TEKS PENGACARA MAJLIS fotografi docx

TEKS PENGACARA MAJLIS- HARI PERSARAAN PENGARAH BTP
26 OKTOBER 2010
DEWAN DATO RAZALI ISMAIL
10.30 PAGI
Bil

Masa

1.

10.45 am

2.

11.00 am

Teks
Warga kerja BTP berkumpul di Perpustakaan

3.


Bacaan Doa

4.

Ucapan Timbalan Pengarah I BTP: En Amir Hassan B. Hassan

5.

Ucapan Pengarah BTP: Pn Latipah Ahmad
Hadirin dipersilakan duduk.
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia
Yang Diraikan
Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman
Pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
Yang Berusaha Encik Shaari bin Osman,
Timbalan pengarah
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas,

Yang Dihormati,
Ketua-Ketua Jabatan
Ketua-ketua Unit
Para pensyarah sekalian
Barisan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar

Seterusnya pelajar yang dikasihi sekalian.

7

Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Bagi memberkati majlis yang syahdu ini, majlis dengan sukacitanya
mempersilakan Al-fadhil Ustaz Haji Jainudin bin Ngah, Ketua Jabatan,
Jabatan Pendidikan Islam dan Moral untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan…..
BACAAN DOA

8

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-fadhil Ustaz Haji

Jainudin bin Ngah atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
Hadirin yang dimuliakan,
Pada pagi yang berbahagia ini, antara kegembiraan, kesedihan dan
kesayuan hati, kita berkumpul di dewan ini untuk meraikan persaraan
insan yang tiada galang gantinya. Untuk itu, selingkar kisah untuk
tatapan semua, Our First Lady.
SAJAK OUR FIRST LADY
Sesungguhnya insan yang diraikan, Puan Noorul Aini binti Abdul
Rahman, ingin kami nyatakan di sini bahawa, puanlah inspirasi kami,
puan juga pemberi sinar kepada harapan kami, puanlah penjana
sumber ilham untuk kami contohi, keserlahan karisma puan dalam
mendidik anak bangsa jelas terbukti. Kehadiranmu puan, seolah-olah
memberikan sayap untuk kami terbang lebih jauh dan tinggi dalam
menangani arus dan cabaran era pendidikan keguruan.
Puan Noorul Aini, ketahuilah dari lubuk hati yang suci dan ikhlas
ini,terimalah ungkapan…… you raise me up

LAGU YOU RAISE ME UP- JACKSON
Yang diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman,
Serta sidang dewan yang dihormati,

Keindahan lagu tadi kini disambut pula oleh garapan indah luahan rasa
seorang pensyarah IPGIK. Terimalah Warkah untuk Puan Noorul Aini.
DEKLAMASI SAJAK PATARAI
Hadirin yang dihormati sekalian
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan
Itulah adat, itulah lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk dihadapi
Namun kaki perlu mengorak pergi
Atas nama kehendak perjalanan …..
Warga dewan yang dihormati,
Marilah sama-sama kita hayati persembahan multimedia yang
merakamkan perjalanan suka duka seorang pemimpin, Yang Diraikan
Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman
TAYANGAN MULTIMEDIA
Begitulah tadi dapat kita saksikan persembahan multimedia sempena
persaraan Yang Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman.
Mudah-mudahan segala visi dan misi beliau akan dapat terus
direalisasikan walaupun beliau tidak lagi bersama-sama kita.
Hadirin yang dihormati,


Majlis kini diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha Encik
Shaari bin Osman, Timbalan Pengarah, Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas untuk menyampaikan sepatah dua kata dan
seterusnya membacakan profil Yang Diraikan Puan Noorul Aini binti
Abdul Rahman.
Dengan segala hormatnya dipersilakan…
UCAPAN TIMBALAN PENGARAH
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik
Shaari bin Osman atas ucapan beliau sebentar tadi.
Hadirin yang dihormati,
Tidak sempurna jika ada lesung tiada alunya
Tidak ada gunanya jika ada perahu tak ada pendayung
Begitulah juga
Tidak lengkaplah majlis ini jika insan yang diraikan tidak berbicara
Kini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang Diraikan Puan
Noorul Aini binti Abdul Rahman, Pengarah, Institut Pendidikan Guru
Kampus Ilmu Khas untuk menyampaikan amanat beliau.
Dipersilakan dengan segala hormatnya..
UCAPAN PENGARAH

9

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan
Noorul Aini binti Abdul Rahman atas ucapan beliau sebentar tadi.
Diharapkan semoga amanat yang telah disampaikan tadi dapat
dijadikan panduan dan membakar semangat semua warga IPGIK
untuk meneruskan perjuangan murni beliau.
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Menjadi resam gadis srikandi
Berani berjuang, pertahan diri
Menyerah kalah pantang sekali

Bukan setakat kata dan puji
Jasa dan budi kekal abadi
Menjadi kenangan tersisip di hati
Sebagai menghargai sumbangan dan perkhidmatan Yang Diraikan Puan
Noorul Aini binti Abdul Rahman, majlis dengan dengan segala
hormatnya mempersilakan Saudara Kamarul Syukri bin Kamaruzaman,
Yang Di Pertua Pelajar, Jawatankuasa Perwakilan pelajar, IPG kampus
Ilmu Khas mewakili pelajar-pelajar IPGIK untuk menyampaikan

cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan kepada Yang Diraikan
Puan Noorul Aini.
Dengan segala hormatnya dipersilakan….
CENDERAMATA OLEH JPP
10

Seterusnya, majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Shaari bin
Osman untuk menyampaikan Sijil Perkhidmatan daripada
Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Yang Diraikan Puan Noorul
Aini. Dipersilakan…
SIJIL PERKHIDMATAN OLEH TIMBALAN PENGARAH

11

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik
Shaari atas penyampaian Sijil Perkhidmatan kepada yang Diraikan
Puan Noorul Aini sebentar tadi.
PERSEMBAHAN KOIR – LAGENDA

12


Hadirin yang dihormati,
Umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Ibarat mendaki telah sampai ke puncak

Ibarat berjuang telah sampai ke destinasi
Begitulah …..rentetan liku-liku perjuangan Yang Diraikan Puan Noorul
Aini binti Abdul Rahman, bermula daripada seorang guru biasa
sehinggalah berjaya ke puncak kerjaya sebagai Pengarah, di Institusi
ulung yang telah melahirkan guru-guru yang berwibawa.
Sepohon jati panjang sedepa
Segenggam umbut berat sekati
Di dalam hati tidak kulupa
Sebagai rambut tersimpul mati
Istimewa ungkapan rasa buat Yang Diraikan Puan Noorul Aini binti
Abdul Rahman….
Tuai padi antara Nampak
Esok jangan layu-layuan
Puan, Intailah kami sementara nampak

Esok jangan rindu-rinduan
Dengan ini berakhirlah majlis kita pada hari yang bersejarah ini.
Sekian,
wabillahi
Taufik
Walhidayah,
Wassalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.
Mengumumkan …Yang Diraikan Puan Noorul Aini binti Abdul Rahman
meninggalkan majlis
VVIP MENINGGALKAN DEWAN

Dokumen yang terkait

ANALISIS KONSEP KEANEKARAGAMAN HEWAN PADA BUKU TEKS BIOLOGI SLTP KELAS I

1 76 13

ANALISIS LEVEL PERTANYAAN PADA SOAL CERITA BERDASARKAN TAKSONOMI SOLO PADA BUKU TEKS MATEMATIKA SMK PROGRAM KEAHLIAN AKUNTANSI DAN PENJUALAN KELAS X TERBITAN ERLANGGA DAN PUSAT PERBUKUANDEPARTEMEN PENDIDIKAN NASIONAL

0 43 16

DEIKSIS DALAM TEKS PIDATO GUBERNUR ACEH

0 10 1

ANALISIS TINGKAT KESUKARAN SOAL DALAM BUKU TEKS EKONOMI PADA KURIKULUM TINGKAT SATUAN PENDIDIKAN DI SMA PLUS ALHASAN KEMIRI PANTI JEMBER KELAS X SEMESTER II TAHUN AJARAN 2011/2012

0 17 16

KEMAMPUAN MENULIS TEKS PIDATO KELAS IX SMP NEGERI 2 PUNDUH PIDADA PESAWARAN TAHUN PELAJARAN 2011/2012

0 13 67

KEMAMPUAN MENULIS TEKS PIDATO KELAS IX SMP NEGERI 2 PUNDUH PIDADA PESAWARAN TAHUN PELAJARAN 2011/2012

1 36 69

PENINGKATAN KEMAMPUAN MEMBACAKAN TEKS BERITA MELALUI PENERAPAN TEKNIK PEMODELAN SISWA KELAS VIII D SMP NEGERI 1 PARDASUKA TAHUN PELAJARAN 2010/2011

1 13 60

PEMBELAJARAN MENULIS TEKS EKSPLANASI SISWA KELAS VII SMP NEGERI 1 TUMIJAJAR TAHUN PELAJARAN 2013/2014

2 26 57

THE DIFFERENCES IN READING ALOUD SKILL OF ENGLISH TEKS THROUGH UTILIZATION OF AUDIO AND SOUND SLIDE INSTRUCTIONAL MEDIA FOR PRIMARY IV STUDENTS IN SD PALM KIDS BANDAR LAMPUNG PERBEDAAN KETERAMPLAN MEMBACA NYARING TEKS BAHASA INGGRIS MELALUI PEMANFAATAN ME

0 23 117

ANALISIS KELAYAKAN BUKU TEKS SISWA IPA KURIKULUM 2013 PADA MATERI SISTEM PENCERNAAN KELAS VIII UNTUK DIGUNAKAN DALAM PROSES PEMBELAJARAN DITINJAU DARI RELEVANSI ISI, KETEPATAN DAN KOMPLEKSITAS Tita Juwita

3 14 8