INDUSTRI BINAAN SECARA AM

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM UNIT 1 BIDANG INDUSTRI BINAAN OBJEKTIF

  Objektif am: : Mengetahui secara am mengenai bidang industri binaan , dapat

membezakan tugas-tugas ahli kumpulan perekabentuk, kumpulan

jurubina dan susunatur organisasi firma kontraktor serta aturcara

pendaftaran kontraktor. Objektif khusus: Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat: Mendefinisikan industri binaan.

  Menyatakan jenis-jenis kerja kejuruteraan awam, bangunan dan

   kejuruteraan awam berat. Menghuraikan perhubungan industri binaan dengan pertumbuhan

   ekonomi negara

   Mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang terlibat di dalam pembinaan sesebuah projek. Membezakan tugas-tugas ahli kumpulan perekabentuk Membezakan tugas-tugas ahli kumpulan Jurubina.

  Menerangkan secara am susun atur organisasi firma kontraktor yang

  

   baik Mengenal pasti ciri-ciri organisasi firma kontraktor mengikut bidang,

   tugas dan tanggung jawab serta melakarkan carta organisasinya.

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM

  INPUT 1A

  1.0 Pengenalan Industri binaan adalah satu bidang yang sangat penting bagi menstabilkan negara.

  Ia merupakan satu bidang perniagaan yang meliputi kerja bangunan, kejuruteraan awam, mekanik, air, elektrik, kuari, memajukan hutan dan tanah, telehubungan dan lain-lain. Matlamat utama ialah untuk mendapatkan pulangan atau keuntungan ke atas pelaburan yang telah dibuat sehingga ke peringkat yang paling maksimum. Bagi menjamin melicinkan perjalanan sesuatu projek binaan ini, maka pengurusan dan aturcara yang baik mesti dirancangkan.

  1.1 Definisi Industri Binaan Industri yang meliputi kerja-kerja bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan awam.

  1.2 Jenis-jenis kerja dalam industri binaan

1.2.1 Kejuruteraan Awam Ia melibatkan projek-projek besar serta kos yang banyak dan komplek.

  Contoh-contoh kerjanya seperti :

   pembinaan jalanraya dan lebuhraya  jambatan dan jeti  terowong  pembentungan najis dan lain-lain.

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM

1.2.2 Bangunan

  Ia melibatkan kerja-kerja pembinaan :

   Rumah-rumah kediaman  Pejabat-pejabat  Hotel dan resort  Hospital  Sekolah dan institusi pendidikan  Masjid dan lain-lain

1.2.3 Kejuruteraan Awam berat

   Pelantar minyak  Empangan sungai  Lapangan terbang  Rangkaian lebuhraya negara  Landasan keretapi dan lain-lain

1.3 Hubungan di antara industri binaan dengan pertumbuhan ekonomi negara.

  Industri binaan merupakan salah satu industri utama yang mempunyai hubungan yang rapat dengan keadaan ekonomi negara. Apabila keadaan ekonomi berkembang, industri binaan akan turut berkembang bagi memenuhi permintaan yang bertambah. Ini kerana permintaan berkesan terhadap barangan dan perkhidmatan akan bertambah apabila jumlah pendapatan penduduk bertambah.

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM

  Oleh sebab itu industri binaan dianggap sebagai penggalak terhadap perkembangan industri-industri lain. Banyak aktiviti ekonomi lain yang berkaitan dengannya turut berkembang. Umpamanya ialah pengeluaran bahan-bahan, komponen, peralatan dan loji binaan. Selain itu jika sesuatu projek binaan mula dilaksanakan di sesuatu tempat , berbagai-bagai aktiviti seperti perumahan, perniagaan dan lain-lain mula berkembang. Industri binaan juga merupakan industri perkhidmatan yang membantu industri

  • – industri lain dalam menyediakan kemudahan infrastruktur fizikal dan bangunan. Walaupun demikian, industri binaan adalah sangat komplek dan mempunyai ciri- ciri tersendiri. Oleh itu kontraktor sebagai pihak terakhir dalam industri binaan yang akan merealisasikan projek binaan ke alam nyata perlu memahami beberapa aspek penting yang akan mempengaruhi kerja-kerja di tapak binaan.

1.4 Aktiviti-aktiviti yang terlibat di dalam pembinaan.

1.4.1 Kajian Kemungkinan

  Kajian ini perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum sesuatu pembinaan dijalankan. Di antara kajian yang perlu dibuat ialah : i. Kajian Sosial iaitu untuk menentukan untung rugi, dapat memenuhi permintaan pelanggan atau tidak juga tercapai atau tidak bagi menyelesaikan masa sosial. ii. Kajian penyiasatan tanah bagi menentukan jenis- jenis tanah dan keupayaan galasnya.

  Laporan perlu dibuat berdasarkan laporan yang iii. sedia ada dan kajian-kajian baru yang telah dibuat.

  

INDUSTRI BINAAN SECARA AM

  1.4.2 Rekabentuk

  Peringkat rekabentuk dibahagikan kepada subperingkat : cadangan rangka,reka bentuk skim, rekabentuk terperinci dan maklumat pengeluaran. Cadangan rangka dan rekabentuk skim kadang kala dikenali sebagai ‘pelan lakar’, manakala reka bentuk terperinci dan maklumat pengeluaran sebagai ‘lukisan kerja’.

  Sebagai rumusannya peringkat ini merangkumi :  Reka bentuk skim, termasuk anggaran kos  Reka bentuk terperinci  Lukisan kerja, spesifikasi dan jadual  Bil kuantiti  anggaran kos akhir

  1.4.3 Tender

  Tawaran dikeluarkan setelah plan selesai dibuat bagi memilih kontraktor yang sesuai untuk membina dan menyiapkan projek pembinaan tersebut.

  1.4.4 Kontrak

  Kontrak adalah suatu perjanjian di antara dua atau lebih pihak yang bertanggungjawab dan perjanjian itu berkuatkuasa oleh undang- undang. Dari segi kontrak, pihak utama dalam kontrak binaan ialah kontraktor sebagai pihak yang membuat tawaran dan tuanpunya sebagai pihak yang menerima. Manaakala perunding merupakan pihak lain yang biasanya dilantik oleh tuanpunya. Rajah 1.1 menunjukkan pertalian di antara kontrak

TUANPUNYA KONTRAKTOR

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM

  1.4.5 Pembinaan

  Kontraktor yang telah menandatangani kontrak mesti membina dan menyiapkan pembinaan mengikut waktu yang dihadkan dan kos yang dipersetujui dan juga mengikut kualiti yang telah ditentukan.

  1.4.6 Penyerahan

  Projek pembinaan akan diserahkan oleh kontraktor kepada pemaju atau tuanpunya setelah pembinaan siap sepenuhnya (termasuk setelah tamat tempoh tanggungang kecacatan).

  1.4.7 Penggunaan dan penyenggaraan.

  Setelah projek pembinaan itu boleh digunakan atau diduduki oleh pengguna maka majikan atau tuanpunya akan sentiasa membuat penyenggaraan yang mana perlu.

2.0 Tugas-tugas ahli kumpulan perekabentuk

  Ahli kumpulan perekabentuk ialah : 2.1 Pemaju projek.

  2.1.1 merupakan tuanpunya yang berniat atau berkehendak untuk membina projek. 2.1.2 melantik perunding dan kontraktor.

  2.2 Arkitek.

  2.2.1 menyempurnakan hajat tuanpunya projek serta memberi nasihat dan cadangan. 2.2.2 menyediakan rekabentuk awal dan terperinci berdasarkan kehendak dan modal yang dimiliki

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM 2.3 Jurutera struktur/Awam, Elektrik dan Jentera.

  2.3.1 Peranannya hampir sama dengan arkitek cuma merujuk bidang masing-masing dan selalu berhubung dengan arkitek.

2.4 Jurukur Bahan

  2.4.1 Berperanan sebagai penasihat kos pada peringkat awal walaupun lukisan terperinci belum disediakan.

  2.4.2 Membuat Anggaran kasar untuk rujukan pihak pemaju.

  2.4.3 Sebagai perancang kos bagi menganalisa secara sistematik setiap elemen di dalam sesebuah bangunan serta membuat perbandingan dengan kos keseluruhan.

  2.4.4 Menyediakan Dokumen tawaran.

3.0 Tugas-tugas ahli Kumpulan Jurubina

  Ahli-ahli kumpulan Jurubina ialah : 3.1 Kontraktor. Ia bertanggungjawab untuk:

  3.1.1 membina dan menyiapkan projek pembinaan berdasarkan dokumen kontrak.

  3.1.2 menanggung segala kerja yang telah dilaksanakan dan disiapkan di tapak bina.

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM

  3.1.3 Melaksanakan kerja dengan teratur dan cekap bagi menyiapkan kerja mengikut tarikh yang telah ditentukan.

  3.1.4 Mematuhi segala peraturan pihak berkuasa tempatan .

  3.1.5 Menyediakan perlindungan insuran ke atas kerja dan pekerjanya.

  3.2 Arkitek.

  3.2.1 Mengawas dan menyelia projek semasa pembinaan

  3.2.2 Sebagai ketua di kalangan perunding

  3.2.3 Berhubung dengan kontraktor

  3.3 Jurutera Struktur/Awam, Elektrik dan Jentera

  3.3.1 Mengawas dan menyelia projek semasa pembinaan

  3.3.2 Penasihat utama di dalam bidang masing-masing di tapak bina.

  3.4 Jurukur Bahan 3.4.1 menilai kerja di tapak bina untuk bayaran kemajuan.

  3.4.2 Menilai arahan pindaan kerja

  3.4.3 Memastikan sebarang kecacatan telah diperbaiki apabila tamat tempoh tanggungan kecacatan.

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM

Sila uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut sebelum

meneruskan unit yang selanjutnya. Anda boleh menyemak jawapan berdasarkan maklum balas di halaman berikutnya.

  1.1 Nyatakan definasi industri binaan.

  1.2 Senaraikan TIGA (3) jenis kumpulan kerja yang utama di dalam industri binaan.

  1.3 Senaraikan jenis-jenis kerja yang terlibat bagi setiap kumpulan kerja di bawah : a)

  Kejuruteraan Awam

  b) Bangunan

  c) Kejuruteraan Berat

  1.4 Nyatakan aktiviti-aktiviti yang terlibat di dalam pembinaan sesebuah projek mengikut urutannya.

  1.5 Terangkan dengan jelas perbezaan tugas-tugas Jurukur Bahan sebagai perekabentuk dan Jurubina.

  1.6 Huraikaan peranan masing-masing bagi Perekabentuk sesuatu projek pembinaan : a) Pemaju projek

  b) Arkitek

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM PERHATIAN Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 1A

  1.1 Industri yang meliputi kerja-kerja bangunan dan kejuruteraan awam. Matlamat yang utama ialah untuk mendapatkan pulangan atau keuntungan ke atas pelaburan sehingga ke peringkat yang paling maksimum. Untuk mencapainya perlu ada kerja sama di antara pihak-pihak yang terlibat.

  1.2 a) Kejuruteraan Awam

  b) Bangunan

  c) Kejuruteraan awam berat 1.3 a) Kejuruteraan Awam - pembinaan jalanraya, jambatan , terowong, pembentungan najis dan lain-lain.

  b) Bangunan - Rumah kediaman, pejabat, , hospital, sekolah dan lain-lain.

  c) Kejuruteraan awam berat - Pelantar minyak, empangan, lapangan terbang, rangkaian lebuh raya dan lain-lain.

  1.4 Urutan aktiviti-aktiviti : i) Kajian kemungkinan ii) Rekabentuk iii) Tender iv) Kontrak

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM

  1.5 Rujuk nota 2.4 dan 3.4 1.6 a) Pemaju projek merupakan tuanpunya yang berniat atau berkehendak untuk membina projek , melantik perunding dan kontraktor serta sebagai pembayar projek.

  b) Arkitek menyempurnakan hajat tuanpunya projek serta memberi nasihat dan cadangan. Juga menyediakan rekabentuk awal dan terperinci berdasarkan kehendak dan modal yang dimiliki oleh tuanpunya projek itu

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM

  INPUT 1B

  ORGANISASI FIRMA KONTRAKTOR

  • – Ayah tahu tak syarat syarat hendak menjadi kontraktor …….

4.0 STRUKTUR ORGANISASI FIRMA KONTRAKTOR Pada umumnya sesebuah syarikat kontraktor dijalankan dalam bentuk organisasi.

  Organisasi adalah satu proses bagaimana kerja yang hendak dibuat oleh seseorang atau kumpulan dapat disatukan supaya tugas dan kerja yang berlainan dalam firma itu dapat mencapai matlamatnya melalui satu sistem operasi yang cekap dan sistematik.

  Menurut Paulson, Fonahl dan Parker (1992), struktur organisasi adalah berkait rapat dengan ketepatan membuat keputusan dalam situasi projek. Hal ini bererti

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM

  Susun atur organisasi adalah berdasarkan tugas dan tanggung jawab mengikut bahagian-bahagian tertentu dalam firma. Rajah 1.2 menunjukkan hiraki struktur organisasi.

  Tertinggi Pengurusan mengikut kuasa dan Pertengahan Penyeliaan / teknikal polisi firma Bawah Pekerja

  Rajah 1.2 Hiraki struktur organisasi 4.1 CIRI-CIRI ORGANISASI .

  Terdapat banyak ciri bagi setiap organisasi berdasarkan bidang kuasa, tugas dan tanggung jawab masing-masing. Bidang kuasa ini berubah-rubah berdasarkan kecil atau besar firma kontraktor tersebut dan juga projek yang dilaksanakan.

  Rajah 1.3.menunjukkan bidang kuasa di dalam firma kontraktor.

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM

  Bidang kuasa 1.

  4. Mencatitkan kerja-kerja harian dan cuaca harian.

  3. Mengawasi kerja-kerja dan pekerja di tapakbina.

  Membantu Pengurus projek 2. Memastikan keselamatan di tapak dipatuhi.

  Bidang kuasa 1.

  4. Koordinasi dengan wakil tapak pemilik dan sub- kontraktor.

  3. Mengawasi kemajuan kerja di tapak kerja supaya mengikut jadual.

  2. Membuat laporan mingguan kepada pengurus projek

  Membantu pengurus projek.

  5. Menyediakan tuntutan bayaran PENYELIA TAPAK KERJA SIVIL PENYELIA TAPAK KERJA BANGUNAN PEKERJA PEKERJA

  Rajah 1.3 : Bidangkuasa di dalam firma kontraktor

  4. Mengawasi pembaziran bahan- bahan binaan.

  3. Membuat pesanan di atas bahan-bahan binaan.

  2. Pengurusan tapak dan kontrak.

  Membantu pengurus projek.

  Mentadbir kontrak KOORDINATOR PROJEK Bidang kuasa 1.

  3. Pengurusan projek baru 4.

  Pengurusan projek 2. Polisi-polisi syarikat.

  PENGARAH URUSAN PENGURUS PROJEK Bidang kuasa 1.

5. Membahagikan penggunaan jentera di tapak.

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM

5.0 CARTA ORGANISASI FIRMA KONTRAKTOR

  Carta organisasi amat penting : i) untuk melicinkan pentadbiran ii) untuk mengetahui bidang kerja dan tugas-tugas sendiri. iii) bagi mewujudkan satu pengurusan yang cekap iv) menjimatkan perbelanjaan.

  Saiz atau bentuk carta organisasi firma kontraktor sama ada kecil, sederhana atau besar bergantung kepada firma ataupun projek pembinaan yang dijalankan. Namun begitu sebagai asasnya, carta organisasi adalah seperti rajah 1.4

  PENGURUS PENTADBIRAN TEKNIKAL AM KEWANGAN PEMBELIAN PROJEK

  Rajah 1.4 Carta Organisasi Firma Kontraktor

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM

6.0 SISTEM KEPALA Anda tahu apa itu kepala ? Anda tentu mengambil berat terhadap kepala anda.

  Tetapi anda jangan ingat sistem kepala yang kita akan pelajari ini sama dengan kepala yang anda faham. Amat jauh sekali bezanya. Mari kita fahami apa itu Sistem Kepala.

  KEPALA ! ! Sistem kepala memainkan peranan yang besar di dalam industri pembinaan.

  Pihak yang terlibat dinamakan Kontraktor Kepala. Sistem ini menjuruskan kepada pengkhususan sesuatu jenis kerja. Setiap Kontraktor yang ingin berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) mestilah menyatakan kepala-kepala yang ingin didaftarkan mengikut kepakaran masing-masing.

  Kontraktor kepala mempunyai hubungan yang rapat dengan kontraktor tetapi pekerjanya bukan pekerja kontraktor. Hanya kontraktor kepala yang mempunyai

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM

  Kontraktor kepala bekerja berdasarkan kepada keuntungan. Peralatan pertukangan ringan adalah di bawah penyediaan dan penyelenggaraan kontraktor kepala. Kontraktor hanya menyediakan peralatan atau jentera berat sahaja. Kebaikan Sistem Kepala i. Kontraktor terlepas dari tanggung jawab mengurus dan mengawal pekerja binaan. ii. Ianya lebih anjal (pekerja dapat bertukar ke tempat kerja) iii. Kerja dapat disempurnakan dengan lebih cepat.

  Keburukan Sistem Kepala i. Pengawasan pekerja (kontraktor tiada kuasa untuk mengawasi secara terus pekerja kontraktor kepala) ii. Kualiti kerja iii. Pembaziran bahan binaan.

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM Jenis- jenis Kepala

  Jenis-jenis kepala yang wujud dalam pendaftaran kontraktor kerja awam ialah : JENIS KEPALA BIDANG KERJA Kepala I Kerja Kejuruteraan Awam

  (Civil Engineering Works) Kepala II Kerja Bangunan

  (Building Works) Kepala III Kerja Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Pembersihan dan Kejuruteraan Air.

  (Mechanical, Sanitary and Water Engineering Works)

  Kepala IV Lain- lain Kerja Kejuruteraan Awam ‘Specialist’.

  (Other Specialist Civil Engineering Works) Kepala V Kerja pecah batu, Pembekalan Tanah dan Pengangkutan.

  (Quarrying Metal and Earth Supply, Cartage and Transport) Kepala VI Kerja Perhutanan dan Pembangunan tanah.

  (Forest and Land Development) Kepala VII Kerja Elektrik

  (Electric Works) Kepala VIII Kerja Telekomunikasi

  (Telecommunication Works)

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM

  7.0 ATUR CARA PENDAFTARAN KONTRAKTOR DI PUSAT KHIDMAT KONTRAKTOR (PKK)

   7.1 Pendaftaran Kontraktor

  Kontraktor yang ingin melibatkan diri dalam industri binaan hendaklah mendaftarkan diri di Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) atau Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (LPIM).

  7.2 Tugas –tugas Pusat Khidmat Kontraktor

  i. Pusat pendaftaran bagi semua kontraktor kerja di peringkat Persekutuan atau negeri. ii. Memberi pengiktirafan Bumiputera kepada kontraktor-kontraktor yang berkelayakan. iii. Pusat rujukan perihal kontraktor kerja iv. Memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada kontraktor bumiputera.

  7.3 Syarat-syarat Pendaftaran Kontraktor i. Mestilah mendaftar perniagaan di Pejabat Pendaftaran Perniagaan.

  ii. Memiliki modal yang minimum. iii. Mempunyai kelayakan Teknikal (sijil/diploma/ijazah) iv. Mempunyai pengalaman kerja atau rekod kerja syarikat. v. Mempunyai kemudahan kredit, bekalan bahan dan mesin. vi. Mempunyai surat sokongan daripada penyelia projek dan kontraktor utama. vii. Mempunyai alat kelengkapan dan jentera

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM

7.4 Kelas Pendaftaran Kontraktor Pemohon hendaklah menyatakan Kelas pendaftaran yang hendak dipohon.

  Kontraktor dibenarkan berdaftar dalam satu kelas sahaja. Pendaftaran Kelas F adalah dikhaskan untuk syarikat perseorangan Bumiputera dan syarikat-syarikat yang 100% Bumiputera dari segi pegangan saham, Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja.

  Kontraktor yang berdaftar hanya dibenarkan menyertai tender yang dipelawa bagi kelas pendaftaran yang ianya didaftarkan. Had Kewangan (iaitu kos kerja) bagi satu-satu kelas pendaftaran adalah seperti berikut :

KELAS HAD KEWANGAN (RM)

  A 4,000,001 keatas B 2,000,001 hingga 8,000,000

  BX 1,000,001 hingga 4,000,000 C 750,001 hingga 2,000,000 D 150,001 hingga 750,000 E 100,001 hingga 350,000

  EX 50,001 hingga 150,000 F 100,000 ke bawah

  Jadual 1.2 - Had Kewangan bagi kelas pendaftaran

7.5 Pengiktirafan Bumiputera

  Syarikat yang memohon Pengiktirafan Bumiputera hendaklah memenuhi syarat yang tercatat dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 tahun 1974 iaitu : i. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada Ahli Lembaga Pengarah terdiri daripada kaum Bumiputera. ii. Majoriti atau sekurang-kurangnya 51% daripada Ahli Pengurusan terdiri daripada kaum Bumiputera.

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM

7.6 Kelayakan Kakitangan

  Syarikat yang memohon hendaklah ada sekurang-kurangnya seorang berkelulusan teknikal di dalam syarikat, sama ada sebagai Ahli Lembaga Pengarah, Pemegang Saham atau kakitangan yang dibayar gaji dan dibayar caruman kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

  Kelulusan teknikal yang diwajibkan adalah seperti berikut : i. Kelas A, B dan BX

  Ijazah atau Diploma Lanjutan daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang yang ada kaitan dengan bidang kerja yang dipohon. ii. Kelas C

  Diploma daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan dalam bidang yang ada kaitan dengan bidang kerja yang dipohon. iii. Kelas D, E, EX dan F

  Sijil kursus pemborong dan/atau pengalaman kerja dalam bidang kerja yang dipohon. iv. Kelulusan Tambahan

  a) Bagi bidang kerja Telekomunikasi (kepala VIII), syarikat yang memohon mestilah mempunyai ahli pengurusan atau pekerja yang memiliki Sijil Kelulusan / Surat Perakuan Kompetensi daripada Jabatan Telekom Malaysia (JTM) atau Syarikat Telekom Malaysia (STM) bagi pihak JTM.

  b) Bagi bidang kerja tertentu yang lain perlu surat akuan sama ada dari Jabatan Kilang dan Jentera, Jabatan Bomba, Majlis Perbandaran, Jabatan Galian, Polis Di Raja Malaysia dan

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM

7.7 Denda Terhadap Pihak Kontraktor

  Pihak kontraktor yang melanggar syarat-syarat pendaftaran akan didenda sama ada dalam bentuk penggantungan atau pembatalan atau penarikan semula Perakuan (lesen) Pendaftaran.

  Faktor-faktor berikut akan menyebankan pendaftaran kontraktor digantung atau ditarik balik :

   pemegang perakuan telah dihukum sebagai bankrup atau  petisyen penggulungan berhubung dengan kontraktor telah

  diserahkan atau

   pemegang perakuan gagal mematuhi mana-mana peruntukan

  Akta atau peraturan-peraturan pendaftaran atau

   pemegang perakuan telah memperolehi perakuan dengan

  membuat perakuan atau pernyataan palsu secara bertulis atau sebaliknya atau

   pemegang perakuan meninggalkan kerja pembinaan yang sedang

  dijalankan atau

   pemegang perakuan telah didapati bersalah oleh mahkamah atau

  mana-mana badan penyiasat yang ditubuhkan di bawah mana- mana undang-undang bertulis kerana cuai dalam perlaksanaan kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan atau

   pemegang perakuan telah melanggar atau gagal mematuhi, atau

  telah membantu pelanggaran mana-mana terma, syarat-syarat atau batasan yang dikenakan oleh Lembaga.

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM

  Pendaftaran akan terbatal secara automatik seperti kes-kes di bawah : i) Apabila pendaftarannya dengan Pendaftar Perniagaan telah tamat, kecuali kontraktor menyerahkan salinan perakuan pembaharuan dengan pendaftar Perniagaan dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh tamat Perakuan Pendaftaran Perniagaan ii) Bgi kontraktor yang pendaftarannya dengan Jabatan bekalan Elektrik dan gas telah tamat, kecuali kontraktor menyerahkan salinan perakuan pembaharuan dalam tempoh dua (2) minggu selepas tarikh tamat pendaftaran. iii) Apabila seseorang kontraktor yang menjalankan operasi secara milik tunggal meninggal dunia kecuali waris atau walinya memohon kebenaran dari Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia ( LPIPM) dalam masa satu (1) bulan dari tarikh kematian, di mana dengan kelulusan LPIPM, pendaftarannya boleh diteruskan sehingga kerja-kerja semasa yang sedang dilaksanakan siap. iv) Apabila rakan kongsi kontraktor yang beroperasi secara perkongsian meninggal dunia atau berpecah kongsi kecuali rakan kongsi yang masih hidup atau tinggal memohon kebenaran LPIPM dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh kematian atau pemecahan, dimana dengan kelulusan LPIPM, pendaftaran kontraktor dibenarkan sehingga kerja semasa siap atau tamat pendaftarannya yang mana lebih awal.

  Kontraktor yang pendaftarannya telah dibatalkan, digantung atau ditarik balik tidak dibenarakan dari menyertai mana-mana tender baru atau meneruskan mana- mana kerja pembinaan. Pihak Lembaga boleh dalam keadaan tertentu membenarkan kontraktor yang pendaftarannya telah dibatalkan untuk menyiapkan kerja semasanya.

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM

7.8 Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM atau CIDB)

  Peranan Lembaga ini ialah : i) Untuk mendaftarkan kontraktor-kontraktor yang hendak melaksanakan perniagaan di Malaysia sama ada syarikat kerajaan atau swasta. ii) Mendaftarkan kakitangan pengurusan dan penyeliaan. iii) Mendaftar pekerja mahir atau tukang. iv) Menyediakan latihan bagi peningkatan latihan dan kemahiran.

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM Sila uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan berikut sebelum

meneruskan unit yang selanjutnya. Anda boleh menyemak jawapan berdasarkan

maklum balas di halaman berikutnya.

  1.7 Terangkan bidang kuasa

  • –bidang kuasa bagi : i) Penyelia Tapak Kerja Sivil.

1.8 Nyatakan tujuan carta organisasi bagi sesebuah firma kontraktor.

  1.9 Mengapakah sistem kepala mendatangkan keburukan di dalam industri binaan ?

  1.10 En. Ahmad adalah seorang kontraktor yang telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana memberi rasuah kepada pegawai Pusat Khidmat Kontraktor (PKK). Terangkan kedudukan En. Ahmad.

  

INDUSTRI BINAAN SECARA AM

  1.11 Berdasarkan satu contoh diberi, padankan jenis-jenis kepala dalam pendaftaran kontraktor kerja awam berdasarkan bidang kerja masing-masing di dalam Jadual 1

  JENIS BIDANG KERJA KEPALA Kepala I Kerja Bangunan

  (Building Works) Kepala II Kerja pecah batu, Pembekalan Tanah dan Pengangkutan.

  (Quarry Metal and Earth Supply, Cartage and Transport) Kepala III Kerja Elektrik

  (Electric Works) Kepala IV Lain-lain Kerja Kejuruteraan Awam ‘Specialist’.

  (Other Specialist Civil Engineering Works) Kepala V Kerja Kejuruteraan Awam

  (Civil Engineering Works) Kepala VI Kerja Telekomunikasi

  (Telecommunication Works) Kepala VII Kerja Perhutanan dan Pembangunan tanah. (Forest and Land Development)

  Kepala VIII Kerja Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Pembersihan dan Kejuruteraan Air.

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM MAKLUM BALAS 1B

PERHATIAN

  

Anda hanya boleh berpindah ke PENILAIAN KENDIRI jika anda dapat menjawab

ke semua soalan dalam Aktiviti 2B.

  1.7 Bidang kuasa bagi penyelia tapak kerja sivil ialah : 1. Membantu pengurus projek.

  2. Membuat laporan mingguan kepada pengurus projek 3. Mengawasi kemajuan kerja di tapak kerja supaya mengikut jadual.

  4. Koordinasi dengan wakil tapak pemilik dan sub-kontraktor.

  5. Membahagikan penggunaan jentera di tapak.

  1.8 Tujuan carta organisasi ialah : i) untuk mengetahui bidang kerja dan tugas-tugas sendiri. ii) bagi mewujudkan satu pengurusan yang cekap ii) menjimatkan perbelanjaan.

1.9 Sistem kepala mendatangkan keburukan kerana :

  i. Pengawasan pekerja (kontraktor tiada kuasa untuk mengawasi secara terus pekerja kontraktor kepala) ii. Kualiti kerja tidak memuaskan. iii. Bahan binaan berlaku pembaziran.

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM

1.10 En. Ahmad akan digantung atau ditarik balik Perakuan Kontraktor kerana beliau telah disahkan bersalah oleh mahkamah.

  (Rujuk fakta mukasurat 22)

  2.6 Rujuk nota mukasurat 18

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM PENILAIAN KENDIRI Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan. Semoga berjaya. SOALAN 1 - 1 .

  Huraikan hubungan industri binaan dengan pertumbuhan ekonomi negara

  SOALAN 1 – 2

  Pada pendapat anda mengapakah kontrak penting di dalam industri pembinaan?

   SOALAN 1 – 3 Huraikan dengan terperinci perbezaan di antara tender dan kontrak. SOALAN 1 - 4

  Anda pemegang Sijil /Diploma Kejuruteraan Awam berhasrat membuka sebuah syarikat kontraktor. Nyatakan syarat

  • – syarat yang perlu dipatuhi untuk memenuhi hasrat tersebut.

  SOALAN 1 - 5

  Anda ditugaskan untuk mendapatkan contoh-contoh carta organisasi yang sebenar daripada sebuah syarikat / firma kontraktor yang anda pilih.

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM Adakah anda telah mencuba dahulu ? Jika “YA”, sila semak jawapan anda.

  JAWAPAN 1 – 1

  Industri binaan merupakan salah satu industri utama yang mempunyai hubungan yang rapat dengan keadaan ekonomi negara. Apabila keadaan ekonomi berkembang, industri binaan akan turut berkembang bagi memenuhi permintaan yang bertambah. Ini kerana permintaan berkesan terhadap barangan dan perkhidmatan akan bertambah apabila jumlah pendapatan penduduk bertambah.

  JAWAPAN 1 – 2

  Kontrak amat penting di dalam industri pembinaan kerana ia merupakan satu perjanjian yang disahkan oleh undang-undang. Tanpa perjanjian yang bertulis kemungkinan akan berlaku di mana kontraktor akan membina secara sambil lewa ataupun tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. Kontraktor juga mungkin menyiapkan pembinaan tidak mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Jadi tuanpunya boleh mengambil tindakan mengikut undang-undang jika kontraktor melanggar kontrak.

  JAWAPAN 1 – 3 Perbezaan di antara tender dan kontrak.

  Tender adalah proses penawaran untuk memilih kontraktor yang layak untuk membina dan menyiapkan projek pembinaan yang dicadangkan. Semasa proses ini juga dokumen

  INDUSTRI BINAAN SECARA AM

  Manakala kontrak ialah perjanjian yang dibuat setelah kontraktor yang layak menerima tawaran untuk membina dan menyiapkan projek tersebut. Kontrak ini ditantatangani sebelum pembinaan dimulakan. Hanya kontraktor dan tuanpunya yang terlibat di daalam kontrak ini.

  JAWAPAN 1- 4

  Rujuk nota 7.3 muka surat 19

  JAWAPAN 1- 5 Berdasarkan maklumat yang diperolehi oleh pelajar.

  .

Dokumen yang terkait

KARAKTERISASI LIMBAH INDUSTRI TAPESEBAGAI BAHAN BAKU PEMBUATAN BIOPELLET CHARACTERIZATION OF TAPE INDUSTRY WASTE AS BIO PELLET RAW MATERIAL

0 0 7

ANALISIS KELAYAKAN TEKNIS DAN FINANSIAL PUREE MANGGA PODANG URANG PADA SKALA INDUSTRI KECIL MENENGAH (STUDI KASUS PADA IKM KELOMPOK WANITA TANI BUDIDAYA TIRON MAKMUR BANYAKAN, KEDIRI) TECHNICAL AND FINANCIAL FEASIBILITY ANALYSIS OF PODANG URANG MANGO PURE

0 0 11

ANALISIS KELAYAKAN TEKNIS DAN FINANSIAL PADA INDUSTRI PENGOLAHAN KARET SKALA KECIL DI KABUPATEN MUSI RAWAS SUMATERA SELATAN TECHNICAL AND FINANCIAL FEASIBILITY ANALYSIS OF THE SMALL SCALE INDUSTRIAL RUBBER PROCESSING IN MUSI RAWAS REGENCY OF SOUTH SUMATER

1 2 13

EFEKTIVITAS GETAH POHON YODIUM (Jatropha Multifida Linn) TERHADAP PERTUMBUHAN BAKTERI Staphylococcus aureus SECARA IN VITRO

0 0 21

HUBUNGAN KEBIASAAN NGOBROL (DISTRAKSI) DENGAN KECELAKAAN KERJA DI INDUSTRI PEMBUATAN KRUPUK KULIT

0 0 9

TOKSISITAS SUBAKUT TEPUNG GLUKOMANAN (A. muelleri Blume) TERHADAP SGOT DAN NATRIUM TIKUS WISTAR SECARA IN VIVO Subacute Toxicity Testing of Glucomannan (A. muelleri Blume) Toward SGOT and Sodium of Wistar Rats by In Vivo

0 0 6

EFEK PREBIOTIK DAN SINBIOTIK SIMPLISIA DAUN CINCAU HITAM (Mesona palustris BL) SECARA IN VIVO: KAJIAN PUSTAKA In Vivo Prebiotic and Synbiotic Effect of Black Grass Jelly (Mesona palustris BL) Leaf Simplicia: A Review

0 0 11

EFEK HIPOKOLESTEROLEMIK TEH INSTAN BERBASIS CINCAU HITAM (Mesona palustris BL) YANG DIUJI SECARA IN VIVO Hypocholesterolemic Effect of Black Grass Jelly (Mesona Palustris BL) Based on Instant Tea Using In Vivo Tested

0 0 6

View of ANALISIS LAPORAN KEUANGAN DAN ANALISIS INDUSTRI BONGKAR MUAT UNTUK MENENTUKAN STRATEGI USAHA PT. GITA TERMINAL SARANA

0 0 20

View of STRATEGI PT. ASTRA HONDA MOTOR DALAM MEMPERTAHANKAN KEUNGGULAN KOMPETITIF SECARA BERKELANJUTAN

0 2 12