Objektif am : Memahami dan mempelajari jenis – jenis sistem pengudaraan serta

  

PENGUDARAAN

Objektif am : Memahami dan mempelajari jenis

  • – jenis sistem pengudaraan serta perbezaan kos bagi setiap jenis sistem pengudaraan di dalam sebuah bangunan.

  Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :  Menyatakan definisi sebenar sistem pengudaraan. 

  Menyenaraikan jenis-jenis sistem pengudaraan

  

  Menerangkan perbezaan bagi setiap jenis sistem pengudaraan

   Melakarkan secara ringkas bagi setiap sistem pengudaraan yang dipelajari.  Menyenaraikan perbezaan kos bagi setiap jenis sistem pengudaraan.

  UNIT 4 JENIS-JENIS SISTEM PENGUDARAAN

  

INPUT

4.0 Pengenalan

  Bayangkan yang anda tinggal disebuah rumah yang hanya ada pintu sahaja untuk keluar masuk. Apa perasaan anda ?...... Rimas? Gembira? Sedih? Panas ?

  Jadi apa yang anda perlukan untuk anda tinggal selesa dalam sebuah rumah ?...... Adakan bukaan-bukaan pada rumah tersebut. Apakah fungsi sebenar bukaan-bukaan ini ?

  Masih ingat lagi takrifan bagi pengudaraan ?..

4.1 Jenis – jenis Sistem Pengudaraan

  Terdapat 2 jenis utama sistem pengudaraan:

  Pengudaraan Semulajadi

  sistem ini tidak memerlukan sistem kawalan yang tertentu, ia cuma bergantung kepada pergerakan udara dan juga perbezaan suhu dalam

  1 dan luar bangunan. Pengudaraan Mekanikal

  sistem ini mempunyai sistem kawalan yang khusus untuk memgawal pergerakan udara dan kadar pengudaran yang diperlukan.

  2 4.1.1 Kaedah pengudaraan Alir Masuk Semulajadi dan Alir Keluar Semulajadi.

  Kaedah ini menggunakan seratus peratus sistem pengudaraan secara semulajadi. Dengan pengudaraan semulajadi masalah bising, pencemaran udara serta ketinggian bangunan perlu diambil kira sekiranya menggunakan kaedah ini. Kaedah ini terbahagi kepada 3 cara iaitu : - Tekanan Udara

  • Tekanan Stack ( Stack effect )
  • Kedua-duanya
Rajah 4.1 Tekanan Udara Rajah 4.1 menunjukkan Kaedah pengudaraan Alir Masuk Semulajadi dan Alir Keluar Semulajadi secara tekanan udara Berlaku apabila terjadinya perbezaan tekanan bagi udara di dalam dan di luar bangunan. Udara akan bergerak dari zon tekanan tinggi ke zon tekanan rendah. Lagi tinggi kadar kelajuan angin akan lebih ketara lagi perbezaan tekanan udara tersebut. Contohnya pengudaraan melalui tingkap, bukaan pada bumbung atau dinding.

  Rajah 4.2 menunjukkan menunjukkan Kaedah pengudaraan Alir Masuk Semulajadi dan Alir Keluar Semulajadi secara tekanan stack Berlaku apabila pergerakan udara berlaku disebabkan oleh kesan stack. Kesan stack pula berlaku apabila wujud perbezaan suhu udara di dalam dan di luar bangunan. Udara panas dalam bangunan akan cuba naik keatas iaitu kearas siling atau bumbung yang ada bukaan dan akan digantiakan oleh udara sejuk dari luar bangunan. Kadar pergerakan udara bergantung kepada :

  a) Perbezaan suhu

  b) Ketinggian ruang c) Saiz dan kedudukan bukaan masuk udara.

  Rajah 4.2 Kesan Stack Rajah 4.3 menunjukkan menunjukkan Kaedah pengudaraan Alir Masuk Semulajadi dan Alir Keluar Semulajadi secara tekanan udara dan tekanan stack

  Rajah 4.3 Kaedah tekanan udara dan tekanan stack

  4.1.2 Kaedah pengudaraan Alir Masuk Semulajadi dan Alir Keluar Mekanikal.

  Cara ini menggunakan alir masuk udara keruang dengan menggunakan bukaan atau tingkap. Bagi alir keluar udara didalam ruang tersebut mengggunakan kipas sedutan

  

(exhaust fan ) . Contohnya ialah tandas dan ruang dapur bagi rumah kediaman seperti

  pada rajah 4.4 Rajah 4.4 Alir Masuk Semulajadi dan Alir Keluar Mekanikal.

  4.1.3 Kaedah pengudaraan Alir Masuk Mekanikal dan Alir Keluar Semulajadi

  Sistem ini mengandungi satu atau lebih kipas ( selalunya jenis propeller) diletakkan 1.8m tinggi dari aras lantai didinding luar. Udara didalam ruang akan keluar melalui saluran udara yang telah disediakan. Contohnya ialah basement, kilang dan bilik boiler. Pada rajah 4.5 menunjukkan pengudaraan sebuah klinik.

  Rajah 4.5 Alir Masuk Mekanikal dan Alir Keluar Semulajadi

4.1.4 Kaedah pengudaraan Alir Masuk Mekanikal dan Alir Keluar Mekanikal

  Proses alir masuk dan alir keluar udara bagi sesuatu ruang adalah secara mekanikal. Di dalam sistem ini pengawalan dapat dibuat terhadap pengudaraan pada ruang tersebut. Selalu digunakan bagi ruang yang menghadapi masalah pengudaraan contohnya restoren, dapur, dewan dan tempat yang terdapat ramai orang merokok dan memerlukan kadar pertukaran udara yang cepat. Rajah 4.6 menunjukkan sistem pengudaraan alir masuk mekanikal dan alir keluar mekanikal pada ruang pejabat dan hospital.

  Rajah 4.6 : Alir masuk mekanikal dan alir keluar mekanikal.

  AKTIVITI 4a

  Anda merupakan seorang jurutera di Syarikat Perunding Sedia Kaya. Anda telah diminta untuk mencadangkan sistem pengudaraan bagi sebuah dewan serbaguna . Gunakan pengetahuan anda mengenai jenis-jenis sistem pengudaraan untuk menyelsaikan masalah ini.

  

ANDA YAKIN DENGAN CADANGAN ANDA ?.....

SILA RUJUK DENGAN PENSYARAH ANDA UNTUK MENDAPAT MAKLUM

BALAS SETERUSNYA......

  INPUT

4.2 Perbezaan kos bagi 4 kaedah sistem pengudaraan

  Perbezaan kos bagi 4 kaedah sistem pengudaraan adalah seperti pada jadual 4.1

ALIR MASUK SEMULAJADI ALIR MASUK SEMULAJADI KOS ALIR KELUAR SEMULAJADI ALIR KELUAR MEKANIKAL

  Pemasangan Kos pemasangan yang rendah Kos pemasangan yang lebih tinggi kerana tidak memerlukan tetapi lebih rendah dari sistem alir pemasangan alatan tambahan masuk mekanikal dan alir keluar mekanikal kerana memerlukan pemasangan alatan tambahan

  Penyelenggaraan Tiada kos penyelenggaraan Kos penyelenggaraan rendah berbanding sistem alir masuk mekanikal dan alir keluar mekanikal

  Operasi Kos operasi yang rendah Kos operasi yang rendah berbanding sistem alir masuk mekanikal dan alir keluar mekanikal

  Jadual 4.1 : Perbezaan kos bagi 4 kaedah sistem pengudaraan

4.2 Perbezaan kos bagi 4 kaedah sistem pengudaraan (sambung) ALIR MASUK MEKANIKAL ALIR MASUK MEKANIKAL KOS ALIR KELUAR ALIR KELUAR SEMULAJADI MEKANIKAL

  Pemasangan Kos pemasangan yang lebih Kos pemasangan tinggi kerana tinggi tetapi lebih rendah dari memerlukan pemasangan alatan sistem alir masuk mekanikal dan tambahan. alir keluar mekanikal kerana memerlukan pemasangan alatan tambahan

  Penyelenggaraan Kos penyelenggaraan rendah Kos penyelenggaraan yang tinggi berbanding sistem alir masuk mekanikal dan alir keluar mekanikal

  Operasi Kos operasi yang rendah Kos operasi yang tinggi berbanding sistem alir masuk mekanikal dan alir keluar mekanikal

  Jadual 4.1 :Perbezaan kos bagi 4 kaedah sistem pengudaraan (sambungan)

  AKTIVITI PELAJAR UJIKAN KEFAHAMAN ANDA TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENERUSKAN KE UNIT YANG BERIKUT....... SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUM BALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA............ AKTIVITI 4b

   Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan dikehendaki mengadakan lawatan ke bengkel dan pejabat yang terdapat di dalam kawasan Politeknik.  Setiap kumpulan akan melawat ke lokasi yang berbeza.  Pelajar dikehendaki mengisi menjawab soalan pada kertas soalan yang telah disediakan selepas lawatan diadakan.

  

AKTIVITI 4a

  Lokasi lawatan : __________________________________

  1. Nama ahli kumpulan : a) _____________________________________ b)______________________________________ c) ______________________________________

  d) ______________________________________

  2. Jenis sistem pengudaraan yang terdapat :

  RUANG PEJABAT BENGKEL

  3. Senaraikan alatan

  • – alatan yang digunakan bagi setiap jenis sistem pengudaraan yang diatas.

  a. Jenis sistem pengudaraan Alatan yang digunakan

  b. Jenis sistem pengudaraan Alatan yang digunakan

  3. Senaraikan alatan

  • – alatan yang digunakan bagi setiap jenis sistem pengudaraan yang diatas. (sambung)

  c. Jenis sistem pengudaraan Alatan yang digunakan

  d. Jenis sistem pengudaraan Alatan yang digunakan

  

AKTIVITI 4c

   Berikut adalah senarai alatan

  • – alatan perkhidmatan bangunan yang digunakan didalam sistem pengudaraan.

   Tuliskan nama alatan yang disenaraikan pada ruang sistem pengudaraan yang sesuai.

  Kipas penyedut ( exhaust fan ) Kipas siling Bukaan (louvers) Pembaur bekalan Tingkap Sistem sesalur Pintu Sistem penyaman udara Lubang Udara Lampu Kalimantang

  Sistem Pengudaraan Semulajadi Sistem Pengudaraan Mekanikal Adakah anda telah menjawabnya?...

  Jika

  ‘YA’ Sila semak jawapan anda pada maklumbalas di muka surat berikutnya.

  

MAKLUM BALAS 4c

Sistem Pengudaraan Semulajadi Sistem Pengudaraan Mekanikal

   TINGKAP BUKAAN (LOUVERS) PINTU LUBANG UDARA

   KIPAS PENYEDUT SISTEM PENYAMAN

  UDARA

   PEMBAUR BEKALAN SISTEM SESALUR KIPAS SILING

  TAHNIAH !!!!!!!! Maklumbalas ini juga boleh dijadikan rujukan bagi aktiviti 4a.

  Sekarang anda perlu meneruskan dengan menjawab kesemua soalan pada Penilaian Kendiri sebelum anda ke Unit 05.

  PENILAIAN KENDIRI

  1. Terangkan dengan ringkas mengapa sistem pengudaraan penting bagi sesebuah ruang atau bangunan. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________

  2. Nyatakan perbezaan diantara sistem pengudaraan mekanikal dan sistem pengudaraan semulajadi. a)________________________________________________ b)________________________________________________ c) ________________________________________________

  d) ________________________________________________ 3. Senaraikan 4 kaedah sistem pengudaraan bagi sesebuah ruang bangunan. a)________________________________________________ b)________________________________________________ c) ________________________________________________

  d) ________________________________________________

  3. Berikan perbezan kos dari segi pemasangan, penyelenggaraan dan operasi bagi 4 kaedah pengudaraan yang dinyatakan pada soalan 3 di atas.

  

SEKIRANYA ANDA TELAH YAKIN DENGAN JAWAPAN YANG

DIBERIKAN SILA SEMAK PADA MAKLUM BALAS YANG DIBERIKAN

PADA MUKASURAT BERIKUTNYA........ MAKLUM BALAS UJIAN KENDIRI 1.

   Terangkan dengan ringkas mengapa sistem pengudaraan penting bagi sesebuah

  ruang atau bangunan. ( Jawapan pada 4.0 )

  2. Nyatakan perbezaan diantara sistem pengudaraan mekanikal dan sistem pengudaraan semulajadi. ( Jawapan pada 4.1 )

3. Senaraikan 4 kaedah sistem pengudaraan bagi sesebuah ruang bangunan. ( Jawapan pada 4.1.1 , 4.1.2, 4.1.3 dan 4.1.4 ) 4.

   Berikan perbezan kos dari segi pemasangan, penyelenggaraan dan operasi bagi 4

  kaedah pengudaraan yang dinyatakan pada soalan 3 di atas. ( Jawapan pada 4.2) TAHNIAH..............

  ANDA SUDAH BOLEH KE UNIT 05..........

Dokumen yang terkait

HUBUNGAN KARAKTERISTIK SOSIAL EKONOMI TERHADAP ALOKASI PENGELUARAN WANITA KEPALA RUMAHTANGGA DI DAERAH ISTIMEWA YOGYAKARTA (Analisis Susenas Tahun 2005 dan 2010)

0 0 10

KAJIAN POTENSI MATAAIR DI KAWASAN KARST GUNUNGKIDUL KASUS : KECAMATAN PANGGANG

0 0 10

PERSEPSI MASYARAKAT TERHADAP SAMPAH DAN PENGELOLAAN SAMPAH DI KABUPATEN KARANGANYAR (Kasus di Kecamatan Karanganyar dan Tawangmangu) Bunga Hendra Asmara bunga.hendra.amail.ugm.ac.id Andri Kurniawan andrikur.kurniawanugm.ac.id Abstract - PERSEPSI MASYARAKA

0 0 9

IDENTIFIKASI KUALITAS FISIK TAMAN KOTA SEBAGAI RUANG TERBUKA PUBLIK (KASUS : BAGIAN WILAYAH KOTA I, II, III KOTA SEMARANG) Feri Hariyadi Fery_omyahoo.com Dyah Widyastuti Joni Purwohandoyo

0 0 14

Pemanfaatan Citra Quickbird untuk Kajian Hubungan Kesehatan Lingkungan Permukiman dengan Penyakit Chikungunya dan Demam Berdarah Dengue di Kecamatan Umbulharjo, Yogyakarta Vidya Nahdhiyatul Fikriyah vidyanf422gmail.com Prima Widayani primawidayaniugm.ac.i

0 0 10

Evaluasi Dampak Infrastruktur Jalan Terhadap Perkembangan Fisik Kota dan Kegiatan PerdaganganJasa di Kawasan Koridor Jalan Lingkar Soekarno-Hatta Kota Palembang

0 0 9

KUALITAS PELAYANAN TERMINAL GIWANGAN DAN TIRTONADI BERDASAR PADA TINGKAT KEPUASAN PENGGUNA LAYANAN (Kasus: Yogyakrta dan Surakarta) Mentari mentarimentgmail.com Su Ritohardoyo Rito_hardyahoo.com Abstract - KUALITAS PELAYANAN TERMINAL GIWANGAN DAN TIRTONAD

0 0 9

PEMANFAATAN CITRA QUICKBIRD DAN SISTEM INFORMASI GEOGRAFI UNTUK MENGETAHUI TINGKAT KEMACETAN LALU LINTAS SEBAGIAN KOTA SEMARANG (Studi Kasus : Kec. Padurungan, Gayamsari, dan Semarang Selatan) Martius Dwi Astuti martius.dwi.amail.ugm.ac.id Nur Muhammad Fa

0 1 9

PENAKSIRAN TINGKAT KERENTANAN SOSIAL TERHADAP BAHAYA BANJIR LAHAR PASCA ERUPSI GUNUNGAPI MERAPI (Studi Kasus: Kec. Cangkringan, Kec. Ngemplak dan Kec. Kalasan, Kab. Sleman, Prov. DIY) Devie Anika Banu Armaya anika.devieyahoo.com Dyah Rahmawati Hizbaron dy

0 0 10

ANALISIS SPASIO-TEMPORAL BANJIR GENANGAN AKIBAT KENAIKAN MUKA AIR LAUT DI WILAYAH KEPESISIRAN KABUPATEN JEPARA (Kasus: Kecamatan Kedung, Tahunan, dan Jepara) Guruh Krisnantara guruhkrisnantaragmail.com Muh Aris Marfai arismarfaigadjahmada.edu Abstract - A

0 0 10