Langkah langkah menjaga ancaman pengguna (1)

Langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar
 apabila masyarakat dan pembangunan semakin maju, tapak-tapak di bumi ini telah
menjadi mangsa dalam arus permodenan ini.
 tiada lagi erti sayangi alam sekitar kerana manusia sekarang ini mengejar fata
morgana tanpa memikirkan akibat daripada perbuatan mereka.
 contohnya, pencemaran tanah
 pembuangan sampah di merata-rata tempat oleh masyarakat.
 Pembalakan yang berleluasa
 Akibat-tanah runtuh
 Pencemaran air
 Sisa kumuhan dari kilang
 Tumpahan minyak
 Pembuangan sampah oleh masyarakat yang tinggal berhampiran dengan
sungai
 Akibat-ancaman kehidupan ekosistem di dalam air.
 Pencemaran bunyi
 Bunyi daripada kenderaan
 Bunyi daripada kilang
 Bunyi daripada kuari
 Akibat-menjejaskan daya pendengaran manusia.
 Pencemaran udara

 Pembakaran secara terbuka
 Pelepasan gas karbon dioksida daripada kilang
 Asap dari kenderaan yang bermotor
 Akibat-menjejaskan sistem pernafasan
-jerebu-daya penglihatan manusia terjejas
-suhu bumi meningkat dan cuaca semakin panas
-kesihatan manusia terjejas
-lapisan ozon semakin nipis
Langkah untuk mengatasi pencemaran tersebut ialah
Di dalam dan luar rumah- dengan mendidik anak-anak dari kecil tentang pentingnya
melindungi alam sekitar Ibu bapa harus terlibat dalam mendidik anak-anak dalam perkara ini
kerana anak-anak akan cepat terpengaruh dengan tingkah laku ibu bapa mereka. Selain itu,
ibu bapa juga harus menjadi teladan pada anak-anak. Sebagai contoh, tidak membuang
sampah di kawasan yang sepatutnya, tidak membakar sampah.
Sekolah- mengadakan kempen kesedaran untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar
dalam kalangan pelajar. Selain itu, pihak sekolah juga dapat menyemai semangat tersebut
dengan menubuhkan kelab alam sekitar. Dengan adanya kelab ini, pelbagai aktiviti tentang
alam sekitar boleh dijalankan. Contohnya, gotong-royong membersihkan kawasan sekolah.
Aktiviti seperti ini dapat mendedahkan pelajar dengan alam sekitar secara intensif.
Masyarakat setempat-bekerjasama dalam mencegah pencemaran alam sekitar. Bergotongroyong membersihkan sekitar rumah. Mereka juga dapat mencegah pencemaran alam sekitar


dengan melaporkan kepada pihak berkuasa tentang individu yang tidak bertanggungjawab
dalam melakukan pencemaran alam sekitar.
Pendedahan dalam media massa-pada zaman sekarang, semua perkara yang terjadi di negara
ataupun di dunia dapat diketahui hanya dengan menggunakan hujung jari sahaja. Oleh itu,
media massa memainkan peranan yang penting dalam mendedahkan para pengguna atau
pembaca tentang isu pencemaran alam yang terjadi di sekeliling kita.
Kilang-kilang perindustrian-penggunaan penapis udara pada cerobong asap supaya gas
karbon dioksida tidak dilepaskan di udara, tidak melepaskan sisa-sisa toksik ke dalam air
supaya kehidupan di laut tidak terjejas.
Pengguna kenderaan empat roda-jika pekerja bekerja di tempat yang sama, mereka
disarankan untuk berkongsi kenderaan untuk ke tempat kerja supaya pencemaran udara dapat
dikurangkan.
Bagi pengguna kenderaan dua roda-digalakkan untuk memasang penapis pada ekzos supaya
asap yang keluar dari ekzos tidak mencemarkan udara.
Pencemaran alam sekitar akan berkurang jika perkara-perkara di atas dapat dilaksanakan
dengan kerjasama semua pihak.