SYARAT dan FORMAT KAWAD 2009.doc

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KAKI GO DAN NGO 2009
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
1.

PENYERTAAN
1.1

Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan beruniform di sekolah-sekolah
menengah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja. Sekolah bukan bantuan kerajaan atau
swasta boleh menyertai tetapi tidak boleh mewakili negeri/daerah jika dipilih menjadi
pemenang.
1.2 Hanya dua pasukan sahaja dibenarkan mewakili sesebuah sekolah iaitu:
a. Kategori Putera
b. Kategori Puteri
1.3 Platun-platun yang bertanding pada peringkat negeri dan kebangsaan boleh dianggotai oleh
pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa sekolah tetapi mereka hendaklah
daripada unit pakaian seragam yang sama. Sekiranya berlaku pelanggaran status peserta,
penyertaan pasukan tersebut akan dibatalkan.
1.4 Pertandingan akan dijalankan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
2.


PENDAFTARAN
2.1 Anggota pasukan dan Ketua Platun mestilah terdiri daripada pelajar-pelajar yang sedang
menuntut di sekolah. ( sehingga tingkatan 6 )
2.2 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang 31 orang
dan tidak melebihi 35 orang termasuk seorang Ketua Platun dan anggota simpanan.
2.3 Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai oleh pelajar
lelaki atau perempuan sahaja. (Platun campuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan)
2.4 Setiap peserta diminta membawa kad pengenalan / salinan sijil kelahiran yang di sahkan
pengetua untuk tujuan penyemakan status. Surat kebenaran penjaga pelajar perlu juga
disertakan bersama. Kegagalan memenuhi keperluan ini boleh menyebabkan pendaftaran
dibatalkan.

3.

PAKAIAN
3.1 Pakaian anggota pasukan dan Ketua Platun hendaklah pakaian rasmi pasukan beruniform
berkenaan sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat ketua-ketua kontinjen.
3.2 Setiap anggota dan ketua platun mestilah memakai pakaian asas yang telah ditetapkan oleh
badan induk, walaupun ada item yang tidak dinilai.
3.3 Setiap satu item yang tiada pada kedudukannya ketika kawat dinamik atau formasi ditolak 1

markah bagi satu item.
3.4 Semua aksesori yang dipakai semasa pemeriksaan pakaian mesti dipakai semasa
pertandingan kawad dijalankan.
3.5 Aksesori yang di nilai bagi pasukan agensi kerajaan ialah jambul, mafla dan sarung tangan
putih, manakala bagi pasukan agensi bukan kerajaan hanya sarung tangan putih sahaja.
3.6 Anggota yang menganti tidak perlu menjalani pemeriksaan pakaian tetapi hendaklah memakai
pakaian sepertimana yang dipakai oleh pasukannya semasa pemeriksaan pakaian.
3.7 Anggota pengganti yang gagal mematuhi perkara 3.6 di atas akan dipenalti sebaik masuk ke
dalam litar di bawah perkara item pakaian asas atau aksesori yang tidak di tempatnya.

4.

PADANG KAWAD
4.1 Keluasan litar pertandingan ialah 35m X 25m. ( Rujuk Lampiran III, Pelan Litar Pertandingan
1 ).
4.2 Kun – kun sempadan luar hendaklah bersaiz 16 inci dan sama warna. Sementara kun – kun di
dalam litar hendaklah bersaiz 6 inci dengan kun E dan F berwarna hijau manakala kun A, B, C
dan D hendaklah sama warna ( selain warna hijau ).
4.3 Sempadan luar litar hendaklah ditandakan dengan membina garisan putih atau kuning.
4.4 Pemeriksaan pakaian dilakukan di luar litar


1

5.

JANGKA MASA PERSEMBAHAN
5.1

5.2
5.3
5.4

6.

Jangka masa persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 15 minit. Pemberian
markah bermula apabila platun mula bergerak masuk ke litar pertandingan dan berdasarkan
tempoh masa yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari litar. Selepas 15 minit,
persembahan tidak akan dinilai.
Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman kawad ‘buka barisan’ sebelum
melapor kepada Ketua Hakim. Persembahan terbahagi 2 iaitu kawad asas dan kawad

formasi.
Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dengan didahului
kawad asas.
Isyarat akan dibunyikan:
a.
pada minit ke 12. (sekali)
b.
masa tamat. (dua kali)

PELAKSANAAN PERTANDINGAN
6.1
6.2

Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi
berkenaan yang telah ditetapkan.
Bilangan Anggota:
a.
b.
c.


6.3

7

kawad pasukan unit beruniform

Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 orang termasuk Ketua Platun ketika
bertanding. Platun yang bilangan anggotanya kurang daripada 31 orang semasa
memasuki gelanggang pemeriksaan pakaian akan dibatalkan penyertaannya.
Jika ada anggota bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan atas apa juga
sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada 31 orang
maka penalti akan dikenakan.
Tiada sebarang penggantian anggota ketika pertandingan kawad sedang berjalan
walau apa pun sebabnya.

Pemeriksaan Pakaian:
Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan pakaian sebelum masuk
ke litar mengikut giliran pertandingan iaitu 15 minit sebelum masuk ke litar
pertandingan


BAHASA HUKUMAN DAN PERGERAKAN KAWAD :
7.1

Bahasa Hukuman yang digunakan hendaklah mengikut bahasa hukuman pasukan masingmasing.

7.2

Kawad Asas:
7.2.1 Platun di bawa masuk oleh Ketua Platun ke litar pertandingan dengan 3 barisan,
berjalan dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (tengah-tengah) Ketua
Hakim. Kadar berjalan ialah 128-135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau
kurang akan dikenakan penalti. ”.( Rujuk Lampiran III, Pelan Litar Pertandingan 2 )
7.2.2 Menghadap ke hadapan. Bahasa hukumannya “menghadap ke hadapan,
kanan....pusing”.
7.2.3 Buka barisan. Bahasa hukumannya, “buka, barisan......gerak”.
7.2.4 Luruskan barisan. Bahasa hukumannya, “ke kanan....lurus”. “Pandang......depan”.
7.2.5 Melapor. Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun
melapor, skuad akan berada dalam kedudukan sedia dan buka barisan. Bahasa
hukuman ketika melapor ialah “Assalamulaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan
( PKBM / Pengakap L1 / P1 ) siap untuk diuji tuan”. Di akhiri dengan “Terima Kasih,

Tuan”.
7.2.6 Memulakan kawad statik dalam keadaan ‘buka barisan’. Platun diwajib melakukan
semua pergerakan kawat statik berikut mengikut urutan:
i.
Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “bergerak ke kiri, kiri.....pusing”.

2

ii.
iii.

Bergerak ke kanan. Bahasa hukuman: “bergerak ke kanan, belakang pusing”
Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “menghadap ke belakang,
kanan....pusing”.
iv.
Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “menghadap ke hadapan,
belakang....pusing”.
v.
Ke kanan lurus. Bahasa hukuman: “ke kanan...lurus.” “pandang....depan”.
vi.

Hukuman ‘tutup barisan’ diberi selepas selesai kawad asas. Bahasa
hukumannya, “tutup barisan.......gerak”.
7.2.7 Hukuman bergerak ke kiri di beri (untuk memulakan kawad dinamik). Bahasa
hukuman: “bergerak ke kiri, kiri......pusing”.
7.2.8 Berjalan dalam masa ‘cepat jalan’sebanyak satu pusingan dan apabila membelok,
beri hukuman “kiri belok”.( Rujuk Lampiran III, Pelan Litar Pertandingan 2 ).
7.2.9 Hukuman ‘tukar langkah perlahan....perlahan jalan” diberikan setelah platun
melepasi kon D dan sebelum kon A.
7.2.10 Hukuman “kiri belok” diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan
apabila semua anggota platun selesai membelok, hukuman “menghadap ke
hadapan, kanan....pusing” diberikan. Platun akan perlahan jalan dalam barisan
melintang melintasi para hakim .
7.2.11 Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun di kehendaki melakukan
pergerakan berikut mengikut urutan.
i.
“buka barisan” (dalam perlahan jalan)
ii.
“pandang...kanan” (dalam perlahan jalan)
iii.
“pandang...depan”. (dalam perlahan jalan)

iv.
“tutup, barisan”. (dalam perlahan jalan)
7.2.12 Sebaik sahaja melintasi garisan kon B dan C, hukuman “bergerak ke kiri,
kiri.....pusing” diberikan.
7.2.13 Hukuman “tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah skuad berada antara
kon C dan kon D.
7.2.14 Skuad akan berjalan sehingga ke kon D, hukuman “kiri belok” diberikan dan kon E
(kon hijau) hukuman “kiri belok diberikan”. Selepas melintasi kon E, skuad
dikehendaki melakukan pergerakan kawad berikut mengikut urutan:
i.
Hormat ke kanan. Bahasa hukuman: “Hormat ke kanan....hormat”.
ii.
Hormat ke hadapan. Bahasa hukuman: “Hormat ke hadapan....hormat”.
iii.
Tukar langkah semasa berjalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah semasa
berjalan, tukar langkah, tukar langkah, tukar langkah, maju”.
iv.
Hormat selaku terima sijil. Bahasa hukuman: “Hormat selaku terima sijil,
hormat ke hadapan.......hormat”.
v.

Tukar langkah perlahan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah perlahan,
perlahan.....jalan”.
vi.
Bergerak ke kanan dalam perlahan jalan. Bahasa hukuman: “Bergerak ke
kanan, belakang....pusing”.
vii.
Tukar langkah cepat jalan. Bahasa hukuman: “Tukar langkah cepat, cepat
jalan”.
viii.
Bergerak ke kiri. Bahasa hukuman: “Bergerak ke kiri, belakang....pusing”.
ix.
Menghadap ke belakang. Bahasa hukuman: “Menghadap ke belakang,
kiri......pusing”.
x.
Menghadap ke hadapan. Bahasa hukuman: “Menghadap ke hadapan,
belakang......pusing”. (tiada hukuman henti dan ke kanan lurus)
xi.
Hentak kaki. Bahasa hukuman:”Hentak kaki”.
xii.
Henti. Bahasa hukuman: “Skuad....henti”.

xiii.
Mara mengadap. Bahasa hukuman: “skuad akan mara mengadap, dari
tengah, cepat jalan”. (Ketua Platun akan bersama-sama skuad ketika mara
mengadap)
7.2.15 Tamat bahagian kawat asas (statik dan dinamik).

3

Catatan (1):
1.
2.

3.
7.3

Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, hanya hukuman Ketua
Platun sahaja. (contoh: anggota menyebut kiraan masa; kiri, kanan, kiri)
Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa
keseluruhan kawad asas di tengah-tengah antara kun A dan B, Ketua Platun yang
bergerak bersama platun semasa kawad dinamik akan dipenalti. Penalti juga diberi
jika ia berada di luar litar sepanjang persembahan kawad asas dijalankan ataupun
dengan sengaja berdiri berhampiran kun A atau B. Semasa mara mengadap Ketua
Platun akan masuk ke litar pertandingan dan mara mengadap bersama platunnya.
Semasa membuat persembahan kawad, pasukan tidak dibenarkan membawa
alatan.

Pergerakan Membentuk Formasi
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.

h.
i.
j.

7.4.

Sebaik sahaja tamat ‘mara mengadap’, platun akan mempersembahkan pergerakan
membentuk formasi mengikut kreativiti masing-masing. Kon akan di keluarkan oleh
petugas sebaik sahaja Kawad dinamik selesai.
Tidak dibenarkan memberi sebarang isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak
kaki, ‘up’ atau ‘pass’ bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat pertama
semasa memulakan kawad formasi.
Unsur suara(slogan) hendaklah dibuat setelah tamat formasi keempat dan akan
dinilai.
Unsur Kawad Tongkat, Kawad Senjata dan Kawad Pedang dibenarkan didalam
kawad formasi sahaja.
Ketua Platun boleh masuk menyertai kawad formasi. Ketua Platun yang tidak
menyertai kawad formasi tidak akan diberi keutamaan untuk dipilih sebagai ketua
platun terbaik.
Setiap platun dikehendaki mempersembahkan sebanyak 4 jenis formasi yang
berlainan. Formasi yang diulang akan dikira satu formasi.
Pergerakan setiap formasi hendaklah ditamatkan dengan cara 3 barisan menghadap
ke hadapan iaitu menghadap ke bahagian hadapan litar sepertimana kedudukan
asal ketika hendak memulakan kawad formasi. Perbuatan ke kanan lurus tidak
diwajibkan.
Gerakan penutup formasi selepas slogan perlulah diakhiri dengan pergerakan kawad
dan akan dinilai.
Pergerakan jatuhan domino dibenarkan selagi ia adalah pergerakan kawad.
Penalti akan dikenakan untuk kesalahan-kesalahan berikut:
i. Keluar dari kawasan litar pertandingan
ii. Memberi isyarat.
iii. Mengeluarkan suara selain daripada formasi keempat.
Melapor Keluar

Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar litar kawad. Bahasa melapor keluar ialah
“Assalamulaikum / Selamat Sejahtera Tuan, Pasukan ( PKBM / Pengakap L1 / P1 ) telah
selesai diuji tuan”. Mohon kebenaran menjalankan tugas seterusnya, Tuan. Di akhiri dengan
“Terima Kasih, Tuan”.

8

PENALTI

4

8.1

Berikut adalah jenis kesalahan dan jumlah markah penalti yang akan dikenakan:

Semasa Kawad Asas
Bil
1
2
3
4
5
6
7
8

Jenis Kesalahan
Pergerakan cepat jalan tidak 128 – 135 seminit
Anggota jatuh (pengsan/pitam)
Pakaian Asas terlucut / tidak di tempatnya.
Aksesori terlucut / tidak ditempatnya
Keluar kawasan kawad
Terlanggar kun
Tidak mengikut urutan
Pergerakan yang bukan ditetepkan

Markah
Penalti
10
5
3
1
5
3
5
5

Maksimum
ditolak
Sekali
3 kali
5 kali
5 kali
5 kali
5 kali
5 kali
5 kali

Markah
Penalti
5
5
5
5
5
5
1

Maksimum
ditolak
5 kali
5 kali
5 kali
5 kali
5 kali
5 kali
5 kali

Markah
Penalti
15
10
10
5
3
1
5
5

Maksimum
ditolak
Sekali
Sekali
Sekali
2 kali
5 kali
5 kali
5 kali
5 kali

Semasa Kawad Formasi
Bil
1
2
3
4
5
6
7

Jenis Kesalahan
Gerakan bukan kawad
Keluar kawasan kawad (setiap pergerakan)
Mengeluarkan arahan / isyarat
Perlakuan / aksi yang kurang sopan
Mengguanakn peralatan tambahan
Pakaian asas terlucut / tidak ditempatnya
Aksesori terlucut / tidak di tempatnya

Ketua Platun
Bil
1
2
3
4
5
6
7
8

Jenis Kesalahan
Bergerak bersama pasukan
Memberi hukuman kawad di luar litar
Terkeluar dari pertandingan (pengsan / pitam )
Melapor diluar litar kawad
Pakaian asas terlucut / tidak di tempatnya
Aksesori terlucut / tidak di tempatnya.
Tidak mengikut urutan
Bukan bahasa hukuman yang di tetepkan

Pemberian penalti akan diselaraskan selepas tamat persembahan kawad pasukan berkenaan
misalnya kesalahan keluar litar di sebelah kiri litar mungkin hanya dilihat oleh hakim di sebelah
kanan litar sahaja.
9

PENGHAKIMAN
a.

b.

Pada peringkat kebangsaan Hakim terdiri daripada wakil setiap negeri yang bertanding bagi
kedua-dua kategori. Seramai enambelas hakim akan dilantik bagi setiap kategori dan
dipecahkan seperti berikut;
i.
Seorang Ketua Hakim.
ii.
Seorang Penolong Ketua Hakim.
iii.
Empat orang akan menjadi hakim pakaian.
iv.
Lapan orang hakim kawad. ( 2 orang bagi setiap sisi litar )
v.
Empat orang hakim Ketua Platun termasuk Ketua Hakim dan Penolong Ketua
Hakim.
Pengiraan markah tertinggi dan terendah bagi setiap pasukan tidak diambilkira.

5

c.

e.

Ketua Hakim hendaklah daripada kalangan Pegawai Kementerian Pelajaran iaitu Pegawai
Pasukan GO bertauliah bagi Kategori GO dan Pegawai Pasukan NGO bertauliah bagi
Kategori NGO, manakala hakim-hakim yang lain boleh terdiri daripada Pegawai-pegawai
Kementerian Pelajaran sahaja atau gabungan badan induk dan Pegawai KPM.
Sekiranya berlaku persamaan markah diantara pasukan-pasukan yang bertanding maka
markah kawad dinamik akan diambil kira. Sekiranya masih sama, markah kawad formasi
akan diambil kira.
Keputusan hakim adalah muktamad.

f.

Pemarkahan pasukan diperolehi berpandukan pecahan berikut:

d.

1

Pakaian

10 %

2

Kawad Statik dan Dinamik

50 %

3

Kawad Formasi

30 %

4

Ketua Platun

10 %

Jumlah Keseluruhan

100 %

Pemarkahan Ketua Platun diadili oleh hakim khas yang dilantik. Ketua Hakim boleh
menghakimi Ketua Platun atau beliau boleh bertindak hanya sebagai penyelaras
pemarkahan. Borang markah Ketua Platun juga berasingan dengan markah pasukan. Ketua
Platun yang mendapat markah tertinggi akan dipilih sebagai Ketua Platun Terbaik. Walau
bagaimanapun Ketua Platun yang tidak bersama-sama dengan Pasukannya melakukan
pergerakan formasi TIDAK LAYAK dipilih sebagai Ketua Platun Terbaik.
h.
10

Jika terdapat persamaan markah, markah kawad ( Bahasa Hukuman dan pergerakan
kawad ) hendaklah diambil kira.

BANTAHAN
Pasukan yang bertanding boleh mengemukakan bantahan secara rasmi melalui pengurus pasukan
masing-masing. Bantahan yang diterima hanyalah dalam aspek-aspek teknikal.
Syarat-syarat Pertandingan Tamat

PENERANGAN KAWAD FORMASI KATEGORI AGENSI KERAJAAN ( GO )

6

DAN AGENSI BUKAN KERAJAAN ( NGO )
Formasi ialah pembentukan rupa bentuk yang dilakukan oleh peserta kawad apabila mereka keluar dan
masuk atau membuat pecahan dari rupa bentuk asal. Pergerakan ini hendaklah disulam dengan
pergerakan hayunan tangan/ kaki/ muka/ jari ataupun suara atau kedua-duanya sekali.
Terbahagi kepada 3 unsur:
1. Unsur gerak
2. Unsur penghayatan
3. Unsur suara
UNSUR GERAK
Unsur gerak terkandung di dalamnya iaitu :
1.
2.
3.

Kekayaan Gerak Formasi
Penilaian hendaklah dilakukan khusus kepada gerakan-gerakan keluar dan masuk atau pecahan
dan cantuman dan membentuk bunga-bunga tertentu.
Keseragaman Gerak Formasi
Penilaian hendaklah secara keseluruhan, dilihat kepada gerakan tangan, kaki, muka, jari dan
sebagainya.
Keindahan Gerak
Keindahan gerak terkandung di dalamnya perkara-perkara seperti:
a. Gerakan dalam Unsur Kawad
Hendaklah seratus peratus pergerakan kawad.
b. Keseimbangan dalam penggunaan ruang
Penggunaan ruang keseluruhannya seimbang dan tidak tertumpu kepada satu-satu bahagian
sahaja. Tidak terkeluar dari sempadan yang telah ditetapkan.
c. Kesatuan Gerakan
Kesatuan ialah suatu keadaan yang sama yang diwujudkan untuk mencantumkan formasiformasi yang berbeza-beza itu sebagai contoh di dalam formasi satu-satu terdapat cambahan
’jalan perlahan’ maka di setiap formasi terdapat cambahan ’jalan perlahan’. Walaupun dalam
masa yang sekejap, ini dikatakan kesatuan pergerakan. Cambahan ’jalan perlahan’ merupakan
tindakan untuk menyatukan. Unsur suara boleh digunakan untuk melahirkan kesatuan.
d. Kepelbagaian Gerakan
Kepelbagaian ialah suatu keadaan yang berbeza-beza. Gerakan ini boleh saja berbentuk
gerakan berdiri, berjalan, tunduk ataupun gerakan ala tatu atau silat dan sebagainya. asalkan
tidak terkeluar terus dari pergerakan kawad.
e. Gerakan Penutup
Hendaklah diakhiri dengan gerakan yang berunsur kawat.

UNSUR PENGHAYATAN
Terkandung di dalamnya:
1. Unik/kreatif
Penilaian hendaklah dilihat secara khusus mengikut formasi-formasi. Jika formasinya sesuatu yang
baru serta unik boleh diberi lebih markah
2. Keserasian
Setiap gerakan dan suara hendaklah menggambarkan ahli menghayati gerakan Formasi, dan
menggambarkan kewibawaan dan latihan yang mendalam.
3. Kemantapan
Penilaian adalah kepada hentakan dan ahli tidak menyebut sebarang nombor dan tiada arahan Ketua
platun
4. Kesopanan
Peserta formasi tidak membelakangkan hakim,tidak mengangkatkan kaki kepada Ketua Hakim dan
tidak mengeluarkan bahasa yang kesat/ lucah atau kedengaran seperti lucah.

7

UNSUR SUARA
Suara adalah bunyi yang dikeluarkan oleh ahli bagi memantapkan gerakan-gerakan formasi. Bukan untuk
menggambarkan kelemahan formasi dan dapat menarik perhatian penonton. Slogan tertentu boleh
digunakan bagi menghasilkan kepelbagaianunsur bunyi/suara.
1. Slogan yang betul
Slogan yang meninggikan semangat dan mengeratkan kerjasama.
2. Tepat
Slogan hendaklah tepat dengan pergerakan atau merupakan sokongan kepada pergerakan
3. Padu
Suara atau slogan hendaklah kuat dan serentak.
Kesannya adalah formasi menjadi ceria/ bersemangat/ kreatif dengan tergabungnya unsur gerak, unsur
penghayatan dan unsur suara itu.

8