Pengenalan The Influence of anti Hadith Group (GAH) Thinking on the Muslim Ummah: A Special Study in the Klang Valley Pengaruh Pemikiran Golongan anti Hadith (GAH) Kepada Umat Islam: Kajian Khusus di Lembah Klang

JQHS 12.1_F6_76-88.indd 77 5192014 6:02:32 PM GAH THINKING ON THE M U S LI M UMMAH 77 Keywords Hadis – Anti Hadis Group – Muslim Thinking – Akidah and Shariah

1. Pengenalan

Isu antihadis adalah isu yang penting demi menjaga kesucian Islam. Ini kerana golongan yang menolak hadis sebagai rujukan umat Islam boleh membawa kepada kerosakan pengangan agama, seterusnya membahayakan akidah mereka.1 Perbahasan tentangnya yang dianggap sensitif oleh sesetengah pihak atau individu wajar ditolak memandangkan perkara ini berkait terus dengan akidah umat Islam. Tambahan pula, GAH giat berusaha menyebarkan faha- man mereka dan sekiranya umat Islam sendiri tidak peka dengannya, maka semakin ramailah di kalangan mereka yang akan terpengaruh. GAH telah lama wujud di Malaysia, dan kewujudannya telah lama difat- wakan haram oleh Majlis Fatwa Negara dan negeri-negeri di Malaysia.2 Namun begitu, melalui bantuan musuh-musuh Islam seperti orientalis dan sokongan beberapa kerat golongan elit Muslim, gerakan ini masih terus tersebar di Malaysia. Pemikiran mereka semakin menular dan bertapak dalam masyara- kat hasil daripada hak kebebasan bersuara dan memberi pendapat. Pelbagai sumber media telah dimanfaatkan semata-mata untuk memastikan mesej mereka sampai kepada masyarakat. Umat Islam yang jahil dan leka mudah terpengaruh dengan ajaran mereka. Sehubungan dengan itu, kajian ini dike- tengahkan untuk mengenal pasti sejauh mana keaktifan mereka dan kesannya terhadap masyarakat. Secara khususnya kajian ini dijalankan untuk: i. Mengenal pasti kesan pengaruh GAH terhadap akidah umah Islam di Lembah Klang. ii. Mengenal pasti kesan pengaruh GAH terhadap shariah umah Islam di Lembah Klang. iii. Mengkaji perkara-perkara yang wajar dilaksanakan bagi membendung GAH. 1 Awang Suhaili Bin Haji Mohiddin, Al-Bathiniyah dan pengaruhnya di Negara Brunei Dar-us-salam. Seminar Kebatinan Serantau , September 2000: 25. 2 Abdul Karim Ali, “Penguatkuasaan Fatwa Pengharaman Karya-Karya Anti Hadith di Malaysia: Satu Penilaian ”. Al-Bayan Journal 6 2008: 1. Al-Bayan – Journal of Qurʾan and Hadith Studies 12 2014 76-88 JQHS 12.1_F6_76-88.indd 78 5192014 6:02:32 PM 78 BIN GHAZALI AND M D . SAWARI Kajian ini penting untuk menjaga kesucian ajaran Islam daripada tercalar den- gan pemikiran-pemikiran karut yang tiada asas. Menyedarkan umat Islam bahawa pemikiran-pemikiran kelolaan anti hadith tersebar di media-media massa. Membantu pihak berkuasa agama dengan memberitahu tahap penga- ruh GAH kepada masyarakat, faktor-faktor yang membuat mereka terpenga- ruh dan jalan-jalan penyelesaian kemelut ini. Dunia akademik pula akan terselamat daripada fakta-fakta yang salah ciptaan GAH. 2 . Skop dan Metodologi 2.1 Persampelan Pemilihan sampel adalah secara persampelan rawak mudah yang sasarannya adalah masyarakat Melayu Islam yang tinggal di Lembah Klang. Golongan ini merupakan golongan profesional dan bukan profesional yang bekerja di sek- tor-sektor awam dan swasta. Kajian tertumpu kepada masyarat umat Islam di Lembah Klang kerana kepadatan penduduknya. Kepadatan penduduk telah menjadikan Lembah Klang sebagai tempat berhimpun segala jenis kebaikan, keburukan, pemikiran dan pengamalan. Umat Islam yang telah menetap sekian lama di Lembah Kelang atau yang berhijrah dari negeri-negeri lain mempunyai latar belakang agama yang berbeza. Ada di antara mereka yang mempunyai asas agama yang kuat, ada yang sederhana dan ada yang lemah. Tambahan pula kajian ini difokuskan kepada mereka agar diketahui sejauh mana mereka terpengaruh dengan ajaran golongan yang menolak hadis. Oleh kerana kajian ini hanya mengunakan sampel penduduk yang berada di Lembah Klang maka hasil kajian ini hanya boleh di bataskan kepada ling- kungan penduduk yang berada di sekitar kawasan tersebut sahaja. Generalisasi artikel ini tidak boleh diperluasakan hingga kepada seluruh Ummah Muslim yang berada di seluruh Malaysia, mahupun diseantera dunia. Kajian selanjut- nya amatlah perlu untuk mengunakan sampel yang lebih besar agar gener- lisasi dapat dilakukan. 2.2 Instrumen Kajian Instrumen yang akan digunakan dalam kajian ini ialah borang soal selidik yang diedarkan kepada responden berdasarkan kepada objektif kajian. Soal selidik ini terdiri daripada lima bahagian: Bahagian A: Latar Belakang Demografi, Bahagian B Penghayatan Keagamaan Umat Islam, Bahagian C: Pandangan Semesta Umat Islam Tentang GAH, Bahagian D: Pengaruh Pemikiran GAH Kepada umat Islam dan E: Cadangan-cadangan. Al-Bayan – Journal of Qurʾan and Hadith Studies 12 2014 76-88 JQHS 12.1_F6_76-88.indd 79 5192014 6:02:32 PM GAH THINKING ON THE MUSLIM UMMAH 79 Jadual 1 Nilai Pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronbach Instrumen Bil. Item Nilai alpha Cronbach Pengaruh Pemikiran GAH Kepada Umat Islam 23 0.837 2.3 Analisis Data Penganalisaan data yang dibuat oleh penulis adalah melalui analisis berkom- puter menggunakan Statistical Package for Social Science Versi 15. Sebelum penganalisaan dibuat, semua item-item soalan yang berbentuk negatif dikod- kan semula recode agar memberi gambaran sebenar arah dan magnitiud skor jawapan responden bagi item-item yang penyataannya negatif. Penganalisaan data kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu; anali- sis secara deskriptif dan analisis inferensi. Kedua-dua analisis ini adalah bertu- juan untuk menjawab soalan-soalan kajian, menguji hipotesis-hipotesis penyelidikan dan seterusnya mencapai objektif-objektif kajian yang telah ditetapkan.

3. Hasil Analisis