Peranti Pemadam Kebakaran Automatik Kenderaan.

I

PERANTI PEMADAM KEBAKARAN AUTOMATIK KENDERAAN

AHMAD SYAUQI BIN HANAS

This Report Is Submitted In Partial Fulfillment of Requirements for the
Bachelor Degree of Electronic Engineering (Industrial Electronic)

Fakulti Kejuruteraan Elektronik dan Kejuruteraan Komputer
Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Jun 2013

II

III

IV

V


DEDIKASI

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, syukur kehadrat Ilahi dengan limpahan
nikmat dan rahmat kurniaan-Nya memberi saya peluang untuk bernafas dan
menikmati keindahan ciptaan-Nya. Di kesempatan ini saya ingin merakamkan
penghargaan buat insan yang telah melahir dan membesarkan saya dengan penuh
dedikasi dan kasih sayang.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada ibunda dan ayahanda tercinta Hjh
Zahedah bt. Hussain dan Hj Hanas b. Mat Desa. Merekalah yang banyak memberi
sokongan dan dorongan dari segi moral, tenaga, masa dan wang ringgit tanpa kenal
erti penat dan jemu demi melihat kejayaan anak-anak mereka. Jika kejayaan yang
saya peroleh harini maka itulah kejayaan ibunda dan ayahanda mendidik saya dari
kecil sehingga hari ini.
Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga
yang sata kasihi, guru-guru atau pensyarah yang saya hormati serta rakan-rakan yang
banyak memberi tunjuk ajar, sokongan dan nasihat yang berguna kepada saya samada
secara lansung atau tidak lansung. Jasa baik anda amat saya hargai dan tak mungkin
dapat saya balas dengan kata-kata pujian di ruangan ini.
Dengan rasa kesyukuran dan rendah diri saya panjatkan doa kehadrat Ilahi

semoga ibunda, ayahanda tercinta, rakan-rakan yang dikasihi, serta anda semua
dirahmati, diberkati dan dipermudahkan urusan di dunia mahupun urusan di akhirat.
Akhir kata dari saya, Assalamualaikum Warahmatullah.

VI

PENGHARGAAN

Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat saya
menyempurnakan projek PSM1 semester 1 dan PSM2 pada semester 2, setelah
bertungkus lumus dari awal semester 1 untuk menyiapkan proposal, sorotan kajian
dan pembentangan projek PSM1. Usaha diteruskan lagi dengan menyiapkan simulasi
litar, pemasangan komponen pada litar dan sehinggalah menjadi produk akhir sebuah
peranti pemadam kebakaran automatik kenderaan. Assalamualaikum dan selamat
sejahtera saya ucapkan kepada semua pensyarah terutama kepada pensyarah yang
menjadi penyelia projek saya Pn. Izadora bt. Mustaffa dan Dr Mohd Shakir b. Md
Saat. Saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada beliau kerana telah banyak
memberi pendapat, nasihat dan tunjuk ajar kepada saya sehingga saya dapat
menyiapkan projek keseluruhan projek PSM1 dan PSM2.
Diakhir penghargaan ini saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak

terhingga juga kepada ibu dan bapa saya Pn. Hjh. Zahedah Binti Hussain Dan Tn. Hj.
Hanas Bin Mat Desa kerana telah banyak memberi sokongan mental dan moral serta
membantu saya dari sudut kewangan dan metarial selama saya masih dibawah
tanggungan mereka. Dengan sokongan dan bantuan mereka dapat saya menyiapkan
keseluruhan projek PSM1 dan PSM2 sekaligus membolehkan saya menamatkan
pelajaran saya diperingkat ijazah sarjana muda.
Terima Kasih.

VII

ABSTRAK

Projek ini bertujuan membina sistem pemadam kebakaran kenderaan secara
automatik. Statistik kebakaran yang dikeluarkan oleh jabatan bomba dan penyelamat
Malaysia pada tahun 2011 hingga jun 2012 menunjukan kebakaran kenderaan antara
jumlah kes tertinggi selepas kebakaran banggunan dan lading/lalang. Jsteru itu satu
sistem pemadam kebakaran automatik dicadangkan di dalam tesis ini. Melalui
pemadam kebakaran automatik ini, kehadiran api dapat dipadamkan secara
automatik. Secara terperinci, pemadam kebakaran ini mengandungi peranti elektronik
yang menggunakan litar penguat pembanding, pengesan suhu dan pengesan cahaya

yang ditempatkan di bahagian enjin kenderaan. Sebab utama pemadam kebakaran
automatik ini diletakan di bahagian enjin kerana, bahagian enjin kenderaan
merupakan bahagian yang berisiko tinggi mengalami kebakaran akibat dari
kemalangan, penyengaraan kenderaan yang tidak sempurna dan pengubahsuaian
kenderaan. Kajian menunjukan bahawa api wujud melalui kombinasi tiga faktor iaitu
bahan api, oksigen dan haba. Tanpa kombinasi tiga faktor tersebut, api tidak akan
wujud. Apabila pengesan suhu dan pengesan cahaya pada litar tersebut dapat
mengesan kenaikan suhu dan pertambahan cahaya di bahagian enjin kenderaan, litar
penguat pembanding akan mengaktifkan injap solenoid yang dipasangkan pada tangki
pemadam kebakaran jenis debu kering. Debu kering akan disemburkan pada bahagian
enjin yang mengalami kebakaran. Pemadam kebakaran berunsur debu kering
merupakan pemadam kebakaran universal yang mampu memadamkan semua jenis
kebakaran.

VIII

ABSTRACT

This project aims to build a vehicle fire extinguishing system automatically.
Fire statistics released by the fire department and savior of Malaysia in 2011 to June

2012 showed that the numbers of cases of vehicle fire are higher after fire of the
buildings and plantations / weeds. It is thus an automatic fire extinguishing system
proposed in this thesis. Through automatic fire extinguisher, the presence of fire can
be turned off automatically. In detail, a fire extinguisher consists of electronic devices
that use the comparator amplifier circuits, temperature sensors and light sensors that
are placed in the vehicle's engine. The main reason for an automatic fire extinguisher
is placed on the engine because the engine of the vehicle is at high risk for fire due to
accident, improper vehicle maintenance and vehicle modification. Research has also
shown that fire exists through a combination of three factors: fuel, oxygen and heat.
Without the combination of these factors, the fire would not exist. When the
temperature sensor and light sensor at the circuit has detects the rise in temperature
and increase intensity light at vehicle engine parts, the comparator amplifier circuit
will activate a solenoid valve mounted on the tank dry powder type fire extinguisher.
Dry powder will be sprayed on the engine to fire. Characterized by dry powder fire
extinguisher is capable of universal firefighters extinguish all types of fires.

IX

KANDUNGAN


BAB PERKARA

1

HALAMAN

TAJUK PROJEK

i

BORANG PENGESAHAN

ii

PENGAKUAN

iii

PENGESAHAN PENYELIA


iv

DEDIKASI

v

PENGHARGAAN

vi

ABSTRAK

vii

ABSTRACT

viii

ISI KANDUNGAN


ix

SENARAI JADUAL

xi

SENARAI RAJAH

xii

SENARAI SIMBOL /SINGKATAN/ ISTILAH

xiii

PENGENALAN
1
1.1

Pengenalan


1

1.2

Objektif Projek

2

1.3

Penyataan Masalah

3

1.4

Skop Kerja

3


1.5

Metodologi Projek

5

X

2

SOROTAN KAJIAN
2.1

Kepentingan Pemadam Kebakaran dan
Situasi Kecemasan

8

Kajian Mengenai Pemadam Kebakaran
Automatik Sedia Ada


13

Kajian Mengenai Faktor Kebakaran
Dan Jenis Kebakaran

15

Kajian Mengenai Jenis – Jenis
Pemadam Kebakaran

18

Kajian Keatas Litar Dan Komponen
Yang Digunakan

20

METODOLOGI SOROTAN KAJIAN

25

3.1

Analisis Dan Kajian Latar Belakang

25

3.2

Analisis Keatas Komponen Semasa
Situasi Kebakaran

27

Pengiraan Voltan Rujukan Dan Voltan Pelaras

28

2.2
2.3
2.4

2.5

3

3.3
4

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
4.1

4.2

5

8

30

Penempatan Peranti Elektronik
Dan Pemadam Kebakaran

30

Penempatan Peranti Elektronik Dan
Nozel Pada Model Prototaip

33

KESIMPULAN DAN CADANGAN

35

5.1

Kesimpulan

35

5.2

Cadangan

36

RUJUKAN

37

LAMPIRAN

38

XI

SENARAI JADUAL

NO

TAJUK

HALAMAN

1.1

Carta alir metodologi projek

6

1.2

Carta Gantt

7

2.1

Statistik kebakaran tahun 2011

9

2.2

Statistik kebakaran jun 2012

9

2.3

Jenis kebakaran dan kelas pemadam kebakaran

18

2.4

Komponen di dalam injap solenoid

24

3.1

Carta alir sorotan kajian

26

3.2

Graf rintangan melawan suhu thermister

27

3.3

Graf rintangan melawan luminan cahaya (LDR)

28

XII

SENARAI RAJAH

NO

TAJUK

2.1

Ulasan ketua cawangan operasi kebakaran

10

2.2

Keratan akhbar kosmo 28 september 2012

11

2.3

Keratan akhbar kosmo 23 september 2012

12

2.4

Model pemadam kebakaran automatik kenderaan
(mekanikal pneumatik)

15

2.5

Tindak balas berantai kebakaran

16

2.6

Litar simulasi penguat pembanding

20

2.7

Thermistor TC103

21

2.8

Light dependent resistor (LDR)

22

2.9

Operasi injap solenoid

23

2.10

Injap solenoid yang digunakan

24

3.1

Masukan voltan rujukan

29

3.2

Masukan voltan pelarasan

30

4.1

Penempatan pengesan suhu, nozel dan hos

33

4.2

Kedudukan pemadam kebakaran dan injap solenoid

33

4.3

Model prototaip untuk meletakan penderia suhu,
cahaya dan nozel

35

Blok diagaram peranti pemadam kebakaran

36

4.4

HALAMAN

XIII

SENARAI SIMBOL /SINGKATAN/ ISTILAH

NO

TAJUK

HALAMAN

1

Perintang peka haba (Thermistor)

1

2

Perintang peka cahaya (LDR)

2

3

Ion oksigen (O)

16

4

Ion hidrogen (H)

16

5

Tindak balas ion hidrogen dan oksigen (OH)

16

6

Penguat pembanding (op amp)

20

7

perintang boleh laras (VR)

20

8

perintang mewakili thermistor (Rthm)

28

9

voltan merentasi perintang R1 (VR1)

28

10

voltan merentasi preintang Radj (VR2)

30

11

perintang mewakili LDR (Rldr)

30

12

perintang pelaras (Radj)

30

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pengenalan Projek

Mengikut statistik kebakaran di seluruh Malaysia, yang dikeluarkan oleh
bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat serta bahagian Penyiasatan Kebakaran
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sehingga bulan Jun 2012, menunjukan
bahawa kebakaran kenderaan merupakan jumlah kedua tertinggi selepas kebakaran
banggunan dengan 1,488 kes. Pada tahun 2011 jumlah kes kebakaran kenderaan
direkodkan sebanyak 2,817 kes dan pada tahun 2008 kes kebakaran kenderaan yang
dicatatkan sebanyak 2,101. Statistik ini menunjukan jumlah peningkatan kes
kebakaran pelbagai jenis kenderaan di seluruh Malaysia. [1][2][3], kereta merupakan
jumlah tertinggi dalam statistik kebakaran kenderaan dengan 575 kes diikuti lori
/trailer sebanyak 143 dan motosikal sebanyak 110 kes. Jumlah kes ini nyata
membimbangkan kerana ianya melibatkan nyawa individu [4][5].
Pemadam kebakaran kenderaan automatik ialah suatu peranti keselamatan di
dalam kenderaan. Peranti ini berfungsi memadam kebakaran di bahagian enjin
kenderaan yang sentiasa terdedah kepada suhu tinggi dan berisiko tinggi untuk
berlakunya kebakaran. Peranti ini menggunakan penderia suhu (thermistor sensor )

2

dan penderia cahaya (light dependent resistor sensor ) (LDR) yang akan mengesan
kenaikan suhu dan kecerahan cahaya semasa berlakunya kebakaran pada bahagian
enjin kenderaan. Peranti pemadam kebakaran kenderaan automatik akan bertindak
menyemburkan debu kering di sekitar enjin kereta. Dengan adanya pemadam
kebakaran kenderaan automatik ini diharap dapat mengurangkan angka statistik yang
telah direkodkan [4][5].

1.2 Objektif Projek

Objektif- objektif projek adalah seperti berikut:

1. Merekabentuk peranti pemadam kebakaran automatik kenderaan yang dapat
memadamkan api secara automatik.

2. Menentukan spesifikasi dari segi jenis, reka bentuk, fungsi dan saiz alat
pemadam kebakaran yang sesuai digunakan didalam projek ini.

3. Menguji sistem pemadam kenbakaran automatik kenderaan tersebut pada model
prototaip bahagian enjin kereta yang dibuat.

1.3 Penyataan Masaalah

Kebakaran kenderaan boleh berlaku pada bila-bila masa. Antara faktor berlaku
kebakaran kenderaan ialah penyengaraan kenderaan yang tidak sempurna dan faktor
kemalangan [1][6]. Sebahagian daripada korban nyawa akibat kemalangan jalan raya
di Malaysia adalah disebabkan oleh kebakaran kenderaan [1]. Pihak Jabatan Bomba

3

dan Penyelamat Malaysia juga turut menasihati semua pemilik kenderan persendirian
menyimpan pemadam kebakaran didalam kenderaan sebagai langkah keselamatan,
namun dalam situasi kecemasan pemilik kenderaan mungkin berada dalam keadaan
cemas dan tidak mampu bertindak untuk memadamkan kebakaran tersebut. Peranti
pemadam kebakaran kenderaan automatik ini diharapkan dapat digunakan di dalam
situasi sebegini seterusnya mengurangkan statistik korban nyawa akibat kebakaran
kenderaan.

1.4 Skop Kerja

Projek sistem pemadam kebakaran automatik kenderaan ini dibuat secara
berperingkat, maka skop kerja perlu diambil berat bagi memastikan objektif projek
tercapai. Setiap kerja yang dilakukan perlu mengikut urutan pada carta alir yang
dibuat dan perlu menepati waktu yang telah ditetapkan supaya projek ini berjalan
lancar serta siap dalam tempoh masa yang ditetapkan, sekaligus dapat mencapai
objektif projek. Dalam projek ini terdapat tiga skop kerja yang dititik beratkan:

1.4.1

Rekabentuk
Sistem pemadam kebakaran automatik kenderaan menggunakan peranti

elektronik yang akan mengesan dan memadamkan kebakaran yang berlaku. Ia
menggunakan litar penguat operasi pembanding, yang akan membandingkan voltan
masukan daripada penderia suhu dan penderia cahaya serta pemadam api berunsur
debu kering. Penderia suhu akan bertindak mengesan suhu tinggi manakala penderia
cahaya akan bertindak mengesan cahaya, dan peranti pemadam kebakaran kenderaan
automatik akan bertindak menyembur debu kering. Pemadam kebakaran akan
berhenti selepas kebakaran berjaya dipadamkan.

4

1.4.2

Spesifikasi Pemadam Kebakaran

Sistem pemadam kebakaran automatik kenderaan mengunakan unsur debu
kering untuk memadamkan kebakaran yang berlaku pada bahagian enjin kenderaan,
tangki yang digunakan pula berkapasiti 1 Kg dan mampu beroperasi dalam
lingkungan 2 meter padu kawasan dengan tekanan udara mampat 12 bar. Tangki
pemadam kebakaran akan dipasang bersama injap solenoid bagi membolehkan
pemadam kebakaran tersebut berfungsi apabila mendapat bekalan voltan 12 volt dari
peranti elektronik.

1.4.3

Model Kenderaan

Model kenderaan yang digunakan ialah kerata kancil, ia berdasarkan spesifikasi
pemadam kebakaran yang digunakan. Pengesan suhu akan dipasangkan di bahagian
enjin yang terdedah kepada suhu tinggi dan berisiko berlaku kebakaran [6]. Muncung
pemadam kebakaran diletakan di bahagian enjin kenderaan dan disambungkan
dengan injap solenoid pada tangki pemadam kebakaran yang dipasang dibahagian
dalam kenderaan.Tangki pemadam kebakaran berunsur debu kering akan diletakan di
bahagian dalam kenderaan dengan jarak 1-2 meter dari bahagian enjin.

1.5

Metodologi Projek

Dalam usaha untuk mencapai objektif projek, setiap aliran langkah kerja perlu
disusun mengikut turutan supaya setiap kerja yang dilakukan tersusun dan berjalan
lancar. Projek ini dibahagikan kepada dua segmen yang berasingan. Kerja-kerja pada
segmen yang berasingan ini dilakukan secara selari bagi memastikan aliran kerja
sentiasa berterusan dan tidak tergendala, sebelum ia digabungkan menjadi produk
akhir. Jadual 1.1 menunjukan carta alir yang memaparkan aliran kerja tersebut. Setiap

5

aturcara yang disusun didalam segmen tersebut akan dilakukan dalam tempoh masa
yang telah ditetapkan di dalam carta Gantt, rujuk Jadual 1.2. Kedua–dua jadual ini
sangat penting sebagai garis panduan bagi memulakan sesuatu kerja dan penanda aras
bagi memastikan kerja–kerja tersebut boleh disiapkan didalam tempoh yang
ditetapkan.

1.5.1

Jenis pemadam kebakaran

Pemilihan jenis pemadam kebakaran, saiz dan kuantiti yang akan digunakan
pada model prototaip kenderaan. Pemilihan ini dibuat berdasarkan kajian
keatas jenis kebakaran dan kelas pemadam kebakaran.

1.5.2

Model kenderaan

Pemilihan model kenderaan yang akan digunakan didalam projek ini,
bersesuaian dengan saiz dan kuantiti pemadam kebakaran yang akan
digunakan. Setelah mengkaji tentang kebakaran dan pemadam kebakaran,
pemilihan model kenderaan dibuat berdasarkan keupayaan pemadam
kebakaran untuk memadam kebakaran dalam kawasan kaki persegi.

1.5.3

Litar penderia kebakaran

Produk akhir, pemasangan litar pengesan kebakaran yang telah dibuat pada
pemadam kebakaran dan diuji pada model kenderaan yang telah dipilih. Ini
bertujuan untuk menguji tahap keberkesanan projek pemadam kebakaran
automatik kenderaan tersebut.

6

Jadual 1.1 Carta alir metodologi projek

7

Menyiapkan proposal projek

3.

Membuat penyelidikan
mengenai pemadam api dan
kebakaran kenderaan

4.

Klasifikasikan peralatan,
komponen dan sebut harga
barang

5.

Membeli peralatan dan
komponen yang diperlukan

6.

Memasang dan menyiapkan
peranti pemadam kebakaran
kenderaan automatik

7.

Menguji peranti pemadam
kebakaran kenderaan automatik

8.

Persediaan untuk pembentangan
INOTEK

9.

4

5

6

7

8

9

1
0

1
1

1
2

1
3

1
4

Jan
1
5

1
6

1
7

1
8

Feb

1
9

2
0

Selesaikan dan hantar laporan

Jadual 1.2 Carta Gant

2
1

2
2

2
3

Mar
1

2

3

4

Apr
5

6

7

8

Cuti Pertengahan

2.

3

Dec

Cuti Akhir Semesterr

Mencari maklumat mengenai
pemadam api dan punca
kebakaran kenderaan

2

Nov

Cuti Ulang Kaji
Peperiksaan Akhir Semester

1.

Taklimat PSM

1

Oct

Cuti Pertengahan Semester

Sep

Aktiviti projek

2013

9

May
1
0

1
1

1
2

1
3

Jun
1
4

1
5

1
6

1
7

Cuti Ulang Kaji
Peperiksaan Akhir Semester

2012

1
8

8

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

Bab ini akan menceritakan mengenai sorotan kajian yang telah dibuat, ia
mengandungi maklumat yang dikumpul dan fakta yang diperolehi bertujuan untuk
menimba ilmu dan mencetus idea dalam menyiapkan projek ini. Terdapat beberapa
sumber yang telah diambil sebagai sumber rujukan seperti buku, tesis, jurnal dan
laman web yang berkaitan dengan projek ini. Ia termasuk operasi litar, perkakasan
dan komponen yang diguna dalam projek termasuk punca berlaku kebakaran dan
penggunaan pemadam kebakaran.

2.1 Kajian Mengenai Kepentingan Pemadam Kebakaran Dan Situasi Semasa
Kecemasan.

2.1.1

Statistik Kebakaran dari Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Tahun
2011 Hingga Jun 2012.

Jadual 2.1 dan jadual 2.2 menunjukan statistik jenis kebakaran yang di
rekodkan oleh jabatan bomba dan penyelamat Malaysia pada tahun 2011 hingga
bulan Jun 2012.Statistik ini menunjukan kebakaran kenderaan antara jumlah kes yang
tertinggi selepas kebakaran belukar/lalang, banggunan dan lain-lain kebakaran, [7].

9

Statistik ini sangat membimbangkan kerana kebakaran yang berlaku melibatkan
korban nyawa. Dalam kenyataan lain rencana yang dipetik dari akhbar kosmo
bertarikh 28 september 2012, pihak bomba menyatakan kebimbangan terhadap kes
kebakaran kenderaan yang meningkat setiap tahun.

Jadual 2.1 Statistik kebakaran tahun 2011, [7].

Jadual 2.2 Statistik kebakaran Jun 2012, [7].

10

2.1.2 Keperluan Menyimpan Pemadam Kebakaran Didalam Kenderaan

Menurut Ketua Cawangan Pengurusan Operasi Jabatan Kebakaran, Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia, Yahaya Madis, kes yang melibatkan kereta
terbakar di negara ini meningkat setiap tahun padatahun 2006 sebanyak 1811 kes di
catatkan dan kes kebakaran kenderaan meningkat pada tahun berikut nya sebanyak
2052 kes, pada tahun 2008 kes meningkat lagi menjadi 2101 kes.
Beliau turut menjelaskan punca kebakaran kenderaan disebabkan oleh
kemalangan dan penyelengaraan yang kurang baik. Selain itu beliau turut menasihati
pengguna kenderaan persendirian menyimpan pemadam kebakaran didalam
kenderaan masing-masing sebagai langkah keselamatan. Beliau juga turut menasihati
kepada semua pemilik kenderaan supaya tidak cemas sekiranya berlaku kebakaran,
sebaliknya bertindak dengan pantas untuk menyelamatkan nyawa dan mengawal
kebakaran tersebut, [1].

Rajah 2.1 Ulasan ketua cawangan operasi kebakaran, [1].

11

2.1.3 Pengalaman Cemas Mangsa Kebakaran Kenderaan

Rajah 2.1 memaparkan nasihat yang diberikan oleh ketua cawangan operasi
bomba Malaysia supaya pemilik kenderaan menyimpan pemadam kebakaran di
dalam kenderaan masing-masing, beliau juga mengingatkan kepada semua pengguna
kenderaan supaya bertenang sekiranya berlaku kecemasan, kerana dalam keadaan
kecemasan mangsa yang terlibat akan berada dalam keadaan cemas dan sukar untuk
bertindak memadamkan kebakaran. Faktor ini dapat dilihat melalui laporan akhbar
mengenai kes kebakaran yang berlaku di Malaysia. Hasil dari sisatan dan temuramah
yang dibuat keatas mangsa yang terselamat yang melalui pengalaman ngeri dan
mencemaskan tersebut, kesimpulan yang boleh dibuat tindakan awal mampu
menyelamatkan nyawa dan harta benda. Kesimpulan tersebut menjadi faktor utama
projek pemadam kebakaran automatik kenderaan dibuat.

Rajah 2.2 Keratan akhbar kosmo 28 September 2012, [1].