KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI DI PULAU PANGKO

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN HGT341 SEMESTER 1 : SESI 2012/2013 LAPORAN KAJIAN LUAR TAJUK: KAJIAN HUBUNGKAIT MANUSIA DAN ALAM SEKITAR SEBAGAI PENDEKATAN PEMBANGUNAN LESTARI DI PULAU PANGKOR.

NAMA PELAJAR: MASYITAH BT ISMAIL (109701) NAMA PENSYARAH: PROF CHAN NGAI WENG TARIKH HANTAR: 26 DISEMBER 2012

SENARAI RAJAH

Rajah 1 menunjukkan asas pembangunan lestari yang berkait rapat dengan pembangunan, alam sekitar, dan manusia. Rajah 2 menunjukkan Ekopelancongan Merupakan Satu Konsep

Pembangunan Lestari

Rajah 3: Matlamat Pembangunan Lestari Rajah 4 : Peta yang menunjukkan kawasan di Pulau Pangkor Rajah 5: Carta Pai yang menunjukkan jumlah responden mengikut

profesion di Pulau Pangkor Rajah 6 : Graf bar yang menunjukkan sumbangan responden dari segi wang Rajah 7: Graf bar yang menunjukkan jumlah responden yang telah menyumbangkan tenaga dan masa

SENARAI JADUAL

Jadual 1: Struktur Umur Mengikut Jantina Responden Jadual 2: Profesion Responden di Pulau Pangkor Jadual 3: Penglibatan Responden dalam Sektor Pelancongan Jadual 4: Persepsi Responden terhadap Persekitaran Semulajadi di

Pangkor. Jadual 5: Persepsi Responden terhadap Kemudahan yang Terdapat di Pangkor. Jadual 6 : Persepsi Responden terhadap Tanggungjawab Pihak Berkuasa di Pangkor. Jadual 7: Tahap Kepuasan Responden terhadap Perkaitan Hubungan Manusia dan Alam Sekitar dalam Konteks Pembangunan

Lestari. Jadual 8: Tahap Kepuasan Responden terhadap Peranan Pihak Pengurusan Pulau Jadual 9: Penglibatan dan Kesanggupan Responden Menyumbang

Wang dan Tenaga dalam Memelihara Kualiti Alam Sekitar. Jadual 10: Tahap Keseluruhan Pembangunan Pelancongan di Pulau Pangkor

SENARAI FOTO

Gambar 1 : Landskap pantai yang unik dipenuhi dengan aktiviti

sukan rekreasi Air

Gambar 2: gambar yang menunjukkan responden sedang menjawab

soalan borang selidik

Gambar 3: gambar yang menunjukkan responden sedang ditemubual.

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat juga saya menyiapkan sebuah laporan kajian luar yang telah dijalankan pada 12 November 2012 hingga 18 November 2012. Masa yang diperuntukkan selama seminggu adalah untuk mendapatkan banji pelancong di Pangkor. Untuk Prof Chan Ngai Weng, pensyarah yang telah ditugaskan untuk menjaga kami sepanjang kajian ini dijalankan. Setinggi- tinggi ucapan terima kasih di atas dorongan, sokongan, bimbingan, teguran dan perhatian yang telah diberikan oleh Prof untuk menyiapkan laporan kajian ini, hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalasnya. Juga terima kasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan yang tidak pernah berputus asa walaupun berbagai- bagai halangan yang dilalui sewaktu mencari responden. Terima kasih juga kepada rakan-rakan lain yang telah memberi maklumat dan tunjuk ajar tentang cara menganalisis data SPSS.

Seterusnya, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada kedua ibu bapa saya yang tidak pernah jemu memberikan sokongan, dorongan dan berkongsi segala idea-idea yang bernas untuk menyiapkan laporan ini. Tidak lupa juga kepada keluarga yang tercinta atas kasih sayang yang diberikan, dari segi wang ringgit dan juga masa yang diperuntukkan untuk membantu saya dalam menyiapkan laporan kajian ini. Sekian, terima kasih.

ABSTRAK

Hubungan manusia dan alam sekitar dikatakan sebagai satu hubungan yang tidak dapat dipisahkan. Manusia sangat memerlukan alam sekitar untuk meneruskan sumber kelangsungan hidup terutamanya sebagai sumber makanan, keperluan dan pendapatan untuk meningkatkan arus pembangunan negara. Pembangunan yang seimbang menjurus kepada pembangunan lestari yang bersifat terancang.

Apa pun yang penting diingatkan kembali adalah konsep kelestarian ini sebenarnya mempunyai akar umbinya dalam budaya bangsa kebanyakan tradisi sejak lama lagi. Sebab itu, pembangunan dahulu tidak meracun alam sekitar seperti sekarang. Kajian ini tertumpu kepada satu lokasi pelancongan, iaitu Pulau Pangkor yang melibatkan 422 orang responden. Sebagai sebuah masyarakat pelancongan, “kelestarian” adalah prinsip asas yang memelihara persekitaran dan nilai kemanusiaan. Oleh itu, kajian ini dijalan untuk melihat persepsi dan kesedaran masyarakat di Pangkor terhadap tahap pembangunan dan penglibatan masyarakat dalam meningkatkan kualiti alam sekitar. Data telah dianalisis dengan menggunakan kaedah deskriptif dan “chi square”. Hasil kajian mendapati bahawa masyarakat di Pangkor mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap hubungan manusia dan alam sekitar. Malah, mereka sanggup melibatkan diri dalam menyumbangkan tenaga dan wang. Walau bagaimapun, persepsi masyarakat menyatakan bahawa tahap pembangunan masih tidak melebihi had dan ia masih boleh dibangunkan lagi.

BAB 1: PENdahuluan

1.0 Pengenalan

Alam sekitar yang dibangunkan secara lestari membuktikan bahawa manusia dapat mendominasikan komponen semulajadi secara terancang dan bersepadu. Malah, manusialah sebagai agen untuk memelihara dan memulihara alam semesta ini kerana manusia dan alam sekitar saling berkait antara satu sama lain. Sebagai contohnya dalam kitaran karbon di mana tumbuhan menyumbangkan oksigen kepada manusia dan manusia pula menyumbangkan karbon dioksida kepada tumbuhan untuk membuat makanannya. Contoh ini memperlihatkan kita bahawa tumbuhan dan manusia saling memerlukan untuk meneruskan sumber kelangsungan hidup. Jika salah satu komponen tersebut terganggu, maka ia memberi implikasi kepada kedua-duanya. Begitu juga dengan kitaran hidrologi yang saling berinteraksi dengan komponen sistem lain iaitu atmosfera, geologi dan juga ekologi. Dengan itu, jika manusia lebih mengutamakan alam sekitar dalam sesuatu pembangunan yang ingin dijalankan, maka pembangunan tersebut adalah berkons ep “pembangunan lestari”. Pembangunan lestari banyak meningkatkan sektor pelancongan di mana ia menjadi salah daya tarikan.

Pada tahun 70-an, pelancongan lebih berkisar kepada pendapatan ekonomi serta faedah-faedah yang mampu diperoleh daripada bidang ini. Pembangunan pelancongan lebih tertumpu di kawasan-kawasan pantai yang terkenal seperti Port Dickson, Batu Feringgi, Pulau Pangkor, dan sebagainya. Banyak kemudahan untuk pelancong dibina terutamanya hotel. Namun, pada awal tahun 80-an, kesedaran tentang keperluan untuk memelihara alam sekitar mula tercetus akibat daripada kesan-kesan pencemaran dan penerokaan alam semulajadi yang berlaku secara berleluasa. Ekoran itu, wujudlah Pada tahun 70-an, pelancongan lebih berkisar kepada pendapatan ekonomi serta faedah-faedah yang mampu diperoleh daripada bidang ini. Pembangunan pelancongan lebih tertumpu di kawasan-kawasan pantai yang terkenal seperti Port Dickson, Batu Feringgi, Pulau Pangkor, dan sebagainya. Banyak kemudahan untuk pelancong dibina terutamanya hotel. Namun, pada awal tahun 80-an, kesedaran tentang keperluan untuk memelihara alam sekitar mula tercetus akibat daripada kesan-kesan pencemaran dan penerokaan alam semulajadi yang berlaku secara berleluasa. Ekoran itu, wujudlah

Di Barat, ‘gerakan eko’ , ‘pelancongan hijau’ dan ‘pelancongan alternatif’ mula berk embang pesat. Meskipun begitu, ‘pelancongan massa’ masih lagi popular.

Kesedaran tentang kesan-kesan negatif yang muncul akibat pembangunan yang tidak terkawal ini turut meransang pemuliharaan alam sekitar dan mempopularkan konsep pelancongan lestari. Hari ini, pelancongan bukan sahaja dilihat sebagai satu aktiviti untuk membebaskan diri daripada kehidupan biasa yang rutin, tetapi turut dilihat sebagai satu landasan untuk pelbagai budaya di dunia bertemu dan saling memahami. Pelancong hari ini lebih mementingkan penglibatan mereka dalam segala aktiviti yang dilakukan ketika melancong. Jesteru, tuntutan mereka kini lebih menjurus kepada pelancongan berkualiti yang prihatin terhadap alam sekitar.

Definisi pelancongan

Pelancongan didefinisikan sebagai pergerakan sementara oleh manusia ke dstinasi yang lain di luar tempat kerja dan tempat tinggalnya yang biasa. (Mathieson dan Wall: 1982). Ia meliputi segala kegiatan yang dilakukan selama beliau tinggal di destinasi tersebut seperti membeli-belah, dan berinteraksi dengan masyarakat tempatan, serta menggunakan kemudahan yang disediakan di destinasi yang dilawati untuk memenuhi segala keperluannya. Menurut Mill dan Morrison (1992), pelancongan bermula sebaik sahaja pelancong mula membuat persiapan atau persediaan sebelum melancong, semasa melancong, dan peringkat selepas melancong iaitu apabila mereka mengingati semula kenangan manis ketika melancong.

Melalui Dasar Pelancongan Kebangsaan, kerajaan telah mengenalpasti kekuatan dan keunikan yang dimiliki oleh sesebuah negara iaitu kekayaan alam semulajadi, Melalui Dasar Pelancongan Kebangsaan, kerajaan telah mengenalpasti kekuatan dan keunikan yang dimiliki oleh sesebuah negara iaitu kekayaan alam semulajadi,

Antara strategi dan program pelancongan yang diberi penekanan dalam Dasar Pelancongan Kebangsaan adalah pembangunan produk pelancongan yang berasaskan alam semuajadi kerana ianya merupakan keunikan yang mampu mewujudkan identity dan imej yang tersendiri serta mempunyai prospek yang besar. Dasar pelancongan Kebangsaan juga memberi penekanan terhadap kepentingan produk-produk pelancongan yang berasaskan alam semulajadi untuk dibangunkan secara terkawal dan dimanfaatkan dengan positif. (Badaruddin:2007). Produk pelancongan melibatkan semua komponen utama yang diklasifikasikan oleh Gunn (1994) iaitu pengangkutan, tempat tinggal, perkhidmatan, tarikan, maklumat dan promosi. Produk pelancongan bukan sahaja terdiri daripada tarikan pelancongan seperti gunung, pantai dan gua tetapi turut merangkumi kemudahan dan infrastruktur yang menyokong sistem pelancongan.

Pelancongan lestari

Secara umumnya, pelancongan dapat dibahagikan kepada dua kategorinya iaitu pelancongan konvensional/massa dan pelancongan alternatif. Pelancongan konvensional/massa meliputi bentuk pelancongan yan g lebih bersifat ‘pembandaran’ manakala pelancongan alternatif pula lebih menekankan kepada hubungan dengan alam sekitar yang menitikberatkan ciri-ciri kelestarian. Konsep pelancongan lestari Secara umumnya, pelancongan dapat dibahagikan kepada dua kategorinya iaitu pelancongan konvensional/massa dan pelancongan alternatif. Pelancongan konvensional/massa meliputi bentuk pelancongan yan g lebih bersifat ‘pembandaran’ manakala pelancongan alternatif pula lebih menekankan kepada hubungan dengan alam sekitar yang menitikberatkan ciri-ciri kelestarian. Konsep pelancongan lestari

elemen ‘lestari’ sebagai salah satu bentuk promosi. Dengan ini, pelbagai konsep pelancongan lestari, pelancongan kampong, pelancongan hijau dan pelancongan eko.

Sesetengah pihak melihat pelancongan lestari ini dari sudut nilainya seperti ‘pelancongan prihatin’ dan ‘pelancongan lembut’ yang menekankan kesedaran dan kesan ke atas sesebuah kawasan pelancongan. Ada juga pihak yang memberikan penekanan kepada aktiviti yang bersesuaian dengan konsep lestari ketika pelancongan menjalankan aktivitinya semasa melawat sesebuah destinasi itu. Konsep-konsep yang sering dikaitkan dengan pendekatan ini ialah pelancongan kebudayaan dan pelancongan warisan. Suruhanjaya Dunia tentang Alam Sekitar dan Pembangunan pada tahun 1987 mendefinisikan pelancongan lestari sebagai pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa menidakkan keupayaan generasi masa hadapan dalam memenuhi keperluan mereka.

Menurut Krippendoft (1986), gerakan untuk mempromosikan konsep pembangunan lestari bermula daripada “Gerakan Hijau” dan bukannya disebabkan inisiatif politik. Tambah beliau lagi, wujudnya golongan pelancong yang menuntut jenis pelancongan yang prihatin dengan menitikberatkan penjagaan alam sekitar telah membantu memperkembangkan lagi konsep ini di seluruh dunia. Perkembangan ini turut dibantu oleh kewujudan pelancong- pelancong ‘hijau’ khususnya dari negara- negara maju yang telah merasai kehilangan alam semulajadi di negara masing-masing dan inginkan alam sekitar di lokasi-lokasi yang dilawati berada dalam keadaan yang terpulihara. Golongan ini kadangkala sanggup berbelanja lebih demi menikmati tahap Menurut Krippendoft (1986), gerakan untuk mempromosikan konsep pembangunan lestari bermula daripada “Gerakan Hijau” dan bukannya disebabkan inisiatif politik. Tambah beliau lagi, wujudnya golongan pelancong yang menuntut jenis pelancongan yang prihatin dengan menitikberatkan penjagaan alam sekitar telah membantu memperkembangkan lagi konsep ini di seluruh dunia. Perkembangan ini turut dibantu oleh kewujudan pelancong- pelancong ‘hijau’ khususnya dari negara- negara maju yang telah merasai kehilangan alam semulajadi di negara masing-masing dan inginkan alam sekitar di lokasi-lokasi yang dilawati berada dalam keadaan yang terpulihara. Golongan ini kadangkala sanggup berbelanja lebih demi menikmati tahap

Menurut Gerken (1988), antara pendekatan bagi mencapai pelancongan lestari adalah dengan mengambil kira keperluan, kehendak, dan pandangan penduduk setempat, mengurangkan ketidakseimbangan (dari sudut ekologi dan ekonomi) ke tahap minimum mungkin, serta menerima tanggungjawab secara menyeluruh dengan memberi keutamaan kepada prinsip dan objektif ekologi persekitan dan biosfera.

1.2 Objektif Kajian

Kepentingan alam sekitar kepada sesebuah negara tidak dapat dinafikan lagi. Alam sekitar merupakan anugerah Tuhan kepada umatNya. Jesteru itu, adalah menjadi tanggungjawab kepada semua tidak kiralah kerajaan, swasta mahupun individu perlu memeliharanya. Aset alam sekitar dan sumber ekologi negara perlu diurus secara lestari supaya pembangunan masa kini tidak menjejaskan keperluan generasi akan datang.

Dengan itu, antara objektif kajian yang ingin dicapai ialah ingin melihat perhubungan antara manusia dan alam sekitar dalam pendekatan pembangunan lestari. Manusia dan alam sekitar mencorakkan sesebuah kehidupan menjadikan ia baik atau buruk. Sikap manusia terhadap alam secara harmoni, mengeksploitasi sumber alam dengan menekankan implikasi yang akan berlaku, menjaga hubungan dengan alam sekitar tanpa memusnahnya, membangunkan sumber alam secara bijak dan mampu berupaya memelihara dan memulihara alam sekitar daripada terjejas. Pendekatan pembangunan lestari sebenarnya kurang dipraktikkan oleh manusia pada masa kini yang lebih bertindak agresif dan rakus meningkatkan pembangunan dan kemajuan perbandaran dengan mengabaikan kemusnahan alam yang berlaku.

Objektif kajian ini juga ingin melihat sejauhmana persepsi pelancong yang datang ke Pangkor tentang kemudahan dan tahap pembangunan yang terdapat di Pangkor. Memandangkan sumber pendapatan dan ekonomi pertama di Pangkor adalah bergantung kepada industri pelancongan, maka kajian ini ingin melihat sejauhmana pandangan dan tanggapan pelancong tentang pembangunan, kemudahan prasarana yang disediakan, dan yang paling penting tahap pembangunan dalam konteks lestari sama ada menjadi amalan kepada kepada pelancong dan juga penduduk di sini.

Akhir sekali objektif yang ketiga adalah ingin melihat kesedaran masyarakat yang datang ke Pangkor dalam meningkatkan kualiti alam sekitar yang semakin merosot ini. Kesedaran ini dapat dibuktikan dengan melihat sejauhmana penglibatan serta kesanggupan pelancong membayar wang dan khidmat tenaga dan masa untuk menjadi salah seorang sukarelawan yang sama-sama berganding bahu meningkatkan kualiti alam yang menjurus ke arah pembangunan lestari.

1.3 Permasalahan Kajian

Kawasan Pulau Pangkor dipilih sebagai kawasan kajian adalah kerana ia merupakan salah sebuah tempat pelancongan yang setiap tahun akan menerima kunjungan pelancong-pelancong tidak kira sama ada pelancong tempatan ataupun dari luar negara. Hal ini sangat berkait rapat dengan interaksi antara manusia dan alam sekitar dalam meningkatkan industri pelancongan di pulau tersebut. Di sini terdapatnya pembinaan pembangunan dari segi petempatan, perusahaan chalet, resort, hotel, kedai- kedai makan dan homestay untuk memajukan sektor pelancongan di Pulau Pangkor.

Kawasan ini dipilih juga kerana penggunaan tanahnya yang diganggu oleh manusia dan ingin melihat sama ada pembinaannya masih mengekalkan unsur kelestarian ataupun tidak. Pembinaan di sini banyak diusahakan dikawasan sekitar pinggir pantai, kawasan hutan dan sebagainya. Hal ini sedikit sebanyak telah menghasilkan kesan terhadap alam sekitar fizikal yang telah membawa impak yang besar kepada penduduk di Pangkor. Pembangunan yang tidak lestari sering mengancam keadaan alam sekitar terutama kepada ekosistem kawasan pulau itu sendiri dan ia merupakan masalah kronik jika dibiarkan berterusan tanpa adanya kawalan dan pemuliharaan. Pengubahsuaian menggantikan dengan persekitaran konkrit dan Kawasan ini dipilih juga kerana penggunaan tanahnya yang diganggu oleh manusia dan ingin melihat sama ada pembinaannya masih mengekalkan unsur kelestarian ataupun tidak. Pembinaan di sini banyak diusahakan dikawasan sekitar pinggir pantai, kawasan hutan dan sebagainya. Hal ini sedikit sebanyak telah menghasilkan kesan terhadap alam sekitar fizikal yang telah membawa impak yang besar kepada penduduk di Pangkor. Pembangunan yang tidak lestari sering mengancam keadaan alam sekitar terutama kepada ekosistem kawasan pulau itu sendiri dan ia merupakan masalah kronik jika dibiarkan berterusan tanpa adanya kawalan dan pemuliharaan. Pengubahsuaian menggantikan dengan persekitaran konkrit dan

Pembangunan dianggap sebagai fenomena ekonomi kerana melibatkan pelbagai faktor seperti alam, tenaga kerja, modal dan kecekapan. Cepat atau perlahannya pembangunan bergantung kepada faktor-faktor di atas. (Bradford dan Kent: 1977).

Menurut Akta 172, “pemajuan atau pembangunan” ditakrifkan sebagai menjalankan apa-apa tanah, membuat perubahan matan tentang penggunaan sesuatu tanah atau

mana-mana bahagian daripadanya atau mencantumkannya. (Ruhil Azhara: 1996). Alam sekitar yang diertikan sebagai agregat adalah keadaan merangkumi alam sekeliling dan individu, sosial serta budaya.

Manusia, haiwan dan organisma-organisma lain berinteraksi dengan alam sekitar dalam sistem atmosfera, litosfera, hidrosfera dan biosfera. Antara sistem-sistem ini, yang lebih besar dan luas ialah sistem atmosfera bumi. Sistem alam sekitar fizikal ini mempunyai proses-proses tertentu, sesuatu yang hidup, dan berfungsi dan ianya telah wujud sejak lama dahulu. Setiap kajian yang dibuat oleh ahli geografi akan mengkaji setiap komponen dalam alam sekitar fizikal sebagai sesuatu yang tidak terpisah, saling berhubungan antara satu sama lain dan apabila ada ganguan di satu-satu komponen maka ianya akan turut menjejaskan komponen alam sekitar yang lain.

Apa yang berlaku adalah manusia perlu memahami tabie alam semulajadi sebelum ianya ‘diusik’ untuk tujuan perubahan melalui kegiatan pelancongan dan pembangunan, kerana kesilapan dalam mengurus alam sekitar fizikal ini akan mendatangkan masalah kepada manusia, haiwan, dan organisma-organisma hidup yang lain. Oleh kerana manusia yang lebih bertanggungjawab dalam merubah persekitaran fizikal, peka dengan masalah-masalah yang berlaku, kesedaran adalah amat penting Apa yang berlaku adalah manusia perlu memahami tabie alam semulajadi sebelum ianya ‘diusik’ untuk tujuan perubahan melalui kegiatan pelancongan dan pembangunan, kerana kesilapan dalam mengurus alam sekitar fizikal ini akan mendatangkan masalah kepada manusia, haiwan, dan organisma-organisma hidup yang lain. Oleh kerana manusia yang lebih bertanggungjawab dalam merubah persekitaran fizikal, peka dengan masalah-masalah yang berlaku, kesedaran adalah amat penting

Selain itu, kajian ini juga akan cuba untuk mengupas perhubungan antara manusia dan alam sekitar yang menjurus ke arah pembangunan lestari di pulau tersebut. Akhir sekali, kajian ini dapat menunjukkan cara sesuatu perubahan sama ada perubahan kekal ataupun perubahan sementara itu di atasi oleh manusia. Dengan ini, kajian akan memperlihatkan bagaimana penglibatan pelancong dan penduduk di Pulau Pangkor memulihkan kembali komponen-komponen alam sekitar yang hampir musnah.

Dalam kehidupan, kita sememangnya tidak dapat lari dari berhadapan dengan komponen alam sekitar ini dan sedikit sebanyak tentunya banyak aktiviti-aktiviti yang dijalankan telah menjejaskan komponen yang berkenaan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kefahaman manusia adalah penting kerana dengan cara ini manusia dapat mengelak berlakunya apa yang dikatakan sebagai masalah alam sekitar fizikal kepada semua kehidupan, khususnya kepada manusia itu sendiri.

1.4 Kepentingan Kajian

Kajian ini adalah satu kajian yang dilakukan di Pangkor iaitu di kawasan pelancongan yang utama di negeri Perak. Pualu pangkor telah diiktiraf sebagai pulau peranginan kerana sumber ekonomi utama pulau ini adalah berlandaskan daripada sektor pelancongan. Pulau ini mempunyai pelbagai daya tarikan yang tersendiri iaitu banyaknya sumber-sumber alam seperti laut, pantai, gugusan pulau-pulau lain, kekayaan terumbu karang, hutan dan sebagainya. Hal ini menyebabkan lebih ramai pelancong yang datang ke sini. Dengan itu, kajian ini adalah mengkaji hubungkait antara manusia dan alam sekitar dalam konteks lestari. Jesteru, dengan adanya data kajian ini, ia dapat memperlihatkan hubungan antara pelancong dan penduduk Pangkor itu sendiri dengan alam sekitar. Semakin ramai yang bertanggungjawab menjaga alam sekitar, maka kualiti alam sekitar akan bertamabah baik.

Pulau Pangkor ini membangun disebabkan oleh faktor pelancongan untuk meningkatkan lagi pelancong datang ke sini. Persepsi pelancong yang datang ke sini telah membawa satu motivasi dan pencetus kepada penambahan atau pengurangan sesuatu pembangunan. Di samping itu, utiliti tahap kemudahan dan prasara di sini juga dititikberatkan untuk merancakkan lagi sektor pelancongan. Dengan itu, kajian ini dapat menunjukkan tanggapan masyarakat (pelancong atau penduduk) tentang pembangunan dan persekitaran di Pulau Pangkor kepada semua orang sama ada sudah mencapai had maksimum.

Kajian ini juga memperlihatkan penglibatan dan kesanggupan masyarakat (pelancong dan penduduk) dalam sektor pelancongan yang banyak membangunkan program-program kelestarian seperti projek pemuliharaan dan pemeliharaan. Maklum balas yang diberikan adalah positif dan menunjukkan masyarakat sememangnya masih Kajian ini juga memperlihatkan penglibatan dan kesanggupan masyarakat (pelancong dan penduduk) dalam sektor pelancongan yang banyak membangunkan program-program kelestarian seperti projek pemuliharaan dan pemeliharaan. Maklum balas yang diberikan adalah positif dan menunjukkan masyarakat sememangnya masih

Asas pembangunan lestari dapat dilihat seperti di rajah di bawah:

MEMULIHARA

Pembangunan

Keperluan berterusan

Sumber

alam

generasi akan

sekitar

datang dapat dipenuhi

MEMPERTINGKATKAN

MENGGALAKKAN

Pertumbuhan pembangunan MEMPERKUKUHKAN MEMPERTINGKATKAN

Kesihatan dan kualiti hidup

masyarakat di Pulau

Pangkor

Rajah 1 menunjukkan asas pembangunan lestari yang berkait rapat dengan pembangunan, alam sekitar, dan manusia.

Daripada rajah di atas, pengkaji telah mencetuskan rangka ideanya dalam kerangka konseptual mengenai kajian ini. Kajian ini adalah melibatkan hubungkait antara manusia dan alam sekitar menyumbangkan kepada pembentukan pembangunan lestari. Pembangunan ini kemudiannya di jadikan sebagai daya tarikan dalam sektor pelancongan. Untuk memperkukuhkan konsep lestari ini, penglibatan pelancong dan penduduk di pulau itu sendiri sebagai penggerak pembangunan lestari.

1.5 Kerangka Konseptual

Pembangunan

Lestari

Manusia Alam Sekitar (Laut, (pelancong dan

pantai, gugusan penduduk di

pulau lain,

HUBUNGANKAIT

Pulau Pangkor) terumbu karang,

kekayaan sumber

hutan, udara, air, tanah

Tahap pembangunan dan kemudahan prasarana

Pelancongan Lestari

Pelancong Tempatan Penduduk Pulau dan Luar Negara

Pangkor

Peranan pihak pengurusan pulau

PEMELIHARAAN & PEMULIHARAAN PROGRAM KITAR SEMULA

PENGLIBATAN DAN

Wang

KESANGGUPAN

Tenaga dan

Masa

Sumber: Kajian Lapangan, 2012

1.6 Batasan Kajian Hubungan Manusia dan Alam Sekitar

Alam sekitar dan manusia adalah komponen penting dalam kajian bidang geografi kerana ia saling mempengaruhi antara satu sama lain. Alam sekitar ialah keadaan keseluruhan yang mengelilingi manusia pada satu keadaan titik ruang dan masa. Manusia sebagai sebahagian daripada komponen yang terdapat dalam alam sekitar terpaksa menerima bahawa sesuatu yang asli juga diubah atau dimusnahkan tanpa sebab. Manusia akan memikul beban yang lain apabila sesuatu komponen alam sekitar dibangunkan.

Asas perhubungan manusia dan alam sekitar ialah sumber dan manusia menggunakan sumber untuk mewujudkan interaksi antara manusia dan alam sekitar. Pengaruh dan kesan alam sekitar ke atas manusia dapat dilihat dari tiga segi kesan iaitu ‘Hard Bio Physical” (kesan alam sekitar fizikal ke atas manusia). Iaitu dari segi

biologi manusia mempunyai had-had tertentu kepada alam sekitar, contohnya tubuh manusia berfungsi dengan cekap dan boleh hidup dalam alam sekitar yang tertentu seperti cahaya, ruang, haba tanpa apa-apa bantuan. Bantuan adalah keupayaan manusia boleh ditingkatkan seperti memakai baju sejuk di musim sejuk dan lain-lain keadaan. Kesan kedua ialah perspektif tentang sosial dan perilaku manusia ditentukan oleh perspektif manusia dan tindakbalas manusia terhadap satu-satu bencana alam sekitar. Kesan ketiga ialah kedapatan sumber-sumber juga mempengaruhi pendapat dan tindak tanduk manusia. Dalam pada itu, kadar bilangan manusia amat mempengaruhi tahap pembangunan terhadap alam sekitar.

BAB 2 : SOROTAN KARYA (LITERATUR REVIEW)

2.1 Konsep Alam Sekitar

Alam sekitar merupakan segala elemen yang berada di sekeliling kita. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mendefinisikan alam sekitar sebagai faktor-faktor di sekeliling manusia termasuklah tanah, air, atmosfera, iklim, bunyi, bau, rasa, faktor- faktor biologi haiwan dan tumbuhan serta faktor-faktor sosial dan estetik. (International Law Book Services: 2007). Manusia dan alam sekitar sangat berhubungan kerana kedua-duanya saling mempengaruhi antara satu sama lain. Alam sekitar menawar dan menyediakan tapak fizikal, sumber dan bahan semulajadi kepada manusia bagi membolehkan manusia meneneruskan kelangsungan hidup di muka bumi ini. (Haliza:2010).

Konsep kelestarian dalam pembangunan mula diberi perhatian sejak tahun 80an lagi. Perkataan pembangunan lestari (sustainable development) telah dipopularkan melalui Laporan Brundtland yang dikeluarkan dalam tahun 1987 di Persidangan Dunia tentang Alam Sekitar dan Pembangunan. Perkataan ini bermaksud satu pendekatan yang sistematik untuk membangunkan manusia dengan cara mengekalkan sumber bumi, berdasarkan kesedaran bahawa penggunaan sumber tidak sepatutnya melebihi kadar keupayaan bumi untuk menjana sumber-sumber tersebut.

Istilah kelestarian pada awalnya digunakan untuk memberi penekanan kepada pengekalan sumber asli. Perkataan lestari atau mapan atau dalam Bahasa Inggeris ’sustain’ (kekal) berasal daripada bahasa Latin ‘sustinere,’ ‘sus’ bermakna daripada bawah dan ’tenere’ bererti tahan (Nik Fuad dan Noraien, 2007). Oleh itu kelestarian bererti keupayaan untuk mengekalkan sesuatu; memastikan kewujudan; atau memanjangkan. Tetapi konsep awal kelestarian ini telah diperkembangkan lagi dengan mengambil teori ekologi sebagai dasar kepada pembangunan lestari. Kemudian ia diperkembangkan lagi untuk meliputi Istilah kelestarian pada awalnya digunakan untuk memberi penekanan kepada pengekalan sumber asli. Perkataan lestari atau mapan atau dalam Bahasa Inggeris ’sustain’ (kekal) berasal daripada bahasa Latin ‘sustinere,’ ‘sus’ bermakna daripada bawah dan ’tenere’ bererti tahan (Nik Fuad dan Noraien, 2007). Oleh itu kelestarian bererti keupayaan untuk mengekalkan sesuatu; memastikan kewujudan; atau memanjangkan. Tetapi konsep awal kelestarian ini telah diperkembangkan lagi dengan mengambil teori ekologi sebagai dasar kepada pembangunan lestari. Kemudian ia diperkembangkan lagi untuk meliputi

Kesedaran mengenai pembangunan lestari di peringkat global terserlah selepas persidangan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Alam Sekitar di Nairobi dalam tahun 1972, Laporan Suruhanjaya Persekitaran dan Pembangunan Dunia 1987 dan Sidang Puncak Dunia di Rio de Jeneiro 1992. Suruhanjaya Dunia Alam Sekitar dan Pembangunan mentakrifkan pembangunan lestari sebagai pembangunan yang dapat memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan mereka (United Nations, 1987).

Manakala Goodland dan Ledoc (1987) dipetik dalam Chamhuri (2004) pula mentakrifkan pembangunan lestari sebagai pola transformasi sosial dan ekonomi yang mengoptimumkan faedah sosial dan ekonomi masa kini, tanpa menjejaskan potensi faedah yang sama bagi masa depan. Pembangunan lestari tidak akan menggunakan sumber bumi melebihi keupayaan bumi untuk menjana sumber tersebut, dan mengambil kira kesan ke atas alam sekitar dan aspek sosial penduduk. Oleh itu, pembangunan lestari dapat memenuhi keperluan manusia dan melindungi kualiti alam sekitar. Namun, definisi ini menghadapi beberapa persoalan. Antaranya ialah kekaburan mengenai generasi akan datang yang tidak dinyatakan had masa depan. Ekopelancongan adalah salah satu contoh pelancongan yang bersifat lestari.

2.2 Ekopelancongan

Bagi memastikan keindahan pulau secara berterusan, pelancongan haruslah bersandarkan kepada konsep ekopelancongan. The International Ecotourism Society (TIES) mendefinisikan ekopelancongan sebagai ‘responsible travel to natural areas that conserve the environment and sustains the well- being of local people’ (UNEP, 2001). Ekopelancongan Bagi memastikan keindahan pulau secara berterusan, pelancongan haruslah bersandarkan kepada konsep ekopelancongan. The International Ecotourism Society (TIES) mendefinisikan ekopelancongan sebagai ‘responsible travel to natural areas that conserve the environment and sustains the well- being of local people’ (UNEP, 2001). Ekopelancongan

Perjalanan perniagaan

PEMB

Pelancongan Pantai

AN

IDA T

GU AN

PG

AN

AN

ON

C Pelancongan desa

AMP

C Pelancongan Alam Semulajadi E

Pelancongan Budaya

Rajah 2 menunjukkan Ekopelancongan merupakan satu konsep Pembangunan Lestari

Matlamat utama pembangunan ekopelancongan adalah memberi manfaat dan faedah kepada alam sekitar dan komuniti tempatan. Dalam kebanyakan destinasi pelancongan, yuran yang dikenakan ke atas tempat letak kenderaan adalah untuk pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar di kawasan pelancongan tersebut. Ekopelancongan juga menyediakan pendidikan, maklumat, kesedaran dan pembiayaan bagi usaha-usaha pemuliharaan alam sekitar.

Dalam satu kajian yang dijalankan di Kepulauan Galapagos, maklumat yang disediakan melalui ekopelancongan dapat meningkatkan pengetahuan di kawasan yang Dalam satu kajian yang dijalankan di Kepulauan Galapagos, maklumat yang disediakan melalui ekopelancongan dapat meningkatkan pengetahuan di kawasan yang

2.3 Pembangunan Ekonomi

Aspek jenis pekerjaan adalah indikator penting untuk melihat status ekonomi penduduk pulau. Secara langsungnya, taraf kehidupan individu dapat diukur melalui jenis pekerjaan. Kegiatan utama yang dijalankan sebagai sumber ekonomi adalah pekerjaan yang berasaskan kepada sumber laut. Kebanyakan penduduk pulau Pangkor bekerja sebagai nelayan. Namun dengan pertumbuhan aktiviti perlancongan yang semakin pesat di Pulau Pangkor, penduduk pulau telah mula beralih pekerjaan dalam sektor pelancongan iaitu sebagai pengusaha chalet, pengusaha bot perlancongan dan bekerja di pusat perlancongan di Pulau Pangkor. Berdasarkan kajian oleh Yahaya (2007), dengan kepesatan aktiviti perlancongan, sektor tradisional di Pulau Pangkor diusahakan oleh kurang 20 peratus daripada jumlah penduduk.

2.4 Pembangunan Sosial

Kajian sosioekonomi secara khususnya mengkaji gelagat masyarakat secara individu atau secara berkumpulan yang bertindakbalas terhadap persekitaran ekonomi yang seterusnya mempengaruhi dan membentuk persekitaran sosial masyarakat. Tindakbalas ini secara khususnya akan menjelaskan bagaimana perubahan ekonomi sesuatu kawasan itu akan mempengaruhi perubahan sosial dan persekitaran kawasan berkenaan (Lutz, 2009).

Perubahan sosial ini dapat dilihat dari aspek bagaimana ia mengubah sesebuah masyarakat (Pastakia, 1998), kelestarian persekitaran (Lober, 1998), dan kualiti kehidupan secara menyeluruh (Mahadzirah, Sulaiman dan Wan Norhayati, 2008).

Persepsi masyarakat setempat dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk nilai-nilai budaya, peraturan tingkah laku, pergantungan kepada pelancongan dan pekerjaan, interaksi penduduk dan pelancong dan tahap pembangunan (Madrigal 1993; Murphy 1985). Penyelidikan menunjukkan bahawa persepsi negatif pelancongan adalah berkait dengan ketumpatan pelancong yang tinggi, tempoh masa mereka melancong dan status kelahiran asli (Canan dan Hennessy 1989; Davis, Allen dan Cosenza 1988; Liu, Sheldon dan Var 1987; Madrigal 1993 , 1995; Murphy 1985; Pizam 1978; Um dan Crompton 1987).

Persepsi positif pelancongan bergantung kepada jarak perjalanan dari pasaran sumber dan dengan pergantungan ekonomi. Pembolehubah sosio-ekonomi mempunyai sedikit kesan kepada persepsi pemastautin pelancongan (Liu dan Var 1986; Madrigal 1993; Pizam 1978). Hubungan songsang berlaku di antara tahap pembangunan pelancongan dan persepsi tuan rumah terhadap impak pelancongan. Tahap pembangunan pelancongan yang lebih rendah kepada sederhana memberi lebih manfaat kepada penduduk tempatan. Jika pelancongan berkembang maju dengan cara yang mampan ekologi, kesan buruk perlu dikurangkan dan impak keseluruhan perlu dilihat sebagai pilihan oleh penduduk (Ap, 1992).

Aspek pembangunan sosial mementingkan pembangunan keluarga dan keibubapaan. Keibubapaan adalah proses mendorong dan menyokong pembangunan fizikal, emosi, sosial dan intelektual kanak-kanak dari peringkat awal hingga dewasa. Kemahiran keibubapaan adalah diperlukan bagi membantu ibu bapa untuk menyokong pembangunan anak-anak. Keibubapaan yang berkesan adalah penting dalam membentuk kejayaan keluarga (Lopez, 2004). Dengan kata lain, kemahiran keibubapaan yang sesuai dapat membentuk generasi Aspek pembangunan sosial mementingkan pembangunan keluarga dan keibubapaan. Keibubapaan adalah proses mendorong dan menyokong pembangunan fizikal, emosi, sosial dan intelektual kanak-kanak dari peringkat awal hingga dewasa. Kemahiran keibubapaan adalah diperlukan bagi membantu ibu bapa untuk menyokong pembangunan anak-anak. Keibubapaan yang berkesan adalah penting dalam membentuk kejayaan keluarga (Lopez, 2004). Dengan kata lain, kemahiran keibubapaan yang sesuai dapat membentuk generasi

2.4 Pembangunan Prasarana

Untuk mewujudkan sebuah pulau berasaskan pelancongan maka beberapa perkara perlu diberi perhatian dan keutamaan dalam pembangunan Pulau Pangkor antaranya adalah seperti menaik taraf prasarana yang terdapat di pulau berkenaan. Jalan raya yang berkualiti, kenderaan, bekalan elektrik, bekalan air bersih dan kemudahan komunikasi seperti telefon, dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) akan dirancang dengan rapi. Di samping itu, bilangan tempat penginapan yang mencukupi dan berkualiti untuk menampung pelawat, pelancong dan pekerja juga akan diberi perhatian. Untuk menarik perhatian pelancong dan meningkatkan kualiti kehidupan masyarakat Pulau Pangkor, pulau tersebut perlu diberi perhatian terhadap landskap pulau berkenaan. Bentuk bangunan, rumah dan resort perlu diberi penekanan supaya dapat menampilkan unsur-unsur kesenian, kelestarian dan kebudayaan penduduk tempatan.

2.6 Konsep dan petunjuk pelancongan lestari

Dalam konteks alam sekitar, pelancongan bukan sahaja membawa kesan positif malah impak negatif bergantung kepada cara pengurusan pembangunan itu dirancang, dipantau, dan dikawal. Pembangunan dan pengurusan pelancongan yang kurang sesuai serta tidak mengikut prosedur yang ditetapkan akan menyebabkan kemusnahan habitat dan landskap, menghapuskan sumber-sumber semula jadi dan akhirnya pencemaran alam sekitar menjadi semakin serius terutamanya masalah pembuangan sampah yang tidak terurus. Jesteru itu, pendekatan pembangunan lestari bagi setiap perancangan pelancongan adalah amat diperlukan kerana sekiranya sumber ini dimusnahkan, maka kawasan pelancongan ini tidak akan dapat menarik kedatangan pengunjung lagi dan Dalam konteks alam sekitar, pelancongan bukan sahaja membawa kesan positif malah impak negatif bergantung kepada cara pengurusan pembangunan itu dirancang, dipantau, dan dikawal. Pembangunan dan pengurusan pelancongan yang kurang sesuai serta tidak mengikut prosedur yang ditetapkan akan menyebabkan kemusnahan habitat dan landskap, menghapuskan sumber-sumber semula jadi dan akhirnya pencemaran alam sekitar menjadi semakin serius terutamanya masalah pembuangan sampah yang tidak terurus. Jesteru itu, pendekatan pembangunan lestari bagi setiap perancangan pelancongan adalah amat diperlukan kerana sekiranya sumber ini dimusnahkan, maka kawasan pelancongan ini tidak akan dapat menarik kedatangan pengunjung lagi dan

Petunjuk lestari adalah untuk mengukur perubahan, mengenal pasti proses dan menyediakan rangka kerja untuk tatacara sasaran dan prestasi pemantauan. Petunjuk ini menyediakan kaedah untuk mencartakan kemajuan ke arah kepentingan matlamat untuk mencapai bentuk pembangunan yang seimbang dalam bidang sosial, ekonomi dan alam sekitar sebagai objektif utama pembangunan lestari sesebuah Negara. Antara petunjuk pelancongan lestari yang digunakan dalam menentukan pembangunan sesebuah destinasi pelancongan adalah jagaan tapak yang mengikuti indeks “ International Union for the Conservation of Nature Resource” (IUCN), impak social dan sumbangan kepada ekonomi tempatan.

Menurut Sham Sani (2000), indikator merupakan pengukuran sesuatu kriteria, ia digunakan bagi dua tujuan iaitu mengkuantifikasikan maklumat bagi menjelaskan secara terperinci hasil kajian dan meringkaskan maklumat tentang sesuatu keadaan yang kompleks supaya lebih mudah difahami. Petunjuk lestari adalah untuk mengukur perubahan, mengenal pasti proses dan menyediakan rangka kerja untuk tatacara saranan dan prestasi pemantauan (Crabtree dan Bayfield:1998). Petunjuk ini menyediakan kaedah untuk mencartakan kemajuan ke arah kepentingan matlamat untuk mencapai bentuk pembangunan yang seimbang dalam bidang social, ekonomi dan alam sekitar sebagai objektif utama pembangunan lestari.

Konsep lestari atau mampan selalunya dikaitkan dengan kualiti kehidupan yang merangkumi system ekonomi, sosial, dan persekitaran bagi menjamin keselesaan hidup dan persekitaran yang sihat dan produktif. Matlamat ini bukan sahaja untuk keperluan Konsep lestari atau mampan selalunya dikaitkan dengan kualiti kehidupan yang merangkumi system ekonomi, sosial, dan persekitaran bagi menjamin keselesaan hidup dan persekitaran yang sihat dan produktif. Matlamat ini bukan sahaja untuk keperluan

Pembangunan pelancongan lestari merupakan sub-tema dalam pembangunan lestari sehingga kini masih lagi menarik perbincangan yang berterusan kerana tuntutan dan kerenah pembangunan pelancongan yang menjadi semakin dinamik atau fleksibel. Ianya sentiasa diberi penekanan kerana sector pelancongan telah menjadi penyumbang utama kepada kemajuan dan pembangunan Negara. Dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMKe-9) sebanyak 1.8 billion telah diperuntukkan kepada sektor pelancongan untuk mempakej semula tarikan sedia ada seperti menaik taraf infrastruktur dan menyediakan kemudahan pelancongan serta membangunkan lebih banyak produk dan perkhidmatan pelancongan yang inovatif. Aktiviti pemasaran dan promosi akan dipergiatkan juga bagi menaikkan imej Malaysia dan meningkatkan jumlah pelancong domestik dan antarabangsa. (Malaysia: 2006).

Pembangunan dari segi perspektif pembangunan lestari menyatakan satu pendekatan pembangunan yang lebih bersepadu antara pembangunan fizikal untuk keperluan manusia dengan tanggungjawab mengekalkan kualiti alam sekitar. Pendekatan tersebut bukan sahaja mengambil kira faedah dan keperluan kehidupan masyarakat dunia semasa, malah melindungi kepentingan kehidupan generasi manusia pada masa akan datang. Pendekatan ini melibatkan aspek pengurusan kependudukan yang Pembangunan dari segi perspektif pembangunan lestari menyatakan satu pendekatan pembangunan yang lebih bersepadu antara pembangunan fizikal untuk keperluan manusia dengan tanggungjawab mengekalkan kualiti alam sekitar. Pendekatan tersebut bukan sahaja mengambil kira faedah dan keperluan kehidupan masyarakat dunia semasa, malah melindungi kepentingan kehidupan generasi manusia pada masa akan datang. Pendekatan ini melibatkan aspek pengurusan kependudukan yang

Dengan perkataan lain, perubahan paradigma kehidupan perlu berlaku dengan drastik.

Pembangunan Fizikal

Pemuliharaan Sumber

Kesaksamaan Sosial

PEMBANGUNAN LESTARI

Kualiti Alam Penyertaan Sekitar

Politik

Rajah 3: Matlamat Pembangunan Lestari

Pelancongan lestari merupakan jenis pelancongan mengintergrasikan semua sumberjaya yang wujud dan berupaya dibentuk sebagai produk pelancongan menarik. Terdapat empat pembahagian utama sumber jaya yang kerap dikenalpasti iaitu:

1. Sumber Semulajadi: Pantai, sungai, gunung, tasik, bukit, gua, laut, bakau

2. Sumber Warisan: monumen, bangunan, kebudayaan, cara hidup

3. Sumber Pertanian: sawah, dusun, tanaman, ternakan, perikanan

4. Sumber buatan Manusia: taman tema, pentas, stadium

Disebabkan kepentingan pembangunan pelancongan lestari berkedudukan amat kritikal maka petunjuk pembangunan telah dibentuk bagi menentukan halatuju perancangan untuk memudahkan pencapaian matlamat pembangunan pelancongan lestari.

BAB 3 : LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

Kajian pelancongan pembangunan lestari ini dijalankan di kawasan Pulau Pangkor yang terletak 90km dari Bandaraya Ipoh, Perak. Lokasi kajian ini secara umum merupakan sebuah destinasi tumpuan pelancong dalam dan luar Negara. Seterusnya kajian ini dibuat di sekitar kawasan penginapan kami selama seminggu iaitu di Pasir Bogak. Walau bagaimanapun, kami juga berpeluang menemubual responden dari kawasan lain seperti di Teluk Nipah dan Teluk Dalam, memandangkan responden di sekitar tersebut sangat terhad. Pasir Bogak adalah kawasan yang paling popular di pulai ini kerana dikatakan terdapat sebuah kolam renang yang terbesar di dunia. Tambahan lagi, pantainya yang berbentuk seperti sabit serta mempunyai air yang cetek dan jernih dan terdapat juga himpunan batu karang di kawasan ini. (Puteri: 2004).

Pulau Pangkor adalah salah satu destinasi pelancongan utama yang menjadi tumpuan para pelancong di Malaysia. Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, di persisiran perairan Selat Melaka iaitu pada garis lintang 4˚ 12’ 50’ Utara dan garis bujur 100˚ 34’ 30” Timur dengan keluasan 2,200 hektar (22km 2 ) dan penduduknya