Penjawat Awam Dalam Menggalas Ekonomi Negara

  Penjawat Awam Dalam Menggalas Ekonomi Negara

  • -Kassim Maidin dan Mohd Suhaimi Md Akhir-

  Kadar pertumbuhan ekonomi Negara sebenar bagi tahun 2012 adalah pada 5.6% berbanding hanya 5.1% pada tahun 2011. Tahun 2013 para penganalisis ekonomi menjangka bahawa ianya akan merosot menjadi 4.5% atau 5% sahaja. Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) meramalkan bahawa kadar pertumbuhan ekonomi Negara akan berada pada paras lingkungan 5% pada tahun 2014. Growth outlook for 2014 is projected to be

  

between 5.0 - 5.5%, on account of weak global economic outlook, generally

July 25, 2013 tight fiscal and financial conditions and enhanced downside risks. - Malaysian Economic Outlook

  . Unjuran penurunan ini berdasarkan kepada keadaan

  ekonomi global yang masih lemah dan semakin lembap serta perlahan walau pun ada tanda-tanda proses pemulihan. Ini didorong juga oleh pasaran kewangan antarabangsa yang tidak menentu dan sentiasa berubah disamping wujudnya usaha Negara tertentu yang memperketatkan sistem kewangannya. : Pengarah Eksekutif Dr Zakariah Abdul Rashid July 28, 2013 MIER. Antara faktor yang menyumbang dalam penyusutan kadar pertumbuhan ekonomi Negara adalah keadaan defisit fiskal yang semakin luas dan membimbangkan serta kadar hutang isi rumah yang sangat tinggi. Punca utama dalam peningkatan ini berikutan sikap berbelanja rakyat negara ini yang tidak terkawal - Timbalan Menteri Kewangan - Datuk Ahmad Maslan oleh

  

July 28, 2013 . Jangkaan penurunan ini juga dipengaruhi oleh variable luaran

  seperti kelemahan persekitaran ekonomi serantau atau dipasaran antarabangsa ditambah dengan kejatuhan dollar Amerika dan Yen Jepun telah mengheret kejatuhan ringgit dipasaran global. Impaknya turut terjejas ialah nilai eksport Negara di pasaran antarabangsa menjadi semakin susut.

  Kemampuan kerajaan dalam membina keutuhan ekonomi telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara di Rantau Asia khususnya sebagai sebuah Negara yang sehat untuk membuat pelaburan. Kekuatan negara dalam membina keutuhan ekonomi ini adalah lebih terarah kepada pengurusan kewangan dalaman Negara yang baik dan berhemah. Kerajaan telah mengumumkan beberapa langkah bagi memastikan keadaan ekonomi mampu berada dalam kelompok Negara kuat dan mampu bertahan walaupun dalam keadaan ekonomi global yang agak goyah antaranya dasar liberalisasi kewangan khususnya untuk menarik para pelabur ke Negara ini walaupun agak rumit namun kerajaan tidak pernah putus asa demi kelangsungan pembangunan Malaysia.

  Penyusunan semula dasar kewangan dalam khususnya biaya kewangan, pengurangan kadar subsidi, penukaran sistem cukai yang sedia ada kepada GST serta langkah-langkah penjimatan dalam projek-projek dan perkhidmatan tertentu dengan mengutamakan projek dan perkhidmatan berimpak tinggi disamping akan memberi pulangan dan kesan positip terhadap momentum ekonomi Negara. Kenaikan harga barangan mewah atau kurang perlu seperti kenaikan harga rokok, membiarkan harga semasa kereta mewah dan barangan lain seperti rokok dan minyak wangi juga salah satu kaedah bagi kerajaan untuk menggalakan rakyat Negara ini untuk berbelanja dan membeli barangan keluaran dalam Negara. Penurunan harga kereta buatan Negara walaupun dengan kadar yang rendah dan melambatkan pelaksanaan perjanjian pengurangan tariff kereta luar Negara (Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik - APEC) juga satu lagi untuk menggalakan rakyat Negara ini berbelanja ringgit di Malaysia.

  Terbaru Dato’ Mustapha Mohamed – Menteri Perdagangan Antarabangsa mengumunkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat dengan kadar 20%-30% sehingga tahun 2017. Perkabaran ini amat mengembirakan kepada rakyat Negara ini khususnya mereka yang berada dalam kelas pertengahan di Negara ini.

  Dalam perspektif yang lain kebergantungan momentum ekonomi Malaysia lebih dipengaruhi oleh kekuatan ekonomi dalaman. Bank Negara dan Kerajaan telah mengambil langkah pro aktif bagi mengukuhkan ekonomi Malaysia. Kadar pertumbuhan ekonomi Negara secara relatifnya adalah kukuh kerana daya tahan permintaan dalam Negara yang berterusan, Malaysia juga mempunyai asas makro ekonomi yang kukuh dan dasar struktur ekonomi Malaysia yang baik serta pelbagai dengan sistem kewangan yang teguh. Sebagai warga Negara dan penjawat awam semua dasar, polisi dan usaha- usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan ini mesti disokong dan dilaksanakan dengan berhemah dan penuh integriti. Tidak kira jawatan dan di bahagian mana terutama kedudukan dan perjawatan yang berkaitan dengan kelulusan projek, prokumen dan perkhidmatan atau penguatkuasaan undang-undang samada ianya berada di atas atau di bawah. Biar apa pun dasar dan polisi yang telah digubal dan dilaksanakan ianya mestilah memberi faedah rakyat. Kuasa yang dimiliki oleh seseorang penjawat awam itu perlu dilaksanakan secara berhemah atau mengikut apa yang telah ditentukan oleh peraturan, prosedur dan undang-undang Negara. Kuasa dalam perkhidmatan awam tidak hanya berada dalam membuat keputusan seperti prokumen atau kelulusan projek tetapi ianya juga wujud di bahagian tertentu terutama sekali dalam urusan penguatkuasa peraturan dan undang-undang. Forum Gerakan Pemantapan Dan Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak

  • 9.10.2013 - Prof Mohd Fadzil bin Abdul Rahman - Timbalan Naib Canselor (HEPA) Universiti

  Malaysia Sarawak

  Salah satu punca ketirisan wang rakyat ini sentiasa berlaku kerana high

  rewards and low detection

  . Dato’ Hajah Sutinah bte Sutan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Malaysia (Pencegahan) dalam forum gerakan pemantapan dan pengukuhan integriti dalam perkhidmatan awam mengatakan mengikut penganalisis jenayah bahawa perbuatan jenayah itu dianalisa dengan nisbah 1:9. Ini bermakna sekiranya satu kes rasuah yang disabitkan kesalahan oleh

  Forum Gerakan mahkamah ada sembilan (9) kes ini lagi yang akan terlepas. Pemantapan Dan Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak - 9.10.2013

  Berasaskan kepada pandangan pakar ekonomi hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai Negara maju dan berpendapatan tinggi pada 2020 memerlukan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia wajar berkembang secara purata 6% setahun untuk tempoh 10 tahun berturut-turut. Dalam pembentangan bajet 2014 oleh YAB Perdana Menteri telah menggariskan lima tonggak utama dalam mempertahankan momentum ekonomi Negara.

  “Five thrusts which will be the basis of the 2014 Budget, namely invigorating economic activity, strengthening fiscal management, inculcating excellence in human capital, intensifying urban and rural development, and ensuring the well-being of the people ”.

  Datuk Seri Najib Tun Razak - Perdana Menteri - Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd. Razak Pembentangan Bajet 2014.

  Perdana Menteri Malaysia

  Pada masa yang sama setiap penjawat awam wajar membantu kerajaan dalam memperkembang dan memperluaskan pelaburan dan perniagaan expat ini supaya mereka bertahan lama di Negara ini. Disamping membayar cukai pelaburan dan perniagaan ini juga akan menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan kepada rakyat tempatan. Dengan peluang kerja dan perniagaan ini secara langsung momentum ekonomi Negara akan sentiasa berada ditahap yang baik. Disamping mampu untuk mengurangkan kadar pengangguran ianya akan menjana pendapatan dan meningkatkan kuasa beli rakyat Negara ini. Impaknya juga akan mampu dan menggalakan lagi perbelanjaan dalam Negara dan sekirannya pergerakan ringgit ini mampu dijana dengan baik serta boleh dipertingkatkan ianya secara langsung akan memberi kesan dan membantu dalam momentum ekonomi Malaysia. Penjawat awam wajib menyokong apa saja dasar yang kerajaan demi kepentingan Malaysia dengan beberapa dasar dan langkah-langkah penjimatan kerajaan khususnya dalam perkara-perkara berikut:

  

1. Melaksanakan semua tugas dan tanggunjawab itu perlu mendahulukan kepentingan

negara.

  2. Melaksanakan penjimatan seperti yang diarahkan dalam Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2008. Dato' Sri Dr. Abdul Munit Bin Kasmin

  • Ketua Setiausaha , Kementerian Kerja Raya Malaysia

  2.1. Semua pegawai/kakitangan dikehendaki menutup suis lampu di pejabat masing-masing semasa waktu rehat bermula dari pukul 1.00 hingga 2.00 petang

2.2 Jimatkan penggunaan air dan elektrik dengan memastikan alat penyaman

  udara (split air cond) ditutup sekiranya tidak digunakan dan semua peralatan elektrik termasuk lampu dan komputer hendaklah di padamkan sebelum meninggalkan pejabat

3. Penggunaan kertas hendaklah dijimatkan dengan cara-cara berikut:

  3.1. Semasa membuat salinan hendaklah dicetak depan belakang

  3.2. Deraf hendaklah disemak melalui komputer dan cetakan dibuat apabila deraf tersebut muktamad.

  4. Edaran minit-minit mesyuarat serta dokumen-dokumen lain boleh di buat menerusi emel.

  

5. Panggilan mesyuarat hendaklah dibuat menerusi e-mesyuarat (contoh emel jabatan).

  6. Kursus-kursus dalam negeri yang melibatkan perbelanjaan hendaklah dikurangkan kecuali kursus yang penting.

  7. Antara Perbelanjaan secara berhemat yang perlu diberi perhatian adalah:

  7.1 Pengurusan kewangan dalaman hendaklah dikawal dengan kukuh mengikut peraturan kewangan yang ada dan hendaklah berbelanja mengikut value for money.

  7.2 Memastikan perbelanjaan dibuat mengikut peruntukan yang telah diluluskan (perbelanjaan projek mega )

  7.3 Setiap bahagian hendaklah membuat jadual pelan tindakan yang teratur sepanjang tahun mengikut peruntukan yang telah diluluskan.

  7.4 Perbelanjaan bagi perjalanan dalam negeri hendaklah dihadkan kepada program-program yang benar-benar perlu tertakluk kepada jumlah peruntukan yang telah diluluskan.

  7.5 Penganjuran sebarang acara majlis hendaklah dibuat secara sederhana .

  7.6 Semua bahagian hendaklah memastikan tiada tunggakan terhadap bayaran

bil dan tuntutan ke atas bekalan dan perkhidmatan yang diberikan.

  

7.7 Perbelanjaan baikpulih yang Penjimatan pemotongan subsidi minyak.

  7.8 Pendapatan Negara penjimatan /elak pinjaman dari luar/ elak Negara jadi bankrap atau terperangkap/ menjadi penasihat baik kepada kerajaan

  Pada penghujung tahun 2013 kerajaan telah mengumumkan satu lagi langkah-langkah berjimat cermat dengan mengumumkan langkah-langkah berikut:

  1. Pengurangan 10 peratus elaun keraian menteri dan timbalan menteri serta lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) ke atas.

  2. Pengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.

  3. Pengurangan RM50 hingga RM100 atau 30 peratus kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas).

  4. Pembekuan permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.

  5. Mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek fizikal kerajaan termasuk menjalankan kajian kesesuaian, manakala cadangan pelantikan perlu dikemukakan kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan KSN untuk kelulusan.

  6. Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara dan pemberian cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis kerajaan membabitkan anggota pentadbiran serta penjawat awam.

  7. Pindaan kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa. Ia termasuk penggunaan kelas ekonomi sektor domestik bagi penjawat awam Gred JUSA C ke bawah.

  8. Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

  9. Pengurangan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau acara rasmi kerajaan.

  10. Mengoptimum penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis.

  11. Mengguna pakai pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan di

institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar serta bengkel.

  Pemutihan terhadap pekerja asing yang bermula 21 Januari 2014 merupakan satu lagi dasar dan kaedah kerajaan bagi memastikan momentum ekonomi tetap kukuh sejak 2009 hingga 2012, aliran keluar wang negara meningkat secara berganda daripada RM10 bilion kepada RM20 bilion.

  "Jumlah wang yang dihantar keluar negara oleh pekerja asing melalui saluran kiriman wang yang sah untuk 2010 ialah RM13.4 bilion, 2011 ialah EM15.6 bilion manakala pada 2012 pula ialah RM19.7 bilion. Lima negara utama wang remittance pada 2012 ialah Banglandesh RM3 bilion, India RM2.9 bilion, Nepal RM1.9 bilion, Indonesia RM625.1 juta dan Filipina RM561.3 juta. Pekerja asing warga Bangladesh paling banyak menghantar wang keluar dari negara ini pada 2012," Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan Dewan Rakyat 11

  November 2013.

  Jaminan kerajaan walaupun pengaliran keluar wang modal daripada pasaran kewangan domestik berlaku tetapi ianya berlaku secara teratur dan tidak menjejaskan ekonomi. Program pemutihan yang sedang berlaku adalah salah satu langkah kerajaan agar momentum ekonomi Negara ini tetap utuh disamping hanya membenarkan pekerja yang mempunyai dokumen perjalanan lengkap sahaja yang boleh bekerja di Negara ini. Satu lagi usaha kerajaan yang terkini ialah pemimpin turun padang bagi memantau harga barangan di Negara ini. Pembentukan

  Tan Sri Muhyiddin Yassin

  Jawatankuasa Khas Kabinet menunjukkan

  Tim.Perdana Menteri Malaysia

  kerajaan sentiasa serius dalam menangani peningkatan kos sara hidup rakyat.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu juga membuktikan tindakan diambil bukan gimik kerajaan atau bersifat politik sebaliknya dilaksanakan untuk mendengar suara rakyat. ''Langkah itu akan dilaksanakan berterusan selagi kerajaan belum berpuas hati. Kita sedang mengumpul maklumat trend harga sehingga hujung bulan ini sebelum dibawa ke mesyuarat Kabinet," katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau harga barang di beberapa premis di ibu negara hari ini. -

  Utusan Online Kuala Lumpur 18 Jan. 2014

  Dalam memastikan Malaysia sebagai sebuah Negara yang kaya dan mewah setiap penjawat awam perlulah memainkan peranan sebaiknya dan wajar mendokong apa saja yang dasar dan program yang dirancang oleh kerajaan bagi memastikan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya.