SUATU KAJIAN MENGENAI SUMBANGAN HIMPUNAN

SUATU KAJIAN MENGENAI SUMBANGAN HIMPUNAN MAHASISWA
ISLAM TERHADAP DAKWAH ISLAM DI INDONESIA
Ismail Suardi Wekke
Ford Foundation International Fellowship Program
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
E-mail: iswekke@antarbangsa.net
Prof. Dr. Agussalim Sitompul
Fakulti Ushuluddin, Universiti Islam Negeri Sunan Kalijaga
Yogyakarta, Indonesia
Rafiuddin Afkari
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM, Bangi, Selangor D.E.
ABSTRAK
Organisasi mahasiswa merupakan komponen penting bagi perjuangan dakwah.
Hal itu untuk memberikan pendedahan dan aplikasi keagamaan tidak hanya
dalam bentuk maklumat sahaja tetapi juga pada aktiviti yang menumpukan pada
amalan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti sejauh mana peranan Himpunan
Mahasiswa Islam (HMI) dan sumbangannya terhadap gerakan dakwah Islam di
Indonesia. Ada dua kaedah penyelidikan yang digunakan dalam menganalisis
data; pendekatan sejarah dan pendekatan hermeneutik. Kajian dokumen,
temubual mendalam dan pengamatan digunakan untuk mengumpulkan data.

Dapatan kajian menunjukkan bahwa peranan dan sumbangan HMI yang paling
signifikan di tengah-tengah gerakan Islam Indonesia adalah pembaharuan
pemikiran Islam yang bertujuan membangun asas-asas baru teologi Islam. HMI
merupakan organisasi mahasiswa yang tertua dan terbesar di Indonesia.
Organisasi ini ikut berjuang di tengah-tengah kehidupan bangsa Indonesia sejak
kelahirannya sehingga sekarang, maka dapat disebut anak kandung revolusi. Hal
ini tidak terlepas dari peranannya sebagai organisasi pelajar pejuang yang ingin
melakukan perubahan dan pembaharuan di segala bidang, dengan metod dakwah
bil hal. Kerana HMI merupakan organisasi yang tumbuh dan berkembang di
alam Melayu, maka HMI tampil sebagai organisasi yang berbeza dengan
tamaddun besar Arab dan Persia.Sebagai organisasi keagamaan yang
berbasiskan mahasiswa, HMI memberikan satu corak pemikiran yang khas bagi
perkembangan gerakan dakwah Islam di Indonesia. Kesedaran penubuhan HMI
berdasarkan pada tiga cabaran; pertama, situasi bangsa Indonesia yang sedang

mengalami revolusi untuk mempertahankan kemerdekaan dan tentunya umat
Islam sebagai majority yang mengalami penderitaan tersebut; kedua, situasi
perguruan tinggi dan kemahasiswaan yang berpecahbelah dalam memandang
ilmu pengeteahuan agama dan ilmu pengetahuan awam; ketiga, situasi umat
Islam yang terbagi ke dalam berbagai aliran keagamaan dan politik serta

kemiskinan dan kebodohan.

PENGENALAN
Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) merupakan “pewaris” tradisi intelektual dari
generasi sebelumnya dan mesti tetap berterusan sehingga berfungsi sebagai wadah
yang mencetak/memproduksi generasi terpelajar baru yang berlangsung secara
berkesinambungan di tengah-tengah masyarakat Indonesia. Bererti HMI mesti
ikut berpartisipasi untuk menumbuhkan dan memperluas lapisan menengah
masyarakat Indonesia baik dalam konteks sosial, budaya, ekonomi dan politik.
Persoalan dasar adalah bagaimana menjadikan Islam sebagai sumber konsep?.
Dengan cara bagaimana menjabarkan nilai-nilai normatif yang terdapat dalam Al
Quran dan Sunnah tersebut menjadi konsep-konsep kehidupan yang operasional,
yang mudah dapat dilaksanakan adalah satu pertanyaan. Di sinilah pentingnya
belia dalam perjuangan dakwah Islam.
Adalah amat penting bagi kehidupan Agama Islam untuk berusaha
menerjemahkan nilai-nilai agama yang terkandung dalam Al Quran, dengan sikap
dan perbuatan nyata sehari-hari. telah berabad-abad lamanya Al Quran dapat
menjadi pelita dunia kea rah hidup yang baik, maju dan sopan, maka bagi umat
Islam Indonesia yang hidup di abad alaf ini, mesti menampakkan kepada dirinya
sendiri, apakah Al Quran yang kita junjung tinggi dapat memberikan manfaat bagi

hidup dan kehidupan kita umat manusia khasnya dan dunia amnya.
Ketika HMI ditubuhkan di Yogyakarta, 60 tahun lalu telah mengemban
suatu amanat perjuangan iaitu untuk merespon tujuh faktor yang merupakan latar
belakang perkembangan pemikiran dan penumbuhan HMI.1 Bererti sejak
penubuhan sampai masa yang akan datang, HMI berperan sebagai organisasi
perjuangan, dengan membawa suatu misi dakwah. perjuangan itu adalah suatu
1

Latar belakang perkembangan pemikiran dan penubuhan HMI ada tujuh faktor, iaitu : 1)
penjajahan belanda atas Indonesia dan tuntutan perang kemerdekaan, 2) kesenjangan dan
kemujudan umat islam dalam pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan ajaran
Islam, 3) kebutuhan akan pemahaman dan penghayatan keagamaan, 4) munculnya polarisasi
politik, 5) berkembangnya paham dan ajaran komunis, 6) kedudukan Perguruan Tinggi dan dunia
kemahasiswaan yang strategik, 7) kemajemukan bangsa Indonesia, 8) tuntutan modenisasi dan
tantangan masa depan. Untuk itu lihat Agussalim Sitompul (2002:xxxi).

usaha yang teratur, tertib, sistematis dan berencana untuk mengubah suatu tatanan
(kondisi yang tidak sesuai lagi dengan tuntutan masa kini, sehingga muncul situasi
baru yang lain dari kondisi sebelumnya sehingga dapat memenuhi tuntutan
keperluan) kontemporer sebagimana kita kehendaki menuju keridloan Allah SWT.

Bererti hakekat dari perjuangan dakwah itu adalah mengubah, merombak,
memperbaiki, memperbaharui, menyembpurnakan semua tatanan yang tidak
sesuai lagii dengan tuntutan masa kini sehingga tercipta suatu tatanan baru yang
berbeza dengan masa sebelumnya. Bererti dakwah HMI adalah suatu pesan yang
diperjuangkan HMI dalam keberadaannya sebagai organisasi mahasiswa Islam
untuk melakukan perombakan, perubahan, perbaikan, pembaharuan,
penyempurnaan di tengah-tengah kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan
bernegara untuk terciptanya situasi baru, untuk menyokong berhasilnya
perjuangan tahap berikutnya.

KEPENTINGAN KAJIAN
Penyelidikan adalah untuk menginventarisasi latar belakang munculnya konsepkonsep pemikiran keislaman dan keindonesiaan HMI yang digali dari berbagai
sumber dan data HMI, kemudian melakukan pemahaman secara sistematik, guna
memperoleh gambaran yang jelas sebagai pengetahuan baru. suatu kontribusi
ilmiah yang akan dihasilkan kajian ini, untuk memperkaya khazanah pemikiran
Islam, sebagai warisan intelektual Muslim dari masyarakat Islam Indonesia amnya
dan dari HMI khasnya. Bagi HMI, hasil penyelidikan ini berguna untuk
memperluas dan mempertajam wawasan keislaman dan keindonesiaan, yang
menjadi landasan kebijaksanaan HMI. Hasil penyelidikan memberikan sarana
bagi HMI dapat melakukan peninjauan ulang mahupun menilai kembali

kemunculan pemikiran HMI tentang keislaman dan keindonesiaan, yang ingin
diperbaharui dan dikembangkan secara kontekstual untuk gerakan dakwah Islam
di Indonesia.

SOALAN KAJIAN
Berdasarkan latar belakang dikemukakan, maka kajian ini menumpukan soalan
penyelidikan iaitu:
1.

Bagaimana konsep dan corak pemikiran keislaman dan keindonesiaan HMI
yang diaplikasikan dalam kehidupan berbangsa, bermasyarakat dan bernegara
di Indonesia?;

2.

Bagaimana peranan HMI dalam gerakan dakwah di tengah-tengah
masyarakat Indonesia yang berbagai-bagai kaum?.

KAJIAN LITERATUR
Ada beberapa karya tulis baik berupa buku, skripsi, tesis, mahupun penyelidikan,

yang membahas tentang HMI, iaitu satu, Fragmen Lintasan Sejarah Perjuangan
HMI period Yogyakarta, (1970), ditulis oleh A. Halim Mubin dari Makassar;
Kedua, Hari-hari yang panjang 1963-1966 (1989) karya Sulastomo; Ketiga, HMI
Menjawab Tantangan Zaman (1990), disunting oleh Muchriji Fauzi HA dan Ade
Komaruddin Mochammad; Keempat, Mencipta dan Mengabdi Nilai Komitmen
Nilai Islam untuk Masa Hadapan Bangsa (1997), dengan penyunting Moksen
Idris Sirfefa dan M. Alfan Alfian M; Kelima, Skripsi pertama tentang HMI, ditulis
oleh Muhammad Mansur dari Fakultas Ushuluddin IAIN Sunan Kalijaga, Jurusan
Perbandingan Agama tahun 1971. Tajuk tesis sarjana muda, Himpunan
Mahasiswa Islam (HMI) Asas dan Sikap Perjuangannya di bawah bimbingan Dr.
H. A. Mukti Ali dan Drs. H. Syamsudin Abdullah; Keenam, Partisipasi dalam
Organisasi Suatu Kajian Terhadap HMI Cabang Yogyakarta (1975), ditulis
Syaukani Bustami (almarhum), dengan pembimbing Drs. Usman Tampubolon;
Ketujuh, Peranan Himpunan Mahasiswa Islam dalam Menghadapi Kekuatan PKI
di Indonesia 1947-1966 (1990), oleh Agus Mulyana, pelajar FPIPS IKIP
Bandung; Kedelapan, Modernisasi Politik di Indonesia : Suatu Kajian Mengenai
Peranan Islam dan HMI MPO, (1995). Tesis ini ditulis Rusli Karim yang
dikemukakan untuk memperoleh Sarjana Sastra pada Fakultas Sains
Kemasyarakatan dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia; Kesembilan,
Himpunan Mahasiswa Islam Sejarah dan Kedudukannya di Tengah GerakanGerakan Muslim Pembaharu di Indonesia (1979). Penyelidikan ini ditulis Victor

I. Tanja, yang dipertahankannya pada Dewan Pengajar Hartford Seminary
Foundation Amerika Serikat untuk melengkapi syarat mencapai gelar Doctor of
Philosopy (Ph.D.). Judul asli penyelidikan ini adalah Islamic Students
Association, Its History and Its Place Among Muslim Reformist Movement in
Indonesia; Kesepuluh, Konsep Nasionalisme HMI sebagaimana tercermin Dalam
Pidato Dies dan Penerapannya Dalam Gerakan Angkatan ’66, (1994).
Penyelidikan ini ditulis Saifullah SA., diajukan kepada Program Pascasarjana
IAIN Syarif Hidayatullah Jakarta, untuk memperoleh gelar Doktor dalam Ilmu
Agama Islam.
Kajian awal tentang sejarah HMI diungkapkan oleh Halim Mubin (1970).
Seterusnya, karya Sulastomo membahas masalah-masalah politik, yang memang
pada waktu itu HMI terlibat kuat dengan masalah-masalah politik, kerana tahun

1963-1966, HMI mahu dicoba dibubarkan oleh PKI (parti komunis Indonesia).
Dapat dipastikan buku ini tidak membahas tentang pemikiran HMI mengenai
keislaman dan keindonesiaan. Muchriji Fauzi HA dan Ade Komaruddin
Mochammad (1990) membahas komitmen HMI terhadap keislaman,
keindonesiaan dan kemahasiswaan. Kepelbagaian pemikiran tentang HMI dikaji
oleh Moksen Idris Sirfefa dan M. Alfan Alfian M (1997). Tesis sarjana muda
pertama tentang HMI, ditulis Muhammad Mansur dari Fakulti Ushuluddin IAIN

Sunan Kalijaga, Jabatan Perbandingan Agama tahun 1971 dengan tajuk
Himpunan Mahasiswa Islam (HMI) Asas dan Sikap perjuangannya pembahasan
Muhammad Mansur (1971) adalah sikap independensi HMI dalam memahami
ajaran Islam dalam bidang politik. Dari perbezaan tersebut, substansi pembahasan
kedua tulisan ini tidak bertemu. hal ini terjadi, kerana pendekatan yang dilakukan
masing-masing penulis memang berbeza. Penyelidikan dalam ilmu
administrasipun
telah dijalankan. Syaukani Bustami (1975) menyelidiki
pertisipasi ahli dalam organisasi HMI. Agus Mulyana (1995) menulis untuk tesis
sarjana muda dengan tumpuan pada aktiviti HMI dalam melawan gangguan yang
ditimbulkan PKI (Partai Komunis Indonesia).
Pada tahun 1995, Rusli Karim menyelesaikan tesis sarjana di Fakulti Sains
Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Rusli Karim
(1995) membahas corak hubungan antara Islam dan Politik, sebagaimana
Nampak dalam kes penolakan oleh HMI MPO terhadap asas negara, Pancasila,
untuk menggantikan yang telah digunakan HMI sejak masa revolusi Indonesia.
Ada pula sarjana yang bukan ahli HMI dan tidak memeluk agama Islam iaitu
Viktor I. Tanja (1979). Beliau menulis tesis doctor Hartford Seminar Foundation,
Amerika Syarikat. Victor Tanja telah berupaya mengungkapkan sejarah
penubuhan dan perkembangan HMI, kegiatannya, kedudukan ideologi HMI dan

kedudukannya di tengah gerakan-gerakan Muslim pembaharu di Indonesia, sikap
HMI tentang pembangunan, hubungan antar agama, sekularisasi, serta persoalanpersoalan yang terkait. Dalam kesimpulan penyelidikannya menyatakan bahawa
sejarah HMI terjalin sangat sempurna dengan sejarah Indonesia moden, sehingga
orang akan gagal menimbangnya secara adil jika HMI dilihat sebagai sebuah
turunan belaka dari gerakan pembaharu muslim di dunia Arab atau di anak Benua
India. HMI sebagai putra Indonesia dan muslim sejati, sejak awal telah berusaha
menemukan jawabannya dengan caranya sendiri, agar dengan demikian dapat
membangun identitinya dalam kerangka Indonesia (Victor Tanja, 1982:169).
Terakhir, Saifullah SA. (1994), menyelidiki nasionalisme di IAIN Syarif
Hidayatullah. masalah utama yang dibahas adalah tentang bagaimana persepsi
HMI mengenai nasionalisme, termasuk bagaimana pula hubungan antara Islam
dan nasionalisme.

Dalam kajian literatur ini, dapat disimpulkan bahawa belum ada
penyelidikan yang khas bagaimana HMI dan peranannya dalam gerakan dakwah
di Indonesia. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti bagaimana posisi
HMI berhubungkait dengan dakwah bagi memberikan gambaran akan aktivitiaktiviti HMI yang digerakkan untuk kepentingan dakwah.

METOD DAN PENDEKATAN KAJIAN
Pendekatan dan Konsepsual Kajian

Kuntowijoyo (1985:5) mengemukakan bahawa metod, adalah untuk mencapai
sesuatu perlu diperhatikan cara kerja yang dilakukan. cara itu dengan melalui
suatu proses, iaitu dimulai dari idea, dimana Islam perlu dirumuskan menjadi
ilmu. Konsep-konsep normatif diturunkan menjadi filsafat dan lalu menjadi teori.
Selanjutnya bagaimana menjadikan Islam sebagai sesuatu yang empiris.
Pendapat lain tentang pendekatan yang patut dilakukan mengenai kajian
sejarah pemikiran, sebagaimana dikemukakan Taufiq Abdullah Rusli Karim,
(1991:33). Menurutnya ada dua pendekatan. Pertama, pendekatan horizontal
yang mengkaji hubungan antar berbagai cawangan, sehingga kajian itu telah
menampakkan ke dalam reality sosial dan pribadi, serta mendapatkan keterangan
struktural yang bersifat dalaman. Kedua, pendekatan vertikal, iaitu bagaimanakah
ajaran (ketentuan hukum dan etika), simbol serta idiom keagamaan itu
berinteraksi dengan struktur realiti. Keterangan yang diperoleh itu ialah suatu
keterangan yang dialektis.
Selain dengan pendekatan yang diungkapkan di atas maka untuk
menghampiri permasalahan yang ditawarkan, dilakukan pendekatan historis
sosiologis, suatu pendekatan pemahaman terhadap suatu kepercayaan, ajaran atau
kejadian dengan melihatnya sebagai realiti yang punya kesatuan mutlak dengan
waktu, tempat kebudayaan, dan lingkungan di mana kepercayaan, ajaran, atau
pemikiran itu muncul (A. Mukti Ali, 1984:23).

Untuk menyokong penyelidikan ini dan memperoleh hasil yang
komprehensif dipergunakan beberapa metod. Metod historis, yang bererti sebuah
proses meliputi pengumpulan dan penafsiran gejala, peristiwa atau gagasan yang
timbul di masa lepas untuk menemukan generalisasi yang berguna dalam
memahami kenyataan-kenyataan sejarah, situasi sekarang dan meramalkan
perkembangan yang akan datang. Metod historis, mengambil kajian bibliografi,
untuk boleh mengungkap pendapat para ahli, sehingga mendapat gambaran yang

menyeluruh mengenai hasil pemikiran yang ditulis (Winarno Surachmad,
1972:21-28).
Sumadi Suryabrata (1983:16) memaparkan bahawa tujuan metod historis
untuk membuat rekonstruksi masa lepas secara sistematis dengan cara
mengumpulkan, mengevaluasi, memverifikasi serta mensintesiskan bukti-bukti
untuk menegakkan fakta dan memperoleh kesimpulan yang kuat. Kerana dalam
masalah keislaman dan keindonesiaan HMI melibatkan masyarakat banyak maka
dipakai metod historis faktual iaitu suatu metod yang menekankan kepada pikiran
orang lain (Anton Bakker, 1984:136). Penyajian data dalam penyelidikan ini tidak
cukup deskriptif, tetapi memerlukan analisis, maka dipergunakanlah metod
analisis isi (content analysis), suatu metod yang melihat masalah dengan
mengelaborasi sejauh mungkin aspek isi, manganalisisnya dari sudut bahasa,
kedalaman dan keluasan materi, kaitan masalah dengan faktor-faktor yang
mempengaruhi serta menarik garis konsistensi antara berbagai materi kemudian
menyimpulkannya. Dipergunakannya metod content analysis adalah untuk
memahami berbagai tema, pendapat dan pemikiran tentang keislaman dan
keindonesiaan HMI. Diharapkan akan ditemukan kedalaman, mahupun jangkauan
panjang dan makna idea yang dimiliki.
Sumber Data
Bagi pelaksanaan penyelidikan ini ada dua sumber yang dipergunakan yang selari
dengan obyek penyelidikan.
Pertama, sumber primer, iaitu bahan tertulis yang diperoleh dengan melakukan
riset perpustakaan. Penyelidikan ini mengutamakan sumber tertulis, berupa
dokumen-dokumen, naskah serta sejumlah literatur yang memuat pemikiran- ideaidea, gagasan dan konsep HMI tentang keislaman dan keindonesiaan. Data-data
itu, lebih mengutamakan dokumen-dokumen rasmi yang dibuat HMI. Dilakukan
pula temubual untuk mendapatkan data penyelidikan secara mendalam.
Kedua, sumber sekunder, berupa keterangan dan maklumat dari hasil-hasil
penyelidikan yang dibuat orang lain mengenai HMI, termasuk berita dan artikel
dalam media-media awam yang tidak secara rasmi menyatakan sebagai pembawa
suara HMI. Data yang berasal dari sumber sekunder hanya akan digunakan
apabila data yang diperlukan tidak terdapat pada sumber primer.

DAPATAN KAJIAN
HMI dan Pembaharuan Pemikiran Islam

Di ibukota Negara Republik Indonesia, Yogyakarta, tanggal 14 Rabiulawal 1366
H, bertepatan dengan tanggal 5 Februari 1947 penubuhan Himpunan Mahasiswa
Islam disingkat HMI oleh para mahasiswa tingkat I Sekolah Tinggi Islam (STI),
yang dicetuskan dan diprakarsai Lafran Pane dan kawan-kawan tanpa campur
tangan pihak luar, kecuali oleh mahasiswa sendiri di ruang kuliah STI, dengan
matlamat:
1.
2.

Mempertahankan negara Republik Indonesia dan mempertinggi derajat rakyat
Indonesia.
Menegakkan dan mengembangkan ajaran Islam.

Menurut pandangan HMI, tidak ada dikotomi antara wawasan keislaman
dan wawasan kebangsaan. Walaupun pada rumusan tujuan HMI yang pertama,
wawasan kebangsaan ditempatkan pada urutan pertama dan wawasan keislaman
di urutan kedua, itu adalah sebagai taktik perjuangan untuk mencapai tujuan
mempertahankan dan mempertinggi derajat rakyat Indonesia dalam aspek politik
iaitu membebaskan bangsa Indonesia dari belenggu penjajahan, aspek pendidikan,
dengan mencerdaskan kehidupan bangsa, aspek ekonomi, mensejahterakan
kehidupan rakyat, aspek budaya , membentengi budaya bangsa dan pengaruh
budaya asing. Kerana selama persoalan politik khasnya, iaitu bebasnya Indonesia
dari penjajahan Belanda menjadi bangsa yang bebas merdeka dan berdaulat
penuh, maka tujuan untuk mempertinggi derajat rakyat Indonesia di bidang
pendidikan ekonomi, sosial budaya, mahupun untuk menegakkan dan
mengembangkan agama Islam, secara politis tidak mungkin dilakukan dan
diperoleh, kerana kekuasaan masih berada di tangan pemenintah Belanda,
kedaulatan bangsa Indonesia belum diakui. Ketika perjuangan diplomasi
rnenampakkan tanda-tanda keberhasilan, Kongres I HMI di Yogyakarta, 30
November 1947, mengubah urutan itu. Štrategiknya adalah, berhasil
mempertahankan kemerdekaan 17 Ogos 1945 dan dapat melaksanakan tujuan
HMI dalam bentuk wawasan keislaman dan keindonesiaan dalam tarikan nafas
yang satu dan sama , di alam Indonesia bebas merdeka.
Ketika berusia 9 bulan setelah melalui masa-masa kritis dilangsungkanlah
Kongres I HMI di Yogyakarta tanggal 30 November 1947. Rumusan tujuan HMI
yang pertarna, mengalami pergeseran urutan. Rumusan butir pertama dipindahkan
ke urutan kedua dan sebaliknya rumusan-rumusan tujuan butir kedua dipindahkan
ke urutan pertama. Penyempurnaan kalimat juga dilakukan. Rumusan matlamat
HMI yang kedua adalah:
i. Mempertegak dan mengembangkan Agama Islam.
ii. Mempertinggi derajat rakyat dan negana Republik Indonesia (Hasil
Keputusan Kongres I HMI, 1947).

Melihat rumusan tujuan HMI yang pertama basil keputusan tanggal 5
Februari 1947, mahupun rumusan tujuan yang kedua hasil Kongres I HMI di
Yogyakarta tanggal 30 November 1947, sejak awal HMI telah memiliki pemikiran
keislaman dan keindonesiaan atau wawasan keislaman dan wawasan
keindonesiaan (kebangsaan). Pemikiran atau wawasan keislaman tergambar
dalam rumusan tujuan HMI kedua hasil keputusan rapat tanggal 5 Februari 1947
dan pada butir pertama hasil keputusan Kongres I tahun 1947. Sedangkan
pemikinan atau wawasan keindonesiaan (kebangsaan) tertuang dalam rumusan
tujuan HMI butir pertama hasil rapat 5 Februari 1947 atau pada butir kedua hasil
keputusan Kongres I di Yogyakarta 30 November 1947.
Pemikiran keislaman dan keindonesiaan atau wawasan keislaman dan
wawasan kebangsaan HMI yang bersumber dari rumusan tujuan HMI yang
pertama dan kedua, Hari Azhar Aziz, Ketua Umum PB HMI period 1983-1986
mengatakan bahawa orientasi pemahaman perspektif kesejarahan memberikan
gambaran bahawa gerak perjuangan HMI bukan peristiwa yang penubuhan
sendiri. Ia akan selalu tampil sebagai pancaran dari idea dasar kelahiran HMI,
seperti terungkap dari tujuan HMI. Terdapat dua makna yang mewarnai
pemikinan HMI. Pertama , telah menjadi tekad HMI untuk membela,
mempertahankan Negara Republik Indonesia serta menjaga kedaulatannya sejak
merdeka 17 Ogos 1945. Telah menjadi keyakinan HMI, hanya dalam negara
merdeka dan berdaulat saja cita-cita untuk meningkatkan derajat rakyat Indonesia
di bidang politik, ekonomi, pendidikan, sosial budaya , dalam rangka mewujudkan
masyarakat adil makmur dapat tercapai. Dari tema pernikiran seperti itu menurut
Hari Azhar Azis, HMI menempatkan dirinya sebagai salah satu barisan, yang
selalu tampil ke atas manakala datang penggilan untuk membela,
mempertahankan dan mempersatukan bangsa Indonesia.
Oleh itu, HMI menempatkan wawasan nasional atau kebangsaannya di
tengah-tengah masyarakat bangsa Indonesia yang majemuk. Kedua , arus
pemikiran kuat HMI, untuk sentiasa teguh dan aktif menegakkan dan
melaksanakan ajaran Islam sesuai dengan Al Quran dan Al Hadits, di seluruh lini
kehidupan organisasi sehingga dapat membentuk Intellectual Moslem Society
atau masyarakat Ulil Albab sebagai kewujudan tujuan HMI dan menegakkan dan
mengembangkan ajaran agama Islam di tengah-tengah masyarakat sehingga
menjadi rahmatan lil alamin. Kedua pemikiran tersebut bersepadu dan manuggal
dalam kehidupan dan perjuangan HMI, sebagaimana HMI menyatu dalam tubuh
kehidupan bangsanya (Hari Azhar Aziz dalam Agussalim Sitompul, 1997:278).
Dalam akar sejarah yang diungkapkan Hari Azhar Aziz, terkandung prinsip-

prinsip yang menjadi jiwa , bentuk dan sifat “masyarakat” HMI dalam lingkungan
masyarakat bangsa Indonesia.
Pada dasawarsa menjelang berakhirnya abad ke-20, perkembangan
pemikiran HMI keislaman di Indonesia mengalami perkembangan sangat
menonjol. Barangkali inilah salah satu ciri abad ini, menghasilkan corak
pemikiran yang sangat kaya dan khasanahnya. Indikasinya terlihat tampilnya
pemikiran-pemikiran atau tesa-tesa baru dari intelektual muda, berwawasan
kreatif-inovatif. Pertanda ini ditopang suasana kebebasan berpendapat yang
menjebol rintangan-nintangan ideaologi politik aliran yang kaku. Sebagai tradisi
ilmiah, gejala itu juga mendatangkan umpan balik berupa bangkitnya gerakan
revivalisme, dengan membuahkan pemikiran-pemikiran berbeza atau antitesis
terhadap pendapat sebelumnya. Di satu pihak sangat menggembirakan, tetapi di
pihak lain, perbezaan pendapat ini sebagai warisan historis masa lalu dunia Islam.
Menelaah kurun waktu sejarah pergerakan pembaharuan pemikiran Islam
di Indonesia ditandai tampilnya tokoh-tokoh pemikir yang digerakkan pendiri
Muhammadiyah K.H.A. Dahlan sampai Nurcholish Madjid. Jika dibandingkan,
pemikiran kedua-dua tokoh tersebut memiliki tumpuan gerakan yang berbeza.
K.H.Ahmad Dahian pada awal gerakannya mencanangkan kembali kepada Al
Quran dan sunnah, sebagai usaha untùk membersihkan Islam dari praktek-praktek
takhayul, bid ‘ah dan khurafat yang menyesatkan dan tidak menumbuhkan
semangat Islam yang sentiasa membawa pesan-pesan pembaharuan. Dengan
semangat kembali kepada Al Quran dan As Sunnah, yang memberikan roh kepada
gerakannya, Ahmad Dahlan melakukan pembaharuan pemikiran dalam Islam, dan
pendidikan. Sementara itu Nurcholish Madjid menumpukan pada pencerahan
pemikiran ideaologi, politik, pendidikan, ekonomi dan sosio kultural.
Genakan pembaharuan pemikinan Islam semakin signifikan, kerana
mengalami modifikasi dengan menggunakan metodologi dari penafsiran tekstual
menjadi penafsiran kontekstual untuk dapat memenuhi keperluan kontemporer
yang membumi. Wacana-wacana keislaman telah menampilkan Islam secara
nyata di alam moden. Semaraknya Islam dengan wacana modeniti, merupakan
salah satu jawaban terhadap globalisasi yang memberi nuansa transparansi yang
memungkinkan tingkat daya kritis umat Islam semakin tinggi serta interaksi
dialogis di antara penganut agama-agama besar dunia semakin terbuka. Tetapi
mesti disadari, bahawa umat Islam dan para intelektual Muslim, meminjam istilah
Nurcholish Madjid, masih lebih banyak mengurusi masalah “domestik”. Para
intelektual Muslim belum dapat menghindar dari konflik-konflik sosial dan
teologis di tingkat tertentu dengan golongan-golongan lain. Pernunculan wacana-

wacana keilmuan yang bercita-cita pada usaha menampilkan atau mengakrabkan
ajaran Islam dengan situasi yang selalu berubah di alam modenitas tersebut adalah
suatu kemestian sejarah. Ajaran Islam yang universal dan kejayaan masa lalu,
seakan-akan tidak bersahabat dengan dunia moden. Doktrinasi tekstual-eks
klusifistik yang pernah dimiliki umat Islam masa lalu, mesti diganti dengan wajah
baru Islam yang kontekstual-inklusif-integratif, dan pro-aktif. Jalinan interaksi dan
komunikasi, kemungkinan terjadinya perbenturan idea-idea dasar dan sebaliknya
sangat memungkinkan pula terjadinya pertemuan-pertemuan gagasan yang
beragam. Tetapi yang ingin dilakukan dari kondisi seperti ini adalah gagasan
orisinil Islam yang mengindonesia dan moden. Hasil pemikiran keislaman di
Indonesia, mesti berjalan paralel dengan nilai-nilai keindonesiaan. Berdasarkan
pemikiran-pemikiran tersebut, bagaimana mereformulasi pemahaman keislaman
dan keindonesiaan dalam visi baru bagi bangsa Indonesia (Hari Azhar Aziz dalam
Agussalim Sitompul, 1997:5).
PERBINCANGAN
Dalam huraian dapatan kajian dapat dikenalpasti akan dakwah yang dilakukan
HMI. Berikut ini beberapa hal aktiviti dakwah yang berkenaan dengan dakwah
Islam. Pertama, menegakkan dan mengembangkan agama Islam yang bersumber
pada Al Quran dan al-Sunnah, untuk tegaknya keyakinan Tauhid, dalam
kehidupan bermasyarakat, berbangsa dan bernegara yang majemuk, dengan
melakukan dakwah amar ma‘ruf nahi munkar . Kedua, berperan dan berpartisipasi
aktif, konstruktif, pro-aktif, inklusif, integratif, bersama-sama kerajaan Republik
Indonesia serta seluruh kekuatan bangsa, guna meningkatkan harkat dan martabat
serta peradaban bangsa Indonesia dalam bidang kehidupan beragama, pendidikan,
ekonomi, kebudayaan, sosial, politik, kemasyarakatan dan dimensi kehidupan
lainnya, serta hidup berdampingan dengan bangsa-bangsa lain di dunia, untuk
mencapai masyarakat adil makmur berdasarkan Pancasila dan UUD 1945 yang
diridhoi Allah SWT, menuju Indonesia baru di masa hadapan. Ketiga, berusaha
menguasai dan mengembangkan ilmu pengetahuan dan teknologi dalam rangka
membangun masa hadapan bangsa.
Seterusnya, keempat, membina kader-kader intelektual dan pejuang
bangsa yang berwawasan keislaman, keindonesiaan, keilmuan dan independen,
sebagai calon pemimpin bangsa di masa mendatang untuk mengisi Proklamasi 17
Ogos 1945 dan menyempurnakan perjuangan bangsa mencapai cita-citanya.
Kelima, membendung dan memberantas bahaya abadi dan latent paham/ajaran
komunis dalam segala bentuk dan manifestasinya, serta paham-paham lain yang
bertentangan dengan Islam dan Pancasila. Dan keenam, sentiasa mengusahakan

persatuan dan kesatuan umat Islam dan bangsa Indonesia yang majemuk, serta
keutuhan negara kesatuan Republik Indonesia dari Sabang Sampai Merauke,
sebagai syarat mutlak tercapainya cita-cita umat Islam dan bangsa Indonesia yang
besar dan luhur dalam hidup berdampingan dengan bangsa-bangsa lain di dunia.
Maklumat di atas bukan bererti sudah akhir. Namun dengan tetap
berpegang pada paradigma yang transendental itu dakwah HMI masih dapat
dikembangkan secara dinamis, sepanjang pengembangan itu tetap relevan. Jika
dikaji secara seksama bahawa 6 butir dakwah HMI itu, tidak hanya bersifat idea
dan tematis sahaja atau suatu teori yang siap dioperasionalkan. Oleh itu,
diperlukan usaha yang berterusan dalam mewujudkan idea berkenaan. HMI yang
pemikiran dan kegiatannya memperoleh inspirasi dari nilai-nilai keislaman dan
konteks kultural Indonesia. Maka dakwah HMI pun tidak terlepas dari kerangka
itu.
Akan bangkit pertanyaan: “bagaimana pengertian yang spesifik tentang
pemikiran keislaman dan keindonesiaan? Nurcholis Madjid dalam salah satu
tulisannya mengatakan dalam HMI, keislaman dan keindonesiaan telah terpadu
secara utuh, sehingga dalam mengekspresikan keislamannya, HMI telah sekaligus
menyatakan keindonesiaannya. Dalam pandangan HMI komitmen kepada
keindonesiaan merupakan kelanjutan dari sistem keimanannya. HMI
mengindonesia kerana hendak mengejawantahkan nilai-nilai luhur yang
diserapnya dari ajaran-ajaran Islam. Maka dalam menglslam, HMI menglslam
dalam wadah yang dikaruniakan Tuhan kepadanya iaitu tanah air Indonesia.
Keislaman dan keindonesiaan bagi HMI bukan masalah alternatif satu sama lain,
tetapi dua sisi dari sekeping mata uang (Nurcholis Madjid, 1997:iv).
Dalam tulisan lain, Nurcholis Madjid mengatakan selain keindonesiaan
atau kebangsaan dan kemahasiswaan, kualifikasi HMI sebagai gerakan pemuda
adalah keislaman. Maka, selain mesti tampil sebagai pendukung nilai-nilai
keindonesiaan dan kemahasiswaan HMI juga mesti tampil sebagai pendukung
nilai-nilai keislaman. Sekalipun dukungan pada nilai-nilai keislaman itu tetap
dalam format yang tidak dapat dipisahkan dari keindonesiaan dan kemahasiswaan.
Ertinya, penghayatan HMI pada nilai-nilai keislaman tentu tidak dapat lepas dari
lingkungan keindonesiaan. Dan juga tidak lepas dari nilai kemahasiswaan. Kerana
keindonesiaannya itu HMI tampil sebagai organisasi Islam dalam format dan citra
yang sedikit banyak berbeza dari organisasi Islam dalam kawasan lingkungan
budaya besar Arab (Nurcholis Madjid, 1997:89).
Dalam ungkapan yang berbeza, melihat hubungan keislaman dan
keindonesiaan dalam HMI, A. Syafii Maarif (1993:157) menulis:

Proses Islamisasi itu mestilah ditempuh dengan jalan damai melalui
saluran konstitusi dan peraturan-peraturan yang berlaku. HMI
tampaknya cukup sadar akan hal ini. Dan ini merupakan bagian dari
persepsi keislaman HMI dalam sebuah negara yang berdasarkan Pancasila.
HMI ini “membangun ideantitinya dalam kerangka Indonesia”. Bila cara
ini yang kita tempuh dalam mencapai tujuan, maka benturan-benturan
antara nilai-nilai keislaman dan nilai-nilai yang dijumpainya dalam kultur
atau sub kultur Indonesia akan dapat menjinakkan unsur-unsur yang
kurang sehat, bila bukan destruktif, yang mungkin terdapat dalam sub
kultur bangsa kita.
Membahas pemikiran keislaman dan keindonesiaan, dilakukan dengan
pendekatan ideaologis iaitu dengan tetap berpegang pada nilai-nilai keislaman
secara realistis, jauh dari sifat kaku, eksklusif tapi mesti inklusif pro aktif.
Sementara itu pendekatan kultural, diperlukan agar nilai-nilai yang terdapat pada
berbagai kultur yang telah membudaya di Indonesia dapat diatasi dengan penuh
kearifan dan kesantunan. Sementara itu menurut M. Syafii Maarif (1983:189)
pendekatan fungsional mestilah dilihat dari fungsinya sebagai pandangan hidup
yang mementingkan kesejahteraan warga masyarakat. Nilai-nilai Islam mesti
dapat difungsikan sepenuhnya dalam sebuah bangsa, terlepas dari bentuk negara
yang digunakan. Selain tiga pendekatan itu, umat Islam mesti memiliki kesadaran
historis, iaitu kesadaran bahawa semua tatanan hidup manusia ada sangkut
pautnya dengan perbezaan waktu dan tempat. Ini menuntut pemahaman yang
benar terhadap keluasan ajaran-ajaran Islam, demikian pernyataan Nurcholis
Madjid sebagaimana disampaikan M. Syafii Anwar (1995:212).
Pemikiran keislaman — keindonesiaan HMI seperti diungkapkan di atas
memiliki berbagai corak. Corak suatu pemikiran bukanlah suatu yang penubuhan
sendiri, akan tetapi terbentuk dan ditentukan faktor dalaman dan luaran. Demikian
juga halnya dengan corak pemikiran keislarnan - keindonesiaan HMI. Faktor
dalaman ditentukan dan berkaitan dengan hal-hal yang dimiliki HMI sebagai
dasar berpijak ke arah pembentukan corak pemikirannya. Faktor dalaman yang
dimaksud adalah karakteristik atau jati diri yang melekat dan dimiliki HMI, yang
terbentuk dalam mengiringi proses penubuhannya dan perkembangan berikutnya,
yang mengandung prinsip-pninsip wawasan keislaman, wawasan keindonesiaan,
tujuan HMI, sifat independen, berstatus sebagai organisasi mahasiswa, berfungsi
sebagai organisasi kader, berperan sebagai organisasi perjuangan dan sebagai
sumber insani pembangunan bangsa dan moden.
Wawasan keislaman - keindonesiaan, menunjukkan bahawa HMI mesti
sentiasa menempatkan Islam yang bersifat universal sebagai sumber motivasi,

sumber inspirasi di tengah-tengah pergumulan kepelbagaian, keberagamaan dan
ideologi lain yang berbagai-bagai. Pemikiran keislaman - keindonesiaan HMI
mesti melihat reality bangsa Indonesia itu, sebagai suatu negara yang berdasarkan
Pancasila dan UUD 1945 yang sangat majemuk. Juga mesti dapat ditunjukkan
kepada bangsa Indonesia bahawa agama Islam itu dapat menjadi rahmat bagi
seluruh umat manusia untuk mewujudkan masyarakat adil makmur yang diridloi
Allah SWT, sebagai suatu tugas kerja kemanusiaan. Independensi HMI dan
pemikirannya dapat menempatkan diri pada posisi yang tepat di tengah-tengah
masyarakat yang pluralistik.
Status HMI sebagai organisasi mahasiswa, yang menempatkan mahasiswa
sebagai kelompok elite dalam masyarakat pada hakikatnya memberi erti bahawa
ia memikul tanggung jawab yang besar dalam melaksanakan fungsi generasinya
sebagai kaum muda terdidik mesti sadar akan kebaikan dan kebahagiaan
masyarakat hari ini dan ke masa hadapan. Kerana itu dengan sifat dan wataknya
yang kritis, mahasiswa dan masyarakat berperan sebagai moral force yang
sentiasa melaksanakan fungsi sosial control. Atas pandangan itu, maka kelompok
mahasiswa mesti merupakan kelompok yang tidak terikat pada kepentingan
apapun kecuali kepentingan kebenaran dan obyektivitas demi kesejahteraan
masyarakat (Tafsir Independensi HMI).
Fungsi HMI sebagai organisasi kader, menempatkan kader adalah satu
lapisan dalam organisasi sebagai orang-orang yang paling sadar, akan tanggung
jawabnya terhadap masyarakat. Lewat kehadiran itu terpikul suatu tugas dan
tanggung jawab untuk melahirkan pemikiran-pemikiran yang berhasil dan
berfungsi bagi diri maupun masyarakat. Kerana kualiti-kualiti yang dimilikinya
sentiasa selalu mengambil inisiatif memprakarsai usaha-usaha yang bersifat
kemanusiaan, serta mencegah terjadinya sesuatu yang berlawanan dengan
kemanusiaan.
Memimpin merupakan sebahagian dari dakwah iaitu menegakkan
keadilan, menjaga agar setiap orang memperoleh hak asasinya. Dalam waktu yang
sama menghormati kemerdekaannya sebagai kewujudan kesadaran akan tanggung
jawab sosial. Adapun peranan HMI sebagai organisasi perjuangan,
mengisyaratkan, agar dengan pemikiran-pemikiran HMI dapat mendatangkan
suatu perubahan ke arah perbaikan dan kesejahteraan. Hal ini sesuai dengan
hakikat perjuangan itu yakni melakukan perubahan, perombakan, perbaikan,
penyempumaan terhadap segala sesuatu yang tidak sesuai lagi dengan tuntuan
zaman sehingga lebih baik dan masa sebelumnya (PB HMI, 1998:75).

KESIMPULAN
HMI tidak sahaja memiliki gerakan dalam konteks Indonesia tetapi yang juga
penting adalah dakwah Islam. Harapan yang dikembangkan adalah pengembangan
Islam dan wilayah negara Indonesia. HMI adalah suatu gejala Indonesia paling
penting dengan dampak kesejarahan paling panjang bagi sejarah pergerakan Islam
di Indonesia. Dari pengalaman ini, yang menjadi corak pemikiran HMI adalah
bagaimana memadukan keislaman dan keindonesiaan dalam suatu kerangka
berpikir yang khas. Kerana apabila keislaman dan keindonesiaan tidak dipadukan
maka dikotomi antara keduanya akan tetap muncul dan menjadi masalah
sepanjang masa. Berdasarkan ideologi HMI iaitu keislaman — keindonesiaan,
dengan sifat independensinya HMI memberikan solusi terhadap kondisi
masyarakat Indonesia yang sangat berbagai-bagai.
RUJUKAN
A. Halim Mubin. 1970 Fragmen Lintasan Sejarah Perjuangan HMI period
Yogyakarta. Makassar: Pengurus HMI BADKO Intim.
A. Mukti Ali. 1984. Metode Penelitian Agama (Suatu pembahasan tentang
metode dan sistem). A1-Jamiah, No. 31 (1984).
A. Syaili Maarif. 1993. Peta Bumi Intelektualisme Islam di Indonesia. Bandung:
Mizan.
Agus Mulyana. 1990. Peranan Himpunan Mahasiswa Islam Dalam Menghadapi
Kekuatan PKI di Indonesia 1947-1966. Skripsi Sarjana FPIPS IKIP
Bandung.
Agussalim Sitompul. 2002. Menyatu Dengan Umat Menyatu Dengan Bangsa
Pemikiran
Himpunan
Mahasiswa
Islam tentang
KeislarnanKeindonesiaan 1947-1997. Jakarta: Logos Wacana Ilmu.
Anton Bakker. 1984. Metode-Metode Filsafat. Jakarta: Ghalia Indonesia.
Hari Azhar Aziz. 1997. Keimanan, Kemandirian dan Kebhinekaan Menuju Citacita Bangsa Pancasilais. Dalam Agussalim Sitompul, Pemikiran HMI dan
Relevansinya dengan Sejarah Perjuangan Bangsa Indonesia . Yogyakarta:
Aditya Media.
Hasil Kongres I HMI. 1947. Anggaran Dasar HMI. Hasil keputusan Kongres I
HMI di Yogyakarta tanggal 30 November 1947.
Hasil-hasil Kongres ke-21. 1998. Nilai Identiti Kader HMI. Jakarta: Pusat Data
dan Informasi PB HMI.
Kuntowijoyo. 1985. Dinamika Sejarah Umat Islam Indonesia . Yogyakarta:
Shalahuddin Press.

Moksen Idris Sirfefa dan M. Alfan Alfian M. 1997. Mencipta dan Mengabdi
Komitmen Nilai Islam untuk Masa Hadapan Bangsa . Jakarta : PB HMI.
Muchriji Fauzi H.A. dan Ade Komaruddin Muchammad (Penyunting). 1990. HMI
Menjawab Tantangan Zaman. Jakarta: P.T. Gunung Kulabu.
Muhammad Mansur. 1981. Himpunan Mahasiswa Islam (HMI); Azas dan Sikap
Perjuangannya . Skripsi sarjana Fakultas Ushuluddin lAIN Sunan
Kalijaga, Yogyakarta.
Muhammad Rush Karim. 1995. Modenisasi Folitik di Indonesia Satu Kajian
Mengenai Peranan Islam dan HMI MPO. Tesis dikemukakan untuk
memperoleh ijazah Sarjana Fakultas Sains Kemayarakatan dan
Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.
Nurchohis Madjid. 1997. HMI Sebuah Gejala Keislaman dan Keindonesiaan.
Dalam Agussalim Sitompul, Pemikiran HMI dan relevansinya dengan
Sejarah Perjuangan Bangsa Indonesia. Yogyakarta: Aditya Media.
Nurchohis Madjid. 1997. Tradisi Islam Peran dan Fungsinya dalam
Pembangunan di Indonesia. Jakarta: Paramadina.
Saifullah S.A. 1994. Konsep Nasionalisme HMI sebagaimana Tercermin Dalam
Pidato Dies dan Penerapannya Dalam Gerakan Angkatan ‘66. Penelitian
Doktor Pada Program Pascasarjana IAIN Syarif Hidayatullah, Jakarta.
Sulastomo. 1989. Hari-hari yang Panjang 1963-1966. Jakarta: CV. Haji Mas
Agung.
Sumadi Suryabrata. 1983. Metode Penelitian. Jakarta: Penerbit Rajawali Press.
Syafi’i Anwar. 1995. Pemikiran dan Aksi Indonesia, Kajian Politik Cendekiawan
Muslim Orde Baru. Jakarta: Paramadina.
Syaukani Bustami. 1975. Partisipasi dalam Organisasi Suatu Kajian Terhadap
HMI Cabang Yogyakarta. Skripsi Sarjana Fakultas Sosial Politik
Universitas Gadjah Mada Yogyakarta.
Taufiq Abdullah dan Rusli Karim. 1991. Metodologi Penelitian Agama Sebuah
Pengantar. Yogyakarta: PT. Tiara Wacana.
Victor Tanja. 1982. HMI Sejarah dan Kedudukannya di Tengah Gerakan-gerakan
Muslim Pembaharu di Indonesia. Jakarta: Sinar Harapan.
Winarno Surachmad. 1972. Dasar dan Teknik Riset; Pengantar Metode Ilmiah.
Bandung: Tarsito.