SEJARAH KON KESELAMATAN PERMASALAHAN

BAB 2 KAJIAN ILMIAH

2.1 SEJARAH KON KESELAMATAN

Kon keselamatan yang pertama telah dicipta pada tahun 1914 oleh Charles P. Rudabaker. Pada ketika itu, kon keselamatan diperbuat dari bahan yang tidak sesuai iaitu konkrit. Di dalam bahasa Inggeris, kon keselamatan dipanggil ‘traffic cone’ dan ada juga yang memanggilnya sebagai ‘road cones’, ‘safety cones’, ‘pylons’ dan juga ‘witches hats’. Pada masa kini, pembuatan kon keselamatan telah banyak mengalami pembaharuan sama ada dari segi pemilihan bahan mahupun warna serta bentuknya. Hari ini, kebanyakan kon keselamatan di pasaran adalah diperbuat daripada plastik ataupun getah. Kon keselamatan sepatutnya direkabentuk dengan ciri – ciri seperti mudah dilihat dan mudah dialihkan. Pelbagai saiz kon keselamatan telah digunakan sejak dari dahulu hingga ke hari ini, tetapi mengikut spesifikasi yang sepatutnya, kon hendaklah mempunyai saiz dalam lingkungan 30 sentimeter hingga ke 1 meter rujukan:“Cones For Traffic” – www.UKTrafficCone.com. Seperti yang kita sedia maklum, warna – warna yang biasa pada kon keselamatan adalah seperti jingga, kuning dan merah memandangkan warna – warna tersebut mempunyai ciri – ciri kecerahan yang sesuai di lihat di atas jalan raya. Sebagai penambahan keselamatan bagi kon dari sudut penglihatan, kon biasanya dilekatkan pada beberapa bahagian dengan salutan kertas pemantul cahaya reflective strip.

2.2 PERMASALAHAN

2.2.1 Masalah – masalah Kon Keselamatan: 1 Faktor seperti cuaca, jarak penglihatan dan habuk di jalanraya boleh mengakibatkan kenderaan yang diletakkan di tepi jalan tidak dapat dilihat dengan jelas. Ini boleh menyebabkan berlakunya pelanggaran apabila kenderaan lain tidak dapat mengelakkan kenderaan mereka dari merempuh kenderaan yang diletakkan di tepi jalan. Perkara yang sama juga berlaku semasa pekerja sedang membaiki jalan, mengorek jalan untuk penanaman kabel dan sebagainya. Sekiranya tiada alat untuk memberi amaran pada pengguna jalanraya yang lain bahawa ada sesuatu yang sedang berlaku di hadapan, pengguna jalan raya serta pekerja yang membaiki jalan akan menghadapi bahaya. Lihat rajah 2.1 2 Kon keselamatan adalah satu alat keselamatan yang bersaiz besar. Oleh itu kon keselamatan yang mempunyai ciri – ciri mudah alih diperlukan bagi pengguna jalanraya yang menaiki kenderaan sendiri supaya ianya mudah dibawa dan disimpan di dalam kenderaan masing – masing. 3 Ciri – ciri mudah alih juga diperlukan untuk pengguna mengalihkan kedudukan kon di atas jalanraya supaya mudah dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain. 4 Pengguna jalan raya di Malaysia adalah terdiri daripada pelbagai golongan. Bagi mereka yang menggunakan kenderaan yang bersaiz kecil seperti kereta Perodua Kancil dan Kelisa, keluasan tempat menyimpan barang di dalam kereta adalah sangat terhad. Oleh itu, adalah menjadi keperluan bagi menghasilkan kon keselamatan mudah alih yang mempunyai ciri – ciri sama ada boleh dilipat, dicantumkan atau dipenyekkan menjadi satu saiz yang kecil dan muat untuk disimpan di dalam kereta yang bersaiz kecil. 5 Malaysia adalah sebuah negara yang beriklim panas dan lembab sepanjang tahun. Kriteria ini juga perlulah diberi perhatian bagi mencipta suatu alat keselamatan seperti kon keselamatan mudah alih, supaya dapat dilihat dengan jelas dalam keadaan terang mahupun gelap. 6 Selain dari masalah tempat yang terhad di dalam kenderaan, kon keselamatan juga haruslah mempunyai ciri – ciri seperti ringan dan mudah diangkat. Ini kerana pengguna jalanraya yang menaiki kenderaan sendiri di Malaysia adalah terdiri daripada pelbagai golongan termasuklah orang tua, wanita dan pemandu kurang upaya. Rajah 2.1 Penggunaan Kon Keselamatan di Jalan Raya

2.3 KELEBIHAN KON KESELAMATAN MUDAH ALIH