DAYA DAN TEKANAN HABA

Koleksi DefinisiMaknaIstilahFormula Fizik SPM © 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 9

BAB 3 : DAYA DAN TEKANAN

1 Tekanan Tekanan ditakrifkan sebagai daya yang bertindak secara normal per unit luas permukaan sentuhan. Simbol : P Unit SI : Pascal N m -2 Daya, Luas, F P A  2 Tekanan dalam cecair Simbol : P Unit SI : Pascal N m -2 2 kedalaman air ketumpatan cecair pecutan graviti, 10 h g m s P h g        3 1 Pascal 1 N m -2 4 Tekanan atmosfera Tekanan atmosfera, P at ialah tekanan yang dikenakan oleh atmosfera ke atas permukaan bumi dan semua jasad di bumi. Simbol : P at 5 Prinsip Pascal Prinsip Pascal menyatakan bahawa tekanan yang dikenakan pada permukaan suatu bendalir dalam bekas tertutup akan dipindah dengan seragam ke seluruh bahagian bendalir itu. 1 1 2 2 daya input luas keratan rentas silinder input daya output luas keratan rentas silinder output F A F A     1 2 1 2 F F A A  6 Daya apungan Daya apungan = Berat air tersesar. Simbol : F Unit SI : N berat bendalir yang disesarkan F V g    7 Prinsip Archimedes Prinsip Archimedes menyatakan bahawa apabila satu objek direndam sebahagian atau sepenuhnya di dalam suatu bendalir, objek itu akan mengalami satu daya apungan ke atas yang sama dengan berat bendalir yang tersesar. Berat di udara = Berat sebenar Berat dalam bendalir = Berat ketara 8 Prinsip Bernoulli Prinsip Bernoulli menyatakan bahawa apabila halaju aliran bendalir bertambah, tekanan dalam bendalir itu berkurang. udara, gas, cecair dan air adalah bendalir, maka kesemua ini mematuhi prinsip Bernoulli. 9 Koleksi DefinisiMaknaIstilahFormula Fizik SPM © 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 10

BAB 4 : HABA

1 Suhu Suhu ialah darjah kepanasan sesuatu bahan. 2 Keseimbangan Terma i Apabila dua objek berada dalam keseimbangan terma, kadar bersih pemindahan tenaga antara dua objek itu adalah sifar. ii Dua objek yang berada dalam keseimbangan terma mempunyai suhu yang sama. 3 Takat beku Suhu bagi ais tulen melebur di bawah tekanan atmosfera piawai. Nilai: 0 C  4 Takat didih Suhu air mendidih di bawah tekanan atmosfera piawai. Nilai: 100 C  5 Muatan haba Suatu objek yang mempunyai muatan haba yang besar memerlukan kuantiti haba yang lebih besar untuk menaikkan suhunya sebanyak 1 O C. semakin besar objek, semakin besar muatan habanya. Muatan haba suatu objek bergantung pada: i Jisim objek, dan ii Jenis bahan objek itu. 6 Muatan haba tentu Muatan haba tentu suatu bahan, Q c m   ialah haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu sebanyak 1 O C bagi 1 kg bahan itu. Simbol : c Unit : J kg -1 O C -1 Q c m   7 Haba pendam Haba yang diserap atau haba yang dibebaskan oleh sesuatu bahan semasa perubahan keadaan jirim tanpa kenaikan suhu. Koleksi DefinisiMaknaIstilahFormula Fizik SPM © 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 11 8 Haba pendam tentu pelakuran Haba pendam tentu pelakuran suatu bahan ialah haba yang diperlukan untuk mengubah 1 kg bahan itu daripada pepejal kepada cecair pada suhu tetap. Simbol : L Unit : J kg -1 Haba pendam tentu: Kuantiti haba, Q yang diperlukan: Jika haba dibekalkan oleh pemanas elektrik: kuasa pemanas dlm. unit W masa dlm. saat Q L m Q mL Pt mL P t      9 Haba pendam tentu pengewapan Haba pendam tentu pengewapan suatu bahan ialah haba yang diperlukan untuk mengubah 1 kg bahan itu daripada cecair kepada gas pada suhu tetap. 10 Hukum Boyle Hukum Boyle menyatakan bahawa bagi suatu jisim gas yang tetap, tekanan gas itu adalah berkadar songsang dengan isi padunya jika suhu gas itu adalah tetap. 1 1 2 2 PV PV  11 Hukum Charles Hukum Charles menyatakan bahawa bagi suatu jisim gas yang tetap, isi padu gas itu berubah secara langsung dengan suhu mutlaknya jika tekanan gas itu adalah tetap. 1 2 1 2 V V T T  12 Hukum tekanan Hukum Tekanan menyatakan bahawa bagi suatu jisim gas yang tetap, tekanan gas itu berubah secara langsung dengan suhu mutlaknya jika isi padu gas itu adalah tetap. 1 2 1 2 P P T T  13 Sifar mutlak 14 Suhu mutlak 15 Skala Kelvin 16 17 Koleksi DefinisiMaknaIstilahFormula Fizik SPM © 2014 Fariez SMK Tebedu, Sarawak. 12

BAB 5 : CAHAYA