Prototaip Sistem Keselamatan Kediaman Dengan Antaramuka Kawalan Berkomputer.

v

ABSTRAK

Menceroboh sesebuah kediaman merupakan suatu aktiviti jenayah manakala
pencerobohan pula adalah kejadian jenayah yang sering berlaku pada masa kini.
Rompakan, pecah rumah, dan samun sering dilaporkan berlaku terhadap kediamankediaman atau bangunan terutamanya yang berstatus mewah. Ini tentunya merugi
dan membahayakan pihak terutamanya pemilik aset berharga sehinggalah membawa
kepada ancaman terhadap nyawa mereka sendiri. Malangnya, kebanyakan kejadian
jenayah ini hanya disedari selepas ianya berlaku. Oleh yang demikian, adalah lebih
baik sekiranya jenayah ini dapat dicegah dan digagalkan dengan berkesan sebelum
menjadi semakin meruncing. Bagi memenuhi maksud tersebut, projek ini lebih
tertumpu kepada penghasilan suatu prototaip sistem keselamatan pencerobohan
kediaman yang dikawal secara berpusat. Sistem ini dihasilkan berasaskan konsep
"terima dan hantar", iaitu dari pengesan yang dipasang pada zon tertentu ke litar
kawalan kediaman yang diantaramukakan dengan suatu sistem perisian kawalan
menggunakan komputer. Komputer yang digunakan berperanan sebagai pusat
pemantauan yang dapat memberi petanda kepada penghuni kediaman tentang
sebarang pencerobohan. Sistem ini terdiri daripada sebuah unit kawalan sebagai otak
yang mengawal sistem, unit pengesan (sensor) serta komponen isyarat amaran yang
menghasilkan bunyi penggera dan juga komputer sebagai unit paparan visual untuk

mengawal kejadian pecah-rumah.

© Universiti Teknikal Malaysia Melaka