Panduan Tuntutan Perjalanan. 2013 pdf

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

PANDUAN TUNTUTAN PERJALANAN

Disediakan Oleh :

NM24/09/2013

Pejabat Bendahari
Universiti Malaysia Sarawak

Page 1

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

PENDAHULUAN
Buku Panduan Tuntutan Perjalanan ini disediakan dengan tujuan:

a) Memberi penerangan secara jelas berkenaan kaedah pembayaran tuntutan perjalanan.
b) Sebagai panduan bertulis untuk isu-isu yang selama ini hanya dilaksanakan mengikut
kelaziman dan tiada penjelasan lanjut dari pekeliling yang sedia ada.
c) Mengurangkan kesilapan staf semasa memohon dan menyemak tuntutan perjalanan.
d) Sebagai satu piawai yang digunapakai oleh universiti.

Dengan adanya buku panduan ini, diharap ia dapat memberi manfaat dan menjadi
panduan berguna untuk mencapai objektif tersebut. Segala usaha telah dilakukan untuk
memastikan buku panduan ini selengkap yang mungkin tetapi pengemaskinian akan
dilakukan dari semasa ke semasa.

NM24/09/2013

Page 2

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

KANDUNGAN:

PENGIRAAN HARI KELAYAKAN ............................................................................................. 4
TUNTUTAN ELAUN.............................................................................................................. 12
ELAUN MAKAN DAN ELAUN HARIAN ............................................................................ 12
ELAUN HOTEL/LOJING .................................................................................................. 14
PERATURAN LAIN ......................................................................................................... 15
TUNTUTAN KM ................................................................................................................... 17
PANDUAN AM .................................................................................................................... 19
ELAUN PERJALANAN KENDERAAN/TEKSI ........................................................................... 21
TAMBANG GANTIAN .......................................................................................................... 24
PERJALANAN KE LUAR NEGARA.......................................................................................... 25
PENDAHULUAN DIRI ........................................................................................................... 32
KURSUS DALAM NEGERI ..................................................................................................... 33
KURSUS LUAR NEGARA ...................................................................................................... 35
PEKELILING BERKUATKUASA .............................................................................................. 39
KADAR-KADAR.................................................................................................................... 40
DALAM NEGERI - LAMPIRAN A ..................................................................................... 40
LUAR NEGARA - LAMPIRAN B ....................................................................................... 41
LAMPIRAN A2 .............................................................................................................. 42

NM24/09/2013


Page 3

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

PENGIRAAN HARI KELAYAKAN
1.

Tarikh sebenar atau tarikh rasmi atau tarikh/hari kejadian merujuk pada
tarikh sesuatu urusan rasmi atau berkursus berlaku.

2.

Seseorang pegawai yang bertugas rasmi atau menghadiri kursus di luar ibu
pejabat adalah dibenarkan untuk pergi sehari sebelum sesuatu tugas
rasmi/kursus bermula dan balik sehari selepas tugas rasmi/kursus tersebut
tamat.


3.

Pengiraan hari yang layak dituntut mestilah untuk tempoh 24 jam iaitu
bersamaan dengan satu (1) hari.

4.

Pengiraan sehari sebelum adalah masa bertolak dari rumah/tempat
kediaman manakala pengiraan sehari selepas adalah masa tiba ke
rumah/tempat kediaman.

Contoh:Tarikh Masa
12/5
8.30 am
13/5

8.30 am

14/5


8.30 am
4.30 pm

Perjalanan
Catatan
Bertolak dari Sehari
rumah
sebelum
Mesyuarat

Layak dituntut 1
hari = 24 jam

Sehari selepas
Tiba di
rumah

Layak dituntut 1
hari = 24 jam
Jumlah hari layak dituntut = 2 hari


NM24/09/2013

Page 4

Panduan Tuntutan Perjalanan

5.

2013

Pemberian sehari sebelum dan sehari selepas ini tertakluk pada tarikh
sebenar sesuatu tugas rasmi/kursus tersebut bermula dan berakhir. Oleh
itu, persediaan atau persiapan untuk mesyuarat atau menghadiri
pendaftaran untuk sesuatu kursus tidak diambilkira di dalam pengiraan
tersebut.

Contoh:Kesemua contoh adalah dengan anggapan mencukupi tempoh 24 jam.

Menghadiri mesyuarat

Tarikh
12/5

Perjalanan
Bertolak

13/5

Persediaan Tidak layak dituntut

14/5

Mesyuarat

15/5

Catatan
Sehari sebelum
Layak 1 hari


Hari Kejadian
Tidak layak dituntut
Layak 1 hari

16/5

Balik

Sehari selepas
Jumlah hari layak dituntut = 2 hari

Menghadiri Kursus
Tarikh
12/5

Perjalanan
Bertolak

13/5


Pendaftaran

14/5

Kursus

15/5
16/5

NM24/09/2013

Balik

Catatan
Sehari
sebelum
Tidak layak
dituntut
Layak 1 hari
Hari

Kejadian
Tidak layak
Layak 1 hari
dituntut
Sehari
selepas
Jumlah hari layak dituntut = 2 hari

Page 5

Panduan Tuntutan Perjalanan

6.

2013

Pegawai yang pergi lebih awal atau balik lebih lewat dari tarikh rasmi yang
dibenarkan dan menggunakan tarikh sehari sebelum atau sehari selepas
untuk membuat tuntutan atas alasan hendak menggunakan sepenuhnya
kemudahan ini adalah tidak dibenarkan sama sekali.


Contoh:Kesemua contoh adalah dengan anggapan mencukupi tempoh 24 jam.

Tarikh
28/6

Perjalanan
Bertolak

29/6

30/6

Sehari sebelum
Tidak layak dituntut walaupun dengan alasan
untuk menggunakan kemudahan sehari selepas
tetapi digunakan lebih awal

Mesyuarat
bermula/balik
Jumlah hari layak = 1 hari sahaja

Tarikh
12/4

Perjalanan
Bertolak/Mesyuarat
bermula

13/4

14/4

Tidak layak dituntut walaupun dengan
alasan untuk menggunakan kemudahan
sehari
sebelum
tetapi
digunakan
kemudian
Balik

Sehari selepas
Jumlah hari layak = 1 hari sahaja

NM24/09/2013

Page 6

Panduan Tuntutan Perjalanan

7.

2013

Urusetia sesuatu mesyuarat atau kursus adalah tidak tertakluk kepada
pemberian sehari sebelum dan sehari selepas ini.
Jumlah hari yang dibenarkan untuk membuat persiapan/persediaan samada
sebelum atau selepas sesuatu tugas rasmi/kursus adalah tertakluk kepada
kelulusan secara bertulis jumlah hari yang dibenarkan untuk membuat
persediaan tersebut oleh ketua PTJ masing-masing.
Contoh:Untuk persiapan peperiksaan FPSK di Hospital Sibu, kakitangan FPSK telah
diarah bertolak tiga hari lebih awal dari tarikh peperiksaan dan balik 3 hari
kemudian dari tarikh peperiksaan tamat. Pegawai layak menuntut untuk
tarikh-tarikh tersebut dengan syarat disertakan surat kelulusan dari ketua
PTJ yang membenarkan pegawai bertolak dan balik pada tarikh-tarikh yang
telah ditetapkan.

8.

Seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi/berkursus pada dua atau
lebih tarikh berbeza tetapi dalam satu tempoh masa dan beliau terus
menginap di tempat tersebut kerana hendak menjimatkan kos tiket
penerbangan.
Pengiraan jumlah hari yang layak dituntut adalah berdasarkan konsep
sehari sebelum dan sehari selepas ini juga.

NM24/09/2013

Page 7

Panduan Tuntutan Perjalanan

9.

2013

Untuk tujuan perjalanan yang berbeza, pengiraan sehari sebelum dan
sehari selepas adalah seperti di bawah.

Contoh:Kesemua contoh adalah dengan anggapan mencukupi tempoh 24 jam.

Tarikh
21/7

Perjalanan
Bertolak

Sehari sebelum
1 hari

22/7

Mesyuarat 1

23/7

Sehari
selepas
Mesyuarat 1

24/7

25/7

Sehari sebelum
Seminar
Menghadiri
seminar
Sehari
seminar

selepas

1 hari

Dibenarkan
kerana
mengambilkira sehari selepas
mesyuarat 1 dan sehari
sebelum menghadiri seminar

1 hari

1 hari

26/7

Layak kerana sehari selepas
menghadiri seminar
Tidak layak

27/7

1 hari

28/7

Sehari sebelum
mesyuarat 2
Mesyuarat 2

Layak kerana sehari sebelum
Mesyuarat 2
1 hari

29/7

Balik

1 hari

Layak sehari selepas

Jumlah hari layak = 7 hari

NM24/09/2013

Page 8

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

10. Untuk tujuan perjalanan yang sama, pengiraan sehari sebelum dan
sehari selepas adalah seperti di bawah.

Contoh:Kesemua contoh adalah dengan anggapan mencukupi tempoh 24 jam.

Tarikh
21/7

Perjalanan
Bertolak

Sehari sebelum
1 hari

22/7

Mesyuarat
1 hari

23/7
24/7

Sehari selepas
1 hari

Tidak layak dituntut

25/7
Sehari sebelum
1 hari
26/7

27/7
28/7
29/7

Sambungan
Mesyuarat
1 hari
Balik

Sehari selepas
Jumlah hari layak = 5 hari

NM24/09/2013

Page 9

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

11. Untuk masa dalam perjalanan yang melibatkan perjalanan di dalam
Malaysia dan melibatkan beberapa tempat berlainan, pegawai layak
menuntut hari-hari dalam perjalanan tersebut. Pengiraan adalah seperti
di bawah:Contoh:Kesemua contoh adalah dengan anggapan mencukupi tempoh 24 jam.

Tarikh
21/7

Perjalanan
Bertolak

Sehari sebelum
1 hari

22/7

Mesyuarat
Perak

di
1 hari

23/7

24/7
25/7

Perjalanan
Pahang

ke
1 hari

Mesyuarat
di
Pahang
Perjalanan ke KL

1 hari
1 hari

26/7

Layak dituntut/sehari selepas
mesyuarat di Perak/sehari
sebelum mesyuarat di Pahang

Layak dituntut/sehari selepas
mesyuarat di Pahang/sehari
sebelum mesyuarat di KL

Mesyuarat di KL
1 hari

27/7

NM24/09/2013

Balik

Sehari selepas
Jumlah hari layak = 6 hari

Page 10

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

12. Kursus/tugas rasmi yang terhenti disebabkan cuti umum atau hari
kelepasan am, maka pengiraan hari yang layak dituntut adalah
berdasarkan pengiraan sehari sebelum dan sehari selepas juga dan
tempoh hari cuti tidak melayakkan beliau menuntut secara otomatik.
Contoh:Kesemua contoh adalah dengan anggapan mencukupi tempoh 24 jam.

Tarikh
12/5

Perjalanan
Bertolak

Sehari sebelum
1 hari

13/5

Mesyuarat

Layak dituntut

14/5

Cuti umum

1 hari

15/5

Kelepasan am

1 hari

Sehari selepas

Sehari sebelum
16/5

Mesyuarat

17/5

Cuti umum

1 hari

1 hari
18/5

Balik

Sehari selepas
Jumlah hari layak = 5 hari

NM24/09/2013

Page 11

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

TUNTUTAN ELAUN
ELAUN MAKAN DAN ELAUN HARIAN
1.

i)
ii)
ii)

Tuntutan sebahagian kemudahan elaun makan yang disediakan penganjur
adalah berdasarkan kadar seperti berikut:Sarapan pagi
Makan tengah hari
Makan malam

20% daripada elaun makan
40% daripada elaun makan
40% daripada elaun makan

Cara-cara pengiraan:
i)

Tentukan jumlah hari yang sebenarnya layak dituntut iaitu 1 HARI = 24 JAM

ii)

Seorang pegawai layak mendapat tiga jenis kemudahan makan dalam satu hari
iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Pegawai hendaklah
memaklumkan jenis kemudahan makan yang telah didapati dan berapa kali
kemudahan makan tersebut diperolehi di sepanjang tempoh beliau bertugas
rasmi/berkursus.

ii)

Hanya bahagian kemudahan makan yang tidak diperolehi sahaja layak dituntut.
Contoh:Seorang pegawai berkursus pada 12/6/2009 – 16/6/2009. Beliau bertolak pada
11/6/2009 jam 8 pagi dan balik ke rumah pada 17/6/2009 jam 7 malam. Beliau
diberi kemudahan makan pada hari-hari berikut:Sarapan pagi 12 – 1 / Dita da √
Maka te gah hari 1 ,1 da 1 / Dita da √
Maka
ala 1 da 1 / sahaja Dita da √

NM24/09/2013

Page 12

Panduan Tuntutan Perjalanan

Tarikh Masa

Hari
Sarapan
Makan Tgh
Layak
Pagi
hari
11/6
8 am
1
12/6
8 am
1

×
13/6
8 am
1


14/6
8 am
1

×
15/6
8 am
1


16/6
8 am
1


17/6
7 pm
EH
×
×
Beliau layak 6 hari Elaun makan dan 1 Elaun Harian

Makan
malam

Hari ke-

×


×
×
×

1
2
3
4
5
6

2013

Dari contoh di atas, pegawai hanya layak menuntut bahagian elaun makan yang tidak
didapati iaitu bahagian yang bertanda × sahaja.

2.

Pengiraan elaun harian mestilah melebihi 8 jam iaitu 8 jam 1 minit.

3.

Seorang pegawai layak mendapat elaun harian iaitu ½ daripada elaun makan
walaupun beliau mendapat kemudahan makan dalam tempoh tersebut.
Pembahagian 20%, 40% dan 40% seperti di atas tidak digunakan untuk pengiraan
elaun harian.

4.

Pengiraan pembahagian 20%, 40% dan 40% hanya digunakan untuk elaun makan
sahaja.

5.

Sarapan pagi yang disediakan bersama dengan sewa hotel (complimentary breakfast)
tidak dianggap sebagai kemudahan makan yang disediakan penganjur dan pegawai
layak untuk menuntut.

6.

Sarapan pagi yang dibayar/tambahan kepada sewa hotel adalah termasuk dalam
definisi kemudahan makan yang disediakan penganjur.

7.

Pegawai yang tidak mengambil kemudahan makan yang disediakan oleh penganjur
atas apa alasan sekali pun tidak boleh menuntut elaun makan yang tidak diambil
tersebut.

8.

Untuk Bulan Ramadan, elaun makan adalah seperti berikut:Bersahur adalah disamakan dengan sarapan pagi = 20%
Berbuka puasa disamakan dengan makan malam = 40%
Makan tengah hari boleh dituntut tanpa prejudis

NM24/09/2013

Page 13

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

ELAUN HOTEL/LOJING
1.

Pemberian hari yang layak adalah berdasarkan hari-hari seseorang pegawai bermalam
tetapi tidak melebihi dari jumlah hari yang layak dituntut.

2.

Bayaran perkhidmatan dan cukai perkhidmatan adalah pada kadar 15% sahaja ke atas
kadar kelayakan sewa hotel.

3.

Seseorang pegawai yang menghadiri kursus/bertugas rasmi di kawasan Kuching dan
kawasan di persekitaran nya adalah tidak layak untuk menuntut bayaran sewa
hotel/lojing. Beliau hanya layak menuntut elaun makan/harian jika tiada kemudahan
makan disediakan oleh penganjur dan elaun perjalanan kenderaan pergi dan balik
sekali sahaja. Pegawai hanya layak menuntut bayaran sewa hotel sekiranya beliau
dimestikan bermalam kerana keperluan tugas rasmi/kursus tersebut.

4.

Pegawai yang penerbangan ditangguhkan sehingga beliau terpaksa bermalam adalah
layak menuntut elaun lojing/hotel tertakluk kepada pemberian kadar sehari sebelum
dan sehari selepas sahaja.

NM24/09/2013

Page 14

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

PERATURAN LAIN
1.

Pegawai yang bercuti dan kemudiannya diarah menjalankan sesuatu tugas
rasmi/berkursus.
Jika pegawai yang sedang bercuti diarahkan untuk
perjalanan/tambang pengangkutan awam yang layak ialah

bertugas

rasmi,

jika balik ke tempat bercuti
a. perjalanan dari tempat bercuti ke tempat bertugas rasmi/berkursus
(pergi dan balik sekali sahaja)
jika balik ke tempat asal ibupejabat
a. perjalanan dari tempat bercuti ke tempat bertugas rasmi/berkursus
dan balik ke ibupejabat sahaja.
Contoh:Pegawai sedang bercuti di Kedah tetapi diarahkan untuk bermesyuarat di KL.
a. Selepas mesyuarat selesai, pegawai kembali ke Kedah.
Beliau hanya layak menuntut perjalanan dari Kedah ke KL dan balik ke
Kedah sahaja.
b. Selepas mesyuarat selesai, pegawai kembali ke ibupejabat di Kuching.
Beliau layak menuntut perjalanan dari Kedah ke KL dan balik ke Kuching
sahaja.

Contoh:Pegawai sedang bercuti di KL tetapi diarahkan untuk bermesyuarat di KL.
a. Selepas mesyuarat selesai, pegawai kembali ke tempat penginapan di KL.
Beliau hanya layak menuntut perjalanan dari tempat penginapan di KL ke
tempat mesyuarat di KL dan balik sekali sahaja.
b. Selepas mesyuarat selesai, pegawai kembali ke ibupejabat di Kuching.
Beliau layak menuntut perjalanan dari tempat penginapan di KL ke tempat
mesyuarat di KL dan balik ke Kuching sahaja.

NM24/09/2013

Page 15

Panduan Tuntutan Perjalanan

2.

2013

Seseorang pegawai yang diarahkan untuk melapor diri atau ditempatkan secara tetap
ke kawasan ibupejabat lain tidak layak untuk menuntut sebarang elaun bertugas
rasmi atau perjalanan kenderaan.
Contoh:Seseorang pegawai yang beribupejabat di X tetapi ditempatkan secara tetap di
ibupejabat Y adalah tidak layak menuntut sebarang elaun bertugas rasmi atau
perjalanan kenderaan.
Pegawai A yang mengganti sementara pegawai B kerana bercuti dan
sebagainya adalah layak menuntut elaun perjalanan kenderaan dari ibupejabat
X pegawai A ke ibupejabat Y (sementara) sekiranya pegawai A perlu
melaporkan diri di ibupejabat X (asal) beliau terlebih dahulu. Jika pegawai A
bertolak dari rumah kediaman, maka beliau dibenarkan untuk menuntut elaun
perjalanan kenderaan dari rumah ke ibupejabat Y (sementara).
Seseorang pegawai yang beribupejabat di X tetapi diarahkan menjalankan sesuatu
tugas rasmi di ibupejabat Y adalah layak menuntut:Elaun harian jika bertugas melebihi 8 jam tetapi kurang dari 24 jam
Perjalanan kenderaan dari tempat X ke tempat Y dan balik sahaja jika
melebihi 25 km untuk perjalanan satu hala.

i)

NM24/09/2013

Page 16

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

TUNTUTAN KM
1.

Jika disediakan kemudahan penginapan, kelayakan tuntutan KM dari rumah/tempat
penginapan ke tempat bertugas rasmi/tempat bertolak/berkursus (pergi balik)
dibenarkan sekali sahaja dalam sesuatu tempoh tersebut.
Contoh:Pegawai yang berkursus di Damai Beach Resort hanya dibenarkan menuntut
sekali untuk pergi dan sekali untuk balik di sepanjang tempoh berkursus
walaupun beliau berulang alik setiap hari dari rumah ke Damai Beach Resort.
Jika tidak disediakan kemudahan penginapan atau tiada keperluan untuk menginap,
jumlah perjalanan pergi dan balik dari rumah/tempat penginapan ke tempat bertugas
rasmi/tempat bertolak/berkursus sekali sehari dan tidak melebihi enam hari.

2.

Perjalanan dari rumah ke lapangan terbang dibenarkan sekali sahaja manakala
perjalanan pulang dari lapangan terbang ke rumah adalah dibenarkan sekali sahaja
dalam tempoh bertugas rasmi/berkursus tersebut.

3.

Penggunaan perisian Google Map adalah dibenarkan sebagai perbandingan/
penentuan jumlah KM yang boleh dituntut oleh pegawai.

4.

Jika tuntutan KM pegawai kurang daripada jarak KM dalam Google Map, tuntutan KM
yang dibenarkan adalah mengikut kadar terendah.
Contoh:Jarak KM yang dituntut oleh seorang pegawai = 29KM
Jarak KM dalam Google Map = 32 KM
Tuntutan KM yang dibenarkan adalah mengikut kadar terendah iaitu 29KM

5.

Jika tuntutan KM pegawai lebih tinggi daripada jarak KM dalam Google Map, julat
perbezaan yang dibenarkan ialah dalam lingkungan tertinggi terendah 2 KM sahaja
(plus minus 2KM).
Contoh:-

Jarak KM yang dituntut oleh seorang pegawai = 45KM
Jarak KM dalam Google Map = 38KM
Tuntutan KM yang dibenarkan adalah mengikut kadar 38KM + 2KM (julat
perbezaan dibenarkan) =40KM

NM24/09/2013

Page 17

Panduan Tuntutan Perjalanan

6.

2013

Perjalanan yang dibenarkan untuk dituntut untuk sesuatu tugas
rasmi/berkursus adalah dari tempat kediaman/rumah ke tempat
pengangkutan yang akan digunakan ke hotel/lojing ke tempat bertugas
rasmi/berkursus (pergi dan balik).
Contoh:Pegawai yang menggunakan kenderaan Unimas dan perlu ke Unimas
untuk menaiki kenderaan tersebut. Beliau dibolehkan menuntut dari
rumah kediaman ke Unimas.

7.

NM24/09/2013

Elaun perjalanan kenderaan/tuntutan KM hanya layak dituntut untuk tugas
rasmi di luar ibu pejabat sahaja. Oleh itu tuntutan pegawai yang
menggunakan kenderaan sendiri untuk menjalankan tugas rasmi semasa
berada di dalam kawasan ibu pejabat termasuk perjalanan antara kampus
barat dan timur tidak dibenarkan. (Rujuk Pekeliling Bendahari Bil 6/2010)

Page 18

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

PANDUAN AM
1.

Tempoh untuk mengemukakan tuntutan ialah 30 hari dari tarikh kembali urusan rasmi
atau kursus seseorang pegawai tamat manakala untuk tuntutan luar Negara paling
lewat ialah 3 bulan dari tarikh kembali sesuatu perjalanan tersebut. Ketua PTJ
hendaklah mengemukakan surat kelulusan supaya tuntutan yang melebihi tempoh
tersebut boleh dibayar.

2.

Bayaran tempat letak kereta di lapangan terbang hanya dibenarkan kepada pegawai
yang pergi dan balik pada hari yang sama (day trip) dan hendaklah untuk tempat letak
kereta di lapangan terbang Kuching sahaja. Bayaran ini tidak tertakluk kepada jumlah
jam/caj yang dikenakan oleh pihak lapangan terbang. Pejabat Bendahari berhak untuk
membuat pemotongan dan membayar caj yang dirasakan bersesuaian sahaja.

3.

Jumlah besar yang terdapat di dalam ruangan pengakuan hendaklah sama seperti
yang dituntut di dalam borang tuntutan. Jika tidak, tuntutan tersebut adalah layak
untuk tidak dibayar.

4.

Salinan fotokopi untuk semua dokumen (cth: resit, tiket penerbangan) hendaklah
disahkan oleh ketua PTJ. Jika resit asal digamkan di atas kertas kosong, Ketua PTJ
boleh menandatangani satu kertas tersebut sahaja.

5.

Sebarang tuntutan pembelian tiket kapalterbang hendaklah disertakan dengan resit
asal/salinan penyata kad kredit/resit pembayaran kad kredit. Jika tidak, pejabat ini
berhak untuk tidak membuat sebarang bayaran.

6.

Insentif untuk atlit-atlit yang mewakili UNIMAS berdasarkan keputusan Mesyuarat
Jawatankuasa Pengurusan ke 77 pada 22/1/2002.
Elaun makan untuk staf pada hari pertandingan sahaja termasuk hari perasmian dan
penutupan dan yang mendapat pingat adalah mengikut kadar kelayakan elaun makan
bertugas rasmi di luar pejabat. Elaun makan untuk hari bukan bertanding ialah RM15
sehari. Elaun harian adalah berdasarkan kadar separuh dari kelayakan elaun makan
untuk hari bukan bertanding.
Elaun makan untuk pelajar ialah sebanyak RM10 sehari.

7.

Pelajar tidak layak membuat tuntutan bayaran balik untuk pembelian kad telefon pra
bayar atau penyewaan kenderaan. Hanya staf sahaja dibenarkan untuk membuat
tuntutan bayaran balik ini dengan kelulusan Ketua PTJ dan disertakan dengan resit
pembelian.

8.

Kemudahan Mengurus Jenazah bagi anggota yang meninggal dunia semasa dalam
perkhidmatan diberi sebagai tanda penghormatan terakhir dan untuk menghargai
bakti mereka kepada negara. Kemudahan ini diberi seperti berikut:

NM24/09/2013

Page 19

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

Jumlah sebanyak RM1,000 diberi kepada keluarga anggota bagi tujuan
menguruskan jenazah;
Kemudahan yang diperuntukkan untuk tambang pengangkutan jenazah seperti
dalam perenggan 8, Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 1978, dipanjangkan
juga kepada semua anggota yang meninggal dunia dalam perkhidmatan.
Kaedah pengangkutan jenazah yang sesuai dan berpatutan hendaklah
digunakan; dan
Kemudahan ini tidak meliputi ahli keluarga yang meninggal dunia dan juga
tambang untuk pengiring;
Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Tahun 1991
9.

Bayaran Balik Letak Kereta diberi kepada anggota perkhidmatan awam yang disahkan
oleh Ketua Jabatan perlu menggunakan kenderaan bagi menjalankan tugas rasmi dan
menyewa ruang letak kereta di pejabat. Jumlah tuntutan Bayaran Balik Letak Kereta
dihadkan kepada RM30.00 sebulan berdasarkan resit.
Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Tahun 1991 & Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 4
Tahun 1992.

NM24/09/2013

Page 20

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

ELAUN PERJALANAN KENDERAAN/TEKSI
1.

Pegawai yang menggunakan perkhidmatan kenderaan yang disediakan untuk
menjalankan tugas rasmi/berkursus dan perlu ke tempat kenderaan tersebut
menunggu adalah layak untuk menuntut elaun perjalanan kenderaan/teksi dari
tempat kediaman ke tempat kenderaan menunggu pergi dan balik sahaja.
Contoh:Seorang pegawai menggunakan kenderaan Universiti untuk menjalankan tugas rasmi
di Sibu. Beliau perlu menaiki kenderaan di Unimas. Pegawai adalah layak menuntut
elaun perjalanan kenderaan dari rumah ke Unimas pergi dan balik sahaja.

2.

Pegawai yang berkursus dan perlu bermalam di tempat yang telah disediakan oleh
penganjur, elaun perjalanan kenderaan yang layak dituntut adalah perjalanan dari
tempat kediaman ke tempat bermalam pergi dan balik sekali sahaja.
Contoh:Seorang pegawai yang berkursus telah bermalam di Hotel Holiday Inn Damai Beach.
Elaun perjalanan kenderaan yang layak dituntut ialah perjalanan dari rumah ke hotel
dan balik sekali sahaja.

3.

Seorang pegawai menuntut elaun perjalanan kenderaan dari tempat kediaman ke
destinasi-destinasi yang telah ditetapkan untuk tugas rasmi/kursus dan kemudiannya
meneruskan perjalanan ke ibupejabat.
Hanya perjalanan dari tempat kediaman ke destinasi terakhir (tempat terakhir) dia
perlu melaksanakan tugas rasmi/berkursus sahaja layak dituntut. Perjalanan dari
destinasi terakhir ke ibupejabat adalah tidak layak dituntut kerana ia merupakan
perjalanan biasa ke pejabat.
Sebaliknya, perjalanan kenderaan dari ibupejabat ke destinasi terakhir beliau perlu
bertugas rasmi/berkursus adalah layak dituntut. Perjalanan dari destinasi terakhir ke
tempat kediaman adalah tidak layak dituntut kerana dianggap pulang ke rumah.

NM24/09/2013

Page 21

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

Contoh:-

Rumah

10 km

A

7km

B

13km

Unimas

Perjalanan kenderaan yang layak dituntut ialah Rumah ke A ke B = 17km
Perjalanan kenderaan yang tidak layak dituntut ialah dari B ke Unimas = 13km
(dianggap pergi kerja)
Unimas

17 km

D

4 km

E

8m

Rumah

Perjalanan kenderaan yang layak dituntut ialah Unimas ke D ke E = 21km
Perjalanan kenderaan yang tidak layak dituntut ialah dari E ke Rumah = 8km
(dianggap pulang ke rumah)
Rumah

5 km

A

12 km

B

8 km

Rumah

Perjalanan kenderaan yang layak dituntut ialah Rumah ke Rumah = 25 km
Perjalanan kenderaan yang tidak layak dituntut = tiada

Unimas

5 km

D

12 km

E

8 km

Unimas

Perjalanan kenderaan yang layak dituntut ialah = 25 km
Perjalanan kenderaan yang tidak layak dituntut = tiada

NM24/09/2013

Page 22

Panduan Tuntutan Perjalanan

4.

2013

Pegawai yang menjalankan tugas rasmi/berkursus dikehendaki
menggunakan kapalterbang atau keretapi. Jika tiada kedua-dua
perkhidmatan ini, pegawai boleh menuntut elaun perjalanan kenderaan
tertakluk kepada syarat-syarat di bawah. Sekiranya pegawai
menggunakan kenderaan sendiri dan menuntut elaun perjalanan
kenderaan, ia hendaklah memenuhi perkara-perkara berikut:Pegawai menggunakan kenderaan sendiri mesti memohon kelulusan
Ketua PTJ (surat kelulusan) dan memenuhi mana-mana syarat berikut
terlebih dahulu:Perlu singgah di beberapa tempat di sepanjang perjalanan.
Mustahak dan terpaksa berkenderaan sendiri – sila beri justifikasi
Mustahak dan terpaksa membawa pegawai lain sebagai
penumpang yang juga menjalankan tugas rasmi (bukan untuk
tujuan peribadi)
Pegawai yang mematuhi perkara tersebut boleh memohon elaun
perjalanan kenderaan jika:Kurang dari 240 km
boleh memohon elaun perjalanan kenderaan
Melebihi 240 km (iaitu 241 km dan ke atas)
menggunakan kapalterbang atau keretapi jika ada perkhidmatan
tersebut / tambang gantian jika menggunakan kenderaan sendiri
jika tiada perkhidmatan kapalterbang atau keretapi, pegawai
boleh menuntut elaun perjalanan kenderaan (tuntutan km)

5.

Pegawai yang mengambil tiket kapalterbang sendiri samada di agensi
penerbangan atau Pejabat Bendahari adalah tidak layak menuntut elaun
perjalanan kenderaan untuk perjalanan tersebut.

6.

Pegawai yang menyewa kenderaan samada dari syarikat atau orang
perseorangan semasa bertugas rasmi/berkursus perlu mendapatkan surat
kelulusan dari Ketua PTJ untuk berbuat demikian. Resit hendaklah
diperolehi untuk tujuan tuntutan.

7.

Pegawai, selain dari pegawai atasan yang diberikan kemudahan membeli
minyak atau diberi kad petronas, tidak boleh menuntut pembelian
minyak. Tiada tuntutan pembelian minyak dibenarkan. Hanya tuntutan
KM dibenarkan.

NM24/09/2013

Page 23

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

TAMBANG GANTIAN
1.

Syarat-syarat yang perlu dipatuhi untuk menuntut tambang gantian ialah:a) Menggunakan kenderaan sendiri dan hendaklah bertugas rasmi.
b) Bertugas di satu tempat sahaja.
c) Jarak yang melebihi 240 km (241 km ke atas) dari tempat kediaman/bertolak ke
tempat yang ditujui.
d) Terdapat perkhidmatan terus kapalterbang atau keretapi di antara dua tempat
tersebut.

2.

Pegawai yang menuntut tambang gantian tidak boleh menuntut:perjalanan pergi dari rumah ke lapangan terbang/keretapi ke tempat
penginapan (hotel)
perjalanan balik dari tempat penginapan (hotel) ke lapangan
terbang/keretapi ke rumah
bayaran cukai lapangan terbang
bayaran tempat tidur dalam keretapi (berth charges)

3.

Tuntutan tambang gantian hendaklah berdasarkan perjalanan sehala sahaja iaitu dari
tempat A ke tempat B sebagai satu tambang gantian dan tempat B ke tempat A
sebagai satu tambang gantian yang lain.
Contoh:a) Pegawai A boleh menuntut tambang gantian untuk perjalanan dari Kuching ke Sibu
sahaja manakala perjalanan Sibu – Kuching menggunakan perkhidmatan
kapalterbang.
b)
Pegawai A boleh menuntut RM200 tambang kapalterbang dari Kuching – Sibu dan
RM200 tambang kapalterbang dari Sibu – Kuching.

NM24/09/2013

Page 24

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

PERJALANAN KE LUAR NEGARA
1.

Seseorang pegawai yang bertugas rasmi atau menghadiri kursus dsb nya di luar
negara diberi dua hari untuk pergi sebelum sesuatu tugas rasmi/kursus bermula dan
dua hari juga untuk balik selepas tugas rasmi/kursus tersebut tamat dengan
menggunakan kadar elaun luar negara.

2.

Penerbangan terus ke destinasi luar negara akan menggunakan kadar elaun luar
negara pada tarikh dan masa beliau bertolak dari rumah.

3.

Pegawai yang perlu singgah/ bermalam di dalam negeri atau di sesuatu tempat di luar
negara disebabkan tiada penerbangan akan juga diberikan dua hari sebelum dan dua
hari selepas tanpa mengambil kira berapa hari sebenarnya beliau perlu bermalam.

Contoh:Penerbangan Terus
Bertolak dari rumah pada 13/4 jam 8 am
Kuching

Australia

Pengiraan hari yang layak dituntut oleh pegawai akan bermula pada tarikh dan
masa beliau bertolak dari rumah iaitu mulai 13/4 jam 8. Pegawai akan diberi
kadar elaun luar negara dari tarikh tersebut.
Penerbangan Singgah
Bertolak dari rumah pada 13/4 jam 8 am. Penerbangan singgah di KLIA bertolak
pada 14/4 jam 10am
Kuching

KLIA

Australia

Pengiraan hari yang layak dituntut oleh pegawai akan bermula pada tarikh dan
masa beliau bertolak dari rumah iaitu mulai 13/4 jam 8. Pegawai akan diberi
kadar elaun luar negara dari tarikh tersebut.

NM24/09/2013

Page 25

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

Contoh:Kesemua contoh adalah dengan anggapan mencukupi tempoh 24 jam.

Tarikh
Perjalanan
10/5
Bertolak
dari
rumah

11/5
12/5
13/5
14/5

15/5
16/5
17/5
18/5
19/5

Kuching ke KLIA
KLIA ke Hong
Kong
Hong Kong ke
London

1 hari

Sehari sebelum

1 hari

Sehari sebelum

1 hari

Tarikh rasmi

1 hari

Tarikh rasmi

1 hari

Sehari selepas

1 hari

Sehari selepas

Seminar
bermula di
London
Seminar
Seminar

London ke KLIA
KLIA ke Kuching
Tiba di rumah

Berdasarkan contoh di atas, pegawai adalah layak menuntut 6 hari dengan 2 hari sebelum
pergi dan 2 hari selepas balik dengan kadar elaun luar negara.

NM24/09/2013

Page 26

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

Contoh:Kesemua contoh adalah dengan anggapan mencukupi tempoh 24 jam.

Tarikh Perjalanan
10/5
Bertolak
dari
rumah

11/5
12/5
13/5
14/5

15/5

Kuching ke KLIA
KLIA ke Hong
Kong
Hong Kong ke
London

17/5
18/5
19/5
20/5

Bercuti
Bercuti
Bercuti
London ke Hong
Kong
Tiada
penerbangan
Hong Kong ke
KLIA
KLIA ke Kuching

23/5

Sehari sebelum

1 hari

Sehari sebelum

1 hari

Tarikh rasmi

1 hari

Tarikh rasmi

1 hari

Sehari selepas

1 hari

Sehari selepas

Seminar
Seminar

22/5

1 hari

Seminar
bermula di
London

16/5

21/5

Hari Layak

Tiba di rumah
Berdasarkan contoh di atas, pegawai adalah layak menuntut 6 hari dengan kadar elaun luar
negara. Walaupun pegawai bercuti dan berlaku tiada penerbangan, pegawai hanya layak
diberi 2 hari sebelum pergi dan 2 hari selepas balik.

4. Pegawai yang bertugas rasmi/berkursus di dua negara yang berbeza kadar elaun yang
digunakan adalah seperti berikut:Contoh:NM24/09/2013

Page 27

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

Kesemua contoh adalah dengan anggapan mencukupi tempoh 24 jam.

Tarikh Perjalanan
10/5
Bertolak
dari
rumah

Hari Layak

1 hari

Sehari sebelum (menggunakan kadar
elaun dalam kategori V iaitu United
Kingdom)

1 hari

Sehari sebelum (menggunakan kadar
elaun dalam kategori V iaitu United
Kingdom)

Kuching ke KLIA
11/5
12/5

13/5
14/5

KLIA ke Hong
Kong
Hong Kong ke
London

Seminar
bermula di
London
1 hari

15/5

Tarikh rasmi (menggunakan kadar
elaun dalam kategori V iaitu United
Kingdom)

Seminar
1 hari
Tarikh rasmi (menggunakan kadar
elaun dalam kategori V iaitu United
Kingdom)

16/5

Seminar

17/5

1 hari

Sehari
sebelum/hari
perjalanan
(menggunakan kadar elaun dalam
kategori V iaitu United Kingdom)

1 hari

Tarikh rasmi (menggunakan kadar
elaun dalam kategori V iaitu United
Kingdom)

1 hari

Sehari selepas (menggunakan kadar
elaun dalam kategori IV iaitu France)

22/5

Tiada
penerbangan
Paris ke KLIA

23/5

KLIA ke Kuching

1 hari

Sehari selepas (menggunakan kadar
elaun dalam kategori IV iaitu France)

18/5

19/5
20/5
21/5

London ke Paris

Mesyuarat
Paris

di

Tiba di rumah

NM24/09/2013

Page 28

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

Contoh di atas menggambarkan pegawai mempunyai dua tujuan perjalanan berbeza.
Berdasarkan contoh di atas, pegawai adalah layak menuntut 8 hari. Tarikh 18/5 adalah
dianggap seperti sehari sebelum atau tarikh perjalanan beliau dari London Ke Paris.
Walaupun berlaku tiada penerbangan, pegawai hanya layak diberi 2 hari sebelum pergi dan
2 hari selepas balik sahaja.

Contoh:Kesemua contoh adalah dengan anggapan mencukupi tempoh 24 jam.

Tarikh Perjalanan
10/5
Bertolak
dari
rumah

11/5
12/5
13/5
14/5

15/5
16/5
17/5

18/5
19/5

1 hari

Sehari sebelum

Kuching ke KLIA
KLIA ke Hong
Kong
Hong Kong ke
London

1 hari

Sehari sebelum

Seminar
bermula di
London

1 hari

Tarikh rasmi

1 hari

Tarikh rasmi/hari perjalanan

1 hari

Tarikh rasmi/hari perjalanan

1 hari

Tarikh rasmi

1 hari

Hari perjalanan/Tarikh rasmi

1 hari

Sehari selepas

1 hari

Sehari selepas

Seminar
London ke Paris
Mesyuarat
Paris

di

Paris ke Italy

22/5

Mesyuarat
di
Italy
Cuti
Tiada
penerbangan
Italy ke KLIA

23/5

KLIA ke Kuching

20/5
21/5

Hari Layak

Tiba di rumah

NM24/09/2013

Page 29

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

Contoh di atas menggambarkan pegawai mempunyai tiga tujuan perjalanan berbeza.
Berdasarkan contoh di atas, pegawai adalah layak menuntut 9 hari. Tarikh 16/5 dan 18/5
adalah dianggap seperti sehari sebelum atau tarikh perjalanan beliau dari London Ke Paris
dan Paris ke Italy. Walaupun berlaku beliau bercuti dan tiada penerbangan, pegawai hanya
layak diberi 2 hari sebelum pergi dan 2 hari selepas balik sahaja.

4.

Kadar pertukaran matawang asing hendaklah menggunakan kadar mana-mana bank
atau dari mana-mana punca yang mudah untuk didapati. Kadar yang digunakan
adalah kadar Buying Currency/Notes pada hari beliau bertolak (hari pertama) ke luar
negara seperti dalam tarikh tiket kapalterbang sekiranya tiada resit/dokumen kadar
pertukaran matawang disertakan.

Contoh:Bertolak pada
13/4 jam 10 am

14/4 jam 8am

Kuching

KLIA

USA

Kadar pertukaran matawang asing yang digunakan adalah kadar pada tarikh 14/4
disebabkan beliau bertolak ke USA pada tarikh tersebut.

5.

Pegawai yang menuntut kadar pertukaran matawang asing berdasarkan resit, kadar
yang digunakan hendaklah mengikut kadar pada hari / kali pertama beliau membuat
pertukaran tersebut sekiranya beliau membuat pertukaran matawang lebih dari
sekali.

Contoh:Bertolak pada
13/4 jam 10 am

14/4 jam 8am

Kuching

KLIA

USA

Pegawai membuat pertukaran matawang pada 14/4 di KLIA kemudiannya membuat
pertukaran sebanyak dua kali semasa berada di USA.
Kadar pertukaran matawang asing yang digunakan adalah kadar pada tarikh 14/4 di KLIA
disebabkan ia adalah kali pertama beliau membuat pertukaran.

NM24/09/2013

Page 30

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

6.

Bayaran pasport dan visa untuk kursus jangka panjang (cuti belajar) adalah
ditanggung oleh Universiti (Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil 5 Tahun 2007)

7.

Bayaran paspot dan visa untuk Bertugas Rasmi adalah ditanggung oleh Universiti
[Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2003 perkara 5.5 (h)]

8.

Kalimantan dan Selatan Thailand (Phuket dan ke selatan) adalah mengikut kadar
negara masing-masing iaitu Indonesia dan Thailand.

NM24/09/2013

Page 31

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

PENDAHULUAN DIRI
1.

Pembelian bahan atau peralatan adalah tidak dibenarkan.

2.

Permohonan untuk pendahuluan luar jangka/kontigensi atau sebarang
permohonan yang tidak jelas tidak akan dipertimbangkan.

3.

Pendahuluan untuk elaun makan dan elaun hotel/lojing hanya diberi
untuk hari-hari bertugas rasmi/kursus sahaja. Tiada pendahuluan
dibenarkan untuk hari sebelum/hari selepas.

4.

Pegawai yang bertugas rasmi/berkursus di beberapa tempat di luar
negara boleh memohon pendahuluan berdasarkan kadar kelayakan di
tempat tersebut dan berapa hari rasmi beliau bertugas rasmi/berkursus
semasa berada di sana.
Contoh:Pegawai A gred W41 berseminar di Vietnam pada 22 – 24 April,
Sepanyol pada 25 – 26 April dan Jerman pada 28 – 30 April. Beliau layak
untuk memohon pendahuluan seperti berikut:
Elaun makan Vietnam RM100 x 3 hari
Sepanyol RM 140 x 2 hari
Jerman RM160 x 3 hari

5.

NM24/09/2013

Pelajar dan staf tidak layak memohon pendahuluan untuk pembelian
kad prabayar telefon atau penyewaan kenderaan.

Page 32

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

KURSUS DALAM NEGERI
1.

Perolehan pakej yang berkaitan dengan latihan hendaklah mematuhi kadar
kelayakan penginapan dan elaun makan peserta latihan yang berkuatkuasa (iaitu
kadar berkursus). Rujuk Surat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2004. Apaapa tuntutan tidak boleh melebihi dari kadar kelayakan peserta masing-masing.
Contoh:a. Seorang pegawai N41 berkursus dikenakan yuran sebanyak RM180
termasuk makan dan penginapan. Kelayakan beliau adalah RM45 (makan)
dan RM130 (sewa hotel) = RM175. Beliau hanya boleh menuntut
sehingga had kelayakan beliau iaitu RM175 sahaja.
b. Seorang pegawai N41 berkursus dikenakan yuran sebanyak RM160
termasuk makan dan penginapan. Kelayakan beliau adalah RM45 (makan)
dan RM130 (sewa hotel) = RM175. Beliau boleh menuntut sehingga had
kelayakan beliau iaitu RM175.

Kursus Pendek – Tempoh 3 bulan dan kurang termasuk hari hujung minggu
dan kelepasan am
Luar HQ
1. Sehari sebelum
& sehari selepas

Catatan
Kadar Kursus

2. Ikut kadar
kursus

Hari-hari
berkursus

3. Mileage (KM)
Rumah – Pusat
Pengajian
Pusat Pengajian
– Rumah

Sekali sehari
sahaja. Tidak
boleh melebihi
tempoh 6 hari

*Dalam HQ
Elaun makan =
RM15 sehari

Catatan
Untuk hari-hari
kursus sahaja

Mileage (KM)
Rumah – Pusat
Pengajian
Pusat Pengajian
– Rumah

Sekali sehari
sahaja. Tidak
boleh melebihi
tempoh 6 hari

*Dibatalkan dalam Pekeliling Bendahari Bil.6/2010

NM24/09/2013

Page 33

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

Kursus Panjang – Sepenuh masa tempoh melebihi 3 bulan termasuk hari
kelepasan am dan hujung minggu
Luar HQ
1. Sara hidup =
RM25 sehari

Catatan
50% - Makan
50% Penginapan

2. Sehari sebelum &
sehari selepas

Kadar Kursus

*Dalam HQ
Sara hidup =
RM15 sehari

Catatan
Untuk hari-hari
kursus sahaja

3. Amali/Kajian
Ikut kadar
luar/disangkutkan kursus
*Dibatalkan dalam Pekeliling Bendahari Bil.6/2010

Kursus Sambilan – Kursus selepas waktu pejabat
Luar HQ
1. Sara hidup =
RM10 sehari
RM5 - Makan
RM5 - Perjalanan

Catatan
Untuk hari-hari
kursus sahaja

2. Mileage (KM) &
tambang

Tidak layak

*Dalam HQ
Sara hidup =
RM8 sehari
RM5 - Makan
RM3 –
Perjalanan

Catatan
Untuk hari-hari
kursus sahaja

*Dibatalkan dalam Pekeliling Bendahari Bil.6/2010

NM24/09/2013

Page 34

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

KURSUS LUAR NEGARA
Kursus Pendek
1. Dua hari sebelum
& dua hari
selepas

Catatan
Kadar Kursus

2. Ikut Kadar Kursus
Luar Negara

Hari-hari
berkursus

Kursus Panjang
Cuti belajar

Catatan
Ikut kadar cuti
belajar

3. Elaun pakaian
Boleh dituntut
panas, passport &
visa
4. Mileage (KM)
Rumah – Airport
Airport - Hotel
Hotel – Pusat
Pengajian
Pusat Pengajian –
Hotel
5. Kapalterbang

NM24/09/2013

Sekali sahaja.
Tidak boleh
melebihi
tempoh 6 hari

Ikut kelayakan
tugas rasmi

Page 35

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

Contoh Lain:Encik Ahmad adalah seorang pegawai berjawatan Penolong Pendaftar (Gred 41). Beliau
telah diarahkan untuk menghadiri mesyuarat di Kuala Lumpur pada 15/4/2005. Beliau
bertolak dari rumah pada 14/4/2005 jam 10 pagi dan balik ke rumah pada 16/4/2005 jam
5.25 petang.
PERKARA
Tarikh
perjalanan

Masa
perjalanan

Elaun
Makan

NM24/09/2013

PENERANGAN

PENGIRAAN

Tarikh
bertolak 14/4/2005 – Tarikh bertolak  Sehari sebelum
dibenarkan
adalah
sehari sebelum tarikh 15/4/2005 – Tarikh mesyuarat
sesuatu
urusan
bermula dan sehari 16/4/2005 – Tarikh kembali  Sehari selepas
selepas tarikh urusan
tamat

Bermula dari masa 14/4/2005 – 1000
bertolak dari rumah
pegawai
(sekali
sahaja)
sehingga 16/4/2005 – 1725
pegawai kembali ke
rumah (sekali sahaja)

Dikira
mulai
dari
masa
pegawai
bertolak dari
rumah
sehingga
beliau kembali
ke
rumah
untuk setiap
tempoh genap
24 jam

 Masa bertolak
dari rumah
 Masa tiba ke
rumah

Dari contoh di atas, Encik Ahmad layak untuk menuntut elaun
makan pada kadar RM45
14/4/2005
Masa bertolak - 1000
1 Elaun Makan x RM45

15/4/2005
tempoh 24 jam pertama - 1000
16/4/2005
tempoh 24 jam kedua - 1000

1 Elaun Makan x
RM45

Page 36

Panduan Tuntutan Perjalanan

Elaun
Hotel

2013

Untuk setiap tempoh Dari contoh di atas, jika Encik Ahmad bermalam di
hari
pegawai hotel seperti pada tarikh dan masa tersebut, beliau
bermalam di hotel
layak untuk kadar elaun hotel sebanyak RM160
14/4/2005
Bermalam

1 Elaun Hotel x RM160

15/4/2005
Bermalam
1 Elaun Hotel x RM160

16/4/2005
Tarikh kembali
Tidak bermalam

Elaun
Lojing

Untuk setiap tempoh Dari contoh di atas, jika Encik Ahmad bermalam di
pegawai bermalam di rumah kawan seperti pada tarikh dan masa di atas,
tempat selain dari beliau layak untuk kadar elaun lojing sebanyak RM55
hotel
14/4/2005
1 Elaun Lojing x RM55
Bermalam
15/4/2005
Bermalam
1 Elaun Lojing x RM55

16/4/2005
Tarikh kembali
Tidak bermalam

NM24/09/2013

Page 37

Panduan Tuntutan Perjalanan

Elaun
Harian

Diberikan pada hari
terakhir
untuk
tempoh melebihi 8
jam tetapi kurang dari
24
jam
sehingga
pegawai kembali ke
rumah

2013

Dari contoh di atas, berdasarkan tarikh dan masa
berikut Encik Ahmad tidak layak menuntut Elaun
Harian
14/4/2005
Masa bertolak - 1000
15/4/2005
tempoh 24 jam pertama - 1000
16/4/2005
tempoh 24 jam kedua - 1000

Masa tiba ke rumah

Perbezaan 7jam 25
min. kurang dari 8
jam.
Tidak layak
Elaun Harian

1725

Jika diandaikan Encik Ahmad kembali ke rumah pada
tarikh 16/4/2005 jam 6.25 petang, beliau layak
untuk menuntut Elaun Harian
14/4/2005
Masa bertolak - 1000
15/4/2005
tempoh 24 jam pertama - 1000
16/4/2005
tempoh 24 jam kedua - 1000

Masa tiba ke rumah

NM24/09/2013

1825

Perbezaan 8jam 25
min. Melebihi 8 jam
tetapi kurang dari 24
jam.
Layak Elaun
Harian

Page 38

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

PEKELILING BERKUATKUASA
1. Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 Tahun 2006
Mengenai Elaun Perjalanan Kenderaan.
Pindaan Kepada PP 3/2003 Dan PP 4/2003
2. Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2005
Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun, Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai
Perkhidmatan Awam Semasa Berkursus Kecuali Kursus Pra-perkhidmatan.
PP 4/1992 adalah dibatalkan
3. Pekeliling Perbendaharaan Bil 3 Tahun 2003
Kadar Dan Syarat Tuntutan Elaun,Kemudahan Dan Bayaran Kepada Pegawai
Perkhidmatan Awam Kerana Menjalankan Tugas Rasmi Tidak Termasuk
Anggota Tentera Dan Anggota Polis).
Dipinda oleh PP 2/2006
PP Bil. 2/1992 adalah dibatalkan
4. Pekeliling Perbendaharaan Bil 2 Tahun 2003
Kelayakan Kemudahan Penerbangan Dan Penginapan Untuk Pegawai Kanan
Yang Menjalankan Tugas Rasmi.
Pindaan Kepada PP 2/1992 dan PP 5/1999

NM24/09/2013

Page 39

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

LAMPIRAN A

KADAR - KADAR
DALAM NEGERI
KADAR ELAUN PERJALANAN UNTUK BERTUGAS RASMI
ELAUN MAKAN

LOJING

HOTEL

GRED
Utama/Khas 'A' dan ke
atas

S'jung

S&S, Labuan

S'jun
g

115

165

80

85

Sebenar (std suite)

Sebenar (std suite)

Utama/Khas 'B' dan 'C'

100

130

75

80

Sebenar (bilik superior)

Sebenar (bilik superior)

53 dan 54

85

115

70

75

Sebenar (bilik biasa)

Sebenar (bilik biasa)

45 hingga 52

60

80

60

70

180

200

41 hingga 44

45

65

55

60

160

170

27 hingga 40

40

55

45

50

140

160

17 hingga 26

40

55

40

45

130

150

1 hingga 16

35

50

35

40

120

140

S&S, Labuan

S'jung

S&S, Labuan

KADAR ELAUN PERJALANAN UNTUK BERKURSUS
ELAUN MAKAN

LOJING

HOTEL

S’jung

S&S, Labuan

S’jung

S&S, Labuan

S’jung

S&S, Labuan

90

120

80

85

Sebenar (bilik biasa)

Sebenar (bilik biasa)

90

120

75

80

Sebenar (bilik biasa)

Sebenar (bilik biasa)

53 dan 54

70

90

70

75

Sebenar (bilik biasa)

Sebenar (bilik biasa)

45 hingga 52

60

80

60

70

145

160

41 hingga 44

45

65

55

60

130

140

17 hingga 40

40

55

35

40

80

100

1 hingga 16

35

50

30

35

65

80

GRED
Utama/Khas ‘A’
dan ke atas
Utama/Khas ‘B’
dan ‘C’

KADAR PERBATUAN
KM

A

B

C

D

E

500 pertama

70

60

50

45

40

501 -1000

65

55

45

40

35

1001 - 1700
1701 dan
seterusnya

55

50

40

35

30

50

45

35

30

25

Gaji
lebih
RM2323.41
lebih
RM2064.60
lebih
RM1611.28
kurang
RM1611.28
kurang
RM1611.28

CC

Kelas
A
B
C
D
E

NM24/09/2013

1400 ke atas
1000 ke atas
Bawah 1000
lebih 175
bawah 175

Page 40

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

LAMPIRAN B

LUAR

NEGARA

ELAUN PERJALANAN UNTUK BERKURSUS

ELAUN PERJALANAN UNTUK TUGAS RASMI

ELAUN MAKAN

LOJING

ELAUN MAKAN

HOTEL/LOJING

Utama/Khas 'A' dan ke atas

300

Bilik Biasa

370

Bilik Suite Biasa

Utama/Khas 'B' dan 'C'

270

Bilik Biasa

340

Bilik Biasa

53 dan 54

240

Bilik Biasa

320

Bilik Biasa

45 hingga 52

200

Bilik Biasa

270

Bilik Biasa

1 hingga 44

Lampiran A2

Lampiran A2

Lampiran A2

Lampiran A2

GRED

LAMPIRAN A2 : ELAUN PERJALANAN UNTUK BERKURSUS

KATEGORI NEGARA

ELAUN MAKAN

SEWA HOTEL

LOJING

I

100

200

100

II

120

300

120

III

140

400

140

IV

160

500

160

V

180

600

180

LAMPIRAN A2 : ELAUN PERJALANAN UNTUK TUGAS RASMI

KATEGORI NEGARA

ELAUN MAKAN

SEWA HOTEL

LOJING

I

175

400

100

II

195

440

120

III

215

480

140

IV

235

520

160

V

255

560

180

NM24/09/2013

Page 41

Panduan Tuntutan Perjalanan

2013

LAMPIRAN A2
KATEGORI I

KATEGORI II

KATEGORI III

KATEGORI IV

KATEGORI V

Afghanistan
Bangladesh
Bolivia
Bulgaria
Cambodia
Chile
Colombia
Ecuador
Fiji
India
Kiribati
Laos
Maldives
Mauritius
Myanmar
Nepal
North Korea
Pakistan
Peru
Philippines
Portugal
Samoa
Sri Lanka
Tanzania
Tonga
Tuvalu
Vietnam

Angola
Argentina
Botswana
Ethiopia
Ghana
Greece
Guinea
Hungary
Indonesia
Lesotho
Madagascar
Malawi
Mali
Malta
Morrocco
Mozambique
Namibia
Nauru
New Zealand
Papua New
Guinea
Paraguay
Poland
Republik
Czech
Republik
Slovak
Senegal
Seychelles
South Africa
Solomon
Island
Swaziland
Taiwan
Thailand
Tunisia
Uganda
Uruguay
Vanuatu
Zimbabwe

Albania
Algeria
Armenia
Australia
Austria
Azerbaijan
Bahrain
Balarus
Brunei
Darussalam
China
Cuba
Cyprus
Egypt
Georgia
Gibraltar
Iraq
Ireland
Jamaica
Jordan
Kazakstan
Kenya
Kuwait
Kyrgyzstan
Lebanon
Libya
Luxembourg
Moldova
Mongolia
Netherland
Norway
Qatar
Romania
Russia
Spain
Sudan
Tajikistan
Turkmenistan
Ukraine
Uzbekistan

Belgium
BosniaHerzegovina
Brazil
Canada
Croatia
Dahomey
Denmark
France
Gambia
Germany
Guyana
Niger
Nigeria
Saudi Arabia
Serbia &
Montenegro
Singapore
Surinam
Switzerland
Syria
Venezuela
Yemen
Zambia

Barbados
Dubai
Finland
Hong Kong
Iran
Italy
Japan
Macau
Mexico
Oman
South Korea
St. Lucia
Sweden
Trinidad &
Tobago
Turkey
United Arab
Emirates
United
Kingdom
USA

NM24/09/2013

Page 42