BAHAGIAN UTAMA SISTEM PLC full

BAHAGIAN UTAMA SISTEM
PLC
Disediakan oleh
Kamarul Afham Bin Mohamad Ayob
Muhammad Rejab Ashraf Bin Nordin
2 PPISMP RBT
Asas Elektrik, Elektronik, Sistem Kawalan
dan Robotik

Masukan
Pengawal
Keluaran
Bekalan kuasa
Pangkalan pengaturcaraan

MASUKAN

• Bahagian masukan akan menerima isyarat analog
atau berdigit dari peranti masukan untuk diproses
oleh pengawal dalam PLC.
• Bahagian masukan mempunyai suis dan soket

masukan.
• Soket masukan boleh digunakan semasa
melaksanakan sesuatu atur cara sebelum
sambungan ke peranti masukan dilakukan.
• Contoh peranti masukan ialah suis punat tekan,
suis had,suis aras, suis kehampiran, pemutus litar,
komponen penderia dan geganti sentuh.

PENGAWAL
• Bahagian pengawal memproses isyarat yang
diterima daripada bahagian masukan dan
mengeluarkan isyarat kawalan pada
bahagian keluaran.
• Bahagian penting dalam pengawal ialah unit
pemprosesan pusat dan sistem ingatan.
• Fungsi pengawal sama seperti sebuah
komputer yang berupaya untuk memproses
maklumat.

KELUARAN

• Bahagian keluaran akan menerima isyarat arus
terus ( AT ) yang sudah diproses oleh pengawal
untuk melaksanakan tugas yang diaturcarakan.
• Bahagian keluaran mengandungi soket
keluaran dan lampu penunjuk.
• Soket keluaran digunakan untuk menyambung
peranti keluaran ke sistem PLC.
• Contoh peranti keluaran seperti geganti
kawalan, injap, penggera, solenoid, motor,
kipas, lampu dan pemanas.

BEKALAN KUASA
• Bekalan kuasa membekalkan voltan yang
diperlukan oleh setiap bahagian dalam
sistem PLC tidak akan berfungsi.
• Voltan yang dibekalkan kepada komponen
dalam PLC adalah antara 100V AU ke
240V AU dan 24V AT.




PANGKALAN
PENGATURCARAAN
Pangkalan pengaturcaraan ialah peralatan yang

digunakan untuk memasukkan kod arahan atau rajah
tangga ke dalam PLC. Contoh pangkalan
pengaturcaraan ialah ke dalam PLC.
• Contoh pangkalan pengaturcaraan ialah konsol
pengaturcaraan terbina dalam komputer.
• Kod arahan dimasukkan ke dalam sistem komputer
boleh digunakan untuk membina rajah tangga.
• Satu konsol pengaturcaraan adalah memadai bagi
sesebuah kilang kerana boleh dikongsi oleh sistem
PLC jenama yang sama.

SEKIAN TERIMA KASIH