Copy of Kamus Dewan Versi Pdf

a I huruf pertama abjad Rumi.
a II 1. sr utk melahirkan kegirangan atau menyatakan persetujuan: itu dia,
~, macam itulah caranya!; 2. sr utk menunjukkan terlupa akan
sesuatu: nama bukunya ... ~, nanti saya cuba ingatkan!
AA kep Asia-Afrika.
AB kep anggaran belanja.
aba I = aba-aba Id kata(-kata) perintah dlm latihan tentera (senaman) dll:
“Satu ...,” ~ Wit dr kerusinya.
aba II; ~-daba hama, kuman.
abad jangka masa seratus tahun (atau satu drpd jangka masa seratus tahun
yg berurutan yg dimulai dgn kejadian yg terpenting, iaitu Hijrah Nabi
Muhammad SAW bagi Tahun Hijrah atau kelahiran Nabi Isa bagi
Tahun Masihi), kurun: dlm ~ ke-15 tarikh Masihi (~ ke-9 tarikh
Hijrah) Melaka berkuasa di Asia Tenggara; beberapa ~ yg lampau
beberapa ratus tahun yg lalu; ~ kedua puluh jangka masa dr tahun
1901 hingga ke tahun 2000; ~ emas zaman sesuatu bangsa atau
negara mencapai puncak kejayaan, zaman kegemilangan (gemilang);
~ pertengahan = ~ tengah zaman dlm sejarah Eropah antara zaman
purbakala dan zaman baru (meliputi jangka masa antara kira-kira
tahun 476 hingga 1453M); ~ al-abid kekal selama-lamanya;
berabad-abad beratus-ratus tahun; sudah ~ lamanya sudah beratusratus tahun lamanya.

abadi Ar 1. ada permulaan yg tiada pengakhiran (bkn masa, kehidupan,
kenangan dsb): kehidupan akhirat adalah kehidupan yg ~; 2. wujud
atau berterusan utk selama-lamanya (sepanjang hayat dsb), tidak
berkesudahan, kekal: keamanan yg ~; kasih sayang yg ~;

mengabadikan 1. menjadikan abadi, mengekalkan: kasih sayangnya
terhadap gadis itu tidak dapat diabadikannya; 2. menjadikan
peringatan (kenangan) yg kekal: hasil-hasil sastera itu diabadikan
melalui percetakan; sebuah tugu utk ~ jasa askar-askar yg
terkorban;
terabadi dapat diabadikan (dikekalkan): dgn usahanya itu ~ terus
cerita-cerita rakyat;
keabadian kewujudan yg abadi, kekekalan: ~ kasih sayang seorang
ibu; ~ perdamaian dan keamanan;
pengabadian perihal mengabadikan, pengekalan.
abadiah, abadiat Ar abadi.
abah I arah, tuju: tak tentu ~nya;
mengabah menuju;
mengabahkan mengarahkan, menujukan: ~ kapal ke tempat yg
tertentu.

abah II ayah, bapa (biasanya sbg kata panggilan oleh seorang anak kpd
bapanya).
abah-abah Jw alat, perkakas, tali-temali;
~ kuda alat kuda (spt tali kekang, pelana, dsb); ~ perahu tali-temali
perahu; ~ tenun alat (perkakas) tenun.
abai cuai, lalai; tidak ~ dr tidak cuai (lalai) dr;
mengabaikan 1. tidak atau sangat sedikit memberikan perhatian kpd
(seseorang

atau

sesuatu),

tidak

mengendahkan,

mencuaikan,

melalaikan: ~ anak isteri; ~ tugas dan tanggungjawab; 2.

memandang tidak penting, tidak mempedulikan atau mengendahkan,
menganggap sepi: ~ tunjuk ajar dan nasihat orang; mereka ~ sahaja
segala kritik dan cemuhan; 3. tidak menggunakan (sesuatu

kesempatan, kemudahan yg disediakan, dll), membiarkan atau
melepaskan, mensia-siakan: sayang sekali peluang keemasan itu
kauabaikan;
terabai tidak diberi perhatian (bkn seseorang atau sesuatu), tidak
dipedulikan (diendahkan atau digunakan), dibiarkan sahaja atau disiasiakan;
keterabaian keadaan terabai: ~ sesuatu kelompok;
keabaian perihal abai;
pengabaian perihal atau perbuatan mengabaikan (keluarga, tugas dan
tanggungjawab, nasihat dan teguran, peluang dan kemudahan, dll);
pengabai (orang yg sifatnya) suka mengabaikan atau sering tidak
memberikan perhatian kpd sesuatu (spt tugas, tanggungjawab, dsb).
abaimana (Sanskrit) sl dubur, kemaluan.
abaka sj tumbuhan (pokok) yg seratnya dibuat tali belati, Musa textilis.
abalone (abaloné) sj siput drpd genus Haliotis yg boleh dimakan.
abang I 1. saudara lelaki yg lebih tua drpd seseorang (biasanya seibu
seayah dengannya); 2. panggilan khususnya kpd saudara tua laki-laki,

adik-beradik; 3. panggilan kpd seseorang lelaki yg lebih tua sedikit;
4. panggilan kpd suami;
~ angkat orang lelaki yg lebih tua drpd seseorang yg tidak
mempunyai hubungan darah dengannya tetapi telah diambil sbg anak
oleh ibu bapanya; ~ ipar abang kpd isteri (atau suami) seseorang; ~
kandung abang yg seibu dan seayah dgn seseorang; ~ tiri abang kpd
seseorang yg merupakan anak kpd ibu atau ayahnya hasil drpd
perkahwinan yg terdahulu (dgn suami atau isteri yg lain);

berabang 1. mempunyai abang (biasanya abang kandung); 2.
memanggil seseorang abang, menggunakan kata (panggilan) abang
terhadap seseorang;
berabangkan mempunyai seseorang sbg abang: ~ seorang yg
pengasih dan bertimbang rasa.
abang II Jw merah.
abar; abar-abar 1. dinding; 2. penghalang, penyekat: ~ kemajuan
masyarakat;
berabarkan mempunyai (sesuatu) sbg dinding atau penyekat,
berdindingkan: rumah yg ~ buluh;
mengabar 1. mengurangkan, meredakan: ubat yg dapat ~ keadaan

payah orang sakit; 2. menghalang, menyekat: pertempuranpertempuran ~ jalannya mesyuarat.
abau sj kura-kura, labi-labi; main ~ main tampuk labu.
ABC 1. abjad Rumi: budak itu sudah pandai membaca ~; 2. kep air batu
campur.
Abd. kep Abdul.
abdas (Parsi); berabdas mandi hadas.
abdi orang yg dimiliki oleh seseorang lain dan terpaksa melakukan apa saja
yg diperintahkan oleh tuannya (tanpa mempunyai kebebasan atau hak
sendiri), hamba, hamba tebusan; ~ negara Id pegawai kerajaan;
mengabdi 1. menjadi abdi (hamba): orang kulit hitam dr Afrika
pernah dipaksa ~ di Amerika Syarikat; 2. berlaku spt abdi,
menumpukan seluruh jiwa dan tenaga (kpd atau utk kepentingan
seseorang atau sesuatu): rela ~ kpd negara;

mengabdikan 1. menjadikan abdi, menghambakan, memperhamba: ~
tawanan perang; ~ diri kpd negara; 2. menggunakan sepenuhnya:
tenaganya diabdikannya kpd negara;
pengabdian perihal (perbuatan dsb) mengabdi atau mengabdikan:
tetapi Allah tidak membebani manusia dgn kemestian-kemestian yg
banyak utk melakukan ~; ~ seseorang kpd negara sbg tanda cintanya

terhadap negara; pd zaman dahulukala, ~ rakyat oleh raja sering
berlaku.
abdikasi turun dr takhta kerajaan dgn kehendak (kerelaan) seseorang raja
itu sendiri.
abdomen (Bio) rongga di bahagian tengah badan vertebrat (yg berisi organorgan (spt perut, usus, buah pinggang, dan hati).
abese (abésé) Id abjad tulisan Rumi.
abet Jk tingkah laku;
mengabet bertingkah laku; bisa ~ tahu bertingkah laku.
abiad Ar sl putih; fidah yg ~ perak yg putih.
abid Ar orang yg menghambakan diri kpd Allah dgn beribadat kpd-Nya.
abidin Ar jamak bagi abid.
abilah (Parsi) cacar air, jeluntung; ~ Peringgi penyakit sifilis, penyakit raja
singa.
ABIM akronim bagi Angkatan Belia Islam Malaysia.
abintara sl pesuruh raja; → bentara.
abiogenesis (abiogénesis) (Bio) penjanaan (secara hipotesis) benda hidup
drpd benda bukan hidup.
abjad 1. huruf-huruf dlm sesuatu bahasa yg disusun mengikut urutan yg
tertentu (spt A, B, C hingga Z bagi tulisan Rumi dan alif, ba, ta
hingga nya bagi tulisan Jawi); menurut (urutan) ~ menurut urutan


huruf dlm abjad; 2. urutan atau susunan huruf Arab (dgn setiap huruf
mempunyai nilai angka utk menyatakan tahun dll, mis alif = 1, ba = 2,
jim = 3, dal = 4, dll);
mengabjadkan menyusun (perkataan dll) menurut abjad: ~ nama
semua peserta;
pengabjadan perihal mengabjadkan, penyusunan perkataan (senarai
nama dll) mengikut urutan abjad.
ablasi (Bio) pembuangan tisu atau organ tubuh secara pembedahan.
abnormal 1. tidak spt yg biasanya terdapat (berlaku dsb), luar biasa:
keadaan yg ~; 2. Id agak gila;
keabnormalan keadaan yg menyimpang drpd kebiasaan, keadaan
tidak normal, keadaan luar biasa.
abnus Ar sl kayu hitam.
aboi C panggilan kpd kepala atau pembesar orang Cina.
abon Jw sayatan daging yg dibubuh rempah dan digoreng.
abonemen (abonemén) IB 1. langganan; 2. wang langganan; 3. =
berabonemen berlanggan.
abrak sl batu cermin, mika.
abrar Ar golongan orang yg soleh.

abras Ar 1. menghidapi penyakit kusta; 2. penyakit kusta.
abrit; abrit-abritan Jk berlari tunggang-langgang.
absah Id sah (bkn surat keterangan dll);
mengabsahkan mengesahkan (keputusan, persetujuan, dll);
keabsahan keadaan sah, kedudukan yg sah, kesahan: ~ dan
legitimasi politik itu sendiri secara yg berkesan harus berdasarkan
kemahuan rakyat dan pengikut umumnya;
pengabsahan pengesahan.

absen bp tidak hadir (di sekolah, di tempat kerja, dll);
mengabsen Id memanggil nama-nama orang utk mengetahui atau
menentukan siapa yg tidak hadir (di sekolah, di tempat kerja, dll):
guru ~ murid-murid pd waktu masuk sekolah.
abses (absés) bengkak yg bernanah.
absolusi Id pengampunan dosa (dlm agama Roman Katolik).
absolutisme prinsip yg menekankan bahawa pemerintah (raja, pemimpin
dsb) mestilah mempunyai kuasa yg mutlak atau tidak terbatas.
abstrak tidak berupa atau bersifat kebendaan (tidak dapat dilihat atau dirasa
dgn pancaindera), tidak konkrit atau maujud, niskala, mujarad:
kesetiaan adalah sesuatu yg ~;

mengabstrakkan menjadikan sesuatu abstrak;
keabstrakan perihal atau sifat abstrak: kematangan seseorang
pelukis boleh dilihat dlm ciri-ciri ~ lukisannya.
abstraksi proses membentuk gagasan atau konsep umum dgn memilih ciriciri umum drpd contoh-contoh yg khusus: dlm kebanyakan kes,
pembinaan model biasanya melibatkan ~ ciri-ciri fenomena yg dikaji.
absurd mustahil, tidak masuk akal, bertentangan dgn fikiran yg waras:
sesungguhnya adalah ~ utk berbuat demikian kerana subjeknya
hanya diketahui oleh segelintir manusia.
abtar Ar 1. sl kudung; 2. terputus rahmat Allah.
abu I 1. sisa sesuatu yg telah hangus dibakar atau terbakar: ~ drpd ranting
dan daun kering yg dibakar boleh dijadikan baja; ~ dapur; ~ rokok;
2. debu, serbuk;
~ kayu (Hut) bahan tak organik (terutama oksida, karbonat, dan fosfat
drpd kalsium, kalium, dan magnesium) yg terdapat di dlm kayu; ~

logam (Hut) bahan lebihan logam yg tertinggal selepas selesai proses
pembakaran lengkap kayu atau bahan organik lain;
spt ~ di atas tunggul prb Mn dgn mudah boleh tercampak atau
terhalau, tidak bererti, tidak tetap (suami dlm rumah keluarga
isterinya dlm masyarakat Minangkabau dan di tempat-tempat tertentu

di NS); sudah jadi ~ arang prb sudah rosak sama sekali, tidak ada
gunanya lagi; terpegang di ~ hangat prb Mn baru saja memulai
sesuatu pekerjaan sudah mendapat kesusahan;
abu-abu Id warna kelabu;
mengabu menjadi abu, menyerupai abu;
mengabui 1. membubuh abu (pd sesuatu); 2. = ~ mata ki
menyebabkan (seseorang) terpedaya hingga tidak mengetahui atau
menyedari
menyesatkan

keadaan

atau

pandangan,

tujuan

yg


memperdaya:

sebenar,

mengelirukan,

beliau

mengingatkan

penduduk-penduduk di situ supaya mengawasi tindak-tanduk
golongan yg cuba ~ mata orang ramai;
keabu-abuan berwarna agak kelabu, kekelabu-kelabuan.
abu II kalah (dlm permainan congkak dll).
abu III suatu pangkat di Siam.
abu-abu; ikan ~ Id sj ikan laut.
abuh I riuh, sibuk.
abuh II Jw bengkak; sakit ~ (abuh-abuhan) sakit dgn bengkak-bengkak pd
kaki (tubuh dsb).
abuk; mengabuk Jw mengambil barang kepunyaan orang dan mengaku
atau mengatakan bahawa barang tersebut miliknya.
abuk-abuk = ~ sagu sj penganan yg dibuat drpd biji-biji sagu (gula melaka
dll).

abun-abun angan-angan; gila di ~ prb mengangan-angankan sesuatu yg
tidak mungkin tercapai (terhasil).
abung; limau ~ limau bali, limau besar.
abur;

mengabur

membuang-buang

(wang

dll),

menghamburkan,

membazirkan, memboroskan;
pengabur orang yg membuang-buang atau membazirkan (wang),
pemboros.
abus 1. bahagian atau pecahan yg terkecil; 2. duit syiling zaman dahulu yg
terendah nilainya; 3. sedikit sekali, tidak berharga, tidak mempunyai
nilai.
abuya Ar 1. ayah; 2. panggilan hormat kpd orang yg ajarannya (biasanya
ajaran agama Islam) atau pendapatnya diikuti.
abvolt unit ukuran voltan elektrik yg bersamaan dgn 1 x 10-8 volt.
abyad Ar → abiad.
Ac simbol kimia bagi aktinium.
acah; beracah-acah bermain-main, bersenda-senda: ~ dgn maut;
mengacah melakukan gerak utk mengelirukan atau menyesatkan
lawan;
mengacah-acah mengacah berulang kali: lembaga itu semakin
hampir, ~ hanya menunggu masa sahaja utk bertindak;
acahan perbuatan mengacah.
acak I Mn; acak-acak terburu-buru, tergesa-gesa.
acak II Jk; mengacak melakukan sesuatu tidak dgn peraturan,
mengacaukan;
acak-acakan kacau-bilau, tidak teratur.
acan I; mengacan melakukan gerak pukulan atau serangan utk
mengelirukan atau menyesatkan lawan.

acan II; mengacan mengharapkan, mencita-citakan.
acan III Kd mengusik seseorang (dgn tujuan utk bergurau).
acang Id perkakas utk mengukur keadaan air dlm dandang.
acang-acang Mn pesuruh, orang kepercayaan; ~ alat orang yg mengatur
peralatan; ~ (dlm) negeri orang yg dipercayai orang (penduduk)
sekampung atau senegeri.
acap I = acap-acap kerap kali, sering kali.
acap II 1. penuh dgn air, terendam dlm air (kayu dll), tergenang oleh air
(padang, sawah, dll); 2. terbenam dalam-dalam (kaki dlm lumpur,
mata keris pd tubuh seseorang, dll);
mengacapi menggenangi, merendam (dgn air).
acap kali beberapa kali, berulang-ulang, kerap kali, sering kali: dia masih
melakukannya walaupun sudah ~ ditegur.
acar I sj makanan yg dibuat drpd buah-buahan atau sayur-sayuran dgn
bahan-bahan lain dan diasamkan dgn cuka (dimakan dgn nasi); jenisjenis acar: ~ limau (nipis), ~ lobak parut, ~ mentimun, ~ telur;
mengacar membuat acar.
acar II = acaran Kd tempat membuang kotoran dapur, limbah; kain dlm ~
dikutip cuci ia hendak ke longkang lagi prb sudah rosak betul, tidak
dapat dibaiki lagi (bkn akhlak perempuan jahat dll).
acara I 1. susunan perkara utk dibincangkan dlm mesyuarat (perundingan
dsb), agenda; 2. rancangan atau susunan rancangan utk sesuatu
pertunjukan (pertandingan sukan dll), program: satu jawatankuasa
khas akan menyusun ~ yg akan diadakan pd hari ulang tahun itu; 3.
kegiatan (persembahan dll) biasanya dlm sesuatu program: carilah
jalan utk bersuka ria dan hadirilah lebih banyak ~ sosial; ~
kemuncak kegiatan atau persembahan terpenting (biasanya juga yg

teristimewa) dlm sesuatu program; 4. Id perkara utk dibicarakan (di
mahkamah), kes; perbicaraan sesuatu kes (dlm mahkamah): ~ ini
akan diadakan di mahkamah tinggi;
beracara 1. mempunyai acara, ada acaranya (agendanya atau
programnya); 2. Id memeriksa (membicarakan) perkara di mahkamah;
mengacara Id menjatuhkan keputusan hukum;
mengacarai 1. mengelolakan atau mengendalikan sesuatu acara
(pertandingan, majlis dsb): seorang muka baru akan ~ majlis
pelancaran produk itu; 2. Id memulai percakapan, memberi bahan
bagi percakapan (perbualan): “Engkau kecewa”, aku ~ percakapan;
mengacarakan 1. menjadikan sbg salah satu acara, memasukkan ke
dlm susunan acara (rancangan): pancaragam itu akan diacarakan pd
malam penghabisan; 2. Id mengadukan (perkara);
pengacara 1. Id peguam bela; 2. orang yg mengendalikan
persembahan acara-acara (dlm sesuatu pertunjukan, majlis, dll),
juruacara.
acara II Jw; mengacarakan menyambut (tamu), mempersilakan tetamu
(duduk dll).
acaram sl cincin bertunang, cincin tanda.
acau; mengacau mengigau; → aco.
aci I diterima, jadi, sah, (dlm permainan, pertaruhan, dll); tidak ~ tidak jadi,
tidak sah; lebih kurang sedikit janganlah diambil ~ sangat lebih
kurang sedikit janganlah diambil berat;
mengacikan mengakui sbg aci atau sah, mengesahkan.
aci II batang logam tempat roda berpusing, gandar roda;
~ engkol batang logam berputar yg menyambungkan engkol dgn rod
penyambung utk menukar gerakan turun naik kpd gerakan berpusing

pd enjin pembakaran dalaman; ~ pacu batang logam yg memacu dan
menghubungkan satu bahagian dgn bahagian yg lain dlm kenderaan
bermotor; ~ sesondol batang logam panjang yg mempunyai sesondol
utk menggerakkan rangkaian injap pd enjin pembakaran dalaman;
aci-aci kayu panjang utk menggulung layar.
aci III (Tamil) kakak (biasanya sbg panggilan kpd perempuan India yg
lebih tua).
aci IV Pn; ~ lut main sembunyi (sj permainan budak-budak), cekup puyuh.
aci V tepung (sagu, ubi kayu, dll).
aci-aci Id andai, misal, umpama; ~nya seandainya, seumpamanya, kalaukalau;
mengaci-acikan memisalkan, mengumpamakan, mengandaikan;
aci-acian sesuatu yg terbayang dlm fikiran, gambaran angan-angan:
sudah kami mempunyai ~ bagaimana mendirikan masjid itu.
acik nama timang-timangan bagi anak yg kedua bongsu.
acita (Hindustan) beras.
aco; mengaco Jw 1. mengigau; 2. berkata tidak keruan (yg bukan-bukan).
acu I; mengacu 1. membuat gerak laku utk mengancam atau menakutnakutkan (spt mengangkat atau menghalakan senjata hendak
menikam dsb); 2. = mengacu-acu memikir-mikirkan (sesuatu yg
hendak dilakukan dan caranya), berniat, berfikir-fikir, beragak-agak
(hendak berbuat sesuatu); 3. menunjuk atau menarik perhatian (kpd),
merujuk: dlm syarahannya ia selalu ~ kpd bukunya;
mengacukan 1. menghalakan (senjata) ke arah seseorang utk
mengancam

atau

menakut-nakutkannya,

mengacungkan,

menunjukkan sbg mengancam (genggaman tangan dll): keris terhunus
diacukan ke perut Panglima Awang; 2. = mengacu-acukan

menganjurkan, merancang-rancangkan: sudah lama ia mengacuacukan langkah ini.
acu II; mengacu membentuk (kuih, peluru, dll) dgn menuang bahan
cecairnya ke dlm sesuatu bekas atau acuan, mencetak (peluru, roda
kereta api, dll);
acuan 1. bekas yg mempunyai bentuk tertentu utk dituangkan sesuatu
bahan cecair: ~ kuih; ~ agar-agar; ~ peluru; 2. alat (spt kerangka,
pemidang, dsb) utk sesuatu: ~ sepatu; 3. ki sesuatu yg dapat
membentuk atau mencorakkan sesuatu: proses pembesaran kanakkanak akan menjadi ~ kpd sikap sebenar yg akan diwarisi; ~ kalimat
pola kalimat.
acu III; mengacu = mengacukan memakai sesuatu (spt baju, kasut, dsb)
seketika utk mengetahui sama ada muat atau tidak (sedap dipakai atau
tidak dsb).
acu IV sj tumbuhan (pokok), mendarah (rengas, penarahan) daun besar,
Knema hookeriana.
acuh peduli, mengambil berat, mengendahkan; tak ~ tidak peduli; ~ tak ~
(hampir) tidak menunjukkan minat atau memberikan perhatian (kpd
sesuatu), kurang peduli, endah tak endah: sikap ~ tak ~ ini merugikan
perjuangan kebangsaan;
mengacuhkan mempedulikan, mengendahkan, menghiraukan: tidak
~ larangan orang tua-tua;
acuhan sesuatu yg diendahkan, sesuatu yg menarik minat atau
perhatian;
ketidakacuhan sikap tidak mengendahkan sesuatu.

acum; mengacum 1. menghasut supaya bermusuhan dsb: dicarinya akal
utk ~ adik-beradik itu supaya bermusuhan; 2. mengajak berkelahi,
menentang: ~ lawan; 3. Kd mengadu pd seseorang;
acuman 1. hasutan; 2. tentangan;
pengacum 1. penghasut; 2. penentang, orang yg menentang.
acung I Id; mengacung menunjuk ke atas, diangkatkan ke atas: tangannya
~;
mengacungkan

menghalakan

(sesuatu

ke

arah

seseorang),

menunjukkan (tangan dll): ~ senjata; ~ tangan;
pengacungan perbuatan mengacungkan: ~ senjata.
acung II Mn; mengacung menyepak, menendang.
AD Id kep Angkatan Darat.
ada 1. boleh didapati (ditemui, dilihat, dsb), bukan khayalan atau rekaan,
wujud: ada orang yg mempercayai hantu itu ~ dan ada pula yg
mengatakan ianya khayalan manusia; tidak ~ lagi binatang raksasa
sekarang; 2. boleh diperoleh (didapati, dijumpai, dsb) di sesuatu
tempat: gula dan kopi ~ di dlm almari itu; dia tidak ~ di rumahnya
sewaktu kami sampai; 3. telah sedia, telah terkumpul dsb (utk diberi
perhatian dsb): ~ banyak surat yg perlu ditandatangani; ~ kerja
penting yg belum diurus lagi; 4. mempunyai: Razi ~ banyak barang
mainan; tidak ~ cita-cita; 5. (masih) hidup, belum meninggal dunia:
ibunya masih ~ tetapi ayahnya sudah meninggal; dia sudah tak ~ dia
sudah

meninggal

dunia;

6.

benar-benar,

sungguh-sungguh,

sesungguhnya (digunakan utk menguatkan kata kerja selepasnya): dia
~ pergi ke sekolah petang tadi; saya ~ menerima surat daripadanya;
7. hadir (digunakan sbg menjawab panggilan guru dll sewaktu

memastikan kedatangan murid dll); 8. apakah (digunakan utk
melembutkan pertanyaan): ~ encik melihat adik saya?
~ gula, ~ semut prb kalau orang kaya banyaklah kawannya; ~ air, ~
(adalah) ikan = ~ padang, ~ belalang = ~ batang, ~ cendawan
tumbuh prb di mana pun kita duduk, ada rezeki;
ada-ada; ~ saja a) selalu berlaku sesuatu atau timbul perkara baru
dll: ~ saja yg menyebabkan penderitaannya; jarang ia di rumah, ~
saja orang datang mengajaknya berjalan; b) selalu ada sesuatu yg
ditimbulkan, ada kerenahnya (ragamnya dsb): “A~ saja kau! Ada
orang hendak, kau pun hendak juga!”;
seada-adanya = seadanya (sekadar atau setakat) apa-apa yg ada:
hidangan ~ sudah sedia;
adakah 1. apakah ada (utk mengeraskan pertanyaan), ada atau tidak
(tiada): soalnya, ~ terdapat novel karangannya? 2. benarkah (atau
tidak), sesungguhnyakah (atau tidak): ~ kekalahannya tahun ini lebih
besar drpd kekalahan tahun lalu? ~ duri dipertajam prb perselisihan
yg telah ada tidak perlu diperbesar lagi;
adakan mana ada, mana boleh, masakan: ~ kucing bertanduk;
adalah 1. sl sesungguhnya (digunakan pd permulaan ayat, kenyataan,
dsb): ~ makam ini dikurniai raja kpd aku, barang siapa hendak
duduk bayarkan sewanya kpd aku; 2. ialah (utk menghubungkan
sesuatu

yg

diperkatakan

dgn

huraian,

penjelasan

dsb

yg

mengenainya): hadiah itu ~ utk murid terpandai;
adanya 1. perihal ada (berlaku, terdapat, dsb), wujudnya: ~
kekacauan merosakkan keadaan ekonomi; 2. demikianlah halnya:
mereka itu spt adik-beradik ~;

ada-adanya, ada-adanyakah mana boleh, mungkinkah: ~ ayam
berkaki tiga;
adapun mengenai, perihal: dapat dikemukakan bahawa ~ cerita
pendek pd umumnya menceritakan hal manusia juga;
berada 1. ada (di), ada atau terdapat di sesuatu tempat atau dlm
sesuatu keadaan: hidupmu sedang ~ di tepi jurang kebinasaan;
sewaktu kejadian itu berlaku, dia ~ di Singapura; 2. berharta, kaya:
keluarganya boleh dikatakan ~ juga;
berada-ada = ada-berada ada sesuatu yg tersembunyi (spt sebab,
maksud, dll); kalau tidak ~ takkan tempua bersarang rendah prb
tentu ada maksud tersembunyi seseorang berlaku secara luar biasa;
keberadaan keadaan (sifat) berada: semua benda bersifat sementara
sehingga akhirnya ~nya terletak di suatu tempat lain;
mengada-ada 1. berkata (meminta, berfikir, membuat, dll) yg bukanbukan: jangan kamu ~ saja; 2. bercakap atau menunjukkan kelakuan
(gerak-geri dsb) spt menunjuk-nunjuk atau bermegah-megah dsb
(membuat orang meluat): sejak pulang dr luar negeri, dia sudah ~,
sudah berlagak spt orang Barat; 3. Id melebih-lebihkan (sesuatu yg
diperkatakan), membuat-buat, berbohong: aku tak percaya sebab dia
suka ~; 4. menyusahkan (suka meminta yg bukan-bukan dsb): ah,
~nya orang ini, apa kehendak kau?;
mengadakan

1.

menjadikan

ada

atau

wujud,

mewujudkan,

menjadikan, menciptakan: Tuhanlah yg ~ seluruh alam ini; 2.
mengusahakan sehingga ada (tersedia, terdapat, dsb), menyediakan: ~
wang yg diperlukan; peruntukan belanjawan utk ~ lebih banyak
sekolah dan maktab teknik; 3. mengusahakan sehingga berlaku atau
berjalan sesuatu (spt seminar, mesyuarat, kenduri, dll), menganjurkan

serta mengurus sesuatu: ~ kursus bahasa-bahasa asing; ~ kempen
kebersihan;
mengada-adakan mengadakan atau menimbulkan dsb sesuatu (spt
cerita, alasan, dll) yg sebenarnya tidak ada atau tidak benar,
membuat-buat,

mereka-reka:

dia

sengaja

~

cerita

itu

utk

mendapatkan simpati drpd kawan-kawannya;
keadaan 1. hal atau kedudukan (seseorang atau sesuatu) pd sesuatu
ketika atau jangka waktu: pesakit itu berada dlm ~ tenat; ~ di
sesebuah negara semasa berlaku peperangan; ~ hidup kaum
nelayan; ~ cuaca; 2. rupa (sifat, kedudukan, dsb) sesuatu
sebagaimana yg dapat dilihat: seorang pegawai polis sedang
membuat catatan tentang ~ di tempat itu selepas berlaku rompakan;
~ tubuhnya tegap sasa; 3. suasana (di atau di sekitar sesuatu tempat):
~ di situ pd waktu malam senyap sunyi;
berkeadaan (berada) dlm keadaan (kedudukan, suasana, dll): pd
tahun itu negeri Selangor ~ kacau-bilau kerana perkelahian anakanak rajanya; di hadapan gadis dia ~ canggung;
pengadaan perihal mengadakan sesuatu: ~ kelas agama pd waktu
petang.
adab 1. tingkah laku serta tutur kata yg halus (sopan), budi bahasa, budi
pekerti yg halus, kesopanan: dia seorang yg tinggi ~nya; kami
berbual-bual juga dan masing-masing bercermat menjaga ~, supaya
tidak berlaku langgar bahasa; 2. cara seseorang berkelakuan dlm
sesuatu situasi tertentu: ~ pergaulan; ~ makan; ~ tertib budi bahasa
dan tingkah laku (yg halus dan sopan); balik ~ sl tiada adab, biadab,
kurang sopan; ilmu ~ pengetahuan mengenai buruk baik bagi
kelakuan manusia (budi bahasa dan budi pekertinya);

beradab 1. mempunyai (menunjukkan) adab, berbudi bahasa,
bersopan: kelakuannya spt orang tidak ~; 2. telah maju tingkat
kehidupan (jasmani dan rohani), bertamadun: bangsa-bangsa yg ~;
mengadabi beradab (bersopan, berbudi bahasa) terhadap orang lain,
menghormati: ~nya sbg orang yg sopan;
memperadabkan menjadikan beradab (bertamadun), memajukan
tingkat kehidupan (sesuatu bangsa atau masyarakat) pd aspek jasmani
dan rohani: ~ bangsa-bangsa yg terkebelakang;
peradaban keadaan serta tingkat kemajuan pd kehidupan jasmani
dan rohani (sesuatu bangsa, masyarakat, dsb), tamadun: jangan
membuang yg halus dan tinggi yg terdapat dlm ~ Barat;
berperadaban telah mencapai peradaban (yg maju), bertamadun:
dunia yg sofistikated lagi ~ ini.
adad Ar bilangan, jumlah.
adagio (Muz) lagu yg dimainkan dgn rentak yg perlahan dan lemah
gemalai.
adai; ~ -badai tudung saji yg bersulam.
adakala ada waktunya (ketikanya, kalanya), kadangkala, sekali-sekali: ~
dia menang, ~ pula dia kalah.
adalat Ar keadilan.
Adam = Nabi ~ manusia yg pertama dijadikan Tuhan; anak ~ = bani ~ =
cucu ~ keturunan Adam, manusia, insan; kulit ~ pangkal kuku jari yg
berwarna putih dan berbentuk bulan sabit.
adan firdaus, syurga.
adang I; adang-adang penyekat (yg memisahkan, mengasingkan, dsb):
tiap-tiap meja disekat dgn satu ~; ~ pintu penyekat di muka pintu;

mengadang 1. = mengadangi menahan (seseorang) drpd dapat lalu
atau masuk ke sesuatu tempat (dgn mendepangkan tangan,
merintangkan sesuatu, dsb), menghalang(i), menyekat: Hamid ~nya di
pintu, tidak mahu memberinya masuk; 2. menyekat laluan (di jalan
raya): mereka ~ jalan dgn meletakkan tong-tong kosong; sebatang
pokok yg tumbang ~ jalan dan menyebabkan banyak kenderaan
terkandas; 3. menunggu dgn tujuan hendak menyergap (menyerang
hendap): merancang utk ~ musuh; 4. menuju, memaksudkan,
menghadapi; 5. menempuh (bahaya, kesukaran, dsb);
musuh jangan diadang, selisih jangan dicari prb pertelingkahan atau
perselisihan janganlah dicari-cari; sungguhpun kawat yg dibentuk,
ikan di laut yg diadang prb sungguhpun nampaknya tidak ada sesuatu
maksud tetapi ada juga benda yg dituju;
mengadangkan menggunakan sbg adang, merentangkan (sesuatu),
mendepangkan (tangan): diadangkannya lengannya;
pengadangan 1. tempat utk mengadang; 2. perbuatan mengadang;
pengadang 1. penghalang, perintang (di jalan dll), sekatan; 2. orang
yg mengadang (menghalang atau menyekat orang lain); 3. penyamun
dsb yg mengadang (menunggu dan menyerang hendap).
adang II Id; ~ ... ~ ... kadang ... kadang ...;~ makan ~ tidak kadang makan
kadang tidak;
adang-adang kadang-kadang.
adap; adap-adapan; nasi ~ nasi pulut berwarna kuning (dihidangkan di
upacara perkahwinan).
adaptasi penyesuaian dgn keadaan dsb yg baru atau berbeza: ~ buku-buku
Indonesia sedang diusahakan oleh Bahagian Terjemahan; seseorang

itu perlu membuat ~ terhadap hidupnya utk mengimbangkan tuntutan
keperluan dgn kemampuan diri;
beradaptasi membuat penyesuaian: struktur biologi yg berbeza itu ~
secara fungsiannya dgn jenis-jenis persekitaran yg berbeza;
mengadaptasi membuat adaptasi: orang Islam di merata-rata
pelosok dunia ini ~ istilah dan rangkai kata Arab; drama terjemahan
perlu diadaptasi supaya mencerminkan nilai-nilai dan alam kita;
seorang klien diajar mengubah dan ~ tingkah laku drpd yg tidak
normal atau tidak rasional kpd yg lebih rasional dan logik;
pengadaptasian perihal (perbuatan dsb) mengadaptasi sesuatu;
pengadaptasi orang yg membuat adaptasi (penyesuaian), orang yg
menyesuaikan sesuatu (biasanya karya sastera atau seni): Muhammad
Uthman Jalal dianggap sbg ~ yg paling berpengaruh, tidak kurang
sepuluh buah drama Perancis telah diadaptasi.
adapun → ada.
adar I; mengadar bermalam di rumah orang, bertandang.
adar II sangat tua.
adas 1. = ~ landi = ~ pedas sj tumbuhan (herba), Foeniculum vulgare; 2. =
~ cina = ~ manis sj tumbuhan (herba), Anethum graveolens.
adat 1. peraturan yg sudah diamalkan turun-temurun (sejak dahulukala) di
dlm sesuatu masyarakat (sehingga merupakan hukum dan peraturan
yg harus dipatuhi), lembaga: ~ Minangkabau; ~ Perpatih; ~ Rembau;
2. cara yg sudah menjadi kebiasaan, sifat, kebiasaan: ~ air cair, ~ api
panas;
kurang ~ tidak sopan, kurang ajar; membawa ~ haid (datang bulan);
mengisi ~ menjalankan adat kebiasaan, memenuhi kewajiban; tahu ~
sopan; tak tahu ~ tidak sopan, kurang ajar; ~ dunia sifat dunia,

kebiasaan di dunia; ~ gelanggang = ~ menyabung peraturan
menyabung (ayam); ~ istiadat berbagai-bagai adat (peraturan) yg
dituruti; ~ menyerambi adat menjamu bakal menantu laki-laki; ~
resam adat kebiasaan;
~ bersendi syarak, syarak bersendi ~ prb segala perbuatan hendaklah
jangan bertentangan dgn adat dan agama; ~ diisi, lembaga dituang
prb Mn mengerjakan sesuatu menurut adat kebiasaan; ~ gajah
terdorong prb orang yg berkuasa biasanya menyalahgunakan
kekuasaannya; ~ lama pusaka usang prb Mn adat yg tidak berubahubah sejak dahulu; ~ periuk berkerak, ~ lesung berdedak prb jika
berkehendakkan keuntungan, haruslah susah; ~ sepanjang jalan,
cupak sepanjang betung prb tiap-tiap perbuatan ada peraturannya,
tiap-tiap negeri mempunyai kebiasaannya: hidup dikandung ~ mati
dikandung tanah prb setiap orang harus mentaati adat selama hidup
dan jangan pula melupakan bahawa dia akan mati; hilang ~ tegal
muafakat prb adat lama itu boleh diubah asal dgn muafakat;
beradat 1. mempunyai adat, tahu sopan santun; 2. melakukan sesuatu
secara adat;
mengadatkan

menjadikan

sesuatu

adat,

menjadikan

sesuatu

kebiasaan; adat yg diadatkan adat yg ditetapkan;
teradat sudah menjadi adat atau kebiasaan; adat yg ~ adat yg terjadi
kerana kebiasaan.
adawat Ar permusuhan, benci.
ADD kep Akhbar Dalam Darjah.
addin Ar al-Din.
adegan Jw bahagian drpd babak (sandiwara, wayang): ia berlakon dgn baik
dlm ~ di atas kapal; ~ ranjang (bahagian drpd) babak asmara di atas

katil (dlm lakonan sandiwara, wayang gambar, dsb) yg menimbulkan
keghairahan: tingkah laku yg bertentangan dgn Islam digambarkan
dlm hubungan seks dan ~ ranjang.
adem Jk 1. sejuk; 2. hambar, tawar (makanan); 3. tenang (fikiran, hati);
mengadem menyejukkan diri (di tempat dingin).
adhesi (adhési) IB 1. daya tarik-menarik antara molekul dua zat yg
berlainan; 2. ucapan setuju, ucapan sokongan.
ad hoc (Latin) bkn sesuatu perkara yg dilakukan utk tujuan tertentu tanpa
perancangan awal: jawatankuasa ~.
adi I (Sanskrit) sl yg pertama, yg terutama, yg tertinggi: pahlawan ~;
pendekar ~.
adi II Ar mengikut adat, biasa, lazim.
adi III Br adik;
adi-beradi = seperadian pertalian adik-beradik dlm sesuatu
keluarga.
adiabatik (Kim) bkn sesuatu proses dlm sistem kimia yg tidak melibatkan
sebarang kemasukan atau keluaran haba.
adib Ar 1. beradab, berbahasa, bersopan; 2. sasterawan, pujangga.
adicita Id ideologi.
adik 1. saudara kandung (laki-laki atau perempuan) yg lebih muda; ~
bongsu adik yg termuda; ~ kandung = ~ seibu sebapa anak kpd ibu
dan bapa seseorang yg lebih muda daripadanya; ~ seayah adik
berlainan ibu; ~ seibu adik berlainan ayah; 2. panggilan (khasnya kpd
saudara kandung atau saudara mara yg lebih muda atau kpd isteri dan
amnya kpd orang yg lebih muda);
~ ipar adik lelaki atau perempuan kpd suami atau isteri seseorang; ~
sanak ayah anak saudara lelaki ayah (yg lebih muda); ~ sanak ibu

anak saudara perempuan ibu (yg lebih muda daripadanya); ~ sepupu
anak (yg lebih muda) kpd adik atau kakak ayah atau emak seseorang;
bulan ~ Maulud bulan Rabiulakhir;
beradik 1. mempunyai atau ada adik: biarlah dia bermanja sepuaspuasnya sementara belum ~ lagi; 2. bersaudara kandung: kami
tinggal tiga ~ di rumah itu selepas pemergian ayah;
adik-beradik, adik kakak 1. (beberapa orang) yg mempunyai
hubungan kekeluargaan (kerana seayah atau seayah dan seibu),
bersaudara: mereka lima ~ mereka lima bersaudara; bergaduh ~ dlm
pembahagian harta pusaka; 2. (berlaku) sbg saudara, antara atau
selaku adik dgn abang (atau kakak): mari kita bicarakan ~ dahulu;
beradik kakak selaku adik dan kakak;
memperadik memandang (memanggil, menyebut) adik.
Adika Pr gelaran orang besar: Dato’ Seri ~ Raja.
adikara sl 1. kekuasaan, berkuasa; 2. sewenang-wenang.
adikarya karya agung yg dianggap menggambarkan peradaban sesuatu
bangsa, mis Hikayat Hang Tuah dlm masyarakat Melayu.
adikong (drpd Perancis aide-de-camp) pembantu peribadi kpd pembesar
(spt sultan, perdana menteri, dll).
adikuasa kuasa utama, kuasa tertinggi: dunia memang sudah berubah sejak
~ Soviet Union hilang taring.
adikudrati yg di luar kekuasaan alam (Roman Katolik).
adil 1. menyebelahi pihak yg benar (bkn sesuatu, seseorang, tindakan,
undang-undang, keputusan dsb): raja yg ~; tindakan yg ~; hakim itu
~ keputusannya; 2. meletakkan sesuatu pd tempatnya yg betul (bkn
sesuatu, seseorang, tindakan, undang-undang, keputusan dsb):
pelantikan seseorang yg ahli dlm bidangnya adalah satu pelantikan

yg ~; 3. menepati hak seseorang atau sesuatu: kadar taksiran mestilah
~ dan tidak menjadi satu beban kpd penduduk; para pekerja
mendapat layanan dan ganjaran yg ~, setimpal dgn pengorbanan yg
dilakukan kpd organisasi; 4. tidak menyebelahi mana-mana pihak
(bkn layanan terhadap seseorang dsb), tidak berat sebelah: tugas ibu
bapa ialah berlaku ~ dlm sesuatu pemberian kpd anak-anak dgn
tidak melebihkan seorang drpd yg lain;
mengadili menimbangkan dgn saksama serta memutuskan (dlm
mahkamah dsb), memeriksa dan menghukum orang dgn adil: ~ dan
menghukum orang-orang yg melanggar undang-undang;
keadilan sifat (perbuatan, tindakan, dll) yg adil: ~ seseorang raja
atau pemerintah; ia menuntut ~ ia menuntut penyelesaian yg adil;
menciptakan ~ masyarakat mengadakan susunan dan keadaan yg adil
bagi kehidupan dlm masyarakat;
ketidakadilan perihal (keadaan, perbuatan, kejadian, dsb) tidak adil;
peradilan segala yg berkaitan dgn perkara pengadilan: selalunya ahli
sains membuat ~ moral kpd rakan-rakan mereka;
pengadilan 1. mahkamah, majlis, dsb yg mengadili: aku akan
dihadapkan ke muka ~ dan di sanalah aku akan menerima keadilan;
2. perihal (perbuatan dsb) mengadili, perbicaraan serta keputusan
oleh pengadil: penjahat-penjahat perang dijatuhi hukuman mati dlm
~ di mahkamah Nuremberg; 3. perihal (perbuatan dsb) mengadili
sesuatu pertandingan dsb: ~ pertandingan pakaian aneka ragam;
pengadil 1. orang yg mengadili sesuatu perkara, hakim: jikalau orang
yg membuat undang-undang juga menjadi ~ undang-undang, nescaya
tidak ada kebebasan; ~ litar pengadil yg beredar ke beberapa tempat

(bandar dsb) utk menjalankan perbicaraan; 2. orang yg mengadili
pertandingan atau perlawanan (spt bola sepak, tinju, dll).
adinda bh adik (digunakan di kalangan keluarga raja, dlm surat-menyurat
dsb).
ading sl adik.
adiningrat Jw gelaran bangsawan yg tertinggi.
ad interim (Latin) utk sementara waktu: kabinet ~; tindakan ~.
adipati Jw 1. sl raja, kepala daerah; 2. gelaran bupati (sebelum perang).
adipos (Ubat) mengandungi lemak atau menyerupai lemak; tisu ~ tisu yg
dipenuhi lemak.
adiposuria (Ubat) kewujudan lemak dlm air kencing.
adipsia (Ubat) keadaan abnormal yg menyebabkan seseorang mengelak
drpd minum (tidak terasa dahaga).
adiraja sl 1. (suatu) gelaran; Maharaja A~; 2. Id ark hak ~ hak melakukan
kekuasaan yg tertinggi; diraja.
adiratna sl permata yg mulia (ki bagi perempuan yg cantik).
adisejuk (Kim) bkn cecair yg menyejuk atau dijadikan sejuk sehingga ke
bawah takat sejuk beku tanpa cecair itu membeku.
adiwangsa bangsa utama (mulia).
adiwarna sl amat bagus, amat indah.
adjektif (adjéktif) kata sifat.
adjudikasi (Udg) proses undang-undang dlm menyelesaikan sesuatu
pertelingkahan;
teradjudikasi; hak ~ hak yg telah diiktiraf dlm prosiding kehakiman
dan pentadbiran.
adjuster (Eko) pelaras.

administrasi IB pentadbiran, tatausaha, pengurusan: ~ negara; ~
perniagaan.
administratif IB yg berkaitan dgn pentadbiran; hukuman ~ hukuman yg
dikenakan oleh jabatan (tidak dipecat tetapi diturunkan pangkat atau
dikenakan sesuatu hukuman lain).
administrator IB pentadbir, penatausaha.
admiral kepala angkatan laut, laksamana.
adob bata yg dibuat drpd campuran tanah liat dgn jerami yg dijemur utk
dijadikan bahan binaan.
adoi sr aduh;
mengadoi, mengadoi-adoi mengeluh(-ngeluh), mengaduh(-aduh):
sekonyong-konyong ia ~ dan mengerang.
adopsi IB pengambilan anak orang lain menjadi anak sendiri, pengambilan
sbg anak angkat.
adpertensi (adperténsi) IB iklan (dlm surat khabar dll).
adpis IB nasihat: lagaknya lagak orang pintar, ~nya tepat-tepat; advis.
adpisir IB penasihat.
adpokat → avokado.
ad rem (ad rém) (Latin) berkaitan atau bertepatan dgn sesuatu perkara dsb
(bkn jawaban dll), tepat benar.
adrenal (adrénal) (Bio) bkn sesuatu yg berdekatan dgn atau berkaitan dgn
ginjal.
adrenalina (adrénalina) (Bio) hormon yg dirembeskan oleh bahagian
medula kelenjar adrenal yg menolong badan bersedia menghadapi
keadaan cemas kerana kesannya berguna utk tindakan ‘lawan’ atau
‘lari’.
adrenosklerosis (adrénosklérosis) (Ubat) pengerasan struktur kelenjar.

adres (adrés) bp alamat (tempat tinggal);
mengadreskan mengalamatkan (surat dll kpd).
ADRI Id akronim bagi Angkatan Darat Republik Indonesia.
adu I; beradu 1. berlanggar, berlaga, berhantuk(an), terhantuk: motokar itu
~ dgn kereta lembu; terdengar gelas ~; kepalanya ~ dgn dinding; 2.
bertarung, berlaga, bersabung: ayam yg sedang ~; 3. bertanding,
berlawan (utk merebut kemenangan atau menentukan sesuatu); ~
cantik bertanding utk menentukan siapa yg paling cantik; ~ tenaga
bertanding utk menentukan siapa yg kuat; ~ nasib mencuba membuat
atau mendapatkan sesuatu dgn harapan akan beroleh kejayaan;
mengadu
berdekatan,

1.

mempertemukan
mendekatkan

(dua

(utk

benda), meletakkan

membandingkan

dsb);

dsb
2.

menyentuhkan (gelas dll), menghantukkan (gelas, kepala, dll),
melagakan: ~ kepala ke dinding; ~ tuntung jarum prb menyatukan
fikiran yg sukar itu sangat susah; 3. memperlagakan, menyabung: ~
ayam; 4. mempertandingkan, memperlawankan: ~ layang-layang; ~
tenaga mempertandingkan kekuatan; 5. memberitahu seseorang
mengenai sesuatu (yg tidak menyenangkan dsb) utk mendapatkan
pertolongan (sokongan, simpati, dsb): dia ~ kpd ibunya apabila dia
dicubit oleh kakaknya; dia tidak ~ kpd sesiapa tentang layanan buruk
yg dialaminya itu; 6. meminta keadilan: ~ kpd hakim; ~ lidah
berbantah; ~ nasib = ~ untung mencuba untung, beradu nasib;
mengadukan 1. mengemukakan perkara dll (kpd hakim, parlimen,
dll),

memberitahukan

sesuatu

(yg

tidak

baik

atau

tidak

menyenangkan) utk mendapatkan pertolongan (sokongan, sesuatu
tindakan, simpati, dsb): parlimen ialah tempat ~ sesuatu perkara yg
patut diketahui oleh kerajaan; penduduk kampung itu telah ~

kesulitan yg dihadapi kpd pegawai daerah; 2. memberitahukan atau
melaporkan sesuatu mengenai seseorang kpd orang atau pihak
tertentu utk menyusahkannya (merugikannya, menganiayainya, dsb):
diadukannya ayahnya kpd Jepun;
memperadu-adukan memperadudombakan;
aduan 1. pertandingan, perlumbaan: ~ kuda; 2. yg diadu, sabungan:
ayam ~; 3. hal atau perkara yg diadukan (diberitahukan): segala ~ itu
sedang disiasat oleh polis;
peraduan pertandingan: ia telah berjaya menjadi johan syarahan
dlm ~ yg dianjurkan oleh syarikat itu;
pengaduan 1. perihal (perbuatan) mengadu, penyabungan (ayam),
pelagaan (binatang); 2. perbuatan mengadukan (perkara, kejadian,
orang, dll;
pengadu 1. orang yg suka mengadu utk mendapatkan pertolongan
(simpati dsb); 2. orang yg mengemukakan aduan.
adu II; beradu tidur (bkn raja);
peraduan tempat tidur; bilik ~ bilik tidur (raja).
adu

domba;

mengadu

domba,

mengadudombakan,

memperadudombakan memperlagakan seseorang (sesuatu golongan
dll) dgn yg lain: parti-parti yg tidak bertanggungjawab hendak ~
orang Melayu dgn orang Cina; mereka hendak menjajah negeri kita
dgn jalan memperadudombakan kita sama kita;
pengadu domba orang atau pihak yg mengadu domba(kan), orang
atau kumpulan lain: ada ancaman komunis, ada bahaya dadah,
antinasional, pembuat fitnah dan ~ rakyat.
aduh sr kata yg menyatakan rasa sakit (rasa hairan, keluhan): ~, sakitnya
perut saya!

mengaduh, mengaduh-aduh mengatakan aduh, mengeluh (kerana
kesakitan dll): suara yg ~ itu suara orang kena tikam;
teraduh mengaduh dgn tiba-tiba; adoi.
aduhai sr kata utk melahirkan rasa sedih (rintihan dsb): ~ kekanda! Sampai
beginilah nasib adinda.
aduk; mengaduk 1. mengacau, mengarau: tidak perlu ~ atau menggoncang
tangki penyumbat setiap masa; ~ gulai; 2. = mengaduk-aduk
membongkar-bongkar dgn tidak tentu: ~ buku;
teraduk-aduk kacau (tidak rapi atau kemas), tidak berketentuan (bkn
seperai dll);
adukan barang yg (telah) diaduk, campuran (simen dll);
aduk-adukan campur aduk;
pengadukan perihal (proses atau perbuatan) mengaduk: pengacauan
boleh dibuat secara ~ atau penggoncangan;
pengaduk alat utk mengaduk: sampel dan campuran penyejuk diaduk
selalu dgn ~.
adun I; mengadun meramas (menguli) tepung dgn air (santan, susu, dll);
mengadunkan mencampurkan atau menggabungkan sesuatu unsur
dll dgn unsur yg lain: ~ unsur realiti dgn yg bukan realiti; Kasim
Ahmad berbicara tentang perlunya isi yg baik utk diadunkan dlm
teknik sastera yg menarik;
adunan tepung yg telah diadun utk membuat kuih;
pengadunan proses atau perbuatan mengadun atau mengadunkan
sesuatu: ~ warna yg menarik dlm corak yg mempesonakan;
pengadun alat utk mengadun: ~ warna.
adun II sl elok (kerana berhias): ~-temadun Mn indah-indah, berjenis-jenis
warnanya;

beradun berdandan, berhias, bersolek: setelah mandi, puteri pun ~;
baginda makan sirih yg beradun-adun;
mengadunkan mendandankan, menghiasi, mempersolekkan: ~
pengantin;
adunan hiasan, alat berdandan: sangatlah berkenan kpd hatinya ~
kekasihnya.
ADUN akronim bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (iaitu wakil rakyat
peringkat negeri yg dipilih melalui pilihan raya).
ad valorem (Udg) duti yg dikenakan mengikut nilai barang.
adverba (Lin) kata yg menerangkan kata kerja, kata sifat, atau kata adverba
lain.
advertensi (adverténsi) IB iklan.
advis IB nasihat; adpis.
advokat I IB peguam, peguam bela.
advokat II → avokado.
aedes (aédés) (Bio) sj nyamuk, mis Aedes aegypti, yg membiak di dlm air
bertakung yg menjadi pembawa penyakit demam denggi.
aerial (aérial) alat yg menjadi sebahagian drpd sistem televisyen dan radio
utk menerima atau memancarkan gelombang elektromagnet.
aeroangkasa (aéroangkasa) 1. atmosfera bumi dan ruang yg melampauinya;
2. berkaitan dgn roket, pesawat udara, peluru berpandu, kapal
angkasa lepas dsb yg terbang atau beroperasi dlm ruang angkasa
lepas: industri ~.
aerob (aérob) (Bio) organisma yg dapat hidup hanya dgn adanya oksigen dr
udara.
aerobatik (aérobatik) persembahan kecekapan, ketangkasan, dan kemahiran
mengendalikan penerbangan pesawat udara.

aerobik (aérobik) 1. senaman yg penuh bertenaga utk meningkatkan
bekalan oksigen dlm darah serta memperkuat jantung dan paru-paru,
biasanya dilakukan dgn gerak-geri spt tarian dan diiringi muzik yg
rancak:ada ~kah hari ini?; tarian ~ sj tarian yg bercorak (bersifat)
senaman; 2. (Bio) berkaitan dgn atau memerlukan oksigen bebas:
pengudaraan

diperlukan

utk

membekalkan

oksigen

bagi

mikroorganisma ~;
beraerobik melakukan aerobik: beberapa cara utk menguruskan
badan spt ~.
aerobiologi (aérobiologi) kajian tentang mikroorganisma, spora dsb
yg dibawa angin, terutamanya yg menyebabkan penyakit.
aerodinamik (aérodinamik) 1. ilmu sains yg mengkaji cara sesuatu benda
bergerak melalui udara (spt kereta, kapal terbang, dsb); 2. bkn sesuatu
benda (spt kapal terbang, kereta, dsb) yg mempunyai bentuk yg dapat
melalui udara dgn mudah dan laju: bentuk kereta yg ~
membangkitkan keanggunannya.
aerodrom (aérodrom) lapangan terbang yg kecil, biasanya digunakan oleh
pesawat udara persendirian utk berlepas dan mendarat.
aerofobia (aérofobia) perasaan takut kpd tiupan angin.
aerogram (aérogram) surat yg dikirim khas melalui pos udara, surat udara.
aerolit (aérolit) sj tahi bintang yg mengandungi bahan silika.
aerologi (aérologi) kajian tentang atmosfera, termasuklah lapisan-lapisan
atasnya.
aerometer (aérométer) (Fiz) alat utk mengukur berat atau ketumpatan udara
atau gas.
aeronautik (aéronautik) kajian tentang aspek-aspek penerbangan.

aeroponik (aéroponik) kaedah atau teknik menanam tumbuh-tumbuhan yg
digantung di dalam persekitaran rumah hijau dgn menyemburkan
larutan nutrien pd akar yg terjulur di udara: sistem ~ hanya
memerlukan tong gentian, pengepam dan paip getah; ~ adalah salah
satu konsep menanam tumbuh-tumbuhan di dalam persekitaran
rumah hijau.
aerosfera (aérosféra) seluruh atmosfera yg menyelubungi bumi.
aerosol (aérosol) ampaian cecair atau butiran pepejal yg terdapat di udara.
aerotaksis (aérotaksis) pergerakan mikroorganisma ke kawasan yg
beroksigen (aerotaksis positif) atau menjauhi kawasan tersebut
(aerotaksis negatif).
aerotropisme (aérotropisme) gerak balas tumbuhan yg mengarah ke
kawasan yg beroksigen.
afagia (Ubat) keengganan atau ketidakupayaan utk makan atau menelan.
afakia (Ubat) ketiadaan kanta mata secara semula jadi atau disebabkan
kemalangan, kecederaan dsb.
afal Ar (jamak kpd fiil) kelakuan, perbuatan: orang itu baik ~nya.
afasia (Ubat) keadaan tidak berupaya utk memahami atau mengungkapkan
sesuatu ujaran yg disebabkan oleh penyakit atau kecederaan pd otak.
afdal lebih utama, terutama: mengerjakan perkara-perkara yg ~;
keafdalan perihal terbaik atau terutama, paling bagusnya: puluhan
ayat al-Quran menyatakan kelebihan berfikir dan dlm hadis juga
dinyatakan ~ berfikir.
afdeling (afdéling) IB bahagian.
afektif (aféktif) berkaitan dgn perasaan dan emosi (dan bukannya fikiran
atau daya berfikir): utk memperkembang minat dan motivasi

membaca, alam ~ kanak-kanak haruslah berkembang serentak dgn
alam-alam kognitif mereka.
afelion (afélion) titik dlm orbit tempat sesuatu komet atau planet berada
paling jauh dr matahari.
aferesis (aferésis) (Lin) pengguguran satu huruf atau suku kata di awal
perkataan, mis apabila huruf h dlm hujung digugurkan menjadi ujung
dan suku kata bu dlm bukan digugurkan menjadi kan.
afesis (afésis) (Lin) pengguguran vokal awal yg tidak bertekanan bagi
sesuatu kata, mis apabila vokal awal a dlm abang digugurkan
menjadi bang.
afghani unit mata wang Afghanistan.
afiat Ar 1. pulih, sihat; sihat dan ~ = sihat wal ~ sihat (tidak uzur); 2.
kesihatan;
mengafiatkan sl memulihkan, menyihatkan;
keafiatan keadaan sihat, kesihatan: dlm ~ dan keselamatan yg
sempurna.
afid sj serangga kecil drpd famili Aphididae yg merosakkan tumbuhtumbuhan dgn menghisap air daun, batang atau akarnya.
afidavit kenyataan atau keterangan bertulis dgn mengangkat sumpah yg
disaksikan oleh seseorang pegawai bertauliah: peguam berkata beliau
tidak

menerima

~

terbaru

dan

syarikat

berkenaan

gagal

mengemukakan maklumat mengenai kedudukan sebenar kapal itu.
afiliasi gabungan, pertalian: dua orang sarjana ini memerihalkan latihan
sains dan ~ mereka dgn badan penyelidikan;
berafiliasi

mempunyai

perhubungan

atau

pertalian:

lembaga

keilmuan yg mengkaji masalah politik sebaiknya tidak ~ dgn
kekuatan sosiopolitik.

afiniti (Kim) kecenderungan sesuatu atom atau sebatian utk bertindak atau
berpadu dgn atom atau sebatian lain yg mempunyai juzuk kimia yg
berbeza.
afonia (Ubat) kehilangan suara yg disebabkan oleh penyakit larinks,
kerosakan saluran suara dsb.
aforisme (Lin) ungkapan yg tepat, ringkas, dan jelas yg mengandungi atau
melahirkan suatu kebenaran umum, pepatah, bidalan, peribahasa (spt
bersatu teguh bercerai roboh).
Afrikaans salah satu bahasa rasmi Republik Afrika Selatan: bahasa ~.
Afrikaner orang kulit putih di Republik Afrika Selatan yg berasal drpd
keturunan Belanda dan bertutur dlm bahasa Afrikaans.
afrit Ar satu golongan jin yg jahat, ifrit: sedang kita leka bersuka ria,
datanglah jin ~ hendak menyusahkan kita.
afro potongan rambut yg berbentuk bulat, keriting halus, tebal dan panjang,
spt rambut sesetengah orang kulit hitam: rambut potongan ~.
afrodisiak bahan yg dapat membangkitkan nafsu syahwat.
afsun ark pesona.
afta (Ubat) ulser kecil yg lazimnya terjadi di dlm mulut akibat jangkitan
kulat.
AFTA akronim bagi Asean Free Trade Area (Kawasan Perdagangan Bebas
Asean).
Ag simbol kimia bagi argentum.
afwah Ar tuah (orang yg keramat): dgn ~ maulana menolong hamba
mungkin tercapai segala yg dicitakan.
aga I (Turki) gelaran bangsawan.
aga II angkuh, sombong: ibu itu ~ pula atas anak tunggalnya itu;
beraga berlagak, memperlihat-lihatkan diri;

mengagakan membanggakan: sesungguhnya kedua-dua orang tua
itu dapat ~ anaknya;
keagaan keangkuhan, kesombongan: sekaliannya ada, menjadi ~
bagi yg punya;
peraga → raga III.
agah I; beragah berpandang muka mengajak berkelahi: sementara mereka
~, polis pun tiba;
beragah-agah,

beragah-agahan

berpandangan

muka

hendak

berkelahi, berhadap-hadapan hendak bersabung (bkn ayam);
mengagah 1. memandang muka atau menentang mata (mengajak
berkelahi dll): ~ lawan; 2. melakukan sesuatu utk membuat bayi
ketawa: anak itu ketawa kerana diagah-agah; 3. mengeluarkan bunyi
yg belum berupa patah-patah perkataan (bkn bayi): anak kecil itu
sudah pandai ~; 4. mempertemukan muka (supaya berkelahi): ~ ayam
sabungan.
agah II Kl, Tr bersifat sombong: kalau kamu masuk kampung orang,
jangan ~ sangat.
agak I 1. kira, sangka, rasa: ~ saya dia sudah keluar tadi; ~ gerangan jika
kiranya;

2.

boleh

dikatakan,

dapat

dianggap

(ditafsirkan):

menghadapi kesukaran yg ~ besar; ~ lama juga di sana;
agak-agak 1. barangkali, mungkin, rasanya, rasa-rasanya: ~ hari ini
hujan; 2. = agaknya gerangan, kiranya: apa ~ maksudnya datang ke
mari?
beragak, beragak-agak 1. ragu-ragu, sangsi: melanggar kota itu
jangan ~; 2. mempunyai tujuan (niat) utk, bermaksud, berniat: ia ~
utk pergi ke Mekah; 3. awas-awas, hati-hati: mengatakan sesuatu dgn
tidak ~;

mengagak, mengagak-agak 1. mengira-ngira (dgn berdasarkan
dugaan atau pertimbangan kasar), menaksir: ia tidak dapat ~ ke mana
ia akan dibawa; orang yg pandai ~ dan mengagih orang yg
bijaksana; 2. memaksudkan, meniatkan: lain yg diagak, lain yg kena;
mengagakkan 1. membuat kesimpulan (berdasarkan dugaan atau
tekaan sahaja), menduga, menyangka: keadaan lebih sulit drpd yg
diagakkan; 2. menentukan (dgn hati-hati): ~ biaya negeri;
mengagak-agihkan 1. mengagak dan mengagihkan, menerangkan,
memberitahukan, menjelaskan; 2. suka mencela;
teragak 1. terfikir (timbul sesuatu fikiran dgn tiba-tiba atau dgn
sepintas lalu), terlintas di hati: ada