Pendahuluan surah al-Qadr yang bermaksud: “Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu Hukum Sembahyang Sunat Tarawih Waktu Sembahyang Sunat Tarawih

5

1. Pendahuluan

Setiap tahun, kita umat Islam berpuasa di bulan Ramadan yang mulia dan selama itulah juga kita dapati di mana-mana saja dalam kelompok masyarakat Islam di Malaysia memeriahkan malam-malam di bulan yang mulia ini dengan ibadat sembahyang sunat tarawih, sunat witir, tadarus al-Quran dan lain-lain amal kebajikan. Oleh itu supaya kita sama-sama dapat menghidup dan memeriahkan malam-malam yang mulia bagi tahun ini, dengan tujuan mencapai keredhaan Allah dan kelebihan beribadat di malam “Lailatul Qadr” seperti yang jelas dari firman Allah S.W.T. pada ayat

3, surah al-Qadr yang bermaksud: “Malam Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu

bulan yang lain” dan sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. di dalam hadithnya yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud: “Barangsiapa yang mendirikan 6 maka eloklah kita mengetahui atau mengulangi kembali cara- cara sembahyang sunat tarawih dan witir supaya kedatangan Ramadan tahun ini lebih berguna dan bermanfaat untuk kita.

2. Hukum Sembahyang Sunat Tarawih

a Hukumnya sunat Muakkad yang sangat dituntut dikerjakan oleh orang- orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. b Sunat dikerjakan di Masjid, Surau dan lain-lain tempat sembahyang orang- orang Islam.

3. Waktu Sembahyang Sunat Tarawih

Ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Isyak dan sunat ba’diah dua rakaat. 7 i. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Sunat Tarawih sebanyak 20 rakaat, tetapi ada juga yang hanya menunai- kan sekadar 8 rakaat sahaja. ii. Pada zaman Rasulullah s.a.w. sembah- yang tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat sahaja supaya tidak menimbul- kan sesuatu keberatan. Walau bagai- manapun terdapat juga hadith yang meriwayatkan bahawa Nabi Muham- mad s.a.w. pernah mengerjakan sebanyak 20 rakaat. iii. Pada zaman Khalifah Omar bin al- Khattab r.a. pula beliau melaksana- kannya sebanyak 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang- orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembah- yang sebanyak itu. iv. Sembahyang sunat Tarawih hendaklah ditunaikan dua rakaat pada tiap-tiap 8 v. Lafaz Niat Sembahyang Sunat Tarawih: Sahaja aku sembahyang sunat tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.

5. Rukun Sembahyang Sunat Tarawih