CONTOH TEKS EMCEE DI SEKOLAH

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua warga SMK Kepala Batas. Yang
berusaha Tuan pengetua SMK Kepala Batas, Encik Mohamad Puzi Bin Haji Hassan, Yang
dihormati Penolong Kanan Pentadbiran Puan Latipah Binti Wahab, Penolong Kanan Hal Ehwal
Murid, Encik Abdul Rahim Bin Ishak, Penolong Kanan Kokurikulum, Tuan Haji Zahanis Bin
Yassin, guru-guru ketua bidang, barisan guru-guru yang dikasihi, serta murid-murid yang
disayangi sekalian.

Alhamdulillah,
Dipanjatkan kesyukuran kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita semua diberikan
kekuatan untuk berhimpun pada pagi/hari Selasa ini bersempena dengan Majlis Perasmian
Pelancaran Bulan Kemerdekaan tahun 2014. Semoga majlis pada hari ini akan membawa
seribu makna kepada kita semua.

Hadirin sekalian,
Bagi memberkati majlis perasmian bulan kemerdekaan kali ini, dijemput Ustaz _____________
___________________ untuk membacakan doa. Dengan segala hormatnya, dipersilakan . . . .

Alhamdulillah, semoga kita semua mendapat keberkatan daripada doa yang telah dibacakan
sebentar tadi.

Bagi meneruskan atur cara pada hari ini, dijemput murid daripada tingkatan

_________________________________________ untuk naik ke atas ________________ bagi
bersama-sama mengibarkan jalur gemilang dan menyanyikan lagu ______________________,
lagu _____________________ dan lagu _______________________. Diminta semua murid
untuk turut serta menyanyikan lagu-lagu hari kemerdekaan ini dengan semangat.

Selesai sudah nyanyian lagu patriotik dan lagu hari kemerdekaan.
Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada pengetua SMK Kepala Batas, Encik Muhd Puzi
bin Haji Hassan seterusnya merasmikan Pelancaran Bulan Kemerdekaan.
Dengan segala hormat dipersilakan . . . . .

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas ucapan yang diberikan. Seterusnya,
diminta Penolong Kanan ___________________________, Encik _______________________
untuk mengiringi Tuan Pengetua bagi memotong banner serta melepaskan burung untuk
menyempurnakan majlis perasmian bulan kemerdekaan. Dipersilakan . . . .

(semasa pengetua sedang melepaskan burung . .

Ketiga-tiga ekor burung yang diletakkan di dalam satu sangkar yang sama ini melambangkan
perpaduan antara kaum dan simbolik kepada tiga bangsa atau kaum yang terdiri daripada kaum
Melayu, India dan Cina.


Burung-burung ini dibebaskan kerana ianya melambangkan kebebasan bagi setiap kaum yang
pernah dijajah sebelum ini.

( … selesai)

Selesai sudah perasmian bulan kemerdekaan bagi tahun 2014. Terima kasih diucapkan kepada
Tuan pengetua dan Penolong kanan ________________ kerana sudi mengiringi tuan pengetua
untuk menyempurnakan perasmian bulan kemerdekaan.

Maka dengan ini, berakhirlah majlis perasmian bulan kemerdekaan pada hari ini. Saya
memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kesilapan sepanjang menjalankan tugas di sini.
Saya juga turut ingin mengambil kesempatan pada hari ini untuk mengucapkan Selamat
menyambut hari kemerdekaan kepada warga SMK Kepala Batas.

Sekian, Terima kasih.