Klik sini untuk muat turun brosur

Pek Permulaan

w w w .e pe r ole ha n.com .m y

Pengenalan

ePerolehan – Sistem Perdagangan Elektronik Anda
Projek perolehan secara elektronik yang umumnya dikenali sebagai ePerolehan ini merupakan satu
aplikasi yang dibangunkan atas inisiatif menubuhkan Kerajaan Elektronik. Ia adalah satu sistem
perolehan elektronik yang membolehkan para pembekal memasarkan barangan dan perkhidmatan
mereka kepada pihak kerajaan secara terus melalui Internet.
Di samping menghubungkan komuniti pembekal dan pembeli di dalam suasana urusniaga yang selamat
dan terkawal, sistem ini juga mampu meningkatkan keberkesanan dan proses pembelian dan
perdagangan kerana ia menyediakan pengguna dengan penjimatan kos, peluang-peluang pendapatan,
kelebihan daya saing serta kepuasan pelanggan.

Mengapa anda perlu menggunakan ePerolehan?
ePerolehan menyediakan proses pendaftaran dan pembaharuan pendaftaran pembekal dengan
Kementerian Kewangan secara terus melalui Internet. Kini, anda boleh menghantar permohonan serta
menyemak status permohonan anda melalui ePerolehan. Sistem ini juga membolehkan persembahan
katalog produk secara online, mengambil dan melaksanakan pesanan, membuat pembayaran secara

elektronik, dan memeriksa atau menghantar sebutharga dan tender.
Sistem ePerolehan dibina agar ia mampu melancarkan proses perdagangan anda dengan pihak
Kerajaan dengan cepat dan berkesan. Merujuk kepada surat S/K.KEW /PK /EP /1100/000000 /143 /23
Jld. 3 (7) Kementerian Kewangan telah mengeluarkan surat rasmi “Pelaksanaan Perolehan Kerajaan
melalui Sistem ePerolehan” kepada semua pembekal Kerajaan. Surat ini menegaskan bahawa semua
urusan perolehan Kerajaan melalui pembelian terus, sebutharga dan tender hendaklah dibuat melalui
sistem ePerolehan. (Lihat Apendiks 1 untuk rujukan)
Sebagai tambahan satu surat pekeliling, “Surat Perkeliling Perbendaharaan Bil. 15 Tahun 2002”
telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan kepada semua agensi Kerajaan, yang menguruskan
perolehan kerajaan agar menggunakan sistem ePerolehan untuk semua pembelian kontrak pusat dan
pembelian terus produk serta perkhidmatan yang disediakan dalam Katalog ePerolehan. (Lihat Apendiks
2 untuk rujukan)

Kelebihan Menggunakan ePerolehan
 Proses perolehan yang lebih ringkas ini dapat mengurangkan kos pentadbiran dan operasi anda.
 Proses pembayaran melalui Pemindahan Simpanan Elektronik (Electronic Funds Transfer) yang lebih
cepat.
 Transaksi dijamin selamat di mana ia menyekat kemasukan pihak yang tidak berkenaan dan
kerahsiaan adalah terjamin.
 Anda boleh berhubung secara terus dengan pelanggan anda pada bila-bila waktu dan dari manamana lokasi, secara online melalui Internet.

 Berurusniaga melalui Internet membolehkan anda menyertai menceburi dunia perniagaan elektronik
dan pasaran antarabangsa

1

Pek Permulaan

w w w .e pe r ole ha n.com .m y

Menyertai ePerolehan

Menyertai ePerolehan
Langkah-langkah untuk anda menyertai ePerolehan (5 Langkah Pembolehan)
Langkah-langkah yang perlu diambil oleh pembekal untuk berurusniaga dengan Pusat Tanggung Jawab
melalui ePerolehan adalah seperti berikut :
Langkah 1 - Berdaftar dengan ePerolehan
Pembekal mesti berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan ePerolehan menerusi laman web
ePerolehan di alamat: https://eperolehan.com.my dan klik Pendaftaran Pembekal/ Perunding. Sila
isikan ID Log masuk dan kata laluan anda dan klik permohonan baru. Pastikan ID Log masuk dan kata
laluan anda tidak bertukar sekiranya anda ingin menyemak status pendaftaran anda.


Langkah 2 – Memohon Kad Pintar

Sekurang-kurangnya satu kad pintar MyeP ATAU MyKad eP Enabled perlu dimiliki oleh setiap syarikat
untuk berurusniaga secara kontrak pusat, pembelian terus, sebutharga ataupun tender.
Permohonan kad pintar MyeP ATAU MyKad eP Enabled boleh dibuat melalui salah satu cara
permohonan atas talian seperti di bawah:
1. Semasa permohonan pendaftaran baru / pembaharuan / semula lesen Kementerian
Kewangan melalui ePerolehan.
2. Melalui
sistem
permohonan
kad
pintar
https://myep.eperolehan.com.my/myep/user/uhome.asp
(bagi
kad
https://mykad.eperolehan.com.my/cert/ (bagi kad pintar MyKad

di

pintar

laman
MyeP)

3. Melalui modul PMS ePerolehan yang perlu dilakukan oleh Pentadbir Pembekal dengan log
masuk kad pintar di laman ePerolehan.
Pemohon hendaklah menyerahkan Borang Permohonan, salinan kad pengenalan (bagi kad pintar
MyeP) dan bayaran ke alamat seperti yang dipaparkan di laman ePerolehan.
Untuk maklumat lanjut dan panduan mengenai kad-kad, sila ke laman web
http://home.eperolehan.com.my/bm/epnet/suplist.aspx
Langkah 3 -Menyediakan Infrastruktur
Enam keperluan asas infrastruktur untuk berurusniaga melalui ePerolehan adalah seperti berikut :
1. PCs (Pentium II, 266 MHz atau lebih, 2.4 GB HardDisk dengan RAM 32MB, Modem 33.6 kbps/56
kbps)
2. Akses Internet seperti Jaring, TMNet dan lain-lain
3. Muat turun perisian yang diperlukan
4. Kad Pintar – (sekurang kurangnya satu seorang, sila rujuk langkah 2)
5. Alat Pembaca Kad Pintar (Boleh didapati di semua eP Shoppe) (TLP 224/PCSC)
6. Internet Explorer dengan Cipher Strength minimum versi 5.5 (128 bit)


2

Langkah 4 – Menyediakan Katalog Elektonik
Pembekal yang ingin berurusniaga secara Pembelian Terus perlu mempunyai katalog elektronik yang
dicipta mengikut format yang ditentukan oleh ePerolehan. Untuk mencipta katalog elektronik, pembekal
boleh terus ke laman web http://www.mykatalog.com.my/. Tiada bayaran dikenakan bagi 10 item
pertama yang dimuatkan ke dalam system ePerolehan.
Untuk mendapatkan borang langganan ruang katalog, sila ke laman web:
http://home.eperolehan.com.my/download/boranglangganankatalog.pdf.

Langkah 5 – Menyertai Kursus Latihan ePerolehan
Terdapat dua jenis latihan yang disediakan untuk para pembekal mempelajari penggunaan sistem
ePerolehan. Pembekal boleh memilih untuk mempelajari sendiri sistem ePerolehan melalui modul
Pembelajaran Multimedia yang boleh didapati secara percuma dari laman web ePerolehan / membeli
cakera padat Pembelajaran Multimedia ATAU menghadiri latihan bersemuka kami yang menggunakan
teknik tubi (hands-on.) Commerce Dot Com Sdn Bhd menawarkan beberapa kursus aplikasi ePerolehan.
Sila rujuk laman web http://home.eperolehan.com.my/bm/training/straining.aspx untuk maklumat
lanjut tentang kursus.


3

Pek Permulaan
“Transaksi Pertama Anda” &
Khidmat Bantuan ePerolehan

w w w .e pe r ole ha n.com .m y

“Transaksi Pertama Anda”
Sejurus selepas anda mengikuti panduan langkah demi langkah untuk pengaktifan status anda, anda
sudahpun bersedia untuk memulakan transaksi online pertama anda dengan pihak Kerajaan.
Harap maklum bahawa semua transaksi dengan pihak Kerajaan adalah tertakluk kepada 0.8% yuran
perkhidmatan menggunakan sistem eP yang akan dibayar kepada Commerce Dot Com Sdn Bhd.
Anda haruslah berbangga menjadi seorang daripada segelintir di seluruh dunia yang berupaya
memulakan langkah anda ke dunia perniagaan melalui e-dagang.

Khidmat Bantuan ePerolehan
Hubungi Kami di :
?? No. Khidmat Pelangan :


03 - 7985 7777

?? Emel

[email protected]

:

?? Di mana-mana ePshoppe yang berdekatan:
http://home.eperolehan.com.my/bm/epshoppe/location.aspx

Maklumat yang diperlukan apabila menghubungi Khidmat Pelanggan ePerolehan
Apabila anda menghubungi Khidmat Pelanggan ePerolehan melalui panggilan telefon, e-mail atau
faksimili, sila sediakan maklumat asas seperti berikut:
1. Nombor Pendaftaran Kementerian Kewangan anda (bermula dengan 357-).
2. Nama syarikat anda.
3. Keterangan tentang masalah yang dihadapi.
4. Mesej kesilapan yang tertera di skrin komputer anda.
5. Nama anda dan cara kami menghubungi anda (Contohnya telefon, faksimili, e -mail dan lain-lain)


4

Pek Permulaan

w w w .e pe r ole ha n.com .m y

S/K.KEW /PK /EP /1100/000000 /143 /23 Jld. 3 (7)

5

Apendiks 1

Pek Permulaan

w w w .e pe r ole ha n.com .m y

Surat Perkeliling Perbendaharaan Bil. 15 Tahun 2002

6


Apendiks 2