabila salah satu negara anggota tidak mampu
membayar balik apa yang telah dipinjam. Dalam tahun semasa, rangka kerja
perundangan bagi Suruhanjaya Eropah (EC) berdasarkan Artikel 104 (104c)
Perjanjian Maastricht yang melibatkan bahawa negara- negara yang mengambil
bahagian dalam mata wang tunggal untuk "mengelakkan defisit kerajaan berlebihan"
dengan penalti bagi kegagalan untuk berbuat demikian. Juga peserta bukan Kesatuan
Eropah (seperti Great Britain) mesti juga berusaha untuk mengelakkan "defisit
berlebihan". Pakatan Kesatuan Eropah yang ingin melihat kestabilan dan
pertumbuhan ekonomi yang bertujuan untuk mengurangkan komponen struktur defisit
awam. Namun, dasar ini mempunyai dua kebimbangan umum: Pertama, isu dalam
hakikat "fleksibiliti." bahawa belanjawan negara mesti menjadi instrumen dasar
makroekonomi, kerajaan diberi fleksibiliti dalam berhadapan dengan krisis dalaman
mereka. Yang kedua ialah isu "ketekalan" di mana dasar kerajaan dirangka supaya
menghadkan perbelanjaan supaya tidak melebihi pendapatan. Walaupun peraturan
yang ada mungkin bercanggah pada masa dengan dasar tersebut, tetapi tiada
pengganti untuk kewangan awam yang baik untuk melindungi daripada bencana
fiskal. Dasar am (yang ada) bertujuan supaya Kesatuan Eropah beroperasi dengan
beberapa kekangan untuk membentuk penyelarasan fiskal yang mencukupi untuk
mengekalkan keharmonian di kalangan anggota. 7 Setiap negara anggota seharusnya
bertanggungjawab dalam mematuhi kadar pinjaman tertinggi yang telah ditetapkan
(lihat Rajah 2) untuk setiap negara anggota bagi mengelakkan hutang yang bertimbun.
Dalam kes di mana negara yang terpaksa melepasi tahap pinjaman maksimum
tersebut, pihak pentadbir kewangan juga seharusnya lebih telus dalam melaporkan
7
Lihat Farhad F. Ghannadian. Fiscal Policy and Polit ical Limitations in The European Un ion.
International Journal of Co mmerce and Management, Vol. 16 Iss: 1 pp. 41-50
5
jumlah hutang tersebut dan bukannya memanipulasi maklumat hutang supaya
kelihatan bagus di mata negara lain. Walaupun negara Kesatuan Eropah yang lain
masih setia dalam kesatuan tersebut dalam kekalutan menanggung kesan yang
diakibatkan oleh Greece contohnya, namun di situ seharusnya mereka menyedari
bahawa perlunya satu dasar fiskal bersama yang kukuh bagi menangani kesan buruk
yang sama daripada berulang pada masa depan.
Rajah 2: Kadar Pinjaman Greek yang Lebih Besar Dari Negara Eropah Lain
d)
Ketakstabilan Dasar Monetari
Penggunaan satu mata wang boleh dipersoalkan apabila berlakunya krisis yang
memberi kesan pada negara-negara sekawan sepertimana masalah yang terjadi pada
Greece. Bagi pendokong kuat mata wang Euro h seperti Jerman, sekiranya berlaku
kejatuhan matawang Euro, ini akan menjejaskan jumlah nilai pegangan aset mereka.
Dasar kewangan selari di kalangan negara-negara Eropah telah mengekang mereka
daripada bertindak sendirian sekiranya berlaku sebarang perkara. Dari sudut negatif,
hal ini sebenarnya memberi keburukan kepada mereka terutamanya apabila
berlakunya krisis ekonomi. Negara Eropah tidak mampu untuk mengubah nila i mata
wang mereka dalam usaha meningkatkan kembali keadaan kemunduran ekonomi
kerana perkara tersebut dipegang oleh Bank Pusat Eropah (ECB). Malah, dasar
monetari adalah sebenarnya berkaitan dengan dasar fiskal dan struktur dasar melalui
pelbagai saluran. Pertama, dasar monetari memberi impak kewangan awam dengan
menjana hak pemilik tanah. Kedua, dan lebih penting, dalam mencapai objektif
pekerjaan jangka pendek, inflasi yang tidak dijangka boleh membantu cukai dan
struktur dasar dalam meningkatkan output. Jika ECB cukup konservatif, negaranegara ini tidak mengalami kerugian kebajikan daripada dasar-dasar yang kurang
berdisiplin di luar negara. Sesungguhnya, limpahan buruk dasar fiskal dan struktur
yang berasal dari gangguan kewangan. Oleh itu, pengawasan dasar fiskal dan struktur
bertindak sebagai satu instrumen tidak langsung dalam berurusan dengan
pengendalian dasar monetari yang tidak sempurna. 8 Maka memperbaiki kelemahan di
satu bahagian saja tidak mencukupi jika masih terdapat kelemahan pada dasar-dasar
lain yang dilaksanakan. Usaha untuk mencirikan kelemahan dasar ECB terhadap
tekanan luar akan memerlukan pemahaman yang lebih terperinci mengenai potensi
keuntungan untuk penyelarasan mengikut kumpulan yang dianjurkan, bagi
mengenakan tekanan bukan sahaja kepada dasar monetari tetapi juga atas dasar-dasar
Lihat Beetsma and Bovenberg. Designing fiscal and monetary institutions for a European Monetary
Union. Public Choice 102: 247–269, 2000.
4
6
lain di peringkat kebangsaan dan Eropah.Walaupun mungkin lebih sukar dan mahal
untuk menguatkuasakannya seperti melibatkan pelbagai aspek penyelarasan, tetapi
mungkin perkara tersebut membayangkan menafaat yang lebih baik. 9
3.
Kebenaran Sistem Ke wangan Islam
Krisis ekonomi yang melanda Eropah dengan sebab-sebab yang telah disebutkan di
Bahagian 2 sepatutnya semakin menunjukkan tentang kebenaran sistem ekonomi dan
kewangan Islam sebagaimana Menteri Kewangan Luxembourg, Luc Frieden dalam
ucaptamanya di Forum Penerbit dan Pelabur Asia IFN 2011- "Elemen utama dalam
kewangan Islam yang kita perlukan pada hari ini, terutamanya di Eropah, ialah
kestabilan, kerjasama kewangan, peruntukan untuk risiko berlebihan dan spekulasi
serta prinsip etika. Dalam kewangan Islam, hubungan kewangan antara pemberi
pinjaman dan peminjam, berjaya menjaminkan " mentaliti perkongsian" yang didapati
menjuruskan kepada beberapa kestabilan tertentu. Menjelaskan perlunya mengelak
risiko ber lebihan daripada mengambil tempat, Frieden berkata ini ada lah antara
matlamat penting Eropah dan cir i-ciri menonjol yang terdapat dalam kewangan
Islam.” Beliau juga berkata, elemen prinsip etika tidak hanya perlu terbatas kepada
industri kewangan Islam saja. 10
Lebih berani dan tegas, Rolan Laskin, Pemimpin Majalah “Jurnal De France”
itu dalam pembukaannya di edisi keluaran majalah tersebut mengungkapkan dan
mendesak penerapan syariah Islam di bidang ekonomi dan ke wangan, untuk
menamatkan krisis yang menghantui Kesatuan Eropah karena permainan spekulasi
yang tidak jelas dan tidak dibenarkan. Laskin memaparkan dalam tulisannya:
“Kehancuran yang diga li oleh sistem Kapitalis, dan mendesaknya pembahasan
terhadap alternatif pengganti untuk menyelamatkan krisis. Dengan tegas ia
menawarkan tuntutan dan tahapan penerapan syariah Islam, meskipun langkah ini
tidak sesuai dengan tradisi dan keyakinan agama di Eropa h.” Artikelnya tersebut
diberi tajuk “Has Wall Street Qualified to Embrace the Religion o f Islam? 11
Daripada perspektif Islam, perkara yang pasti adalah bahawa sistem ekonomi
yang berpaksikan riba tidak akan pernah stabil lantaran tiada keberkatan daripada
Allah SWT sebagaimana firmanNya,
“Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba
dan Dia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekahsedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang
kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa. 12
Sistem ekonomi yang dipenuhi riba, penindasan golongan miskin dan mengiktiraf
kerakusan kemanusiaan dalam reruang kapitalis ataupun pasaran ekonomi dipenuhi
ketamakan golongan pemerintah, hilang nilai keadilan hakiki, dan yang kelihatan
ialah kesan salah faham erti keadilan sebagaimana berlaku dalam reruang sosialis
yang telah menyebabkan kedua sistem ini sudah mena mpakkan titik hitam kehancuran
dalam masyarakat yang suka mengamal cara hidup ini ataupun terpaksa mengikut
sistem ini.
9
Philipp Maier, Po lit ical pressure, rhetoric and monetary policy: Lessons for the European Central
Bank. Public Choice 118: 473– 477, 2004.
10
http://mohamadsofee.blogspot.com/2011_10_01_archive.ht ml
11
Lihat Abdullah Mohammed Seidu, Why Islamic finance could be considered as a Suitable viable
alternative to the Conventional Financial System, Islamic Economics Research Centre King Abdul
Aziz Kesatuanversity, Jeddah Saudi Arabia, hal.12
12
QS.2:276
7
Secara prinsip, kebenaran tidak mungkin akan ditutupi dengan sesuatu
kebatilan. Begitulah yang boleh kita ibaratkan rentetan peristiwa krisis ekonomi yang
melanda negara Eropah tersebut. Pengamalan pada sistem ekonomi yang
penghujungnya hanyalah penindasan dan kerapuhan ekonomi semata-mata
sewajarnya dapat membuka mata ramai pihak. Wajarkah suatu sistem yang dibina
dengan akal manusia dengan berpaksikan pada keuntungan semata-mata dijadikan
sebagai tiang terbinanya ekonomi sesebuah negara? Bukan sahaja negara Eropah yang
merasakan kesan hebat daripada krisis tersebut, malahan negara yang menjadi
pengikut kepada kemunduran sistem ekonomi yang digunapakai juga turut merasakan
tempiasnya.
Seharusnya setiap pihak mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku
ini. Tiada perkara yang lebih baik melainkan kembali kepada apa yang telah Allah
ciptakan dan sarankan untuk manusia iaitu sistem ekonomi Islam yang berteraskan
akidah. Diantara perkara yang boleh diambil iktibar bagi pengembangan dalam
sistem ekonomi adalah bahawa sistem ekonomi bukanlah sistem ciptaan manusia
yang menjalankan peraturan ekonominya mengikut peredaran masa dan situasi. Islam
sebagai sebuah addin yang syumul, sumbernya berasaskan kepada sumber yang
mutlak iaitu al-Quran dan al-Sunnah di mana sumber inilah yang menyeru kita agar
mempraktikkan ajaran wahyu tersebut dalam semua kehidupan termasuklah soal
ekonomi.
Larangan Allah s.w.t ke atas perkara seperti riba, (al- Baqarah ayat 275)
perniagaan babi, judi, arak dan lain- lain adalah kerana perkara-perkara tersebut boleh
menceroboh fungsi manusia sebagai khalifah. Maka sebenarnya manusia itu telah
mempunyai suatu sumber rujukan yang lengkap termasuklah dalam aspek ekonomi.
Kesemuanya itu menjurus kepada suatu paksi iaitu pembangunan seimbang rohani
dan jasmani manusia berasaskan tauhid.
Walhal ekonomi yang dipraktikkan oleh negara Kesatuan Eropah mahupun
negara-negara lain yang turut mengalami krisis adalah tidak bersumber dan tersasar
jauh dari landasan ekonomi yang disarankan. Sebagaimana pencipta pada ekonomi
konvensional ini yang sering berubah-ubah pendiriannya dalam menetapkan peraturan
ekonomi, seperti itu jugalah bergoyangnya sistem ekonomi yang diamalkan. Lihat
sahaja pada krisis ekonomi yang berlaku di Greece kini. Seandainya Greece gagal
meyelesaikan krisis hutang yang melanda negaranya, terdapat kemungkinan untuk
mata wang Euro jatuh akibat hilangnya keyakinan para pelabur untuk melabur di
negara-negara tersebut. Natijahnya kejatuhan nilai tersebut akan menjadi satu mimpi
ngeri pada pendokong mata wang Euro kerana ketika itu nilaiannya tidak lebih
hanyalah sebagai sekeping kertas yang tidak bernilai atau lebih dikenali sebagai wang
fiat, sepertimana yang digunakan oleh negara kita kini. Justeru, sudah sewajarnya kini
kita beralih pada sistem kewangan Islam contohnya dengan menggunakan “dinar
emas” bagi menggantikan wang fiat tersebut kerana nilainya yang lebih stabil dan tak
lapuk dek zaman. Emas tetap bernilai walau ke mana ia dibawa. Kesangsian
sesetengah pihak akan potensi dinar emas untuk dijadikan matawang hanyalah satu
kesangsian yang palsu dan tidak logik.
Berdasarkan perkara-perkara diatas, saatnya sudah tiba untuk kita menerapkan
secara serius sistem kewangan Islam komprehensif dan bukan hanya sebagai replika
daripada sistem kewangan konvensional. Ada beberapa perkara prinsip yang
seharusnya dipegang teguh oleh sistem kewangan Islam, agar tidak menjadi replika
kewangan konvensional: 13
13
Lihat Dusuki (t.tarikh), hal.15-16
8
-
-
-
-
Sistem dan etika kewangan Islam harus berlandaskan hukum-hukum
Syariah . Syariah merupakan faktor terpenting yang mendasari sistem
kewangan Islam hingga menjadi benteng yang ampuh mengelakkannya
daripada turut terjerumus dalam krisis kewangan global. Ini kerana prinsipprinsip Syariah yang menjadi asas urus niaga dan operasi perbankan Islam
secara jelas menghalang institusi kewangan Islam daripada turut terlibat dalam
instrumen- instrumen berasaskan hutang yang mempunyai unsur- unsur riba,
yang mengandung maisir (perjudian) dan gharar (ketidak-pastian) dalam
bentuk produk derivatif .
Sistem Kewangan Islam harus berdasarkan ekonomi sebenar (Real
Economic). Sistem Kewangan Islam pada asasnya amat terkait dengan aktiviti
ekonomi sebenar. Berbanding dengan perbankan konvensional yang mencari
keuntungan daripada aktiviti hutang yang sebenarnya tidak produktif kerana
tidak terkait secara langsung dengan penambahan nilai produk dan
perkhidmatan dalam aktiviti ekonomi. Aktiviti hutang yang berteraskan
konsep „making money out of money‟ dapat dikekang. Ini sudah pastilah
mampu menjadikan sistem ekonomi sesebuah negara menjadi lebih kuat dan
stabil lantaran tidak lagi tergantung kepada aktiviti ekonomi yang didominasi
oleh hutang berteraskan riba. Ini juga akan mengurangkan aktiviti keumpilan
secara melampau hingga menjadikan sistem kewangan begitu rapuh bagaikan
buih-buih yang menanti masa untuk pecah sebagaimana yang sudah terjadi
dan dialami oleh gergasi- gergasi ekonomi Kesatuan Eropah
Urus Tadbir yang Telus. Islam yang berteraskan Syariah secara prinsipnya
dikehendaki untuk beroperasi secara telus dan berdisiplin. Ini kerana aspek
pematuhan Syariah bukan sahaja dititik-beratkan di peringkat penstrukturan
produk malah segala aktiviti dan operasi perbankan harus terus dipantau agar
tidak menyanggahi prinsip Syarak. Syariah memperuntukkan agar setiap
kontrak harus bebas daripada sebarang unsur penindasan dan eksploitasi sama
ada disebabkan wujud elemen riba, gharar mahupun maisir. Ini secara tidak
langsung mendisiplinkan para pelaku kewangan Islam agar tidak terjebak
dalam aktiviti yang mampu memudaratkan masyarakat secara keseluruhannya.
Berasaskan Maslahah . Sistem kewangan Islam juga bertindak sebagai
mekanisme pemeliharaan salah satu aspek dharuri dalam kehidupan manusia
iaitu harta (a l-maal) kerana kesemua aktiviti kewangan Islam hakikatnya
melibatkan pengurusan al-maal secara Islam. Kewangan Islam juga
seharusnya memenuhi tuntutan asas maqasid al-shariah kerana aktiviti dan
produk perbankan Islam secara prinsipnya sentiasa seiring dengan perintah
dan larangan Allah yang bertujuan memelihara aspek dharuri dalam
kehidupan manusia samada perintah dan larangan itu disukai atau tidak dan
samada secara pilihan atau paksaan.
9
4.
Pengajaran kepada Sistem Kewangan Islam
Krisis zon Eropah menghasilkan beberapa pengajaran berikut:
(a)
Perlunya Kembali pada Epistemologi Tauhid
Sistem Ekonomi konvensional telah terbukti gagal mendukung kepentingan ekonomi
masyarakat, cita-cita pemerataan, dan keadilan. Ekonomi konvensional yang
berasaskan mekanisme pasar telah gagal terutama dalam menjaga kepentingan
golongan yang lemah daya belinya. 14 Ini semua terjadi karena fahaman tersebut
mengabaikan ilmu ekonomi sebagai ilmu moral15 . Kegagalan ini ternyata belum
menjadi pelajaran yang mendalam bagi perkembangan kewangan Islam, sehingga kita
dapati perkara yang kurang mendapat perhatian dalam ‟wacana‟ atau perbincangan
mengenai kewangan Islam ialah aspek epistemologinya. Tatkala banyak tulisan atau
rujukan dan bahan ilmiah mengenai segenap aspek kewangan Islam, didapati amat
sedikit perbincangan secara serius dari aspek epistemologi atau falsafahnya.
Umumnya, pengamal kewangan Islam termasuk ahli akademik tidak ramai yang
memberikan perhatian dan mempunyai kefahaman yang mendalam dalam aspek
epistemologi ini. Implikasinya ialah didapati pelaksanaan kewangan Islam pada hari
ini dilihat lebih cenderung ke arah mempunyai satu dimensi utiliti yang menjadi teras
ekonomi kapitalis iaitu memaksimakan utiliti individual “homo economicus ”. Sistem
kewangan konvensional berepistemologikan ‟Secular approach‟ (pendekatan sekular)
dan ‟Humanistic approach‟ (pendekatan kemanusiaan).
Dilain pihak epistemologi Tauhid ‟Faith-based epistemologi‟ merupakan asas
sistem ekonomi Islam. Epistemologi Tauhid yang menjadi teras dan falsafah prinsipprinsip muamalat Islam sepatutnya juga menjadi aspirasi pengamal kewangan Islam
untuk meletakkan maqasid syariah sebagai pertimbangan utama dalam setiap
perancangan yang hendak dipraktikkan. Dalam hal ini epistemologi ilmu ekonomi
konvensional jelas berbeda dengan ilmu ekonomi Islam. Ilmu ekonomi konvensional
disusun berdasarkan metodologi dengan pendekatan rasionalisme dan empirisme,
dengan demikian sumbernya adalah Akal (Rasionality) dan pengalaman
(Experience/Empirism). Sedangkan ilmu ekonomi Islam bersumber dari Syari‟ah
(Alquran dan Sunnah). Oleh karena itu dalam beberapa hal metodologi ilmu ekonomi
Islam berbeda dengan ilmu ekonomi konvensional, namun dalam beberapa hal,
Robert Heilbroner dan Lester C. Thurow (1994) yang mengatakan, “... mekanisme pasar adalah
sua tu instrumen ya ng tidak efektif untuk memenuhi kebutuha n ma sya raka t, ba hka n untuk ma sya raka t
ya ng telah makmur ... meka nisme pa sa r merupaka n pelaya n ya ng ra jin ba gi yang ka ya , tetapi tak
perduli pada yang miskin … mekanisme pasar mendorong perbuatan yang tidak bermoral, hal mana
tidak hanya merupaka n sua tu kegaga la n ekonomi tetapi juga merupakan suatu kega ga lan mora l
…”.lihat Robert Heilbroner dan Lester C. Thurow (1994), Economics explained, New Yo rk: Simon
Schuster, hlm. 255-256
15
Ilmu ekonomi sebagai ilmu mo ral, art inya tidak memisahkan ekonomi dengan nilai-n ilai agama.
Sebaliknya Neo klasikal adalah ilmu ekono mi konvensional yang berlandaskan pada maksimisasi
kepuasan kebendaan dan kepentingan pribadi, kurang memperhatikan kesejahteraan dan kepentingan
sosial. Dalam ekono mi Islam, segala usaha harus diarahkan pada realisasi dan tujuan -tujuan
kemanusiaan. Paradig ma in ilah yang harus digunakan dalam mendefin isikan „efficiency‟ dan „equity‟
yang ada dalam ilmu ekonomi. Lihat M. Umer Chapra, The Future of Economics: An Isla mic
Perspective, Islamic Econo mics Series: 21 (Kesatuanted Kingdom: The Islamic Foundation, 2000),
hlm. 50
14
10
keduanya dapat menggunakan metodologi yang sama, khususnya pada tataran
penggunaaan Ijtihad.
Dalam hal ini, Chowdhury (2009) menyatakan bahawa kewangan Islam
hanya akan beroperasi secara efisyen di dalam ruang lingkup epistemologi Tauhid
yang menuntut semua pengamal kewangan Islam bertindak sebagai khalifah yang
mempunyai ‟taklif‟ atau tanggung jawab kepada semua manusia dimuka bumi ini. 16
Epistemologi Tauhid ini adalah sangat unik dan menyeluruh di mana ianya
menekankan dua dimensi maslahah iaitu kepentingan untuk mendapatkan kejayaan
didunia dan akhirat.
Kritikan terhadap kewangan Islam dari sudut ‟theoretical approach‟ atau
pendekatan teoritikal merujuk kepada model pelaksanaan dan amalannya. Pada
hakikatnya, para sarjana ekonomi Islam seperti Umer Chapra (2000) dan Siddiqi
(2001) yang dianggap sebagai ‟founding father‟ kepada kewangan Islam mengusulkan
pendekatan kewangan Islam dalam kerangka ‟ekuiti‟ atau perkongsian iaitu ‟two-tier
mudharabah‟.17 Mufti Taqi Usmani sependapat dalam hal ini dan telah menyatakan
pandangan beliau bahawa pendekatan dalam kerangka ‟ekuiti‟ ini mempunyai ciri-ciri
yang bertepatan dengan ruh keadilan Islam dan sepatutnya dijadikan sebagai kerangka
pelaksanaan kewangan Islam. Namun demikian, amalan kewangan Islam yang
terdapat pada hari ini adalah sebaliknya. Apa yang berlaku ialah amalan kewangan
Islam dikatakan telah jauh meninggalkan aspirasi ini di mana kerangka ‟debt-based‟
atau sistem berasaskan hutang menjadi dominan di pasaran dan didapati hingga kini
aspek ‟ekuiti‟ yang diaspirasikan oleh pencetus idea ekonomi Islam dalam konteks
dunia moden masakini telah diabaikan. Menyentuh soal ini, Timur Kuran 18 dan
Mahmud El Gamal 19 telah mengkritik keras pelaksanaan kewangan Islam dengan
mengatakan ianya bersifat manipulatif.
(b)
Perlunya Paradigm baru Ke wangan Islam
Harus diakui bahwa kebangkitan ekonomi Islam terjadi di saat sistem kapitalisme
berada pada tahap kematangannya (maturity). Implikasinya ada lah, paradigma, world
view dan andaian kapitalistik sangat membumi dan mungkin terbawa dalam
membangun pemahaman ekonomi Islam. Masalah ini sama bahkan lebih berbahaya
dibanding dengan masalah ekonomi yang bersifat aplikatif, seperti akad dan dasar
ekonomi. Sesuatu yang bersifat praktikal sering „sama‟ secara keperluan tetapi
berbeda dalam hal „hakikat‟. Apakah seseorang telah dianggap sebagai “Islamic
economic man” jika ia bermuamalah dengan akad berasaskan syariah namun bermotif
material (keuntungan) semata? Lalu dalam kerangka andaian bahawa “akad-akad
syariah selalu menguntungkan”, sering dipersepsikan dari sisi material semata-mata.
Keuntungan dinilai dengan ukuran wang. Padahal „menguntungkan‟ dalam konteks
tersebut seharusnya bererti maslahah dan berkeadilan („Adl). Meskipun secara
material rugi, tetap dianggap untung karena niat dan proses telah memenuhi aspek
16
Lihat Masudul Alam Choudhury, (2009), Islamic critique and alternative to Financial engineering
issues, J.KAU: Isla mic Econ., Vol. 22 No. 2, pp: 75-81
17
Lihat M.N. Siddiqi, Lecture Two: Recent History Of Islamic Banking And Finance (A nderson
Graduat e School of Management, University of California, Los Angeles, 7 November 2001),
dan Capra, Umer & Habib Ahmed (2002) Corporate Governance in Islamic Financial
Institution , (Jedah: Ocasional Paper Islamic development bank )
18
Lihat Timur Kuran, (2004), Isla m a nd Ma mmon: The Economic Predica ments of Isla mism,
Princeton, NJ: Princeton Kesatuanversity Press
19
Lihat Mah moud A. El-Gamal “Interest” and the Paradox of Contemporary Islamic Law and Finance,
Rice Kesatuanversity
11
syariah. Oleh kerana itu, penerapan profit-loss shar ing seharusnya berjalan
ditempatnya. Hal ini disebabkan, institusi kewangan Islam menghadapi perkara
delima, disisi aset harus melempar dana dengan dampak profit-loss dan dari sisi
liabiliti „harus selalu‟ untung. Ini disebabkan oleh masyarakat sebagai unit lebihan
„tak bersedia‟ menanggung beban kerugian begitu juga dengan institusi kewangan.
Perkara lain yang cukup mengkhawatirkan adalah kaedah sosialisasi ekonomi
Islam itu sendiri. Secara kasarnya, sosialisasi ekonomi Islam kepada masyarakat
awam lebih banyak menggunakan bentuk seperti seminar, pelatihan, dan diskusi
panel. Padahal pemahaman yang holistik dan komprehensif mengenai suatu hal tidak
dapat dibangun secara “magee mee”. Tambahan pula, material yang disampaikan
tidak berasaskan dengan pembentukan paradigma Tawhid dan world view Islam,
tetapi langsung „langsung‟ kepada praktikal-kontrak perniagaan. Fakta-fakta ini terus
membesar dan menyebabkan “lempahan” negatif yang berkepanjangan terhadap
sistem ekonomi dan kewangan Islam itu sendiri. Sehingga terjadi “salah penilaian”
terhadap ekonomi Islam, seperti pandangan bahawa Ekonomi Islam adalah nama lain
dari Capitalism. 20 Begitu juga dengan fakta bahawa ada sebahagian masyarakat yang
skeptik terhadap konsep kewangan dan perbankan Islam, harus dicermati pula secara
saksama bahawa hal tersebuty boleh jadi petanda “arus balik kewangan syariah”,
kemajuan disisi material (keuntungan) tetapi kemunduran dari sisi keperluan dan
hakikat.
(c)
Infrastruktur Pendukung
Dalam memastikan sistem ekonomi Islam dijalankan secara telus, maka satu
infrastruktur pendokong yang teguh harus dibina bagi memastikan kelangsungan
sistem ekonomi ini untuk jangka masa yang lama. Tidak dinafikan dalam era
globalisasi pada hari ini, sistem ekonomi Islam perlu menghadapi saingannya dari
aspek penguatkuasaan dan perlaksanaan kerana kini beberapa institusi kewangan
(termasuk beberapa pemain utama global) telah membuka secara khusus cawangan
yang menjalankan perniagaan mengikut prinsip kewangan Islam. Walau
bagaimanapun, data kewangan yang sedia ada tidak membenarkan kita untuk
membezakan prestasi kewangan (dan kepentingan) cawangan ini dan menganalisis
kesan berasingan mereka terhadap kestabilan kewangan. 21 Kita tidak mahu sistem
ekonomi islam yang dijalankan hanya terletak pada namanya sahaja walhal di
dalamnya sebenarnya masih juga menyelitkan walaupun tidak banyak unsur-unsur
yang diadaptasi dari kewangan konvensional. Jika ini terjadi, maka keadaan ini boleh
diibaratkan „bagai gunting dalam lipatan‟ yang hanya menikam dan menjatuhkan
sistem ekonomi tanpa kita sedari.
Pada hari ini, sistem tadbir urus yang memainkan peranan penting dalam
mempromosikan sistem kewangan Islam terdiri daripada Lembaga Penyeliaan Syariah
dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam yang berperanan penting dalam
memastikan segala produk, transaksi, dan perkara yang melibatkan tadbir urus dalam
sistem kewangan Islam tersebut dijalankan dengan mengikut spesifikasi yang telah
ditetapkan. Namun, hal ini bukanlah semudah yang disangka kerana kadangkala
terdapat ketidaksepakatan dalam menentukan hukum bagi sesuatu produk yang
dikeluarkan terutamanya dalam kes yang melibatkan riba. Hal ini amat berbahaya
kerana bagi masyarakat muslim yang cetek pengetahuannya mengenai unsur-unsur
20 Lihat Murat Çizakça,
21
Islamic Capitalism And Finance,Edward Elgard Publishing, USA
Lihat Cihak,M. & Hesse,H. 2010. Islamic Banks and Financial Stability: An Emp irical Analysis. J
Financ Serv Res (2010) 38:95–113
12
halal dan haram tentang sesuatu produk, mereka akan memilih sesuatu yang mereka
rasakan mudah dan kemungkinan pilihan itu juga adalah produk yang berteraskan
riba.
Selain itu, banyak juga perubahan-perubahan lain yang telah dibuat di
Malaysia bagi memastikan sistem kewangan Islam terus bergerak ke hadapan seperti
memperkenalkan sistem „subsidiari Islam‟yang memberi peluang pada pelabur
institusi yang berpotensi untuk terlibat dalam aktiviti kewangan dalam dan luar
negara, memperkenalkan lebih banyak produk berinovatif, memperkukuh sistem
pelaporan kewangan yang telus, memperkenalkan institusi pengajian tinggi (HEPs)
dan Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Kewangan Islam dan banyak lagi. 22 . Namun,
dalam melaksanakan semua ini contohnya dalam melaksanakan sistem subsidiari
Islam ataupun memperkenalkan variasi produk yang inovatif, perihal undang-undang
sama ada dari negara sendiri mahupun negara lain tidak dapat dinafikan. Justeru satu
penelitian yamg sistematik diperlukan oleh pakar-pakar yang terlibat memandangkan
ia melibatkan hubungan interaksi global serta aspek moral dan keagamaan yang
mendalam sebelum memberi sesuatu keputusan.
5.
Kesimpulan
Krisis zon Eropah mencelikkan kita supaya merenung kembali untuk kembali kepada
sistem ekonomi Islam yang berteraskan: pertama, epitemologi tawhid iaitu melihat
manusia sebagai khalifah yang mempunyai ‟taklif‟ atau tanggung jawab kepada
semua manusia dimuka bumi ini; kedua, menuntut paradigma baru yang
mengadunkan keuntungan, maslahah dan berkeadilan; ketiga, mewujudkan
infrastruktur pendukung yang mampan.
Rujukan
Al Qur‟an Al Karim
Beetsma & Bovenberg., (2000), Designing fiscal and monetary institutions for a
European Monetary Kesatuanon.Public Choice 102: 247–269
Capra, Umer & Habib Ahmed (2002) , Corporate Governance in Islamic
Financial Institution , (Jedah: Ocasional Paper Islamic development
bank )
Chapra, M. Umer, (2000), The Future of Economics: An Islamic Perspective, Islamic
Economics Series: 21 (Kesatuanted Kingdom: The Islamic Foundation,
Choudhury, Masudul Alam, , (2009), Islamic critique and alternative to Financial
engineering issues, J.KAU: Islamic Econ., Vol. 22 No. 2, pp: 75-81
Çizakça, Murat, Islamic Capitalism And Finance,Edward Elgard Publishing, USA
Cihak, M. & Hesse, H. 2010, Islamic Banks and Financial Stability: An Empirical
Analysis. J Financ Serv Res (2010) 38:95–113
Dusuki, Asyraf Wajdi, (t.t), Sistem Perbankan Islam Di Malaysia Dan Pengaruhnya
Dalam Transformasi Kewangan DKesatuana Islam, ISRA
El-Gamal, Mahmoud A. “Interest” and the Paradox of Contemporary Islamic Law
and Finance, Rice Kesatuanversity
22
http://www.bn m.gov.my/files/publication/ar/bm/2005/cp06.pdf
13
Ghannadian, Farhad F., (t.t), Fiscal Policy and Political Limitations In The European
Kesatuanon. International Journal of Commerce and Management, Vol. 16
Issue: 1 pp. 41 – 50
Heilbroner, Robert, dan Thurow, Lester C. (1994), Economics explained, New York:
Simon Schuster
http://kewangan-pengurusan- islam.blogspot.com/2008/02/sistem-ekonomi- islam-dansistem-ekonomi.html#ixzz2FVmBtFPS
Kuran, Timur, (2004), Islam and Mammon: The Economic Predicaments of Islamism ,

Maier, Philipp, (2004), Political pressure, rhetoric and monetary policy: Lessons for
the European Central Bank. Public Choice 118: 473–477
Seidu, Abdullah Mohammed, (t.t), Why Islamic finance could be considered
as a Suitable viable alternative to the Conventional Financial System,
Islamic Economics Research Centre King Abdul Aziz Kesatuanversity,
Jeddah Saudi Arabia
Siddiq, M.N., Lecture Two: Recent History of Islamic Banking and Finance
Anderson Graduate School of Management, University of California,
Los Angeles, 7 November 2001