Rekabentuk Pencengkam Untuk Mekanisma Pengangkat.

Vl

ABSTRAK

Projek ini adalah bertujuan untuk merekabentuk pencengkam yang dapat
beroperasi dengan lancar dan sempurna sebagai komponen utama dalam sebuah sistem
alat pengangkat. Ia terdiri daripada integrasi antara robot industri dan pengawal logik
aturcara (PLC). Kombinasi ini akan menghasilkan satu sistem automasi yang lengkap
dan sempurna. Fungsi utama sistem ini adalah untuk proses ambil dan letak dimana
pencengkam yang sempurna diperlukan bagi melaksanakannya. Projek ini terdiri
daripada dua bahagian utama iaitu pembangunan perkakasan dan pembangunan perisian.
Pembangunan perkakasan terdiri daripada litar pengantara kawalan iaitu litar kawalan
motor pencengkam, motor pengangkat dan motor kren. Pembangunan perisian pula
adalah

merekabentuk

sebuah

gambarajah


tangga

menggunakan

perisian

ex-

Programmer (OMRON) untuk digunakan dalam pengawal logik aturcara (PLC).
Seterusnya, analisis dan perbincangan terhadap keseluruhan projek akan dilaksanakan.