CONTOH 1 003

CONTOH 1
PROSES-PROSES PEMBENTUKAN MALAYSI

Tunku Abdul Rahman
Pada 31 Ogos 1957, Perseketuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan.
Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada
kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan
persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, kerajaan British menolak
cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua
Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankanpercantuman Singapura
dengan Persekutuan Tanah Melayu. Namun begitu, senario politik yang berlaku di
Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew.

3.1 JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA (JPPM)
Pada bulan Julai 1961, satu mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PPK)
Cawangan Tanah Melayu dan Borneo diadakan di Singapura. Semasa mesyuarat
ini, pemimpin-pemimpin Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah
mengambil peluang untuk menjelaskan konsep Malaysia kepada perwakilan
Sabah, Sarawak dan Brunei yang hadir ke mesyuarat tersebut. Penerangan ini
didapati telah mengurangkan salah faham, terutama dalam kalangan pemimpin
tiga wilayah tersebut tentang penubuhan Malaysia.

Kesan daripada persefahaman ini, mesyuarat telah bersetuju menubuhkan
Jawatankuasa Perundingan Persekutuan Malaysia. Jawatankuasa ini dianggotai
oleh wakil-wakil daripada semua wilayah yang terlibat dalam pembentukan
sementara Donald Stephens dilantik sebagai pengerusi jawatankuasa tersebut.
Namun perwakilan Brunei, menganggap diri mereka hanya sebagai pemerhati
kerana ketidaksediaan Brunei menyertai gabungan.
Secara amnya, jawatankuasa ini berfungsi menerangkan dengan lebih jelas
tentang konsep Malaysia kepada orang ramai, khusunya penduduk Sabah,
Sarawak dan Brunei. Oleh itu, jawatankuasa akan mengumpul dan
membandingkan idea-idea serta pendapat yang dikemukakan berhubung
Malaysia. Keterangan-keterangan dan perbincangan akan dilaksanakan dengan
lebih giat untuk menyegerakan cadangan rancangan pembentukan Malaysia.
Selain itu, jawatankuasa juga seboleh mungkin berusaha mendapatkan kata
sepakat daripada pemimpin-pemimpin politik di semua daerah terbabit.
Semenjak pembentukan jawatankuasa tersebut, mereka telah mengadakan
perjumapaan sebanyak empat kali, iaitu pertama di Jasselton (Kota Kinabalu
sekarang) pada 21 Ogos 1961, kedua di Kuching pada 18 Disember 1961, ketiga

di Kuala Lumpur pada 6 Januari 1962 dan keempat di Singapura pada 1 Februari
1962.

Dalam mesyuarat antara jawantankuasa dan usaha-usaha yang dilaksanakan,
ramai tokoh dari Tanah Melayu dan Singapura seperti Tunku Abdul Rahman,
Ismail Yusof, Dato Ong Yoke Lim dan Lee Kuan Yew memainkan peranan yang
sangat penting. Perjumpaan-perjumpaan yang mereka adakan
3.2 SURUHANJAYA COBBOLD
Suruhanjaya penyiasat Borneo Utara atau lebih
dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold telah
ditubuhkan selepas satu rundingan di buat
antara kerajaan persekutuan tanah Melayu
dengan kerajaan British pada bulan November
1961.
Suruhanjaya ini dilantik secara rasmi pada 16
Januari 1962.

Suruhanjaya ini dipanggil Suruhanjaya Cobbold sempena nama ketuanya iaitu
Lord Cobbold. Ahli ahli suruhanjaya ini terdiri daripada Lord Cobbold(bekas
gabenor bank England),Anthony Bell dan David Waterson mewakili kerajaan
British. Dato Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd Ghazali Shafie mewakili kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu.
Kerajaan British dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bersetuju memasukkan

Borneo Utara dan Sarawak bersama dengan lain lain negeri ke dalam
Persekutuan Malaysia.
Matlamat penubuhan Suruhanjaya Cobbold ialah untuk


menyiasat fikiran rakyat Borneo utara dan Sarawak berkenaan hal ini.



membuat syor-syor setelah menimbangkan fikiran itu.

Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya selama dua bulan bermula 19 Februari
1962 dan berakhir pada bulan April 1962. Dalam tempoh dua bulan ini,
Suruhanjaya Cobbold telah mengadakan 50 perjumpaan di 35 buah tempat iaitu
20 di Sarawak dan 15 di Sabah.
Suruhanjaya ini juga mempelawa dan menerima surat-surat atau memorandum
daripada orang ramai untuk menyuarakan pandangan mereka semasa
menjalankan tugasnya, Suruhanjaya ini telah menerima lebih darpada 2000
memorandum yang dikemukakan sama ada lembaga bandaran,ketua ketua
kaum,Majlis Daerah,parti parti politik,persatuan persatuan,Dewan perdagangan

dan pemimpin pemimpin agama
Suruhanjaya Cobbold menamatkan penyiasatannya pada 18 April 1962 dan
kemudian mengemukakan sebuah laporan kepada kerajaan British pada bulan
Jun 1962.

Lebih kurang 80% daripada penduduk Sabah dan Sarawak menyokong
pembentukan ini dan sebahagian besar daripada mereka ialah kaum bumiputera.

Secara Keseluruhannya,bentuk sokongan masyarakat Sabah dan Sarawak
terbahagi kepada 3 iaitu:


1/3 daripada dua negeri ini menyokong penih penggabungan tanda syarat


1/3 lagi turut menyokong tetapi dengan syarat syarat dan jaminan
tertentu.

1/3 lagi sebahagiannya mahukan kemerdekaan dahulu sebelum
bergabung,manakala sebahagian lagi menentang kerana mahu kekal dalam

pemerintahan British

3.3 JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN(JAK)
Selepas Suruhanjaya Cobbold membuat laporan yang agak memuaskan tugas
untuk merangka syarat-syarat Persekutuan terperinci telah dilakukan oleh
sebuah jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK) yang
diketuai oleh Lord Landowse yang bertindak sebagai pengerusi Tun Abdul Razak.
Laporan yang dibuat oleh jawatankuasa ini menggunakan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan laporan Suruhanjaya Cobbold serta
cadangan oleh Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia sebagai asas
pada 9 Julai 1993.
Antara perkara yang menjadi teras utama dalam perlembagaan tersebut ialah
1.
2.

3.

4.
5.


Agama Islam dijadikan agama persekutuan Malaysia kecuali Sabah dan
Sarawak
Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia,
tetapi kelonggaran
diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk
menggunakan Bahasa Inggeris dalam perkara perkara rasmi selama 10
tahun selepas kemasukan ke dalam Persekutuan.
Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak akan diserahkan
kepada kerajaan negeri masing masing walaupun dibawah kawalan
kerajaan pusat.Tujuannya adalah untuk memberi keyakinan kepada
Sabah dan Sarawak bahawa tujuan Tanah Melayu bukanlah untuk
menjajah negeri tersebut.
Sistem pendidikan masij dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuatn
pindaan
Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen,manakala Sarawak 16 dan
Singapura 15 buah kerusi

6.
3.4 REFERENDUM SINGAPURA
Singapura turut membuat satu pungutan suara yang dipanggil Referendum

Singapura .Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan
referendum sebgai satu cara meninjau pendapat penduduk Singapura untuk
mendapatkan kepastian dan pendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan

Malaysia. Pungutan suara bukan bertujuan membenarkan rakyat Singapura
menolak penubuhan Malaysia,tetapi menerima cadangan ini dengan pendirian
mereka tertentu.
Kerajaan Singapura membuat keputusan ini kerana yakin akan Malaysia cuma
pandangan dan pendirian mereka juga perlu diambil kira .
Dalam pungutan suara ini,rakyat Singapura diberi tiga pilihan iaitu:
1. Pilihan A-rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syaray yang
ditetapkan oleh kerjaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui
kertas putih pada bulan November 1961(mendapat 397626 undi)
2. Pilihan B-Rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan
Singapura akan menjadi seperti negeri-negeri Melayu lain dalam
Persekutuan Tanah Melayu.(9442 undi)
3. Pilihan C-Rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah
yang hampir sama yang diperoleh oleh wilayah wilayah Borneo (144077
undi)
Sosialis dan pihak komunis yang tidak bersetuju untuk bergabung dengan

Persekutuan Tanah Melayu telah memulau pungutan suara dengan membuang
undi kosong.Namuh referendum menunjukkan 71% pengundi menyokong
pembentukan Malaysia .

Penganalisis sejarah mendakwa bahawa sokongan Singapura disebabkan
kejayaan kerajaan PAP meyakinkan rakyat bahawa tiada kemungkinan taraf
kerakyatan mereka akan dilucutkan dengan penggabungan ,perdagangan
antarabangsa Singapura mungkin merosot jika mereka tidak bergabung dan
ancaman komunis tidak akan dapat dibendung.
Secara Keseluruhannya, keputusan menunjukkan rakyat Singapura bersetuju
menyertai Malaysia dengan memilih syarat A. Iaitu pilihan yang dicadangkan
oleh kerajaan Singapura sendiri.
http://wawafazirawaniarfahanusha.blogspot.my/2015/03/proses-prosespembentukan-malaysia_2.html

CONTOH 2
Proses Pembentukan Malaysia.
Proses perbincangan dan perundingan ke arah pembentukkan Malaysia ini
sebernarnya sangat panjang dan kompleks. Banyak perkara yang perlu
dipertimbangkan dan diatasi sebelum cadagan ini dapat direalisasikan. Beberapa
tindakan juga perlu diambil bagi memastikan pembentukan ini memuaskan hati

semua pihak. Cadangan Pembentukan Malaysia menimbulkan berbagai-bagai
reaksi. Sebahagian besar rakyat negari asal berminat, tetapi darjah minat itu
berubah-ubah dari semasa ke semasa. Ini terjadi akibat perkembangan politik
tempatandan oleh perubahan yang berlaku di negeri anggota yang lain. Tidak
dinafikan bahawa dari semenjak awal lagi ada pihak dan individu tertentu yang
menentang atau sama sekali tidak menyetujui usul itu. Antara proses – proses

pembentukan Malaysia ialah Jawatnkuasa Perundingan Perpaduan Malaysia
( JPPM ), Suruhanjaya Cobbold, Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK ),
Referendum Singapura dan Pengisytiharan Malaysia.

Jawatnkuasa Perundingan Perpaduan Malaysia ( JPPM )
JPPM ditubuhkan pada 23 julai pada tahun 1961 . ia dipengerusi oleh Donald
Stephen ( anggota Majlis Undangan Sabah ) . antara anggotanya ialah Tunku
Abdul Rahman ( Tanah Melayu ) , Lee Kuan Yew ( singapura ) , Dato’ Mustapha
Dato’ Harun ( Sabah ) , Temenggung Jugah Anak Berieng ( Sarawak ) dan Dato’
Setia Pangeran Ali
( Brunei )
Tujuan JPPM ditubuhkan ialah :





Memberitahu orang ramai mengenai konsep Malaysia kepada orang ramai
( Sabah, dan Sarawak ).
Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.
Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.

JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak
mengemukakan pandagan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan
4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961),
Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan Sinagpura (1 Februari 1962).
Hasil daripada rundingan yang dijalankan gagasan penubuhan Malaysia semakin
mendapat sokogan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia
pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, JPPM akhirnya
berjaya menyusun satu memorandum yang ditandatagani oleh wakil –wakil,dan
kemudian dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. Antara
isi kandungan memorandum ini ialah:










Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.
Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan
keselamatan.
Islam – agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.
Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh
digunakan.
Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah
dan Sarawak.
Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.
Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas
kawasan.
Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan
Tanah Melayu.

Suruhanjaya Cobbold
Suruhanjaya Cobbold ditubuhan pada Januari 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord
Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahli – ahlinya terdiri daripada Sir
Anthony Abel dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad
Ghazalie Shafie dan Dato’ Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Suruhanjaya

ini ditubuhkan hasil rundingan Tunku ke London pada Oktober 1961. Rundigan ini
berlansung dari 21 – 23 november 1961.
Antara tugas - tugas utama suruhanjaya ini ialah:



Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawa mengenai Malaysia.
Membuat syor – syor perlembagaan.

Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962.
Suruhanjaya Cobbold telah mengadakan 50 perjumpaan dengan 690 kumpulan
orang ramai diadakan dan 2000 atau lebih memorandum telah diterima. Pada 18
April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu dan
British pada Jun 1962. Pada 1 Ogos 1962 mengesahkan bahawa 80% daripada
rajyat Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia. Selain itu, laporan ini
diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak :




1/3 menyokong kuat Malaysia
1/3 menyokong dengan syarat
1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia

Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan
mengesyorkan syor – syor Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:









Nama persekutuan baru – Malaysia
Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia
Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin
Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri
Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam
perkhidmatan awam secepat mungkin
Dasar pendidikan, agama, imigrasen, perwakilan Parlimen, kedudukan
bumiputra, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di
Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing –
masing
Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN
masing – masing membuat keputusan

Hampir semua syor diterima oleh Persekutuan Tanah Melayu dan British dan
pada 1 Ogos 1962 Persekutuan Malaysia diumumkan dan Malaysia akan
ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan
bagi merangka Perlembagaan Malaysia.

Jawatankuasa Antara Kerajaan ( JAK )
JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangkan Perlembagaan Malaysia yang
diketuai oleh Lord Landsdowne yang merupakan Menteri Hal - ehwal Tanah
Jajahan Britiah sebagai Pengerusi, Tun Abdul Razak Hussien sebagai Timbalan
Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah,
dan Singapura.
Wakil-wakil Sabah dari Parti Perikatan Sabah telah mengemukakan satu
memorandum yang mengandungi 20 perkara kepada JAK untuk melindungi hak
dan kepentingan rakyat Sabah. Akan tetapi pemimpin-pemimpin Sarawak tidak

mengemukakan sebarang tuntutan tetapi mereka bersetuju dengan perkara
yang terkandung dalam perkara 20. Antara 20 perkara yang dikemukan ialah :






Agama Islam diterima sebagai agama rasmi Persekutuan kecuali di
Sabah.
Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi di Sabah tetapi menerima bahasa
Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
Imigresen ( kemasukan orang asing ) adalah di bawah kuasa kerajaan
negeri Sabah.
Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.
Perwakilan dalam Parlimen hendaklah mengambil kira keluasan negeri di
samping bilangan penduduk.

JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Febuari 1963. Laporan ini dibentangkan
di Majlis Negeri Sarawak pada 8 Mac 1963 dan Sabah pada 13 Mac 1963. Kedua
– dua Majlis ini telah menerima dan meluluskan Laporan JAK. Seterusnya laporan
JAK telah diterima dan diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta
Malaysia 1963. Laporan ini telah menjadi asas kepada Perlembagaan Sabah dan
Sarawak. Laporan itu memperlihatkan sikap tolak ansur daan persefahaman di
antara pemimpin-pemimpin Sarawak dan Sabah dalam mencapai persetujuan.
Laporan itu menjamin :




Peningkatan taraf ekonomi, sosialdan politik rakyat Sabah dan Sarawak.
Hak dan kepentingan rakyat kedua-dua negeri itu.
Melindungi Sabah dan Sarawak dari sebarang kekuasaan penjajah.

Berdasarkan kepada Laporan JAK itu, Perjanjian Malaysia ditandatangi di London
pada 9 Julai 1963. Antara isi kandungan Laporan JAK ialah :






Agama Islam adalah rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.
Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Persekutuan tetapi bahasa
Inggeris sebagai bahasa rasmi Sabah dan Sarawak.
Imigresan adalah hak kuasa Pusat tetapi kerajaan Sabah dan Sarawak
dibenarkan mengawal imigresannya sendiri.
Pendidikan adalah perkara Persekutuan tetapi sistem pendidikan Sabah
dan Sarawak dikekalkan.
Perwakilan Parlimen, JAK memperuntukan 16 kerusi kepada Sabah, 24
kerusi kepada Sarawak dan 15 kerusi kepada Singapura.

Referendum Singapura
Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan Referendum
sebagai satu cara meninjua pendapat penduduk Singapura bagi mendapat
kepastian pendirian rakyat Singapura berhubung penubuhan Malaysia. Secara
keseluruhannya, pungutan suara bukan bertujauan untuk membenarkan rakyat
Singapura menolak penubuhan Malaysia, tetapi menerima cadangan ini dengan
pendirian mereka yang tertentu. Kerajaan Singapura membuat keputusan ini
kerana yakin sebahagian besar parti politik di singapura menyokong cadangan
Malaysia, Cuma pandagan dan pendiraian mereka juda diambul kira.dalam
pungutan suara ini rakyat singapura telah diberi 3 pilihan, iaitu :







Pilihan A – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat – syarat yang
telah ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu
melalui Kertas Putih pada bulan November 1961 ( secara keseluruhan,
pilihan ini mendapat 397 626 undi ).
Pilihan B – rakyat bersejutu untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan
Singapura akan menjadi seperti negeri – negeri Melayu lain di dalam
Persekutuan Tanah Melayu ( secara keseluruhannya, pilihan ini mendapat
9442 undi ).
Pilihan C – rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah
yang hampir sama seperti yang diperolehi wilayah – wilayah Borneo
dengan penyertaan ini ( secara keseluruhannya, pilihan ini mendapat 144
077 undi ).

Referendum Singapura ini telah diadakan pada 1 November 1962. Barisan
Sosialis dan pihak komunis tidak bersetuju dengan penggabungan ini telah
memulau pungutan suara dengan membuang undi kosong. Selepas referendum
selesai, laporan menunjukkan 71% pengundi menyokong pembentukan Malaysia.
Secara keseluruhannya, rakyat Singapura bersetuju dengan pilihan A.

Pengisytiharan Malaysia.
Penubuhan Malaysia mendapat tentangan kuat daripada Filipina dan Indonesia.
Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua –dua negara dengan Tanah
Melayu. Rundingan ini diadakan pada :



Bulan Mei 1963 dengan Subandrio, Menteri Luar Negara Indonesia di
Tokyo.
Bulan Julai dan Ogos 1963 dengan Presiden Surkarno dan Presiden
Macapagal di Manila.

Filipina menetang gagasan Malaysia kerana mendakwa Sabah dipajak dan bukan
diserahkan oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overbeck dan Alfred Dent pada
tahun 1874 dan pajakan itu telah dibatalkan oleh waris Sultan Sulu pada tahun
1958. Manakala, Indonesia menentang gagasan Malaysia kerana mendakwa
Pembentukan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru yang mengacam
Indonesia dibawah pimpinan D.N. Aidit.
Namun akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan . Pemimpin ketiga – tiga negeri
bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa –bangsa Bersatu (PBB)
untuk meninjau kembali pandagan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai
penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence
MicHaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September 1963. Antara isi
laporannya ialah :



Kebanyakan penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai
Persekutuaan Malaysia.
Laporan Suruhanjaya Cobbold adalah benar.

Oleh itu, tarikh penubuhan Malaysia pada 31 Ogos 1963 terpaksa ditundakan.
Mengikut laporan PBB itu, lebih 70% daripada rakyat Sabah dan Sarawak
menyokong penubuhan Malysia. Maka pada 16 September 1963, penubuhan
Malaysia diisytiharkan secara rasminya.

http://koleksitugasan.blogspot.my/2012/04/pengajian-malaysia-prosespembentukan.html

CONTOH 1