Definisi terma dan syarat pembekal

ePerolehan • November 2002 Syarat-syarat Piawai Perkhidmatan ini harus dibaca bersama dengan Borang Pengisytiharan ePerolehan dan Borang Pesanan Kad ePerolehan yang dilampirkan bersama dengan Syarat-syarat Standard Perkhidmatan ini.

1. Definisi

Perkataan-perkataan berikut mempunyai makna yang berikut kecuali dalam konteks yang memerlukan sebaliknya:- “Barangan Katalog” ertinya suatu produk atau perkhidmatan terdigit Pelanggan dalam Katalog dan Kandungan berkaitan dengan produk atau perkhidmatan itu yang dipaparkan di ePerolehan; “ePerolehan” ertinya system perolehan elektronik yang dibekalkan oleh Syarikat; “Fee” ertinya Fee Langganan, Fee Perkhidmatan, Fee Katalog dan semua fee lain yang perlu dibayar di bawah Perjanjian ini; “Fee Katalog” ertinya fee katalog yang dinyatakan dalam Jadual 1; “Fee Langganan” ertinya fee langganan yang dinyatakan dalam Jadual 1; “Fee Perkhidmatan” ertinya fee perkhidmatan yang dinyatakan dalam Jadual 1; “Hari Perniagaan” ertinya hari dimana bank-bank dibuka untuk urusan perbankan am di Selangor selain dari hari Sabtu, Ahad atau hari cuti am; “Kad ePerolehan” ertinya kad pintar pengguna yang diberikan kepada Pelanggan dan diberikuasa oleh Syarikat untuk mengakses Perkhidmatan; “Kandungan” ertinya mana-mana dan semua maklumat, data, teks, muzik, bunyi, fotograf, grafik, video, mesej atau bahan-bahan lain berkaitan dengan perniagaan Pelanggan, Barangan Katalog dan sebarang hal lain termasuk tetapi tidak terhad kepada:- a Maklumat Barangan Katalog seperti imej produk, deskripsi, spesifikasi dan harga seunit; dan b Syarat-syarat niaga Barangan Katalog seperti diskaun harga dan kuantiti minima; “Katalog” ertinya suatu katalog elektronik yang merangkumi semua Barangan Katalog Pelanggan yang dikategorikan menurut pengelompokan atau pengelasan produk; “Kontrak Pusat” ertinya perolehan oleh Kerajaan berkaitan dengan bekalan barangan dan perkhidmatan yang telah dirundingkan terlebih dahulu, ditender dan ditawarkan kepada pembekal-pembekal sepertimana yang ditentukan oleh Kerajaan; “Pek Startup” ertinya suatu pek permulaan yang mengandungi:- a latar belakang ePerolehan; b keperluan dan konfigurasi sistem piawai; c panduan dan borang permohonan untuk memohon suatu akaun pemberi perkhidmatan internet; dan d panduan untuk menyambung dan menggunakan ePerolehan; “Pelanggan” ertinya seseorang atau entiti yang telah menyempurnakan Borang Pendaftaran ePerolehan, dimana butir-butirnya dinyatakan di dalamnya, dan telah bersetuju untuk mengakses Perkhidmatan menurut syarat-syarat Perjanjian ini; “Pemberi Perkhidmatan Kandungan” ertinya pemberi-pemberi perkhidmatan kandungan bertauliah yang dilantik oleh Syarikat untuk, antara lainnya, mendigitkan dan memuat naik Barangan Katalog Pelanggan yang akan dipaparkan pada ePerolehan. Suatu senarai Pemberi Perkhidmatan Kandungan akan diterbitkan oleh Syarikat dari semasa ke semasa; “Pengguna ePerolehan” ertinya nama-nama kakitangan Pelanggan yang terdapat dalam Borang Pesanan Kad ePerolehan. Pentadbir Pelanggan juga dianggap sebagai seorang Pengguna ePerolehan; “Pentadbir Pelanggan” ertinya seorang pegawai Pelanggan yang namanya terdapat pada ruang Pentadbir Pembekal dalam Borang Pesanan Kad ePerolehan; “Perjanjian” ertinya Syarat-syarat Piawai Perkhidmatan in, termasuk jadual, Borang Pendaftaran ePerolehan and Borang Pesanan Kad ePerolehan secara kolektif; “Perkhidmatan” ertinya perkhidmatan yang diberikan oleh Syarikat melalui ePerolehan yang akan membolehkan dan memudahkan:- a pendaftaran para pembekal dalam talian; b paparan dan penyenaraian barangan katalog pembekal untuk bekalan barangan dan perkhidmatan; c pembekal-pembekal untuk membekal barangan dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui Kontrak Pusat, Belian Terus, Sebut Harga dan Tender; dan d pembayaran oleh atau kepada Kerajaan, badan-badan kawalan, pihak-pihak berkuasa, atau mana- mana pihak ketiga yang lain sehubungan dengan mana-mana perenggan a, b, atau c di atas. Walau apa pun yang disebut di perenggan c, bekalan barangan dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui Belian Terus, Sebut Harga dan Tender hanya akan diberikan kepada Pelanggan apabila dimaklumkan oleh Syarikat. “Pihak Berkuasa Persijilan” ertinya pihak berkuasa persijilan bertauliah yang dilantik oleh Syarikat untuk menyediakan sijil digital bagi Kad ePerolehan; “Syarikat” Commerce Dot Com Sdn Bhd; syarat-syarat piawai perkhidmatan ePerolehan • November 2002 2. Tempoh Perjanjian 2.1 Perjanjian ini akan beroperasi pada tarikh yang akan dimaklumkan oleh Syarikat kepada Pelanggan tertakluk kepada:- a Kementerian Kewangan meluluskan terlebih dahulu pendaftaran Pelanggan sebagai pembekal Kerajaan; dan b Syarikat meluluskan terlebih dahulu pendaftaran Pelanggan untuk Perkhidmatan tersebut, di mana kelulusan yang diberikan adalah atas budi bicara Syarikat semata-mata. 2.2 Perjanjian ini akan terus berkuat kuasa sehingga:- a ia ditamatkan di bawah Perjanjian ini; b tamat tempoh atau penamatan pendaftaran Pelanggan dengan Kementerian Kewangan; atau c penamatan dua 2 tahun dari tarikh Perjanjian ini mula beroperasi, mana-mana lebih awal. 2.3 Perjanjian ini boleh diperbaharui dengan menyempurnakan suatu borang tertentu di atas syarat-syarat yang akan ditentukan oleh Syarikat.

3. Penggunaan Perkhidmatan