DSK PAV T1 Matematik

  

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH

PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL

TEKNOLOGI VOKASIONAL

  KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

  • - MATEMATIK

  

TINGKATAN SATU

2014

DOKUMEN STANDARD

  MODUL TEKNOLOGI VOKASIONAL MATEMATIK TINGKATAN 1 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM Copyright © 2013 Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 4-8, Blok E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62600 Putrajaya Cetakan Pertama 2013 Tidak dibenarkan mengeluarkan ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau lain-lain sebelum mendapat

kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok

E9, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 WP Putrajaya

  KANDUNGAN

5. PELAKSANAAN

  2

  5 6-14

  4

  4

  4

  4

  6.6 Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian

  6.5 Organisasi Standard Kurikulum

  6.4 Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

  6.3 Fokus Modul

  6.2 Objektif Modul

  6.1 Matlamat Modul

  2

  1. RUKUN NEGARA vi

  5.2 Penggunaan Teknologi Dalam P&P

  5.1 Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

  1

  1

  1

  1

  4.4 Kurikulum Modular Berasaskan Standard

  4.3 Kurikulum Berasaskan Kompetensi

  4.2 Objektif Pendidikan Asas Vokasional

  4.1 Matlamat Pendidikan Asas Vokasional

  4. PENGENALAN

  3. KATA PENGANTAR viii

  2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN vii

6. DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK)

RUKUN NEGARA

  

BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh

masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip berikut :

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

  Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh

dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan

kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

  Kata Pengantar Dokumen Standard Kurikulum (DSK) ialah dokumen yang bertujuan untuk memenuhi cita-cita murni dan semangat Falsafah

Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada

abad ke-21.

Dokumen ini menyarankan strategi pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber.

Guru digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. DSK ini diharapkan dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Dalam

melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, guru diharapkan dapat memberikan penekanan pada unsur bernilai tambah,

iaitu kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran kontekstual, dan pembelajaran konstruktivisme. Di samping itu, nilai murni dan semangat patriotik dan kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharapkan dapat memberikan keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia pekerjaan. DSK ini menjelaskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid berasaskan pendekatan masteri. Hasil pembelajaran tersebut dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan dan tahap keupayaan murid. Kandungan DSK ini menggariskan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Pernyataan dalam Standard

Pembelajaran memberikan cabaran yang sesuai dengan murid pada tahap tertinggi dalam pendidikan sekolah menengah. DSK

ini seharusnya dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dalam menyediakan DSK yang dibangunkan ini banyak pihak yang terlibat terutama guru, pensyarah, penyelidik, eksekutif industri, pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia dan individu yang mewakili badan-badan tertentu. Kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan kepakaran, masa, dan tenaga sehingga terhasilnya DSK ini, Bahagian Pembangunan Kurikulum merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

  (Dr. MASNAH BINTI ALI MUDA) Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

  PENGENALAN

  Struktur Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional (PAV) digubal berlandaskan prinsip-prinsip Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

  Matlamat Pendidikan Asas Vokasional

  Matlamat PAV adalah untuk menyediakan peluang kepada murid lepasan UPSR menjadi modal insan berkemahiran bekerja dan bersedia melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

  Objektif Pendidikan Asas Vokasional

  Objektif PAV adalah untuk menjadikan aliran pendidikan vokasional sebagai pilihan selain daripada aliran perdana yang sedia ada. Ini bersesesuaian dengan murid berisiko untuk tercicir, agar dapat menimbulkan minat belajar yang berterusan terutama dalam bidang kerja tangan. PAV dilihat mampu menggilap potensi belajar murid melalui kurikulum yang dapat memberikan kemahiran generik asas dan kemahiran spesifik pekerjaan. Kemahiran ini, yang memang dituntut oleh majikan dan industri, akan menanam kemahiran yang menjadi asas kepada pembentukan sahsiah dan pembangunan karakter yang mantap. PAV turut menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran pekerjaan serta memberikan pendedahan dan bimbingan agar mereka kritis, kreatif dan inovatif. Melalui aktiviti yang menarik dan berkesan, murid dapat membuat keputusan dalam mencorakkan masa depan serta menerap dan mengembangkan kompetensi keusahawanan serta menjana budaya niaga.

  Kurikulum Berasaskan Kompetensi

  Kurikulum PAV adalah menggunakan konsep Kurikulum Berasaskan Kompetensi yang membenarkan murid mengulang semula kompetensi yang belum dicapai sehingga murid PAV kompeten sesuatu kemahiran yang di perlukan oleh Kriteria Pencapaian.

  Kurikulum Modular Berasaskan Standard

  Kurikulum Pendidikan Asas Vokasional digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan, Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dikenal pasti perlu dikuasai oleh murid.

  Standard Kandungan

  Pernyataan spesifik tentang disiplin ilmu yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.

  Standard Pembelajaran

  Satu penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian bagi setiap Standard Kandungan

  Kriteria Pencapaian

  Kriteria pencapaian adalah kenyataan yang mengkhususkan apa yang perlu ditaksir dan tahap pencapaian yang diperlukan bagi setiap Standard Pembelajaran.

  PELAKSANAAN Waktu Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Waktu P&P modul ini diperuntukkan sebanyak 4 waktu seminggu selama 14 minggu menjadikan keseluruhan 56 waktu setahun.

  Guru berlatarbelakang opsyen Matematik paling sesuai mengajar modul ini. Pelaksanaan modul ini hendaklah menggunakan prasarana yang sedia ada. Jika sekolah mempunyai kekurangan prasarana, guru haruslah membuat perancangan supaya pengajaran ini dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

  Penggunaan Teknologi Dalam P&P

  Dicadangkan, guru boleh menggunakan bahan/peralatan sebenar yang sedia ada untuk mengajar modul ini. Sekiranya kemahiran masih belum dapat dikuasai sepenuhnya maka ia boleh diperkukuhkan secara merentas kurikulum dalam disiplin ilmu lain. Guru perlulah kreatif dalam P&P yang melibatkan penggunaan bahan/peralatan di bilik darjah/bengkel/makmal/ladang/lapangan. Guru perlu mengolah P&P supaya mengintegrasikan TMK serta keusahawanan dapat diaplikasikan.

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM TEKNOLOGI VOKASIONAL

  • MATEMATIK

  DOKUMEN STANDARD KURIKULUM (DSK) Matlamat Modul

  Kurikulum Matematik Pendidikan Asas Vokasional (PAV) bertujuan mengembangkan potensi individu agar berpemikiran logik, kritis, kreatif dan inovatif serta berketrampilan, mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran sains, matematik dan teknologi secara berkesan dan bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah serta membuat keputusan berlandaskan sikap saintifik dan nilai murni selaras dengan perkembangan sains dan teknologi untuk menangani cabaran abad ke-21.

  Objektif Modul

  Di akhir modul ini, murid akan dapat; .

  1. Membentuk kefahaman tentang konsep, hukum dan prinsip yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi; Sukatan; Perkaitan; Geometri dan Statistik

  2. Mempertingkatkan kemahiran matematik berkaitan dengan Nombor dan Operasi; Sukatan; Perkaitan; Geometri dan Statistik seperti:  Mengukur dan membina  Membuat anggaran dan penghampiran  Memungut dan mengendali data  Mewakilkan dan mentafsir data  Mengenal perkaitan dan mewakilkannya secara matematik  Menggunakan algoritma dan perkaitan  Menyelesaikan masalah  Membuat keputusan

  3. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam membuat pertimbangan dan keputusan yang wajar bagi menyelesaikan masalah dalam pelbagai konteks.

  4. Mengamalkan secara konsisten kemahiran proses matematik iaitu  penyelesaian masalah;  penaakulan matematik;  komunikasi secara matematik;  perkaitan; dan  perwakilan

  5. Membudayakan penggunaan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam membuat pertimbangan dan keputusan yang wajar secara berkesan dan bertanggungjawab dalam situasi kehidupan harian.

  6. Menyedari bahawa idea matematik saling berkait, dan merupakan ilmu yang menyeluruh dan bersepadu, serta mampu menghubungkaitkan ilmu matematik dengan bidang ilmu yang lain.

  7. Menggunakan teknologi bagi membina konsep, menguasai kemahiran, menyelesaikan masalah dan meneroka idea matematik di samping memperkayakan pengalaman pembelajaran.

  8. Memupuk dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif terhadap matematik serta menghargai kepentingan dan keindahannya.

  9. Membentuk pemikiran kritis, kreatif dan inovatif serta kecekalan dalam menyelesaikan masalah.

  10. Mengamal dan mengembangkan kemahiran generik bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

  Fokus Modul

  Kurikulum Standard Pendidikan Asas Vokasional dalam bidang Matematik memberi penekanan kepada asas pengetahuan berteraskan kepada perkembangan dan penggabungan domain pengetahuan kerjaya, kompetensi kemahiran teknikal dengan menerapkan aspek keselamatan, teknologi hijau dan keusahawanan.

  Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

  Proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan murid untuk menggalakkan pembelajaran, mengekalkan minat dan menimbulkan kesedaran murid supaya terus maju dengan menggunakan pendekatan holistik seperti berikut:  Pendekatan modular berasaskan kompetensi  Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah, tugasan dan aktiviti  Pendekatan pembelajaran melalui penghasilan produk  Pembelajaran autentik (kontekstual dan konstruktif)  Pembelajaran kolaboratif dan koperatif  Pembelajaran masteri  Integrasi TMK merentas kurikulum  Integrasi keusahawanan merentas kurikulum  Lawatan industri  Pengurusan kewangan berhemah

  Organisasi Standard Kurikulum

  Standard Kurikulum modul ini disusun supaya mempunyai kesinambungan dengan pengetahuan dan kemahiran di Tingkatan 2 hingga 3. Standard Kandungan mempunyai satu atau lebih Standard Pembelajaran yang dikonsepsikan berdasarkan bidang pembelajaran tertentu. Standard Kandungan ditulis mengikut hierarki dalam domain kognitif dan afektif. Pernyataan Standard Kandungan ini merupakan pernyataan umum yang mengandungi unsur pengetahuan, kemahiran berfikir, sikap dan nilai murni yang sesuai dengan Standard Pembelajaran yang dihasratkan. Secara am, Standard Pembelajaran disusun mengikut hierarki dari mudah ke kompleks, sungguhpun begitu urutan Standard Pembelajaran dan Kriteria Pencapaian boleh diubahsuai mengikut kesesuaian dan keperluan

  Aktiviti boleh dipelbagaikan untuk mencapai satu Standard Kandungan bagi memenuhi keperluan pembelajaran, sesuai dengan kebolehan serta gaya pembelajaran murid. Guru digalakkan merancang aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif bagi menjana pemikiran secara analitis, kritis, inovatif dan kreatif di samping menggunakan teknologi sebagai wahana dalam mencapai Standard Kandungan tersebut dengan lebih berkesan. Selain daripada itu, kurikulum ini turut menerapkan elemen keusahawanan, kreativiti dan inovasi sebagai persediaan ke arah menyediakan modal insan yang berupaya menyumbang ke arah menjadikan negara sebagai negara berpendapatan tinggi selaras dengan hasrat Model Baru Ekonomi.

STANDARD STANDARD KANDUNGAN

  KRITERIA PENCAPAIAN PEMBELAJARAN

  1. Mempamer dan

  1.1 Mengenal, menamakan,

  1.1.1 Mengenal, menamakan dan menulis nombor bulat dalam angka mengaplikasikan menulis, membilang dan dan perkataan. kefahaman tentang menggunakan nombor

  1.1.2 Membilang dan menyatakan bilangan objek dalam kiraan dua- bulat. nombor bulat dan operasi dua, lima-lima, sepuluh-sepuluh, seratus-seratus dan seribu- asas dalam penyelesaian seribu. masalah.

  1.2 Menjelaskan perwakilan

  1.2.1 Menyatakan nilai tempat bagi setiap digit dalam suatu nombor setiap digit dalam suatu bulat. nombor bulat.

  1.2.2 Menyatakan nilai digit bagi setiap digit dalam suatu nombor bulat.

  1.3 Membanding, menyusun 1.3.1 Membanding dan menyusun nombor bulat pada garis nombor. dan membundarkan nombor

  1.3.2 Membundarkan nombor bulat kepada bulat.

  a) puluh yang terdekat.

  b) ratus yang terdekat.

  c) ribu yang terdekat.

  1.4 Menganggar suatu kuantiti

  1.4.1 Menganggar suatu kuantiti dan menjustifikasi sama ada anggaran objek dalam pelbagai tersebut adalah anggaran yang baik. konteks.

  STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

  1.5 Menjalankan operasi tambah dan tolak serta menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor bulat dalam pelbagai konteks.

  1.5.1 Menambah dan menolak nombor bulat secara spontan dalam lingkungan fakta asas tambah dan tolak.

  1.5.2 Menambah dan menolak nombor bulat secara mental berdasarkan penggunaan dan lanjutan fakta asas tambah dan tolak.

  1.5.3 Menambah dan menolak nombor bulat tanpa dan dengan menggunakan kalkulator.

  1.5.4 Menulis ayat matematik yang melibatkan penambahan dan penolakan nombor bulat berdasarkan suatu situasi, dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut.

  1.6 Menjalankan operasi darab dan menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor bulat dalam pelbagai konteks.

  1.6.1 Mendarab nombor bulat secara spontan dalam lingkungan fakta asas darab.

  1.6.2 Mendarab nombor bulat secara mental berdasarkan penggunaan dan lanjutan fakta asas darab.

  1.6.3 Mendarab nombor bulat tanpa dan dengan menggunakan kalkulator.

  1.6.4 Menulis ayat matematik yang melibatkan pendaraban nombor bulat berdasarkan suatu situasi, dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut.

  STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

  1.7 Menjalankan operasi bahagi dan menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor bulat dalam pelbagai konteks.

  1.7.1 Menggunakan hubungan antara pendaraban dan pembahagian untuk menerbitkan fakta asas bahagi.

  1.7.2 Membahagi nombor bulat tanpa dan dengan menggunakan kalkulator.

  1.7.3 Menulis ayat matematik yang melibatkan pembahagian nombor bulat berdasarkan suatu situasi dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut.

  1.8 Menjalankan gabungan operasi dan menyelesaikan masalah yang melibatkan nombor bulat dalam pelbagai konteks.

  1.8.1 Menjalankan gabungan operasi yang melibatkan nombor bulat tanpa dan dengan menggunakan kalkulator.

  1.8.2 Menulis ayat matematik gabungan operasi yang melibatkan nombor bulat (terhad kepada dua operasi) berdasarkan suatu situasi dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut.

STANDARD STANDARD KANDUNGAN

  KRITERIA PENCAPAIAN PEMBELAJARAN

  2. Mempamer dan 2.1 Mengenal pecahan.

  2.1.1 Mengenal, menyatakan dan menulis suatu pecahan daripada: mengaplikasikan a) keseluruhan bahagian kefahaman tentang b) suatu kumpulan objek. pecahan dalam penyelesaian masalah.

  2.1.2 Mewakilkan suatu pecahan dengan gambar rajah dan sebaliknya.

  2.1.3 Mengenal, menyatakan, menulis dan mewakilkan pecahan setara bagi suatu pecahan.

  2.1.4 Membanding dan menyusun pecahan mengikut urutan.

  2.1.5 Menukar pecahan setara dalam bentuk termudah.

  2.2 Mengenal pecahan tidak 2.2.1 Mengenal, menyatakan dan menulis nombor bercampur. wajar dan nombor

  2.2.2 Mewakilkan nombor bercampur dengan gambarajah dan bercampur. sebaliknya.

  2.2.3 Mengenal perkaitan antara nombor bercampur dan pecahan tidak wajar dan dan seterusnya menukar pecahan tidak wajar kepada nombor bercampur dan sebaliknya.

STANDARD STANDARD KANDUNGAN

  KRITERIA PENCAPAIAN PEMBELAJARAN

  2.3 Menjalankan operasi asas

  2.3.1 Menjalankan operasi tambah dan tolak yang melibatkan dan menyelesaikan a) pecahan dan pecahan. masalah yang melibatkan b) pecahan dan nombor bulat. pecahan dalam pelbagai konteks.

  c) pecahan dan nombor bercampur.

  2.3.2 Menjalankan operasi darab yang melibatkan a) pecahan dan pecahan.

  b) pecahan dan nombor bulat.

  2.3.3 Menjalankan operasi bahagi yang melibatkan pecahan dan nombor bulat.

  2.3.4 Menyelesaikan masalah yang melibatkan pecahan dalam pelbagai konteks.

  STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

  3. Mempamer dan mengaplikasikan kefahaman tentang perpuluhan dalam penyelesaian masalah.

  3.1 Mengenal perpuluhan.

  3.1.1 Mengenal, menyatakan dan menulis perpuluhan.

  3.1.2 Membuat perkaitan antara perpuluhan dan pecahan mudah

   1 , 1 ,

  1 , 3 

  serta pecahan yang penyebutnya terhad kepada

     2 3 4 4 

  sepuluh dan seratus.

  3.2 Menjalankan operasi asas dan menyelesaikan masalah yang melibatkan perpuluhan (jawapan pengiraan terhad kepada dua tempat perpuluhan) dalam pelbagai konteks.

  3.2.1 Menambah dan menolak dua perpuluhan.

  3.2.2 Mendarab dan membahagi perpuluhan dengan nombor bulat dan perpuluhan.

  3.2.3 Mengenalpasti dan meneroka pola yang terhasil apabila perpuluhan didarab atau dibahagi dengan 10, 100 dan 1000, dan seterusnya menggunakan kefahaman tersebut untuk mendarab atau membahagi perpuluhan dengan 10, 100 dan 1000.

  3.2.4 Menjalankan operasi asas yang melibatkan nombor perpuluhan menggunakan kalkulator.

  3.2.5 Menyelesaikan masalah yang melibatkan perpuluhan dalam pelbagai konteks.

  STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

  4. Mempamer dan mengaplikasikan kefahaman tentang peratus dalam penyelesaian masalah.

  4.1 Mengenal peratus.

  4.1.1 Mengenal peratus sebagai pecahan yang penyebutnya adalah seratus.

  4.1.2 Membuat perkaitan antara peratus dan perpuluhan serta pecahan mudah

   1 , 1 ,

  1 , 3 

  .

     2 3 4 4 

  4.2 Menjalankan operasi darab dan menyelesaikan masalah yang melibatkan peratus dalam pelbagai konteks.

  4.2.1 Menjalankan operasi darab yang melibatkan peratus dan nombor bulat tanpa dan dengan menggunakan kalkulator.

  4.2.2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan peratus dalam pelbagai konteks.

  STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

  5. Mempamer dan mengaplikasikan kefahaman tentang masa dan waktu dalam penyelesaian masalah.

  5.1 Mengaplikasi kefahaman tentang sistem 12 jam dan 24 jam.

  5.1.1 Menyatakan waktu dalam jam dan minit bagi sistem 24 jam.

  5.1.2 Menghubungkait dan menukarkan waktu antara sistem 12 jam dan 24 jam.

  5.2 Menggunakan hubungan antara unit dalam masa.

  5.2.1 Membuat perkaitan dan menukarkan unit dalam masa antara:

  a) minit, jam dan hari

  b) hari, bulan dan tahun

  5.3 Menentukan tempoh masa dan menyelesaikan masalah yang melibatkan masa dan waktu dalam pelbagai konteks.

  5.3.1 Menentukan tempoh masa apabila diberi masa mula dan masa akhir.

  5.3.2 Menentukan masa mula atau masa akhir apabila diberi tempoh masa.

  5.3.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan masa dalam pelbagai konteks termasuk penggunaan jadual waktu.

STANDARD STANDARD KANDUNGAN

  KRITERIA PENCAPAIAN PEMBELAJARAN

  6. Mempamer dan

  6.1 Mengukur dan menganggar

  6.1.1 Mengukur dan menyatakan panjang pelbagai objek atau jarak mengaplikasikan ukuran panjang dalam unit menggunakan alat pengukur yang sesuai. kefahaman tentang ukuran bukan piawai.

  6.1.2 Menganggar panjang objek atau jarak dan membuat keputusan panjang dalam sama ada anggaran tersebut adalah anggaran yang baik. penyelesaian masalah.

  6.2 Mengukur dan menganggar

  6.2.1 Mengukur dan menyatakan panjang pelbagai objek atau jarak ukuran panjang dalam unit menggunakan alat pengukur yang sesuai. piawai (milimeter,

  6.2.2 Menganggar panjang objek atau jarak dan membuat keputusan sentimeter, meter dan sama ada anggaran tersebut adalah anggaran yang baik. kilometer).

  6.3 Menggunakan hubungan

  6.3.1 Membuat perkaitan dan menukarkan antara unit dalam ukuran antara unit (milimeter, panjang tanpa dan dengan menggunakan kalkulator. sentimeter, meter dan kilometer) dalam ukuran panjang.

  6.4 Menjalankan operasi asas

  6.4.1 Menjalankan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi yang dan menyelesaikan melibatkan ukuran panjang tanpa dan dengan menggunakan masalah yang melibatkan kalkulator. ukuran panjang (milimeter,

  6.4.2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan ukuran panjang dalam sentimeter, meter dan pelbagai konteks. kilometer) dalam pelbagai konteks.

STANDARD STANDARD KANDUNGAN

  KRITERIA PENCAPAIAN PEMBELAJARAN

  7. Mempamer dan

  7.1 Mengukur dan menganggar

  7.1.1 Mengukur dan menyatakan jisim pelbagai objek menggunakan mengaplikasikan jisim dalam unit piawai alat penimbang yang sesuai. kefahaman tentang jisim (gram dan kilogram).

  7.1.2 Menganggar jisim objek dan membuat keputusan sama ada dalam penyelesaian anggaran tersebut adalah anggaran yang baik. masalah.

  7.2 Menggunakan hubungan

  7.2.1 Membuat perkaitan dan menukarkan antara unit dalam jisim tanpa antara unit (gram dan dan dengan menggunakan kalkulator. kilogram) dalam jisim.

  7.3 Menjalankan operasi asas

  7.3.1 Menjalankan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi yang dan menyelesaikan melibatkan jisim tanpa dan dengan menggunakan kalkulator. masalah yang melibatkan

  7.3.2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan jisim dalam pelbagai jisim (gram dan kilogram) konteks. dalam pelbagai konteks.

STANDARD STANDARD KANDUNGAN

  KRITERIA PENCAPAIAN PEMBELAJARAN

  8. Mempamer dan

  8.1 Menyukat dan menganggar

  8.1.1 Menyukat dan menyatakan isipadu cecair menggunakan alat mengaplikasikan isipadu cecair dalam unit penyukat yang sesuai. kefahaman tentang piawai (mililiter dan liter).

  8.1.2 Menganggar isipadu cecair dan membuat keputusan sama ada isipadu cecair dalam anggaran tersebut adalah anggaran yang baik. penyelesaian masalah.

  8.2 Menggunakan hubungan

  8.2.1 Membuat perkaitan dan menukar antara unit dalam isipadu cecair antara unit (mililiter dan tanpa dan dengan menggunakan kalkulator. liter) dalam isipadu cecair.

  8.3 Menjalankan operasi asas

  8.3.1 Menjalankan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi yang dan menyelesaikan melibatkan isipadu cecair tanpa dan dengan menggunakan masalah yang melibatkan kalkulator. isipadu cecair (mililiter dan

  8.3.2 Menyelesaikan masalah yang melibatkan isipadu cecair dalam liter) dalam pelbagai pelbagai konteks. konteks.

  STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN KRITERIA PENCAPAIAN

  9. Mempamer dan mengaplikasikan kefahaman tentang nisbah, kadar dan perkadaran dalam penyelesaian masalah.

  9.1 Menggunakan kefahaman tentang nisbah untuk menyelesaikan masalah dalam pelbagai konteks.

  9.1.1 Menyatakan dan menulis nisbah sebagai perbandingan dua

  a kuantiti dalam bentuk a : b atau . b 9.1.2 Menyatakan nisbah setara bagi suatu nisbah yang diberi.

  9.1.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan nisbah dalam pelbagai konteks.

  9.2 Menggunakan kefahaman tentang kadar dan perkadaran untuk menyelesaikan masalah dalam pelbagai konteks.

  9.2.1 Membuat perkaitan dan menggunakan hubungan antara kadar dan perkadaran dalam konteks yang mudah.

  9.2.2 Menentukan sama ada dua nisbah adalah berkadaran.

  9.2.3 Menyelesaikan masalah yang melibatkan perkadaran dalam pelbagai konteks. Terbitan: