PEMBANGUNAN KIT REKABENTUK UNTUK KEMAHIR

ARAS DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Nazirah Binti Mat Sin

Kertas Projek Yang Dikemukakan Kepada Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Keperluan Untuk Ijazah Sarjana Teknologi

Pengajaran

PENGAKUAN KEASLIAN PENULISAN

Nama: (No. K.P/Pasport: ) No. Pendaftaran/Matrik:

Nama Ijazah: Tajuk Kertas Projek/Laporan Penyelidikan/ Disertasi/Tesis (“Hasil Kerja Ini”):

Bidang Penyelidikan: Saya dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa: (1)

Saya adalah satu-satunya pengarang/penulis Hasil Kerja ini; (2)

Hasil kerja ini adalah asli; (3)

Apa-apa penggunaan mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dilakukan secara urusan yang wajar dan bagi maksud yang dibenarkan dan apa- apa petikan, ekstrak, rujukan atau pengeluaran semula daripada atau kepada mana-mana hasil kerja yang mengandungi hakcipta telah dinyatakan dengan sejelasnya dan secukupnya dan satu pengiktirafan tajuk hasil kerja tersebut dan pengarang/penulisnya telah dilakukan dalam Hasil Kerja ini;

(4) Saya tidak mempunyai apa-apa pengetahuan sebenar atau patut semunasabahnya tahu bahawa Hasil Kerja ini melanggar suatu hakcipta hasil kerja lain;

(5) saya dengan ini menyerahkan kesemua tiap-tiap hak yang terkandung di dalam hakcipta Hasil Kerja ini kepada Universiti Malaya (“UM”) yang seterusnya

mula dari sekarang adalah tuan punya kepada hakcipta di dalam Hasil Kerja ini dan apa-apa pengeluaran semula ataupenggunaan dalam apa jua bentuk atau dengan apa juga cara sekalipun adalah dilarang tanpa terlebih dahulumendapat kebenaran bertulis dari UM;

(6) Saya sedar sepenuhnya sekiranya dalam masa penghasilanhasil kerja ini saya telah melanggar suatu hakcipta hasil kerja yang lain sama ada dengan niat atau sebaliknya, saya boleh dikenakan tindakan undang-undang atau apa-apa tindakan lain sebagaimana yang diputuskan oleh UM.

Tandatangan Calon Tarikh Diperbuat dan sesungguhnya diakui dihadapan, Tandatangan Saksi

Tarikh

Nama:

ARAS DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Nazirah Binti Mat Sin

Kertas Projek Yang Dikemukakan Kepada Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Keperluan Untuk Ijazah Sarjana Teknologi

Pengajaran

KANDUNGAN PENGAKUAN JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH

BAB 1: PENGENALAN

Pendahuluan …………………………………………………………

1 Latar belakang kajia n………………………………………………..

3 Kimia dan ICT …………………………………………....

3 Seni Visual dan ICT ………………………………………

6 Pernyataan masalah …………………………………………………

8 Tujuan Kajian ……………………………………………………....

9 Objektif Kajian ……………………………………………………..

11 Soalan Kajian ……………………………………………………….

11 Kepentingan Kajian …………………………………………………

11 Batasan Kajian ………………………………………………………

12

BAB 2: KAJIAN LITERATUR

13

Rekabentuk Pengajaran ……………………………………………..

SENARAI JADUAL NO. JADUAL MUKA SURAT

Jadual 1 Rubrik brosur dan poster

56 Jadual 2

61 Jadual 3

Strategi pengajaran

Pencapaian pelajar dalam pembangunan

73 poster dan penglibatan penggunaan pemikiran tahap tinggi semasa pembangunan poster

75 dibangunkan Jadual 5

Jadual 4 Pemarkahan poster yang telah

76 Bloom Jadual 6

Dimensi pemprosesan kognitif taksonomi

79 Taksonomi Bloom Jadual 7

Analisis Buku Kerja Berdasarkan

Kekuatan dan kelemahan kit rekabentuk 124 dari faktor kejelasan Jadual 8

Kekuatan dan kelemahan kit rekabentuk 126 dari faktor kesan terhadap pelajar Jadual 9

Kekuatan dan kelemahan kit rekabentuk 128 dari faktor kebolehlaksanaan Jadual 10

Dapatan-dapatan lain yang diperolehi di 129 dalam kajian ini

SENARAI RAJAH NO. RAJAH MUKA SURAT

Rajah 1 Model Rekabentuk Pengajaran

18 Rajah 2

28 Gothic Rajah 3

Penggunaan Text Jenis Arial dan Centery

42 Rajah 4

Model Dick dan Carey

42 Pengajaran Rajah 5

Langkah Dalam Mengenalpasti Matlamat

45 Rajah 6

Analisis Matlamat Bagi Kit Rekabentuk

47 Pendekatan Secara Hierarki Rajah 7

Kemudahan Projektor di Makmal kimia

52 Rajah 9

Susun Atur Makmal komputer

63 Pelajar Rajah 10

Penerangan Matlamat Pengajaran kepada

63 Poster dan brosur Rajah 11

Perbincangan Pelajar bagi Menghasilkan

64 Rajah 12

Penghasilan Brosur

70 Rajah 13

Data Yang Dikumpul

85 Rajah 14

Bahan Rujukan

Proses Pembangunan Poster

Bab 1

Pendahuluan

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan sebahagian daripada kehidupan pelajar pada masa kini (Lacina, 2008, hlm. 247). Pelajar melihat ICT sebagai sebuah alat untuk berkomunikasi, mencari maklumat dan bersosial. Sebagai contoh, telefon bimbit digunakan sebagai alat komunikasi, “Google” digunakan sebagai sumber pencarian maklumat terkini dan “Facebook” digunakan sebagai tempat bersosial dan berkenalan di alam siber.

Menyedari akan peranan ICT dalam kehidupan pelajar, sistem pendidikan sekolah kini sedang melalui satu proses transformasi. Transformasi yang dimaksudkan adalah pengintegrasian teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Transformasi ini dilihat sebagai satu usaha untuk menyeragamkan suasana pembelajaran pelajar di sekolah dan kehidupan biasa mereka diluar sekolah (Spires et al., 2008, hlm. 498). Sejajar dengan perkembangan dan perubahan ICT dalam dunia pendidikan global, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberikan penekanan terhadap ICT di peringkat sekolah melalui Pelan Induk pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006- 2010.

Kajian-kajian lepas telah berjaya membuktikan bahawa penggunaan ICT di dalam kelas memberikan kesan yang positif terhadap pelajar: Menurut Salbiah (2008) dan Fedison & Braidic (2007), penggunaan ICT berupaya untuk meningkatkan tahap motivasi dan prestasi pembelajaran pelajar di

dalam kelas. Menurut Rusmini (2002, hlm.3), pelajar lebih menggemari penggunaan ICT dalam kelas kerana “ICT menyediakan peluang yang luas dalam aktivit i”. Pelajar berupaya melakukan pelbagai aktiviti pembelajaran seperti mengendalikan komputer dan melayari internet berbanding dengan kaedah tradisional di mana pelajar hanya mendengar guru mengajar (Spires et al., 2008, hlm. 506). Kajian yang sama turut memaklumkan bahawa pelajar mencadangkan agar lebih banyak peralatan ICT disediakan dalam pembelajaran mereka. Selain daripada berupaya meningkatkan tahap motivasi pelajar, penggunaan ICT dalam kelas membawa transformasi daripada pembelajaran berpusatkan guru kepada pembelajaran berpusatkan pelajar (Guerrero, 2005): Semasa penggunaan ICT di dalam kelas guru lebih bertindak sebagai fasilitator, di mana guru akan memberi penerangan, pelajar mencuba dan meneroka apa yang telah dipelajari sendiri. Guru hanya membantu sekiranya diperlukan. Fokus pembelajaran lebih tertumpu kepada pelajar. Secara tidak langsung pelajar lebih bertanggungjawab di atas pembelajaran mereka sendiri. Pelajar dapat menghubungkaitkan apa yang dipelajari di dalam kelas dengan persekitaran mereka dan pelajar akan lebih memahami apa yang dipelajari (Guerrero, 2005,hlm. 188 dan 190). Penggunaan ICT dalam kelas turut berupaya meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar. Menurut Bloom (1956), kemahiran berfikir aras tinggi bermaksud keupayaan pelajar untuk (1)mengumpul (2) memahami dan (3)menggunakan maklumat yang diterima, (4) menganalisis maklumat (5) sintesis maklumat dan (6) menilai maklumat yang diterima untuk menghasilkan pengetahuan baru.

Keberkesanan penggunaan ICT di dalam pengajaran dan pembelajaran memang tidak boleh disangkal. Walaubagaimanapun, keberkesanan penggunaan ICT hanya akan berlaku sekiranya guru menggunakan strategi- strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Objektif pengajaran memainkan peranan penting dalam memastikan

kelancaran sesebuah kelas. Selain daripada itu guru haruslah menyiapsediakan pelajar dengan aktiviti yang bersesuaian dengan kemahiran komputer mereka. Guru juga harus menitikberatkan bahan-bahan digital yang digunakan (Ping Lim dan Yong Tay, 2003).

Dalam konteks ini, pembangunan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan penggunaan ICT telah dikenal pasti sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran yang berupaya meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar.

Latar belakang kajian Kimia dan ICT

Penggunaan ICT di peringkat sekolah di dalam pendidikan sains termasuk matapelajaran Kimia semakin meningkat (Zuger, 2009; Towell, 2009; Pribeanu & Iordache, 2008; Ozmen, 2008; Kalanda & De Villiers, 2008; Ozer, 2004). Towell (2009) melaporkan teknologi boleh dilaksanakan di dalam bilik darjah tanpa melibatkan sebarang kos. Di dalam kajian yang sama Towell mencadangkan agar guru melaksanakan penggunaan web 2.0 seperti

Ning dan SecondLife dalam pembelajaran Kimia yang dilihat bersesuaian dengan keperluan pembelajaran generasi muda yang mempunyai tahap literasi komputer yang tinggi. Kajian lain pula telah dijalankan oleh Zuger (2009) melaporkan kolaborasi antara institusi pendidikan tinggi dan sekolah dalam melaksanakan penggunaan teknologi canggih di dalam makmal kimia dalam meningkatkan keberkesanan tahap pengajaran dan pembelajaran guru dan pelajar.

Rata-rata kajian melaporkan penggunaan ICT dalam subjek sains termasuk kimia membawa impak yang positif kepada pelajar. Pelajar memberikan maklumbalas seperti kandungan yang relevan dengan topik yang dipelajari, arahan yang jelas dan suasana pembelajaran yang kondusif (Kay & Knaack, 2007). Kajian yang telah dilaksanakan oleh Dibble (2005) mendapati bahawa pendekatan konstruktif yang telah digunakan seperti pembangunan persembahan PowerPoint (pembelajaran berasaskan projek) bagi topik pemakanan dalam kimia telah berjaya meningkatkan keberkesanan pembelajaran pembelajaran pelajar di dalam kelas. Di dalam kajian yang sama, Dibble turut menyarankan agar guru menggunakan pelbagai pendekatan dalam teknik pengajaran di dalam kelas bagi subjek kimia. Antara teknik yang disarankan termasuklah „just-in-time’ teaching dan pembelajaran secara koorperatif dan penyelesaian permasalahan.

Melalui kajian literatur, pengkaji mendapati bahawa keberkesanan penggunaan teknologi di dalam bilik darjah memang tidak boleh disangkal. Walaubagaimanapun, di dalam konteks sekolah dan bilik darjah, terdapat Melalui kajian literatur, pengkaji mendapati bahawa keberkesanan penggunaan teknologi di dalam bilik darjah memang tidak boleh disangkal. Walaubagaimanapun, di dalam konteks sekolah dan bilik darjah, terdapat

 Keperluan masa yang panjang danlam penggunaan komputer oleh pelajar  Peruntukan masa yang lebih dalam merancang dan membangunkan bahan pengajaran berasaskan teknologi  Peralatan komputer yang ketinggalan zaman

 Kekurangan aplikasi komputer yang bersesuaian  Kekurangan kemahiran teknikal  Tahap kemahiran teknikal pelajar

Kajian yang hampir sama telah dilakukan di salah sebuah negeri di Malaysia (Siti Norazlina Binti Kamisan, 2008). Didapati bahawa guru lebih cenderung menggunakan komputer untuk kegunaan peribadi sahaja. Antara faktor –faktor halangan tersebut adalah:

 Masa  Sikap  Latihan  Kemudaha

Walaupun terdapat pelbagai cabaran yang harus dihadapi oleh guru, perubahan harus dilakukan terhadap pendekatan pengajaran dan pembelajaran subjek Kimia di peringkat sekolah (Johnstone, 2010). Pengintegrasian teknologi di dalam pembelajaran bilik darjah akan melahirkan satu generasi (guru dan pelajar) yang mempunyai budaya pengajaran dan pembelajaran yang kukuh sekiranya sesebuah institusi pendidikan berupaya memberikan sokongan dari segi mental dan fizikal (peralatan teknologi dan bantuan fizikal dan mental) (Harnisch, Comstock, Bievenue & Davis, 2009).

Jesteru itu penggunaan teknologi di dalam kelas kimia patut diterapkan dengan mengambil kira faktor-faktor halangan yang dihadapi oleh guru. Salah satu faktor yang menghalang guru daripada melaksanakan penggunaan teknologi di dalam bilik darjah adalah kemahiran penggunaan teknologi yang minima di kalangan pelajar. Guru terpaksa menyediakan bahan-bahan

pengajaran „just-in-time’untuk membantu pelajar mempelajari kemahiran komputer pada masa yang sama mempelajari subjek kimia.

Seni visual dan ICT

Antara kemahiran komputer yang harus pelajar ketahui adalah seni visual. Perkembangan ICT telah mengubah pandangan masyarakat terhadap seni visual: Seni visual dilihat penting dalam masyarakat visual (Morrison,2003).

Menurut Eric (2001), seni visual merangkumi, “… art production, paper and canvas work, photography, drawing, illustration, and painting. They also are

demonstrated by technical theater work: costume design, make-up, lighting, props, and scenery. ” (hlm.58). Eric turut menyatakan bahawa di dalam konteks masyarakat ICT, seni visual merangkumi “… film-making, video stories, visualizing, print-making, shooting, editing, and computer-based graphics design. As well, students use multimedia for art, communication, or marketing materials and the development of Web sites.” (hlmn.58)

Pemahaman tentang seni visual hanya akan dikecapi melalui pengetahuan dalam literasi visual. Young (2004) mendefinisikan literasi visual sebagai “…the ability to interpret, use, appreciate and create images and video

using both conventional and 21st century media in ways that advance thinking, decision making, communication and learning.”

Burns (2003) menyatakan: “To succeed in the academic and vocational world, students must be

proficient in both reading and writing – they must be literate. But to navigate the real world, they must also be visually literate – able to proficient in both reading and writing – they must be literate. But to navigate the real world, they must also be visually literate – able to

Pemahaman tentang seni visual adalah penting untuk komunikasi visual dan tuntutan pekerjaan pada generasi muda (Morrison, 2003). Menyedari akan hakikat kepentingan penggunaan teknologi dalam subjek Kimia dengan mengambil kira faktor-faktor yang menghalang guru daripada menggunakan teknologi dalam bilik darjah dan kepentingan pengetahuan seni visual pada generasi kini, pembangunan bahan pembelajaran dan pengajaran dalam kimia yang menggunakan perisian yang mudah dan biasa digunakan oleh pelajar dilihat berupaya menjadi salah satu usaha dalam menyokong guru menggunakan ICT di dalam kelas.

Pernyataan Masalah

Kit rekabentuk telah dibangunkan untuk menggalakkan guru mengintegrasikan teknologi di dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas mereka. Tujuan ini telah dikenalpasti kerana kebanyakan guru tidak gemar menggunakan teknologi sebagai sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas (Fisherman & Davis, 2006). Walaupun ada diantara guru-guru mempunyai kemahiran teknologi, ia tidak menjamin guru akan membangunkan bahan pengajaran yang melibatkan penggunaan teknologi (Jeong So & Bosung, 2009).

Encik Ahmad (bukan nama sebenar) merupakan seorang guru Kimia dari salah sebuah sekolah berasrama penuh di kawasan Lembah Kelang. Beliau berkemahiran mengendalikan komputer dan mempunyai pengalaman selama tujuh tahun dalam mengajar Kimia. Walau bagaimanapun beliau mempunyai pengetahuan yang minima dalam pengetahuan seni visual.

Kimia dan Pengguna merupakan salah satu daripada bab matapelajaran Kimia. Pada kebiasaannya Encik Ahmad hanya memberikan penerangan tentang bab tersebut dan pelajar hanya mendengar di dalam makmal kimia. Beliau mendapati bahawa strategi pengajaran yang digunakan lebih berpusatkan guru dan kurang efektif.

Beliau merasakan penggunaan teknologi dalam bab Kimia dan Pengguna amat bersesuaian. Penggunaan teknologi dalam pengajaran bab tersebut akan memusatkan pembelajaran dari guru kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Beliau turut merasakan pelajar akan lebih aktif sekiranya penggunaan teknologi dilaksanakan bagi bab tersebut di dalam kelas Kimia beliau.

Bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan teknologi di dalam kelasnya, Encik Ahmad merasakan pelajar bukan sahaja perlu dilengkapkan dengan pengetahuan Kimia malah mereka harus diajar pengetahuan seni visual „just-in-time’ yang padat dan ringkas agar mereka berupaya menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam waktu yang telah ditetapkan.

Jesteru itu, penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan kimia dan seni visual yang menggunakan perisian komputer yang umum dicadangkan. Ia adalah sebagai alternatif dalam mendorong guru Jesteru itu, penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan kimia dan seni visual yang menggunakan perisian komputer yang umum dicadangkan. Ia adalah sebagai alternatif dalam mendorong guru

Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mereka bentuk, membangun dan menilai Kit Rekabentuk untuk pelajar berusia 16 tahun dalam membantu guru-guru untuk mengajar salah topik di dalam matapelajaran kimia menggunakan peralatan ICT yang mudah.

Kit rekabentuk telah dibangunkan sebagai mengatasi salah satu faktor yang menghalang guru menggunakan teknologi dalam kelas iaitu kemahiran teknologi pelajar yang minima. Kit rekabentuk dibangunkan untuk membantu guru mengajar topik di dalam mata pelajaran Kimia tanpa perlu memikirkan pembangunan bahan pengajaran bagi meningkatkan kemahiran teknologi pelajar.

Kit rekabentuk ini akan digunakan dan dinilai di dalam bengkel melibatkan 10 orang pelajar. Kit rekabentuk ini terdiri daripada presentasi seni visual dan sebuah buku kerja digital seni visual. Presentasi seni visual merupakan sebuah modul yang akan digunakan oleh guru untuk mengajar kemahiran sen visual kepada para pelajar. Tujuan penyediaan modul ini adalah sebagai bahan pengajaran yang boleh digunakan oleh guru.

Buku digital seni visual pula berperanan sebagai buku latihan yang akan digunakan oleh para pelajar semasa sesi bengkel dijalankan. Setiap kumpulan pelajar dikehendaki merekabentuk dan menghasilkan poster dan brosur. Buku digital ini bertindak sebagai panduan kepada pelajar dalam menghasilkan bahan yang telah ditetapkan. Kit rekabentuk ini telah

dibangunkan untuk menampung bengkel “just-in-time”. Bahan pengajaran dan yang dihasilkan mestilah ringkas, padat dan mencukupi untuk bengkel ini.

Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk:

 Mengkaji tentang keupayaan Kit Rekabentuk dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar yang berusia 10 hingga 12 tahun

 Mengkaji pendapat pelajar dan guru terhadap Kit Rekabentuk yang telah dibangunkan

Soalan Kajian

Secara khususnya, kajian dijalankan bagi menjawab persoalan-persoalan berikut:

 Sejauh manakah Kit Rekabentuk dapat meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar yang berumur 16 tahun?

 Berdasarkan kepada pendapat guru dan pelajar, apakah kekuatan dan

kelemahan pengajaran Kit Rekabentuk yang telah dibangunkan?

Kepentingan Kajian

Kajian yang telah dijalankan ini bermanfaat kepada pelajar berusia 16 tahun dan guru. Melalui Kit Rekabentuk yang telah dibangunkan, pelajar berupaya untuk meningkatkan (1) kemahiran literasi visual (2) kemahiran berfikir aras tinggi melalui aktiviti-aktiviti penyelesaian masalah yang dijalankan semasa bengkel dan (3) fokus terhadap pelajar (pembelajaran berpusatkan pelajar).

Selain daripada itu, Kit Rekabentuk yang telah dibangunkan turut memberi faedah kepada guru. Kit Rekabentuk yang telah dibangunkan boleh dijadikan sebagai bahan pengajaran „just-in-time” dalam kelas mereka. Kajian ini turut menggalakkan para guru agar bersikap innovatif dan kreatif dalam penyediaan bahan pembelajaran. Bahan-bahan yang telah dihasilkan bagi tujuan kajian ini (presentasi seni visual dan buku latihan digital) boleh dijadikan sebagai panduan kepada guru dalam menghasilkan bahan pembelajaran berkualiti yang melibatkan penggunaan ICT.

Batasan Kajian

Persampelan hanya terdiri daripada pelajar-pelajar lelaki di salah sebuah sekolah berasrama penuh lelaki di daerah Lembah Klang sahaja. Oleh itu persepsi terhadap Kit Rekabentuk hanya terbatas kepada para pelajar di sekolah tersebut sahaja.

Bahan pengajaran dan pembelajaran Kit Rekabentuk telah dibangunkan menggunakan aplikasi Microsoft PowerPoint: diandaikan para pelajar dan guru yang terlibat dalam kajian ini mempunyai sekurang- kurangnya kemahiran tahap asas dalam Microsoft PowerPoint.

Memandangkan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi kajian ini dibangunkan untuk bengkel “just-in-time”, segala kandungan dan bahan-bahan telah dibangunkan mencukupi untuk sesi bengkel satu hari sahaja. Oleh itu, kandungan yang dibangunkan lebih tertumpu kepada kemahiran seni visual yang asas sahaja.

Bab 2

Kajian Literatur

Menurut Fraenkel dan Wallen (2006), “A literature review is helpful in two ways. It not only help researchers glean the ideas of others interested in a particular research question, but it also lets them read about the results of other (similar or related) studies” (hlm. 67). Di dalam kertas projek ini, kajian literatur dijadikan sebagai panduan dalam pembangunan dan penilaian kit rekabentuk.

Bab ini turut membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan rekabentuk pengajaran (ID), teori kognitif dan rekabentuk mesej. ID dijadikan sebagai garis panduan dalam membangunkan modul kit rekabentuk. Teori kognitif dijadikan sebagai teori asas dalam pembangunan dan penilaian kit rekabentuk dan rekabentuk mesej merupakan kandungan modul bagi kit rekabentuk.

Rekabentuk pengajaran

Menurut McArdle (1991), penggunaan rekabentuk pengajaran dalam membangunkan strategi, aktiviti dan bahan pembelajaran berupaya meningkatkan keberkesanan dan kejayaan sesebuah pengajaran. Jesteru itu, kajian ini dijalankan menggunakan sistem rekabentuk pengajaran sebagai Menurut McArdle (1991), penggunaan rekabentuk pengajaran dalam membangunkan strategi, aktiviti dan bahan pembelajaran berupaya meningkatkan keberkesanan dan kejayaan sesebuah pengajaran. Jesteru itu, kajian ini dijalankan menggunakan sistem rekabentuk pengajaran sebagai

Definisi pengajaran

Pengajaran bermaksud interaksi antara pengajar dan pelajar melalui pembelajaran yang terancang dalam mencapai objektif sesebuah pembelajaran. (Seel, 2004; Smith & Ragan, 1999; Driscoll, 1994).

Definisi rekabentuk

Rekabentuk pula didefinisikan sebagai satu proses penyelesaian masalah. Proses-proses yang terlibat termasuklah, mengenalpasti permasalahan, mencari jalan penyelesaian melalui perancangan yang sistematik dan pembentukan idea yang membawa kepada output seperti penghasilan produk atau pelaksanaan pengajaran. Perancangan yang dijalankan mestilah berupaya menyelesaikan masalah dan membawa perubahan (Simon, 1981; Rowland, 1993; Smith & Ragan, 1999).

Definisi rekabentuk pengajaran

Pelbagai definisi rekabentuk pengajaran boleh diperolehi di dalam kajian, penulisan dan artikel: secara umumnya rekabentuk pengajaran adalah proses pengajaran yang terancang bertujuan memperbaiki pembelajaran pelajar (Reigeluth, 1983; Gagne, 1992; Tenyson, Schott, Seel & Dijkstra, 1997).

Definisi yang lebih terperinci telah dihuraikan: Gagne (1992) mendefiniskan ID sebagai satu proses terancang dalam merekabentuk pengajaran dan bahan pengajaran dalam mencapai objektif pembelajaran. Smith dan Ragan (1999), Shambaugh dan Magliaro (1997), Seels dan Glasgow (1990) mendefiniskan ID sebagai satu proses terancang yang melibatkan penggunaan prinsip dan teori pembelajaran dalam menghasilkan bahan pengajaran dan aktiviti. Shambaugh dan Magliaro turut menambah, proses yang terancang ini bertujuan mengenalpasti dan menginterpretasi keperluan pelajar. McArdle (1991) melihat ID sebagai satu proses memahami dan mengenalpasti keperluan pelajar, mencari penyelesaian dan mengambil tindakan bagi meningkatkan prestasi pelajar.

Garis panduan dalam rekabentuk pengajaran

Dalam membangunankan strategi pengajaran terdapat pelbagai langkah atau garis panduan yang boleh diikuti. Gagne, Briggs dan Wager (1992) menyarankan lapan peringkat yang harus dilakukan perekabentuk pengajaran:

1. Mendefinisikan tujuan pengajaran

2. Menjalankan analisis pengajaran

3. Mengenalpasti tahap pelajar

4. Membangunkan objektif pengajaran

5. Pemilihan teknik pengajaran yang bersesuaian

6. Pemilihan atau pembangunan bahan pengajaran

7. Merancang dan menjalankan penilaian formatif

8. Merancang dan menjalankan penilaian sumatif

Smith dan Ragan (1999) pula menyenaraikan tiga peringkat asas yang perlu dilakukan dalam pembangunan sesebuah pengajaran iaitu, peringkat analisis, strategi dan penilaian. Kesemuanya peringkat merupakan satu proses pengulangkajian berulang (revision). Smith dan Ragan turut menyatakan analisis, strategi dan penilaian merupakan asas kepada model rekabentuk pengajaran. Model rekabentuk pengajaran adalah visual yang menunjukkan proses yang terlibat dalam rekabentuk pengajaran. Rajah 2.1 menunjukkan model rekabentuk pengajaran yang disarankan oleh Smith dan Ragan.

Rajah 1: Model rekabentuk pengajaran (sumber daripada Smith dan Ragan,

Kelebihan menggunakan sistematik rekabentuk pengajaran

Secara umumnya pelaksanaan rekabentuk pengajaran dalam pembelajaran berupaya meningkatkan keberkesanan pengajaran. Secara terperinci, terdapat pelbagai kelebihan yang boleh diperolehi oleh pelajar, pengajar dan perekabentuk pengajaran. Menurut Smith dan Ragan (1999) penggunaan rekabentuk pengajaran:

 Memberi keutamaan kepada pelajar  Menghasilkan pengajaran yang berkesan dan menarik  Membawa penyatuan kepada perekabentuk pengajaran, pereka produk

dan tenaga pengajar yang terlibat dalam proses rekabentuk pengajaran.  Menghasilkan strategi pengajaran yang boleh digunaka pakai

berulangkali walaupun produk yang dihasilkan berbeza seperti video dan laman web.

 Menggalakkkan objektif pembelajaran, aktiviti pengajaran dan penilaian yang selari.  Menyediakan satu proses yang sistematik dalam mencari penyelesaian pembelajaran.

Kelemahan menggunakan sistematik rekabentuk pengajaran

Sistem rekabentuk pengajaran bukanlah penyelesaian kepada segala permasalahan di dalam bidang pendidikan (Smith & Ragan, 1999). Sistem ini turut mempunyai kelemahannya. Menurut Smith dan Ragan, antara kelemahan rekabentuk pengajaran adalah: Sistem rekabentuk pengajaran adalah efektif dalam bidang pendidikan sahaja. Sistem ini tidak bersesuaian digunakan dalam bidang lain seperti bidang keusahawanan atau perniagaan. Walaupun terdapat banyak teori pembelajaran, namun tidak semua teori boleh diaplikasikan dalam sistem rekabentuk pengajaran.

2.2 Teori Asas: Kognitif

Seperti yang telah diterangkan dalam kajian literatur (2.1), ID adalah satu proses terancang yang melibatkan penggunaan prinsip dan teori (Smith & Ragan, 1999; Shambaugh & Magliaro, 1997; Seels & Glasgow, 1990): Teori pembelajaran kognitif telah digunakan sebagai asas membangunkan bahan dan aktiviti pembelajaran di dalam kertas projek ini. Oleh itu, pemahaman tentang teori pembelajaran kognitif adalah relevan dalam kajian literatur ini. Menurut Glosari pendidikan (2005) kognitivisme adalah “Teori yang menyatakan bahawa manusia belajar seperti suatu model yang melibatkan interaksi antara apa yang telah diketahui dan bagaimana pengetahuan ini boleh Seperti yang telah diterangkan dalam kajian literatur (2.1), ID adalah satu proses terancang yang melibatkan penggunaan prinsip dan teori (Smith & Ragan, 1999; Shambaugh & Magliaro, 1997; Seels & Glasgow, 1990): Teori pembelajaran kognitif telah digunakan sebagai asas membangunkan bahan dan aktiviti pembelajaran di dalam kertas projek ini. Oleh itu, pemahaman tentang teori pembelajaran kognitif adalah relevan dalam kajian literatur ini. Menurut Glosari pendidikan (2005) kognitivisme adalah “Teori yang menyatakan bahawa manusia belajar seperti suatu model yang melibatkan interaksi antara apa yang telah diketahui dan bagaimana pengetahuan ini boleh

Teori pembelajaran kognitif

Antara teori pembelajaran kognitif yang popular adalah teori pembangunan kognitif (Human development process) oleh Jean Piaget. Pemahaman dan penggunaan teori pembangunan kognitif dalam kertas projek ini adalah sebagai satu strategi membangunkan bahan pembelajaran dan aktiviti pengajaran yang bersesuaian dengan umur dan kemampuan minda pelajar. Menurut Piaget di dalam Boeree (2007) terdapat empat peringkat di dalam pembangunan mental kanak-kanak:

 Peringkat Deria motor - hingga 2 tahun Kanak-kanak mula mengenal dunia pada peringkat ini. Mereka mula

belajar dan memahami kemampuan dirinya menguasai objek seperti menggolekkan bola.

 Peringkat Praoperasi - 2 hingga 7 tahun Peringkat untuk menggunakan bahasa dan memahami setiap benda

objek diwakili oleh imej dan perkataan. Mula berupaya mengkategorikan objek mengikut warna atau saiz. Sukar untuk menerima pandangan orang lain.

 Peringkat Operasi konkrit - 7 hingga 11 tahun Berupaya berfikir secara logik. Boleh mengkategorikan objek kepada beberapa peringkat.

 Peringkat Operasi formal - 11 tahun dan seterusnya Pada peringkat ini pelajar berupaya berfikir secara abstrak, membuat

kesimpulan dan berkemahiran menyelesaikan masalah.

Taksonomi Bloom

Selain daripada teori pembangunan kognitif, Taksonomi Bloom turut dijadikan sebagai asas di dalam kertas projek ini. Taksonomi Bloom oleh Bloom (1956) merupakan salah satu daripada pembangunan kognitif yang popular. Ia merupakan sebuah model yang telah diakui keberkesanannya dan telah digunakan secara meluas di dalam bidang pendidikan seperti pembangunan kurikulum, kajian pendidikan dan penyediaan bahan peperiksaan (Kunen, Cohen & Solman, 1981). Taksonomi Bloom digunakan sebagai asas kepada penilaian terhadap pemikiran pelajar semasa menggunakan kit rekabentuk.

Bloom (1956) mengklasifikasikan operasi kognitif kepada enam peringkat:

 Pengetahuan (Knowledge) Ia merupakan peringkat paling asas dalam taksonomi bloom. Pelajar

hanya perlu mengingat kembali apa yang telah dipelajari seperti memberikan maksud atau definisi fakta.

 Kefahaman (Comprehension) Pada peringkat ini pelajar perlu memahami dan berupaya menerangkan

apa yang telah dipelajari seperti membuat kesimpulan dan membezakan antara fakta yang telah dipelajari.

 Aplikasi (Application) Peringkat

Berupaya mengaplikasikan teori yang telah dipelajari dalam menyelesaikan masalah.

asas kepada

penyelesaian masalah.

 Analisis (Analysis) Di peringkat analisis pelajar berupaya memahami maksud yang tersirat, membezakan, menyusun dan menghubungkait apa yang telah dipelajari.

 Sintesis (Synthesis) Pelajar menggunakan pengalaman mereka dan apa yang baru dipelajari

dalam menghasilkan pengetahuan baru atau bahan baru seperti produk dalam menghasilkan pengetahuan baru atau bahan baru seperti produk

 Penilaian (Evaluation) Ia merupakan peringkat paling tinggi dalam hierarki taksonomi bloom. Pada peringkat ini, pelajar berupaya menilai sesuatu bahan berdasarkan

kriteria yang telah dipelajari dan memberikan sebab atas keputusan penilaian yang telah dibuat. Sebagai contoh, pelajar membuat penilaian terhadap produk multimedia yang telah dibangunkan dan memberikan sebab keputusan penilaian yang telah diberikan.

Faedah menggunakan strategi kognitif dalam pembelajaran

Penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian berupaya meningkatkan prestasi dan motivasi pelajar (Pintrich & Schunk, 2002). Penggunaan teori pembangunan kognitif dalam kertas projek ini dilihat bersesuaian kerana:

 Pelajar memahami teknik untuk belajar, berfikir dan mengambil tindakan (Driscoll, 1994).

 Pelajar mengetahui teknik berfikir secara kreatif dan kritis (Beltramo, 2008)

 Bahan mengajar yang dibangunkan adalah berpusatkan pelajar dan bukan berpusatkan guru (Bruning, Schraw, Norby, & Ronning, 2004).

2.3 Rekabentuk mesej

Pembangunan kandungan kit rekabentuk di dalam kertas projek ini adalah berdasarkan kepada pengetahuan di dalam rekabentuk mesej. Oleh itu adalah relevan bagi pengkaji memahami maksud rekabentuk mesej: Fleming dan Levie (1993) mendefinisikan pengajaran rekabentuk mesej sebagai, “ a pattern

of signs (words, pictures, gestures) produced for the purpose of modifying the psychomotor, cognitive or affective behaviour of one or more persons”

(hlm.x). Manakala Grabowski (1991) mendefinisikan rekabentuk mesej sebagai “ planning for the manipulation of the physical form of the message” (hlm. 206). Berdasarkan definisi yang telah diberikan oleh Fleming, Levie dan Grabowski, rekabentuk mesej di dalam konteks kertas projek ini adalah penggunaan simbol seperti gambar dan teks yang membawa perubahan dalam pembelajaran individu.

Faedah penggunaan rekabentuk mesej

Terdapat pelbagai faedah penggunaan rekabentuk mesej dalam pengajaran. Menurut Pettersson (1999), pengetahuan dalam rekabentuk mesej boleh dijadikan sebagai panduan dalam menghasilkan mesej visual seperti dalam penghasilan persembahan Microsoft PowerPoint, brosur dan poster. Penghasilan produk berpandukan mesej visual berupaya memastikan objektif pengajaran yang disampaikan tercapai (Fleming,1993). Green (1976) menerangkan dengan lebih terperinci bahawa rekabentuk mesej boleh dijadikan panduan oleh guru dalam menghasilkan bahan pengajaran yang jelas, ringkas dan tepat. Penggunaan rekabentuk mesej bukan sahaja berfaedah untuk guru, ia boleh diaplikasikan oleh perekabentuk pengajaran dan pembangun produk yang berkaitan dengan pembelajaran (Pettersson, 1999). Di dalam konteks kertas projek ini, rekabentuk mesej turut dijadikan sebagai panduan kepada pelajar dalam menghasilkan mesej visual yang menepati objektif yang telah ditetapkan.

Komponen-komponen rekabentuk mesej

Rekabentuk mesej melibatkan proses mengenalpasti, menyusun dan memanipulasi komponen-komponen di dalam rekabentuk mesej (Seels, Fullerton, Berry & Horn, 2004). Lane (2007), Keller dan Burkman (1993) menyenaraikan teks dan gambar sebagai komponen yang utama dalam Rekabentuk mesej melibatkan proses mengenalpasti, menyusun dan memanipulasi komponen-komponen di dalam rekabentuk mesej (Seels, Fullerton, Berry & Horn, 2004). Lane (2007), Keller dan Burkman (1993) menyenaraikan teks dan gambar sebagai komponen yang utama dalam

Komponen-komponen di dalam rekabentuk mesej boleh diaplikasikan di dalam pelbagai media, pengajaran dan mesej visual. Walaubagaimanapun, keberkesanan penggunaan setiap rekabentuk mesej bergantung kepada objektif pembelajaran dan sasaran pelajar yang telah ditetapkan (Keller & Burkman, 1993 ; Green, 1976). Kenyataan ini turut diakui oleh Winn (1993), komponen- komponen rekabentuk mesej adalah luas: Guru dan perekabentuk pengajaran mestilah memilih komponen-komponen yang bersesuaian dengan objektif pembelajaran atau mesej yang cuba disampaikan.

Bagi kertas projek ini, teks dan gambar digunakan sebagai kandungan pembelajaran modul kit rekabentuk. Komponen-komponen ini dipilih kerana ia merupakan komponen yang utama dalam meyampaikan mesej (Lane, 2007).

Teks

Horn (2004) menyenaraikan garis panduan umum dalam memilih jenis teks yang bersesuaian iaitu (1) mengenalpasti tujuan pembangunan produk (2) mengenalpasti sasaran audiens (3) mengenalpasti jenis produk yang akan dibangunkan dan (4) mengenalpasti ciri-ciri khusus muka taip yang akan dipilih, sebagai contoh muka taip Comic mempunyai ciri-ciri keanak-anakan. Dalam pemilihan saiz teks pula, tiada garis panduan yang khusus dapat diberikan (Harley, 2004). Saiz teks yang sama adalah berbeza bagi setiap jenis teks, seperti yang dipaparkan pada rajah 2.

Saiz teks 12 menggunakan teks Arial Saiz teks 12 menggunakan teks Century Gothic

Rajah 2: Penggunaan teks jenis Arial dan Century Gothic pada saiz 12

Keller dan Burkman (1993) telah menyarankan bebarapa garis panduan dalam penyusunan teks agar mesej visual yang disampaikan berupaya meningkatkan daya fokus dan motivasi pelajar dan pembaca. Antara saranannya ialah:

 Guru atau pereka grafik perlu mengambil kira penggunaan “white space” semasa menyusun teks. Penggunaan teks yang minima adalah lebih bersesuaian. Menurut Keller dan Burkman (1993) penggunaan  Guru atau pereka grafik perlu mengambil kira penggunaan “white space” semasa menyusun teks. Penggunaan teks yang minima adalah lebih bersesuaian. Menurut Keller dan Burkman (1993) penggunaan

 Di dalam artikel yang sama, Keller dan Burkman turut menyarankan agar hanya menggunakan lapan sehingga sepuluh perkataan sahaja

bagi setiap barisan ayat.

 Penggunaan huruf besar pada semua perkataan hanyalah bersesuaian pada tajuk besar sahaja. Teks yang menggunakan huruf besar semata- mata adalah amat sukar dibaca jesteru akan pelajar akan cepat bosan

dan menghilangkan kosentrasi pelajar terhadap mesej yang cuba disampaikan (Halley, 2004)

Gambar

Free (2004) mendefinisikan gambar sebagai “… concrete representations of things that have been seen or imagined” (hlm. 27). Contoh gambar termasuklah fotograf, lakaran, lukisan, gambarah dan jadual. Secara umumnya, fungsi utama penggunaan gambar adalah sebagai komponen alternatif untuk menyampaikan maklumat selain daripada teks (Keller & Burkman, 1993).

Pelajar lebih mudah memahami pengetahuan apabila dipersembahkan dengan gambar berbanding dengan teks, ini adalah kerana informasi berbentuk visual lebih cepat diproses oleh minda berbanding dengan teks semata-mata (Paivio, 1991; Sadoski & Paivio, 2001). Selain daripada itu, penggunaan gambar bersama teks berupaya mengoptimumkan proses pembelajaran pelajar (Mayer, 2001).

Fungsi gambar:

Gambar yang digunakan mestilah bersesuaian dan menepati tujuan penggunaannya. Menurut Levin, Anglin dan Carney (1987), penggunaan gambar atau illustrasi boleh dibahagikan kepada 5 jenis:

 Dekorasi

Tiada tujuan pembelajaran, sebagai menarik perhatian pelajar semata- mata

 Gambaran Imej yang digunakan memaparkan kandungan pembelajaran

 Organisasi Gambar menunjukkan langkah –langkah dalam melakukan sesuatu

 Tafsiran Gambar yang digunakan untuk menerangkan sesuatu yang kompleks

 Transformasi Gambar digunakan dalam membantu pelajar berfikir seperti dalam mengingati sesuatu fakta.

Panduan pemilihan gambar yang bersesuaian

Selain daripada fungsi penggunaan gambar, Keller & Burkman (1993) memberikan beberapa garis panduan di dalam memilih gambar yang sesuai. Menurut Keller & Burkman, gambar haruslah menarik dan berupaya mengekalkan perhatian pelajar. Selain daripada itu, Keller dan Burkman turut menyarankan penggunaan gambar yang berwarna. Winn (1993) memberikan panduan yang lebih terperinci dalam memilih gambar yang sesuai digunakan untuk pembelajaran pelajar:

 Tujuan penggunaan gambar haruslah ditentukan terlebih dahulu sebelum menggunakan gambar tersebut dan pelajar mestilah diberikan

tunjuk ajar cara melihat atau memahami gambar yang ditunjukkan.  Gambar dekorasi tidak digunakan dalam menyampaikan maklumat.

Tujuan penggunaannya hanyalah utnuk menarik perhatian pelajar semata-mata. Oleh itu penggunaan gambar dekorasi yang kerap adalh Tujuan penggunaannya hanyalah utnuk menarik perhatian pelajar semata-mata. Oleh itu penggunaan gambar dekorasi yang kerap adalh

 Gambar berbentuk gambaran mestilah menggambarkan keadaan sebenar atau yang hampir serupa dengan keadaan sebenar supaya

pelajar boleh menghubungkait apa yang dilihat dengan pengalaman mereka sendiri.

 Penerangan atau instruksi yang bersesuaian haruslah disertakan semasa guru mempersembahkan gambar di dalam kategori gambaran.  Gambar di dalam kategori organisasi mesti menunjukkan langkah- langkah yang jelas dan terperinci bagaimana melakukan sesuati.

Sebagai contoh gambaran cara memasak makanan. Setiap langkah harus digambarkan satu persatu mengikut susunan yang betul.

 Fungsi utama gambar jenis tafsiran adalah untuk menjelaskan perkara yang komplex dan tidak boleh diterangkan dalam bentuk teks seperti gambaran taksonomi tubuh manusia. Gambaran yang ditunjukan

mestilah jelas, mudah difahami, pada masa yang sama tidak terlalu terperinci sehingga menjejaskan kosentrasi pelajar.

Bab 3 Metodologi

3.1 Rekabentuk Kajian

Metodologi kajian ini berasaskan rekabentuk kajian pembangunan. Seels dan Richey (1994) mendefinisikan kajian pembangunan sebagai “the systematic

study of designing, developing and evaluating instructional programs, processes and products that must meet the criteria of internal consistency and effectivenes s” (hlm. 127). Van den Akker dan Plomp (1999) turut memberikan definisi yang sama, beliau menambah produk yang dihasilkan mestilah diuji keberkesanan penggunaannya dengan mempersembahkan bukti-bukti empirikal.

Tujuan penggunaan kajian pembangunan

Tujuan utama penggunaan kajian pembangunan adalah untuk memperbaiki proses rekabentuk pengajaran, pembangunan dan penilaian (Richey, Klein & Nelson, 2004). Selain daripada itu penggunaan kajian pembangunan turut membantu pengkaji menghasilkan produk yang berkualiti dan menepati sasaran objektif pembelajaran dan pengajaran (Van den Akker, 2000).

Proses di dalam kajian pembangunan

Di dalam kajian pembangunan, proses penilaian seringkali dijalankan dalam persekitaran yang sebenar seperti di dalam bilik darjah dan kuliah (Richey, Klein & Nelson, 2004). Selain daripada itu Van den Akker (2000)

menghuraikan, “The process is often cyclic or spiral: analysis, design, evaluation and revision activities are iterated until a satisfying balance

between ideals and realization has been achieved. (hlm. 7).

Penggunaan kajian pembangunan dalam kajian lepas

Fountaine (2008) menggunakan kajian pembangunan untuk membangunkan dan memperbaiki rekabentuk pengajaran, pembangunan dan penilaian bagi program latihan berasaskan web (WBT). Menurut beliau, kajian pembangunan dipilih sebagai metodologi penyelidikannya kerana sifatnya yang menggunakan kaedah saintifik dalam menyelesaikan masalah berkaitan pembelajaran.

Kajian pembangunan turut digunakan oleh Skaalid (2007) dalam merekabentuk persekitaran pembelajaran yang konstruktiv bagi pelajar sekolah rendah: Pelajar-pelajar dikehendaki mengkaji dan mengumpul maklumat sendiri, menghasilkan skrip berdasarkan daripada bahan kajian yang telah dilakukan, berlakon dan mengarah klip video (Skaalid, 2007). Beliau Kajian pembangunan turut digunakan oleh Skaalid (2007) dalam merekabentuk persekitaran pembelajaran yang konstruktiv bagi pelajar sekolah rendah: Pelajar-pelajar dikehendaki mengkaji dan mengumpul maklumat sendiri, menghasilkan skrip berdasarkan daripada bahan kajian yang telah dilakukan, berlakon dan mengarah klip video (Skaalid, 2007). Beliau

Justifikasi penggunaan kajian pembangunan

Tujuan kajian kertas projek ini adalah untuk mereka bentuk, membangun dan menilai Kit Rekabentuk untuk pelajar sekolah dalam membantu guru-guru untuk mengajar kemahiran seni visual menggunakan peralatan ICT yang mudah. Jesteru itu, berdasarkan kepada huraian tentang ciri-ciri dan keberkesanan kajian pembangunan, adalah wajar kajian pembangunan dipilih sebagai metodologi kajian ini.

3.2 Peserta

Peserta untuk kajian ini dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling). Menurut Fraenkel dan Wallen (2006), di dalam kaedah persampelan bertujuan, pengkaji “…use their judgment to select a sample, that they believe, based on prior information, will provide the data they need.” (hlm. 101).

Peserta terdiri daripada seorang guru dan 10 orang pelajar lelaki berusia 16 tahun dari sebuah sekolah berasrama penuh di kawasan Lembah Klang. Pelajar-pelajar dipilih berdasarkan kepada pengetahuan asas mereka dalam penggunaan perisian komputer Microsoft PowerPoint™. Pelajar-pelajar ini merupakan peserta di dalam bengkel rekabentuk. Guru yang terlibat merupakan guru yang tidak mempunyai latarbelakang dalam bidang seni grafik visual: Pemilihan guru yang tidak mempunyai pengetahuan dalam bidang seni visual bagi memastikan modul yang telah dibangunkan boleh digunakan oleh mereka yang tidak mempunyai pengetahuan dalam seni visual. Tugas beliau adalah mengajar pelajar tentang seni visual menggunakan modul kit rekabentuk yang telah dibangunkan.

3.3 Alat kajian: Temu Bual

Kaedah temu bual soalan terbuka (open-ended questions) telah digunakan dalam mendapatkan pandangan mereka yang terlibat. Menurut Creswell

(2005), “ In qualitative research, you ask open-ended questions so that participants can best voice their experiences unconstrained by any

perspectives of the researcher or past research findings.” (hlm. 214). Mereka yang terlibat adalah:

Peserta dan pengajar bengkel

Teknik temu bual soalan terbuka dijalankan menggunakan dua pendekatan: (1) Teknik one-to-one interviews : antara pengkaji dan seorang pelajar dan guru (2) Teknik focus group interviews : temu bual antara pengkaji dan sekumpulan pelajar. Seramai empat orang pelajar terlibat dalam satu sesi temubual focus group. Creswell (2005) menyarankan penglibatan empat hingga enam orang peserta pada satu masa sahaja semasa sesi focus group interviews . Selain daripada itu, penglibatan empat orang pelajar dilihat realistik memandangkan pengkaji tidak mempunyai pengalaman dalam menjalankan sesi temu bual terbuka.

Tujuan temu bual dijalankan adalah bagi menjawab soalan kajian: Mengkaji pendapat pelajar terhadap Kit Rekabentuk yang telah dibangunkan.

3.3 Alat kajian: Pemerhatian

Creswell (2005) menghuraikan pemerhatian sebagai “…process of gathering open-ended, firsthand information by observing people and places at a

research site.” (hlm. 211). Melalui kaedah pemerhatian, pengkaji berupaya memahami keadaan sebenar yang berlaku di kalangan pelajar ketika mengikuti bengkel Kit reka bentuk di makmal komputer sekolah. Kenyataan ini turut disokong oleh Patton (1990) yang menghuraikan, gerakan badan dan mimik research site.” (hlm. 211). Melalui kaedah pemerhatian, pengkaji berupaya memahami keadaan sebenar yang berlaku di kalangan pelajar ketika mengikuti bengkel Kit reka bentuk di makmal komputer sekolah. Kenyataan ini turut disokong oleh Patton (1990) yang menghuraikan, gerakan badan dan mimik

Pemerhati memainkan peranan sebagai changing observational roles. Di mana pemerhati akan memainkan peranan sebagai peserta dan pemerhati bergantung kepada situasi (Creswell, 2005). Di dalam kertas projek ini, pemerhati memainkan peranan sebagai pemerhati semasa guru mengajar tentang seni visual dan pemerhati akan memainkan peranan sebagai peserta semasa pelajar mula melakukan aktiviti pembelajaran.

Kaedah pemerhatian dijalankan bertujuan menjawab soalan kajian: Mengkaji tentang keupayaan Kit Rekabentuk dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar berusia 16 tahun. Hasil pemerhatian yang dijalankan akan dianalisis berpandukan kepada taksonomi Bloom.

3.4 Alat kajian: Analisa dokumen

Hasil kerja pelajar akan dikumpul di akhir bengkel. Hasil kerja ini terdiri daripada buku kerja digital, poster dan brosur. Dokumen-dokumen ini akan dianalisis berdasarkan kepada pencapaian mereka menzahirkan apa yang telah dipelajari semasa bengkel ke dalam bentuk poster dan brosur. Buku kerja digital dianalisis berdasarkan jawapan pelajar dalam memberikan sebab pemilihan penggunaan komponen-komponen mesej visual (sila rujuk 2.3) seperti gambar dan teks.

Kaedah ini dijalankan bagi menjawab soalan kajian: Mengkaji tentang keupayaan Kit Rekabentuk dalam meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar berusia 16 tahun. Walaupun kaedah pemerhatian telah digunakan bagi menjawab soalan kajian kedua, kaedah analisis tetap digunakan bagi menyokong dan memperkukuh hasil pemerhatian yang telah dijalankan.

3.5 Kebolehpercayaan dan keesahan alat kajian