BAHAGIAN KEEMPAT : MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN SISTEM PENGURUSAN ISLAM

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha Agung PAS
Sektor Pemerkasaan Organisasi
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
www.khairulfaizi.net
khairul.faizi1
khairulfaizi73
+60132565530

BAHAGIAN KEEMPAT
PENGURUSAN ISLAM

: MENGEMBALIKAN

KEGEMILANGAN

SISTEM

Pada bahagian yang lalu, saya telah menyentuh tentang Teori Pengurusan Barat atau
pun lebih mudah dipanggil dengan istilah Teori Pengurusan Moden dan saya telah
mencatatkan pelbagai teori yang diaplikasikan dalam pengurusan masa kini. Bukan

bermakna ia menggambarkan Teori Pengurusan itu lebih baik daripada sistem
pengurusan yang lain-lain termasuklah Pengurusan Islam namun kita perlu melihat
pelbagai teori pengurusan yang telah diwujudkan di dalam kehidupan kita.
Seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, pada bahagian keempat ini saya akan
menulis berkaitan dengan Sistem Pengurusan Islam. Sistem Pengurusan Islam (SPI)
ketika jika hendak dibandingkan dengan Sistem Pengurusan Konvensional (SPK) seperti
Barat mahupun Sistem Pengurusan Jepun amat jauh berbeza dari banyak aspek
terutama dalam aspek teori dan amalannya.
Keunikan Sistem Pengurusan Islam.
Wajar dinyatakan bahawa uniknya SPI adalah kerana ia meletakkan Tauhid sebagai asas.
SPI jika hendak dibandingkan dengan sistem-sistem pengurusan yang lain nyata sekali
jauh lebih sempurna kerana ianya bersifat lengkap dan melengkapi (syumul) yang
melibatkan aspek jasmani, rohani, dan akal.
Ia sangat berbeza dengan SPK yang lebih menekankan aspek pengurusan yang
berteraskan kepada material semata-mata dengan tidak meletakkan aspek agama, etika
dan nilai, serta pembangunan insan dalam perlaksanaannya.
Namun, ia amat jarang diaplikasikan di dalam pengurusan massa dan saya fikir tidak
salah jika dinyatakan di sini bahawa ia tidak begitu diserapkan dengan sebaiknya di
dalam pentadbiran PAS. Adakah kerana ia tidak diyakini atau ianya tidak praktikal pada
ketika ini?

SPI telah lama wujud iaitu pada zaman Rasulullah lagi yang berkembang seiring
perkembangan Islam pada zaman itu. Ia sudah tentu jauh lebih awal daripada SPK yang
hanya wujud ketika zaman Revolusi Industri. Ia dibangunkan berpandukan Al-Quran dan
mengalami beberapa reformasi yang bersesuaian dengan suasana, zaman dan tempat
seperti pada zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin sehinggalah ia mencapai
kegemilangannya pada zaman Khalifah Uthmaniah. SPI akhirnya sudah tidak lagi
menjadi rujukan lebih-lebih lagi ianya dihapuskan oleh barat.
Sumber Rujukan Pengurusan Islam
Sumber utama Pengurusan Islam adalah Al-Quran. Ia menjadi sumber rujukan yang
paling penting dan utama di atas pelbagai faktor yang membuktikan bahawa ia adalah

kitab Allah yang mengandungi ajaran yang syumul untuk kemashlahatan seluruh umat
manusia. Al-Quran mengandungi pelbagai ayat dan peraturan yang berkaitan dengan
tatacara kehidupan bermasyarakat yang mencakupi pelbagai bidang seperti ekonomi,
politik, sosial dan pendidikan termasuklah pengurusan.
Sumber utama yang kedua ialah Sunnah Rasulullah S.A.W. ataupun ia dikenali sebagai
Hadith. Rasullah adalah model akhlak umat Islam malah masyarakat seluruh dunia
dengan kemampuan baginda melaksanakan tugas sebagai pentadbir, pemimpin dan ahli
strategis yang cukup unggul.
Sumber kedua Pengurusan Islam adalah daripada para sahabat Rasulullah yang

berempat iaitu Khulafa Ar-Rasyidin yang memimpin kerajaan Islam setelah kewafatan
Rasulullah. Mereka ialah Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Ali bin Abi Talib
dan Uthman bin Affan. Sepanjang pemerintahan mereka selama 29 tahun telah banyak
membuat perubahan serta kemajuan kepada wilayah-wilayah Islam dibawah kerajaan
Islam.
Kemampuan mengendalikan sistem pengurusan yang cekap dan teratur telah membantu
kerajaan ditadbir dengan cekap dan sistematik. Khulafa ar-Rasyidin yang pertama ialah
Saidina Abu Bakar As-Siddiq yang memerintah selama 2 tahun. Saidina Abu Bakar telah
menunjukkan pengurusan yang cekap dalam mengendalikan pengiriman tentera ke
Qudha‘ah dan Abna di Syria serta mempertahankan Madinah daripada ancaman Parsi dan
Rom Timur selain jasanya menghapuskan gerakan nabi-nabi palsu.
Khalifah yang kedua ialah Saidina Umar Al-Khattab merupakan yang paling terserlah dan
terkenal dan pentadbirannya telah dianggap mendahului zamannya. Contohnya,
melakukan polisi baru untuk golongan Dzimmi iaitu dengan mengadakan cukai tanah dan
jizyah. Dengan itu, taraf dan hak awam diberikan sama rata.
Seterusnya ialah Saidina Uthman bin Affan. Ciri-ciri pimpinan beliau ialah dengan
banyak melakukan perluasan kuasa dan berjaya menakluki Cyprus, Afghanistan,
Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia, Morocco dan beberapa buah negara lagi.
Ketandusan Pemikir dan Pakar Pengurusan Islam.
Dunia Pengurusan Islam masakini ketandusan pakar pengurusan dan pemikir Islam.

Bukan tidak ada tetapi ia sangat kurang untuk dijadikan pakar rujuk oleh generasi muda
Islam termasuklah di Malaysia. Kita masih lagi bergantung kepada kitab-kitab lama yang
diulang cetak.
Kita masih lagi bergantung kepada falsafah pemikiran klasikal yang lama dan ianya
sangat kurang dikembangkan ke era masakini. Tidak dinafikan bahawa Ibnu Khaldun
terkenal dengan kitabnya Muqaddimah yang menjelaskan perihal mendalam tentang
falsafah sejarah, sains sosial dalam sosiologi, demografi dan ekonomi, Abu Yusuf dengan
Kitab Al-Kharaj yang membincangkan tentang ekonomi Islam dan Al-Marwardi dengan
Kitab Al-Ahkam As-Sultaniyyah yang menjelaskan tentang proses kerja kerajaan Islam
dan teori keberkesanan sistem pengurusan kerajaan Islam.
Era kini, nama besar seperti Dr Muhammad Al-Buraey yang sangat mahir dalam bidang
pengurusan. Beliau adalah merupakan mantan Pengarah Institut Penyelidikan Ekonomi
dan Pengurusan di Universiti King Fadh, Arab Saudi. Menerima Ijazah Kedoktoran dalam
bidang Pentadbiran Awam/Pengurusan pada tahun 1981 daripada Universiti Carolina
Selatan, Amerika.
Dr Hisham Yahya Al-Talib, pengarang kitab Dalil Al-Tadrib Al-Qiyadi atau Training Guide
For Islamic Workers (Manual Latihan Kepimpinan) berasal daripada Iraq yang

diterjemahkan lebih daripada 17 bahasa di dunia. Seorang lagi, Dr Jamal Mahdi,
pengarang kitab Al-Qiyadah Al-Ma’athurat (Kepimpinan Efektif) yang berasal daripada

Mesir.
Kekurangan pakar dalam bidang pengurusan Islam masa kini menyebabkan SPI tidak
dapat diperkembangkan khususnya dalam organisasi yang berasaskan Islam.
Persoalannya, mengapakah kita perlu mengambil perhatian akan cara pengurusan para
ilmuan pemikir Islam? Jawapannya, kerana sudut pandangan mereka dari semua segi
telah mereka titikberatkan dalam semua aspek pengurusan. Mereka telah jauh
memandang dan mendalami pengalaman semasa pemerintahan besar kerajaan Islam.
Tindakan Yang Perlu Dilakukan
Saya melihat bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan pada masa kini
untuk mengembalikan semula kegemilangan SPI khususnya di dalam PAS dan umumnya
untuk semua masyarakat di Malaysia.
1. Mengembalikan semula kegemilangan SPI dengan menganjurkan seminar,
kolukium dan apa jua yang bersamaan dengannya untuk membangkitkan semula
kesedaran umat Islam terhadap SPI yang pada satu masa dahulu adalah satu
sistem pengurusan yang sangat baik dan praktikal. Wajar bagi Sekretariat dan
Lajnah Pemerkasaan PAS Pusat untuk memberikan perhatian kepada perkara ini.
Saya percaya ia akan dapat dibantu oleh pakar-pakar pengurusan yang terdapat
dalam Pusat Pengajian Tinggi Tempatan pada masa kini.
2. Melahirkan golongan pemikir muda yang cenderung kepada pengurusan Islam
perlu dilaksanakan. Kecenderungan untuk melahirkan pemikir muda dalam bidang

politik, tarbiyah dan dakwah tidak dapat dinafikan ianya terus berlaku namun
tidak seserius untuk melahirkan golongan pengurusan dalam PAS. Allahyarham
Ustaz Hassan Syukri adalah Tokoh Pengurusan Pas namun ketokohannya tidak
dapat disemai dengan baik ke dalam kepimpinan muda masa kini dengan
sebaiknya.
3. Menterjemahkan buku atau kitab berkaitan dengan SPI ke dalam Bahasa
Malaysia. Seperti mana yang telah saya nyatakan tadi, kitab Dalil Al-Tadrib AlQiyadi atau Training Guide For Islamic Workers yang dikarang oleh Dr Hisham
Yahya Al-Talib telah diterjemahkan lebih daripada 17 bahasa di dunia tidak
termasuk Bahasa Malaysia. Kerjasama melalui Pusat Penyelidikan PAS (PPP) dan
Institut Latihan Kepimpinan dan Perkaderan Dakwah Islamiyah (ILHAM) yang
mempunyai ramai tenaga pakar untuk merealisasikan cadangan ini.
Membangkitkan semula kegemilangan SPI bukan bererti kita menolak kemampuan SPK
yang digunakan pakai dalam sistem pengurusan masa kini. SPI terbukti mempunyai
kemampuan untuk meletakkan suatu sistem pengurusan yang adil, cekap dan beretika
kerana ia meletakkan Tauhid kepada Allah sebagai asas penting. Manakala SPK dapat
digabung jalin sebagai teknik dan strategi untuk memperkemaskan lagi sistem
pengurusan kita.
Sekian, wassalam.
Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Penolong Setiausaha Agung PAS,

Sektor Pemerkasaan Organisasi.