PEND MORAL F3 Cg Siti Khadijah

Bahagian A

50 Markah

1. Berikut merupakan amalan yang menggambarkan nilai kerajinan, kecuali
A berusaha dengan bersungguh-sungguh walaupun gagal dalam peperiksaan
B bekerja bersungguh-sungguh untuk menyara keluarga
C sentiasa menambah ilmu untuk lebih maju ke hadapan
D mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala sosial
2. Apakah yang dimaksudkan dengan nilai kasih sayang ?
A Menyayangi diri sendiri sahaja
B Tiada belas kasihan terhadap haiwan liar
C Menjauhi perkara yang menjejaskan kesihatan dan mengancam keselamatan diri
D Membunuh makhluk yang mengancam nyawa diri
3. Virus HIV boleh merebak melalui
I pemindahan darah yang tercemar
II pemindahan organ yang tercemar
III bersalaman dengan pesakit AIDS
IV perkongsian jarum suntikan penagih dadah
A I,II dan III
C I,III dan IV

B I,II dan IV
D II,III danIV
4.Berikut merupakan program pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk
penduduk luar bandar, kecuali
A Program Latihan Khidmat Negara
B Program Rancangan Makanan Tambahan
C Program Kerajaan Prihatin Rakyat Miskin
D Program Pembangunan Tanah Terbiar
5. Berikut merupakan agensi yang bertanggungjawab mencegah penyakit AIDS, kecuali
I Kementerian Kesihatan Malaysia
II Yayasan AIDS Malaysia (MAF)
III Jabatan kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
IV Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat
A I,II dan IV
C I,II dan III
B I,III dan IV
D II,III dan IV
6. Apakah tujuan Program Internet Desa diperkenalkan ?
A Membuka minda masyarakat luar bandar agar mampu menghadapi cabaran globalisasi
B Memudahkan penduduk luar bandar mengetahui rancangan kerajaan

C Merapatkan jurang antara penduduk luar bandar dengan pemimpin
D Memudahkan bantuan disalurkan kepada penduduk luar bandar
7. Yang berikut merupakan sikap rasional, kecuali
A tidak akan bertindak mengikut emosi dan perasaan

B tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain dalam melakukan sesuatu kerja
C tidak akan mencampuradukkan hal-hal peribadi ketika membuat keputusan
D tidak akan mempertimbangkan segala kemungkinan yang berlaku
8 Apakah yang dimaksudkan dengan kesederhanaan ?
A Tidak terlalu merendah diri dalam sesuatu perkara
B Tidak terlalu berkira dan mementingkan diri sendiri
C Tidak menjaga kepentingan sendiri demi kepentingan orang lain
D Tidak keterlaluan dalam sesuatu tindakan, perlakuan, atau pemikiran
9. Mengapakah kita dilarang meminjam wang daripada institusi kewangan yang tidak
berdaftar ?
I Kadar faedah yang tinggi
II Jumlah pinjaman yang terhad
III Proses pinjaman yang merumitkan
IV Sukar untuk membuat sebarang tuntutan undang-undang
A I dan II

B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
10. Bagaimanakah cara untuk menyemai kasih sayang dalam keluarga ?
I Mengadakan kempen mengutamakan keluarga
II Mendedahkan kepentingan berkasih sayang antara ahli keluarga
III Ibu bapa memberikan contoh yang baik kepada anak-anak
IV Mendidik anak-anak dengan kekerasan
A I dan II
B II dan III
C I,II dan III
D II,III dan IV
11. Bagaimanakah cara menjaga maruah keluarga ?
I Tidak bergaul dengan rakan-rakan
II Berkelakuan sopan di khalayak ramai
III Berpakaian sopan tanpa mendedahkan tubuh badan
IV Tidak bergaul dengan orang yang tidak bermoral
A I,II dan III
C I,III dan IV
B I,II dan IV

D II,III dan IV
12.Apakah keburukan tidak menjaga maruah keluarga ?
I Hidup dikongkong oleh ahli keluarga
II Akan dibenci oleh ahli keluarga yang lain kerana menjejaskan imej keluarga
III Hubungan kekeluargaan menjadi renggang
IV Masyarakat memandang rendah terhadap keluarga
A I dan II
B II dan III
C I,II dan III
D II,III dan IV

13.Anak-anak juga mempunyai tanggungjawab dalam keluarga seperti
I menjaga nama baik keluarga
II berusaha untuk memajukan diri

III belajar dengan bersungguh-sungguh
IV menyediakan keperluan asas untuk keluarga
A I,II dan III
B I,II dan IV


C I,III dan IV
D II,III dan IV

14. Antara berikut, yang manakah merupakan kesan buruk pengguguran kandungan ?
I Mengancam nyawa
II Sentiasa dibayangi rasa berdosa
III Pengeluaran kos yang banyak
IV Menjejaskan nama baik keluarga
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV
15. Individu yang menjaga maruah diri dan keluarga
I menyambut baik ajakan rakan termasuk ajakan negatif
II berpegang teguh kepada ajaran agama
III tidak melibatkan diri dalam gejala sosial
IV berusaha mengembangkan bakat dan kebolehan diri
A I,II dan III
B I,II dan IV
C I,III dan IV


D II,III dan IV

16. Keseimbangan ekosistem bermaksud
A hubungan seimbang antara manusia, haiwan, dan tumbuhan dengan persekitarannya.
B hubungan seimbang antara hidupan di darat dan hidupan di laut.
C kebergantungan hidup antara tumbuh-tumbuhan dan haiwan di hutan
D kebergantungan hidup manusia kepada tumbuh-tumbuhan sebagai sumber oksigen.
17. Berikut merupakan aktiviti yang dijalankan dalam pertanian secara organik, kecuali
A menggunakan baja kompos
B mengawal perosak secara biologi
C menggunakan racun perosak kimia
D menggunakan baja hijau
18. Apakah kebaikan program kitar semula ?
I Menambah pendapatan negara
II Menjaga kebersihan alam sekitar
III Menjamin keseimbangan ekosistem
IV Mengurangkan longgokan sampah sarap
A I,II dan III
B I,II dan IV


C I,III dan IV

19. Berikut merupakan punca-punca pencemaran udara, kecuali
A pembakaran hutan
B aktiviti perindustrian
C tumpahan minyak
D penggunaan kenderaan bermotor
20. Apakah yang akan terjadi sekiranya hutan tidak dipelihara ?
A Cuaca menjadi bertambah sejuk
B Sistem ekologi menjadi lebih seimbang

D II,III dan IV

C Bilangan binatang liar semakin bertambah
D Manusia akan kehilangan udara yang bersih
21. Kegiatan manakah menyumbang kepada berlakunya jerebu ?
A Pembakaran hutan secara terbuka
B Membuang sampah ke dalam sungai
C Menggunakan petrol tanpa plumbum

D Menyembur ubat untuk menghapuskan nyamuk
22. Antara akibat penipisan lapisan ozon ialah
I penyakit kanser kulit
II perubahan iklim dunia
III mengurangkan jarak penglihatan
IV memusnahkan tumbuh-tumbuhan dan haiwan
A I,II dan III
B I,II dan IV
C I,III dan IV

D II,III dan IV

23. Antara berikut, yang manakah bukan merupakan punca kepupusan hidupan marin ?
A Hidupan laut mati akibat pencemaran laut
B Aktiviti penjelajahan di dasar laut
C Pemburuan hidupan laut untuk tujuan komersial
D Hidupan laut mati akibat terperangkap dalam pukat hanyut
24. Mengapakah bahan buangan berbahaya tidak boleh dibuang sesuka hati ?
A Boleh membahayakan nyawa penduduk
B Bahan buangan tersebut sukar untuk dikitar semula

C Bahan buangan tersebut mudah diselongkar oleh binatang
D Bahan buangan tersebut boleh digunakan semula
25.Berikut merupakan kesan buruk akibat banjir kilat, kecuali
A kehilangan nyawa
B peningkatan suhu
C kerosakan harta benda
D kemusnahan bangunan
26. Apakah kepentingan sambutan Hari Alam Sekitar ?
A Menimbulkan kesedaran dan tanggungjawab terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan
alam sekitar
B Sebagai salah satu aktiviti yang boleh dilakukan untuk memenuhi program kenegaraan
C Orang ramai dapat menikmati keindahan dan keharmonian alam sekitar
D Menghargai sumbangan alam sekitar terhadap ekonomi negara

27. Apakah kempen yang dilancarkan oleh kerajaan untuk menghalang pencemaran
sungai dan lautan ?
A Cintailah Sungai Kita

B Cintailah Terumbu Karang
C Utamakan Hidupan Marin

D Sayangilah Flora dan Fauna
28. Bagaimanakah cara untuk mengekalkan sumber hidupan marin ?
I Mengelakkan kejadian tumpahan minyak
II Mengawal aktiviti pelancongan
III Menangkap ikan menggunakan pukat tunda
IV Mengawal kegiatan memburu hidupan marin untuk tujuan komersial
A I dan II
B I dan IV
C II dan III

D III dan IV

29.Antara berikut, yang manakah merupakan hidupan laut yang dilindungi ?
I Penyu
II Dugong
III Obor-obor
IV kiambang
A I dan III
B III dan IV
C I dan II

D II dan III
30. Berikut merupakan kebaikan mengamalkan nilai kesederhanaan dalam berbelanja,
kecuali
A dapat menjamin peruntukan wang yang mencukupi
B dapat menguruskan perbelanjaan secara berhemah
C dapat mengelakkan diri daripada berhutang
D dapat membeli barang dalam kuantiti yang banyak
31. Berikut merupakan contoh kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk
penduduk luar bandar, kecuali
A perpustakaan bergerak
B klinik kesihatan
C kompleks beli-belah
D jalan raya
32.Bagaimanakah cara kerajaan menunjukkan sikap adil terhadap rakyat ?
A Menyeimbangkan pembangunan di bandar dan di luar bandar
B Menyediakan kemudahan moden untuk keselesaan penduduk di bandar
C meneroka tanah penduduk di luar bandar untuk tujuan pembangunan
D Menghulurkan bantuan makanan dan kewangan kepada penduduk di luar bandar
33. Apakah jasa dan pengorbanan ibu bapa terhadap anak-anak ?
I Mengasuh dan mendidik anak-anak menjadi insan berguna
II Membentuk sahsiah yang baik dalam diri anak-anak
III Menyediakan segala keperluan asas untuk anak-anak
IV Menjaga anak-anak dengan penuh kasih sayang
A I,II dan III
B I,II dan IV
C I,III dan IV
34. Fenomena hujan asid terjadi akibat
A kegiatan perindustrian yang tidak terkawal
B penebangan hutan secara besar-besaran

D I,II,III dan IV

C kemajuan sains dan teknologi
D perkembangan bandar satelit
35. Seseorang yang menghidapi virus HIV atau AIDS akan
I mengalami gangguan emosi
II dipandang rendah oleh masyarakat
III mengalami peningkatan berat badan
IV mudah dijangkiti penyakit yang lain
A I,II dan III
B I,II dan IV
C I,III dan IV

D II,III dan IV

36. Individu yang mengamalkan nilai berdikari akan
A mencapai kejayaan hasil usaha sendiri.
B terus mencuba walaupun mengalami kegagalan.
C meminta bantuan orang lain untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
D bersedia memberikan kerjasama dalam setiap perkara yang dilakukan.
37. Kesan sekiranya sesuatu projek pembangunan dijalankan tanpa Environmental Impact
Assesment (EIA) akan mengakibatkan
I bencana alam seperti tanah runtuh, banjir kilat dan banjir lumpur berlaku
II alam sekitar tercemar
III gempa bumi
IV nyawa manusia dan hidupan lain terancam
A I,II dan III
B I,II dan IV
C I,III dan IV
D II,III dan IV
38. Hari Bumi jatuh pada
A 22 Mac
B 22 April

C 5 Jun

D 6 Oktober

39.Hari Alam Sekitar Sedunia jatuh pada
A 22 Mac
B 22 April

C 5 Jun

D 6 Oktober

40. Contoh amalan berdikari ialah
I bertindak tanpa disuruh
II boleh bertindak sendiri
III melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain
IV bertindak terburu-buru
A I,II dan III
B I,III dan IV
C II,III dan IV

Soalan 41-50

D I,II dan IV

Isikan pernyataan-pernyataan di bawah ini dengan nilai-nilai yang sesuai:

41. Maniam menyayangi semua ahli keluarganya.

Nilai : ....................................................................................................................................
42. Pihak kerajaan menyediakan kemudahan infrastruktur yang sama rata untuk
penduduk di bandar dan luar bandar.
Nilai : .....................................................................................................................................
43. Mary bijak menguruskan perbelanjaan keluarganya. Dia sentiasa berjimat dan
membeli barangan yang diperlukan sahaja.
Nilai : .....................................................................................................................................
44. Kita patut hormat dan taat kepada ibu bapa dan orang yang lebih tua dalam keluarga.
Nilai : .....................................................................................................................................
45. Sekiranya ahli keluarga menjalankan tugas dengan sempurna, dia pasti dapat
mewujudkan keluarga yang aman dan bahagia.
Nilai : .....................................................................................................................................
46. Stella mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk memastikan dirinya sentiasa sihat.
Nilai : .....................................................................................................................................
47. Mei Mei mengadakan majlis perkahwinannya menurut adat tradisi keluarganya. Dia
berpendapat amalan tradisi penting untuk memastikan tradisi itu dapat dikekalkan.
Nilai : .....................................................................................................................................
48. Pertanian organik merupakan satu usaha memelihara dan memulihara alam sekitar.
Nilai : .....................................................................................................................................
49. Setiap ahli keluarga bertanggungjawab untuk menjaga nama baik keluarganya.
Nilai : ....................................................................................................................................
50. Penggunaan kad kredit tanpa kawalan dan tidak bersikap jimat cermat akan
menyebabkan seseorang itu terjebak dengan hutang.
Nilai : .....................................................................................................................................