PERBELANJAAN NEGARA MENGIKUT MAQASID SYA
PERBELANJAAN NEGARA MENGIKUT MAQASID SYARIAH DAN
SIYASAH SYAR’IYYAH – PERTANIAN (2014)
Maqasid syariah merupakan istilah yang mempunyai sejarah perkembangannya yang
tersendiri. Sama seperti perkembangan ilmu-ilmu Islam yang lain, seperti ilmu fiqh dan usul
fiqh. Istilah ini mengalami perkembangan dari semasa ke semasa di mana pada peringkat
awalnya ia tidak menonjol sebagai satu bidang yang tersendiri sehinggalah ke zaman
kemuncaknya di zaman Shatibi, ilmu ini masih juga belum dikonsepsikan dengan satu
huraian yang lengkap. Namun, ulama mutakhir memberanikan diri untuk memberikan konsep
maqasid syariah serta huraiannya dengan panjang lebar di samping menjadikannya sebagai
satu disiplin ilmu yang tersusun.
Dari segi pengertian syarak, para ulama usul fiqh telah mentakrifkan bahawa maqasid
al-syariah adalah merupakan makna dan tujuan yang dikehendaki syara’ dalam
mensyariatkan sesuatu hukum bagi kemaslahatan umat manusia.
Dr. Wahbah al-Zuhaili mendefinisikan maqasid al-syariah sebagai makna-makna dan
tujuan yang dititikberatkan dalam semua hukum atau sebahagian besarnya atau ialah
matlamat dari syariat dan rahsia-rahsia yang diletakkan oleh syari’ dalam setiap hukum.
Secara ringkasnya, maqasid syariah bermaksud tujuan, natijah atau maksud yang
dikehendaki oleh syarak melalui sumber dalil Al-Quran dan As-Sunnah. Secara umumnya
juga Maqasid boleh didefinisikan sebagai, “mewujudkan kebaikan, menolak keburukan dan
menghilangkan kemudharatan.”
Manakala siyasah syar’iyyah pula dikesan telah berlaku semenjak dahulu lagi melalui
penulisan para ulamak silam. Daripada pelbagai definisi yang dikemukakan oleh para
ulamak, ianya boleh diklasifikasikan kepada dua aspek utama iaitu, yang pertama, siyasah
syar’iyyah merupakan kaedah pentadbiran dan pemerintahan negara menurut perspektif
Islam. Definisi yang kedua pula ialah, siyasah syar’iyyah sebagai kaedah penentuan hukum di
bawah bidang kuasa kerajaan Islam.
Antara definisi siyasah syar’iyyah yang dikemukakan oleh para ulama silam ialah,
dari Ibn ‘Aqil menyatakan siyasah syar’iyyah ialah suatu tindakan oleh pemimpin yang boleh
EPPE3413 Dasar Fiskal dan Kewangan Islam
menyelamatkan orang ramai dan menghindarkan mereka dari kehancuran, walaupun tindakan
tersebut tidak dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. atau pun tidak ada wahyu berkenaan perkara
tersebut. Ibn ‘Abidin pula menegaskan, siyasah ialah mengelokkan keadaan orang ramai
dengan membimbing dan memimpin mereka ke jalan yang selamat di dunia dan akhirat.
Para sarjana Islam masa kini bersetuju dengan pentakrifan yang telah dibuat oleh
ulama terdahulu. Antara ulama yang bersetuju ialah, Rizq Muhammad al-Zalbani, di mana
beliau menjelaskan, siyasah syar’iyyah ialah mengendalikan urusan awam atau bersama
berdasarkan nikmat yang tidak bercanggah dengan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah
walaupun tindakan tersebut tidak disokong oleh dalil-dalil juz`i.1 Syeikh ‘Abd al-Rahman Taj
pula mendefinisikan siyasah syar’iyyah sebagai hukum-hukum atau peraturan yang mengatur
perjalanan pentadbiran negara dan rakyat, di mana ianya hendaklah bertepatan dengan ruh
syariah,
selaras
dengan
usul-usul
kulliyah,
seterusnya
dapat
mencapai
objektif
kemasyarakatan, walaupun hukum-hukum itu tidak disebut secara langsung oleh nas-nas alQuran dan al-Sunnah.
Secara umum, siyasah syar’iyyah adalah ilmu yang membincangkan tentang kaedah
pemerintahan Islam yang merangkumi segala tindakan kerajaan dalam membentuk dasar,
peraturan dan polisi negara. Ia meliputi seluruh institusi kerajaan seperti kementerian, agensiagensi kerajaan, jabatan dan jentera kerajaan. Justeru cakupannya adalah lebih luas lagi yang
membabitkan tentang perjalanan dan pentadbiran di bawah bidang kuasa kerajaan. Selain tu,
siyasah syar’iyyah membincangkan tentang Maslahah al-‘Ammah2 yang merupakan suatu
neraca bagi menimbangkan polisi atau dasar pemerintah terhadap rakyat. Perbincangan yang
terakhir sekali ialah tentang penggubalan polisi dan dasar kerajaan diperluaskan kepada
keperluan semasa selagi tidak bertentangan secara hakiki dengan syariat Islam.
Apabila kita melihat dari aspek perbelanjaan kerajaan yang digubalkan pada setiap
tahun, adakah nilai-nilai maqasid syariah dan siyasah syar’iyyah turut diterap masuk ke
dalam aspek tersebut? Melihat kepada beberapa program pentadbiran yang telah kerajaan
Dalil juz’I atau tafsili adalah dalil yang menunjukkan kepada suatu persoalan dengan satu hukum tertentu.
Contohnya : Yang bermaksud:“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa, sebagai mana
diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa.” (Q.S. Al-Baqaroh :183). Ayat ini termasuk
kedalam dalil juz’I, karena hanya menunjukkan kepada perintah puasa saja.
2
Maslahah al-‘Ammah adalah kemaslahatan umum yang menyangkut kepentingan orang banyak. Misalnya,
para ulama membolehkan membunuh penyebar bid’ah yang dapat merusak aqidah umat, karena menyangkut
kepentingan orang banyak.
1

laksanakan seperti Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam, Program Hub Halal, Tanggungjawab
Sosial dan Sistem Pengurusan Kualiti MS 1900:2005 dari perspektif Islam, malah telah dikaji
oleh Endot yang mendapati nilai-nilai Islam yang diamalkan dalam model kerajaan Malaysia,
dapat disimpulkan bahawa program-program tersebut menepati kehendak siyasah syar’iyyah.
Program hub halal merupakan projek yang agak baru di mana program ini dirangka untuk
melonjakkan peranan Malaysia dalam arena halal tempatan dan antarabangsa.
Selain itu, program tangungjawab sosial yang telah dilaksana memberikan manfaat
yang besar kepada orang-orang Islam yang hidup dalam kesusahan. Disamping itu,
penggubalan perlaksanaan Sistem Pengurusan kualiti Malaysian Standard (MS) 1900:2005
amatlah wajar kerana sistem ini dirangka untuk dijadikan garis panduan kepada mana-mana
organisasi yang ingin melaksanakan sistem pengurusan kualiti yang menepati kehendak
Islam. Tetapi, bagaimana pula keadaannya apabila maqasid syariah dan siyasah syar’iyyah ini
dikaitkan dengan perbelanjaan negara? Sejauh manakah perbelanjaan negara Malaysia ini
mengikut serta seiring dengan maqasid syariah dan siyasah syar’iyyah?
Melalui penulisan Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang bertajuk “Menyantuni kehendak,
harapan rakyat” dalam berita harian yang bertarikh 29 Oktober 2013, “Semua ini adalah bukti
betapa pendekatan afirmatif dalam konteks pengagihan kekayaan bukanlah sesuatu yang
asing bagi Islam, bahkan diperakui sebagai tindakan yang menjamin tegaknya keadilan
sosio-ekonomi dalam sesebuah negara
dan masyarakat.
Di sinilah
juga yang
dimanifestasikan melalui Bajet 2014 yang hakikatnya masih memberikan penumpuan pada
program pemerkasaan Bumiputera seperti Dana Ekuiti Bumiputera sebanyak RM300 juta.
Bajet 2014 juga menyentuh keperluan hampir semua kelompok masyarakat daripada yang
berada di desa mahupun di bandar besar, daripada mereka yang baru melangkah ke alam
pendidikan hingga yang sudah bersara. Individu belia, pekerja kerajaan, swasta hinggalah
pengusaha kecil dan sederhana yang sememangnya terkesan dengan peningkatan kos sara
hidup yang agak ketara ekoran ekonomi global yang tidak menentu kini. Semuanya mendapat
manfaat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.”
Ini menunjukkan bahawa falsafah kenegaraan dalam Islam atau disebut juga sebagai
siyasah syar’iyyah mengutamakan prinsip maqasid al-syariah (matlamat syarak) dalam
menguruskan harta dan khazanah rakyat berpandukan ayat 7 Surah Al-Hasyr yang
bermaksud: “Bahawa sesungguhnya harta kekayaan itu tidak harus berlegar dalam kalangan
3

segelintir yang kaya di antara kamu.” Tetapi, adakah dengan keterangan ini mudah untuk kita
simpulkan bahawa elemen maqasid syariah dan siyasah syar’iyyah seiring dalam proses
merancang perbelanjaan negara? Tidak sekali.
Apabila dirujuk pada sebuah artikel hasil nukilan Abdul Ghafar Ismail Fadhilah Mat
Nor yang bertajuk “Menilai Model Ekonomi Baru Dalam Konteks Maqasid Shariah”, dalam
subtopik “Analisis Maqasid Syariah Terhadap Kemampanan”, beliau menyatakan, “Definisi
ini dilihat bertepatan dengan prinsip kemapanan yang dimaksudkan oleh Kerajaan seperti
yang dibentangkan di dalam Model Ekonomi Baru (MEB) iaitu adalah untuk memenuhi
keperluan semasa tanpa menjejaskan generasi akan datang. Keperluan yang dimaksudkan
pula boleh dilihat dalam paradigma yang lebih luas. Antaranya ialah sistem sosial sekuriti
melalui institusi-institusi berkaitan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),
zakat dan waqaf. Di dalam strategi yang digariskan dalam MEB peranan elemen-elemen ini
tidak ditekankan. Senario ini mungkin boleh menjadi indikator yang menunjukkan keyakinan
terhadap kemampuan elemen zakat dan waqaf sebagai penjamin kemampanan generasi masa
depan tidak cukup kukuh.”
Ini menunjukkan, jurang antara maqasid syariah dan siyasah syar’iyyah dengan
perbelanjaan negara itu sendiri masih ada. Ini boleh dibuktikan lagi dengan isu-isu yang
timbul pada masa kini tentang pengagihan zakat yang tidak sekata, ketidakpuasan rakyat
dalam pengagihan zakat yang adil dan saksama dan sebagainya. Satistik yang dikeluarkan
oleh Pusat Pungutan Zakat, MAIWP menunjukkan bilangan majoriti rakyat Malaysia adalah
beragama Islam dan kewajipan keatas umat Islam untuk membayar zakat seharusnya boleh
menjadi pemnagkin pelaksanaan kutipan dan agihan yang optimum.
4

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, kita kecilkan skop perbelanjaan negara ini
dengan merujuk kepada sektor kewangan dalam sektor pertanian sahaja.
Apabila menyebut tentang sektor kewangan, semestinya yang bermain dalam fikiran
ialah sumber untuk memperoleh kewangan negara itu sendiri. Dan apabila menyebut tentang
sumber tersebut, semestinya keluar dari buah fikiran kita ialah, hasil eksport dan import, hasil
cukai dan sebagainya. Mungkin hanya sedikit fikiran rakyat yang memikirkan tentang sumber
yang datangnya dari zakat dan waqaf.
Setelah itu, persoalan yang timbul dari benak fikiran masyarakat semestinya
perjalanan hasil-hasil yang diperoleh oleh kerajaan, di manakah ia dilaburkan serta ke
manakah ia dipergunakan. Kita akan rungkaikan satu persatu persoalan yang timbul dari
pemikiran masyarakat yang juga akan dikaitkan dengan wujudnya elemen maqasid syariah
serta siyasah syariah dalam sektor kewangan berdasarkan sektor pertanian tersebut.
Berdasarkan bajet 2013 yang lepas, hasil yang diperoleh oleh kerajaan melalui
pendapatan pada tahun 2012, terdapat beberapa peruntukan telah diperuntukkan kepada
perbelanjaan dalam sektor pertanian.
Sebelum merungkaikan bajet 2013 yang diumumkan pada 28 September 2012, bajet
2013 digubal dengan fokus untuk meningkatkan taraf hidup rakyat di seluruh negara,
memastikan pertumbuhan ekonomi mapan, perbelanjaan berhemah dan mengurangkan defisit
5

fiskal negara dengan matlamat keseluruhan mengutamakan kesejahteraan rakyat. Peruntukan
yang diberikan kepada peruntukan pembangunan juga ada disebut dalam bajet 2013 yang
lepas, sejumlah 30 bilion ringgit disediakan bagi sektor ekonomi untuk menampung
keperluan infrastruktur, perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar. Oleh itu,
Bajet 2013 dirangka bertemakan “Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji
Ditepati” dengan memberi penekanan kepada lima fokus utama.
Pada fokus yang pertama iaitu merangsang aktiviti pelaburan, terdapat 1.5 bilion
ringgit telah diperuntukkan untuk projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai
tinggi dan padi. Selain itu, bagi meningkat aktiviti pertanian yang terdapat di dalam negara
ini, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 5.8 bilion ringgit kepada Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani. Selain itu, kerajaan juga menyediakan sebanyak 30 juta
ringgit bagi pembangunan program pertanian yang merangkumi aplikasi penggunaan
teknologi tinggi. Kerajaan juga mempersiapkan sebanyak 75 juta ringgit bagi meningkatkan
pengeluaran produk makanan dan kesihatan.
Bagi membela nasib petani, kerajaan telah mengurangkan kos pengeluaran dengan
meneruskan pemberian subsidi dan intensif pertanian yang sedia ada berjumlah 2.4 bilion
ringgit. Selaras dengan komitmen untuk menjaga kebajikan rakyat, terutama pengusaha
sawah, kerajaan telah memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi. Skim ini memberi
kemudahan perlindungan kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar dan dijangka dapat
memanfaatkan 172 ribu pesawah. Selain itu, kerajaan telah meneruskan Projek Azam Tanu
yang diperkenalkan pada tahun 2011. Program ini telah mengeluarkan seramai 1,234
keluarga daripada garis kemiskinan malah beberapa peserta telah berjaya mendapat
pendapatan melebihi 10 ribu ringgit sebulan. Sebanyak 41 juta ringgit telah diperuntukkan
bagi memberi manfaat kepada 6,730 peserta.
Dalam masa yang sama, kerajaan juga ingin mencergaskan pasaran modal dan
kewangan. Bagi meneruskan hasrat kerajaan ini, Suruhanjaya Sekuriti (SC) telah
menyediakan rangka kerja bagi terbitan AgroSukuk untuk syarikat yang terlibat dalam sektor
pertanian. AgroSukuk ini dapat mengumpulkan modal bagi membiayai syarikat-syarikat
pertanian dan industri asas tani. Oleh itu, bagi menggalakkan terbitan AgroSukuk ini,
kerajaan telah mencadangkan perbelanjaan bagi menerbitkan sukuk tersebut diberi potongan
cukai dua kali bagi tempoh 4 tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
6

Melalui fokus kelima dalam bajet 2013 pula, iaitu dalam skop pusat transformasi luar
bandar, Kerajaan telah membuka pula Pusat Transformasi Luar Bandar atau RTC di Gopeng,
Perak dan Wakaf Che Yeh, Kelantan bagi menyediakan sebuah pusat integrasi perkhidmatan
meliputi pengumpulan, pemprosesan dan pengedaran hasil pengeluaran pertanian, perbankan
dan insurans, khidmat nasihat perniagaan, latihan dan kemahiran, klinik serta ruang niaga.
Berdasarkan manfaat yang diterima, Kerajaan akan terus memperluaskan RTC ke Melaka,
Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak.
Setelah menyelidik peruntukan yang diperuntukkan kepada sektor pertanian pada
bajet 2013, pada 25 Oktober 2013 yang lepas, bajet 2014 telah dibentangkan di Dewan
Rakyat. Bajet 2014 digubal untuk mempastikan pertumbuhan ekonomi terus berkembang
kukuh dan mengurangkan defisit fiskal negara, dengan matlamat keseluruhannya memakmur
negara dan mensejahtera rakyat. Memenuhi maksud ini, Bajet 2014 dirangka bertemakan
“Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji”,
dengan menggariskan lima teras utama.
Teras pertama yang disebutkan dalam bajet 2014 ini adalah berkaitan dengan
merancak aktiviti ekonomi. Dalam teras pertama ini, ada disebutkan tentang peningkatan
rantaian sektor pertanian. Dalam bajet 2014 ini, kerajaan telah memperuntukan sebanyak
enam bilion ringgit untuk pelaksanaan program pertanian yang mempunyai nilai tambah
tinggi dan berdaya komersil.
Antara inisiatif utama yang dijalankan ialah dengan menubuhkan Food and Agro
Council for Export (FACE) yang akan bertindak sebagai pemudahcara untuk meningkatkan
eksport produk pertanian tempatan.Selain itu, FAMA diperkukuhkan lagi untuk memainkan
peranan yang lebih strategik dengan konsep dari ladang ke pasaran eksport. Kerajaan juga
mempastikan harga berpatutan bagi produk makanan dengan membuka tambahan 60 pasar
tani, 50 pasar ikan, 50 karavan tani3, serta memperluas 100 gerai buah-buahan segar di
seluruh negara.
3
Karavan Pasar Tani merupakan satu konsep baru yang diperkenalkan oleh FAMA bagi membantu peserta
Pasar Tani memasarkan hasil pertanian secara bergerak dan telah memulakan operasi pada Disember 2008.
7

Di samping itu, kerajaan akan memperuntukkan sejumlah 2.4 bilion ringgit bagi
meneruskan bantuan subsidi dan insentif. Kerajaan juga memperuntukkan sebanyak 243 juta
ringgit bagi tujuan pelaksanaan program tanaman semula getah, kelapa sawit dan koko serta
program ladang hutan. Bagi meningkatkan produktiviti sert menghasilkan produk pertanian
yang mempunyai permintaan tinggi, Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah 634 juta
ringgit di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara. Antara projek yang terlibat di bawah
program ini adalah tanaman padi, projek rumpai laut dan burung walit, projek herba bernilai
tinggi, tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan bagi pasaran eksport.
Kerajaan juga akan melaksanakan program Bioeconomy Community Development
bagi membangun tanah-tanah terbiar melalui aplikasi bioteknologi dan penanaman kontrak
untuk menambah nilai industri pertanian dan pendapatan petani. Selain itu, Kerajaan
menyedari peranan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai pemangkin
kepada pembangunan bioekonomi. Oleh itu,insentif R&D seperti potongan cukai,
pengecualian duti import ke atas peralatan R&D dan insentif khas kepada syarikat akan diberi
kepada projek yang berkelayakan yang akan dinilai oleh BiotechCorp. Bagi cukai barang dan
perkhidmatan yang baru sahaja diperkenalkan dalam bajet 2014 ini, pembekalan dikecualikan
ke atas tananh digunakan bagi tujuan kediaman atau pertanian atau kegunaan am.
Berdasarkan bajet yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri bagi tahun 2013 dan
2014, dapat dilihat bahawa kerajaan telah banyak membantu masyarakat dari segi
tanggungjawab sosial yang diberikan. Jaminan sosial bagi setiap lapisan masyarakat terjamin
dengan pelbagai program yang dilaksanakan oleh kerajaan seperti meneruskan subsidi dan
memberi intensif kepada golongan-golongan petani yang berpendapatan rendah.
Jika dibandingkan antara bajet 2013 dan bajet 2014 yang telah dibentangkan, bajet
2013 lebih cenderung kepada membantu masyarakat yang berada pada garisan kemiskinan
dan telah terbukti kerajaan berjaya mencapai hasratnya apabila ramai keluarga telah berjaya
mencapai pendapatan yang lumayan pada setiap bulan. Manakala, pembentangan bajet 2014
yang lepas telah menunjukkan kerajaan lebih cenderung kepada membaiki semula tanah yang
terbiar dan dibuat sebagai tanah pertanian, yang mempunyai matlamat akhirnya kepada
kepentingan masyarakat juga.
8

Dengan tindakan yang di ambil oleh kerajaan ini, dapat kita simpulkan bahawa setiap
cadangan yang telah dikemukan dan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan menunjukkan
wujudnya maqasid syariah serta siasah syar’iyyah. Ini adalah disebabkan kerajaan lebih
cenderung kepada memberi kebaikan kepada negara, bukan sahaja untuk memperoleh hasil
kepada negara, malah memikirkan tentang kehidupan masyarakat supaya berada dalam
keadaan yang lebih selesa dibandingkan dengan sebelumnya.
Bidalan lama menyatakan, berbudi pada tanah, berbakti kepada bumi, nescaya kita
dapat menuai hasilnya. Maka, setiap tahun kerajaan telah menyusun bidang pertanian dalam
agenda bajet yang akan dibentangkan yang akhirnya akan memberi manfaat kepada negara
dan juga masyarakat negara itu sendiri.
Peranan kerajaan sangat penting dalam sektor ini, malah daripada sektor ini lah
kerajaan boleh mewujudkan maqasid syariah serta siyasah syar’iyyah seperti yang disarankan
kepada setiap negara Islam. Nilai ini bukan sahaja boleh diterapkan dalam diri individu
pekerja itu sendiri, malah ia juga boleh diterapkan ke dalam sektor-sektor yang ada dalam
negara ini.
Dengan pemerhatian kepada satu skop sektor yang dipilih, dapat disimpulkan di sini
bahawa perbelanjaan yang dikeluarkan oleh kerajaan kepada negara ini mengikut maqasid
syariah dan siyasah syar’iyyah. Walaupun ia tidak jelas menampakkan kedua elemen ini
wujud dalam perbelanjaan negara, tetapi jelas menunjukkan dengan perancangan program
yang dilaksanakan oleh kerajaan telah mendatangkan kebaikan kepada masyarakat sejagat,
malah telah banyak menyelamatkan orang ramai daripada kehancuran yang timbul.
9

RUJUKAN
Bharudin Che Pa, Siti Arni Basir & Shukeri Mohamed. t.th. Perlaksanaan Siyasah
Syar’iyyah Dalam Pentadbiran Di Malaysia. t.tp.: t.pt.
Abdul Ghafar Ismail & Fadhilah Mat Nor. 2010. Menilai Model Ekonomi Baru Dalam
Konteks Maqasid Shariah. Bangi. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dr Asyraf Wajdi Dusuki. 2013. Menyantuni kehendak, harapan rakyat. Berita Harian. 29
Oktober: 3.
Drs. F. Aminuddin Aziz, MM. 2008. Kuliah Fiqh Siyasah (Politik Islam). t.tp. : t.pt.
Dewan Rakyat Malaysia. 2012. Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2013). Bajet
2013.
Dewan Rakyat Malaysia. 2013. Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (2014). Bajet
2014.
10