Alat Kawalan Jauh Infra-Merah Pelbagai Peralatan Dan Litar Penerima.

Vl

ABSTRAK

Penerokaan teknologi terkini semakin meningkat dari masa ke semasa. Banyak
teknologi baru yang telah diperkenalkan bagi memudah.kan clan menyenangkan
pengguna. Disebabkan inspirasi clan motivasi inilah projek ini dilaksanakan. Pada zaman
sekarang, setiap peralatan elektrik pengguna di rumah akan disertakan dengan alat
kawalan jauh. Walaubagaimanapun ini serba sedikit menyukarkan pengguna kerana
terdapat banyak alat kawalan jauh di rumah. Jadi, projek ini dilaksanakan adalah sebagai
asas bagi menghasilkan sebuah alat kawalan jauh infra-merah yang serba guna. Untuk
mencapai objektif ini,pengawal mikro Peripheral Interface Controller (PIC) daripada
Microchip Technology Inc. telah digunakan sebagai nadi pemprosesan maklumat. Projek
ini hanya akan menghasilkan fungsi asas bagi mengawal peralatan-peralatan elektrik
seperti buka clan tutup, main clan berhenti, kawalan suara naik turun clan kawalan siaran
naik turun. Isyarat bagi setiap fungsi alat kawalan jauh akan diambil oleh litar penerima
yang dapat diuji dan dipaparkan setiap isyarat kawalannya pada osiloskop.

© Universiti Teknikal Malaysia Melaka