Objektif Kajian Skop Kajian Pernyataan Masalah

Oleh sebab itu, bahan komposit ini telah mendapat sambutan pada zaman sekarang berdasarkan keupayaan dan sifat mekanikalnya yang mantap berbanding bahan-bahan yang lain yang biasa digunakan dalam industri kejuruteraan.

1.1 Objektif Kajian

Objektif bagi kajian ini ialah mengkaji sifat mekanikal komposit diperkuat gentian di bawah pengaruh beban paksi. Bahan komposit ini merupakan salah satu bahan yang unggul yang digunakan dalam bidang kejuruteraan. Melalui kajian yang dilakukan, sifat mekanikal bagi bahan ini dapat ditentukan dengan menggunakan kaedah ujian di bawah pengaruh beban paksi iaitu ujian tegangan dengan menjadikan kelajuan sebagai pembolehubah.

1.2 Skop Kajian

Bagi perlaksanaan kajian PSM ini, terdapat beberapa skop yang terlibat, antaranya: 1. Kajian mengenai sifat komposit bertetulang gentian. 2. Fabrikasi komposit berstruktur lamina. 3. Mengenalpasti sifat-sifat komposit E, Y s menggunakan ujian tegangan pada kadar kelajuan yang berbeza. 4. Analisa keputusan dan kesimpulan.

1.3 Pernyataan Masalah

Penghasilan bahan komposit ini bukanlah bidang baru namun kajian terhadap bahan komposit ini tidak terhenti sebegitu sahaja. Kajian demi kajian dijalankan sama ada dalam skop penghasilan bahan komposit atau analisis komposit yang sedia ada bertujuan menghasilkan bahan komposit yang unggul sama ada dari segi berat mahupun sifatnya disamping memperbaiki kelemahan yang ada dalam bahan ini. Sejarah penghasilan komposit wujud berdasarkan pemerhatian manusia terhadap alam sekeliling dengan mengambil contoh kayu. Kayu merupakan bahan komposit semulajadi yang masih digunakan sehingga sekarang yang mempunyai sifat yang unggul. Melalui kajian PSM ini, kajian akan dilakukan terhadap salah satu dari jenis komposit yang terdapat pada masa ini iaitu komposit bertetulang gentian. Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk mendapatkan perubahan sifat-sifat mekanikal komposit seperti modulus kenyal Modulus Young, kekuatan muktamad dan sebagainya apabila dikenakan beban pada kadar kelajuan yang berbeza. Melalui kajian yang dijalankan ini, analisis lanjutan yang dijalankan ke atas komposit seperti analisis tegasan, ujian hentaman, analisis kegagalan dan analisis yang lain akan menjadi lebih tepat jika kita mengetahui sifat komposit pada kadar keterikan strain rate yang tertentu. BAB II KAJIAN ILMIAH

2.1 Pengenalan Bahan Komposit