Sistem Maklumat Geografi (GIS) di Sekolah: Peranan Kajian Geografi Tempatan (KGT)

Pendidikan Geografi

DP Jilid 7. Bil. 112007

Sistem Maklumat Geografi (GIS) di Sekolah: Peranan Kajian Geografi
Tempatan (KGT)
Vasugiammai Muniandy
Tarmiji Masron
mmiji@usm.my

Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan
Universiti Sains Malaysia

Pengenalan
Teknologi telah menjadi satu kunci utama dalam menangani segala isu yang berkaitan
dengan dunia moden (Sara Rzepka, 2004). Setelah menempa nama dalam bidang
pemiagaan, pengurusan, pentadbiran, perbankan dan pelbagai bidang lain, kini, teknologi
terus mengorak langkah menyerlah di bilik-bilik darjah. Menurut Robyler, M. D. (1997),
teknologi dalam bilik darjah ini merupakan satu kombinasi proses dan peralatan dalam
menyedari kehendak, keperluan dan masalah pendidikan dan seterusnya mengaplikasi
komputer dan teknologi yang berkaitan dengannya.

Menurut Diana Freeman (1997), teknologi maklumat (IT) dari perspektif geografi
memainkan peranan yang amat penting sebagai satu alat untuk pembelajaran melalui
sistem 'enkuiri', sebagai satu kajian untuk memperolehi sumber sekunder, memodelkan
situasi dunia sebenar, membantu komunikasi dan mempersembahkan maklumat serta
mengukur peristiwa dan situasi yang berlaku di alam fizikal.
Sistem Maklumat Geografi (GIS) merupakan suatu perisian komputer yang berkeupayaan
dalam menyimpan, mendapatkan semula, membuat perubahan dan memaparkan data
ruangan yang mewakili dunia sebenar bagi tujuan tertentu. GIS telah lama bertapak
dalam bidang pendidikan di sekolah.
Bagi Green, D.R. (2001) pula, GIS penting di sekolah kerana berkemampuan menyediakan
fokus yang lebih bermakna kepada bidang geografi itu sendiri. Pelajar dapat
menghubungkan data-data atribut dengan data ruangan (lokasi kejadiannya) dalam satu
masa. Ini adalah kelebihan GIS yang amat besar sumbangannya kepada mata pelajaran
Geografi di sekolah. GIS boleh menghubungkan data atribut dan data ruangan. Selain
daripada faktor ini, Green, D. R. (2001), telah mengemukakan beberapa alas an kukuh
yang lain tentang peri pentingnya GIS di sekolah. Antaranya ialah GIS berpotensi
membawa teori menjadi kenyataan menerusi aplikasi praktikal, GIS membolehkan pelajar
memaksimurnkan pengetahuan dan teknik leT, GIS sebagai pembawa reformasi dalam
bidang pelajaran, GIS juga menekankan pendidikan alam sekitar, GIS membantu
memperkembangkan kemahiran pemikiran logikal, proses soaljawab dan penyelesaian

masalah, GIS dapat membantu pelajar dalam mempelajari data ruangan dan teknik GIS
juga membantu pelajar bagaimana data dapat digunakan sebagai asas dalam perancangan
dan pembuat keputusan.

81

Pendidikan Geografi

DP. Jilid 7, Bit. 1/2007

Kajian Geografi Tempatan (KGT) merupakan salah satu bidang dalam mata pelajaran
Geografi di sekolah. KGT ini dapat didefinisikan sebagai kerja kursus yang dihasilkan
oleh pelajar berasaskan kajian luar yang dijalankan di kawasan persekitaran mereka.
Hasil kajian ini disediakan dalam bentuk laporan beserta peta, rajah-rajah, graf dan analisis
lain yang bersesuaian. KGT ini waj ib dilaksanakan oleh pelajar. Pada masa kini kebanyakan
analisis dan paparan dalam KGT dihasilkan secara manual oleh pelajar. Pelajar kita
kurang pendedahan terhadap penggunaan komputer serta perisiannya yang dapat
mempelbagaikan dan memudahkan analisis. Aplikasi GIS dalam KGT diyakini dapat
mempertingkatkan tahap teknologi dalam sistem pelajaran di negara ini.


Sistem Pelajaran dan Era Teknologi Maklumat & Komunikasi (lCT)
Dasar sosial yang paling penting bagi sesebuah kerajaan ialah dasar pelajaran kerana
itulah yang dapat dijadikan alat bagi mengubah nasib sesuatu bangsa atau negara
(Ibrahim Saad, 1990).
Menurut Mohd Idris Jauzi (1991), sistem pendidikan merupakan wadah utama untuk
melagam rupa wajah anak bangsa serta menjadi alat terpenting untuk menjayakan
pembangunan negara dan berfungsi sebagai wadah yang kukuh untuk mencapai
perpaduan serta kesejahteraan bangs a dan negara.
Walaupun pendidikan di negara ini bermula sebelum penjajahan dan berterusan semasa
zaman penjajahan, zaman selepas perang dan selepas merdeka, namun dalam erti
kata sebenar, reformasi pendidikan di negara ini hanya wujud seiepas penubuhan
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Semula Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun
1974 (Mohd Idris Jauzi, 1991).
Reformasi pendidikan yang berterusan berjaya meningkatkan status pendidikan di negara
ini. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang diperkenalkan pada tahun 1982/83
mengorak iangkah kepada pengenalan komputer dalam bidang pendidikan. Bidang
pendidikan di negara ini terus menempa nama apabiia komputer diselitkan dalam kurikulum
sekolah. Kini komputer sudah sebati dengan proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Program-program seperti Komputer dalam Pendidikan (KDP), Sekolah Bestari,
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)

dan Program Literasi leT mengukuhkan lagi peranan komputer di sekolah-sekolah di
negara kita. Fungsi komputer dalam pendidikan sudah tidak dapat dipisahkan. Pada
penghujung setiap bab dalam buku teks sekolah, pelajar didedahkan dengan halamanhalaman web yang mempunyai maklumat tambahan berkaitan dengan topik pembelajaran
tersebut. Ini mempelbagaikan iagi penggunaan komputer dalam pendidikan sebagai alur
teknologi bagi mendapatkan maklumat.
Perkembangan
berterusan komputer dalam pendidikan berlaku rentetan usaha
Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan sukatan pelajaran baru selepas
semakan pada tahun 2000. Ini mengeratkan lagi hubungan antara sistem pelajaran di
negara ini dengan komputer.

82

Pendidikan Geografi

DP. Jitid 7, Bit. 112007

Geografi dan Kajian Geografi Tempatan (KGT)
Mata pelajaran Geografi diwacanakan agar berupaya membentuk rakyat Malaysia yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (Kementerian Pendidikan Malaysia,

2000). Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran geografi seharusnya memberi tumpuan
ke atas pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran as as geografi, pemupukan serta
penghayatan nilai-nilai (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).
Mata pelajaran Geografi di sekolah bertujuan melengkapkan murid dengan pemahaman
dan kemahiran asas geografi serta nilai-nilai kemanusiaan dan ini merupakan
kesinambungan mata pelajaran Kajian Tempatan di sekolah rendah (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2000). Kandungan mata pelajaran Geografi ini dapat dibahagikan
kepada 3 bahagian iaitu:
Bahagian A : Kemahiran Geografi
Bahagian B : Geografi Fizikal dan Geografi Manusia
Bahagian C : Kajian Geografi Tempatan
sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia (2000)
Kandungan sukatan pelajaran bagi mata pelajaran Geografi turut mengalami satu
perubahan yang berterusan bermula tahun-tahun 1970an, 1980an, 1990an dan alaf
baru. Skop mata pelajaran Geografi terus berubah lagi mengikut kesesuaian zaman
dan aliran teknologi. Kemahiran as as Geografi diajar pada peringkat Tingkatan 1,
Tingkatan 2 danjuga Tingkatan 3. Topik-topik dalam Bidang B iaitu Geografi Manusia
dan Geografi Fizikal dibahagikan kepada 8 tema yang mana perlu diajar dalam
menengah rendah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001). Tiga tema diajar dalam
Tingkatan 1, tiga tema dalam Tingkatan 2 dan dua tema semasa Tingkatan 3.

Kajian Geografi Tempatan (KGT) adalah sebahagian daripada kandungan Sukatan
Pelajaran Geografi Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Setiap murid
dalam iingkungan tingkatan satu hingga tiga diwajibkan melaksanakan
KGT
(Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2004). KGT memandu para pelajar untuk
melaksanakan kajian ilmiah yang dapat membantu mereka mempertingkat kemahiran
as as geografi yang mereka pelajari di samping membuka minda pelajar agar peka
terhadap isu persekitaran mereka (Rajah 1.1).

83

DP Jilid 7, Bil. I12007

Pendidikan Geografi

Rajah 1.1: Objektif Kajian Geografi Tempatan (KGT)

Mempraktikkan kemahiran
geografi yang+tlah dipelajari

Mensyukuri, mencintai dan
berbangga ternadap ciri-ciri
geografi yang istimewa dan unik ••..•__
(8)
di kawasan kajian

I

(1)

o
B
J
E
K
T
I

Mencadangkan langkahlangkah untuk mengurangkan
masalah dan menyelesaikan isu

yang ber1l:aitan
(7)

Memperoleh kemahiran
mengesan dan mengenal pasti
masalah atau isu geografi di
kawasan kajian
(2)

Menjalankan kajian
secara ilmiah (3)

F

Menjelaskan saling bergantung
antara alam sekitar dengan
manusia di kawasan kajian
(4)

Mengemukakan idea secara

tersusun (6)

Memberi pendapat secara kritis
dan kreatif (5)

sumber: Kementerian

Pelajaran

Malaysia

(2004)

Persediaan dan perancangan KGT dibuat dalam masa pengajaran dan pembelajaran di
dalam bilik darjah, manakala kerja lapangan dijalankan di luar waktu pengajaran dan
pembelajaran sarna ada selepas waktu persekolahan atau pada cuti hujung minggu
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2004). Walaupun kerja lapangan KGT dibenarkan
dibuat secara kumpulan, namun penulisan laporan adalah kerja individu (Kementerian
Pelajaran Malaysia, 2004). Pelajar-pelajar digalakkan menggunakan teknologi maklumat
dan komunikasi (lCT) dalam mencari maklumat dan penulisan laporan (Kementerian

Pelajaran Malaysia, 2004).
Komputer menjadi nadi utama kepada penghasilan Kajian Geografi Tempatan (KGT).
Pada masa kini pelajar menggunakan komputer untuk menaip laporan akhir folio. Ada
juga yang menggunakan komputer (program Excel) untuk memaparkan hasilan berbentuk
carta dan graf. Segelintir pelajar menggunakan program 'Paint' untuk melakar lukisan
secara kasar bagi menunjukkan laluan, lokasi rumah, kedai, bangunan dan sebagainya.
Satu contoh lakaran yang dibuat oleh seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah
daerah Kulim dapat dilihat dalam Rajah 1.2.

84

,
DP. Jilid 7, Bil. 112007

Pendidikan Geografi

Rajah 1.2: Lakaran pelajar dalam KGT menggunakan program

'Paint'


Pasar
Besar

~I

Perumahan

I

Komputer dalam mata pelajaran Geografi masih di peringkat 'setahunjagung' dan belum
diguna pakai secara maksimum walaupun Geografi pada dasamya merujuk kepada kepada
penggunaan peta dan kaj ian lapangan.

Sistem Maklumat

Geografi (GIS) dalam Kajian Geografi Tempatan (KGT)

Sistem Maklumat Geografi (GIS) merupakan satu set proses yang diaplikasi ke atas
data untuk mendapatkan maklumat yang berguna dalam membuat keputusan berkaitan
geografi. Dari segi teknologi, perkembangan sistem ini berkait rapat dengan dua bidang
yang lain iaitu (1) pemetaan berkomputer dan penderiaan jauh dan (2) pengurusan
pengkalan data dan yang berkaitan dengan kornputer grafik iaitu reka bentuk bantuan
komputer (Ruslan & Noresah, 1998). Peter Burrough (1986) mendefinisikan GIS sebagai
suatu set peralatan yang berkeupayaan dalam menyimpan, mendapatkan semula, membuat
perubahan dan memaparkan data ruangan yang mewakili dunia sebenar bagi tujuan
tertentu. GIS ini adalah satu peralatan berkomputer yang fungsinya amat nyata sebagai
pengendali data ruangan.
Merujuk kepada buku teks Geografi tingkatan 1 (halaman 38) di dalam ruangan Info
Geografi, definisi GIS yang diberikan ialah:
Sistem Maklumat Geografi (GIS) merupakan satu sistem pemetaan yang canggih pada
mas a kini. Sistem ini menggabungkan kepakaran dalam bidang Geografi khususnya
pemetaan dengan menggunakan komputer. Pengetahuan mengenai kaedah GIS ini
semakin penting dalam proses pembangunan negara.
sumber: Rafe 'ah bt Ahamed, et al. (2002)
GIS bukanlah suatu yang baru dalam bidang pendidikan. Di negara-negara seperti
Jamaica, Australia, Amerika dan Kanada, GIS telah lama bertapak di sekolah. GIS
juga berjaya mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan dan
memberangsangkan.
Mungkin timbul persoalan, bagaimanakah GIS boleh diterapkan dalam mata pelajaran
Geografi di negara kita? GIS dalam mata pelajaran Geografi bukanlah suatu mustahil
bagai 'kucing bertanduk'. KGT sebagai satu bidang dalam mata pelajaran Geografi
mampu merealisasikannya.

85

Pendidikan Geografi

DP Jilid 7, Bil. 112007

Pelajar boleh menggunakan Arc View GIS untuk menghasilkan peta, membuat pelbagai
analisis dan seterusnya memaparkan hasilan berbentuk peta dan carta. Dalam
perbincangan ini, aplikasi GIS dalam mata pelajaran Geografi di sekolah lebih difokuskan
kepada keupayaan GIS dalam membantu menghasilkan KGT. Bentuk-bentuk analisis
yang boleh dilakukan menerusi GIS dalam menghasilkan KGT bagi tema Petempatan
dan Perkembangannya dapat dilihat melalui Rajah 1.3.
Eksplorasi data dalam GIS adalah pertanyaan dan analisis berasaskan data. Tujuan
eksplorasi data ini adalah untuk lebih memaharni data dan membantu dalam memformulakan
soalan berfokus penyelidikan dan pembentukan hipotesis (Kang-tsung Chang, 2002).
Eksplorasi dapat digunakan dalam pelbagai situasi khasnya dalam mengolah maklumat
yang sedia ada dan memudahkan dapatan semula. Berasaskan satu aplikasi GIS dalam
kajian terhadap petempatan dan perkembangannya
di kawasan Kepala Batas,
seberangPerai Utara, dapat ditelitikan bahawa GIS dapat mempelbagaikan kajian yang
dilakukan. 'Kenalpasti' salah satu ikon yang digunakan untuk mengenal pasti maklumat
atribut ten tang lokasi tertentu. Apabila ikon kawasan tertentu di'klik' maka data-data
berkaitan dengan nama kawasan, keluasan, bentuk dan sebagainya terpapar keluar dalam
jadual atribut.
Rajah 1.3 : Carta Alir - GIS dalam KGT

GIS dGlam KGT

Analisis

t>crta

• Kena1pasti
• Pertanyaan

*
*
*

Manipulosi Peta

• Peta

Zon Penampan
Ana/isis

• Carta

Ruongan

*

Ana/isis

• Graf

Rangkaian

sumber : Vasugtammai Muniandy (2005)

86

DP Jilid 7, Bi!. 112007

Pendidikan Geografi

Rajah 1.4: Kaedah 'Kenalpasti' yang memberikan maklumat atribut

I'-...",...·
I"~--I
.
-._-

19339.nOOX
21259.97OlX,
317tXl87OlX

-.----

-

34598.39Im!

1'-'--,

I • ...",....
•••

u

uu

- .-----------

J•••••.• II'

N

TIM .• '"

34n4.81WX
15347.72OOX
21112.11WX
1

I n .•on,...· 1""' .•'''''·

ru

.J'

, • ...",.... 1· •••••••••.•••.••••••••.
1 18354.9DXX'
-.

dan ruangan

..J


,uollll

.• llp



...,UfI'••.••. p

14257·non::l
.J P•••
26644.32OOX;·

13607.II5OXX,
j P•••••• b.• llp
27655.3OOlX;

•••••••••••
1 10494.16CXXX: .j
11493.8!ilOX';
•• -.'."".'

Analisis data merupakan satu lagi keupayaan GIS. Analisis-analisis ini disebut sebagai
'Beyond Basic' dan 'Advanced Functionality'. Menurut Hutchinson, S. et al., (2000),
'Advanced Functionality' ialah kumpulan analisis yang merangkumi analisis rangkaian,
analisis ruangan, analisis 3D, dan pelbagai analisis lain menerusi ekstensi tambahan. Di
antara bentuk analisis yang dapat diguna pakai oleh pelajar ialah 'buffering', analisis
ruangan dan analisis rangkaian.
Kemudahan infrastruktur merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan
petempatan. Penduduk tertarik untuk bermastautin di kawasan yang telah sedia
mempunyai kemudahan. Sejarah perkembangan petempatan juga bersandar kepada
kemudahan prasarana yang disediakan. Merujuk kepada satu contoh aplikasi analisis
rangkaian, kemudahan sekolah menengah yang terdekat dengan petempatan Taman
Bahagia telah diuji. Di antara empat buah sekolah menengah yang terdapat di kawasan
kajian, hasilannya memaparkan sekolah menengah yang terdekat dengan meng'highlight'
laluan (Rajah 1.5).
Rajah 1.5: Kemudahan

1d

sekolah terdekat dengan petempatan

- Taman Bahagia

J.t •• Uh,

N
..J '".'''



1/1 ••••••• ~••



-

..J ,.•••

IIIt •• .,."

1tf •••••••••••••.

1

J •••••
M1 ••
.J

N
T ••.•

·

_



1Jk(~),..y

..J s•••.••.••,
,KI.rIa •••
IKH •••••

.Jete ••••

A
If

• ::::,::--:J
87

DP Jilid 7, Bil. 112007

Pendidikan Geografi

Paparan dalam KGT adalah suatu yang mustahak. Hasilan pelajar banyak menggunakan
bentuk peta dan carta agar mudah difahami. Walau bagaimanapun pada mas a kini hanya
paparan berbentuk carta digunakan kerana mengikut sukatan perubahan pelajaran yang
baru, pelajar didedahkan kepada penggunaan Excel. Peta yang dipaparkan oleh pelajar
adalah dalam bentuk lukisan tangan dan juga peta yang dibeli daripada pihak majlis
perbandaran. Peta yang dibeli merniliki nilai estetika yang terlalu rendah dan menyimpang
keluar daripada landasan penghasilan kendiri oleh pelajar.
'Layout' ataupun paparan membolehkan anda memilih dan meletakkan kesemua
komponen yang ingin dimasukkan dalam peta (ESRI, 2003). Pengubahsuaian dan susunan
dapat dibuat mengikut citarasa. Paparan memudahkan persembahan peta yang berkualiti
menerusi ArcView GIS. Pelbagai 'view' dapat dimasukkan serentak ke dalam 'layout'
di samping carta danjugajadual (Rajah 1.6).
Rajah 1.6: Paparan-peta yang menggabungkan

grafbar

Penduduk 8PU 1191: Menglkut Etnlk

Petunjuk:
Mea.yu
Cine
Inda.
Lain..••in

Perbincangan Hasil
Operasi 'Eksplorasi Data' yang disediakan oleh ArcView GIS membolehkan pengguna
mendapatkan semula data-data yang tersimpan di dalam pangkalan data dan seterusnya
memaparkan semula data apabila dikehendaki. Bagi pelajar, operasi ini banyak membantu
dalam menghasilkan KGT. 'Identify' dapat digunakan oleh pelajaruntuk mengetahui ciri-ciri
atribut sesuatu lokasi dan sebaliknya mengenal pasti lokasi yang dikaitkan dengan atribut.
Selain daripada operasi dapatan semula, operasi 'Analisis Data' juga boleh digunakan
oleh pelajar dalam mengkaji tema petempatan. Analisis adalah satu perkara penting
dalam Sistem Maklumat Geografi (GIS). Terdapat pelbagai analisis GIS yang boleh
digunakan oleh pelajar dalam menghasilkan KGT. Operasi 'Geo Processing Wizard' dan
'Create Buffers' yang digunakan adalah dua bentuk analisis yang mudah. Seterusnya
analisis ruangan dan analisis rangkaianjuga digunakan sebagai analisis yang lebih tinggi
fungsinya.
88

Pendidikan Geografi

DP Ji/id 7, Bil. 1/2007

Analisis 'Find Closest Facility' merupakan salah satu daripada analisis rangkaian yang
banyakkegunaannya. Analisis ini amat berguna dalam memperolehi maklumat ten tang
kemudahan terdekat. Kaedah ini amat membantu sewaktu kecemasan. Semasa
kebakaran,balai bomba terdekat dan yang boleh memberikan perkhidmatan paling pantas
dapatdiketahui dengan menggunakan kaedah ini. Dalam kajian ini, 'Find Closest Facility'
digunakan untuk mencari sekolah menengah yang terletak paling hampir dengan taman
perumahan, Taman Bahagia. Hasil keputusannya menunjukkan bahawa sekolah menengah
terdekat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Abdul Kadir.
'Layout' menyediakan suatu output yang bersifat mesra pengguna dan bebas daripada
langkah-langkah dalaman yang melibatkan proses penyediaan. Dalam KGT, pelajar
jarang memaparkan langkah-langkah analisis yang dilakukan. Sebaliknya paparan hasilan
akhir adalah satu perkara yang amat dititikberatkan dalam KGT. Paparan akhir pelajar
diberi pemarkahan berasaskan kesempurnaan peta. Peta perlu dilengkapkan dengan
tajuk, petunjuk, arah mata angin dan skala dan ketidaksempurnaan akan membawa kepada
pemotongan markah (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2005).

Penutup
Kajian Geografi Tempatan (KGT) mampu merealisasikan aplikasi Sistem Maklumat
Geografi (GIS) di sekolah. KGT adalah sesuai untuk membawa GIS ke bilik-bilik darjah
di negara kita. Implimentasi GIS di sekolah pastinya akan membawa satu perubahan
yang positif. GIS juga mampu menggubal satu bentuk pengajaran dan pembelajaran
yang mengarah kepada kajian yang realistik. ArcView GIS membolehkan pelajar
memperolehi satu kaedah altematifuntuk menamatkan zaman 'pen & pencil'. GIS bagi
subjek Geografi dapat disifatkan sebagai 'all rounded' kerana GIS membolehkan
pengeditan dan penghasilan peta, pelbagai bentuk analisis dan mewujudkan satu variasi
dalam paparan grafik dan visual. Peta, carta-carta, graf dan data atribut juga dapat
diselitkan dalam paparan akhir.

Rujukan
Burrough, P.A. (1986). Principles of Geographical
Assessment. Oxford: Clarendon Press.

Information

Systems for Land Resources

Diana Freeman (1997). Using Information Technology and New Technologies in Geography in
Teaching and Learning Geography. London: Routledge.
ESRI (2003a). Using Arc View GIS. Redlands, California: ESRI Press.
Green, D. R. (2001). GIS: A Sourcebook For Schools. London: Taylor & Francis.
Ibrahim Saad (1990). Perubahan Pendidikan di Malaysia:
Dewan Bahasa dan Pus taka.

Suatu Cabaran. Kuala Lumpur :

Kang-tsung Chang (2002). Introduction to Geographic Information Systems. New York: McGraw
Hill Companies.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2000) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Huraian
Sukatan Pelajaran Geografi Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 2). Kuala Lumpur :
Pusat Perkembangan Kurikulum.

89

Pendidikan

DP Jilid

Geografi

7, Bit. 112007

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah: Huraian Sukatan Pelajaran Geografi Sekolah Menengah Rendah (Tingkatan 1). Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2004). Buku Panduan Kajian Geograji Tempatan. Kuala Lumpur
: Pusat Perkembangan Kurikulum KPM.
Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia (2005). Panduan KGT Untuk
PMR Tahun 2005. Kuala Lumpur: LPM
Mohd Idris Jauzi (1991). Reformasi Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Rafe'ah bt. Ahamed, Khalijah bt. Maimon, Aziah bt. Ismail & Foo Ho Loke, (2002). Geograji
Tingkatan 1Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Kuala Lumpur: Arus Intelek
Sdn. Bhd.
Roblyer, M.D. (1997). Integrating The Internet Into Your Classroom Teaching with the CCCnet
Curriculum. Upper Saddle River, NJ : Merrill.
Ruslan Rainis & Noresah Mohd Shariff(1998). PengenalanKepada
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (16-31).

Sistem Maklumat Geograji.

Sara Rzepka (2004). Technology in the Social Studies Classroom. http://www.coatt.org
2004jam 9.25mlm.

13 Disember

Vasugiammai Muniandy (2005) . Sistem Maklumat Geograji (GIS) di Sekolah : Aplikasi GIS di
dalam Kajian Geograji Tempatan (KGT). Pulau Pinang : USM. Tesis Sarjana tidak
diterbitkan.

90