RUKUN NEGARA (1) negara-negara budaya negara-negara budaya negara-negara budaya

RUKUN NEGARA
Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang Ke13. Rukun Negara diperkenalkan berikutan Peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum
di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsipprinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan
kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.
Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara satu cara hidup demokratik; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara hidup yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai
corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai
cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Latar Belakang
Penubuhan Kementerian



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan ditubuhkan pada 27

Oktober 1990.

Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalak pembangunan perdagangan dalam


negeri yang beretika dan melindungi kepentingan pengguna.
Peranan dan fungsi Kementerian telah diperluaskan pada tahun 2009 untuk merangkumi sektor
francais dan koperasi.

Fungsi KPDNKK
KPDNKK menggubal dasar, strategi dan mengkaji perkara-perkara yang berkaitan dengan pembangunan
perdagangan dalam negeri dan kepenggunaan.
Bidang Tugas Kementerian:

Perdagangan Dalam Negeri






Menentukan dan memantau harga barang-barang perlu.
Melesenkan penjualan dan pengedaran barang-barang perlu.
Melesenkan penjualan dan pengedaran barangan petroleum dan petrokimia.
Menyelaraskan dasar, peraturan dan aktiviti berkaitan keselamatan industri





petroleum, petrokimia dan gas.
Melesenkan urusniaga jualan langsung.
Melaksanakan peraturan timbang dan sukat.
Menyelaras perkara mengenai perbadanan, syarikat dan perniagaan mengikut akta








berkaitan.
Menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik.
Mentadbir dan membangunkan sistem perlindungan harta intelek.
Membangunkan kedudukan sosio-ekonomi rakyat melalui koperasi.
Mengembangkan peluang perniagaan baru berasaskan konsep francais.
Membangunkan penjaja dan peniaga kecil.

Koperasi



Mengubal dasar-dasar sektor koperasi.
Mengawalselia sektor koperasi (Akta Koperasi 1993).





Melaksanakan projek dan program pembangunan.
Melaksana latihan sektor koperasi.

Kepenggunaan




Melaksanakan program pendidikan pengguna.
Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan perlindungan pengguna.
Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan.

Definisi Logo Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan
Kepenggunaan

GAMBAR

Berbentuk empat segi dengan dasar warna dalamnya adalah biru dan
mempunyai 3 lambang iaitu : K, P(besar) dan P(kecil)


EMPAT SEGI

Membawa simbol pembangunan

WARNA BIRU

Melambangkan suasana perdagangan dalam negeri yang mengalakkan
simbol harmoni

WARNA PUTIH

Melambangkan Kementerian dan berwarna putih kerana mencerminkan
Jabatan Kerajaan yang bersih, cekap dan amanah

HURUF 'P'

P besar melambangkan perdagangan

HURUF 'P'


P kecil melambangkan pengguna
Kedua-dua tersebut berwarna emas kerana melambangkan sesuatu nilai.

VISI & MISI

Dalam mencapai status negara maju menjelang 2020, Malaysia perlu mewujudkan
keadaan ekonomi domestik yang rancak serta perlunya ia disokong oleh komuniti
pengguna yang perkasa. Keadaan ini dijangka dapat dilihat daripada kerjasama 3
pihak yang akan melangkaui segala sempadan.
Berdasarkan ini, Visi Kementerian telah dirangka semula bagi memastikan
Kementerian berada tepat diantara para pelabur, peniaga serta pengguna.
Kementerian akan menjadi penggerak kepada perdagangan dalam negeri dan
sebagai jagoan pengguna.

Visi Kementerian
Perdagangan Domestik Tunjang Ekonomi Berpendapatan Tinggi

Misi Kementerian
 Menggerakkan sektor domestik utama yang berdaya saing, progresif dan


mampan
 Ekonomi domestik berasaskan persaingan adil dan inovatif
 Membangunkan ekosistem perdagangan berasaskan etika dan kepentingan

pengguna
Motto Kementerian
Perdagangan Sihat Pengguna Berkat

Nilai Teras Kementerian
 Bekerjasama
 Amanah
 Komited
 Adil

5 Teras Strategik KPDNKK
1. Meningkatkan sumbangan perdagangan dalam negeri kepada PNK.

2. Mewujudkan masyarakat pengguna yang berdaya upaya dan amalan
perniagaan yang beretika.
3. Memupuk ekonomi berteraskan inovasi melalui sistem perundangan efektif.

4. Meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.
5. Kecemerlangan organisasi.

5 Teras Strategik Kementerian

TERAS STRATEGIK 1
Meningkatkan sumbangan perdagangan dalam negeri kepada PNK

TERAS STRATEGIK 2
Mewujudkan masyarakat pengguna yang berdaya upaya dan amalan perniagaan
yang beretika

TERAS STRATEGIK 3
Memupuk ekonomi berteraskan inovasi melalui sistem perundangan efektif

TERAS STRATEGIK 4
Meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat

TERAS STRATEGIK 5
Kecemerlangan Organisasi


Senarai Barang - Barang Kawalan
Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang-barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta
Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 1 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan
1974.
1. Gula
2. Susu termasuk susu pekat, susu tepung atau susu kering dan susu cair
3. Garam
4. Simen dan klinker
5. Tepung gandum
6. Minyak masak
7. Baja
8. Racun serangga
9. Cuka getah atau apa-apa cuka lain digunakan untuk membekukan getah
10. Bar bulat keluli lembut
11. Minyak tanah
12. Ikan yang disedia atau diawet dalam bekas kedap udara
13. Beras dari semua jenis (Sabah sahaja)
14. Padi (Sabah sahaja)
15. Petrol, spirit motor dan gasoline motor dari semua gred

16. Bahan api diesel
17. Gas petroleum cecair (LPG)
18. Semua jenis roti
19. Minyak bahan api

20. Ayam (sama ada segar, disejukkan @ dibekukan)
21. Kayu Getah
22. Topeng muka (2 lapisan, 3 lapisan, 3 lapisan, N95)

Barang-Barang Kawalan Berjadual
Barang-barang yang diisytiharkan sebagai barang kawalan di bawah Seksyen 5 Akta
Kawalan Bekalan 1961 dan dinyatakan dalam Jadual 2 Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan
1974. Urusniaga barang-barang kawalan berjadual memerlukan berjadual memerlukan
suatu lesen yang dikeluarkan oleh Pengawal Bekalan
Bil

Barang-Barang Kawalan Berjadual

1.


Gula

2.

Tepung gandum

3.

Minyak Masak

4.

Baja Kimia

5.

Minyak Tanah

6.

Petrol, spirit motor dari semua gred

7.

Bahan Api Disel

8.

Bar bulat keluli lembut

9.

Simen

10.

Gas Petroleum cecair

11.

Roti

12.

Ayam

Barang - Barang Kawalan yang diberikan subsidi oleh Kerajaan:
1. Tepung gandum kegunaan am.
2. Minyak masak.
3. Petrol RON95.
4. Bahanapi diesel.
5. Gas petroleum cecair (LPG).

Akta Kawalan Bekalan 1961 Peraturan-Peraturan
Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2011
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian telah mewartakan Peraturan-peraturan Kawalan
Bekalan (Larangan Eksport) 2011 yang berkuatkuasa pada 15 Mac 2011. Di bawah
peraturan ini, mana-mana orang tidak bolehmengeksport apa-apa barang kawalan
seperti berikut:
BIL.
BARANG KAWALAN
1.
Tepung gandum
2.
Bahan api diesel
3.
Petrol RON 95
4.
Gas Cecair Petroleum
Larangan eksport ini tidak terpakai kepada pengilang barang kawalan yang mendapat
kebenaran bertulis daripada Pengawal Bekalan.
Mulai tarikh ini, Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Larangan Eksport) 2006 adalah
TERBATAL.

Secara Kuatkuasa Undang-Undang
Kawalan harga melalui undang-undang di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan
2011 (menggantikan Akta Kawalan Harga 1946). Harga kawalan yang dikuatkuasakan
melalui Akta ini adalah:
1. gula putih bertapis kasar dan halus
2. topeng muka (pembedahan/perubatan)

Apakah Hak-Hak Pengguna?
 Hak untuk mendapat keperluan asas
Pengguna berhak untuk mendapat keperluan asas bagi meneruskan kehidupan yang
memuaskan seperti makanan, pakaian, tempat kediaman, kesihatan, pendidikan,
kemudahan awam, air dan sanitasi.
 Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang selamat
Pengguna berhak untuk dilindungi daripada barangan, proses pengeluaran dan
perkhidmatan yang boleh membahayakan kesihatan atau kehidupan.
 Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna berhak untuk diberitahu fakta-fakta yang diperlukan bagi membolehkan mereka
membuat pilihan yang tepat dan dilindungi daripada pengiklanan serta pelabelan yang tidak
jujur atau mengelirukan.
 Hak untuk membuat pilihan
Pengguna berhak untuk memilih daripada pelbagai barangan dan perkhidmatan yang
ditawarkan pada harga yang kompetitif dan jaminan kualiti yang memuaskan.
 Hak untuk menyuarakan pendapat
Pengguna berhak untuk bersuara bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat
pertimbangan sewajarnya dalam penggubalan dan pelaksanaan dasar kerajaan, serta dalam
pembangunan barangan dan perkhidmatan oleh pengeluar.
 Hak untuk mendapat ganti rugi
Pengguna berhak untuk mendapat penyelesaian yang adil termasuk pampasan bagi
pembelian barangan yang mempunyai perihal dagangan yang mengelirukan, kurang
bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.
 Hak untuk mendapat pendidikan pengguna
Pengguna berhak untuk mendapat pendidikan dan kemahiran yang diperlukan bagi
membolehkan mereka membuat pilihan yang bijak dalam pembelian barangan dan
perkhidmatan, serta mengamalkan hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna.
 Hak untuk hidup dalam alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang bersih, sihat dan tidak
berbahaya kepada generasi masa kini serta generasi akan datang.
Apakah Perkara Yang Perlu Diteliti Oleh Seseorang Pengguna Semasa membeli
Sesuatu Barang?
 Tempat asal barangan/produk, termasuk nama dan alamat pengilang, pengimport,
penjual borong, ejen atau pengedar, kumpulan barangan, nombor model/stok dan
tanda perniagaan.
 Tarikh produk dikilangkan dan tarikh luput
 Berat minimum, kuantiti, amaun atau muatan barang-barang.
 Penerangan umum tentang produk termasuk kandungan, kapasiti, panduan
penggunaan dan batasannya
 Penerangan khusus tentang kandungan produk seperti senarai, nisbah dan khasiat
bahan-bahan.

 Kualiti atau keupayaan produk misalnya tanda kelulusan, gred dan sebagainya.
(contoh: SIRIM, Suruhanjaya Tenaga).
 Terma-terma khusus mengenai jualan termasuk harga cadangan, diskaun dan
tawaran istimewa.
 Maklumat khusus seperti amaran, peraturan-peraturan kecemasan untuk golongan
pengguna tertentu (contoh: kanak-kanak).
Aduan Pengguna
 Menerima aduan daripada pengadu melalui telefon, laman web, surat dan datang
sendiri ke Pusat Pengurusan Aduan Pengguna (PPAP).
 Aduan disalurkan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk diselesaikan.
Dimaklumkan bahawa tidak semua aduan yang diterima di bawah bidang kuasa
Kementerian untuk menyelesaikannya.
Pengguna sering ditipu menerusi:
 Penipuan Perkhidmatan
Bengkel Kenderaan Bermotor
 Penipuan Harga
Perkhidmatan Telekomunikasi
 Penipuan Transaksi Internet Penipuan Gores Dan Menang
 Jualan Bahan Petroleum
Penipuan Perjanjian Sewa Dan Beli
 Tiada Tanda Harga
Penyelewengan Jualan Langsung

Bahagian Penguatkuasa
LATAR BELAKANG
Bahagian Penguatkuasa ditubuhkan pada 17 April 1972 di bawah Kementerian Perdagangan
dan Perindustrian (MTI) dengan objektif untuk membantu kerajaan membendung infasi
pada masa itu. Pada 27 Oktober 1990, Kementerian ini distrukturkan semula untuk
membentuk dua kementerian iaitu Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
(MITI) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Bahagian Penguatkuasa telah diletakkan di bawah KPDNHEP yang kini dikenali sebagai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK).
MISI
Membanteras Penyelewengan Perdagangan Dalam Negeri.
MOTO
Setia Berkhidmat.
BIDANG UTAMA PENGUATKUASAAN
1. Melindungi hak harta intelek.
2. Membanteras penyelewengan barang-barang kawalan bersubsidi.
3. Melindungi hak pengguna.
4. Mengawalselia bekalan dan harga barangan.
berdasarkan kepada undang-undang serta perundangan subsidiari berikut:
1. Akta Kawalan Bekalan 1961.
2. Akta Sewa Beli 1967.
3. Akta Timbang dan Sukat 1972.
4. Akta Hakcipta 1987.
5. Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993.
6. Akta Pelindungan Pengguna 1999.
7. Akta Cakera Optik 2000.
8. Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
9. Akta Perihal Dagangan 2011.
10. Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan
2001.
ANTARA FUNGSI BAHAGIAN PENGUATKUASA ADALAH:

1. Membanteras aktiviti perniagaan yang tidak beretika bagi melindungi pengguna
daripada dieksploitasikan oleh peniaga di bawah Akta Sewa Beli 1967, Akta Timbang
dan Sukat 1972, Akta Jualan Langsung dan Skim Anti Piramid 1993, Akta Pelindungan
Pengguna 1999 dan Akta Perihal Dagangan 2011 termasuk aktiviti jualan murah,
jualan pintu ke pintu, perjanjian sewa beli, penentusahan alat timbang dan sukat
serta penggunaan perbahasaan halal.
2. Menyiasat aduan pengguna di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan.
3. Melindungi hak harta intelek melalui tindakan pembanterasan kegiatan cetak rompak
di bawah Akta Hakcipta 1987 dan pembanterasan kegiatan pengeluaran, pengedaran
dan penjualan barang tiruan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.
4. Mengawalselia pengilangan cakera optik di bawah Akta Cakera Optik 2000 dan
pengeluaran label cakera optik serta penguatkuasaannya di bawah Perintah Perihal
Dagangan (Label Cakera Optik) 2010.
5. Membanteras penyelewengan barangan kawalan bersubsidi serta menstabilkan
bekalan barang-barang perlu supaya mudah diperolehi di pasaran di bawah
Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.
6. Mengeluarkan Surat Kuasa di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
7. Menstabilkan harga barang-barang perlu di pasaran di bawah Akta Kawalan Harga
dan Antipencatutan 2011.
8. Melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan (SKHMP) di bawah Akta
Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.