1 Surat Pelaksanaan dan Tema MTQSS

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Bahagian Pendidikan Islam
Aras Bawah dan Dua, Bangunan Mustapha Kamal,
No. 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 CYBERJAYA,
SELANGOR DARUL EHSAN.

Tel : 603-8321 7200
Faks : 603-8321 7201
Laman Web : www.bpi.edu.my
E-mel : bpi.kpm@moe.gov.my

Ruj. Kami : KPMSP.600-14/1/25 ( 25 )
Tarikh
:
13 Februari 2017
16 Jamadilawal 1438

Pengarah,
Jabatan Pendidikan Negeri,
(Seperti Senarai Edaran)

(u.p.: Ketua Sektor Pendidikan Islam)
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
PEMAKLUMAN TEMA MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MTQSS)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-43 TAHUN
2017M/1438H
Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan
Malaysia akan melaksanakan Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-sekolah (MTQSS), Kementerian
Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-43 Tahun 2017M/1438H.
3.
Sehubungan dengan itu, Majlis tersebut akan dilaksanakan pada 11 hingga 14 Mei 2017M
bersamaan 14 hingga 17 Sya’aban 1438H di Negeri Kelantan Darul Naim dengan tema:
“AL-QURAN ASAS PEMBINAAN ILMU DAN PENYEMPURNAAN AKHLAK”
4. Bahagian ini memohon jasa baik Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan untuk memanjangkan
surat pemakluman ini ke semua Pejabat Pendidikan Daerah / Pejabat Pendidikan Bahagian dan
sekolah di bawah pentadbiran Y.Bhg. Datuk/ Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan.
Segala kerjasama dan perhatian Y.Bhg Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan amat dihargai dan didahului
dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“AL-QURAN ASAS PEMBINAAN ILMU DAN PENYEMPURNAAN AKHLAK”

Saya yang menurut perintah,

(HAJAH KAMARIAH BINTI ISA)
Timbalan Pengarah
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia

CERTIFIED TO ISO 9001:2008
CERT. NO : AR 4373