CONTOH TEKS PENGACARA PRGRAM MAHASISWA

TEKS PENGACARA
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM MAHASISWA CAKNA KOMUNITI
PERINGKAT UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN BAGI TAHUN 2016
MASA

CUE
Ketibaan Tetamu

ANN
Mohon Perhatian:
Bagi menghormati majlis, hadirin diingatkan untuk berada dalam
keadaan tenang sepanjang majlis ini berlangsung.
Mohon kerjasama daripada para hadirin untuk memastikan
telefon bimbit anda dimatikan atau berada dalam keadaan mode
senyap.

Ketibaan vip/vvip

Apabila diumumkan ketibaan para jemputan, hadirin dipohon
untuk berdiri sehinggalah dipersilakan duduk. InsyaAllah majlis
kita akan berlangsung sebentar saja lagi. Kerjasama anda

amatlah dihargai.
Terima kasih.
Mengumumkan ketibaan :
YG BERHORMAT PROF DATUK DR AHMAD ZUBAIDI ABDUL
LATIF
NAIB CANSELOR UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
Di iringi oleh YG BERBAHAGIA
PROF. MADYA DR. NIK WAN BIN OMAR
TIMBAKAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN
ALUMNI, UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
Dan para jemputan masuk ke dalam dewan.
Dipohon para hadirin terus berdiri bagi mengalunkan Asmaul
Husna.
Hadirin dipersilakan duduk.

Salutasi MC

Indah Sungguh Si Awan Petang,
Berarak Di Celah Pepohon Ara,
Pemanis Kalam Selamat Datang,

Awal Bismillah Pembuka Bicara.
Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum Wrh Wbt, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia.
YG BERHORMAT
PROF DATUK DR AHMAD ZUBAIDI
ABDUL LATIF
NAIB CANSELOR UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
YG BERBAHAGIA
PROF. MADYA DR. NIK WAN BIN OMAR
TIMBALAN NAIB CANSELOR HAL EHWAL PELAJAR DAN
ALUMNI, UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
YG BERUSAHA
EN AMRAN BIN ISMAIL
PENGERUSI BAITUL CAKNA LELAKI AJIL
YG BERUSAHA
EN AHMAD BIN JUSOH
JKK KG AJIL
YG BERUSAHA
EN LUKMAN BIN ZULIADIN

PENGERUSI MASJID?
YG BERUSAHA,
ABRAR BIN KHAIRUDDIN
PENGARAH PROGRAM MAHASISWA CAKNA KOMUNITI
Dif-dif kehormat
Seterusnya mahasiswa-mahasiswi Universiti Sultan Zainal
Abidin serta hadirin dan hadirat sekalian.

Bacaan Doa

SELAMAT DATANG KE MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
PROGRAM MAHASISWA CAKNA KOMUNITI PERINGKAT
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN BAGI TAHUN 2016.
Sidang Hadirin sekalian,
Kalau Pergi Tanjung Keramat,
Anak Manis Jangan Diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.
Demi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama
kita mengaminkan doa yang akan dipimpin oleh saudara


Muhammad Muzaffar Audadi
Wakil pelajar daripada Fakulti Kontemporari Islam
Dipersilakan
Amin-amin Ya Rabbal ‘alamin..

Aluan Majlis

Jazakallah khairan kathira diucapkan kepada saudara
Muhammad Muzaffar Audadi atas bacaan doa itu tadi.
Terlebih dahulu setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat
Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat berhimpun
untuk sama-sama menjayakan
MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM MAHASISWA
CAKNA KOMUNITI PERINGKAT UNIVERSITI SULTAN
ZAINAL ABIDIN BAGI TAHUN 2016.
Majlis berbesar hati merangkaikan ucapan setinggi-tinggi
penghargaan dan ribuan terima kasih kepada
YG BERHORMAT
PROF DATUK DR AHMAD ZUBAIDI

ABDUL LATIF
NAIB CANSELOR UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
Atas kesudian beliau hadir bagi menyerikan lagi majlis kita pada
hari ini.
Untuk makluman semua,

Ucapan
Program

Program Mahasiswa Cakna Komuniti Peringkat Universiti Sultan
Zainal Abidin bagi tahun 2016 merupakan anjuran Persatuan
Mahasiswa Dakwah dan Teknologi Maklumat (PERSADA)
serta Persatuan Mahasiswa Kontemporari Islam (PMKI)
dengan kerjasama Baitul Cakna Lelaki Ajil Hulu Terengganu,
Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan
Alumni (HEPA) Dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
Universiti Sultan Zainal Abidin.
Pengarah Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan menjemput saudara
ABRAR BIN KHAIRUDDIN

Selaku pengarah Program Mahasiswa Cakna Komuniti untuk
menyampaikan ucapan.
Dipersilakan

Ucapan
Baitul Cakna

Terima kasih diucapkan kepada saudara Abrar atas ucapan
sebentar tadi.
Pengerusi Seterusnya,
Tanpa melengahkan
menjemput

masa,

majlis

dengan

sukacitanya


EN AMRAN BIN ISMAIL
Selaku Pengerusi Baitul Cakna Lelaki Ajil untuk menyampaikan
ucapan
Dipersilakan.

Ucapan Perasmian

Terima kasih diucapkan kepada En Amran atas ucapan sebentar
tadi.
Hadirin Sekalian,
Jangan tertawan alpa duniawi,
Hanya indah serupa mimpi,
Duhai pahlawan kesatria pertiwi,
Hulurkan madah kata perasmi.
Maka dengan itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput
dan mempersilakan
YG BERHORMAT
PROF DATUK DR AHMAD ZUBAIDI
ABDUL LATIF

NAIB CANSELOR UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
Bagi menyampaikan ucapan beliau seterusnya merasmikan
perasmian penutupan Program Mahasiswa Cakna Komuniti bagi
tahun 2016.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
YG BERHORMAT
PROF DATUK DR AHMAD ZUBAIDI
ABDUL LATIF

*Tayangan Montaj

Atas ucapan perasmian sebentar tadi.
Hadirin sekalian,
Bagi meneruskan lagi acara kita pada hari ini, marilah samasama kita saksikan montaj Program Mahasiswa Cakna Komuniti
bagi tahun 2016.

Penyampaian
cenderahati


Demikianlah tadi, sekilas pandang, sekelumit rasa, montaj
Program Mahasiswa Cakna Komuniti yang telah disediakan oleh
unit multimedia.
Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan
YG BERHORMAT
PROF DATUK DR AHMAD ZUBAIDI
ABDUL LATIF
NAIB CANSELOR UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
Di iringi oleh saudara ABRAR BIN KHAIRUDDIN selaku
Pengarah Program Mahasiswa Cakna Komuniti
Bagi menyampaikan cenderahati kepada
YG BERUSAHA
EN AMRAN BIN ISMAIL
PENGERUSI BAITUL CAKNA LELAKI AJIL
Atas kesudian beliau untuk sama-sama menjayakan program
kita pada hari ini. Dipersilakan
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada
YG BERHORMAT PROF DATUK DR AHMAD ZUBAIDI
ABDUL LATIF
Atas penyampaian cenderahati sebentar tadi.


Penutup
fotografi

dan

sesi Hadirin sekalian, kini tibalah kita ke penghujung majlis. Oleh itu,
bagi pihak Program Mahasiswa Cakna Komuniti merakamkan
ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
YG BERHORMAT
PROF DATUK DR AHMAD ZUBAIDI
ABDUL LATIF
NAIB CANSELOR UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
Serta dif-dif kehormat dan hadirin yang hadir atas kesudian
menyerikan lagi majlis pada hari ini. Semoga program ini
mendapat sambutan pada masa akan datang.
Sekian sahaja, saya Muhammad Azizi bin Rauf, saya
Rozainah bt Md Radzi
Mewakili warga kerja menyusun sepuluh jari andai ada


kekurangan dan kesilapan sepanjang majlis ini berlangsung.
Sekian, wabillahi…………Assalamualaikum w.b.t
*DIMINTA KEPADA SEMUA HADIRIN UNTUK SAMA-SAMA
TAMPIL
KE
HADAPAN
BAGI
SESI
FOTOGRAFI.
DIPERSILAKAN.